31 Mei 2009

Aku Yang Sakit Dalam Sihat..

Mei 31, 2009 10 Comments
Assalamualaikum.. Agak lama aku tidak menaip entry baru.. Al maklumlah kalau pulang ke rumah, banyak masa aku habiskan bersama mereka.. Buku-buku juga pasti ku lupa.. Esok aku akan pulang semula ke Ipoh.. Arrgghh.. Bosan sungguh.. Jauh dari keluarga, bertambah jauh lagi dengan insan tersayang..


Entry kali ini tidaklah semenarik entry-entry sebelum ini.. Wah.. Menarik ke entry-entryku sebelum ini??? Perasan sendiri.. Ahakz.. Mungkin juga entry kali ini agak bosan, memandangkan trafik ke "rumahku" di hujung-hujung minggu begini memang agak lengang maka aku pun bercadang membuat entry ini, ku cilok idea Joe sebenarnya.. Thanx Joe.. Kali ini aku cuma nak share sedikit ilmu pengetahuan dengan kalian..


A few weeks ago, as you know, I've been posted to Klinik Kesihatan Gunung Rapat for 4 weeks attachment.. I had the chances to do variety of jobs, taking blood (well I didn't really did it cause my hands were shivering.. haha..), perform ECG for those who are having heart problems, being very busy at the pharmacy department prescribing drugs, walk about in the laboratory looking at the results for blood tests and lots of other things..


During this attachment, I didn't waste any chances to do health screening test on myself.. I asked a friend of mine to take my blood and I took it to the laboratory to perform blood analysis together with random blood sugar test. I thought I'm perfectly healthy but the results turn out to be an abnormality.. As for the random blood sugar test, there is nothing to be worried about..






Here is the problem.. You can zoom it to have a better look at the blood analysis results.. The figures that I marked with the red lines indicates something wrong is going on inside my body, inside my blood.. Lets take a look one by one.. The mean corpuscular volume (MCV), the mean corpuscular hemoglobin (MCH), the mean corpuscular hemoglobin concentration (MCHC) and mean plasma volume (MPV). The figures are all LOW as to compared with the normal figures..


This actually indicates that my blood is MICROCYTIC HYPOCHROMIC.. Okey.. Done with english.. Akan ku cerita dalam bahasa melayu untuk memudahkan kalian memahami perkara yang seterusnya. Microcytic hypochromic menunjukkan bahawa struktur sel darah merah aku sangat kecil dan tidak membentuk dengan sihat, atau dalam erti kata lain, tidak mencapai kematangan dan rapuh..


Aku rujuk perkara ini kepada pensyarahku.. Aku tahu aku pasti akan diperli.. Haha.. Pensyarahku lihat pada analisis ujian darahku, pandang ke arahku dan mengatakan, "kamu tak makan sayur? Tak makan buah?".. Haha.. Ketepek aku kena.. Memang aku jarang makan sayur kecuali yang mak masak.. Tapi aku suka makan buah.. Boleh kata aku ini gila buah.. Doktor kata aku sebenarnya kekurangan zat.. Aku kurang zat besi, vitamin C, zat-zat yang perlu untuk pembentukan sel darah merah.. Selain itu juga ujian tersebut menunjukkan badanku mengalami dehidrasi.. Badan aku kekurangan air.. Aku agak musykil tentang itu sebab satu hari memang banyak air yang aku minum..


Selain dari sebab itu, microcytic hypochromic juga menunjukkan ada pendarahan dalaman yang berlaku dalam tubuh kita (mungkin juga kerana aku pernah mengalaminya beberapa bulan yang lepas), ataupun mungkin juga masalah cacing dalam usus (takkan aku yang dah besar ada cacing pulak kan?), ia juga mungkin menandakan individu tersebut menghidap Thalassemia.. Banyak kemungkinan, dan untuk mendapat diagnosis yang tepat maka banyak lagi ujian perlu dilakukan..


As for my condition, aku rasa mungkin benar aku kekurangan zat, dan mungkin juga sebab pendarahan dalaman yang berlaku padaku dulu.. Aku ketawa sendiri.. Badan yang sebesarku ini, jika didengar dek orang kekurangan zat pasti akan digelakkan.. Haaa.. Korang gelakkan aku eh? Tak baik tau.. Jadinya, sekarang aku sudah mengubah cara pemakananku, aku sudah makan sayur dan aku makan buah yang lebih banyak..


Jadinya kawan-kawan, janganlah sangka diri kita ini sihat sebab kita tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam tubuh kita.. Prevention is better than cure.. Kalau ada masa pergilah buat medical check-up, buat blood test, untuk kesihatan tubuh badan kita juga kan..






Sebelum itu aku akan tinggalkan kalian dengan gambar di atas ini.. Aku suka gambar ini.. Keadaan parking di kolej aku.. Kebetulan hari itu, ada 3 buah kereta Kelisa lain di parking dalam satu row denganku.. Dah macam show room Kelisa dah aku tengok.. Haha.. Ok, till then, jumpa di next entry.. Tata titi tutu.. Taking care dan salam hujung minggu.. Assalamualaikum..







FOOT NOTE: Badan aku tak sihat, sebab banyak makan hati berulam jantung tengok kawan-kawan syok dibuai alam cinta, aku je yang tak berjumpa lagi raja di hatiku.. Yela, kalau ada insan tersayang, at least ada jugak laa yang nak tegur aku, bila makan, suap aku makan sayur, makan buah.. Haa.. Kalau camni, hati pun happy, badan pun sihat.. Hurrmm.. Sampai bilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.??????




29 Mei 2009

Cinta Mereka Cinta Siber..

Mei 29, 2009 25 Comments
Assalamualaikum dan salam jumaat buat semua.. Semalam aku agak sibuk menyiapkan case presentationku, maaf andai aku tidak sempat datang menjenguk kalian.. Petang ini aku ada kelas, selepas itu aku akan pulang ke Melaka.. Sebelum itu aku akan tinggalkan kalian dengan entryku yang ini supaya kalian tidak rindu-rindu padaku.. Ahakz.. =)


Tempoh hari, aku kerap ber-blogwalking.. Aku berjalan ke sana ke mari, penat berjalan aku berlari pula.. Macam-macam coretan yang aku baca.. Ada suka, ada duka, ada lawak, ada pengajarannya.. Dalam lawatanku itu, kebetulan ada 2, 3 buah blog yang menceritakan tentang kisah cinta mereka.. Dan kisah cinta itu adalah kisah cinta siber, cinta di alam maya..






Kebanyakannya berkenalan melalui chatting, Friendster, Facebook, MySpace dan macam-macam lagi.. Kisah-kisah yang aku baca semuanya menyatakan rasa bahagia dan gumbira.. Mereka berkenalan, bercinta dan ada pula yang telah berumahtangga.. Syukurlah mereka ketemu bahagia yang mereka pinta.. Doaku pada mereka, semoga berkasih sayang hingga hujung pernafasan di langitmu.. Ahakz.. Macam tajuk lagu pulak.. Semoga bahagia ke akhir hayat.. Takmo sampai anak cucu, nanti dah ada anak cucu bercerai-berai.. Tak gitu?




Bagi empunya blog ini pula, aku sendiri tidak pernah melaluinya.. Maka aku tidak punya apa-apa untuk dikomen.. Cumanya, disekeliling aku, ada insan-insan yang aku kenal seringkali mengalami cinta siber dan kebanyakan dari mereka tidak pernah punya hubungan yang berkekalan.. Banyak faktor yang aku dapat lihat mengapa perhubungan di alam siber ini sukar untuk diteruskan..


Pertama sekali sudah tentu soal jarak.. Cinta jarak jauh menuntut banyak kesabaran dan pengorbanan.. Hanya mereka yang benar-benar cinta dan benar-benar setia dan yakin pada cinta mereka sahaja akan bisa melepasinya.. Soal kedua mungkin juga soal rupa.. Kalau berchatting bukan main berabang dan sayang, rupamu tidak aku kisah kerana hatiku sudah resah, dek cinta kamu.. Ahakz.. Tapi bila berjumpa, aduh, kedinglah, gemuklah, putih sangatlah, gerhana mataharilah.. Hahaha.. Apa kes??? Maka itu bukan cinta.. Hanya main-main, suka-suka dan nafsu semata..






Bagi mereka yang telah terjatuh ke dalam cinta alam siber, fikirlah sedalamnya.. Tepuk dada tanyalah diri, hati dan iman.. Apakah benar cinta ini yang kamu inginkan? Apakah si dia itu insan yang benar-benar kamu cinta dan bersedia untuk melalui kehidupan yang seterusnya bersama-sama? Jangan bermain dengan api jika takut tak dapat nak padam api.. Hahaha.. Pucuk pangkalnya letak pada hati, apa yang kita nak dan apa yang kita ingini..


Yang paling penting, cinta kepada Allah jangan sesekali luput dalam diri kita.. Till then sampai ketemu lagi ya.. Sayang semua, jangan rindu-rindu aku.. Ada masa kita ketemu lagi di dunia maya ini.. Take care.. Assalamualaikum..



28 Mei 2009

Mampukah Diriku Mengejar Kesempurnaan?

Mei 28, 2009 14 Comments
Assalamualaikum.. Entry ini ku taip sebelum ke kelas.. Sehari tidak mengetuk keyboard ini ku rasakan seperti ada batu yang menghempap dadaku.. Lantas ku capai laptopku dan mula menaip menyusun kata. Tengahari ini aku ingin berkongsi dengan kawan-kawan luahan hati dan perasaanku..


Sudah 22 tahun 4 bulan aku bernafas di bumi Allah ini.. Terdetik di hatiku, selama hidupku ini adakah aku telah mencapai kesempurnaan dari segala aspek dalam hidupku? Kalau belum pun sempurna, ada peningkatankah? Soalan ini yang sering berlegar-legar di kepalaku..


Benar kata orang, manusia tidak sempurna, namun ku rasa tidak salah andai kita berusaha untuk mengejar kesempurnaan itu untuk kesejahteraan hidup kita.. Soalan yang paling selalu aku tanyakan pada diri sendiri, adakah aku sudah sempurna dari agamaku? Cukupkah amalan wajibku? Bersedekahkah aku? Sudah terhapuskah segala sifat mazmumah dalam diriku? Aku tahu ianya masih belum mencukupi, maka aku akan terus berusaha ke arah itu..




Ingin sekali ku ajukan kepada emak dan abahku, sempurnakah aku sebagai seorang anak? Aku akui aku kerap "menyusahkan" mereka meminta itulah inilah, kadang-kadang kalau aku sibuk aku jarang membantu mereka melakukan kerja-kerja rumah.. Namun ku tahu, emak dan abah tidak pernah sedikitpun merungut. Dalam hati mereka, anak-anak adalah segalanya, selagi termampu, keperluan anak-anak perlu dipenuhi.. Janjiku, setelah tamat pelajaranku dan bekerja, akan ku balas segala budi mereka, akan ku turut segala kemahuan mereka, agar aku bisa menjadi anak yang sempurna..





Sebagai seorang kakak.. Adakah aku sempurna? Mungkin aku sudah melakukan yang terdaya, mengasihi mereka, memanjakan mereka, membantu mereka jika ada kesusahan, ku nasihatkan mereka andai mereka di persimpangan dilema, ku cubit sekiranya ada salah mereka.. Namun ku rasa, masih belum cukup sempurna.. Aku akan tetap terus menjadi kakak kepada adik-adikku, kakak yang sempurna di mata mereka..





Sebagai seorang sahabat aku rasakan juga yang aku masih belum sempurna.. Biarpun ku cuba yang terbaik untuk persahabatan ini, ketawa bersama, menangis bersama, makan bersama, minum bersama, tidur pun kadang-kadang bersama.. Namun tetap jua ada cacat celanya yang kadang-kadang aku sendiri tidak nampak, ada juga pergaduhan kecil yang tidak dapat kami elakkan.. Aku ingin menjadi sahabat sempurna, pada rakan-rakanku, pada kamu, agar di mata kamu aku layak digelar sebagai sahabat..





Aku langsung tidak sempurna sebagai pelajar.. Aku ponteng juga kadang-kadang, aku tidak buat yang terbaik dalam examku, aku enggan mendengar kata-kata lecturerku, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.. Pasti di mata lecturerku, tidak dapat mengingati kewujudan diriku, kerana aku belum sempurna lagi di mata mereka, belum mampu lagi di gelar pelajar cemerlang oleh mereka.. Namun itu ku jadikan satu cabaran, dan harus ku lipat gadakan usaha, ku kikis tabiat burukku agar aku juga bisa menjadi pelajar yang cemerlang dan sempurna akademik dan sahsiah..





Untuk masa depanku, aku mengharap untuk menjadi isteri yang sempurna.. Yang menyerahkan dirinya untuk suaminya sampai ke akhir hayat.. Menyayangi suaminya, menghormatinya, bersamanya ketika susah dan senang.. Sempurnakan keluargaku dengan kehadiran cahaya mata, bukti cinta kami.. Pasti juga aku ingin menjadi ibu yang sempurna pada anak-anakku.. Akan ku belai dan ku manja, ku didik dengan ilmu dunia dan akhirat agar kelak, dia juga mampu berdiri megah, sebagai seorang insan yang sempurna..





Biarpun pada hakikatnya manusia tidak mungkin akan menjadi begitu sempurna, namun mengejar kesempurnaan itu tidak salah andai ia mampu membawa perubahan positif pada diri dan kehidupan kita..


Sampai sini sahaja coretanku untuk kali ini.. Ketemu di lain entry.. Till then.. Assalamualaikum.. =)




Yeyeh.. Aku Dapat Certificate Dari Adikku Innz..

Mei 28, 2009 8 Comments
Assalamualaikum.. Cergas aku mengupdate di pagi-pagi buta.. Esok ada kelas pagi.. Haruslah ku tidur selepas ini.. Namun ada important task yang perlu ku selesaikan hari ini juga.. Ada hadiah istimewa dari insan istimewa yang perlu ku tayang pada kalian semua.. Huuhuu.. Maaf jika ini menimbulkan kejelesan.. =p


Petang-petang pulang dari kelas ada mesej dari Innz di Shoutboxku.. Katanya ada sesuatu untuk diberi padaku.. Disuruh ku mengambilnya.. Aku pun berjalan-jalan dengan hati yang penuh debaran lalu sampailah ke teratak Innz: Diari Si Budak Kecik.. Ku lihat ada sesuatu buatku di situ.. 10 WANTED PEEPS.. Dan aku adalah salah seorang penerima certificate of honour dari budak comel ini..






Inilah dia.. Tadaaa.. (click pada gambar untuk effect yang lebih menakjubkan.. haha..) Innz kata terima kasih kerana menjadi pelanggan tetap.. Ehhh.. Pengunjung tetap.. Tersyayul dia berjangkit padaku pula.. Ahakz.. Sama-sama wahai adikku yang comel.. So sweet of you.. Memang cantik.. Kreatif sungguh kamu wahai budak kecik.. Terima kasih juga dariku untuk dia kerana menghargai diriku sebegini rupa.. Ku terharu lagi di malam hari.. Buat sesiapa yang ingin mengenali insan yang paling hyperaktif dalam dunia blogging ini bolehlah datang usha dia ya..





27 Mei 2009

Abah Kahwinkan Kamu Dengan Bai Penjual Karpet!!!

Mei 27, 2009 30 Comments
Assalamualaikum.. Selamat petang semua.. Aku datang lagi.. Aku tahu semua mesti rindu kat aku dan bebelan aku kan? Heehee.. Sabar-sabar.. Sila beratur kalau nak peluk cium aku.. Kenapa? Yela.. Kata rindu.. Haha.. Ooppss.. Wanita sahaja okey..


Nangis? Okey2.. Aku tak nangis dah.. Sebabnya dah ada orang pujuk.. Heehee.. Suka.. Jangan jeles tau.. Makanya, aku nak update cerita baru untuk hari ini.. Semua dah bersedia nak dengar aku cakap banyak? Hahaha..


Aku baru aje lepas nengok filem hindustan.. Haa.. Tu sape mengata aku tu? Amboi.. Tak boleh ke nengok cite hindustan.. Sudah favouriteku.. Nak buat macam mana.. Heehee.. Ceritanya bertajuk Billu Barber.. Shah Rukh Khan favourite aku berlakon.. Hik hik hik.. So? Apa yang aku nak cerita? Bukan pasal cerita ni, tapi kenanganku ketika berumur 12 tahun.





Salasilahnya bermula ketika aku di Darjah Enam, baru sahaja mendapat keputusan UPSR yang agak cemerlang.. Hadiah apa aku mintak? Hahaha.. Kebetulan masa tu, Kuch Kuch Hota Hai tengah jadi fenomena, aku mintak abah aku hadiahkan aku VCD cerita tu.. Zaman tu popular VCD, DVD takde lagi.. Maka abah aku dengan berbesar hati menghadiahkan anaknya ini VCD cerita Kuch Kuch Hota Hai dengan cerita Mann.. Wah.. Buy 1 free 1.. Hik hik..


Start dari tika dan saat itu, wah macam lagu kumpulan Medicine pulak, aku dah mula "gila" dengan filem Hindustan.. Aku tak bosan layan cerita yang panjangnya 3 jam itu.. Dengan lagu-lagunya, tukar-tukar baju.. Heehee.. Itulah tarikan filem Hindustan sebenarnya.. Satu hari kadang-kadang aku boleh layan sampai 3 cerita.. Tak cukup tengok sekali, ku ulang putar 3, 4 kali.. Ada yang sampai 10 kali.. Lagu-lagu apa yang aku tak hafal.. Hahaha..


Hampir tiga tahun aku melayan kegilaanku ini, sudah berapa banyak filem Hindustan yang aku tengok.. Aku akui, memang aku leka.. Tahun itu PMR, abahku bising sebab asyik sangat dengan Shah Rukh Khan, Amir Khan, Salman Khan, Kuplai Khan.. Huhu.. Sampai satu tahap, abahku bagi warning baik punya kat aku.. Hahaha..


Abah aku cakap, kalau aku tak stop tengok cerita Hindustan, abahku akan kahwinkan aku dengan Bai jual karpet.. Hahaha.. Aku tak tahu kenapa masa tu aku takut sangat, budget macam ya aje kata-kata abahku.. Tambah lagi, memang selalu Bai jual karpet lalu depan rumah.. Gigi rongak, dengan muka sememeh dan suka korek tut tut... Aku sedikit pun tak berselera nak pandang.. Makanya, aku pun ucapkan selamat tinggal dengan VCD ku.. Aku tumpu balik pada pelajaran.. Sampailah aku habis SPM, 3 tahun aku tinggalkan dunia perfileman Bollywood.. Lepas tu, aku mula balik projek-projekku.. Abahku masih bising-bising, tapi tidak sekerap dulu..


Tapi aku bersyukur, kalau tak kerana bising-bising abah, tak kerana Bai jual karpet, aku mesti takkan fokus dalam study aku, dan aku takkan sampai ke tahap sekarang.. Terima kasih abah.. Sayang abah.. Heehee..






Pernah juga abah tanyakan lagi padaku, mahukah abah carikan bakal suami ala-ala Bai jual karpet.. Aku lantas sahaja mengangguk setuju.. Hahaha.. Tapi ku katakan pada abah, janji muka macam Shah Rukh Khan.. Baru Along terima.. Haha.. Budget aku ni lawa sangat la macam Kajol nak mintak Shah Rukh Khan.. Aku serius ni weh.. Aku kata pada abah, kalau abah dah jumpa calon bakal menantu abah yang macam ala-ala pilihan hatiku, cepat-cepatlah masuk meminang dia.. Aik.. Perempuan pinang lelaki??? Apa kes??? Haha..


Hurrmm.. Adakah ini menunjukkan akan ada "arrange marriage"??? Wow.. Di zaman ini??? Heehee.. Aku terima kalau itu yang terbaik untukku.. Heehee.. Yang penting nanti anak-anakku comel.. Muka macam Arjun Rampal, Priyanka Chopra.. Eksperimen telah membuktikannya.. Aku+Arjun Rampal=Hana Arjuna.. Jangan ada yang menyangkal pendapat aku ya.. Hahaha..






Okey.. Cukup sudah bercerita.. Time to solat maghrib.. Jom kawan-kawan.. Till then.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum.. =)




FOOT NOTE: Teringin ku nak ikut solat jemaah geng mafia joegrimjow di sanun.. Hik hik hik..




Melalak Aku Di Tengah Malam..

Mei 27, 2009 22 Comments
Assalamualaikum.. Bosan kan tengok aku lagi? Petang tadi merapu nak pergi jumpa Datuk Muhyiddin, tengah malam ni melalak pulak.. Apa kes? Bukan melalak menyanyi ya.. Please take note.. Melalak itu menangis meraung-raung.. Haha.. Gilakah aku melalak tengah-tengah malam? Mahu dimaki jiran-jiran gamaknya..


Nak tahu melalak sebab apa? Uwaaa.. Kan dah melalak.. Tak cerita lagi, kalau start story mory mahu banjir Ipoh ni.. Huuhuu..





Tadi aku pegi jalan-jalan.. Singgah blog seseorang.. Blog yang baru dibersihkan, sebelum ini penuhlah dengan sawang dan macam-macam serangga.. Macam hutan simpan kot.. Ahakz.. (sorry tuan blog) Aku telah meninggalkan "jejak-jejak yang terindah" pada blognya sebelum ini.. 96 lagi.. Tapi tak sampai kot.. Heehee.. 96 ape? Mana boleh bagi tahu, ini rahsia dua hati.. Betul tak tuan punya blog??? Hahahaha..


Dipendekkan cerita, selepas sahaja kunjunganku ke sana, walaupun tuan rumah tiada, aku main redah masuk aje, aku pulang ke rumahku dengan rasa terharu.. Mula-mula terharu, makin lama terharu tu jadi tangisan berlagu.. Uwaaa.. Aku tak sangka empunya blog begitu setia melayan kerenah gilaku.. 96 tu weh.. Siapalah yang takde keje nak dok melayan 96 tu.. Uwaaa.. Tuan blog, maaf ya.. Saya telah banyak menyusahkan kamu.. Dah 2 baldi penuh air mata ini.. Apa kes??? Uhuk uhuk..


Apakah lagi yang mampu aku katakan.. Tuan blog cakap aku banyak cakap, tuan blog tak suka agaknya, merimaskan ke?? Tapi saya tetap nak cakap jugak banyak-banyak.. Hahaha.. Tuan blog, terima kasih daun pisang.. Jangan serik terima kunjungan saya lagi.. Sayanglah tuan blog ni.. Heehee.. =p


Ooppss.. Ada satu lagi yang menambahkan keharuanku dan kuantiti air mataku.. Apa dia? Inilah..


Di Penjara Janji


Hatiku digirisnya lagi
Kali ini lebih dalam dan pedih
Kerna aku sudah berjanji
Dia cinta ku yang terakhir


Sungguh tak pernah ku menduga
Dia akan mengulanginya semula
Namun untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara


Dia tempat ku sandar
Angan ku pendamkan
Satu percintaan
Yang bisa ku jadikan
Tangga-tangga ku ke pintu syurga
Meleraikan rindu


Mengecap bahagia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan cinta
Yang aku mimpi



Satu hari nanti saya yakin, kamu akan menukar lagu ini.. Daripada lagu sedih ke lagu happy.. Sehappy diri kamu ketika itu.. Heehee.. One day.. I know you will.. =)





FOOT NOTE: Terharu masih ada lagi.. Gambar pakai cermin mata hitam laa plak.. Sorry.. Mataku yang cun itu bengkak.. Terharu dan nangis banyak sangat.. Tangisan dalam senyuman manis tu tau.. Uwaaa.. Okeylah.. Gud nite semua.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum..






26 Mei 2009

Oh Datuk Muhyiddin.. Dengarlah Luahan Hatiku..

Mei 26, 2009 8 Comments
Assalamualaikum.. Wah.. Kita jumpa lagi untuk kali kedua di hari Selasa yang indah ini.. Hahaha.. Giat betul aku menulis ya.. Apa kes? Nak buat macam mana, aku sudah dilabel sebagai banyak cakap, makanya aku kenalah merealisasikannya.. Aiyo.. Itupun nak kena realisasi ke.. Haha.. Siapa yang suka aku? Aku yang banyak cakap? Angkat tangan.. Hik hik hik..


Tengah-tengah aku melipat sejadah lepas solat Asar tadi, tiba-tiba idea mantop keluar dari kepala aku.. Haha..Idea apa tu Cik Farhana? Sabar-sabar.. Bagi aku minum air, clear my throat dulu.. =p





Okey.. Mari kita mulakan.. Haha.. Poyo aje aku.. Siap letak gambar Datuk Muhyiddin lagi.. Gila gempak.. Haha.. Begini al kisahnya.. It's all about blog and blogging.. Blogging sekarang seolah-olah sudah menjadi trend baru.. Ramai yang sekadar mencuba-cuba sahaja kini telah menjadi aktif dan giat berblogging..Same goes to me.. Blog menjadi platform untuk menyuarakan rasa hati, rasa sayang, rasa tidak puas hati, rasa suka, rasa bangga, macam-macam rasa ada..


Well, personally for me, blogging is a healthy hobby if you can call it as a hobby.. There are lots of pros and cons.. As growing adult, we, ourselves should have know what is good and what is not good for us.. So, I won't comment further about the style of blogging each and everyone of us has. It's your blog and you know what is the best for you, your blog and your readers..






Lets go straight to the point.. Siapa ingat lagi tentang kempen membaca? Atau tahu tentang kempen yang sering kerajaan laung-laungkan ini? Apa? Tak tahu? Tak pernah dengar? Adoiyai.. Dahsyat kalau tak pernah dengar.. Haha.. Bukankah kerajaan selalu suruh rakyatnya MEMBACA.. Macam-macam program aku rasa dah dibuat untuk kempen ini.. Tapi sejauh mana keberkesanannya.. Aku sendiri tidak pasti.. Jadi apa kena-mengena kempen membaca dan blog?


Aku berhasrat untuk menyuarakan usul ini di kabinet.. Hahaha.. Lebih-lebih pulak aku ni.. Sebab ramai orang yang involve dalam dunia blogging, jadi aku rasa rakyat Malaysia memang gemar menulis dan membaca.. Jadi why not, we make blogging as a syllabus di sekolah? Cikgu-cikgu sekalian.. Apa pandangan anda? Pasti suka kan.. Hahaha..







Blogging as a syllabus di sekolah sedikit sebanyak boleh mengajar anak-anak muda tentang IT.. Menjadikan mereka celik IT.. Walaupun memang ramai dah celik sekarang.. Huhu.. Tambah lagi memang bagus untuk kempen membaca.. Bukan sahaja boleh memupuk minat membaca, malah boleh menambah ilmu tentang dunia sekeliling.. Bagus kan idea aku?


Okeylah.. Aku nak bersiap-siap pi jumpa Datuk Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran kita.. Aku nak usulkan cadangan aku yang hebat ni.. Serius wo.. Bagus kan? Korang tak rasa ke? Mesti anak-anak muda suka.. Cikgu-cikgu lagilah suka.. Heehee.. =p







FOOT NOTE: Kalau dah jadi syllabus, mesti ada peksa.. Hahahaha.. Aku boleh score ke erk??? Adoiyai.. Peksalah pulak.. =p



Simpan Merana.. Diluah Malunya..

Mei 26, 2009 11 Comments
Assalamualaikum semua.. Aku baru sahaja pulang dari ward.. Banyak case yang best-best aku jumpa hari ini.. Tapi penat juga kaki ini berjalan dari kawasan parking ke hospital.. Jauhnya.. Huuhuu..


Entry apa pula aku nak coretkan untuk hari ini ya? Mula-mula aku ingin coretkan tentang sesuatu yang lain, tentang sesuatu topik yang agak serius.. Tapi selepas aku pulang dari blogwalking menjenguk kawan-kawanku, aku tergerak hati pula untuk menulis entry ini.. Semuanya setelah aku pulang dari blog kakakku tersayang, Cik Wanie yang menyambut hari lahirnya hari ini.. Happy birthday akak.. Semoga happy selalu..


Entry ini begitu meruntun hati wanitaku.. Mengalir juga air mataku ini.. Sebuah kisah cinta yang suci, yang sudah terpatri janji sehidup semati, tetapi sayangnya Allah lebih menyayangi pasangannya.. Sehingga kini, walau si dia tiada lagi namun kasih tetap menyala dan membara di hati.. Hanya rantaian doa sahaja yang mampu mengiringi pemergiannya.. Aku sebak.. Syukur kerana selama hidupnya, mereka sempat menyemai cinta, mengungkap rasa kasih dan sayang.. Walaupun pemergian itu amat memilukan namun tetap jua ada kemanisan.. Takziah diucapkan.. Al-Fatihah..

Tatkala membaca entry itu, aku kebingungan.. Ya.. Setiap yang hidup pasti akan pergi.. Aku terfikirkan senario yang berbeda sedikit dari di atas, senario "memendam rasa a.k.a cinta dalam diam".. Memendam rasa tanpa mengungkap cinta hanya akan menjadi duri di hati yang menusuk lalu bernanah dan menemani kita sepanjang hayat andai ditadirkan si dia yang dicintai pergi.. Jauh dari diri.. Sukarkah untuk melafaz kata cinta? Pasti lagi sukar untuk melafaz cinta andai si dia sudah tiada.. Penting sungguhkah ego di dalam diri? Aku bingung..


Adakah cinta itu perlu diungkap dan diekspresikan agar si dia tahu betapa cintanya kita pada dia? Tidak bolehkah disimpan sahaja di dalam hati? Tapi nanti yang sakitnya kita juga kan, sakit memendam rasa.. Aku sentiasa ingat dalam kepala, life is too short to be living with regret.. Bolehkah digunapakai dalam situasi ini? Huuhuu.. Tambah lagi bingung.. Simpan atau luahkan? Di simpan takut merana diri, diluah takut malu sendiri..


Sebab tu agaknya kot orang kata, cinta itu ibarat kentot.. Haha..



FOOT NOTE: Ungkaplah cinta selagi masa masih ada.. Coretan ini tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.. Hanyalah persoalan minda empunya blog semata-mata..




CINTA JANGAN DINANTI


Biar kuungkap cinta

Cinta begitu besar

Biarkan itu menjadi

Rasa indah yang ku miliki


Cinta tak sepantasnya

Tertutup tertepis saja

Biarku ungkap semua

Perasaanku terhadap mu


Ku pasti bisa bahagiakan dirimu

Secepatnya sebekunya takkan perasaanku

Selama ini


Biarkan kini ku tunggu pasti

Jawabanmu membalas cintaku

Cintamu jangan dinanti-nanti

Cintaku pasti kan sampai mati


Janganlah ada ragu dihati

Ku tak akan membuatmu terluka

Cintamu jangan dinanti-nanti

Cintaku tulus kan sampai mati






24 Mei 2009

I'm Falling In Love With You.. P/S: I Miss You..

Mei 24, 2009 22 Comments
Assalamualaikum semua.. Entry kedua untuk petang Ahad.. Joegrimjow kata hujung-hujung minggu orang jarang online, kecuali yang hatinya melekat pada blog, aku rasa ada benar kata-kata joe.. Boleh saja lihat statistik lawatan ke blog, memang agak kurang dari kebiasaannya.. Heehee.. Tapi aku pula, sangat giat menulis entry walau tidak ramai pengunjungnya di hujung-hujung minggu begini..


Sebelum aku mulakan dengan bebelanku, terima kasih aku ucapkan buat kalian yang sudi komen tentang entry "Miss Sopan XXL Ke Miss Sexy S".. Sampai ada yang ingin me-makeover diriku ini.. Aku suka.. Kalau boleh jadi cantik, aku layankan aje.. Haha.. Abang Pejul yang paling giat sekali, sampai ingin menelefonku menerusi YM lagi.. Haha.. Thanx anyway Abang Pejul dan Cik Anis atas tip-tip fesyen anda.. Amat kuhargai.. Heehee.. =)


Semalam merupakan hari yang agak bosan, selain daripada membaca buku-buku pelajaran yang tebal-tebal itu, aku juga sempat berblogging.. Namun, tiada apa yang menarik semalam.. Mata belum mahu tidur walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2.. Lalu aku mengambil keputusan untuk tengok movie.. Movie apa?


THE CURIOUS CASE OF BENJAMIN BUTTON





Masa tayangan filem ini dulu aku tiada minat langsung untuk menonton.. Plus I'm not a fan of Mr. Pitt.. Minggu lepas aku meminjam external hard disk dari kawanku, niatnya ingin mengambil drama Supernatural Season 4 dan House Season 5.. Sempat juga aku usha koleksi filem baru yang dia ada, kebetulan cerita ini ada dan aku pun copy.. Saja-saja jek copy.. Tengoknya entah bila..


Tapi disebabkan malam semalam amat membosankan, aku pun tengok movie ini tanpa sengaja.. Hehe.. Durasi 2 jam 45 minit membuatkan aku terkejut juga.. Kalah filem Hindustan.. Namun tidak aku sangka, aku menontonnya sampai habis.. Aku menangis.. Aku ketawa.. Oh tidak.. Jarang aku menonton cerita English dan mengalirkan air mata.. Dahsyat betul aku.. Haha..


Cerita cinta Benjamin dan Daisy.. Cinta yang begitu sukar diungkapkan dengan kata-kata.. Begitu syahdu, sarat dengan cinta, kasih sayang, tanggungjawab, penuh juga dengan falsafah tentang kehidupan.. Mungkin pada sesetengah orang cerita ini agak meleret, tetapi bagi aku cerita ini worth untuk ditonton.. Bukan sekadar cerita cinta tetapi juga banyak mengajar kita erti kehidupan.. Thumbs up to the actors and actresses..





Cinta baruku.. Mr. Brad Pitt.. Aku akui aku tidak meminatinya langsung sebelum ini, tapi lepas sahaja menonton filem The Curious Case Of Benjamin Button, hati aku sudah tersangkut pada si dia.. Sayangnya dia milik abadi Angelina Jolie.. Uwaaa.. Apa-apa pun, Mr. Brad, you had done a good job for the role of Benjamin.. Best sangat-sangat..


Seorang rakan blogger, Cik Wana ada menulis entry tentang isu mencari girlfriend dan boyfriend.. Kata Cik Wana, sekarang sudah trend, jika aweknya cun, pakwe mesti kureng.. Begitu juga sebaliknya.. Haha.. Makanya, aku pun ingin mempraktikkan teori ini laa.. Boleh tak?



Disebabkan aku ni tak berapa nak lawa, orang tak kata, aku yang kata.. Haha.. Tak lawa, cuma harapkan comel jek laa (wah.. perasan sungguh) makanya aku nak buat request, aku nak pakwe yang macam Brad Pitt.. Boleh tak? Tapi taknak putih macam Brad Pitt, aku nak Brad Pitt yang kalernya kaler orang Malaysia.. Heehee.. Jadi sesiapa yang rasa muka macam Brad Pitt, bolehlah isi borang untuk calon "abang dindingku sayang".. Heehee.. Kalau nak awek yang cun, salah kaunter ya bang.. =p





Sebenarnyakan.. Aku rindu.. Rindu sangat pada seseorang.. Saat-saat macam ini, di hujung minggu tambahan lagi, rindu begitu memuncak.. Perasaan macam ni sangat mendera jiwa.. Apa maknanya ya kawan-kawan? Bila rindu aku hanya mampu tatap wajahnya, sambil mendengar lagu itu.. Lagu ape? Adalah.. Kalau aku bagi tahu, pecah rahsia hatiku.. Heehee.. Aku harap dia dapat rasakan juga rindu yang aku rasakan untuk dia..Pengubat rindu ini hanya kamu.. Tiada kamu, maka aku akan terus sakit.. Sakit rindu..



Till we meet again.. Sampai sini sahaja entryku.. Sayang semua.. Assalamualaikum.. =)



Sesuatu Tentang Erin, Bee dan Award.. Plus Tag..

Mei 24, 2009 11 Comments
Assalamualaikum semua.. Petang Ahad begini, memikirkan tiada apa yang ingin dibuat, aku lantas membuka lappyku dan mula menaip entry untuk tempek award-award dan juga hutang-hutang tag yang sudah agak lama aku peram.. Haha..


Minggu ini aku dapat dua award dari dua orang gadis manis.. Bak kata Edan, award sekarang mudah sahaja di pass ke sana sini, sehingga kita tidak tahu siapa pencipta award tersebut.. Tapi kali ini, award ini datang dari penciptanya sendiri.. Heehee.. =)




Award pertama datangnya dari Erin.. A cute Chinese girl.. Her blog - Erin's Crystal World is full of the scent of love and joy.. Her BM is superb too.. Siapa-siapa yang minat seni bahasa, especially Cikgu Pejul, anda boleh ke blog beliau.. Sangat puitis ayat-ayatnya.. Heehee.. Anyway Erin, I just wanna say thanx from the bottom of my heart, for giving me this award.. Thanx dear.. Good luck in your undertaking, and may you succeed in whatever you do.. Love you sis.. Mmuaahhxx.. =)




Next award.. Baru sahaja dapat kelmarin.. Datangnya dari Bee.. Nama penuh Nabila Farhana.. Huhu.. Bee.. Sebab itu agaknya award dia pun ada gambar Bee.. Heehee.. Gadis manis dari Kelantan, yang punya iras-iras Intan Ladyana+Lisdawati ini berumur 21 tahun.. A nice little girl, kenal dia melalui adik sepupuku.. Siapa-siapa yang rasa nak kenal dengan beliau, boleh usha blog dia di sini okey.. Bee, thanx a lot for the award dear.. Sayang kamu.. Mmuuahhxx.. Take care ya.. =)





Seterusnya tag pula.. Haha.. Datangnya dari Mama Zura.. Akak, settle sudah.. Heehee.. Sorry peram lama-lama.. Hehe.. =p


For the instruction, add your name on the list and simply spell out your name using the given Japanese letter-translations below.. Tag 6 of your friends and inform them of the Tag.. Have fun..


TRANSLATION:


A-ka F-lu K-me P-no U-do Z-zi

B
-fu G-ji L-ta Q-ke V-ru


C
-mi H-ri M-rin R-shi W-mei


D
-te I-ki N-to S-ari X-na


E
-ku J-zu O-mo T-chi Y-fu




Nama Aku: HANA - Rikatoka



6 org yg aku nk Tag??

(4 je laa yang aku mampu)



1) Edan Coba

2) Aainaa


3) Bee


4) Erin




FOOT NOTE: Ya Allah.. Buruknya nama jepun aku.. Nasib baik aku lahir kat Malaysia dapat nama Nur Farhana.. Sedap sikit.. Siap ada lagu khas lagi untuk aku.. Haha..




23 Mei 2009

Miss Sopan "XXL" Ke Miss Sexy "S"

Mei 23, 2009 20 Comments
Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua.. Petang Sabtu sebegini memang bosan sebab asyik duduk terperap sahaja di rumah. Apa lagi, layan blog sambil membelek buku. Itulah saja rutin hujung mingguku..


Dalam keadaan cuaca yang begini terik dan membakar, aku tergerak tangan untuk mencoretkan entry ini.. Tajuk sahaja sudah begitu sensasi.. Apa ya yang aku nak borakkan pasal tajuk ini?


Bagi mereka yang rasa tidak suka, jangan teruskan membaca.. Aku tiada niat menyinggung atau mengguris perasaan mana-mana pihak.. Ini hanya pandangan peribadi dari aku seorang manusia biasa..





Banyak sudah kisah yang dapat kita lihat di dada-dada majalah juga akhbar.. Tentang isu kuruskan badan.. Beforenya gemuk, afternya kurus.. Beforenya berbaju kurung, selepasnya hanya berbaju "ala kadar" sahaja.. Bukan aku ingin katakan tiada insan yang berbadan plus-plus ini tidak berpakaian seksi, cuma aku inginkan tonjolkan senario yang berlainan dari itu.


Dulu pernah aku katakan pada mak, aku tidak ingin kuruskan badan sebab aku takut apabila aku kurus aku akan berpakaian seksi.. Mak hanya tergelak.. Pasti kalian juga gelak.. Sekarang bila aku mengingatnya kembali, aku juga mula tergelak.. Sungguh dangkal pemikiran ketika itu.. Bukan salahku berpikiran begitu tetapi kita lihat saja di luar sana, kebenaran yang sahih.. Kebanyakan mereka ketika berbadan besar cenderung berbaju sopan tetapi bila kurus semua pakaian ingin dicuba untuk melepaskan hajat yang kian lama dipendam.. Itu tidak salah, tetapi peliharalah juga nilai kita sebagai wanita timur yang penuh adab dan sopan..






Aku pula.. Memang aku tidak nafikan aku juga berkeinginan untuk bergaya seperti insan lain.. Boleh sahaja, apa salahnya.. Tetapi bergayalah dengan sopan, baju kurung, blouse labuh, slack yang longgar, skirt labuh perhaps.. Sejujurnya 80% dari pakaianku hanyalah baju kurung.. Tiada langsung jeans, T-Shirt, kalau pun ada hanyalah blouse dan slack.. Aku tidak memakai jeans sebabnya abahku tidak mahu anak-anaknya memakai jeans.. Makanya sampai sekarang aku tidak pernah memakai walau sehelai jeans..


Boleh dikatakan dalam apa jua sahaja acara, ke mana juga aku pergi, aku selesa berbaju kurung.. Orang lain berbaju T-Shirt dan seluar ke pantai, aku pula berbaju kurung.. Kawan-kawanku memakai tracksuit dan shirt untuk ke water treatment plant, aku tetap dengan baju kurungku.. Kawan-kawan sudah biasa dengan gayaku ini, dulunya mereka kerap bertanya sekarang tidak lagi. Aku selesa dengan baju kurung, kalau ada yang tanya, aku akan jawab sebab berangin.. Aku taknak cakap lebih-lebih takut orang mengata yang lain pula..


Dek kerana itu juga, mak pula yang naik bosan.. Haha.. Mak sering membelikanku blouse untuk ku pakai.. Tidak mahu aku hanya memakai baju kurung setiap masa.. Aku pakai juga blouse tetapi ikut mood juga.. Bila aku sering berpakaian begini, pasti ada soseh-soseh di belakang.. Sibuk "memuji" aku yang berbadan comel ini hanya memakai baju kurung kerana tiada pakaian yang cantik-cantik, seksi-seksi, untuk badan seperti aku.




Kalau mahu diikutkan hati dan nafsu, aku boleh juga berpakaian seksi, ramai yang berbadan besar but still sexy.. Tetapi bukan itu kemahuan dan kehendakku.. Bukan kerana aku berbadan besar maka aku tidak mahu berpakaian sexy, tetapi kerana seksi itu sendiri.. Kalau ditakdirkan aku kurus satu hari nanti, aku tetap dengan gayaku ini, no no no seksi.. Itu janjiku pada diriku sendiri..


Aku menyusun sepuluh jari andai ada kata-kata aku yang menyakitkan hati sesiapa, itu bukan niatku.. Aku cuma ingin katakan, tidak ada apa-apa pada seksi itu.. Di penghujung hidup kita nanti, kita akan dikafankan dengan sopan juga menutup seluruh tubuh badan kita.. Apa salahnya belajar dari sekarang berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.. Bukanlah pakai baju kurung sahaja, baju lain pun boleh yang penting baju itu sopan.. Iya dak?





Ramai yang akan kata yang seksi itu kadang-kadang ada yang baik tetapi yang sopan itu selalunya ramai yang berkelakuan tidak senonoh.. So what? Bukan itu sebabnya untuk tidak berpakaian sopan, pucuk pangkalnya pada hati kita, akal kita, bukan hati orang lain, akal orang lain.



I'm not perfect, but I'm learning how to become a better person, a better woman, a better Islams. Apa yang aku katakan bukanlah nasihat cukup sekadar satu renungan, bukan sahaja buat kamu malah juga untuk aku.


Ingat tak aku pernah kata, perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik.. Niat aku hanya satu, untuk menjadi perempuan yang baik-baik bukan untuk mendapatkan lelaki yang terbaik, tetapi untuk aku sendiri menjadi yang terbaik buat seorang lelaki yang bergelar suamiku kelak.. InsyaAllah.. Sampai di sini sahaja, jumpa lagi di entry yang seterusnya. Assalamualaikum.. =)




FOOT NOTE: Buat bakal suamiku.. Ku harap dia tidak complaint kalau aku asyik berbaju kurung keluar dengannya kelak.. Hahaha.. =)




22 Mei 2009

Pesanan Buat Insan Bernama Suami

Mei 22, 2009 15 Comments
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Selamat malam juga ku ucap buat kalian yang sudi bertandang ke sini untuk menjamu mata dan mencari santapan minda di malam-malam hari begini..


Entry kali ini tentang sesuatu yang aku ketemu di Klinik Kesihatan Gunung Rapat.. Di dalam bilik doktor ada poster tertampal gah di situ. Aku amat tertarik dengan isi kandungannya lalu aku terpanggil untuk berkongsi pandangan dengan kalian tentang ini..





Poster di atas inilah yang menarik minda dan jiwaku.. Ada tertulis.. ORANG YANG PALING BAIK IALAH MEREKA YANG BERBUAT BAIK TERHADAP ISTERI MEREKA - Riwayat Tarmizi..


Sebelum ini kita sering dihidangkan dengan kisah-kisah kecurangan isteri pada suami, tanggungjawab isteri pada suami, syurga isteri di bawah tapak kaki suami, tapi kali ini aku ingin kita semua berfkir pula dari sudut yang lain.. Tanggungjawab suami pada isteri.. Dalam zaman sekarang, macam-macam senario yang dapat kita lihat, suami curang pada isteri, suami mendera isteri zahir dan batin, suami lepak di kedai kopi dan hanya tahu meminta duit dari isteri.. Bukankah lelaki itu dicipta untuk menjaga wanita? Tetapi sekarang zaman sudah terbalik, apa nak jadi?






Jadinya wahai cik abang di luar sana.. Meh sini.. Aku nak kongsikan dengan kalian sedikit sebanyak yang aku baca.. Bacalah.. Persiapan yang bagus untuk kamu juga.. Untuk membina keluarga bahagia.. =) Cik adik pun boleh..


Diceritakan dari Nabi S.A.W bahawa baginda bersabda pada waktu haji widak (perpisahan) setelah baginda memuji Allah dan menyanjung-Nya serta menasihati para hadirin yang maksudnya..


''Ingatlah (wahai kaumku), terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada para isteri, isteri-isteri itu dapat diumpamakan kawanmu yang berada di sampingmu, kamu tidak dapat memiliki apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan yang keji yang jelas (membangkang atau tidak taat) maka tinggalkanlah mereka sendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau isteri-isteri itu taat kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka.
Ingatlah! Sesungguhnya kamu mempunyai kewajiban terhadap isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajiban-kewajiban terhadap dirimu. Kemudian kewajiban isteri-isteri terhadap dinmu ialah mereka tidak boleh mengizinkan masuk ke rumahmu orang yang kamu benci.
Ingatlah! Kewajiban terhadap mereka ialah bahawa kamu melayan mereka dengan baik dalam soal pakaian dan makanan mereka."


(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)



Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud..


"Sesungguhnya yang termasuk golongan mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang baik budi pekertinya dan mereka yang lebih halus dalam mempergauli keluarganya (isteri, anak-anak dan kaum kerabatnya). "







KESIMPULAN: TANGGUNGJAWAB SUAMI



  1. Menjadi pemimpin anak isteri di dalam rumah tangga.

  2. Mengajarkan ilmu fardhu ain (wajib) kepada anak isteri iaitu ilmu tauhid, fiqh dan tasawwuf.

  3. Memberi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal dari wang dan usaha yang halal.
    Ada ulama berkata:
    ''Sekali memberi pakaian anak isteri yang menyukakan hati mereka dan halal maka suami mendapat pahala selama 70 tahun."

  4. Tidak menzalimi anak isteri iaitu dengan:
    Memberikan pendidikan agama yang sempurna.
    Memberikan nafkah zahir dan batin secukupnya.
    Memberi nasihat serta menegur dan memberi panduan/ petunjuk jika melakukan maksiat atau kesalahan.
    Apabila memukul jangan sampai melukakan (melampaui batas).

  5. Memberi nasihat jika isteri gemar mengumpat, mengomel serta melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perintah agama.

  6. Melayani isteri dengan sebaik-baik pergaulan.

  7. Berbicara dengan isteri dengan lemah-lembut.

  8. Memaafkan keterlanjurannya tetapi sangat memperhatikan kesesuaian tingkah-lakunya dengan syariat.

  9. Kurangkan perdebatan.

  10. Memelihara maruah mereka.





Kesimpulannya, untuk lelaki-lelaki di luar sana yang ingin mendirikan rumahtangga, persiapkanlah diri kamu sebelum melayari bahtera perkahwinan sebab perkahwinan bukan satu permainan atau percaturan, ianya adalah penyatuan dua hati, perkongsian dan tanggungjawab.. Semasa bercinta, cinta itu letaknya paling atas.. Tetapi dalam perkahwinan, tanggungjawab harus didahulukan..


Buat para wanita, persiapkan juga diri kamu.. Hiasi diri dengan sikap-sikap terpuji agar menjadi isteri yang terbaik buat suami.. Sesungguhnya wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik.. Aku pun nak berusaha jadi baik, lebih baik dan terbaik.. InsyaAllah..


Sekian sahaja.. Jumpa lagi di entry yang akan datang.. Salam sayang dari aku untuk kalian.. Assalamualaikum.. =)



21 Mei 2009

Petang Yang Ting Tong

Mei 21, 2009 18 Comments
Assalamualaikum wahai penghuni sekalian alam.. Heehee.. Malam ini agak awal aku menulis entry.. Tidak seperti malam-malam yang sebelumnya.. Sebab hari ini macam-macam insiden yang aku alami.. Maka menyebabkan aku ting-tong sedikit daripada kebiasaanku..


Petang tadi Kak Yati, housemateku mengajak aku dan Akma ke Universiti Tenet Perlahan a.k.a UTP.. Ooppsss.. Bukan aku yang bagi nama tu, budak-budak UTP sendiri bagi okey.. Huhu..Watpe pi sana? Jumpa adik dia.. Baru nak keluar rumah jek dah jadi satu insiden.. Kak Yati tak sengaja telah mencium bontot kereta jiran.. Nyonya itu pun apa lagi.. Aiyooo.. Pada hal kereta dia tak ade cacat cela, kereta Kak Yati yang dapat cenderahati.. Haha.. Tapi muka nyonya tu masam mencuka macam nak makan orang.. Even dah say sorry pun, muka macam apa entah.. Tak mesra alam betul..



Next.. Terus ke UTP.. Memang kalau nak masuk UTP satu saja yang memeningkan, Pak Guard dia ada yang OK ada yang KO.. Tapi kali ini kami senang jek lepas tanpa perlu pas masuk, sebab guardnya muda.. Hahaha.. Then, Kak Yati angkut adiknya, Nani dan kawan-kawan adiknya lalu kitorang keluar makan.. Kak Yati nak belanja weh.. Langkah kanan aku dan Akma arini.. Heehee.. Anyway, thanx Kak Yat atas "belanja" anda itu.. Lain kali belanja lagi ok.. Lepas kenyang mencekik nasi goreng kampung dan sirap laici, kitorang pun balik semula ke UTP untuk hantar budak-budak ni semua balik..






Malangnya.. Pak Guard lain di depan pintu masuk.. Tingkap diturunkan.. Pak Guard tanya sebab masuk.. Kak Yati kata nak hantar adik.. Pak guard kata okey, amik pas visitor.. Kak Yati amik, rupanya kitorang yang lagi dua pun kena amik sebab bukan student UTP.. Pak Guard cakap ta
kut kitorang tidur kat situ.. Kalau ada rombongan Cik Kiah datang, ada 20 orang, 20 orang tu semua kene turun amik pas, Pak Guard lah yang kata.. Adeh.. Dah laa cakap kasar.. Lepas tu banyak songeh.. Aku yang temperature dah naik ni turun dari kereta, aku suruh Kak Yati sahaja masuk ke dalam.. Aku dan Akma berdiri terpacak di depan pintu masuk sambil aku membebel tanda protes.. Geram woo.. Tak bertimbang rasa langsung, ingat aku tak ada rumah ke nak tidur sampai nak tidur Universiti orang.. Pak Guard cakap kalau tak nak amik pas, turun dari kereta dan tunggu di pintu masuk..


Berdirinya aku kat depan pintu masuk tu, sebab aku nak tunjuk kat semua orang betapa tak mesra visitors langsung Pak Guard UTP ni sampai aku diperlakukan sebegini rupa.. Aku lebih rela berdiri di gigit nyamuk daripada pergi amik pas visitor.. Dulu time aku kat UM pun ketat jugak kawalan pintu masuk dia, tapi at least satu pas sahaja diambil oleh driver, bukan seluruh isi kereta..


On the way nak pergi aku sempatlah snap gambar dalam kereta.. Tapi bila balik semangat terus hilang dek kerana Pak Guard yang sangat "mesra" itu.. Dah lama aku tak snap gambar, bukan apa, rupa aku tak cun pun nak tayang kat orang.. Tapi sebab ada kawan-kawan yang tegur kenapa entry aku jarang aku upload gambar sendiri, maka di entry kali ini aku tunaikan hasrat kalian.. Walaupun aku tak cun dan tak fotogenik tapi layankan aje laa ye..


P/S: Eazy, jangan marah kerana ku punya tahi lalat penyanyi pujaanmu.. Wawawa..


FOOT NOTE: Aku ini degil kan.. Siapalah agaknya yang tahan dengan perangai aku ini.. Heehee.. =p


NEXT ENTRY..


Bukan apa pun, tadi aku jalan-jalan kat blog Innz Si Budak Kechik.. Lalu aku terpandangkan entry dia tentang website MAKEMEBABIES.COM.. Aku yang bosan ini pun mencubalah.. Haha.. Korang layankan je laa kepala otak aku yang dah ting tong ni ok.. Huuhuu.. =p

Sebab aku tak ada bopren lagik.. Sob sob sob.. Aku cuma mampu amik gambar artis je laa.. Yang first Arjun Rampal.. Yang second Johnny Depp.. Dua-dua artis favourite aku.. Anak aku dengan siapa lagi comel??? Abang Arjun ke abang Johnny? Hehe.. Yang tak tahannya, seorang tu namanya Hana Arjuna, seorang lagi Juhanna.. Wawawa.. Imaginasi tinggi melangit..


Okey semua.. Till then.. Kita jumpa di next entry okey.. Stay cute and stay cool.. Smile always.. Assalamualaikum semua.. =)




Lagu Jiwa Lagu Cinta

Mei 21, 2009 17 Comments
Assalamualaikum.. Selesai sudah membelek buku yang tebal-tebal.. Agaknya sudah menjadi rutin, sebelum tidur pasti ada sahaja entry yang aku ingin coretkan.. Aku tak kisah apa-apa cerita pun, repekan, kemerapuan, kesyokkan sendiri, yang penting gian ku dapat dilepaskan.. Hahaha..


Entry kali ini.. Apa lagi yang aku nak sembang dengan kalian.. Kalian semua memang sempoi, rajin melayan bebelan aku, makanya aku suka membebel.. Hahaha.. Lagu jiwa lagu cinta.. Mawi pulak.. Huhu.. Sebenarnya bukan aku nak cerita pasal abang botak yang menjadi kepunyaan Ikin ini, tapi aku nak sembang pasal lagu dalam jiwa anda yang menjadi tema untuk cerita cinta anda.. Alah.. tak kisah cinta apa, pada mak abah, pada adik abang kakak, pada chenta hati anda, ataupun juga pada jiran dan hamster peliharaan anda.. Heehee..


Baiklah.. Aku cerita dulu erk.. Lepas tu turn kalian pulak.. Okey semua.. Jangan ngelat.. Dah baca lagu jiwa lagu cinta aku, turn aku pulak nak tahu lagu jiwa lagu cinta korang.. Boleh erk? Okey.. Sempoilah korang semua.. Sayang sikit.. Mmuuahhxxx.. =)






Lagu jiwa lagu cinta aku yang pertama.. Masa umurku 9 tahun.. Budak lagi.. So naive and so immatured.. Cinta monyet aku.. Aku dapat bunga dari mamat yang aku kenal time belajar tennis.. Dia hadiahkan aku bunga raya weh.. Haha.. Tapi dalam kepala otak, jiwa aku asyik berputar lagu Matahari nyanyian Maya.. Padahal aku tak paham sepatah haram pun lagu ni.. Haha.. Jom usha..


Maya - Matahari

Terbit sinar mentari
Saban hari
Mengejut mimpi
Dari lena
Riang kenari
Di cemara
Mengusik sukma


Bunga-bunga matahari
Anggun mekar
Di taman sari
Warna jingga
Suntingan hati
Bagai tanda
Kasih bersemi


Hangatnya sinaran
Walau getir ku tempuh dugaan
Menyahut wawasan
Ku pohonkan segunung harapan


Bangkitkan citramu insan
Dalam diam menyambung warisan
Sekilas sinar mentari
Melewati di senja menanti






Next please.. Lagu Siti Nurhaliza.. Cinta monyet lagi.. Masa umur 12 tahun.. Gatai sungguh.. Dengan jiran sebelah pulak tu.. Haha.. Yang bestnya lagu jiwa lagu cinta aku time ini ialah... Jeng jeng jeng.. Lagu Dato' Siti - Aku Cinta Padamu.. Sebabnya tiap kali dating kat tepi longkang depan rumah, mesti dia akan bukak lagu ni kuat-kuat macam nak pecah radio.. Haha.. Apa lagi.. Kita layan..


SITI NURHALIZA - AKU CINTA PADAMU



Andainya engkau ku miliki
Terdahulu sebelumnya

Andai ku curah rasa hati
Mungkin kini ku tenang di samping mu




Belum puas ku menikmati

Kesan kasih sayang kau terpaksa pergi
Ingin ku terus dicintai
Walau bisikanmu azimat berduri


Bila cinta berbunga
Jadi airmata di jariku


Betapa ku cinta pada mu
Katakanlah kau cinta padaku
Sematkanlah ku di hati mu
Walau di mana berada
Ingat ku dalam doa mu


Hiasilah hati
Dengan cinta suci
Selamanya


Gemerlapkan jiwa
Semikanlah cinta
Semoga kau dan aku
Akhirnya bersama
Akukan menunggu
Walaupun seribu tahun lagi







Lagu seterusnya.. Persahabatan aku dan geng-geng G8 Smart.. Aku, Kak Yati, Akma, Faizah, Kak Ramizah, Kak Shuhada dan Kogisree.. Frenz forever.. Memang pernah gaduh but still berbaik macam biasa.. Lagu jiwa lagu cinta? Erti Sahabat nyanyian Nidji..



Nidji - Arti Sahabat


Tak mudah untuk kita hadapi
Perbedaan yang berarti
Tak mudah untuk kita lewati
Rintangan silih berganti


Kau masih berdiri
Kita masih di sini
Tunjukkan pada dunia
Arti sahabat


Kau teman sejati
Kita teman sejati
Hadapilah dunia
Genggam tanganku


Tak mudah untuk kita sadari
Saling mendengarkan hati
Tak mudah untuk kita pahami
Berbagi rasa di hati


Kau adalah..
Tempatku membagi kisahku
Kau sempurna
Jadi bagian hidupku
Apapun kekuranganmu






Last sekali.. Lagu jiwa lagu cinta aku buat masa ini.. Perasaan aku ketika ini.. Perasaan yang dipendam yang hanya mampu aku luahkan menerusi lagu sahaja.. Mohon pengertian bagi yang harus mengerti.. Namun aku tahu, soal hati dan perasaan bukanlah satu mainan.. Bukan mampu dipaksa, memaksa dan terpaksa.. Hanya masa yang bisa menentukan..


UNGU - CINTA DALAM HATI


Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu


Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku
Bahagia untukku


Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku


Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini
Bahagia untuk sekejap saja