30 Jun 2009

Awak.. Nak Number Phone Boleh?

Jun 30, 2009 23 Comments
Assalamualaikum.. Selamat sore.. Heehee.. Okey okey okey.. Aku tahu tajuk entry agak lapuk, isu yang sudah menjadi satu kebiasaan.. Orang tak heran sangat dah kot.. Kih kih kih.. Tapi aku nak story mory jugak.. Nak dengar tak? Heehee.. =)




Dulu kalau kawan-kawanku baru kenal-kenal dengan mana-mana lelaki samada melalui program kolej atau sebagainya, aku pasti tanya mereka.. KENAPA TAK MINTAK NUMBER PHONE? Pasti aku akan di sound balik.. Kata mereka, buat apa.. Malulah.. Kita kan perempuan.. Biarlah lelaki yang minta dulu.. Memalukan kaum aje kalau kita yang mintak number phone dulu..


Adeh.. Ketepek ketepuk aku di sound ibarat dilastik.. Huhu.. Dengarkan aje laa.. Tapi dalam hati aku.. Seribu satu alasan dan sebab musabab aku bagi.. Tapi dalam hati aje laa.. Kalau disebut mahu kene sound dengan machine gun pulak.. Haha.. Apa sebab musabab dan alasan-alasan aku? Kah kah kah..




Bagi aku sejujurnya.. Tak wujud pun persoalan atau masalah tentang siapa yang mintak number phone dulu ATAUPUN lelaki sahaja yang boleh mintak number phone, perempuan.. NO NO NO.. Teori apakah itu?


Tapi.. Pandangan dan prinsip aku mula goyah.. Aku mengalami situasi yang sama dengan rakan-rakanku.. Mereka semua MENGORDER aku untuk meminta number phone si dia.. Tapi kawan-kawan.. Aku perempuannnnnn.. Aku wanita.. Aku lady.. Haa.. Apa lagi??? Malu seh mintak number phone dengan lelaki.. Ish3..






Aik.. Macam tak percaya.. Aku keluarkan ayat recycle semula dari kawan-kawanku.. Adoiyai.. Mana perginya prinsip dan kesempoian aku.. Mana hilangnya ketidak kisahan aku.. Kamu mahu kata apa padaku? Manusia cepat berubah? Cakap tak serupa bikin? Hurrmm.. Ada betul jugaknya kan.. Wakaka.. Tapi nak buat macam mana.. SAYA WANITA MELAYU TERAWAL YANG PEMALU..


Kawan-kawan yang tercinta.. What say you??? Heehee.. Mana tahu pandangan anda akan mengubah pandangan saya dan juga mereka di luar sana.. Hak hak.. Sampai sini ajo eden menulis.. See ya next time.. Assalamualaikum..






FOOT NOTE: Zaman dulu-dulu senang aje, main utus2 surat.. Siap boleh letak bedak bertan-tan.. Ekeke.. Tapi sekarang main calling, sms-ing.. Hurrmmm.. Zaman sudah berubah..




Blog Siapakah Yang Pertama? Tapi Kenapa?

Jun 30, 2009 21 Comments
Assalamualaikum.. Hee.. Aku lagi.. Kata nak Qada' entry, hampeh jek aku ni kan.. Ekeke.. Entry yang simple yet mencabar minda.. Fikir dulu sebelum jawab soal siasat aku ni.. Soalan lagi.. Hehe.. Aku ni kan menyibuk sikit banyak orangnye.. Kih kih kih.. Tajuk entry mungkin ada yang tak dapat tangkap.. Jadinya, meh aku tolong tangkapkan.. Wakaka..


Kalau anda online, lalu anda sign in akaun blogger anda.. Anda terus ke dashboard.. Ada yang mungkin akan buka blog sendiri dalam tab yang baru.. Soalan daku mudah aje.. Blog siapakah yang pertama anda akan terjah sejurus selepas anda online? Dan kenapa blog itu diterjah dulu? Jawapan BLOG SENDIRI telah direject, sila berikan jawapan lain.. Heehee.. Lebih kurang macam blog yang WAJIB diterjah laa kalau online.. =)


Ataupun ku ubah sedikit soalan aku bagi lagi gempak.. Blog siapakah yang hati anda meronta-ronta ingin buka even anda tak online, dan bila anda online, off course lah blog dia yang anda akan hit dulu.. Blog siapa? Dan mengapa? =)






Senang kan soalan aku.. Hehe.. Entry ini aku buat untuk kita sama-sama mengenali satu sama lain dalam dunia blogging ni.. Anda mungkin menerjah blog itu kerana ada bahan berilmiah atau berita-berita latest.. Atau mungkin juga anda hit blog itu setiap kali anda online semata-mata ingin melepas rindu pada tuan blog.. Walaupun tiada entry baru.. Ekeke.. Or blog dia memang tahap dewa punya best untuk dibaca.. Boleh ke alasan tu? Hurrmm.. Layankan aje.. Heehee..


Kiranya senang cerita.. Anda ibarat maskot digi,I'LL FOLLOW YOU, akan sentiasa follow blog orang itu dan mengetahui semua latest update dalam blog itu, sampaikan traffic feed blog itu pun anda analisa.. Wakaka.. Kira macam anda 2nd owner of the blog laa.. Boleh ke gitu??? Hik hik hik.. Just joking.. =p


Dah agak dah.. Nak tanya aku balik la tu.. Kan kan kan? Blog pertama yang akan aku terjah kalau aku online adalah................ Sebabnyer............ Heehee.. Malulah nak bagi tahu.. Kalau nak tahu, kita cerita belakang erk.. Kih kih kih..


Sampai sini sahaja.. Mata makin ngantuk.. Tidurlah.. Selamat malam semua.. Tata titi tutu.. Sweet dream.. Sleep tight.. Assalamualaikum.. =)




FOOT NOTE: Kalau boleh tinggalkanlah sekali URL blog yang pertama dan wajib korang terjah tu yerk.. Heehee.. Sharing is caring.. =)




28 Jun 2009

Dahiku Ada Perkataan NAK CARI JODOH Ke???

Jun 28, 2009 17 Comments
Assalamualaikum sekali lagi buat semua.. Heehee.. Muka aku lagi dengan update terbaru.. Esok atau lusa mungkin aku tak sempat update, jadi aku Qada' hari ini.. Hahaha.. Boleh pulak Qada' entry ya.. Layankan aje laa.. Heehee..


Jumaat lepas tak silap aku, aku di bawah duduk melantak durian.. Haha.. Aku naik ke bilik dalam pukul 11 lebih.. Ada 4 mesej dan 2 missed calls di handphoneku.. Dari sahabat baikku, Faizah.. Menyuruh aku menonton TV9, rancangan Halaqah agaknya.. Tapi sayangnya sudah habis.. Aku pun sms dia dan cakap sorry tak sempat tengok.. Rasa bersalah juga, sebab Faizah beriya-iya lagaknya nak suruh aku tengok.. Kalau tidak masakan boleh ada 4 sms dan 2 missed calls.. Tapi apa yang dia mahu aku tengok ya?





Aku pun tanyakan pada Faizah apalah yang sangat urgent dan gempar mahu aku lihat.. Rupanya.. Adeh.. Ustazah dalam TV itu mahu bagi DOA CEPAT BERTEMU JODOH.. Muka aku ni memang muka gatal nak cari jodoh ke??? (aku rasa ye kot.. wakaka..) Mak orang tu kata jangan makan sorang-sorang.. Jadinya, aku nak share dengan kalian doa-doa yang boleh kita amalkan untuk cepat-cepat bertemu jodoh..


Surah Yusuf Ayat 4, Surah Anbia Ayat 89 dan Surah Qasas Ayat 24


Ustazah itu cakap.. Kalau kita rasa dah jumpa, buatlah solat sunat Istikharah ke, solat Hajat ke untuk make sure betul atau tak.. Tak semestinya Allah akan tunjukkan rupa jodoh kita tu, maybe Allah akan tunjukkan dengan cara lain, contohnya bagi kita ketenangan hati ke.. Begitulah serba sedikit yang Faizah sampaikan pada aku..




Bagi aku.. Aku dapat rasakan aku telah menemui insan itu.. Cuma aku tidak pasti samada dia jodoh yang Allah tentukan untukku atau tidak.. Entahlah.. Sedangkan rasa yang aku rasakan ini pun satu rahsia, satu rasa yang dia sendiri tidak tahu aku rasakan padanya.. Apakah layak untuk aku bertanya tentang jodoh? Aku hanya mampu berserah.. Aku sudah tidak larat lagi untuk berusaha.. Kalau ada jodoh, tak ke mana.. Mungkinkah? Mungkin agaknya..



Dulu aku selalu cerita pasal hero Hindustan favourite aku kan? Heehee.. Entry kali ni aku nak cerita hero Tamil favourite aku pula.. Siapa pernah tengok cerita Unakum Enakum? Wooo.. Cerita ni best gilerrr.. Aku dah tengok 3 kali.. Tak bosan.. Sebab jalan cerita dan heronya.. Jayam Ravi.. Hensem tak boyfriend aku yang lagi sorang ni? Heehee.. Lepas tu banyak lagi cerita mamat ni yang aku tengok.. Kata favourite.. Harus dinonton ceritanya..


Petang tadi astro saluran Tamil tayang cerita mamat ni.. Tajuk dia Dhaam Dhoom.. Boleh tahan.. 2 jam setengah aku dok terpacak depan TV.. Tengok hero dia jek sebenarnya.. Wakaka.. Sebab tu aku tergerak nak cerita pasal dia dalam entry ni.. Kalau tak mesti pendek entry aku.. Rasa tak sedap hati pulak nanti.. Wakaka..



Mesti orang kata, tengok cerita Hindustan okey laa lagi kan.. Ni sampai layan cerita Tamil.. Apa kes? Huhu.. Tapi kawan-kawan, cerita Hindustan dengan cerita Tamil sama bestnye.. Hero dorang pun hensem-hensem belaka.. Wakaka.. Apa-apa pun, try laa tengok.. Banyak cerita Tamil yang high quality dan banyak moral value.. Heehee..


Baiklah.. Sampai sini saja.. Aku nak sambung baca buku.. Asyik melayan blog memang tak menelaah buku laa jawabnya.. Heehee.. Jumpa lagi.. Aku sayang kalian semua.. Mmuuahhxxx.. Assalamualaikum..





FOOT NOTE: Aku rasa aku macam dah kurang ceria dan kurang happy berbanding dulu.. Adakah sesiapa telah mencuri keceriaanku dan kehappy-anku ini? Entahlah..



Qing Fei De Yi

Jun 28, 2009 7 Comments
Assalamualaikum kawan-kawan semua.. Esok sudah Isnin.. Cepat masa berlalu.. Esok aku akan pulang ke Ipoh semula.. Bosannya memandu seorang.. Hurrmm.. Ok laa.. Entry pendek kali ini.. Cikgu Fadhlah kata dia pening kepala.. Hahaha..


Entry biasa-biasa saja.. Heehee.. Siapa ingat lagi cerita Meteor Garden versi Taiwan? Aku rasa cerita ni popular 7 atau 8 tahun lepas rasanya.. Masa cerita ni tengah hot dan popular, aku tak tengok pun.. Haha.. Aku just tumpang dengar je kawan-kawan cerita tentang kehenseman dan kemachoan geng F4 especially Dao Ming Shi.. Lately bila cerita ini dibuat remake dalam versi Jepun dan Korea baru aku tergedik-gedik nak tengok versi Taiwan.. Haha.. Sadis kan? Aku bukan nak cerita pasal drama ni, tapi pasal lagu tema di awal cerita Meteor Garden ni..



Lagu yang Saiful Malaysian Idol nyanyi tu.. Tapi itu dalam versi bahasa Malaysia.. Maksudnya banyak yang dah diubah.. Feel lagu ni yang sebenar-benarnya pun dah takde.. Huhu.. Tajuknya Qing Fei De Yi.. Aku suka lagu ni sebab it fits the frame.. Kene dengan jalan cerita hidupku.. Jadinya,entry kali ini aku just nak share bits and pieces lagu ni.. Korus je la ek.. Heehee..




只怕我自己会爱上你 不敢让自己靠的太近



怕我没什么能够给你 爱你也需要很大的勇气




I'm just afraid I will fall in love with you

Dare not let myself come too close to you

I fear not having something to offer you

Loving you may require a lot of courage too



只怕我自己会爱上你 也许有天会情不自禁

想念只让自己苦了自己 爱上你是我情非得已

爱上你是我情非得已



I'm just afraid I will fall in love with you

Maybe one day I won't control it anymore

Thinking just makes one suffer

I just can't help falling in love with you





Okey.. Pendek kan entry kali ni? Tak pening kepala kan? Hahaha.. Till next entry.. Enjoy the lyric.. Assalamualaikum..





FOOT NOTE: Ramai yang blur dengan entry lepas.. Haha.. Nanona dan Encik SBH membuat kalian blur? Sesiapa yang berjaya memahami entry itu.. Tahniah.. Sesungguhnya anda memang memahami diriku ini..



27 Jun 2009

Entry Ini Bukan Entry Merapu Dan Merepek..

Jun 27, 2009 14 Comments
Assalamualaikum buat semua.. Masih ingat akan daku yang comel lagi banyak mulut ini? Haha.. Manalah tahu.. Sudah lama tidak dengar khabar dariku, mungkin kalian sudah lupakan daku.. Sob sob sob.. Wah.. Beberapa hari sudah aku tidak mencoret sebarang entry.. Nasib juga aku masih ingat lagi bagaimana mahu menaip dan post entry.. Wakaka.. (macam laa lama sangat tak hapdet.. kih kih kih..)


Home sweet home.. Aku memecut pulang ke Melaka petang khamis.. Dalam 6.30 petang.. Pedal minyak ku tekan, kejap di lane kanan, kejap di lane tengah.. Memandu seorang banyak dugaan,apatah lagi di waktu malam, apa nak buat, bagi stimulasi pada diri sendiri jek laa.. Haha.. Dan memecut itu kan satu stimulasi.. Heehee.. Akhirnya aku selamat sampai dalam jam 10.. Seronoknya.. Di rumah.. Perutku memang sengaja aku kembungkan dengan durian.. Wakaka.. Melepaskan hajat katanya.. Alhamdulillah.. Kenyang makan durian.. Heehee..



Entry kali ini.. Mahu bebel apa ya.. Oh ya.. Ini ada satu kisah.. Ada kene mengena dengan yang masih hidup sahaja.. Mungkin aku, mungkin kamu, mungkin juga dia.. Mungkin sahaja ya.. Heehee..


Dalam dilema.. Ya.. Nanona dalam dilema.. Mahu terus terang saja atau terus disimpan sehingga menjadi pekasam.. Ya.. Atau tidak.. Dalam otaknya ligat berputar secebis ayat omputih yang entah dari mana datangnya..



"If tomorrow never comes,
Will he know how much I love him,
Did I try in every way to show him everyday,
That he is my only one,
If my time on earth were through,
And he must face this world without me,
Is the love I showed him gonna make him realized,
If tomorrow never comes.."



Masih dalam dilema.. Nanona terfikir.. Andai esok aku tiada.. Simpan semua laguku jangan ditangis selalu.. Ooppss.. Melalut pula.. Heehee.. Apa perlu Nanona buat? Terus berpura-pura.. Atau membuka topeng kepura-puraan itu? Dilema lagi.. Kalau saja one two jus boleh bawa Nanona ketemu jawapan pasti, sudah lama Nanona tarik nafas kelegaan.. Pphhewww..


"Mungkin perlu ada kehilangan baru kita mampu tersentak dan sedar yang kita telah hilang sesuatu yang amat berharga dalam hidup kita.."





Pura-pura.. Nanona hidup dalam kepura-puraan selama tempoh beberapa bulan ini.. Walau ada kemanisan sepanjang ianya bermula sehingga sekarang, tapi berapa lamalah sangat kemanisan dalam kepura-puraan mampu bertahan? Nanona tertanya sendiri..


Nanona menidakkan semua persoalan yang datang ke arahnya tentang apa yang dia rasa.. Pada siapa rasa yang dia rasa.. Pura-pura sahaja dia.. Sedangkan di hati.. Tuhan sahaja yang tahu pergelutan antara mahu dilepaskan atau disimpan.. Dan pada akhirnya, perasaan ingin dilepaskan itu tewas, tumbang menyembah bumi hanya dengan sekali jentik oleh rasa yang ingin disimpan.. Seperti gelanggang wrestling lagaknya.. Heehee..





Lagi pura-pura.. Bersama dia Nanona seringkali berpura.. Lagaknya seperti tiada apa, bergurau senda seperti tiada apa Nanona rasa untuk dia.. Lagaknya juga seakan tidak mahu dia hidu sesuatu.. Takut malu katanya.. Dek kerana itulah, Nanona terus berpura-pura sehingga sekarang.. Akhirnya.. Diri sendiri terseksa menanggung rasa.. Nanona kepenatan.. Penat hidup dalam pura.. Bibirnya terucap kata-kata biasa, dalam hati tersimpan segunung madah-madah dan rasa yang sangat luar biasa..


Ada orang kata pada Nanona sesuatu yang Nanona ingat sampai ketika ini, sampai helaan nafas di saat ini..



"Selagi hati daya menahan, selagi itu mulut tetap terkunci,
Biar hati pedih menanggung, asal bahagia datang akhirnya.."



Nanona pegang kata-kata itu.. Ingat sampai bila.. Pahat kukuh dalam hati dan kepala otak.. Pedih hati sudah tidak mampu dikira.. Dalam fikiran, hanya bahagia difikirnya.. Itu sahaja penawar kepada pedih hati Nanona.. Tapi..



Nanona akan pergi tidak lama lagi.. Perginya mungkin sebentar mungkin lama.. Mungkin seminggu.. Mungkin berminggu-minggu dan bawa ke bulan.. Hatinya tidak senang selagi hasrat hatinya tidak dilaksanakan.. Dia tidak mahu ianya berkubur begitu sahaja tanpa nisan.. Tapi apa Nanona boleh buat.. Akhirnya terdetik satu idea dalam kepalanya.. Blog.. Mungkin melalui medium itu lebih mudah baginya untuk meluahkan apa yang tidak mampu diluahkan.. Puas dia merayu pada tuan empunya blog Cahaya Yang Riang Gembira agar hasrat hatinya dapat ditunaikan.. Akhirnya, tuan empunya blog yang sememangnya amat baik hati itu bersetuju.. Nanona rasa mahu dipeluk cium sahaja tuan empunya blog.. Hatinya gembira.. Nanona menutur kata, tuan empunya blog menaip setiap butir kata Nanona..


Encik SBH.. Semenjak Nanona kenal Encik SBH, Nanona tiada rasa apa-apa.. Tiada suka, tiada kasih, apatah lagi cinta.. Nanona menyapa Encik SBH hari-hari, begitu juga Encik SBH rajin menegur Nanona.. Kita sering berborak, usik-mengusik.. Boleh dikata tiada istilah CINTA PANDANG PERTAMA dalam kamus perkenalan kita..

Dalam menapak hari-hari, tiada juga wujud rasa cinta.. Namun selepas tika dan saat kegelapan itu, Nanona meraba dan mencari.. Dalam mencari itu, Nanona ketemu rasa rindu, Nanona jumpa rasa cinta.. Akhirnya cahaya terang menyinari, Nanona dan Encik SBH tetap menjalani hari-hari seperti biasa cuma Encik SBH tidak tahu yang Nanona sebenarnya sudah mula punya rasa cinta pada Encik SBH.. Dan Nanona hidup dalam kepuraan memandang Encik SBH sebagai kawan sedangkan dalam hati Nanona..

Dikala ini.. Nanona tahu, Encik SBH sudah tahu apa yang Nanona rasa.. Cuma apa yang ada dalam hati Encik SBH.. Nanona tidak tahu.. Maaf andai rasa Nanona menjadi beban kepada Encik SBH.. Sebab itu Nanona ingin pergi.. Mungkin antara kita takkan ada apa-apa, sekurangnya Nanona lega dapat luahkan semuanya.. Nanona lega juga Encik SBH tahu apa yang Nanona rasa selama ini.. Nanona pergi dulu.. Terima kasih atas persahabatan ini.. Nanona cintakan Encik SBH.. Cinta Nanona bukan pura-pura.. Sekian.. -NANONA-



Sekian sahaja kawan-kawan.. Heehee.. Panjang sungguh entry kali ini.. Baik aku buat cerpen aje.. Wakaka.. Ini satu kisah.. Bukan merepek, kerepek atau yang seumpama dengannya.. Ini kisah benar.. Kisah seorang insan.. Kisah sebuah rasa.. Ada iktibar? Pasti ada.. Kalian renung-renungkanlah.. Till then.. Sampai ketemu lagi.. Assalamualaikum semua.. =)

24 Jun 2009

Doctor Love Wanna Say Something..

Jun 24, 2009 11 Comments
Assalamualaikum.. Malam semua.. Aku sekarang sedang dijerut kemalasan.. Malas mahu menaip entry.. Entah kenapa.. Oh ya.. Sakit-sakitku semalam kian berkurang.. Terima kasih pada yang prihatin.. Aku sempat juga menjenguk dari luar pesakit H1N1 tadi.. Kata doktor satu sahaja kes, yang lain hanya suspected sahaja.. Ku lihat mereka agak sihat.. Agak musykil aku tentang H1N1 ini.. Doktor juga sempat kata, "it's not a serious things actually.." Ada helaan nafas kelegaan kedengaran..


Arrgghh.. Rasa tidak sabar mahu pulang.. Mahu peluk familiku.. Mahu makan durian seguni.. Biar kasi meletup itu badan dek kepanasan durian.. Hahaha.. Di sini aku hanya mampu makan 2, 3 biji sahaja.. Al maklumlah.. Sedih kan? Heehee.. Sebab itu agaknya kemalasan ini datang.. Balik nanti aku mungkin jarang online, KHAMIS, JUMAAT, SABTU, AHAD, dan ISNIN.. Jangan rindu-rindu aku ya.. Aku pun pasti rindu nak berblogwalking, lepak-lepak dan membebel di blog kalian..



Petang tadi sebelum kelas sempat berjalan-jalan ke blog kawan-kawan.. Singgah sana sekejap, sini sebentar.. Huhu.. Malam ini, dalam kepalaku masih terlekat kata-kata dari blog Zizan..


"kebanyakan perempuan sekarang ini mendekati lelaki lebih kepada wang ringgit daripada hubungan yang sejati"


Hoho.. Panas.. Isu ini dari dulu sampai sekarang, tak pernah sejuk-sejuk, sentiasa panas.. Asyik meniti di bibir jejaka-jejaka idaman Malaya kita.. Menjadi satu kerisauankah wahai jejaka-jejaka sekalian??? Heehee.. Bagi aku, yang penting satu sahaja.. Kalau benar cinta itu cinta sejati.. Kalau benar-benar cinta.. Perempuan yang pisau cukur pun boleh lupa yang diri dia pisau cukur.. Heehee.. Makanya, sabarlah kita menanti cinta sejati kita.. Wakakaka..



Kalau lelaki runsing dengan persoalan itu.. Perempuan juga sama.. Perempuan sekarang manyak runsing sama ini hal..


"kebanyakan lelaki sekarang ini mendekati perempuan lebih kepada nafsu dan kecantikan daripada hubungan yang sejati"


Haha.. Satu lagi isu yang memeningkan.. Masalah cinta.. Memang sentiasa ada.. Haha.. Lagi sekali, dalam masalah cinta, satu sahaja penyelesaiannya.. Berbalik pada hati.. Macam aku kata tadi, dah kalau hati benar-benar cinta, kasanova nampak Beyonce lalu sebelah pun tak pandang sebab kekasih hati dah ada di sebelah.. Dan ada dalam hati.. Heehee..



Pada aku.. Masalah cinta takkan wujud kalau cinta itu cinta sejati.. Sebab itu orang kata cinta sejati itu cinta yang agung.. Macam-macam halangan boleh kita tempuh hanya dengan cinta sejati.. Bukankah begitu juga kalau cinta kita pada ALLAH itu cinta sejati dan agung? Hidup kita akan sentiasa dipandu dengan nur dari Illahi, masalah yang mendatang, sentiasa dapat kita atasi sebab cinta kita pada Allah cinta sejati..


Tapi cinta sejati sesama manusia.. Masih wujudkah? Masih juga aku tertanya.. Hurrmm.. Sampai di sini sahaja.. Jumpa di lain kesempatan.. Good night semua dan tata titi tutu.. Assalamualaikum..






FOOT NOTE: Dulu aku suka lagu-lagu Jamal Abdillah.. Tapi lama dah aku tak dengar.. Baru-baru ni, Aainaa suruh aku dengar lagu Jamal tajuknya Di Sudut Kamar Hatiku.. Aku start layan balik lagu-lagu Jamal.. Sekarang, Sepi Seorang Perindu.. Muzik itukan melambangkan rasa di jiwa.. Heehee.. Enjoy..






SEPI SEORANG PERINDU


Bila ku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah, terpandang wajahmu
Bertambah kasih sayangku


Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip di mata


Betapa sepinya
Hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Oh… Rindu hatiku
Tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta
Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu


Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti

23 Jun 2009

H1N1 Is Coming After Us..

Jun 23, 2009 19 Comments
Assalamualaikum kawan-kawan.. Selamat malam.. Muka aku lagi.. Entry baru lagi.. Hari ini sudah entry keempat.. Selagi terdaya dan punya masa baik aku menulis.. Takut-takut nanti sudah tidak punya banyak masa.. Tiada entry.. Sehari.. Dua hari.. Seminggu.. Sebulan.. Ketika itu nanti pasti sawang dan segala macam lalang tumbuh melata.. Kalian juga pasti rindu aku.. Heehee..


Entry kali ini aku ingin kongsikan secebis kisah hidup aku.. Rutin aku hari-hari sebagai pelajar.. Rasanya tidak pernah aku ceritakan pada kalian tentang life aku sebagai student.. Betul tak? Bukan malas tangan mahu mencoret kisah, bukan juga sombong untuk berkongsi momen-momen hidup, cuma bimbangkan kalian.. Mungkin akan bosan mendengar rutin harianku seperti mana aku yang kadang-kadang juga merasa bosan melaluinya..




Esok ada case presentation.. Giliran aku untuk interview dan examine pesakit.. Pukul 5 kelas tamat.. Aku lantas menyarung kot putihku dan berjalan menghala ke hospital.. Penat mendengar lecture masih lagi belum habis sudah mahu ke hospital.. Inilah kehidupanku.. Ini apa yang aku nak jadi aku harus sabar menempuhinya.. Sampai di hospital, aku masuk ke dalam lif dan naik ke tingkat 8.. Aku masuk ke wad 8A.. Niatnya ingin mencari case-case yang menarik untuk dibentangkan esok pada doktor.. Tetapi..


Lengang.. Wad 8A kosong.. Tiada pesakit.. Keadaan yang sangat luar biasa.. Aku mati kutu di situ memikirkan mungkinkah pesakit-pesakit ini telah diculik oleh alien.. Haha.. Satu batang hidung pesakit berbaju hijau pun aku tak nampak.. Puas aku mundar-mandir di situ lalu aku ke wad 8B pula.. Malas mahu berfikir.. Petang sudah kian menghampiri senja.. Dalam kepala aku cuma mahu selesaikan kerjaku secepat yang mungkin. Menapak masuk wad 8B.. Aku lihat ada seorang makcik di katil number 2.. Nampak ramah.. Ada pek darah merah sedang dimasukkan ke tubuhnya yang kurus melidi itu.. Mukanya cekung..



Aku pun mula bertanya itu dan ini.. Macam-macam aku tanya.. Puas sudah dengan info-info yang aku dapat, aku examine pula.. Hampir sejam, selesai kerjaku.. Kasihan makcik itu aku lihat.. Dia datang ke hosipital kerana berak berdarah yang amat teruk.. Kepala otakku ligat memikirkan diagnosisnya.. Aku mengeluh.. Menapak ke luar wad 8B, aku lega.. Namun, dalam hati dipagut rasa kasihan pada makcik itu.. Hanya doa yang mampu aku berikan agar makcik itu sentiasa berada dalam kesejahteraan..


Aku turun pula ke wad 2B.. Menunggu teman serumahku.. Pukul 6.30 kami bertiga beriringan keluar dari hospital.. Daripada temanku, baru aku tahu rupanya wad 8A tadi, semua pesakitnya telah dipindahkan.. Sebabnya? Dalam wad 8A itu ada 4 kes H1N1 yang sedang dikuarantinkan.. Langkahku terhenti.. Aku berada di sana tadi.. Selama hampir 10 minit aku mundar-mandir dalam wad itu.. Aku menghidu partikel-partikel udara yang menular virus H1N1.. Aku jadi kaget.. Takut..


Setibanya di rumah, kepala aku terasa berdenyut-denyut, terasa bagai ada batu besar menghempap di kepala.. Seluruh badanku sakit-sakit.. Dunia pula seakan berpusing. Objek-objek kelihatan menari berputar-putar di hadapan mataku.. Serasa seperti mahu tumbang pun ada.. Mungkin tubuh badanku bertindak balas pada berita mengejut tadi agaknya.. Lalu macam-macam sakit yang keluar.. Ketika menaip entry ini.. Mataku masih berpinar-pinar.. Walau sudah ku telan panadol dua biji.. Mata rasa seperti mahu tutup, badan rasa seperti mahu rebah.. Bahang terasa menyerbu ke muka tiba-tiba.. Sabarlah Farhana.. Mungkin sejam dua lagi legalah agaknya..



Dalam keadaan macam ini, aku teringat pada abah dan emak.. Aku dial number mak.. Berborak sebentar, mengadu sakit itu sakit ini.. Selesai bergayut di telefon, aku rasa lega sedikit..


Tiba-tiba teringat pula pada si dia.. Ingin dial numbernya, tapi apa numbernya.. Kalaupun ada numbernya, apa yang harus aku kata.. Haha.. Dengar suara sahaja mungkin cukup untuk melegakan sakit kepala.. Mungkin.. Heehee.. Sakit-sakit pun bikin jiwa angau.. Entahlah.. Selagi disimpan, dipendam, selagi itulah otak ligat memikirkan dia tanpa mahu henti.. Walau dalam tidur walau dalam mimpi, dia hadir bikin aku ingat lagi dan tak mungkin dilupai.. Cerita cinta ini.. Aku menunggu bila akan beransur mendung dan datang pelangi.. Aku tahu dia mengerti akan rasaku ini..



Sampai di sini sahaja entry kali ini.. Jumpa lagi.. Jaga diri.. Assalamualaikum semua.. =)






FOOT NOTE: Sakit itu menghapus dosa.. Sakitku.. Adakah sakitmu jua???





Kenapa Dengan Kamu? + Wajah Rahsia Hati

Jun 23, 2009 16 Comments
Assalamualaikum sekali lagi ku ucap buat mata-mata yang merenung ke setiap bait-bait coretan entry ini.. Pukul 2.52 pagi.. Mata sudah mula mahu main tarik tali.. Kejap terbuka kejap tertutup.. Oh mata.. Sabarlah.. Heehee..


Entry ini aku coretkan ekoran sesuatu.. Sesuatu yang terjadi tapi aku sendiri tidak pasti.. Aku rasa ada aura pelik.. Ganjil perasaan itu..Terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena di sekelilingku.. Perasaan seperti seseorang sedang.. Sedang apa ya.. Gloomy? Sorrow? Entahlah.. Sudah aku katakan tadi bukan, aku sendiri tidak pasti.. Tidak pasti apa yang terjadi dan siapa yang membuat ini terjadi.. Huhu..


Yang pasti.. Hati ini resah dan aku tidak senang duduk.. Sixth sense ini rasanya mengganggu jiwaku.. Arrgghh.. Jika sahaja aku punya kuasa.. Tapi kuasa apa? Haha.. Hati perempuan mungkin begini agaknya.. Sensitif dan sangat cepat merasa dan terasa.. Huhu..





Aku tidak tahu mahu kata apa.. Sahabat.. Kalau ada antara kalian yang sedang berduka, berdukalah.. Tetapi bangkitlah kembali selepas kedukaan itu.. Jika ada antara kalian yang ada salah aku padanya.. Marahlah.. Tetapi maafkanlah selepas reda kemarahan itu.. Andai ada antara kalian yang rasa penat dengan hidup ini, berehatlah.. Tapi berdiri semula dengan semangat baru untuk hidup yang lebih sempurna..


Aku tidak ingin melihat kesedihan di mata kamu andai kata kamu bersedih, tidak mampu menanggung panahan amarah kamu andai kata kamu marah, tidak berdaya menghulur tangan membantu andai ada kesulitan kamu.. Apa yang aku mampu.. Hanya berdoa agar kamu sentiasa dikurniakan yang terbaik dalam hidup.. Aku takut seandainya aku tiada kesempatan lagi selepas ini untuk berkata-kata seperti ini kepada kamu.. Satu saja yang aku nak kata, senyumlah selalu.. Sebab senyuman itukan penawar duka..




Lukisan siapa di atas ya? Heehee.. Aku dengar cerita Aainaa pandai melukis lalu aku pun dengan manjanya meminta kakakku yang seorang ini melukis potret wajahku.. Dan.. Inilah hasilnya.. Thanx Aainaa.. Tak sangka kamu betul-betul lukis gambar adikmu yang comot ini.. Kalaulah Fairuz dan Aiman tengok, pasti jeles mereka berdua.. Haha.. Sorry Fairuz.. Sorry Aiman.. Wakaka.. =p


Entry kali ini.. Sampai sini sahaja.. Wah.. 3 entry.. Tidak sampai satu jam rasanya menulis.. Bagus Farhana.. Time management yang bagus.. Haha.. Till we meet again.. Semoga mimpi yang indah-indah.. Bangkitlah dengan seribu keceriaan dan kegembiraan keesokan hari.. Assalamualaikum..






FOOT NOTE: Sahabat ibarat tangan, tanpanya kita takkan dapat menaip entry.. Sahabat ibarat mata, tanpanya kita takkan dapat membaca entry.. Sahabat ibarat telinga, tanpanya kita takkan dapat mendengar alunan lagu di dalam blog.. Sahabat ibarat kaki, tanpanya kita tidak mampu blogWALKING.. Sahabat ibarat diri sendiri.. Tanpanya, terasa sesuatu hilang dari diri ini..





Men Of My Life.. This Is For You..

Jun 23, 2009 2 Comments
Assalamualaikum.. Pukul 2.33 pagi.. Sudah setengah jam masa yang aku curi.. Kenapa masa terlalu berkira denganku.. Tidak bolehkah ianya berhenti berdetik sebentar dan beri aku ruang untuk aku menikmati saat saat indah menulis entry.. Haha.. Apa-apa pun, masa itu sentiasa berjalan dan takkan pernah menunggu kita.. Selagi terdaya, selagi termampu dan selagi ada kesempatan, kejarlah apa yang kita inginkan, tunaikanlah apa yang kita mahukan dan realisasikanlah apa yang kita hasratkan.. Masa.. Sedetik ia berlalu, ia takkan berpaling semula..




Mungkin agak terlambat sedikit untuk aku coretkan entry ini tetapi better late than never.. Just a simple entry dedicated to the men of my life.. First and foremost, absolutely my dear abah.. Cikgu Abdullah Bin Ismail.. Selamat Hari Bapa to my abah.. Along sayang abah.. Along taknak janji apa-apa sebab along takut dengan janji.. Tapi yang penting along akan cuba dan berusaha selagi terdaya untuk jadi anak yang baik, kakak yang baik pada adik-adik, dan demi masa depan along sendiri..



Not forgotten, also dedicated it to someone, to the man who stares upon these sentences.. This is for you too..



From the bottom of my heart.. I dedicated this song.. Both of you are indeed my ONE IN A MILLION..



YOU LIGHT UP MY LIFE (Debbie Boone)


So many nights I sit by my window
Waiting for someone to sing me his song
So many dreams I kept deep inside me
Alone in the dark but now
You've come along


You light up my life
You give me hope
To carry on
You light up my days
and fill my nights with song


Rollin' at sea, adrift on the water
Could it be finally I'm turning for home?
Finally, a chance to say hey,
I love You
Never again to be all alone


You light up my life
You give me hope
To carry on
You light up my days
and fill my nights with song


It can't be wrong
When it feels so right
'Cause You
You light up my life



FOOT NOTE: Selamat malam abah.. =)


Sorry For The Late Upload..

Jun 23, 2009 4 Comments
Assalamualaikum.. Pukul 2.. Esok tiada kelas.. Aku curi sebentar masa untuk menelaah.. Untuk tulis entry.. Takut-takut andai tiada kesempatan lain lagi selepas ini..


Entry tergantung sebenarnya.. Tentang awards.. Heehee.. Kawan-kawan.. Maaf ya sebab lambat tepek awards ni semua.. Sorry berbanyak sorry.. Buat masa terdekat ini aku tak dapat "pamerkan" awards anda semua di blog ini atas sebab-sebab tertentu dan masa yang selalu saja cemburu pada aku.. Tak bagi peluang langsung nak make up blog aku ni.. Haha..


First award datang daripada Aainaa Khairunnisa.. Sahabat yang aku kenali tidak lama dahulu melalui blog Fairuz Selamat.. Peminat Fairuz Selamat kalau anda nak tahu dia ni.. Heehee.. Aainaa.. Thanx banyak-banyak atas kesudian kamu beri award ini padaku.. Sayang kamu.. Heehee.. Berapa buat award ni Aainaa??? Heehee.. =p




From Aainaa Khairunnisa


Next award.. From Illi Hanani.. Thanx dear.. Baru sahaja aku kenali.. Kenal dia sebab dia adalah kawan kepada kawanku dulu.. Heehee..

From Illi Hanani


Award ini dan juga award di bawah ini, pemberian Boy dan juga Miss Gaza.. Huhu.. Thanx yerk Boy.. Dah laa aritu bagi aku lagu sekarang award pulak.. Haha.. Untuk Miss Gaza, thanx yerk adik comel.. Atas 3 awards yang kamu berikan pada sis.. I appreciate it.. Tak jadilah sis nak tow blog kamu.. Haha.. Thanx again semua.. =)






From Miss Gaza



Well.. I guess that is all about the awards.. Sekali lagi.. Terima kasih.. Xie xie.. Thank you.. Heehee.. Filem aku tak keluar lagi.. Tapi aku dah dapat award dah.. Hahaha.. Gila perasan..


Sampai di sini sahaja entry kali ini.. Selamat tidur.. Selamat bermimpi.. Haha.. Assalamualaikum..




22 Jun 2009

Entry Tidak Bernama.. Anonymous???

Jun 22, 2009 10 Comments



Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa


Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina


Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta


Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta



21 Jun 2009

Terpikat Padaku..

Jun 21, 2009 26 Comments
PERHATIAN: Entry ini hanyalah entry suka-suki coretan empunya blog yang sudah kekeringan idea and it is just for the sake of having fun.. Tiada sangkut paut dengan yang masih bernafas atau sudah tiada nafas lagi.. Bagi sesiapa yang rasa sakit kepala, sakit hati, sakit mata dan segala macam sakit lepas baca entry ini, sila ke klinik berhampiran anda.. Ekeke..


Assalamualaikum.. Sudah 2 hari rasanya tanganku ini tidak mencoret entry.. Rindu pula bertandang di hati.. Maklumlah, sudah ketandusan idea bernas.. Maka atas sebab itulah agaknya terhasil entry yang tidak bernas ini.. Hahaha..


Rasanya sudah macam-macam "watak" aku bawa dalam setiap entryku.. Ada sedih, ada jiwang, ada marah, ada keliru, ada cinta.. Ada-ada aje.. Wah.. Macam actress pujaan Malaya pulak rasa.. Hak hak hak.. Entry kali ini? Gedik.. Boleh? Sekali-sekala bergedik santai di hujung minggu dengan korang.. Apa salahnya kan?


Aku teringin nak tanya satu soalan cepu emas, perak dan gangsa pada korang semua.. Tak kisahlah lelaki ke perempuan.. Kalau anda perempuan, cuba anggap diri anda sebagai lelaki.. Kalau lelaki, tolong jangan nak anggap diri anda sebagai perempuan okey.. Wakaka.. Habislah kalau budak-budak kolej aku tahu kewujudan entry ini.. Memang for sure aku akan dapat title "gadis gedik RCMP"..






Soalannya digubah mengikut standard budak tadika.. Maka tiada masalah bagi anda untuk menjawab soalan ini.. Wakaka.. Gila nervous nak tanya.. Sure lepas ni aku kene baling telur, tembikai, papaya, tayar buruk, nasi kandar, Mc Flurry.. Ekeke.. Soalannya berbunyi begini..


" Jikalau seandainya katakan ANDA terpikat pada SAYA.. Saya ulang.. TERPIKAT.. Apakah sebab yang membuatkan anda boleh terpikat, terjatuh kasih, melimpah sayang, mengalir cinta pada saya??? "



Adakah kamu terpikat kerana TAHI LALAT SITI NURHALIZA yang aku share dengan Datuk Siti? (mautlah lepas ni wartawan masukkan dalam paper aku cuba menggugat populariti Datuk Siti)


Atau terpikat kerana kelebihanku yang suka membebel di blog aku dan membebel di blog korang jugak.. Alah.. Macam mulut Kak Engku.. Wakaka.. Entry ini semakin gedik.. Sesiapa yang sudah tidak tahan, tolong baca gak sampai habis.. Wakakaka.. =p




Atau mungkin juga sebab aku cute macam baby di atas ni? Lalala.. Aku tahu ada banyak lagi sebab lain dalam fikiran kamu semua.. Jadi apa kata korang je yang bagi tahu aku apakah sebab-sebabnya.. Kih kih kih.. Jom kita bergedik santai di hujung minggu..


Till then, aku tinggalkan kalian dengan lirik lagu ini.. Aku dedikasikan khas untuk diriku sendiri.. Wakaka.. Jangan marah haa.. Selamat bersantai.. Assalamualaikum..


FARHANA


Kau hadir tika ku duka
Dalam cahaya dikau menjelma
Kau hilang dalam gembira
Membuatkan ku terluka


Manis senyum mu bak puteri
Bumi kenyalang yang menawan
Termimpi-mimpi ku mencari
Siapa si cantik rupawan


Indah kumbang dari kuntumnya
Bagai bunga merah serinya
Jauh rindu dari cinta
Dalam mencari makna setia


Kau hadir tika ku duka
Dalam cahaya dikau menjelma
Kau hilang dalam gembira
Membuatkan ku terluka


Farhana oh Farhana
Kau biarkan ku tersiksa
Menagih cintamu yang rahsia
Memberi makna segalanya


Farhana oh Farhana
Kau cantik tapi berbisa
Indah rupa mu tak terkata
Dek renungan sinar mata




FOOT NOTE: Walau apa pun sebab kita terpikat pada seseorang, ingatlah.. Aku dan kamu adalah manusia, makhluk ciptaan Allah.. Dan sesungguhnya manusia itu tidak sempurna.. Renung-renungkan.. =)




19 Jun 2009

Ada Apa Dengan Bergurau???

Jun 19, 2009 21 Comments
Assalamualaikum.. Selamat malam kawan-kawan sekalian.. Entry kali ini aku coretkan berdasarkan insiden yang aku alami semnjak dua menjak ini.. Buat insan bernama LELAKI.. Aku minta ampun dari hujung rambut sampai ke hujung kaki kalau-kalau ada kata-kata aku nanti yang membuat kalian terasa hati.. Aku menulis mengikut apa yang aku rasa, aku lihat dan aku tafsir.


Tentang gurauan, lelaki dan wanita.. Bagi lelaki yang mempunyai pemikiran yang simple berbanding fikiran perempuan yang agak kompleks, mungkin akan merasakan ini sesuatu yang remeh.. Tapi bagi aku, to the certain of point apabila ianya melibatkan hati dan perasaan, it is considered as important juga..





Sesetengah lelaki kalau bergurau kasar.. Ramai aku dengar orang katakan begitu.. Tak ada hal aku rasa kalau bergurau kasar sesama mereka sendiri.. Tapi yang jadi hal.. Kalau lelaki bergurau dengan perempuan, dan dia lupa yang dihadapannya itu seorang perempuan.. Gurau kasar beb.. Apa cerita? Mungkin lelaki akan kata, perempuan sensitif sangat, gurau sikit pun tak boleh.. Kami tak kisah nak bergurau, tapi kalau bergurau itu sampai satu tahap yang mampu menggores perasaan.. Apa kalian nak kata?





Perempuan walau nampak tegas, kuat dan cool.. Tapi perempuan tetap perempuan.. Jiwa mereka, perasaan mereka sangat halus.. Jadinya, tak salah kalau nak bergurau, tapi kalau boleh gurauan yang penuh sopan, yang tak menyakitkan hati.. Susah ke nak bergurau macam tu? Haha.. Tak cuba tak tahu..


Pasti ada juga yang tak puas hati bukan? Mesti nak kata perempuan pulak bergurau, macam mana? Hahaha.. Wahai kawan-kawan perempuanku di sini, bagaimana pula ya perempuan bergurau? Haha.. Apa-apa pun.. Samalah juga kita sebagai perempuan.. Gurau biarlah berpada-pada, kekalkan identiti kita sebagai perempuan.. Jangan sampai ada hati yang terlebih rasa ataupun terkurang rasa.. Ada paham maksudku? Heehee.. Renung-renungkan..





Lately aku suka upload gambar baby yang comel-comel.. Walaupun tak ada kene mengena pun dengan entry aku.. Haha.. Sebab aku rasa seronok pula tengok mereka ini yang keletah dengan macam-macam gaya.. Heehee..


Nampaknya sampai sini sahaja.. Esok lusa, kalau ada kelapangan, kita ketemu lagi di entry yang lain pula.. Selamat berhujung minggu semua.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum..





FOOT NOTE: Ada seorang insan yang poyo sepertiku, suka bergurau, suka menyakat, walau dia seorang lelaki namun gurauannya.. Haha.. Bikin aku tersenyum sendiri.. Apa-apa pun, poyoku poyomu jua.. Wakakaka.. =)




18 Jun 2009

Semangat Mat Kimon..

Jun 18, 2009 18 Comments
Assalamualaikum.. Malam menjelma sudah.. Sebelum study, harus ku tulis entry dahulu.. Hidup kembali bersemangat.. Ini semua angkara Mat Kimon.. Wakakaka.. Siapa Mat Kimon? Biarlah rahsia.. Ooppss.. No no no aku skandal okey.. Mat Kimon adalah seorang sahabatku yang amat best, sempoi dan dot dot dot.. Betul tak Mat Kimon??? Heehee..


Beberapa hari yang lepas.. Mat Kimon menujukan lagu khas untuk aku.. Wakaka.. Jangan jeles ya.. Apa-apa pun, aku mahu ucap berbanyak terima kasih pada ko laa Superman.. Heehee.. Lagu itu buat aku kembali bersemangat.. Serius weh.. Jatuh cinta sama The Lucky Laki.. Baru ku tahu juga, rupanya mereka dianggotai oleh Al, El dan Dul.. Siapa mereka? Anak-anak AHMAD DHANI.. Favourite aku juga.. Heehee..



Lagu apa? Tajuknya Bukan Superman.. Siapa pernah dengar? Angkat sampai terangkat okey.. Hahaha.. Siapa-siapa yang tak dengar lagi lagu ini, baik pergi dengar okey.. Serius.. Jamin kepuasan 100%.. Video clipnya? Aku dah tengok dan dah download pun.. Wakaka.. Tersentuh.. Ialah.. Memikirkan ibu bapa mereka yang sudah bercerai, kesian budak-budak kecil ini.. Sob sob sob.. Jom usha lirik dia.. Lirik dia memang best.. Meaningful.. Kan Mat Kimon kan??? Heehee..



The Lucky Laki - Bukan Superman


Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku


Ayahku selalu berkata padaku
Laki-laki tak boleh nangis
Harus slalu kuat
Harus slalu tangguh
Harus bisa jadi tahan banting


Tapi ternyata sakitnya cinta
Buat aku menangis


Ayahku selalu memarahi aku
Jika jatuh air mataku
Kata ayah slalu air mata itu
Adalah tanda kelemahan


Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga


Ayahku tersayang maafkanlah aku
Jika aku masih menangis
Masih belum bisa menjadi seperti
Apa yang ayah selalu mau


Kita berjanji tuk tidak lagi
Menangis karena cinta





Macam ada kene mengena dengan hidup AHMAD DHANI dan MAYA pulak lagu ini kan??? Hahaha.. Apa-apa pun, lagu ini memang buat hari-hari aku bersemangat.. Chaiyok chaiyok.. Siapa yang rasa-rasa nak usha video clip dia, sila ke SINI.. Aku malas nak attach di sini.. Heehee..


Sampai sini sahaja entry kali ini.. Thanx a lot to Mat Kimon.. Nanti aku belanja ko minum air kosong kat kedai mamak okey.. Wakakaka.. =p






FOOT NOTE: Kasihan pada anak-anak yang jadi mangsa perceraian ibu bapa..



Jom Kita Ikut Apa Kata Orang..

Jun 18, 2009 10 Comments
Assalamualaikum.. Pukul 2.30.. Ada kelas.. Masih gigih aku menaip entry.. Iyalah.. Mungkin lepas ini aku tak berpeluang tulis entry itu dan ini.. Bergayut di sana bergayut di sini.. Blog hop sana dan sini.. Kenapa? Aku kan budak skola tak abes lagi (ooppss.. tak boleh guna perkataan ni.. nanti ada yang tak suka aku asyik sahaja tiru azeri sekandar) kian menghampiri peperangan tak lama lagi..


Entry pendek sahaja.. Aku sudah penat menaip entry panjang.. Ada sahaja mata yang memandang tajam dan merungut di dalam hati.. Ada sahaja kesalahan aku yang terlihatkan di mata itu.. Ada juga tangan yang menghalang aku dari mendekati dunia luar.. Ada kaki yang menghadang jalanku ke arah dia.. Aku sudah penat.. Mungkin aku perlu hidup sahaja di sini menunggu kedatangan kalian.. Termenung di sini sementara menanti orang-orang yang lalu lalang singgah dan menghulurkan simpati.. Begitukah yang aku mahu?




Kerana orang lain diri yang menjadi mangsa.. Kerana Nyonya Mansoor, Kassim Selamat dan Sabariah terpisah.. Kerana si kaya itu, cinta Jake dan Rose tidak kesampaian, kerana persahabatan, Anjali meninggalkan Rahul untuk Tina.. Aku penat dengan ini.. Penat kerana.. Asyik-asyik sahaja orang lain, orang lain, dan orang lain yang menghalang cerita yang sepatutnya hanya ada aku dan kamu..



Pepatah Melayu kata.. Ikut hati mati, ikut rasa binasa.. Entahlah.. Mungkin perlu ikut hati orang gembira, ikut rasa orang ceria.. Aku terfikir kadang-kadang di mana hak kita sebagai individu.. Entahlah.. Aku cume tahu bertanya sebab aku tidak pernah punya jawapannya..



Kawan-kawan.. Aku minta diri.. Mungkin kalau tangan itu tidak menghalang, sampailah aku ke rumah kalian.. Kalau kaki itu tidak menghadang, muncullah wajahku di depan kalian.. Hahaha.. Hidup ini terlalu indah dan pendek hanya untuk mengikut kata-kata orang.. Itu yang aku fikir tapi aku tak rasa mampu aku lakukan.. Haha.. Sehingga ketemu lagi.. Renung-renungkanlah.. Assalamualaikum..






FOOT NOTE: Buat AXXI, ku sudah melihat blog kamu itu.. Ternyata ku masih tertanya, siapa kamu walau sudah ku melihat blog kamu itu.. Heehee.. =)



17 Jun 2009

Sudikah Kamu Menjadi Bayang-Bayangku?

Jun 17, 2009 18 Comments
Assalamualaikum.. Malam semua.. Dah mamam ke? Aku? Jangan ditanya.. Diet.. Makan malam ku lupakan.. Tak lama lagi nak naik pelamin anganku, haruslah kurus kan.. Hahaha..


Merujuk kepada entry yang lepas.. Amboi.. Semua tersenyum jeles kan Datin Farhana mimpi Datuk Shah Rukh Khan.. Hahaha.. Ada sesetengah pula yang bisa mentafsir sesuatu yang lain dari yang lain tentang entry itu.. Pandai kalian.. Pandai mentafsir.. Pandai juga mengorek rahsia dariku ya.. Cik Illi dan Encik Costaricay.. Jangan biarkan misteri menyelubungi anda.. Jawapannya? Guna mata hati, mata akal, pabila semua mata bersatu.. Jawapan akan muncul di depanmu.. Hak hak hak..



Rsanya sudah 2 entry berunsur ringan aku post.. Apa kata kali ini, entry yang berat sedikit.. Berat dengan luahan hati dan pengakuan berani mati.. Boleh tak kawan-kawan??? Heehee.. Sebelum proceed, sila kosongkan minda kalian dari sebarang anasir-anasir yang negatif yang boleh membuatkan kalian memandang serong padaku.. Hak hak hak.. Suspennya..






Aku sedang dalam keadaan di atas.. Ya.. Depression.. Aku tidak tahu mahu luah pada siapa.. Blog kesayanganku ini sahaja yang aku terfikirkan.. Aku diganggu.. Diganggu bayang-bayang masa silamku sendiri.. Arrgghhh.. Kenapa sekarang mahu munculnya dia.. Aku tahu dulu aku nakal.. Aku tahu dulu aku kaki nyakat.. Aku tahu dulu aku kaki segala macam kaki.. (ooppsss.. stop stop stop.. cukup tu.. janganlah pikir sampai jauh melangit.. aku tak sejahat itu.. aku cuma nakal..) Tapi.. Selepas menginjak dewasa.. Aku sudah "bertaubat"..


Aku janji tidak mahu nakal.. Aku janji tidak mahu menyakat.. Aku janji tidak mahu "mengganggu" lagi.. Aku ingin jadi wanita yang sempurna, wanita yang baik.. Sempurna dan baik untuk si DIA.. Tapi dia, bayang-bayang masa silamku itu datang kembali menghantui aku.. Mengejar aku.. Aku takut.. Aku marah.. Namun, ternyata takutku lebih dari amarahku.. Aku tersepit.. Inikah balasan atas kenakalan aku dulu? Inikah sumpahan atas apa yang telah aku lakukan dulu? Oh Tuhan.. Kuatkanlah semangatku.. Bantulah aku mengatasi cabaran dari-Mu ini.. Jauhkanlah aku dari hasad dengki manusia..






Tika dan saat ini.. Aku ibarat ikan buntal yang ku ketemu di persisiran pantai Labuan 4 bulan yang lalu.. Aku tersepit.. Aku pendam segala rasa.. Sebabnya.. Aku tidak ingin ada yang terluka.. Walaupun apa yang aku pendam ini membuatkan aku sendiri terluka.. Namun.. Apa yang ku pendam seakan-akan ingin meletup di kala ini juga.. Aku mahu bayang-bayang itu berhenti di situ sahaja.. Aku ingin dia tahu, aku sudah tidak perlukan bayang-bayang itu lagi dalam hidupku kerana aku sudah punya bayang-bayang baru yang mampu memayungiku di sepanjang perjalanan hidupku..


Tapi.. Sayang sekali aku tidak mampu.. Tidak mampu meminta bayang-bayang baru itu.. Tiap kali berhadapan.. Aku kelu.. Kelu untuk meminta.. Lalu ku pendam dan ku simpan, ku biarkan begitu sahaja.. Walau ingin meletup, tetap juga aku tidak mampu meletup.. Sebab aku tahu, kalau aku meletup, segala yang tak terluahkan akan terluah, segala luahan itu akan mengejutkan dan menggemparkan makhluk semesta alam blog ini.. Akan ada yang terluka..





Kasihan kawan-kawan kerana telah ku beratkan otak kawan-kawan dengan rasa yang maha berat ini.. Rasa yang aku sendiri tidak larat untuk menanggungnya.. Aku selfish kan? Sesuatu yang tidak elok yang tidak mampu aku tanggung, aku selalu mengajak kalian untuk merasakannya bersamaku.. Maafkan aku.. Nanti aku belanja roti canai.. Aku belanja korang tapi korang bayar ok.. Hak hak hak..


Walau masih ada lagi bahang-bahang letupan itu, kerana bayang-bayang itu masih mengganggu, namun aku cuba berdiri.. Aku cuba bangkit untuk tersenyum kembali.. Walau senyuman itu senyuman dalam duka.. Aku tetap akan tersenyum.. Sebab aku juga tak lupa.. Senyuman itu kan penawar duka.. Apa-apa pun, be happy.. One day the happiness will be yours.. Assalamualaikum dan mimpi yang indah-indah ya malam ini.


16 Jun 2009

Mimpiku Mimpi Kering..

Jun 16, 2009 20 Comments
Assalamualaikum.. Petang semua.. Cuaca petang di Ipoh suram.. Baru aku tahu, rupanya jerebu melanda Malaysia.. Ketinggalan zaman betul.. Haha.. Untuk entry yang lepas, SHARING SOME LOVES AND MATURITY.. Sudah dijangka, ramai kawan-kawan sebayaku menonton cerita kartun.. Mungkinkah pada asalnya cerita kartun itu bukan untuk tontonan kanak-kanak? Sehingga kini, teori itu masih menjadi misteri.. Muahaha..


Aku dan lagi entry baru.. Malam ini aku mahu study.. Makanya aku mencoret entry ini lebih awal.. Kopi sudah aku teguk untuk bekalan di malam hari.. Heehee.. Tajuk entry, censored ke? Tak kot.. Betul apa.. Lelaki ada mimpi basah, perempuan pun mana boleh ketinggalan.. Harus ada mimpi mereka sendiri.. Mimpi kering.. Hak hak hak.. Mungkin aku akan kekurangan feel dalam menaip entry tentang mimpi ini.. Maaf ya.. Sebab langit di luar masih cerah, feel mimpi itu aku tidak dapat.. Haha.. Thanx juga kepada Cik Dilot.. Entry ini memang sudah lama aku mahu coretkan tetapi terlupa.. Nasib Cik Dilot juga menulis entry tentang mimpi (mimpi AKIM ngan AISYAH woo).. Ingatan aku pulih kembali.. =)






Al kisah ceritera bermula sepurnama yang lalu.. Cut cut cut.. Apa juga aku merepek di petang hari ni.. Okey.. Aku nak cerita pasal mimpi aku yang kering ni.. Sebenarnya lama sudah aku tak bermimpi.. Sampai aku lupa, mimpi itu macam mana erk? ATAU.. Apa itu mimpi erk? (tipu sangat laa tu..) Tapi semenjak dua menjak ini, aku mula mengenal mimpi.. Chewahhh.. Mimpi indah lagi tau.. Tetapi kenapa mimpi ini ya? Aku keliru..


Mimpi ini bikin aku pusing.. Bikin aku sasau.. Mimpi ape? Meh sini aku cerita.. Dalam mimpi aku, ada blog (gian blog minah ni.. sampai mimpi pun mimpi blog).. Ada aku.. Ada DIA.. Jangan tanya aku siapa DIA ok.. Nanti aku sentap.. Haha.. Hampir setiap malam mimpi ini datang berkunjung.. Aku bermimpi aku dapat email notification..


"MR. DOT DOT DOT has left a new comment on your post MIMPI KU MIMPI KERING.."




Jangan ditanya siapa DOT DOT DOT.. Nanti aku sentap lagi.. Haha.. Kalau bukan email notification, pasti aku akan bermimpi si DIA menelefonku.. Ataupun paling tidak SMS.. Tapi kebiasaannya, aku akan mimpi tentang email notification itu.. Tibanya mimpi itu.. Aku bingkas bangun dari tidurku, tanpa mamai, aku buka lappyku dan terus akses internet.. Aku buka email.. Aku buka blog.. Tiada notification.. Tiada komen.. Apa pun tiada.. Aku terus terjaga dan tak mampu menyambung kembali tidurku.. Jam menunjukkan.. Pukul 5.. Kadang-kadang pukul 4.. Kalau aku tidur awal, pukul 2, paling tidak pun pukul 3.. Dalam fantasi ternyata indah namun realiti bikin aku resah..


Baik baik baik.. Aku tahu aku yang mengong.. Aku tahu itu hanya mimpi.. Tapi tak salah kalau aku menaruh harapan pada mimpi itu bukan.. Walaupun pengakhiran cerita mimpi yang tak sudah-sudah ini, aku juga yang akan kecewa..





Kenapa kecewa? Gila aku tak kecewa.. Aku tahu situasi sekarang.. Aku sedar siapa diriku di mata si DIA.. Aku sedar apa pandangan si DIA pada diriku.. Ya ya ya.. Aku cukup memahaminya.. Aku cukup sedar yang si DIA tidak mungkin akan meninggalkan luahan kata-katanya di sini.. Aku sedar itu.. Tapi kalau jejakkan kaki ke sini? Mungkinkah? Entahlah..


Pagi tadi.. 6 pagi aku terjaga.. Mimpi itu lagi.. Oouuhh.. Sungguh mendera jiwa.. Pasti kalian fikir aku rindu.. Kan kan kan? Entahlah.. Aku sendiri tidak pasti adakah aku rindu pada si DIA sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.. Arrggghhh.. Mesti kalian fikir aku gila.. Haha.. Tapi jangan pula call van Hospital Tanjung Rambutan soh mai cekup aku.. Heehee..


Ouh.. Lagi lagi soalan itu.. Siapa si DIA??? Perlu tahu? Penting untuk tahu? Kalau bagi tahu, pasti semua tahu siapa si DIA aku.. Pasti semua mahu mengorat.. Hurrrmmm.. Aku fikir dua tiga kali dulu okey..






SATU...







DUA...







TIGA...






Okey-okey.. Bagi tahu.. Siapa si DIA.. Itulah dia.. Tu haa.. Kat bawah tu.. Buka mata besar-besar.. Kalau rasa tak nampak sila pakai mikroskop.. Muahahaha..








FOOT NOTE: Kadang-kadang lebih elok kita sembunyikan duka itu.. Berkongsi kegembiraan adalah lebih baik dari kedukaan.. Ada yang pasti akan tertanya, entry ini punya makna tersiratkah??? Apa aku nak kata? Aku hanya mampu tersenyum membalas kata-kata itu.. Kadang-kadang tawa dalam duka itu perlu.. =)