Tentang Dia Dan Masa Lalu

Assalamualaikum dan selamat malam buat semua.. Untuk post yang seterusnya aku ingin membawa anda semua kembali ke zaman kanak-kanakku.. Mungkin dengan ini anda semua akan mengenali diriku dengan lebih dekat..

Aku dilahirkan di Hospital Kota Tinggi pada 5.26 petang tanggal 31 Januari 1987. Lahir dengan berat bersih 3.25 kg.. Aku membesar di kampungku tercinta - Kampung Makam sehingga umurku mencecah 4 tahun. Banyak kenangan aku di kampung itu, berlari-lari anak ke rumah nenekku ketika dikejar emak kerana menggunting rambutku sehingga kelihatan seperti ditebuk tikus.. Haha.. Memang lucu.. Setiap kali tiba waktu tengahari, aku akan ke rumah moyangku - Nenek Pah untuk mengisi perut.. Aku sangat menyukai lauk-pauk yang Nenek Pah sediakan.. Rindu saat-saat itu..

Ketika umurku 4 tahun, aku mengikut keluargaku berpindah ke Miri, Sarawak kerana ayahku mendapat tawaran bekerja di Maktab Perguruan Sarawak.. 11 tahun aku di sana, banyak kenangan aku di bumi Sarawak.. Di sana, aku tinggal berdekatan pantai.. Kadang-kadang kedengaran bunyi ombak menghempas pantai.. Aku berjiran dengan sebuah keluarga yang amat baik dan peramah.. Makcik Saadiah dan Pakcik Junaidi mempunyai 6 orang anak.. Surya, Juliana, Juwita, Juliza, Junisha dan Junia.. Banyak kenangan kami bersama.. Semuanya kami lalui bersama.. Kami ke tadika yang sama, sekolah rendah yang sama, sekolah agama yang sama.. Kami semua sudah diibaratkan seperti adik-beradik.. Sehingga kini, kami masih lagi berhubung.. Semoga sentiasa begini sahaja hendaknya silaturahim antara kita..

Alam persekolahan pertama aku ialah di Tadika Miri Gospel Chapel. 2 tahun aku menuntut di sana, selain Surya dan aku, murid-murid yang lain semuanya berbangsa Cina.. Namun, kami masih lagi dapat bergaul dengan mesra. Selepas habis sahaja tadika, aku bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Tukau.. 6 tahun aku menuntut ilmu di sana.. Begitu banyak kenangan aku di setiap sudut sekolah itu.. Daripada bermain di padang, beratur di kantin, berjalan kaki ke kedai di belakang sekolah, semua itu tak mungkin aku lupakan.. Rindu sungguh aku pada guru-guruku yang pernah mencurahkan ilmu kepadaku sehingga aku berjaya menjadi satu-satunya murid yang mendapat 7A di dalam UPSR pada tahun 1999. Syukur aku pada tuhan yang mengurniakan kejayaan buatku..

Ketika di sekolah rendah, banyak pertandingan yang aku masuki. Daripada syarahan bahasa Cina, pidato Piala Diraja, sehinggalah kuiz-kuiz dan banyak lagi.. Banyak pengalaman yang berharga aku timba dan kerana itulah aku menjadi insan yang seperti sekarang kalian kenali. Sewaktu naik sekolah menengah aku mendapat tawaran menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama Miri. Namun, aku tolak dek kerana aku tidak mahu duduk asrama dan berjauhan dengan keluaragaku. Haha.. Lalu, aku sambung pelajaranku di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Miri. Di sekolah ini juga aku aktif memasuki pelbagai pertandingan bahas, mendeklamasi sajak dan macam-macam lagi. 2 tahun sahaja aku di sana dan sekali lagi aku bersama keluarga berpindah ke Semenanjung..

Diriku yang sekarang tidak seperti yang dulu.. Aku teringin untuk bersajak, untuk berbahas, untuk berpidato seperti dulu namun aku tidak pernah berpeluang.. Huhu.. Apa yang aku harapkan satu hari peluangnya akan datang dan aku tidak akan sekali-kali mensia-siakannya. Begitulah sedikit sebanyak perjalanan hidupku ketika aku masih lagi budak yang tidak reti mengelap hingusnya sehinggalah aku mampu berdiri di atas kaki sendiri..





Aku ketika berumur 2 tahun





Aku dan syarahan








Aku mula-mula mengaji ketika berumur 4 tahun





Saat mendapat 7A ketika UPSR







Aku dan Angah






Aku dan Uda




Aku dan Angah




Aku, Angah, Surya dan Nana ketika di hari raya




Ulasan

nakamura berkata…
stakat 2 jewk ke citenya..
tls la lg..
hahaha..
Tanpa Nama berkata…
bnyk nyer destinasi awak saerah.. beberapa tmpat dh awak penah tinggal.. yg penting kita sama dr segi jniz skolah!!! chinese school loorrr.... ahaha
Ohhh.. Igtkan edan jniz kbangsaan tamil gitu.. Ckp pn laju smacam jewk kn.. Haha.. =p
edan coba berkata…
Laju? tang mna laju 2.. habaq mai!!
(haa kuar dh loghat penang!)
Yang Disini berkata…
Tersinggah pula dekat sini
Tersinggah pun boleh. Maknanya tak dilupakan.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?