Ceritera Hati Dan Perasaan

Assalamualaikum w.b.t. First of all thanks for those who keep visiting my blog and leave your comment behind.. Thanks for the support.. Haha.. Untuk kali ini, aku ingin berkongsi tentang kisah ceritera dan perasaan.. Tentang si dia yang pernah hadir dan pergi dalam hidupku..


Kisah cinta aku yang pertama sudah pastinya cinta yang kita gelar cinta monyet.. Kami berkenalan di gelanggang tenis Maktab Perguruan Sarawak. Cukuplah aku perkenalkan dia sebagai Hailmizan.. Ketika itu aku 9 tahun dan si dia pula 12 tahun.. Kami sering bermain tenis bersama tanpa mengenali diri masing-masing.. Satu hari aku mendapat sepucuk surat yang datangnya dari si dia.. Dititipkan melalui seorang senior.. Sebelum terlupa, kami hanya berjumpa di gelanggang tenis dan di kelas fardhu ain.. Haha.. Yang lucunya hailmizan menyangkakan aku sebaya dengannya.. Namun, apabila satu hari dia mengetahui aku lebih muda darinya, kami berpisah.. Entah kenapa, aku sendiri tiada jawapannya.







Kisah seterusnya berlaku ketika aku di tingkatan 1. Kami berjiran. Haha.. Namanya Roland, seorang lelaki yang berumur 16 tahun. Sudah lama aku perhatikan si dia, oh tidak, bukan aku yang gatal, tetapi kerana si dia sering mencuri-curi pandang kepadaku setiap kali aku berada di luar rumah.. Aku menyangkakan ianya hanya sekadar itu sahaja, tidak aku sangka yang satu hari aku menerima sepucuk surat yang dibaling ke rumahku ketika abah dan emak tiada di rumah.. Semenjak itu, kami sering membaling-baling surat dan bergayut di telefon. Semuanya sangat indah.. Aku masih ingat lagi ketika sambutan hari raya, aku dan dia pergi beraya bersama. Hubungan kami berlangsung hampir 2 tahun.. Namun terputus apabila abahku dipindahkan ke semenanjung untuk melanjutkan pelajarannya. Begitulah pengakhiran kisah kami..



Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Hayat 1. Kami tidak saling mengenali. Hanya sekadar satu dewan kuliah. Haha.. Cukuplah jika aku kenalkan dia sebagai "N". Jikalau kamu membaca post ini ketika ini, tolong jangan gelak.. Haha.. Aku sangat meminati dia, kagum dengan dirinya yang kelihatan seperti "Malaysia's Prime Minister". Dia sentiasa sibuk dengan kelab yang dikendalikannya, aku suka melihat gayanya, percakapannya, butir-butir pertuturannya. Lalu, satu hari aku mendapat idea yang sangat gila. Aku telah mengepos surat kepadanya setiap selang 2 minggu tanpa aku letakkan sebarang pengenalan tentang diriku. Saja aku buat suspens. Haha.. Kami pernah memasuki pertandingan mendeklamasi sajak bersama. Itulah yang paling aku ingat. Haha.. Mesti semua tertanya adakah di akhir pembelajaran kami di Pasum kami berpeluang berkenalan atau tidak. Jawapannya ya. Aku akhirnya memperkenalkan diriku sebagai penghantar surat misteri itu. Kami berkawan sampai sekarang. Tapi, hanya kawan sahaja. Apa yang paling buat aku gembira, dia masih menyimpan surat-surat yang aku pos kepadanya.. Thanks a lot buddy.. Friends forever.





19 Mac 2008. Itulah tarikh aku mengenali seseorang yang pernah membawa makna besar dalam hidupku.. Aku tidak akan memperkenalkannya.. Biarlah aku dan Tuhan sahaja yang tahu. Kisah ini tidak akan aku kongsikan bersama kalian kerana kisah ini tiada akhirnya. Kisah ini masih lagi mencari titik noktahnya. Biarlah.. Mungkin jika tiada noktahnya, lupakan saja.. Itulah yang sebaiknya..


Kini.. Aku masih lagi mencari cinta.. Cinta yang aku harapkan akan menjadi yang terakhir buatku.. Selamat berjaya Farhana.. =)



LELAKI IDAMANKU.. HEEHEE..


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
hamboi2x saerah.. cinta awak sngt bnyk!!!
matieylaaa... paper pon edan dokn saerah betemu cinta hakiki k 2 yg penting...
:D

edan pla mngkn x kn mncari cinta lg.. coz hati sngt teluka.kita bri hati die bri dusta. dlu kata smua bley trima last2 edan yg tekapai2!!! pengalamn cinta edan jzt skali jaa.. couple 3 thun cm 2.. tetiba si dia putuskn! tanpa alasan nya.. tp edan rasakn kerna kekurangn edan nie ialah lelaki lembut!!!! x perlah kn..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.