29 Sep 2009

Agaknya Kena Banned Tak Entry Ni???

September 29, 2009 39 Comments
Assalamualaikum sekalian penghuni blogspot.. Wah.. Lama aku tak menghirup udara blogspot.. Rindu yang amat.. Banyak benda nak story, banyak entry sibuk dibuat draft tapi masa tak mengizinkan untuk aku publish sebarang entry.. Chup chup chup.. Ada sesiapa rindu aku tak??? Takde kot.. Sebab takde yang tanya pun ke mana aku menghilang.. Uhuk uhuk.. But wait.. Ingat artis ke kamu Farhana orang nak ingat nak rindu??? Memang artis pun kan.. Hoho.. Selamat hari raya kepada yang masih lagi sakan beraya.. Aku pula cuti seminggu je.. Rasa macam tak cukup je cuti.. Takpe laa.. Dah nasib badan.. Apa??? Entry raya? Gambar raya? Sorry banyak.. Tahun ni tak ade kot entry pasal raya.. Jangan ditanya kenapa okey.. =)


Hmmm.. Dah laa entry raya takde, semua orang pun masih dalam mood raya, entry semua tentang raya.. Tiba-tiba aku publish entry tak senonoh begini.. Mesti spoil mood raya korang kan.. Tapi aku nak juga publish.. Hahahahaha.. (Gelak jahat macam Shin Chan) Walaupun aku dalam hati bimbang blogku akan dibanned dan digam lalu dihumban ke dalam ISA.. Sebabnya bincang isu sensitif dan sangat tak elok di sini.. Heehee..



Aku baru sahaja pulang menonton THE UGLY TRUTH dengan geng G8 Smart.. Cerita ni dah lama tayang, tapi baru sekarang berkesempatan tengok.. Katherine Heigl dengan the hottest ever Gerard Butler berlakon.. Bak kata bro John, perempuan kalau tengok movie, mesti layan cerita love, cerita jiwang.. Heehee.. Basically cerita ni bagi aku best tanpa menyukat dan menimbang unsur-unsur lucah yang terlampau dalam cerita ni.. Storyline dia aku suka, mesej dia pun aku suka, hero dan supporting actor dia lagilah aku minat.. Baru aku perasan, Gerard Butler ni "something" jugak.. Hahaha.. Shhh.. Meh aku nak bisik.. Satu part cerita ni bikin aku melelehkan hingus.. Ooppss.. Meleleh air mata.. Sedih wo.. Tisu please.. Uhuk uhuk.. Tapi seriously, cerita ni bagi aku sweet.. Rasa cinta tu aku dapat rasa running through my vein.. Ouch.. Gila mendalam perasaan kamu Farhana.. Jiwang yang amat.. Sangat-sangat jiwang..





Scene menari di atas tu my favourite scene.. Memang Unnakum Ennakum.. Kuch Kuch Hota Hai laa bila tengok.. Hahaha.. Cerita ni classified under 18PL.. Tapi personally aku rasa, even budak umur 18 tahun pun tak elok laa tengok cerita ni.. Umur 21 pun kene timbangkan lagi boleh ke tak boleh tengok movie ni.. Aku umur berapa??? 22.. Boleh kot tengok.. Hahahahaha.. Disarankan kalau nak tengok, tengoklah dengan kawan perempuan.. Kalau dengan kawan lelaki atau dalam Englishnya boyfriend, tak elok kot.. Segan maa.. Malulah.. But it's just my personal thought laa..




Aku tak nak story sangat pasal cerita ni.. Tapi aku cuba nak ketengahkan tentang seks yang si hero asyik sebut, sebut dan sebut.. Ooppss.. Ya.. Seks.. Seks berlandaskan nafsu atau seks berlandaskan cinta dan ikatan.. Mat Saleh bawak banyak influence tentang perihal seks ni pada masyarakat kita, tetapi seks yang bagi aku teruk dan hanya berpaksikan nafsu semata.. Banyak bukti kita boleh tengok.. Betapa pengaruh Mat Saleh ni sangat besar sampai masyarakat kita kalau melakukan seks tidak berpandukan ajaran agama.. Ikut kata hati, ikut kata syaitan.. Tengok saja berita pagi tadi, seorang wanita di Besut buat report polis sebab tak tahan dengan perilaku sang suami yang suka mencuba pelbagai cara yang tak masuk akal ketika melakukan hubungan.. Dari mana depa belajaq semua tu??? Cuba habaq mai..


Bukan kata filem sahaja, tetapi lagu-lagu dari luar negara pun banyak saja yang berunsur lucah tetapi tetap masuk Malaysia.. Lucah yang tak kena dengan budaya kita masyarakat Timur.. Ya.. Seks.. Memang itu fitrah manusia.. Tetapi bukankah ianya lebih indah kalau ianya bersandarkan cinta dan ikatan yang sah.. Lecturer aku pernah kata, dia dan isterinya suka menonton Romance movie bersama, tetapi bukan seks ganas, seks yang just for fun, tetapi seks sepasang suami isteri yang penuh dengan kasih sayang.. And he said, that is what sex is actually.. Korang faham apa aku cuba sampaikan??? Betapa pengaruh Mat Saleh dah terlalu banyak meresap dalam masyarakat kita sampai di satu tahap kita jadi tepu dan hanya menerimanya bulat-bulat sahaja.. Fikir-fikirkanlah.. Mungkin kita dapat satu kepuasan dan kenikmatan tetapi keberkatan??? Hmmmm.. Renung-renungkan..




Semua mesti pernah dengar lagu Raikan Cinta nyanyian M. Nasir.. Ada sesiapa tahu makna di sebalik lagu yang dinyanyikan Sifu kita ni??? Heehee.. Aku mula-mula hanya memahaminya di permukaan sahaja, tetapi bila ada seseorang menyuruh aku mendalaminya betul-betul, otak aku telah mentafsirkan sesuatu yang lain dari yang lain.. Sesuatu yang indah.. Yang inilah baru kita katakan "hubungan" yang berlandaskan cinta dan bukan nafsu semata.. That is what I think personally.. Kalian pula bagaimana??? Cuba faham-fahamkan.. Mungkin kalian ada tafsiran tersendiri..


RAIKAN CINTA

Berapa dalam harus kugali tanah ini harus kugali
Untuk bertemu permata nilai sejati nilai sejati
Baru kupulang ke kampung sentosaku
Baru tercapai segala maksudku

Perahuku menghala ke hulu kuala jua kusua, jua kusua…
Kau lihat aku, aku pula lihat dia samakah kita ?

Ke sana ke sini lari-lari kecil
Bagai Siti Hajar mencari air
Terpancur sinar di kering pasir
Bekas hentakan kudus kaki Ismail

Mari mawarku raikan cinta
Tanpa cintaNya kita tiada
Mawar cinta mawarku abadi
Cinta pemilik segala Jadi

Mari mawarku raikan cinta
Kerana cinta kita abadi
Mawar cinta mawarku sejati
Cinta pemilik segala Jadi


Okey.. Meh aku story sikit tentang pemahaman aku.. Tapi korang jangan gelak.. Ini cuma pemahaman aku je..


1) Rangkap pertama tentang sperma yang berenang-renang mencari ovum.. Yang disifatkan sebagai permata nilai sejati tu bagi aku mungkin wanita yang baik..

2) Rangkap kedua pula apabila sperma dan ovum bertemu lalu timbullah persoalan samakah kita.. Of course tak sama.. Kan kan kan???

3) Rangkap ketiga pula bagi aku still menjelaskan tentang sperma yang berenang-renang ke sana sini kegembiraan.. Kegembiraan kerana berjaya melaksanakan tenggungjawab..

4) Rangkap keempat dan kelima pula tentang raikan cinta.. Tanpa cintaNya, takkan kita ada.. Maksudnya bagi aku mungkin tanpa Dia, takkan kita lahir di dunia.. Tanpa cinta juga kita takkan ada di dunia.. Kerana cinta kita abadi.. Fahamkan apa aku cuba sampaikan???


Entry lepas raya.. Sudahlah isu sensitif, panjang lebar pulak tu.. As usual.. Farhana tak pernah menghampakan dalam menghasilkan entry yang panjang lebar.. Hahaha.. Okeylah.. Sampai sini saja.. Selamat hari raya sekali lagi aku ucapkan.. Maaf zahir dan batin ya kalau ada salah silap aku.. Enjoy raya enjoy gak, jaga makan jaga perut.. Heehee.. Pesanan untuk aku gak ni.. Huhu.. Kalau ada yang tak setuju tentang pandangan dan pemahaman aku, silalah hentam aku ya.. Aku sedia terima kritikan dan hentaman.. Heehee.. Sampai jumpa lagi.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Tengok movie yang seperti di atas, pesan aku, yang tak elok jangan ikut, yang baik kita amik.. Okey.. Ada paham semua??? Heehee.. =p

~ Oh ye.. Thanx ek untuk kad raya yang korang bagi kat blog.. Maaf kalau ade yang tak sempat ambil.. Tapi apa-apa pun, thanx bebanyak.. Selamat hari raya.. =)



14 Sep 2009

Kita Cerita Pasal Manja Lagi..

September 14, 2009 29 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas sekalian yang berkunjung ke sini.. Wah.. Ayat formal dariku.. Heehee.. Hari Isnin datang lagi.. Ramadhan ke-24 tidak silap perkiraanku.. Bagaimana hari anda??? Bagaimana puasa anda setakat ini???


Entry mengada-ngada aje kali ni.. Heehee.. Mahu cerita tentang satu hari di bulan Ramadhan, di sebuah tempat bernama bazar Ramadhan.. Di waktu petang di kala hujan turun renyai-renyai.. Aku dan Mamatot, kawan serumahku ke bazar.. Beli nasi putih dan lauk.. Beli murtabak.. Sebelum hendak pulang, hati tergerak nak beli kuih pula.. Ish3.. Mana pergi rejimen diet kamu Farhana.. Mana NEKAD dan TEKAD hendak kurus??? Cakap tak serupa bikin ini orang.. Ish3.. ---> Sekali-sekala aje layankan perut ni kawan-kawan.. Boleh kan??? =p



Aku berdiri di hadapan gerai kuih itu.. Penjaganya, dua orang mamat muda dan ayah mereka.. Aku berjalan ke kiri, ke kanan, lalu ke kiri balik, sambil meletak jari telunjuk di bibir.. Orang comel berfikir memang rupa itu.. Sila jangan protes atau kutuk.. Hee.. Mencari kuih yang boleh buat aku jatuh cinta pandang pertama.. Aku terpana pada karipap yang berjenis-jenis di satu sudut.. Lalu ku tanyakan isinya apa.. Jawab pemuda itu kentang, keledek, sayur.. Aku berjalan lagi mundar-mandir.. Nak buat keputusan bukan senang.. Ini soal perut.. Dan soal mulut.. Salah buat keputusan, merana perut, merana mulut.. Akhirnya tak lama.. Aku dengan gayaku seperti biasa tanpa agenda untuk mengurat abang jual kuih atau yang seumpama dengannya, menunjukkan ke arah karipap keledek dengan jari telunjuk yang agak meliuk-lintuk.. SERINGGIT ABANG.. Maaf.. Ini memang aku.. Bukan plastik atau dibuat-buat..


Tiba-tiba terburai gelak ketawa abang-abang jual kuih itu.. Kawanku yang di sebelah turut gelak sekali.. Aku hairan.. Ku pandang kawanku, ku pandang abang-abang penjual kuih.. Apa yang lawak.. Lalu aku dengar abang yang seorang ini bisik dengan suara yang aku mampu dengar pada kawannya yang seorang lagi.. MANJANYA DIA.. Aku tercengang.. Nak kata malu tidak.. Nak kata marah tidak.. Suka ada kot.. Kah kah kah.. Sebenarnya, tak rasa apa pun.. Feeling kosong. Sebab aku rasa itu gaya aku yang biasa, tiada yang luar dari kebiasaan.. Apa yang manja??? Di mana manjanya??? Aku tertanya..





Kisah manja tak terhenti di situ sahaja.. Kawan-kawanku especially Kak Shud dan Ramizah, juga katakan aku ini manja.. Nada suara aku manja.. Apa??? Aku anak sulung.. Mana mungkin manja.. Mana mungkin aku punya nada suara manja.. Hmmm.. Tapi hakikatnya walau macam mana pun aku tepis fakta itu, orang sekeliling yang mendengar dan menilai.. Manjakah aku, mereka lebih tahu..


Kalau kalian pula bagaimana??? Memang kita tidak pernah berjumpa.. Walau berbicara sepatah dua.. Tetapi lihat pada aku.. Pada gayaku.. Pada riak wajahku.. Pada penulisanku.. Adakah benar aku manja??? Mesti kalian fikir kenapa soalan yang ku tanya remeh-remeh belaka.. Mengapa soal manja pun mahu dibicara.. Huhu.. Aku cuma ingin mengenal diri, tahu sifat diri.. Orang akan kata tiada siapa yang lebih kenal diri kita, melainkan kita sendiri.. Aku sokong tapi tak sepenuhnya.. Kadang-kadang kita perlukan orang keliling kita untuk bantu kita kenal diri kita sendiri sebab kadang-kadang, kita manusia sukar untuk terima hakikat diri.. Betul tak???


Tak kenal maka tak cinta.. Hendak cintakan diri sendiri haruslah kenal diri, siapa kita, kenali sifat diri.. Renung-renungkan.. Taking care semua.. Aku minta diri dulu.. Assalamualaikum.. =)






FOOT NOTE: Jom bantu aku kenal diri aku.. Heehee.. =)



11 Sep 2009

Aku Mahu Jadi Emak Yang Terbaik..

September 11, 2009 19 Comments
Assalamualaikum semua.. Salam hari Jumaat.. Salam Ramadhan yang ke-21 juga untuk anda.. Pejam celik, dalam sedar tak sedar, Ramadhan tinggal beberapa hari saja lagi.. Terasa cepat masa berlalu.. Posting aku di Klinik Kesihatan pun akan tiba penghujungnya.. Dalam 4 minggu ini, banyak benda baru aku belajar.. H1N1 begitu dekat dengan hidup aku time-time macam ni.. Maklum saja, orang pasti akan menyerbu Klinik Kesihatan dulu jika ada tanda-tanda demam, sakit tekak, selesema dan sebagainya.. Memang menguji kecekalan betul..


Entry kali ini aku bukan nak story tentang H1N
1.. Tapi tentang posting aku ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak beberapa hari yang lepas.. Semasa di sana, aku dan kawan-kawan berpeluang untuk check ibu-ibu mengandung, buat persediaan untuk ultrasound, dan macam-macam lagi.. Tidak aku sangka, banyak touching-touching moment semasa posting di sini..



Syukur sangat-sangat sebab aku berpeluang dapat prepare ibu-ibu yang mengandung untuk ultrasound.. Banyak ilmu aku dapat dari doktor dan nurse.. Saat-saat yang paling best bila aku melihat doktor melakukan ultrasound dan apa yang aku lihat, betapa aktifnya bayi di dalam perut si ibu bergerak dan bertendang di dalam uterus si ibu.. Terasa kerdil aku ketika itu.. Betapa sempurnanya dan indahnya ciptaan Allah.. Dalam hati ada terdetik rasa yang aku sendiri sukar untuk menggambarkannya.. Senyuman tak lekang dari aku semenjak momen itu..



Tidak berapa lama, aku mendapat peluang lagi sekali dari doktor.. Menyuruh aku memeriksa perut si ibu yang mengandung 8 bulan.. Mendengar jantung janin yang dikandungnya.. Agak terkial-kial juga aku ketika itu.. Perut si ibu yang besar dan boyot, dan umurnya yang baru mencecah 20 buat aku kaget sebentar.. Dengan kedua belah tangan ini aku pegang perut si ibu.. Dapat ku rasa janin yang dikandung.. Belakang si janin, kakinya.. Sungguh indah aku rasa saat ketika itu.. Ouh.. Naluri keibuan tiba-tiba menyerbu.. Selang beberapa ketika selepas itu, ku lihat perut si ibu bergerak.. Dengan sangat hebat.. Aku dan rakanku memandang.. Bayi di dalam perut sedang bergerak.. Dan sangat aktif sekali.. Nampak dengan jelas dek sepasang mata milikku ini.. Si ibu hanya tersenyum melihat kami yang sangat gembira.. Kalah macam kami yang mengandung.. Heehee..



Syukur aku pada Tuhan kerana memberikan peluang ini padaku.. Terasa mahu lekas sahaja menjadi ibu.. Hik hik.. Pasti saat itu indah sungguh dunia ini terasa.. Tapi aku hairan.. Kenapa perasaan menjadi ibu ini sukar dihargai oleh sesetengah insan.. Perasaan menjadi sepasang ibu dan bapa kepada anak yang dikandung.. Kenapa kita tegar sekali membuang anak yang susah payah kita kandung 9 bulan.. Kenapa tergamaknya kita menggugurkannya sedangkan dia juga punya keiginan untuk melihat dunia.. Tapi kita telah mengambil hak itu darinya seelum sempat dia mencelikkan mata dan melihat cahaya matahari yang menyinari bumi..


Namun yang paling tidak punya perikemanusiaan apabila ada yang sanggup sampai berlagak menjadi Tuhan dan membunuh.. Tidak sayangkah mereka pada benih mereka sendiri? Aku tak faham.. Aku tertanya.. Tapi aku tiada jawapannya.. Kenapa manusia sudah tidak mampu berfikir mana baik dan mana buruk, sehingga meletakkan maruah mereka setaraf dengan haiwan..



Buat seks, laju sahaja mahu.. Dek kerana nikmat yang sekejap, nafsu yang menggila, anak sendiri jadi mangsa.. Sungguh aku tak mengerti.. Kalian mengerti???





Maaf andai entry kali ini penuh emosi dan rasa marah.. Aku cuma hairan, kisah sedih dan penuh lara seperti ini sudah lapuk.. Dari dulu sampai sekarang.. Tak pernah ada jalan penyelesaian.. Tak pernah kurang malah makin menjadi-jadi.. Salah siapa aku juga tak mengerti..


Aku ingin punya anak.. Tidak sabar sungguh rasanya mahu ada anak.. Mahu beli baju c
antik-cantik untuk mereka, ingin sungguh bawa mereka jalan-jalan, mahu ajar mengaji.. Mahu jadi ibu paling baik untuk mereka.. Persoalannya, mampukah aku??? Mudah-mudahan aku mampu.. Hmmmm.. Pasang impian baru.. Impian aku.. Mahu jadi ibu paling hebat di dunia.. Heehee..


Okey semua.. Aku mahu ke kelas.. Selamat berhujung minggu ya semua.. Buat kek ke biskut ke, jangan lupa aku.. Jangan pula ngap masuk mulut ya.. Haha.. Till then.. Tata titi tutu.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum..





9 Sep 2009

Terkejut "Jumpa" Cinta Lama..

September 09, 2009 12 Comments


Assalamualaikum.. Semenjak dua menjak mula berblogging dengan hati yang waja, ada sahaja bahan-bahan yang boleh dijadikan bahan untuk entry aku.. Kadang-kadang sampai aku karang atas paper dulu apa yang aku nak coret dalam entry.. Berapa banyak kertas aku karang, kalah budak-budak buat karangan BM untuk SPM.. Kali ni perkongsian cebis-cebis kehidupan aku sekarang dan masa silam.. Semoga tak bosan untuk tatapan..


Semalam tepat pukul 6.32 petang aku terima mesej di MySpace yang aku jarang buka.. Datangnya dari seorang jejaka yang pernah hadir dalam hidup aku lebih sedekad yang lepas.. Ketika itu.. 9 tahun.. Erk.. Ya.. 9 tahun.. Aku tahu agak muda dan comel tetapi cinta tidak kenal usia.. Betul tak? Seorang kekasih lama.. Serious ada debar dalam dada, tapi mungkin tiada rasa cinta.. Sebab dia hanyalah cebisan kisah-kisah lama..




Agak terkejut.. Agak terpinga.. Hadirnya dia kembali buat aku gembira.. Mungkin sebab dapat jumpa kawan lama.. Masih segar lagi dalam ingatan aku saat perkenalan di Court Tennis.. Saat aku mendapat jambangan bunga pertama aku.. Saat berjalan pulang dari Fardhu Ain dan si dia menunggang basikal.. Oh kenangan.. Tapi masa telah banyak berlalu tinggalkan aku dan dia.. Masing-masing berpisah dan mengikut haluan masing-masing.. Perpisahan hanya kerana aku terlalu muda dan dia way too old for me.. Entahlah.. Alasan tak logik tapi mungkin sebab TAK ADA JODOH??? Betul ke??? Mungkin..


Walau hanya bertemu kembali di jaringan maya, namun tetap dapat aku nampak.. Betapa dia yang dulu, dengan dia yang sekarang, sudah banyak jauh bezanya.. Benar kata orang, masa mampu mengubah manusia.. Dulu dia comel, dia soft spoken, dia terlalu sempurna dalam pandangan mata aku.. Tapi sekarang.. Entahlah.. Bukan lagi senaif rupanya yang dulu.. Sangat besar perubahan pada dirinya.. Sehingga aku tertanya, benarkah dia kekasih lamaku dulu??? Haha..



Walau macam mana dikenang, itu hanya satu cebisan dari kisah lampau, mengingatnya mampu buat kita tersenyum.. Tapi padaku.. Cukuplah sahaja buat ingatan, cinta monyet.. Memang indah.. Kepada si dia, semoga kamu happy-happy selalu, and I'm glad that we meet again..


Aku mula menapak ke hadapan.. Meneruskan langkah hidupku tanpa mahu lagi bersuka ria mengenang kisah silam.. Jauh lagi jalan yang perlu aku redah.. Harapan aku cuma satu.. Walau seribu tahun sekalipun masa berlalu, aku harap aku takkan pernah berubah.. Aku akan tetap jadi aku.. InsyaAllah..


Okey semua.. Kerja menimbun-nimbun dah panggil aku.. Till then.. Ooppss.. Ada satu lirik nak share dengan korang.. Lirik sangat best.. Lagu lama.. From Joey McIntyre - STAY THE SAME.. Dedicated to ME.. Okey.. Itu saja.. Sayang semua.. Assalamualaikum.. =)


Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly.
Don't you ever say you don't like the way you are.
When you learn to love yourself, you're better off by far.


I think that you could be whatever you wanted to be
If you could realize, all the dreams you have inside.
Don't be afraid if you've got something to say,
Just open up your heart and let it show you the way.


Believe in yourself.
Reach down inside.
The love you find will set you free.
Believe in yourself, you will come alive.
Have faith in what you do.
You'll make it through.



8 Sep 2009

Desperate Virgin.. Is it ME???

September 08, 2009 21 Comments
Assalamualaikum..




In life, people come and go..
Just like a dream..
It appears when you close your eyes..
And when the eyes wide open, it vanished..


How much I wish that "people" come and never go..
Because I'm sick of waiting.. Sick of missing..
Sick of loving..
Sick of everything..


I'm not a love seeker..
Nor I'm a desperate little girl..
I'm just pursuing happiness..
Happiness where I doubt..
Will ever be mine or never..


Aku sedar aku bukan siapa-siapa..
Bukan si cantik yang selalu dipuja..
Bukan juga si seksi yang membuat kau teruja..
Aku cuma insan biasa..


Aku mencari bahagia..
Bahagia yang ku tunggu selama di dunia..
Sudah puas aku derita..
Bila ku rasa bahagia akan datang menjelma..
Ia lenyap, tinggalkanku tanpa sepatah kata..


Walau zahirnya tampak sempurna..
Batinnya bercelaru mencari makna..
Makna hidup dalam bahagia..
Yang dinantinya tak pernah kunjung tiba..



Kalahkah aku pada dunia..
Bila diuji sedikit dariNya..
Aku rebah tiada terdaya..
Langsung lemah tiada bersuara..



Tamat dah coretan aku.. Secebis momen-momen perasaan aku yang bercampur baur di kala ini.. Faham??? Tak faham??? Emosional ke aku??? Kerap sahaja aku bicara tentang rasa.. Mungkin perempuan begini sifatnya.. Meluah, melerai apa yang ada di dada.. Dalam dada ya bukan di luar.. Ooppsss.. Tetttt.. Censored sedikit di situ.. Aku sendiri kadang-kadang tak faham kenapa dengan aku.. Sindrom pre-menopause ke??? Hendak kata umur dah lanjut, baru 22..


Jujur aku bagi tahu.. Walau umur aku baru je 22, aku rasakan sudah tiba saat aku settle down.. Faham apa yang aku cuba sampaikan tentang settle down??? Aku rasa cukuplah enjoy, masa untuk galas tanggungjawab.. (ni aku nak pelangkung budak Farhana ni.. tanggungjawab belajar dia tak ingat, tanggungjawab lain, laju jek..) Kawan-kawan aku naik risau.. Aku pun turut sama naik risau.. Kenapa dengan aku??? Oh.. Farhana.. Come on.. Life is not all about that "little portion".. I kept remind myself about that.. Still the syndrome come and never go.. I'm confused.. The feeling gets stronger day by day.. Someone please help me.. I don't want to be a "DESPERATE VIRGIN"..


Okeyla.. Sampai ketemu jawapan pasti.. Sampai kalian selesaikan masalah aku ni.. (sape berjaya bagi penyelesaian bernas, aku bagi satu pakej percuma.. HUGS + KISSES..) Hehehe.. Kita jumpa lagi.. Di lain entry.. Tata tutu titi..


Assalamualaikum.. =)



7 Sep 2009

Pasang Dua.. Apa Yang Perlu???

September 07, 2009 18 Comments
Assalamualaikum sayang-sayang aku semua.. Salam Isnin dan salam bercuti pada yang bercuti, pada yang tak cuti salam kerja aku ucapkan untuk korang.. Kerja ya.. Jangan malas-malas.. Nanti bonus tak dapat.. Hak hak.. Hari Isnin, kembali berblogging semula.. Hujung minggu aku cuti dari blog, sibuk melayan anak-anak dan suami di rumah.. Kah kah kah.. Dalam mimpi je laa Farhana ooiii.. Actually aku sibuk buat taik mata.. Itu aje.. Hahahaha.. =p


Semalam aku nengok cerita Selamat Pagi Cinta kat You Tube.. Al maklumlah kalau cerita bab cinta aku memang laju.. Haha.. Cerita ni bagi aku okey je.. Bagi certain orang mungkin bosan sampai tahap nak gantung diri kat kipas.. Sabar dek non.. Tonton filem macam ni kena ada kesabaran.. Mesej dia ok what.. Tapi aku bukanlah nak wat review ke ulasan atau yang seusia dengannya, aku just nak story tentang NEKAD, TEKAD.. Tapi apa kene mengena dengan cerita ni? Hmmmmm..



Dalam filem ni, ada scene yang buat aku tergerak tangan nak coretkan di sini.. Scene Pierre Andre minta number phone awek yang dia baru je kenal.. Fazura.. First time Fazura tak nak laa bagi (eh.. kalau aku dah bagi dah.. dengan number phone mak ayah aku, aku bagi sekali.. hak hak..), Fazura kata kalau ada jodoh pasti jumpa lagi.. Then time tu baru dia bagi.. Tak lama lepas dorang ikut haluan masing-masing, jumpa lagi.. Hahaha.. Nak dijadikan cerita, macam itu ler.. Fazura pun bagi laa.. Sayangnya, kertas yang tertulis number phone tu terbang.. Jatuh kat ayor.. Basah laa dia.. Ada 6 number, 3 number belakang hilang sebab luntur kena air.. Kasihan Pierre.. Tahu tak apa dia buat???


Sebab sudah jatuh cinta punya pasal, si mamat ni pun list out laa semua number-number phone yang possible.. Korang bayangkan laa.. Kalau satu number je yang nak diteka, kira okey laa.. Ni sampai 3 number.. Mak aii.. Aku pun fed up lalu give up kalau macam tu.. Tapi si Pierre ni tak.. Dia dah nekad dan tekad, sebab cintanya yang baru berbunga tu, dia pi tembak satu-satu number yang dia dah list outkan.. Bayangkan je la, tulang jari pun akan mengalami osteoporosis kalau dial beribu-riban number.. Tabik soldier aku kat si Pierre tu.. Walau hanya dalam cerita.. Haha.. Kesimpulannya, dia berjaya call Fazura.. Tapi sebab time tu pagi-pagi buta, tak dapat ler layan call dia.. Hahahaha.. Tapi kata orang, kalau jodoh tak ke mana.. Dia orang jumpa lagi, terus si Pierre dengan NEKAD dan TEKAD kata kat Fazura," SAYA RASA SAYA DAH JUMPA THE RIGHT PERSON.. AWAKLAH JODOH SAYA.. JOM KITA KAHWIN.." Aku ternganga.. Sambil suap buah epal ke dalam mulut.. Eh.. Puasa laa Farhana oii.. Maaf semua.. =p




Begitulah cerita tentang NEKAD dan TEKAD.. Dua perkataan ni, maksudnya dua kali lima saja.. Maksudnya sudah teguh hati, tetap pendirian, determined.. Memang orang kata, bukan senang mahu senang.. Bukan susah juga mahu susah.. Tapi dengan perkataan NEKAD dan TEKAD ni, aku rasa macam-macam boleh kita overcome.. Seperti dalam gambar hiasan di atas (thanx kepada model - Wan Hazree.. aku cilok gambar ko.. haha..), kalau hendak seribu daya, kita pasti berjaya.. Yeay.. Saya menang.. Bak kata Pakcik iklan Power Root tu.. Heehee..


Nekad ni bukan sahaja boleh diaplikasikan dalam percintaan saja, dalam kerja kita, dalam pembelajaran kita dan dalam apa jua.. Tapi nekad untuk berbuat sesuatu yang elok laa.. Kalau benda tak elok, itu bukan nekad namanya.. Itu nak kene sebat.. Okey semua.. Tapi nekad itu juga haruslah disusuli dengan tindakan, usaha, action barulah nampak hasil.. Kalau hanya nekad semata-mata, ibarat macam bilik air yang tak ada pintu.. Haaa.. Ada faham??? Fikirkanlah.. Heehee..


Dalam hati aku terdetik.. Haih.. Kalau saja dulu aku nekad dan tekad ngorat ENCIK yang aku cinta nak mati tu, pasti sekarang aku dah on the way anak number 2 dengan Encik itu.. Kah kah kah.. Tapi nak buat guano.. Penakut punya pasal, tak cantik satu hal, melepaslah lalu menyesal.. Isk isk isk..




Di sini aku sertakan contoh-contoh kalau kalian semua NEKAD dan TEKAD buat sesuatu.. Lihat saja gambar di atas.. Juga gambar di bawah.. Kalau kita NEKAD dan TEKAD, hasrat hati nak pasang dua boleh tercapai bila-bila masa aje.. Hahaha.. Habislah aku kene kejar dengan wanita seMalaysia sebab mengajar teori NEKAD dan TEKAD kepada insan-insan bernama lelaki di luar sana.. Lariiiiikkkkkkk.. =p



Okey.. Cukup-cukuplah bergosip.. Gambar di atas hanya hiasan aje.. Kasihan kawan-kawan aku jadi mangsa.. Hik hik.. Maap pada insan-insan terlibat.. Terima kasih juga diucapkan kerana kesudian menjadi model untuk entryku kali ini.. Glamour laa korang nanti.. Kah kah kah..


Okey anak murid semua.. Ada faham apa yang cikgu ajar hari ni??? Bagus.. Mesti sebab cikgunya pun bagus.. Hoho.. Okey semua.. Till here.. Aku mahu blogwalking pula di pagi Isnin ni.. Cutilah katakan.. Ooppsss.. Tolong jangan jeles.. Heehee.. Sampai ketemu di entry seterusnya.. Tata semua.. Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa.. =)







FOOT NOTE: Hutang aku pada bloggers tak settle lagi, barang dah ade.. Pos je tak lagi.. Maaf ya semua.. Diharap bersabar.. =)



4 Sep 2009

Panggil Daku Baby.. Manja Tak???

September 04, 2009 28 Comments
Assalamualaikum.. Hari minggu datang lagi.. Aku cuti 3 hari.. Sebab hari Isnin Nuzul Quran.. Heehee.. Aku rasa aku ingin kembali giat menulis entry la.. Sebab Hysman WanAbe dah keluarkan statement power yang buat aku tersentak dan terkejut lalu tersedar dari lena yang panjang.. Amboi.. Statement aku tak menahan.. Haha.. Betul gak kata Man.. Dulu aku rajin post entry.. Sebulan mahu cecah 50.. Tapi sekarang, nak cecah 20 pun tercungap-cungap.. Adakah nafsu aku jatuh merundum pada dunia blogging??? Tapi kenapa??? Hmm.. Anda sila fikirkan ya jawapannya.. Haha..


Entry kali ini entry santai.. Entry ringan.. Entry suka-suka.. Tentang nama.. Panggilan.. Nama manja.. Nama timangan.. Nama dukungan.. Eh.. Ada ke??? Apa-apa pun, aku nak story sikit pasal nama panggilan ni.. Aku tergerak hati nak tulis sebab terdengar adik kepada sahabat baikku memanggil kawannya yang bernama Faiz sebagai.. GEGAK.. Ya.. GEGAK.. Unik sungguh nama tu.. Teringin nak tanya kenapa GEGAK jadi panggilan.. Huhu..



Aku pula.. Nur Farhana.. Banyak nama panggilan, nama manja, nama timang-timang dukung-dukung orang bagi kat aku.. Ada yang lekat.. Ada yang sangkut.. Ada yang tak cukup kuat nak lekat.. Kene guna gam gajah kot.. Haha.. Dalam family, aku dipanggil Along oleh parents dan adik-adik aku.. Balik kampung, orang-orang kampung panggil aku Ana.. Sekolah Cina dulu, budak-budak lebih senang panggil aku Nur.. Kadang-kadang sebab dah terbiasa, dari Nur hanya jadi No bila disebut.. Haha.. Aku layankan saja..


Dulu aku suka berutus surat.. Ramai sahabat pena aku.. Dari merata tempat.. Bersepah-sepah.. Aku guna nama Hana.. Tapi itu dulu.. Nama Hana itu pun dah lama tak aku guna sampai la sekarang aku mula berjinak dalam dunia blogging.. Kawan-kawan maya panggil aku dengan nama Hana.. Satu je pasal nama Hana ni.. Kawan-kawan aku suka gelak bila kawan-kawan blog panggil aku Hana.. Sebab nama Hana buat mereka ingat pada adik Giant, watak dalam kartun Doraemon yang rambut berpetak-petak dan berbadan montel.. Huhu..




Tetapi.. Ada pula seorang insan ni.. Panggil aku dengan nama Hana juga.. Tetapi belakangnya ditambah dengan WanAbe.. Awal dulu aku ingatkan Hana WanAbe panggilan diberi sebab aku ni macam si Datin WanAbe tu.. Terkejut gak.. Ya laa.. Adakah aku segedik itu??? Oh tidak.. Lagi gedik okeyh.. Muahahaha.. Lama-lama ada juga orang yang ikut memanggil dengan nama itu.. Cik Hana WanAbe.. Haha.. Layan..


Masa sekolah Convent Kajang dulu, ada seorang sahabat yang sangat rapat dengan aku.. Shabina Begum namanya.. Dia memanggilku dengan nama Fairy.. Entah kenapa aku tak pernah tanya.. Sampai sekarang nama itu kekal aku guna.. Untuk nick YM aku dulu, untuk username itu dan ini, email sana sini, cuma aku tambahkan Ana di belakangnya dan jadilah Fairyana.. Kiranya nama ni banyak jasanya padaku.. Huhu.. Di Pasum pula, budak-budak cube panggil aku dengan panggilan Kak Long.. Mungkin sebab aku paling tua, lahir bulan Januari..


Satu nama yang aku tak pernah lupa sampai sekarang.. Baby.. Abang angkat time di Pasum dulu yang bagi.. Okey.. Jangan gelak.. Aku tahu korang mesti nak cakap nama tu tak padan kan dengan aku.. Tapi.. Aku suka.. Heehee.. Macam rasa dipanggil kekasih lak.. Oopss.. Terlebih sudah.. =p


Sekarang ramai yang pangggil aku dengan nama Fana je.. Di alam maya, ramai yang selesa memanggil aku Hana.. Begitulah alkisah cerita tentang nama manja dan timang-timangan ni.. Kalian semua mesti ada juga kan??? Jom laa share... Boleh aku panggil kalian dengan nama manja je.. Cepat mesra lagi.. Heehee.. =)



Sekarang aku tengah layan Boys Over Flowers.. Ada juga yang sebut Boys Before Flowers.. Mana-mana aja.. Aku tahu aku ketinggalan zaman, tapi nak buat macam mana.. Aku seorang yang sibuk.. Cuma lepas exam ni sahaja aku sempat bernafas dan enjoy sedikit.. Itu pun sedikit aje okeyh.. Huhu.. OST dia pun habis aku download.. Sedap lagu-lagu dia.. Lagi satu lagu.. Cinta Ada.. Sekarang selalu putar di Hot FM.. Aku suka lagu tu.. Jaclyn Victor, Sheila Majid dan Karen Kong nyanyi.. Dah download pun.. Haha.. Maklumlah.. Aku kan terkenal dengan nama panggilan Gudang Lagu, lagu yang latest2 harus cepat aku update.. Tolong jangan report polis ya atas keaktifan aku mendownload lagu.. Heehee..


Semua rindu aku kan.. Haa.. Amek entry panjang kali ini.. Baca jangan tak baca.. Haha.. Okey semua.. Jangan lupa kasi tahu sama aku apa nama manja korang okey.. Heehee.. Baby nak end entry dah ni.. Sampai next masa.. Haha.. Baby minta diri dulu. Tata semua.. Assalamualaikum..



3 Sep 2009

Aku Kembali.. Siapa Aku???

September 03, 2009 23 Comments
Assalamualaikum dan salam 13 Ramadhan.. Lama tangan tak menaip entry, rasa macam sudah kertu tangan.. Haha.. Takde orang ke rindukan aku??? Aku rindu korang semua.. Maaflah.. Sibuk dengan kelas, pagi ke petang.. Penatnya badan, Tuhan saja yang tahu.. Sign in blogger, aku hanya mampu termenung melihat Dashboard.. Ku baca entry-entry.. Kalau sempat ku komen.. Kalau tidak, faham-faham saja.. Entry ini pun aku tergerak untuk post disebabkan kehadiran "Encik Aku" dalam hidup aku.. Muahahaha.. =p



Siapa Encik Aku??? Hold on first.. Apa-apa pun aku nak ucapkan welcome back untuk diri aku sendiri.. Hahaha.. Sebab akhirnya tergerak juga jari jemari ini untuk menaip entry.. Selamat kembali Farhana ke dunia Cahaya Yang Riang Gembira.. Heehee..


Oh ye.. Berbalik kepada Encik Aku.. Siapakah gerangan si dia ini sebenarnya.. Hmmm.. Aku pun tak tahu.. Seorang insan misteri.. Jantinanya tidak diketahui apatah lagi namanya.. Aku mengenalinya di sini.. Di blog ini.. Di shoutbox teratakku ini.. Aku keliru dengan mesej yang cuba disampaikannya.. Aku keliru, menjadi buntu.. Confuse..




Di bawah ini adalah mesej yang Encik Aku tinggalkan buat tatapan aku.. Haha.. Bunyinya nampak menarik.. Nampak memikat hati.. Nampak aku melompat terkinja-kinja kesukaan.. Ya laa.. Orang kata cute.. Muahahaha.. Encik Aku sila perkenalkan diri anda pada saya ya, saya nak belanja anda makan sebab puji saya cute.. Maceyyy.. Hik hik.. =p


Encik Aku.. Jelasnya anda memang tahu saya ingin menguruskan badan dalam masa terdekat.. Huhu.. Memanglah cute.. Semua orang cakap gemuk, tembam, cute.. Gemuk, montel, cute.. Tapi.. Saya tetap nak kurus.. Saya nak juga merasa orang puji saya dengan perkataan selain dari CUTE.. Bukan tidak bersyukur dengan kejadian Tuhan, cuma sekadar ingin mengejar kesempurnaan zahir.. Self satisfaction.. Untuk diri sendiri juga.. Untuk sihat.. Untuk kurangkan penyakit.. Untuk cepat dapat jodoh mungkin.. Heehee..





Kepada Encik Aku.. Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya dengan kata-kata CUTE itu.. I really appreciate it.. Heehee.. Terima kasih juga sebab prihatin.. Wah.. Rasa macam diri ini artis fofular pula.. Kah kah kah..


Ish3 Farhana ni.. Sentiasa perasan diva.. Kalau tak kerana Encik Aku, pasti tak tulis entry.. Ish3.. Apa nak jadi daa.. Hahahaha.. Apa-apa pun, aku happy dapat tulis entry setelah sekian lama.. Lama ke??? Seminggu je pun.. Hahaha.. Ok.. Till here.. Sampai kita jumpa lagi.. Salam sayang untuk semua dari aku.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum.. =)






FOOT NOTE: Rindu.. Kamu.. Semua.. =)