Lelaki Semua Sama? Samakah?




Assalamualaikum semua.. Jam sudah menunjukkan pukul 3.15 pagi.. Mata aku masih lagi belum mengantuk.. Sedang asyik berjalan-jalan dari satu blog ke satu blog, belajar dan mencari pengalaman.. (sambil-sambil juga mencari follower)..


Tiba-tiba fikiran aku melayang memikirkan tentang pebualan kosong antara aku dan teman serumahku, Akmariah.. Dialah antara insan dalam hidup aku yang aku sering luahkan dan berkongsi cerita tentang kehidupan, hati dan perasaan.. Haha.. Ceritanya bermula seperti ini..


Ada seseorang yang benama lelaki, yang aku kenal menyatakan padaku "LELAKI PADA HAKIKATNYA SEMUA ADALAH SAMA".. Kalau diutarakan pada setiap lelaki pasti mereka akan katakan setiap lelaki adalah berbeza, jangan cepat meletakkan kata hitam putih tentang seorang lelaki yang belum kita kenal sepenuhnya, tapi kali ini apa yang aku dengar sungguh di luar jangkaanku..


Lalu aku tanyakan pada Akma melalui persepsinya sebagai wanita, adakah lelaki memang semuanya sama.. Akma dengan pantas menjawab.. YA.. TAPI.. TERPULANG PADA DIRI SESEORANG LELAKI ITU UNTUK MENJADIKAN DIRI MEREKA BERBEZA DENGAN LELAKI YANG LAIN..


Arrgghh.. Aku tambah pening dan keliru..

Ulasan

edan coba berkata…
Biar edan jawab..
lelaki mmg ada ego..
tp ego seseorng lelaki tu boley hilang bila wanita menitiskn air mata... :D

Bg edan..
im differant!!
Mestilah edan different.. Edan kan kwan cheq.. Heehee.. =)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?