Farhana Junior Lagi.. Ada Beza???

29 comments
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Minggu cuti sekolah.. Agak sunyi rasanya duniaku ini.. Sebenarnya dunia ini sudah lama sunyi semenjak WAKTU ITU.. Mahu diisi kesunyian ini tapi belum mampu terisi lagi.. Heehee.. Biarlah.. Dah 4 hari kita puasa, tak terasa.. Masa cepat betul berlalu..


Cuti 2 minggu di rumah sempat aku gunakan untuk selak album lama-lama.. Jumpa gambar yang ini.. Heehee.. Ada banyak lagi.. Tapi malas mahu scan.. Cukuplah yang satu ini.. Cukup untuk mengub
at kerinduan kamu semua kepadaku.. Rindu ke??? Hahahaha.. Tahu.. Rindu tapi malu mahu kasi tahu..




Gambar ini diambil ketika Hari Raya.. Masa ni umur aku baru 7 tahun kalau tidak silap perkiraanku.. Adik aku Fadhilah baru 5 tahun.. Dan di pangkuan abah, Filzah baru berumur 1 tahun.. Emak di mana??? Masa ni mak sibuk menyiapkan juadah raya.. Kami pula sibuk bergambar.. Haha.. Itu adalah rumah kami ketika di Sarawak.. Rindu rumah ini.. Banyak kenangan di sini.. 11 tahun.. Bukannya sekejap.. Apa perasaan korang bila tengok aku eh??? Apa??? Jatuh cinta??? Hahahaha.. Aku tahu.. Pasti mahu kata nampak matured dari umurku yang sebenar.. Sampai kini pun aku masih lagi orang kata begitu.. Adakah itu bermakna TUA??? Heehee.. Mungkin sebab aku anak sulung..


Kalian budget aku akan membesar menjadi seorang gadis seperti di bawah ini??? Muahahaha.. Ayat tak tahan.. Gadis lagi.. Heehee.. I loike.. Aku pun tak budget, dulu aku yang sekecil semut boleh membesar menjadi-jadi bagai di pam-pam.. Arrgggghhhh.. Mahu kurus cepat.. Supaya cepat dapat pakwe.. Hohohoho.. Ada banyak tak yang berubah dalam Farhana dulu dan kini kalian tengok??? Huhu..

Entry kali ini.. Pasal itu saja.. Hahaha.. Mencari sedikit glamour kejap.. Mahu interframe tuan punya blog ya.. Jangan marah.. Kata nak cari jodoh.. Haruslah interframe selalu.. Muahahahaha.. Bagi sesiapa yang berkenan dan terkenan dan terjatuh sudah rasa kasih dan sayang.. Silalah isi borang.. Borang boleh didapatkan di 7 Eleven berdekatan.. Hahaha.. Gurau saja.. Ampun semua.. Habislah aku kene kutuk habis-habisan dek kerana mengeluarkan statement mencengkam jiwa dan gedik..


Dah lama tak buat entry serius.. Tunggu ya.. Heehee.. Kali ini sampai sini saja.. Till then.. Assalamualaikum semua.. Selamat berpusa, selamat berbuka dan selamat bersahur..






FOOT NOTE: Semalam meredah hujan pergi ke bazar.. Kepala mula pening.. Badan mula rasa tak sedap.. Alangkah bahagia kalau ada tukang payung yang boleh payungkan daku seumur hidup.. Heehee.. =p



Aku Membunuh Dan Dia Terbunuh..

10 comments
Assalamualaikum.. Puasa sudah masuk hari ketiga.. Dah berapa juta lemon duit kalian "sedekahkan" kepada bazar Ramadhan??? Ahakz.. Aku tak suka duduk jauh dengan family.. Inilah sebabnya.. Nak berbuka kene pi bazar.. Kalau dah menapak ke bazar, faham-faham saja.. Mata meliar, duit dalam purse terasa macam mahu melompat keluar sahaja.. Hahaha.. Ooppss.. Bukan tak reti memasak okey (amat hebat.. saja tak mahu sebut.. alamak.. dah tersebut.. kih kih..), cumanya belanja untuk masak sendiri aku rasa lebih mahal.. Tambah lagi kami serumah 3 kerat saja.. Kan kan kan??? =p


Entry ni aku bukan nak cerita pasal bazar Ramadhan ke, nafsu makan ke, atau apa-apa ke.. Tapi aku cuma nak story sikit pasal tragedi yang berlaku beberapa jam yang telah lalu dalam hidup aku.. Cerita tragis buat si DIA.. Cerita geli buat diri aku.. Huhu.. Siapa si DIA??? Ini dia.. Memperkenalkan.. Encik Lizard a.k.a Encik Cicak..



Aku kenal si DIA ni baru sangat.. Pandang sekilas macam itu aje.. Takde pun jatuh cinta pandang pertama ke, kedua ke.. Cicak laa weh.. Kalau Cicak Man, boleh laa jugak.. Heehee.. Al kisahnya.. Sedang aku berjalan pergi ke toilet, jalan dan jalan dan jalan.. Masuk dalam bilik air.. Kaki kanan.. Ooppsss.. Gear reverse.. Kaki kiri masuk dulu.. Huhu.. Dalam bilik air, bila mana kaki comelku ini diangkat, ternampaklah cicak yang telah penyek di bawah tapak kakiku.. Mak oiii.. Aku tenung.. Ada lagi pergerakan.. Sikit-sikit.. Lemah saja.. Nyawa-nyawa cicak agaknya.. Tak lama lepas tu.. Mati..


Seingat aku.. Cicak ni aku nampak kat luar tadi.. Macam mana boleh sampai bilik air? Bawah kaki aku.. Mungkinkah di luar tadi aku terpijak si DIA, lalu tubuh kecil itu diseret sehingga beberapa meter sehingga sampailah ke bilik air, dengan setiap hentakan kaki, penyek, patah tulang temulangnya..(ada tulang ke?) Ouh.. Dahsyat.. Kasihan cicak itu mati katak.. Ataupun mati cicak? Takpe laa.. Yang penting dah mati pun.. Hmmmm..




Pasti cicak itu terkejut tatkala ada sang gergasi besar menghayun kaki lalu menghempuk badannya.. Mahu lari pun mungkin tidak sempat sebab terkejut dengan "kebesaran" sang gergasi itu.. Ouh cicak.. Maaf.. Tapi aku macam pernah dengar.. Dalam Islam.. Cicak wajib dibunuh sebabnya masa zaman Rasulullah, cicak-cicak ini telah membuat onar.. Tapi mak aku kata, malam Jumaat sahaja dibenarkan membunuh cicak.. Hmmmm.. Ada sesiapa tahu tak???


Sehingga ke saat ini.. Kaki aku masih lagi terngiang-ngiang (apa punya bahasa laa minah ni guna..) saat cicak itu dipijak sehingga penyek.. Traumakah aku??? Atau traumakah cicak-cicak dalam rumahku??? Fobia??? Masih lagi aku tertanya-tanya.. Apa pun.. Muahahahahaha.. Aku tak pernah suka cicak.. =p


Okey semua.. Itu je yang nak update.. Ada banyak lagi cerita nak story.. Heehee.. Tunggu okey.. Baru mula posting Primary Care Medicine.. Excited nak mula balik kelas.. Sampai jumpa lagi.. Tata.. Assalamualaikum.. =)

Tanya Sama Siapa??? Tentang Apa???

23 comments
Assalamualaikum dan salam malam Jumaat.. Yup.. Saya lagi.. Last entry.. Oh tidak tidak tidak.. Bukan mahu bersara.. Last entry menggunakan Windows Vista ku ini.. Malam ini mahu install Windows 7 pula.. Mahu beralih angin katanya.. Heehee..


Entry kali ini tiada apa-apa motif atau tujuan tertentu.. Entry apa-apa aje.. Teringat kata Penjenayah Merah Jambu,
"Sesuatu yang ditulis semua ada tujuan. Nak beritahu beli baju baru ke, nak beritahu genap sehari berkapel ke, semuanya ada sebab kan? So,bila nak baca blog orang memang otak kena open seopen opennya.Tak suka, just leave it. " Suka kata-kata dia.. Heehee.. =)


Hari ini aku teringat tentang sahabat G8 Smart.. G8 Smart yang aku tubuhkan.. Dulu ada 8, kini atas sebab yang kalau elak pun tak boleh nak dielakkan, makanya kini hanya tinggal 7. Rindu kalian.. Tunggu 24hb.. Kita jumpa semula di Ipoh merungkai segala rindu dendam yang kian lama terpendam.. Wah.. Gila setiasahabat namanya ni.. Hik hik.. Gambar di bawah ni saja aku tepek, sebab aku suka gambar ni.. Kenapa eh??? Sebab aku takde dalam ni.. Muahaha.. Tajuk dia pun best kan.. The Unknown Beautiful Ladies.. Heehee.. =)




Oh yep.. Gambar P. Ramlee dan Zaiton.. Siapa hebat cuba teka dari filem mana??? Haaa.. Suara siapa tadi.. Betul laa tu jawapannya.. Anakku Sazali.. Hadiahnya.. Meh sini.. Mmmuuuaahhhhhxxxxx.. Ciuman flying.. Kah kah kah.. Kenapa ada gambar P. Ramlee? Sebab aku nak tepek satu lirik lagu dalam filem ni.. Pada aku sangat best.. Sangat mendalam erti dia.. Bikin aku.. Senyum.. Mengelamun.. Jauh.. Teringat dia.. Tettttt.. Main jauh-jauh wahai fikiran.. Jangan ganggu aku dengan rasa-rasa ini.. Aku tak sanggup.. Ohhhhh.. (drama sesaje perempuan ni.. walaupun..)



TANYA SAMA HATI

P. Ramlee & Normadiah


Tanya sama hati

Apa asal sayang

Adakah tandanya nampak dipandang

Kumbang rayu bunga

Bulan dan bintangnya

Punya tanda-tanda hubungan mesra




Tanya sama hati

Pernahkah merindu

Ingat masa lena apa mimpimu

Masa berjauhan

Apa nan dikenang

Bila difahamkan itulah sayang




Jikalau tidak kerana sayang

Kuntuman kasih tak mungkin kembang

Andainya jemu mengganti rindu

Jambangan mesra tentulah layu



Aku pun tak sure sangat tajuknya.. Ada yang kata Tanya Sama Hati.. Ada pula yang kata Inilah Sayang.. Apa-apa pun, layannnnn.. =)



Lirik lagu ini bikin aku mengerti banyak rasa.. Sayang.. Kenang.. Rindu.. Lagu yang merangkumi semua essence CINTA.. Betul tak??? Lagu P. Ramlee memang best semuanya.. Lirik dia banyak yang terkandung maksud yang kalau kita selami dan hayati, kita akan fahami dan mengerti lalu tersemat di sanubari.. Sebab tu lagu-lagu P.Ramlee evergreen.. Siapa yang agak-agak tak setuju dengan aku tentang ini, sila berdiri.. Okey.. Sila duduk balik.. Saja mahu bagi korang exercise badan dan kaki.. Muahahaha.. =p



Alamak.. Cerita cinta lagi.. Cerita hati lagi.. Cerita perasaan lagi.. Hik hik hik.. Apa boleh buat, aku hanya wanita biasa yang hatinya penuh dengan rasa cinta yang tidak tahu mahu dicurahkannya ke mana lalu di ruangan ini saja tempat aku menzahirkan seluruh rasa yang ada.. Heehee.. Best tak ayat aku weh??? Heehee.. Sebab aku berguru dengan seseorang.. Dia memang gila jiwang.. Respect aku kat dia.. Kalau rasa-rasa mahu belajar ayat-ayat cinta, mahu belajar mencoret rasa dalam hati dan jiwa dengan ayat yang lebih puitis, sila berkunjung ke blog beliau di sini.. Heehee.. =p



Lagi satu hari je bulan pun dah nak puasa.. Sempena bulan Ramadhan yang bakal dijelmakan tak lama lagi di hadapan anda, daku ingin mengwish selamat berpuasa kepada semua pengunjung Cahaya Yang Riang Gembira.. Aik.. Tu nama blog aku tu.. Hik hik hik.. Puasa jangan sekadar puasa aje okey.. Isilah dengan perkara yang patut kita buat dan hindarilah dari perkara yang tak patut kita buat.. Kalian semua dah akil baligh kan, silalah faham apa perkara-perkara itu.. Yang tak akil baligh.. Sila calling calling aku, I can help you to explain evertything that you failed to undertand.. Heehee.. Oh ye.. Kamu.. Ye kamu.. Jangan tuding jari ke muka sendiri.. Memang kamu laa yang saya seru.. Huhu.. Jangan merokok okey.. Hik hik hik..


Okey.. Sampai di sini entry kali ini.. Jumpa lagi.. Mungkin di bulan puasa nanti.. Heehee.. Take care semua.. Jangan lupa kunci jam malam esok.. Sahur tu jangan tak bangun pulak.. Okey semua.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum.. =)





FOOT NOTE: Berbuaka puasa dengan orang-orang yang tersayang satu kenikmatan kan.. Hurrmmmm.. Selamat berpuasa awak.. =)



Cikgu Bro Mie.. Selesai Kerja Sekolah..

1 comment
Assalamualaikum semua.. Just a short one I guess.. Award kata yang memberinya.. Siapa yang bagi??? Bro yang suka sangat baling selipar Jepun.. Muahahaha.. Actually banyak sangat dah tag aku dapat.. Memang agak tak terlarat juga hendak menjawabnya.. Maaf ya pada yang mengetag.. Kalau ada masa dan kesempatan, ku buat ya.. Heehee.. =)




1. Link the person who tagged you

2. Copy the image above, the rules and the questionnaire in this post

3. Post this in one or all of your blogs

4. Answer the four questions following these Rules

5. Recruit at least seven (7) friends on your Blog Roll by sharing this with them

6. Come back to BLoGGiSTa iNFo CoRNeR (PLEASE DO NOT CHANGE THIS LINK) at http://bloggistame.blogspot.com and leave the URL of your Post in order for you/your Blog to be added to the Master List

7. Have Fun!


Questions & Your Answers


1. The person who tagged you


Bro Mie.. Siapa dia??? Dialah spiderman.. Muahahaha.. Seorang cikgu.. Tak romantik katanya.. Tapi kisah cinta dia zaman dahulu kala kalau korang baca.. Perrgggghhhh.. Kalah orang paling romantik kat dunia ni.. Kalah Romeo.. Kih kih kih.. Jangan marah bro.. Saya tak gurau.. Kah kah kah.. =p


2. His/her site's title and url


http://aflahjadid.blogspot.com



3. Date when you were tagged


August 19, 2009.. Sorry bro.. Agak kelewatan membalasnya.. Bro kene la faham kalau ada anak murid macam saya ni ya bro.. Hahaha.. =p


4. Persons you tagged



Bab yang paling buat aku lemah lutut.. Dulu-dulu aku memang rajin mengetag orang.. Tapi sekarang, sebab memandangkan bulan pun dah nak puasa, aku tak tag.. Boleh ek??? Heeehee.. Tapi kalau nak jawab pun okey juga, join international blogger community.. Katanya.. Heehee.. Okey, selamat segalanya.. =)


Assalamualaikum semua.. =)

Memalukan.. Aku Malu.. Ouh Tidak..

23 comments
Assalamualaikum.. Hai semua wajah-wajah kesayangan hamba.. Hari Rabu sudah.. Cepat sungguh masa berlalu ya.. Dua tiga hari ini aku seperti biasa hanya duduk di rumah menghabiskan boreh dan segala macam makanan di rumah.. Badan makin menggelembung di sini.. Di situ.. Ouh.. Di sana.. Auwww.. Di sini juga.. (dengan muka ala-ala penyesalan yang tak terhingga sambil mulut masih mengunyah dan jari menaip.. muahaha..)


Alamak.. Baru ingat nak buat entry pendek.. Tapi mukadimah je dah panjang mak aiii.. Berjela-jela.. (dalam hati suka sebenarnya.. kata ratu membebel, entry pendek harus tidak boleh.. Miss Lolly.. Sila suka sambil terkinja-kinja ya..) Apa mahu story hari ini? Cerita semalam.. Ada banyak cerita ouh.. Aku ketuk lalat sampai penyek sebab asyik terbang depan mata aku je, aku download lagu-lagu pakwe terbaru - Mista Kaer Azami.. (abang Kaer.. sorry.. nak beli CD ori ku tak mampu.. ku download jek ek..), aku masak Meggi Goreng cepat dimakan sedap dimasak.. Dan apa lagi ya.. Haaaaaaaa.. Ini ada satu kisah.. Muahahaha..


Erm.. Tapi ini kisah ada banyak memalukan diri yang empunya blog.. Mahu cerita ke tidak? Tidak cerita ke mahu? Ke mahu cerita tidak? Okey.. Okey.. Okey.. Sudah melalut ke laut sambil berjemaah dah ni.. (ooppsss.. itu nama blog Encik Kuwe daaa.. pinjam sat Kuwe.. heehee..) Tidak mengapalah kiranya, cerita atau tak, lambat laun berita ni pasti tersebar kat You Tube macam kisah Lolly.. Ooppsss.. Bukan Lolly tapi gadis yang berpijak pada tanah yang sama dengan Lolly.. Kalau bukan You Tube pasti blog si mamarazi seorang ini.. Atau si kembar Azwan Ali ini.. Muahaha..



SILA AMBIL IKTIBAR DARI KEJADIAN INI, JANGANLAH NAKAL SANGAT!!!


Kisahnya berlaku di senja kala hari Selasa.. Bertempat di Facebook.. Makanya memang sudah diketahui umum, syaitan-syaitan berkeliaran di waktu senja tika matahari hampir mahu membenamkan diri sendiri.. Nur Farhana (bukan nama sebenar) giat bermain Facebook.. Status baru.. Komen sana sini.. Kuiz.. Gosip girls dengan si dia, si dia.. Hik hik hik.. Dan tiba-tiba.. Seorang kenalan, kakak comel merangkap Ustazah dan Guru Disiplin Sekolah Menengah tutttt dan tutttt.. (nama tidak boleh didedahkan bimbang akak ini dikejar press.. kah kah kah..) telah mengupload gambar yang ditunggu sekian lama dengan penuh rasa debaran oleh budak nakal bernama Nur Farhana.. Gambar konvokesyen adik lelaki kakakku ini.. Auwww.. Sejak bila jadi "kakakku".. Oh ye.. Tekankan sekali lagi.. ADIK LELAKI okey.. Peeewwwwiiitttttt.. Gatai naa hang Farhana..


Seperti yang tidak diketahui umum, akak ini dan Farhana memang suka bercanda.. Bergurau.. Bersenda.. Termasuklah bergurau melantik diri sendiri menjadi ADIK IPAR akak yang comel ini.. Muahahaha.. Dengan tangan yang gatal, kepala yang bertanduk dan hati yang berbunga-bunga miang, Farhana pun mulalah komen pada gambar yang ada akak comel berserta Encik Hubby dan anak-anaknya, juga ada ibunya barangkali, serta ADIK LELAKInya.. Haha.. (sambil berkomen sambil berblushing tanpa memikirkan akibat, natijah dan risiko yang bakal dihadapi..)


Begini bunyi komen dak kecik yang gatai tu," Ehem ehem.. Gambar bakal familyku.. Muahaha.."


Anda tengoklah sendiri betapa gatalnya dia ini.. Ada ubat tak untuk penyakit gatalnya ini??? ADA.. (jawapan datang dari dalam kepala aku.. muahaha..) Apa ubatnya??? KAHWIN JE LAA.. (jawapan ni datang dari dalam kepala aku tau.. bukan jawapan aku.. kih kih kih.. i like..) Tak lama.. Komen itu berbalas..


Bunyi yang ini begini pula," Ha???????? Bakal family???????"


Perasan tak kalian betapa terkejut badaknya balasan si pengomen ini sehingga banyak sungguh tanda tanya yang tertanya-tanya.. Heehee.. Rupanya yang jawab itu ADIK LELAKI akak comel daaaaaaaaaa.. Mana mahu aku letak muka yang memang dah sedia cun melecun ini.. Mana mahu sembunyi.. Ouh.. Bak kata orang sepandai-pandai tumpat melompat akhirnya jatuh tergolek jugak.. Erk.. Ada kene mengena ke..


Insiden yang memalukan ini selesai setelah Farhana berjaya mengcover linenya sendiri dengan clear.. Malu tetap malu.. Tapi.. Apo nak dikato.. Tak terkato laa nampaknyo.. Muahahaha.. =p




Oh ye.. Saya memang suka bergurau.. Sana sini saya bergurau.. Nakalkan saya.. Tapi tolong jangan label saya sebagai PLAYGIRL okey.. Playful girl takpe.. Playground ke.. Muahahahahahahahahaha.. Gelak sepanjang zaman.. Perasan dan budget cun sentiasa saya ini.. Haha.. Yela.. Sebelum orang mengata baik kita clarify diri sendiri dulu.. Betul tak??? Daripada kita clarify bila orang sudah dok sibuk mengata, time tu kadang-kadang dah tak berguna.. Heehee.. Anda faham mesej bermakna yang saya cuba sampaikan??? Bagus.. (bermakna ke??? tolong jawab dengan ikhlas.. heehee..)


Walau banyak mana sekalipun aku bergurau, aku bermain dan bernakal-nakalan di sana sini, hati aku tetap tak dapat nak lupa bunga-bunga cinta yang pernah harum dan mekar dulu.. Kenapa ya??? Kenapa kali ini begitu sukar walau telah banyak kali ku cuba namun tetap tak dapat aku melupakannya.. Perasaan memang kompleks.. Atau akukah yang mengkomplekskannya??? Entahlah..


Selesai sudah sesi bedtime story.. Heehee.. Aku nampak ade yang menguap tu.. Ada yang dah tertido-tido.. Bosan ek dengar cerita aku??? Aku tak bosan.. Muahahaha.. Okey laa korang.. Sampai sini saja.. Heehee.. Take care semua.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum..




My Massager My Hero..

21 comments
Assalamualaikum dan salam Monday blues.. Heehee.. Sudah mula kerja hari ni.. Andalah.. Bukan saya.. Saya masih lagi bercuti sampai 24hb.. Muahaha.. Pagi-pagi ni sila bersemangat sedikit.. Jangan online aje ye.. Nanti boss anda marah.. Biar Farhana wakilkan anda untuk beronline.. Hik hik hik.. =p


Sabtu yang lepas aku berurut.. Urut kaki.. Kaki yang sudah lama aku tahan kesakitannya.. Kenapa? Sebab aku selalu jatuh.. Kaki kiri ni selalu saja jadi mangsa.. Kaki kanan maintain cool saja.. Dalam setahun aku rasa sudah dekat 10 kali aku jatuh.. Tak terkehel, pasti tergeliat, terseliuh atau yang seumpamanya.. Tapi masih lagi jatuh dengan penuh gaya ya.. Bukan seperti nangka busuk.. (memang pun.. cuma tak boleh terima kenyataan je.. ahakz..)




Aku pergi pusat urut mana??? Pusat Urut Abdullah Ismail SDN. BHD. a.k.a abahku sendiri.. Hik hik hik.. Abahku di belah pagi pensyarah dan di kala malam bulan mengambang.. Ooppsss.. Di kala malam aje.. Ialah seorang tukang urut.. Ada sesiapa mahu khidmat abahku??? Jemputlah datang ke Melaka.. Datang berurut aje okey.. Bukan datang hantar rombongan masuk meminang aku.. Muahahaha.. (gilerr perasan duhh minah senget ni.. hee..) Malam tu sambil diurut, sambil aku mengeluarkan jeritan ala-ala pontianak.. Pontianak harum tuttttttt malam lagi okey.. Hahaha.. Sebabnya.. Sakit gilerrr ouh.. Gila pun aku rasa tak sakit macam ni.. Erk.. Apakah??? Hahaha..


Abahku kata.. Kakiku dah bengkak sangat.. Akibat banyak kali jatuh dan tidak diurut.. Serious memang sakit.. Uhuk uhuk uhuk.. Okey okey.. Nangis sikit-sikit cukup.. Bak kata The Lucky Laki, ayahku selalu berkata padaku, laki-laki tak boleh nangis.. Heehee.. Erk.. Laki-laki ke aku??? Layan saja.. Malam tu aku tidur sambil kaki dibalut dengan halia dan bandage.. Gila berangin.. Pedihhhhh.. Huuuuuuuu.. Walaupun aku belajar perubatan moden, tradisional tetap juga aku amalkan.. Sebab kadang-kadang ada antaranya yang berkesan.. Heehee..


Sambil aku diurut abah, aku pandang muka abah.. Ada raut-raut ketuaan di wajah abah.. Maklumlah, umur pun sudah 49.. Tapi abah tetap kelihatan gagah.. Ouh.. My massager my hero.. My massager my father laa.. Heehee.. Dalam aku pandang raut wajah abah, tiba-tiba hati dipukul sayu.. Bagaimana satu hari nanti kalau abah pergi dulu dari aku??? Selalu aku kerap memikirkan tentang mak.. Tapi kali ini.. Abah.. Bagaimana nanti aku.. Mahu berhadapan dengan hidup.. Ouh.. Aku tak pasti adakah aku cukup kuat.. Hmmmm..


Abah.. Sangat cekal dan bersemangat.. Ya.. Itulah abahku.. Ingat lagi beberapa tahun lepas.. Panggilan dari kampung diterima.. Mengatakan atuk aku jatuh bilik air dan meninggal dunia.. Abah kelihatan tenang walau dalam hati aku tahu abah amat cemas.. Lihat saja pemanduannya tika balik kampung.. Pedal minyak ditekannya.. Laju dan makin laju.. Mahu melihat wajah atuk buat kali terakhir barangkali.. Di pertengahan jalan, panggilan lagi.. Mereka bertanya sudah boleh dikebumikan atau masih perlu menunggu.. Abah dengan tenang menjawab minta atuk dikebumikan saja.. Aku tahu betapa payah abah mahu menutur ayat-ayat itu.. Tapi abah tetap ku lihat tenang.. Aku pula yang mengalirkan air mata menzahirkan kesedihan abahku..


Tiba di kampung pukul 6 lebih.. Kami sekeluarga berdoa di hadapan pusara atuk.. Ketika itu semua orang sudah pulang.. Hanya kami sahaja di situ.. Mungkin sudah hampir senja.. Selesai berdoa kami masuk ke kereta balik sebab mak memang tak boleh duduk lama-lama di kuburan tambahan lagi waktu hampir senja, tidak berapa kuat semangatnya.. Namun abah tetap duduk di situ.. Ku lihat dari jauh abah memegang batu nisan yang baru sahaja dipacak tidak berapa lama tadi, tanah kubur pun masih lagi merah.. Abah tertunduk.. Mungkin terkilan tidak dapat menemui atuk di saat-saat akhirnya.. Abah punya 6 orang adik beradik.. Ketika kecil, atuk dan nenek bercerai.. Tinggallah abah dan adik bongsunya bersama atuk.. Antara anak-anak atuk, abahlah boleh aku katakan yang atuk paling sayang.. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan abah tika itu..



Minggu lepas menerusi majalah 3, siaran khas buat almarhumah Yasmin Ahmad.. Kata Mak Enom ibunya, Yasmin Ahmad pernah berkata, kalau boleh dia mahu ibunya yang pergi dulu, sebab jika dia pergi dulu, tiada orang yang akan menjaga ibunya.. Sedih aku mendengar bait-bait kata itu.. Kalau boleh aku mahu minta, jangan sesiapa pun pergi, tidak kira abah mahupun emak.. Tapi itu pentingkan diri dan melawan takdir namanya.. Sudahlah.. Tidak mahu aku fikirkan lagi.. Selagi hayatku dan hayat mereka masih ada, akan aku berbuat baik dan membalas jasa kedua orang tuaku.. Yang penting.. Aku mahu mereka bahagia.. Itu janji aku..


Entry kali ini agak terbawa-bawa dengan mainan perasaan.. Maaf semua.. Heehee.. Sampai sini sahaja coretan entryku ini.. Sampai jumpa lagi.. Assalamualaikum..






FOOT NOTE: Miss Gaza.. Kali ni foot note tak cakap dah entryku panjang.. Sebab ku sudah redha.. Heehee.. =)



Do Not Judge A Love By The Comments

40 comments
Assalamualaikum dan selamat malam Sabtu.. Selamat bercuti pada yang bersuti esok hari, pada yang bekerja.. Bersabarlah sayang.. Heehee.. Bak kata P. Ramlee.. Testing.. Aik.. Cam pelik je bunyi.. Iyo laa tu kot.. Cobaan.. Kan ke testing??? Cobaan mike 1, 2, 3.. Testing mike 1, 2 , 3.. Haaa.. Kan kan kan???


Belum pun 24 jam entry baru, tangan dah naik gatai, badan dah naik miang nak tulis entry.. Jap jap jap.. Garu jap.. Haaa.. Lega.. Kah kah kah.. Entry ni sepatutnya nak cerita sekali dalam entry sebelum ni.. Tapi sebab entry sebelum ni dah amat panjang, takut tak dapat pulak kelulusan Jabatan Ukur Tanah, jadinya split entry.. Serious rasa belum puas tepek entry sebelum ni sebab masih belum ketemu jawapan, tapi serius jugak hati meronta-ronta nak post entry yang ini..


Hmmm.. Arrmmmm.. Urrmmm.. Korang yang comel.. Sudilah kiranya kalau dah baca entry ni, bacalah sekali entry sebelum ni.. Tak paksa.. Tapi kalau tak rela tengok aku tukar jadi Incredible Hulk Hijau Oren (satu kaler dengan warna blog.. sehati dan sejiwa.. haha..), baca okey.. Kuang kuang kuang.. Farhana gurauan berkasih jek.. (dalam hati masih berharap.. kah kah kah..)


Still dalam entry ni tentang PANJANG.. Tapi bukan entry.. Kali ni, komen.. Tahu tak komen tu ape??? Komen tu komen laa.. Hahaha.. Lately ni (dari dulu pun sebenarnya), banyak aku dapat feedback dan pandangan, yang bahawasanya, aku suka komen blog si polan dan si polan panjang panjang.. Ramai dah ouh cakap macam ni.. Haha.. Depa tambah lagi.. Aku mesti jatuh cinta kat si polan dan si polan sebab tu komen panjang berjela.. Tetttt.. Seriously.. Aku tak marah pun.. Bagus apa ade orang prihatin akan aku, perhatikan setiap apa yang aku lakukan.. Hee.. Mahu dengar jawapanku??? Tunggukan berita malam esok di Radio Minnal FM.. Ekeke.. =p






Gambar-gambar di atas ini diambil bersempena entry ini.. Tentang cinta, love, i like.. Haha.. Tapi first of all, gambar yang paling top sekali, adalah kakak Shuhadaku yang comel dan manis.. Stop stop stop.. Yang di sebelahnya bukanlah boyfriendnya.. Itu classmate aku Wan Hazree.. Heehee.. Bak kata orang, don't judge a picture by it's content.. Haa.. Macam tu juga kes aku.. Don't judge a love by it's comment.. Apakah?? Haha.. Layan saje.. Kak shuhada kini gembira di samping Abang Fairuz tercinta.. Wan Hazree??? Masih single dan masih mencari.. Ada yang minat??? Ngorat laa.. =)


Kita bersiaran dalam segmen Varnam, Minnal FM.. Kah kah kah.. Okey.. Serious Farhana Puteri Bumi Johor.. Di sini aku nak perjelaskan sebab musabab kenapa budak perempuan nama Farhana ni suka komen panjang gilerrr.. Heehee..


PERTAMA - Dia kan suka membebel.. Haha.. Korang yang kenal dia dari dulu pasti tahu mulut dia tak pernah stop.. Bila mulut tak boleh beraksi, tangan pun mula menyambung warisan.. Kah kah kah..

KEDUA - Sebab banyak benda dia nak kupas (budget mamarazi ape).. Banyak isu.. Sudah tanggungjawab aku sebagai pembaca.. Heehee.. =)

KETIGA - Sebab Dilot pernah kata sesuatu pasal komen aku.. Dan masih aku ingat.. Terharu saya dengan Dilot.. Thanx Dilot.. =)


Kali ini sebabnya ada TIGA.. Lebih sikit dari sebab sebelum ni.. Tapi masih sikit laa sebabnya.. Nak tambah lagi tak sebab??? (dengan muka penuh eager) Okey okey okey.. Aku dah nampak muka berkerut dan berpeluh-peluh.. Penat ya baca entry panjang??? Take a rest.. Have a Kit Kat.. Haha..


Aku komen panjang, bukan sebab aku suka.. Bukan sebab aku dah jatuh cinta.. Okey semua??? Heehee.. Memang kalau mahu tahu, kebanyakan blog yang punya banyak isu memang aku suka komen panjang panjang.. Tak percaya tanya Liyana Jasmay.. Hey Hey Hey Hey.. Aku Tak Percaya Cinta.. Muahahaha..


Jujur aku kata.. Blog orang yang aku "suka" pun aku komen pendek tau kadang-kadang.. Tetttt.. Dush dush.. Malu ouh.. Haha.. Sebenarnya, cinta aku pada DIA masih lagi bersisa, atau pun mungkin masih banyak lagi yang tinggal, belum mampu rasanya lagi untuk ada cinta yang baru hadir dan mengisinya.. Mungkin seribu tahun lagi.. Siapa tahu terbuka hatiku.. =)


Till then.. Have a pleasant weekend.. Selamat bercuti.. Assalamualaikum semua.. =)






FOOT NOTE: Yeyeh.. Entry panjang lagi.. Muahaha.. =p



Salahkah Aku Kerana Panjang???

33 comments
Assalamualaikum.. Assalamualaikum.. Ada orang tak??? Aiyak.. Kul 2.15 pagi.. Pasti semua dah terbongkang tidur sambil mengeluarkan stok ayaq liur basi berserta mimpi-mimpi yang aneka macam.. Hoho.. Aku??? Semenjak dapat cuti 2 minggu, ya ampun.. Bertenet.. Beronline.. Berronggeng ke blog sana dan sini.. Walaupun line yang lembab macam siput sedut.. Ouh.. Siput sedut.. Rindu sama kamu.. Lama perut ku ini tak kenduri siput sedut.. Heehee..


Tentang ketiga-tiga gambar yang aku upload.. Share satu ciri-ciri yang sama tapi tak serupa.. Cuba teka.. Okey.. Stop.. Habis masa.. Kah kah kah.. Jawapannya.. PANJANG.. First gambar, best friends aku.. Sebelah kiri kalian, Kema.. Sebelah kanan kamu, Faizah.. Di tengah-tengah tu, Ramizah.. Hoho.. Budak perempuan paling tinggi di dunia.. Ooppss.. Dalam kelas.. Heehee.. Kira PANJANG laa jugak tu.. Gambar diambil di kawasan dekat-dekat dengan Gunung Kinabalu.. Gambar kedua, leher PANJANG.. Last but not least, kacang PANJANG.. Muahahaha..


Jadinya.. Apakah kaitan PANJANG dan aku? Aku dan PANJANG? Yang pasti aku bukan panjang dan panjang bukan aku.. Kuang kuang kuang.. Serious weh.. Tentang ini sudah beribu kali dah nak masuk juta kali dah aku fikirkan dan aku renungkan.. Cuma belum terzahir dek mulut dan tertulis dek jemari ni aje.. Namun kali ini, nafsu yang kupenjara dan ku ikat kian lama terlerai jua ikatannya.. Ceh.. Ayat yang tak habis-habis poyo.. Muahahaha.. Lately ni ada laa feedback yang aku dapat tentang entry-entry aku.. Dulu pun ada, tapi cuma sekarang aje aku rajin nak tulis.. Heehee..


Al kisahnya, entry si Farhana Puteri Bumi Johor ini dikatakan PANJANG.. Ada yang nak nanges.. Ada yang pening.. Apeerrrr??? Panjang??? (sambil mengetap gigi bersama-sama ngan jari tangan dan jari kaki.. ooppss.. lepas tu sila cuci tangan untuk pencegahan H1N1.. pesanan dari Kementerian Kesihatan..) Ramai dah weh cakap entry aku panjang.. Serious ke korang??? Tak main-main ngan aku??? Hahaha.. Sebabnya, aku tak rasa pun panjang.. Muahahaha.. Kalau nak banding ngan orang lain, ada je yang lagi panjang.. (Farhana tak kesah baca entry panjang.. Lagi-lagi entry panjang macam karangan SPM ditulis insan yang Farhana suka.. Siapa? Biarlah rahsia.. Ekeke..)






Mahu tahu kenapa Farhana tidak boleh menerima kenyataan ini??? Kah kah kah.. Sebabnya..


PERTAMA - Tulisan Farhana sangatlah besar dan amatlah big big size.. (boleh pening jugak ke??? Heehee.)

KEDUA - Mungkin sebab column yang tengah itu saiznya sudah dikecutkan, tambahan lagi tiada READ MORE.. Kot.. Jadi nampak macam panjang.. Heehee..


Okey.. Alasan dua aje.. Cukup laa kot.. Mungkin masuk court takkan menang, tapi masuk akal what.. Kan kan kan??? Muahahaha.. (gelak dengan penuh rasa bangga..)


Hurrmmm.. Errrmmmm.. Arrrmmmm.. Urrrmmmm.. Tiada ke insan di sini yang mahu sedapkan hatiku dan memujuk jiwaku.. Kah kah kah.. Katalah entry aku bikin anda SENYUM ke.. GELAK TERBAHAK-BAHAK sampai jatuh katil ke.. Rasa macam FEELING GILER seperti TERBANG DI AWANGAN pun boleh.. Lagi okey kalau kata entrymu Farhana bikin AKU JATUH CINTA.. Oooppssss.. Tetttt.. Dush dush.. Stop being gedix Farhana.. Ingatlah insan yang tersayang.. Ahakz.. =p


Okey la agaknya.. Itu saja rasa-rasanya yang aku nak bebel dan gedikkan di sini.. Hahaha.. Jumpa lagi.. Oh ye.. Nak mengadu sikit.. Aku lupa pulang buku library.. Kena denda RM 28 atas keterlewatan selama 14 hari.. 2 buku.. 1 hari 1 ringgit.. Tak berbaloi-baloi kan??? Universiti lain satu hari lewat denda 10 sen jek.. Boleh pinjam 2 minggu lagi.. Universitiku ini??? 1 minggu pinjam.. 1 hari lewat 1 ringgit.. Mahu redeem Nuffnang.. Tapiiiiiiiiiiiiiiii.. 2 hengget jek abe oiiiiiii.. Apalah nasib.. Uhuk uhuk uhuk..


Biarlah daku pergi dulu membawa hati yang cedera parah sebab kene bayar RM 28.. Muahahaha.. (tawa dalam duka.. gelak positif agaknya..) Sampai jumpa lagi.. Tata semua.. Assalamualaikum.. =)






FOOT NOTE: Apa macam entry kali ni??? Hahaha.. Tahu.. Nak kata panjang kan???? Muahahaha.. Sekali sekala.. =p




Happy.. Bahasa.. Masih Happy..

36 comments
Assalamualaikum.. Apa khabar? Anda semua sehat? Semoga ceria selalu hendaknya.. Hahaha.. Gila skema aku malam-malam buta macam ni.. Currently still in happy mood.. Demam happy tak kebah-kebah lagi.. Hoho.. Harapnya takkan kebah sampai bila-bila.. Entry baru malam ni.. Tak mahu tayang entry happy tu lama-lama, takut nanti seseorang itu baca entry happyku yang melampau itu.. Malu ouh nanti dengan dia.. Mana mahu sorok muka yang comel ni nanti.. Heehee..



Entry kali ni simple.. Saja mahu share sesuatu dengan semua.. Ada sesiapa kat sini yang boleh berbahasa selain dari bahasa Malaysia, bahasa Inggeris atau bahasa ibunda sendiri??? Actually apa faedahnya dok belajaq bahasa extra ni semua??? Kalau kita tengok sekarang, banyak IPTA dan IPTS yang menyediakan kursus bahasa asing untuk student.. Katanya memang subjek extra yang perlu diambil.. Kalau begitu, tentu belajar extra language ni merupakan sesuatu yang amat penting in nowadays world..


Aku totally agreed.. Belajar bahasa tambahan merupakan satu advantage untuk kita.. Bukan sahaja dalam kehidupan seharian, tapi juga bila kita dah mula masuk alam pekerjaan.. Aku bagi contoh.. Kalau kita "diumpat" oleh orang sebelah dengan bahasa depa yang kita pun boleh paham, dan tiba-tiba kita mencelah perbualan mereka dan berkata sesuatu juga dalam bahasa depa.. Wahhhh.. Bangga seh.. Mahu ternganga mulut depa semua.. Kalau pergi kedai, especially kedai Cina, jujur aku cakap, kebanyakan Cina suka customer bangsa lain yang pandai cakap bahasa Cina.. Layanan extra sure akan korang dapat.. Dalam bidang aku, deal with multiraces patient.. Ada yang tak reti cakap bahasa Melayu langsung.. Jadi di sini, satu advantage lagi kalau kita boleh berbahasa Cina atau Tamil.. =)





Nanti kalau aku sudah punya anak.. Semua akan aku masukkan ke sekolah Cina atau Tamil.. Pandai bercakap serta pandai menulis dan membaca.. Heehee.. Melentur buluh biar dari rebung.. Kanak-kanak lidahnya lembut.. Lagi mudah dilentur untuk belajar bahasa yang pelbagai.. Aku pula.. Kalau punya peluang.. Aku mahu belajar bahasa Hindi pula.. Senang tengok cerita Hindustan kalau takde subtitles.. Kah kah kah.. Dan bahasa Korea.. Hee.. Oh ya.. Mungkin bahasa Cina juga.. Sebab aku rasa penulisan Cina aku ada sedikit berkarat.. Kalau berkarat terus, sia-sia sahaja aku belajar 10 tahun.. Haih..




Kalau anda pula bagaimana??? If opportunities given to you, what language you want to learn??? Please don't tell me alien language okey.. Apa-apa pun, walau kemana sahaja kita pergi, cakaplah bahasa apa sekalipun.. Bahasa Malaysia jangan sekali-kali kita lupa.. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Oh yeah.. Heehee.. Aku suka bahasa Malaysia sebab sangat indah kalau disusun menjadi madah.. Aduh.. Duh.. Duh..


Till we meet again.. Still happy.. Still smiling.. Heehee.. Take a good care of yourself.. Tata semua.. Assalamualaikum.. =)









FOOT NOTE: Ada orang kata dalam entry happyku itu.. Aku sangat keperempuanan.. Haaaaiiiiiiihhhhhh.. Bukan ke aku memang seorang perempuan melayu terawal yang sangat keperempuanan.. Tetttttttt.. Statement ini diabaikan saja.. Heehee.. =)

*masih lagi tak dapat bukak blog certain orang.. Rindu ooo nak komen blog depa.. Uhuk uhuk.. =(



Aku Hampir Gila Sebab Happy Gila..

27 comments
ENTRY INI TENTANG SESEORANG.. BUAT SESEORANG ITU.. TOLONG JANGAN BACA ENTRY INI.. NANTI SAYA AKAN MALU DENGAN ANDA.. OUH..


Assalamualaikum buat pengunjung Cahaya Yang Riang Gembira.. Salam petang Isnin dariku buatmu.. Heehee.. Senyum sepanjang masa.. Jika dikira, dicongak dengan kalkulator dan sempoa, sudah hampir 24 jam aku tersenyum.. Heeeheee.. =)


Sejak dari semalam, hati berbunga riang, suka, ria, gembira, tiada apa lagi mampu dikata.. Hanya senyuman sampai ke telinga mampu ku beri.. Orang sekeliling hairan.. Sudah gilakah aku kerana asyik tersenyum lebar.. Haiiiii hati.. Kerana engkau happy, bibir turut berkongsi kegembiraan engkau, mata juga tak lepas mahu join sama.. Kenapa agaknya ya, kalau hati gumbira, bibir turut tersenyum, mata juga bersinar cahaya yang riang gumbira (nak jugak mencapub nama blog dia).. Apakah ada "link" di situ??? Sehingga kini, ia masih menjadi misteri.. Heehee.. =)




Semalam.. "Ketemu" seorang sahabat.. Seorang teman.. Lama rasanya tidak berborak, bercerita itu dan ini, berkongsi kisah yang macam-macam ada.. Oh.. Tolong maafkan saya atas rasa seperti ini buat kamu, seorang yang namanya sahabat.. Tapi hati tak mampu menipu.. Rasa tak mampu diselindung.. Memang ku akui, tatkala dia muncul dengan tidak disangka-sangka, dalam hati ada debar.. Dalam debar ada rasa suka dan gembira.. Rasa seperti suatu beban dalam hati hilang dibawa angin begitu sahaja.. Beban rindu ke??? Hahaha.. Entahlah..


Tika dan saat ini.. Masih lagi terbuai dengan rasa, rasa seperti ada rama-rama di dalam perut, seperti terbang di awan biru.. Ouh perasaan.. Okey.. Aku tahu semua mesti nak kata aku syok sendiri.. Tapi tak salahkan.. Heehee.. Hai lah hati.. Kenapa begini seronok rasanya sampai belum makan tengahari pun perut masih lagi tak rasa lapar.. Walau jam sudah pukul 5 petang.. Heehee.. Chuuupppp.. Jangan fikir yang tidak-tidak.. Dia adalah sahabat saya.. Ya.. Sahabat.. Teman.. Hurrrmmm..


Walau dalam perbualan kita ada waktunya, ku seperti terhenti kata, jeda bak kata bahasa sastera, tapi bukan sebab ku sibuk atau yang seumpamanya, cuma aku sedang berguling-guling suka ria, memintal bantal sambil memandang siling dan tersengih kambing.. Oooppsss.. Tidaklah sebegitu rupa.. Hahaha.. Cuma aku terasa kekok, terasa segan dan malu sebab lama sudah tidak bercanda, bergurau, berbicara dengan kamu.. Namun kamu memang tetap poyo seperti biasa.. Hahaha..




Ada sesuatu yang ingin dikata.. Tapi tak terkeluar bicara dan butir kata-kata.. Segan barangkali.. Ouh.. Segan? Aku? Sungguh tak disangka.. Mahu luah kata di sini.. Tapi di atas aku menyuruh dia jangan membaca.. Paradoks sungguh.. Hahaha..


Hana mahu kata.. Seronok sebab dapat berborak dengan kamu lagi.. Seronok sangat.. Sangat-sangat.. Heehee.. =)


Kalau entry rasa gembiraku ini mampu buat kalian juga merasa tempiasnya.. Aku sangat-sangat happy.. Spreading the happiness.. It's my responsibility.. Kah kah kah.. Dah macam duta apa jek aku ni.. Siap tagline bagai.. Hahaha.. Anyway.. Seronok masih tak habis.. Tapi sayang entry dah nak habis.. Sampai jumpa di lain entry.. Semoga rasa happy ini masih lagi tak habis untuk entry yang seterusnya.. Hahaha.. Take care semua.. Assalamualaikum.. =)

Aku Yang Bengang.. Pesanku Padamu..

18 comments
Assalamualaikum dan salam pagi Ahad semua.. Mata masih lagi celik dengan luasnya di kala 1 pagi ini.. Tangan pula masih juga giat menaip komen sana dan komen sini.. Rindu sungguh dengan kerja-kerja begini.. Heehee..


I'll be here.. In Malacca.. For 1 week.. Thought will starts my elective project this week and suddenly a colleague told that we have one week break.. Wallahhh.. Happy tak terkata.. Hahaha.. Oh yup.. Not forgotten.. Thanx a lot for those who congrats me since yesterday.. Terima kasih semua.. Terimalah kasih saya ya.. Heehee.. =p



Gambar kucing di atas menunjukkan rasa hatiku yang bengang.. Hoho.. Di Melaka ni, line 3G Celcom tak berapa gah macam di Ipoh.. Makanya, ada beberapa blog yang aku seringkali terlepas,yang dapat ku lihat rata-ratanya blog yang menggunakan domain sendiri.. Uwaaa.. Sudah laa lama aku jarang singgah ke teratak mereka dek kerana kesibukan exam, kini lepas habis exam.. Tak dapat juga singgah.. Adeh.. Yang mampu ku lihat hanya tajuk entry yang best sahaja.. Mahu baca di Networked Blog pun tak boleh.. Ada sesiapa boleh bagi alternatif lain???


Adoiyai.. Kata Jacky, kalau line lembab memang tak boleh buka.. Lagi kecewa ku dengar.. Satu minggu aku di sini.. Satu minggu juga aku tak dapat jejakkan kaki menempek muka dan komen di blog orang.. Adeh.. Please take note pada blogger yang perasan akan kehilangan saya di blog anda, saya tak pernah pun melupakan anda, cuma keadaan tak mengizinkan.. Ayat aku sah memang tak boleh belah.. Macam laa ada orang yang akan perasan.. Perah santan je aku ni.. Farhana ooo Farhana.. Huhu..



Entry ini aku tujukan buat seorang sahabat.. Mungkin dia akan kata, aku tak melalui macam apa yang dia lalui dan aku mungkin tidak akan faham.. Mungkin.. Sebab aku tak merasa.. Tapi yang penting aku pernah merasa erti kegagalan tu.. Aku pernah.. Bukan sekali, tapi dua kali.. Memang sukar untuk diterima.. Tapi tiada apa lagi yang mampu kita buat.. Cuma bangkit kembali dan berjuang dan mengatur strategi yang lebih baik.. Jangan fikirkan yang tidak-tidak, jangan lontarkan kata-kata peluntur semangat, sebab bila aura negatif menyelubungi kita, sampai bila-bila pun kita akan sentiasa negatif..


Namun jika kita sentiasa fikir positif, secara tak langsung, macam-macam benda yang baik akan datang pada kita.. Betul tak??? Kata-kata itu kan satu doa.. Kalau sentiasa berkata dengan hati dan semangat yang patah, bila kita mampu bangkit kembali dengan gagah???




Sahabat.. Kamu antara insan yang paling aku sayang.. Aku risau melihat kamu senyap.. Aku sedih melihat kamu menangis.. Dan apabila kamu terus-terusan menangis, aku mula menangis.. Sebolehnya aku tidak mahu menangis.. Sebab aku mahu jadi kuat, agar aku boleh berikan sedikit kekuatan aku buat kamu.. Kamu banyak membantuku, memberi aku kekuatan di kala aku kesedihan.. Aku tahu kamu juga mampu jadi kuat seperti mana kamu menyuruh aku menjadi kuat.. Aku yakin kamu mampu..


Ingatlah wahai sahabat.. Walaubagaimanapun keadaan kita, aku tetap sahabat kamu.. Kami semua tetap kawan kamu yang sangat sayangkan kamu.. Bangkit kembali berjuang.. Jangan sekali pandang ke belakang.. Dan jangan sesekali melihat kami di hadapan kamu, sebaliknya pandanglah kami di sisi kamu, berjalan seiring denganmu mencapai kejayaan.. Ingat.. Kami sentiasa ada.. You're not alone babe.. We love you.. Mmuuahhhxxxx.. =)


Sampai sini sahaja.. Aku mahu tidur dulu.. Assalamualaikum semua.. =)

Keputusan Exam Yang Dinanti..

24 comments
Assalamualaikum semua penghuni blogspot.. Aku sudah selamat sampai di Melaka yang tercinta.. Menemui keluarga yang sudah lebih sebulan tak ketemu.. Rindu.. Oh ya.. Hari ni Jumaat kan??? Ada sesiapa yang berdebar menunggu resultku? Heehee.. Pagi tadi aku berlegar-legar di Pejabat Dekan Fakulti Perubatan hampir sejam.. Notis yang tertampal.. Result akan keluar pada pukul 3.30 petang.. Berdebar.. Malas mahu tunggu, lalu aku pun terus drive pulang..


3.30 petang.. Seorang sahabat mesej.. Diikuti seorang lagi.. Dan lagi.. Semuanya mengucapkan TAHNIAH.. Aku seperti orang mamai.. Tidak mahu percaya dulu lantas ku tunggu seorang sahabat menelefon kolej.. Sah.. Aku LULUS peperiksaan akhir MBBS tahun 3.. Syukur Alhamdulillah.. Gembira tak terkata.. Tak mampu aku gambarkan perasaan aku ketika ini.. Sebab sudah dua tahun aku asyik sahaja menduduki kelas tambahan sebab kantoi.. Tahun ketiga tertanya suatu kejaiban telah berlaku padaku.. Syukur padamu Ya Allah..



Berita itu ku sampaikan pada emak dan abah.. Kelihatan mata emak bergenang dengan air mata.. Aku turut sebak.. Ialah.. Sudah dua tahun emak asyik melihat aku duduk kelas tambahan sebab tak pernah aku lepas terus.. Tapi kali ini.. Aku berjaya lepas terus dengan izin dan kehendakNYA.. Syukurku padaMu Ya Allah.. Aku janji aku akan berusaha lagi untuk final yearku nanti.. InsyaAllah..



Di kesempatan ini.. Aku nak ucap terima kasih.. Terutama pada kedua orang tua aku.. Terima kasih emak, abah.. Sebab tak putus-putus doakan anakmu ini.. Walaupun anakmu ini memang kaki main dan kaki enjoy.. Huhu.. Untuk lecturer-lecturer.. Thanx for all the knowledge.. Buat sahabat-sahabat tersayang, terima kasih juga.. Dan tak lupa, buat kawan-kawan blogger yang tak putus-putus bagi aku semangat bila aku down, nasihat aku, doakan aku.. Terima kasih yang tak terhingga.. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.. Thanx also kepada patient yang aku dapat untuk case aritu, thanx pakcik sebab banyak tolong saya, juga buat examiner aku, Prof Wan dan Datuk Subra.. Thanx semua.. =)


Buat sahabat-sahabat yang tidak dapat lepas kali ni.. Jangan patah semangat.. Aku faham sebab aku pernah rasa.. Aku pernah laluinya.. Mungkin ada hikmahnya.. All the best untuk Supplementary kalian nanti.. Aku sentiasa doakan kalian.. Never ever give up because there is still a long way for you to go.. Jangan give up selagi belum sampai ke hujung jalan.. As long as ada peluang lagi, teruskan usaha.. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..


Sampai sini sahaja entry kali ini.. Kegembiraan ini sahaja yang mampu aku kongsikan bersama kalian.. Terima kasih semua.. Till next entry.. Tata titi tutu semua.. Jaga diri.. Assalamualaikum.. =)







FOOT NOTE: Kegembiraan ini pasti lebih indah jika ada dia..



Rezekiku Hari Ini..

19 comments
Assalamualaikum.. Selamat tengah malam semua.. Hari Jumaat.. Berdebar pula rasanya menunggu terbitnya matahari esok.. Mudah-mudahan semuanya baik-baik saja.. =)


Malam ni.. Just a simple entry.. A contest.. A song.. And top-up.. Heehee.. Tak faham? Meh aku story.. Oh ye.. Mood??? Is getting better.. Sebab kalian semua ada di sisi menemaniku.. Chewaaaahhh.. Maceyyy semua.. =)




Hari ini sehari suntuk aku terperap dalam bilik asrama Kampus UNIKL Jalan Tandok ni.. Bosan memang bosan.. Tapi aku perlu duduk bersendirian.. Untuk langkah berjaga-jaga.. Bimbang juga.. Sebab emosiku kan tidak stabil.. Takut ada insan yang menjadi mangsa bad moodku ini.. Huhu..


Seharian itu juga aku melayari internet.. Berjam-jam menghadap blog, Facebook.. Buang masa kan??? Hahaha.. Apa salahnya membuang masa selepas exam.. Kan??? Dalam aku berblogwalking, aku terserempak dengan satu contest di blog Jacky.. Boleh klik saja gambar di atas untuk keselesaan mata dan cermin mata anda.. Heehee..




Mula-mula tiada niat mahu join.. Sebab ku sendiri tidak tahu jawapan kepada contest tersebut.. Teka mata artis.. Haha.. Mula-mula ku ingat mata siapalah yang Jacky upload tu.. No idea at all.. Blank.. Tiba-tiba laptop aku yang tengah mainkan koleksi lagu MP3 favouriteku, play pada sebuah lagu.. Nyanyian Chandra dan Sheila Majid.. Lagu favourite aku buat masa sekarang.. Lirik dia.. Of course.. And melodi dia.. Cuba kalian dengarkan.. Haaa.. Apa macam??? Best?? Heehee..



Sheila Majid.. Sama matanya.. Haha.. Aku pun apa lagi.. Terus hantar jawapan.. Sekali betul, tepat dan benar jangkaanku.. Terus Jacky buzz aku di YM.. Hahaha.. Dan aku dengan rakusnya me-nop-up number Celcomku.. Kah kah kah.. Tidak ku sangka.. Aku memenangi topup.. Sepatutnya RM10.. Tapi sebab ada 2 pemenang, makanya kami sharing is caring.. RM 5 each.. Aku terima dengan hati terbuka dan suka ria.. Hahaha.. Siapa yang tak seronok dapat top-up free kan??? Heehee.. Thanx Jacky.. Huhu.. =)


Nak kenal Jacky? Jom usha blog dia..

http://www.pengerindu.com/



Lagu ni sebenarnya dari drama Slot Samarinda - Kala Hati.. Besh wooo.. Ku suka cerita ni sebab Adi Putra hensem gilerr dalam ni.. Hahaha.. Mata keranjangkan aku ni.. Dulu Azhar Sulaiman.. Heehee.. Apa-apa pun yang terjadi, Shah Rukh Khan tetap di hatiku sampai bila-bila.. =)


Itu saja yang mahu story.. Heehee.. Rezeki memang ada di mana-mana kan.. Kalau dah memang dah ditakdirkan itu kita yang punya, pasti akan jadi kita punya.. Tak kisah cepat atau lambat.. Heehee.. Till then.. Good nite semua.. Assalamualaikum.. =)







FOOT NOTE: Sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu.. Aku sangat sayang padamu.. Namun entah mengapa perpisahan ini menjemputku.. Semoga kita bersama lagi.. =)




Entry Macam Macam Ada.. =)

20 comments
Assalamualaikum semua.. Salam petang Khamis.. Hari yang indah tapi tak mampu membuat hatiku tergoda dek keindahan itu.. Bangun pagi tadi, tak semena-mena aku menangis.. Sampai ketika ini, masih tetap jua menangis.. Entah kenapa, aku sendiri tak mengerti.. Hatiku sebak.. Mungkinkah sebab esok result akan keluar? Apakah petanda tangisan ini? Oh tidak.. Aku tak mahu fikir bukan-bukan.. Oh Tuhan.. Tenangkanlah hatiku ini..



Aku sendiri tak menjangka akan menjadi MOODY hari ini.. Kasihan kawan-kawanku tersayang.. Penat sudah semalam planning bersama-sama ingin berjalan-jalan dan menonton wayang tapi dek kerana MOOD ku yang swing hari ini, maka mereka keluar bereempat sahaja.. Maafkanku sahabat-sahabat semua.. Aku tertekan.. Aku sendiri tidak tahu kenapa.. Maafkanku kerana buat kalian tertanya-tanya apakah sebab tangisanku ini.. Buat masa ini, aku perlu sendiri.. Duduk di dalam bilik asrama ini, memandang segenap penjuru dinding, lihat pada bilah-bilah kipas yang berputar, aku terus menangis.. Haih..



Quick update.. Pagi semalam plan untuk bertemu dengan Minna telah berjaya dilaksanakan.. Heehee.. Minna.. Ku ingatkan pemalu, rupanya sangat rajin berceloteh.. Heehee.. Banyak benda kita story.. Macam-macam ada.. Tapi rahsialah kan.. Hik hik.. Anyway, seronok rasanya dapat ketemu sama Minna.. Lain kali ada kelapangan, kita jumpa lagi okey.. Thanx gak sebab belanja sepinggan mee goreng dan sirap limau.. Heehee.. Pertemuan dua diva.. 5 Ogos 2009.. =)


Malam semalam pula seorang sahabat telah membawa aku ke Damansara Uptown.. Makan-makan di sana.. Katanya tempat ni fofular.. Macam-macam makanan ada.. Yup.. Memang betul.. Ramai gila orang di sana.. Choice makanan pun sangatlah banyak.. Tak silap aku semalam macam nampak E-One pengacara REMAJA tu.. Tapi tak pandang sangat.. Sebab gaya dia macam budget orang semua nak pandang dia.. Hahahaha.. Sorry.. That's my opinion only.. Heehee.. =p


Seriously.. Sincerely.. Aku memang tak gemar area-area tu.. Macam-macam orang aku nampak yang tak pernah aku nampak sebelum ni.. Bukan nak kata diri ni baik, tapi memang aku tak boleh nak terima sesuatu yang macam ni.. Remaja Melayu berpelukan di tengah-tengah awam, pakaian tak usah cerita.. Aduhai.. By the way, peminta sedekah dia pun punya taraf hidup yang tinggi.. Baju lawa, siap pakai gelang emas lagi.. One new phenomenon for me.. Heehee.. =)





Last but not least.. Aku dapat kad kat bawah ni dari Cik Yana.. Thanx banyak Cik Yana.. Friends forever.. Heehee.. Dah lama rasanya tak dapat sesuatu seperti ini.. Haha.. Hadiah aku untuk kawan-kawan pun tak pos lagi.. Ish3.. Sorry ya kawan-kawan sebab lambat.. =)




Sampai sini sahaja update aku kali ini.. Untuk entry-entry panas dan gempak.. Tunggu.. Heehee.. Macam mamarazzi pulak aku.. Anyway, thanx sudi singgah jenguk-jenguk blog daku ni.. Take care.. Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE: Hati wanita memanglah sensitif.. Tapi aku tak larat menanggung kesensitifan ini.. Oh air mata.. Berhentilah.. =(



Pulangkan Farhana Kembali Ke "Dunia Ini"..

18 comments
Assalamualaikum warga sekalian alam blogspot.. Heehee.. Jam menunjukkan pukul 12.37 malam.. Mata mengantuk.. Tetapi dek kerana excited sudah habis peperiksaan, tidak mahu lena pula dibuatnya.. Apa-apa pun nak jadi, layan blog sekejap.. Wah.. Lepas ni ku boleh kembali berblogwalking seperi dulu dan meninggalkan jejak-jejak kakiku di blog kalian.. Hahaha.. Semua rindu aku kan??? Kan kan kan??? Tahu dah.. =p


For the time being.. Rasa lega sekejap.. Mahu menikmati sisa-sisa masa bersenang lenang dengan semaksima mungkin.. Mahu enjoy.. Banyak yang mahu dibuat.. Tambah lagi aku kini berada di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.. Apa lagi.. Enjoy sakan laa gamaknya.. Mari meronggeng.. Huhu.. Lupa sudah tensen-tensen dan segala macam ketakutan yang dirasa sebelum ni.. Wah.. Aura peperiksaan memang mendera jiwa.. Kini jiwa kembali bebas.. Hahahaha.. Apa lagi.. Jom bercinta.. Kah kah kah..




Esok pagi-pagi mahu ke kompleks Perdana Siswa kalau tiada apa-apa halangan.. Mahu bersarapan bersama rakan blogger.. Amieynna Amin.. First time jumpa.. Minna.. Belanja ya.. Kah kah kah.. Mungkin akan duduk di sana sejam.. Dua jam.. Berjam-jam mungkin.. Hahaha.. Mahu berbicara hal wanita.. Dari hati ke hati.. Heehee.. =)


Janji dengan Pejul dan Apai mahu makan juga.. Depa nak belanja Kepsi.. Kan korang kan??? Heehee.. Tapi entah bila pula akan ada masa.. Anyway, tak sabar mahu tunggu "perjumpaan" tak lama lagi.. Jumpa Abang Long yang comel dan bucuk-bucuk.. Kak Long yang sweet banget.. Abang Ngah yang suka terkesima.. Dan Cikgu Pejul yang sangat baik pada junior.. Heehee..




As for the time being.. Aku masih menunggu walau dalam enjoy-enjoy daku ni.. Menunggu keluarnya result dari Pejabat Dekan.. Jumaat ni.. Uwaaa.. Takutnya.. Tidak mahu duduk VIVA VOCE.. Tidak mahu supplement.. Tak mahuuu.. Kawan-kawan.. Doakan aku dapat lepas terus ya peperiksaan kali ini.. Hari Jumaat tu.. Mesti semua orang akan mengalami "tercabut jantung".. Haha.. Risau punya pasal.. Ku harapkan yang terbaik untuk diriku dan kawan-kawan seperjuangan.. Amin..



Nanti akan aku update lagi.. Story-story terkini dan sensasi.. Hahaha.. Apa-apa pun.. Seronok dapat kembali ke dunia blog.. Welcome home Farhana.. Hehehe.. Okey.. Till next time.. Tata semua.. Take care.. Assalamualaikum.. =)







FOOT NOTE: Tidur di Kuala Lumpur, beda sungguh suasananya kan??? Malam pun terasa macam siang.. Bunyi kenderaan tak pernah sunyi.. Haih.. Rindu datang bertandang lagi.. =(





Kalau Cinta Bikin Frust..

15 comments
Assalamualaikum semua.. Last entry ku coret sebelum bertolak ke Kuala Lumpur esok.. Exam Selasa ni.. Pray for me.. Hoping that I'll get through it.. Malam semalam sempat lagi menonton TV instead of reading a stack of clinical books.. Cerita Lela Latah.. Misha Omar dengan Danny X-Factor.. Siapa tengok? Hahaha.. Gila lawak cerita dia.. Romantik lagi.. I like..


Story sikit a part of the conversation that still fresh in my mind.. Scene when Danny called Misha and Misha asked why is he calling her.. Danny asked with a whispering voice, "Awak tak ingat kat kita ke?".. And Misha was blushing.. Danny then asked her, "Awak tak rindu kita?".. Ouh.. Such a romantic scene.. Hahaha.. So, people out there, feel free to call me and asked me the same kind of question with the same intonation.. Sure I'll get melt.. Kah kah kah..




Finish with all that "merepek" sort of thingy.. Entry kali ini.. Cinta bersegi-segi.. Tragis atau fun? Hahaha.. Senarionya seperti ini.. Anda menyukai si A.. Tetapi si A menolak anda kerana dia sukakan si B.. Si B dan si A rapat tetapi belum sampai tahap si B jatuh cinta pada si A.. Apa dalam hati anda ya? Mixed feelings I guess.. Rasa sedih? Benci pada diri sendiri? Malu pada si A? Geram dan rasa macam nak cincang 30 si B? Hoho.. Sabar dek nun bak kata si laser Azwan Ali..


Cinta bersegi-segi ni memang pelik.. Memang penat.. Memang fun dan kadang-kadang boleh jadi tragis.. Frust menonggeng, meniarap, menelungkup.. Semua ada.. Memang sukar untuk handle situasi seperti ini.. Yang pernah mengalaminya saja tahu.. (aku tiada kene mengena okey.. heehee..) Sebenarnya, cukup sahaja kalau kita bear in mind, dua perkara..



Satu, tak semua benda dalam dunia kita boleh paksa.. Benda yang datang tanpa paksa sebenarnya lebih kekal.. Lebih manis.. Betul tak? Sebab itu juga dalam Islam tiada paksaan..


Kedua, jangan kita kejar benda yang tak pasti, better to appreciate what is in front of us.. Belajar menghargai sesuatu walau kita rasa ia macam tak berharga, daripada kita sibuk mencari sesuatu yang berharga.. Macam masa.. Hargai masa yang ada sekarang.. Bukan semalam atau esok.. Sebab masa sekarang yang menentukan hari esok..




Buat kawan-kawan.. Especially Mr. Syazwan Fuuyoo yang bertanya.. Heehee.. Minta maaf atas kelewatan hadiah-hadiahku ya.. Ampun dan maaf.. Aku tak lupa.. Aku akan settlekan semuanya selepas final examku ni.. Okey semua??? Heehee.. Sorry again.. =)




Hari ini rasa ralat.. Ada sesuatu yang telah tertinggalkan.. Something that will gives me comfort tapi aku dah terlepas.. Rasa nak menangis.. Actually dah menangis pun.. The same things had happen few times.. But few times also I lose the opportunities.. Cengeng kan aku? Nak buat macam mana.. Hati wanita kan sensitif.. Huhu..


Okey.. Sampai sini sahaja entry kali ni.. Aku mahu ke rumah kawan.. Study kejap.. Pukul 12 malam nanti aku balik rumah semula.. Dah laa aku duduk rumah sorang malam ni, berani lagi balik tengah-tengah malam.. Huhu.. Anyway, till then.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum.. =)







FOOT NOTE: Kalau aku cakap pada angin dan angin boleh sampaikan salam aku, kan ke bagus tu.. Hahaha.. =p







Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.