Siapa Rindu Aku & Update Aku??? Bacalah.. =)

23 comments
Assalamualaikum semua.. Lama rasanya tak update.. Entahlah.. Masih lagi dalam sorrow mungkin.. Huhu..


Hujung minggu aku kali ni aku habiskan di Kuala Lumpur.. Menjenguk adik aku, celebrate kemenangan kawan-kawan yang berjaya get through their exam, meronggeng satu Kuala Lumpur.. Hari ni saja berapa banyak tempat dah aku singgah.. Karaoke pun sampai 10 lagu.. Lagu Hindustan lagi.. Penat satu badan, dapat urut sodap ni.. Heehee.. Namun masih gigih lagi melayan blog dan Facebook.. Sebabnya.. Jalan-jalan buat aku happy.. Bukak blog aku happy jugak.. Layan FB lagi aku happy.. Sebab ramai kawan-kawan mereng aku kat sana yang sudi saja layan kepala aku yang tak kurang merengnya.. Hahaha..






Tapi hakikatnya tak seperti apa yang aku pamerkan di luaran.. Bukan senangkan nak mengubat luka yang sangat dalam??? Hurrmmm.. Walau happy macam mana pun aku, dalam hati aku tetap rasa sakitnya.. Air mata ini juga masih lemah dan masih sukar untuk ditahan.. Kenapa ya semuanya begitu sukar??? Memang pemikiran manusia amatlah kompleks.. Dan aku.. Masih lagi terus berjalan dalam kepedihan.. Aku gagahkan juga diri.. Sebab aku tahu, satu hari nanti semuanya pasti akan baik-baik saja.. Adeh.. Dah macam lirik lagu pulak..





Jumaat lepas aku dikejutkan dengan MMS dari seorang sahabat maya.. Seorang yang ku rasakan sangat rapat walau tak pernah berjumpa.. Betul tak wahai Kimon??? Hehehehe.. MMS semangat dari dia untuk aku.. Macam biasa, "doktor perasaan" nan seorang ni memang sahabat yang baik.. Sangat concern dengan geng-geng dia.. Aku terharu sangat dengan apa yang ko dah buat.. Seriously.. Aku cuma mampu ucap terima kasih beribu kali sahaja dari kejauhan.. Thanx banyak ya for the "Biar Bulan Bicara" dengan "Jangan Bersedih Lagi".. Ko dah boleh rakam album.. Aku luluskan.. Hahaha.. Thanx again.. Juga untuk semua.. =)




Di Kuala Lumpur begitu banyak ragam manusia, aku hanya duduk di suatu sudut dan memandang.. Aku tak berani menilai sebab aku pun bukanlah sempurna.. Tapi.. Aku kagum dengan orang yang duduk di KL tapi masih lagi ada jati diri dan tak mudah terpengaruh dengan pengaruh bandar.. Ramai kawan-kawan sendiri yang aku lihat apabila berhijrah ke KL, lain sudah jadinya.. Huhu.. Manusia berubah.. Itu fikirku..


Petang Ahad akan pulang ke Ipoh.. Hari Isnin mulalah kelas.. Penatnya.. Haih.. Rasa mahu pergi ke Penang pula meronggeg.. Heehee.. Okey semua.. Sampai sini saja update aku.. Jumpa lagi.. Tata.. Taking care semua.. Assalamualaikum.. =)






FOOT NOTE: Kasihan kawanku handphonenya dicuri di dalam surau One Utama.. Dalam surau wanita pun ada "PEMINJAM BARANG TAPI TAK PULANG" ya??? Hurrmmmm..



Dah Okey Ke Belum???

19 comments
Assalamualaikum.. Salam pagi Selasa buat semua. Aku kembali semula ke Ipoh. Pulang dari Melaka. Menyelesaikan semua masalah-masalah hidupku. Masih lagi belum selesai. Entah bila akan reda aku pun tak pasti. Walau reda sekalipun mungkin kesannya masih berbekas di hati dan ingatan. Aku bersyukur punya teman-teman yang tak putus-putus dengan sokongan dan nasihat. Kalian memang best. Sayang sangat kat korang semua.





One day, dalam aku merayau tanpa arah tuju dalam dunia maya ni, aku terjumpa wallpaper iluvislam.com. Quotenya buat aku tersentak. Buat aku tersedar. Buat aku terfikir. Kerana selama ini aku tidak pernah dihambat dengan kehidupan yang "bermasalah".. Semuanya okey saja bagi aku. Sampailah satu ketika, aku diberi ujian yang amat berat dari Allah. Ketika itu aku rasa dunia kelam, aku lemas dan hanyut entah ke mana. Aku terfikir, adakah aku GAGAL? Atau BERJAYA?





Ramai orang kata padaku.. Allah tidak akan menguji hambaNya yang tidak mampu menanggungnya.. Setiap ujian Allah itu pasti ada hikmah.. Dulu mungkin kata-kata ini hanya pandai aku sebut, pandai aku nasihat pada orang, tapi tak pandai aku mengerti.. Kini, aku rasa aku mampu memahaminya.. Ujian Allah ini umpama satu pengalaman terbesar dalam hidup aku, banyak hikmah dan pengajaran yang aku dapat..





Dalam aku "berehat" sebenarnya aku masih lagi menjenguk blog dan Facebook terchenta. Tidak mahu bersawang. Sekadar jadi pemerhati. Jadi penonton, jadi tukang baca yang setia, tukang dengar yang tak tepu mendengar, yang mana sempat ku komen pasti akan ku komen. I'm currently enjoying the silence. Silence of the world without the laughter of a girl. Heehee.. Siapa? Entahlah. =p


Sekarang, rasanya kembali bertatih mencari semangat baru, memulihkan jiwa, memujuk hati yang duka dan lara, satu hari aku pasti akan pulih. Untuk kawan-kawan semua, sekali lagi terima kasih banyak sebab sudi dengar masalah aku. Sudi jadi penasihat aku.. Sudi jadi teman terbaik aku dikala aku hampir rebah. Thanx.. Till here.. Take care semua.. Tunggu aku di next entry ya.. Assalamualaikum..






FOOT NOTE: Pulang ke rumah, ramai menegur aku makin susut. Happy laa sikit.. =)




Terima Kasih.. Thank You.. 谢谢你

17 comments
Assalamualaikum.. Tengahari yang sama lagi namun di hari yang berbeza..




Semalam aku begitu cengeng, begitu lemah, begitu kehilangan arah tuju.. Otak aku kosong dan seluruh tubuhku hanya ibarat sekujur mayat hidup.. Pertama kali ku diuji dengan dugaan yang Maha berat.. Dan aku gagal mengatasinya.. Emosiku merajai akal fikiranku.. Sehingga kini, masih lagi bersisa emosi-emosi yang tidak stabil.. Penat mengalirkan air mata dan rasanya kini tiada lagi air mata yang bersisa.. Hanya kesan tangisan yang masih lagi berbekas.. Seperti dalamnya bekas - bekas luka di dalam hati.. Aku tidak mampu bercerita pada kalian.. Mungkin ianya terlalu peribadi.. Ku harap kalian mengerti..






Terima kasih aku ucapkan dari hati aku yang paling dalam kerana kalian sudi meminjamkan bahu untuk aku bersandar dan meluahkan rasa yang terpendam.. Syukur kerana aku punya teman seperti kalian.. Terima kasih.. Banyak dan banyak terima kasih dari aku.. Maaf andai Farhana kali ini begitu cengeng.. Aku tak mampu lagi menjadi Cahaya Yang Riang Gembira itu.. Ku harap masa akan mengembalikannya.. Mungkin satu hari nanti..






Aku akan pulang ke Melaka petang ini menyelesaikan masalah.. Moga emosiku benar - benar stabil untuk aku memandu petang ini.. Mak dan abah juga sudah berpesan jangan diikut sangat hati, jangan diturut sangat rasa, drive elok - elok.. InsyaAllah mak, abah.. Mungkin aku akan berehat sebentar dari menulis entry.. Tak lama.. Mungkin seminggu atau mungkin hanya beberapa hari saja.. Sampai kita jumpa lagi.. Take care semua.. Thanx again.. Assalamualaikum..

Allah!! Give Me Strength..

12 comments


Assalamualaikum.. Selamat tengahari..


Puas sudah aku menangis semenjak malam tadi.. Semenjak berita itu ku terima dari mak dan abahku dalam esak tangis mereka.. Sehingga kini, di saat aku menaip entry ini, aku masih menangis dan terus menangis.. Hatiku tak kuat.. Aku rasa diriku sangat lemah.. Aku rasa aku kini hidup ibarat tiada esok hari..


Aku mencari ruang untuk meluah dan akhirnya ku jumpa di sini.. Ya Allah.. Begitu berat dan dahsyat dugaan yang telah Engkau bagi padaku dan keluargaku.. Sesungguhnya aku tak mampu menanggungnya.. Aku ingin saja tumbang lalu jatuh ke laut yang paling dalam.. Tenggelam dan tak lagi timbul..


Seumur hidupku, aku hanya ingin menjadi anak yang baik, kakak yang sempurna, bahagiakan kedua orang tuaku dan adik-adikku.. Tapi..


Jangan ditanya kepadaku kenapa, mengapa, sebab apa.. Kerana aku akan terus membisu.. Biarlah ini ku simpan kemas dalam lipatan kisah hidupku, cuma aku pohon kalian doakanlah agar aku dan keluargaku diberi kekuatan.. Doakan aku tenang, agar aku bisa kuat di hadapan mak dan abah.. Masih aku ingat, doa-doa kalian juga pemangkin aku lulus peperiksaan akhir tahun 3 yang lepas.. Terima kasih kawan-kawan.. Pray for me..





FOOT NOTE: Buat budak kentang, ku tak sempat untuk karang satu special entry untuk kamu.. Orang lain semua dah post.. Sorry ye budak kentang.. Again, selamat ulang tahun Smile Myfta yang pertama.. You're the best.. =)



Kalau Aku Seorang Lelaki..

20 comments
Assalamualaikum.. Malam semua.. Dah 2 hari tak merapu dalam blog.. Rasa senak perut sakit ulu hati.. Hahaha.. Maklumlah, hujung minggu saya gunakan untuk belajar, pelajar contoh tak saya? Hehe.. Sila-sila admire kerajinan saya.. Nak admire saya pun boleh.. =p


Baiklah semua.. Sila bersedia zahir dan batin sebab aku nak mulakan hari ini dengan entry yang sedikit berat.. Hoho.. Sebelum tu, comel tak mamat kat atas tu? Perkenalkan, my boy, Harman Baweja.. Pakwe baruku.. Shah Rukh Khan sudah tua, baik lupakan saja.. Heehee.. Okey.. Sila jangan pandang dua tiga kilas, nanti jatuh cinta..


Entry kali ni aku mahu menjelajah dunia seorang yang namanya lelaki.. Aku tertanya, agaknya bagaimana kalau aku, Farhana adalah seorang lelaki? Handsome itu sudah pasti. Tak perlu dipertikaikan lagi kot.. Hahaha..




Kalau aku adalah seorang LELAKI.. Pasti aku kaki ngorat.. Duduk kat simpang tepi jalan usha awek kilang yang berjalan bagaikan itik pulang tengah malam.. Sweeeettt sana.. Sweeeet sini.. Peewiittt sudah lapuk zaman sekarang, sikit - sikit sweeettt sweeeettt.. "Boleh abang ngorat?" "E-mail ada adik manis?" "Jom balik jumpa mak abang" ~ Walhal baru kenal.. Hahaha.. Test power katanya.. Tapi aku bukan LELAKI.. =)





Kalau aku adalah seorang LELAKI, pasti aku lelaki seksi.. Seksi macam Johnny Depp.. Aurat lelaki kan hanya paras pusat hingga ke lutut.. Saja mahu tayang badan, kalau ada sixpack lain cerita, ini perut macam mengandung 9 bulan.. Tapi aku bukan LELAKI.. =)






Kalau aku adalah seorang lelaki, aku pasti kahwin 4.. Nasib baik kuota 4 saja, kalau 10 memang 10 tu aku penuhkan.. Aku bukan nakal, bukan notti, miang dan gatal jauh sekali.. Sebabnya.. Erk.. Sebabnya.. Ouh.. Apa eh sebabnya.. Tapi aku bukan LELAKI.. =)


Mungkin atas sebab itulah, Farhana diciptakan oleh Allah sebagai seorang perempuan.. Atau atas sebab yang lain yang tidak diketahui.. Terimalah kita dengan rasa penuh syukur.. Setiap yang Allah jadikan di atas muka bumi ini pasti dengan tujuan dan ada hikmahnya.. Jangan kita sesuka hati seselamaba badak menukar fitrah ciptaan Allah.. Yang lelaki mahunya jadi perempuan.. Yang perempuan gayanya persis lelaki.. Berdosa besar, haram dan mendatangkan murka Allah..


Mungkin ada yang akan kata mereka tidak pinta jadi begitu.. Apa pandangan anda? Hmm.. Bagi aku.. Kalau hendak berubah, seribu daya kita akan lakukan.. Betul tak? Jangan difikir seronok dunia semata sebab dunia ni hanya sementara.. Ingat dunia selepas mati, itulah yang kekal abadi selamanya..


Selalu saja entry ringan, entry cinta, kali ini sedikit berat.. Semoga jadi manfaat dan renungan.. Sampai next entry.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Entry sempena selesainya pembacaan aku tentang pembedahan menukar jantina..

Cinta Mati Tanpa Nisannya..

16 comments
Assalamualaikum.. Malam sunyi dan sepi.. Buku habis ku selak, dari muka pertama terus melompat ke muka akhir.. Malas rasanya seluruh tubuh.. Mahu tulis entry tapi ketandusan idea..


2, 3 hari ini aku banyak berfikir.. Pada komen-komen yang dihantar tentang entry Pernahkah Kamu.. Adakah aku kelihatan seperti jatuh cinta? Dilamun cinta? Hohoho.. Jika begitu anda silap.. Cinta.. Memang menyebutnya bikin aku tersenyum.. Tapi ketahuilah, sesunggu
hnya dalam hatiku ini, tiada ruang untuk cinta, takkan ada cinta.. Aku dan cinta walau memang sinonim, bak kata korang betapa jiwangnya aku, tetapi itu hanya dalam coretanku sahaja.. Cinta telah aku cuci, aku basmi dari hadir dalam hidup aku.. Hipokritkah aku dengan bercerita perihal cinta sedangkan hatiku keras, gelap hatiku pada yang namanya cinta itu? Mungkin itu yang terbaik.. Dulu aku mungkin percaya pada cinta dan keajaibannya, sekarang cinta mungkin hanya ibarat angin yang menyapa pipi sahaja, nyaman tetapi tetap pergi begitu saja.. Cinta.. Bagiku hanya satu perkataan..





Mungkin cinta bagi aku telah mati.. Namun tidak aku kuburkan dan tidak bernisan.. Kerana bau reputnya cinta itu bikin aku jauh dari yang namanya cinta.. Matinya cinta bukan salah siapa.. Mungkin salah aku yang suatu waktu dulu terlalu leka dengan keindahan cinta.. Love.. Adios..


Selamat malam semua.. Assalamualaikum.. =)


Pernahkah Kamu???

32 comments
Assalamualaikum.. Salam Jumaat.. Salam penghulu segala hari.. Ikut hati malas mahu mencoret entry.. Maklumlah, sekarang banyak tension juga banyak pening.. That's what we call life.. Sempat lagi ku release tension dengan karaoke bersama housemateku.. 10 buah lagu okey.. Hahaha.. Giler betol.. Seriously, lately I feel I'm not me.. Pre-menstrual syndrome??? Ouh.. Tak mungkin.. Huhu..


Entry ini simple saja.. Tiada apa aku mahu cerita.. Cuma sekadar berkongsi rasa.. Rasa kamu, rasa dia, rasa saya.. Semua pernah merasa.. Heehee.. Lama sudah ku karang, cuma sekarang baru berkesempatan mahu di kongsikan..





Pernah tak kamu makan TAPI kamu tak rasa kenyang???

Mungkin sebab kamu makan sedikit? Atau mungkin makanan yang kamu suap tak pernah sampai ke mulut kamu? Atau mungkin kamu telah JATUH CINTA?





Pernah tak kamu mandi TAPI tak basah-basah walau dijirus berkali-kali???

Mungkin kamu mandi, tapi mandikan kucing? Mungkin basahnya di tempat lain? Atau mungkin kamu telah JATUH CINTA?





Pernah tak kamu rasa mahu buang air TAPI duduk atas jamban mengelamun?

Mungkin kamu memang penggemar bilik air? Mungkin kamu sebenarnya tidur dalam lamunan? Atau mungkin kamu telah JATUH CINTA?






Pernah tak kamu tidur TAPI tak pernah nyenyak malah seringkali termimpi-mimpi?

Mungkin kamu tidur tak basuh kaki? Mungkin kamu baru menginjak akil baligh? Atau mungkin kamu telah JATUH CINTA?






Pernah tak kamu masak TAPI masakan hangus dan kamu tak perasan malah terhidu walau bau hangus yang memenuhi segenap ruang dapur?

Mungkin kamu memang biasa masak masakkan hangus? Mungkin hidung kamu ada masalah resdung? Atau mungkin kamu telah JATUH CINTA?






Pernah tak kamu menonton TV TAPI sebaliknya TV yang menonton kamu?

Mungkin kamu sangat menarik sehingga TV tertarik untuk menonton kamu? Mungkin sebab 5 bulan kamu tak bayar eletrik, TV pun tak boleh pasang? Atau mungkin kamu telah JATUH CINTA?


Walau sebanyak mana PERN
AH dan TAPI.. Jatuh cinta tetap jatuh cinta.. Kompleks mana pun jatuh cinta ianya tetap buat kita tersenyum dan menjadi kurang waras tanpa kita sedari.. Jatuh cinta memang gila.. Tapi jangan jadi gila kerana jatuh cinta.. Heehee.. Talking about love is just something that make me smile.. Even though sometimes it can be really hurt.. Now I realize, love is not something that we own, it's something that we share and appreciate.. Wish the time where I can share and appreciate will come someday.. =)


Till here.. Selamat berhujung minggu.. Enjoy holidays.. Jaga diri leklok ya semua.. Assalamualaikum.. =)






FOOT NOTE:
If I ever let you go,
I would be no one,
Coz I never thought I'd feel,
All the things you made me feel,
Wasn't looking for someone until you.




Bezakah Anda Dulu Dan Sekarang???

23 comments
Assalamualaikum.. Hai kawan-kawan.. Haha.. Petang Selasa.. Ouh Mimie.. Kali ni saya waras okey sebab berjaya mengingat hari dengan tepat dan jitu.. Keh keh keh.. Petang ni aku nak mengarut dan merapu lagi.. Cerita pasal aku.. Pasal yang dulu dan yang sekarang.. Kalau korang nak KENAL dan CINTAI aku, bacalah.. Hahaha.. Kalau korang tak kenal aku, macam mana nak ngorat aku kan.. Kan kan kan?? Hahaha.. Ade ke ye nak ngorat? (please cakap ada..) Confuse aku dengan ko ni Farhana..




Berserta dengan entry ni gak, aku dengan berat hati tempek la jugak gambar muka aku yang tak seberapa nak cun macam Kajol.. Dah lama rasanya tak mencapap muka sendiri.. Haha.. Tapi gambar recycle laa.. Sebab aku sekarang camera phobia duhh.. Aku takut laa gak kalau ada entiti terperangkap dalam gambar yang ada aku.. Muahahaha..


DULU - Aku ada ramai boprenz, nak kira guna jari kaki ngan tangan pun tak cukup tau.. Kena guna kalkulator..

SEKARANG - Satu jari nak angkat pun payah.. (Maknenya takde laa tu.. Jaga hati dan perasaan sendiri..)

~ Bukanlah kuih-muih yang aku jual "tak laku".. Cuma aku tak jual kuih jek.. Muahaha..


DULU - Aku kurus macam budak ni..

SEKARANG - Aku gemuk macam budak ni..

~ Mengikut perkembangan usia, saiz mulut juga meningkat.. Kuantiti makan pun meningkat.. Tolong jangan salahkan aku.. Ngee..


DULU - Cinta aku cinta monyet.. Cinta beruk.. Cinta tenuk.. Kira dah macam zoo dah laa..

SEKARANG - Cinta aku cinta sejati.. Auwww.. Romantisnya ayat saya..

~ Kepada yang punya badan Arjun Rampal, muka persis Goo Jun Pyo.. Calling aku.. Aku mencari cinta sejati.. Hahahaha.. Tipu kot.. Cinta pandang rupa tu..


DULU - Aku tidur atas katil besi.. Besi okeyh..

SEKARANG - Aku tidur atas lantai aje.. Tapi ada tilam laa.. Sebab katil tu sure bengkok lepas setahun.. Aku tahu aku tak berat, katil tu yang tak kuat..

~ Kepada pengusaha katil, tolonglah tingkatkan mutu katil-katil anda.. Aku nak gak tidur atas katil lepas kahwin nanti.. Ooppss..


DULU - Aku comel macam kanak-kanak Ribena yang lain..

SEKARANG - Aku manis dan ayu.. Ibarat Last Malay Girl.. Haha..

~ Nak orang masuk meminang, kenalah sedap mata memandang muka tu.. Heehee..



DULU - Aku dump boprenz aku.. Sebab depa nakal.. Mungkin time tu lagu Aliff - Jangan Nakal tak ade lagi kot..

SEKARANG - Orang dump aku, reject aku.. (muka tak malu ye saya ni.. ish3.. apa nak jadi..)

~ Kesimpulannya adik-adik, buat baik dibalas baik.. Buat jahat dibalas jahat.. Tu pasal aku kena dump, kena reject.. Haih..

DULU - Aku aktif sukan.. Bola keranjang.. Bola tampar.. Kira aku ni ratu keranjang dan ratu tampar sekolah laa..

SEKARANG - Aku aktif sukan gak.. Sukan mulut.. Maklumlah, lately ni dunia hiburan banyak gossips okey..

~ Sukan mulut tak elok.. Jangan ikut.. Sebab menjerumus ke arah mami jarum.. Dengar ye adik-adik..


DULU - Aku suci..

SEKARANG - Otak aku kotor weh.. Majlis Bandaraya Ipoh ni laa.. Tak wat keje ke ape..

~ Otak kotor bukan sebab apa, dah sebulan tak shampoo rambut yang ikal mayang ni, tu pasai kotoq..


DULU - Aku budak hingusan lagi..

SEKARANG - Aku anak dara okey.. Dengarlah dunia.. Aku dah jadi anak dara.. Mimie!! Sila jangan jeles..

~ Boleh kahwin dah kan???


DULU - Aku sangat garang.. Mungkin sebab tu masa aku jadi pengawas kat sekolah agama dulu, sekolah tu makmur dan aman damai.. Haha..

SEKARANG - Aku pelawak.. Mungkin sebab aku akan kahwin dengan salah seorang geng kumpulan Sepah kot.. Muahahaha.. Apa? Tak kenai Sepah? Ni aku nak marah.. Yang menang Akademi Fantasia tu.. Haih..

~ Bila dah pandai melawak ni, apa yang aku cakap, aku sendiri gelak.. Betul ke tak betul tu?


Walau banyak beza aku dulu dan sekarang.. Namun aku tetap aku.. Adoi.. Ayat sentimental lagik.. Apa yang tak pernah berubah.. Dulu aku ada dua pasang mata comel, hidung kembang, bibir Angelina Pitt, telinga kecil aje, jari kaki dan tangan cukup semua.. Sekarang pun semua tu masih lagi ada.. Sebabnya aku tak main meriam buluh time raya.. Haaa.. Dengar tu ye adik-adik nasihat akak.. Nanti kalau jari dah tak ada, kan ke padan muka tu.. Ooppss.. Kejam pulak.. Haha..


Okey semua.. Dah mahu masuk maghrib.. Aku minta diri dulu.. Taking care.. Chau chin chau.. Chow Yun Fatt.. Chau Wan.. Hahahaha.. Tata semua.. Assalamalaikum..





FOOT NOTE: Hati gembira nampak dek mata, hati terluka simpanlah saja.. Erk.. Apakah???

Bila Aku Mula Merapu.. Semua Pasti Ternganga..

12 comments
Assalamualaikum.. Today is Isnin.. When i kira, it is almost seminggu i entered posting yang baru.. Gynaecology posting.. Apa itu gynaecology??? Sila selak dictionary sekarang.. Yup.. You are betul..



In this 1 minggu, everyday dari 8 - 5.. Talking about vagina, cervix, uterus, menstruation, ovulation dan banyak lagi.. Otak mula tepu, bila tepu bosan pun datang.. Hari-hari kelas have to stand for almost 2 atau 3 jam.. Kaki sakit yang amat.. A friend of mine tanya, "WHY??? LEG PAIN IS IT??? " Aku sengih like kerang busuk.. He said some more, " HEAVY, THAT IS WHY " Oh God.. Feeling macam nak tumbuk aje him.. Ini memang menimbulkan anger.. Bersabarlah dear.. Apa? Kenapa bored? Becoz tiada opposite attraction in what i belajar.. Basically, study Gynae is a studied about wanita.. Wanita dan woman.. Negative charge.. Bored.. Haha..


Apabila saya bored, otak saya suddenly teringat something.. Pernah i read dalam blog someone, LELAKI TERANGSANG 30 KALI SEHARI.. Saya repeat.. 30 KALI SEHARI.. Bukan 30 HARI SEKALI.. My adik sepupu yang umur setahun corn pun pernah told me.. I was like terkejut beruk.. That's too much.. Lalu masuklah something yang Ustazah aku pernah teach dalam kotak minda aku.. Men punya 1 nafsu dan 9 akal.. Women pula 9 nafsu dan 1 akal.. Kalau mengikut my Mathematic expertise, 1 nafsu = 30 kali sehari.. 9 times 30 = 270 kali sehari.. Gulp.. Tertelan air liur.. Haha.. Weh.. Jangan percayalah.. Aku saja je nak action pada you alls, yang skill Math aku hebat.. Soalan aku.. Kalau 1 nafsu dan 9 akal tapi kenapa 30 kali sehari??? Atau mungkin 30 itu sedikit??? Haaaaaaa.. Mana satu???




Apa kena mengena eh Gynae with apa yang i story tadi??? Kena mengenanya ialah, apa yang lelaki fikir bila belajar Gynae??? Sibuk je aku nak tau kan.. Hahahaha.. Melampau kan soalan aku, gila direct tembak terus tembus kepala.. What to do.. Aku kan blogger terlampau.. Hahahaha..Tak fikir apa-apa??? Tak percayalah.. Sedangkan perempuan berbaju kurung bertudung litup ada yang mula fikir something something.. Apatah lagi kalau tengok Megan Foxx.. Dahsyat.. Drop jaw moment..




Macam apa aku kata tadi.. Woman dan wanita.. Negative charge.. Man dan wanita.. Positive charge.. Spark.. Bola-bola api.. Bola sepak.. Fish ball.. Hahaha.. Apa aku merepek ni ha?? Aku nak kata, mungkin lelaki suka belajar Gynae sebab dapat belajar sesuatu yang mereka tiada.. Kesimpulannya.. Dah itu fitrah lelaki, biarlah.. Yang kau banyak question apa pasal Farhana yang cute oii.. Asal tak memudaratkan themselves dan alam sekeliling, that's fine.. Yang menjadi soal, when sesuatu yang bukan fitrah manusia dah mula menjadi satu fitrah.. Haaaaa.. Ada paham?? Kadang-kadang aku rasa diri aku macam cucu A. Samad Said.. Berfalsafah, cakap bengkang bengkok dan berlapik-lapik.. Kadang-kadang, aku pun tak paham apa aku cakap..


Entry ni.. Korang paham? Kalau tak sila telefon talian bebas tol 999.. I'll entertain kamu in a short while.. Kalau masih juga tak reti-reti language, sila hantar SMS dan taip ON AKU TAK PAHAM dan hantar ke number mana-mana yang korang suka.. Awek korang ke.. Balak korang ke.. Asal jangan hantar kat aku sudah.. Ngeee..


Entry aku dah nak habis.. Sebab hampir nak panjang dah ni.. Haha.. Better stop.. Kepada adik-adik yang masih di bangku ke meja ke kerusi sekolah, tolong.. Tolong akak mintak tolong.. Jangan tiru bahasa rojak yang akak guna.. Ini hasil influence Zee Avi - Kantoi.. Heehee.. Kalau tiru juga, sure korang punya subjek BAHASA dapat A1, cikgu pun bertambah sayang.. Kalau berani cubalah.. Okey.. Till jumpa lagi.. Tata.. Assalamualaikum.. =)




FOOT NOTE: Aku tak suka bila hati aku tak dengar kata.. Oh hati.. Tolong dengar kata aku.. Lupa.. Lupa.. Lupa.. Please.. =)




Soalan Untuk Siapa Yang Rasa Dirinya Lelaki..

26 comments
Assalamualaikum semua.. Tak tidur lagi??? Aku pun sama.. Tak boleh nak lelapkan mata.. Banyak benda buat aku fikir.. Banyak berfikir buat aku sukar mahu tidur.. Malam-malam begini, cuaca sejuk, mencengkam segenap tubuh, buku malas mahu ditatap.. Ku layan lagu Spring.. Sampai Hati..


"Entah Mengapa Rindu Di Hatiku Masih Di Dada

Bukannya Mudah Nak Kulupakan"





"Hanya Tuhan Yang Mengerti Hati dan Perasaanku

Di Tengah Malam Syahdu
Hatiku Merindu"



Luka.. Luka.. Luka.. Huhu..






Bosan melanda waktu-waktu macam ni.. Malam sunyi.. Aku pandang laptop, laptop pandang aku balik.. Nak taip entry ke??? Tak??? Taip??? Tak??? Taip juga akhirnya.. Heehee.. Ada banyak aku nak cerita.. Tapi aku tak tahu mahu cerita apa dulu.. Bagi aku fikir.. Hmmm.. Semalam pergi makan.. Restoran Vanggey.. Gila ramai budak lelaki.. Aku malas nak turun bila dah nampak segerombolan mamat-mamat (budget macam ada nak ngorat ko ke Farhana???).. Tapi sebab lapar punya hal, turun jugak.. Pekena nasi kandaq.. Bungkuih bawak balik laa.. Nak bayar, gila panjang queue, budak-budak lelaki tu sume tengah sibuk beratuq nak bayaq.. Ada laa dalam 10 ke 12 orang macam tu..


Bertelur aku tunggu nak bayar.. Ada sorang mamat ni, sebelum bayar tu, dia beli jeruk.. Wah.. Comel.. Ade jugak budak lelaki makan asam jeruk.. I loike.. Heehee.. Then, lepas bayar aku menghala ke kereta.. Budak-budak ni pun ada.. Parking depan kereta aku je, budak-budak UTP rupanya.. Kereta satria Putih..





Bikin aku kaget.. Kereta Satria yang comel itu disumbat dekat hampir 6 ke 7 orang kot.. Adeh.. Selalu je aku tengok senario macam ni.. Tapi kalau perasan, selalunyalah lelaki kalau naik kereta, suka sumbat ramai-ramai.. Jarang aku nengok perempuan buat macam ni.. Kalau kata bonet belakang tu boleh sumbat orang pun memang dorang masuk gak kot.. Adakah benar begitu lelaki-lelaki semua?? Kenapa ya?? Adakah sebab lelaki ni mind dia simple saja?? Lelaki ni jenis tak kesah?? Atau tak mahu fikir panjang?? Tapi kan ke bahaya macam tu.. Kawan-kawan aku selalu cakap, aku selalu dengar, lelaki tak kesah sangat soal makan.. Sedap ke tak sedap ke, belakang cerita, balun jek.. Yang penting depa kenyang.. Betul ke???


Adakah bagus sikap tak kisah dan simple minded sang lelaki??? Ataupun sebenarnya dorang simpan jek.. Atau dalam kata lebih sedap, makan dalam.. Hoho.. Sila jawab wahai lelaki-lelaki.. =)


Okey.. Mahu sambung layan jiwangzzzz.. Kejap lagi zzzzzzzz.. Heehee.. Tata titi tutu semua.. Take care.. Assalamualaikum..



Lebatnya Hujan Selebat Rasa Dalam Hati..

31 comments
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi.. Serasa seperti tidak mahu bangun dari mimpi yang indah.. Indah kerana ada dia.. Mimpi yang datang menyapa sekali sekala sahaja.. Atau mungkin malam tadi sahaja.. Benar.. Sudah lama aku tidak bicara tentang dia.. Bukan sudah lupa cuma tidak mahu mengingatinya sahaja.. Siapalah aku untuk mengingati dia yang ternyata bukan aku yang punya.. Lantaran itu aku cuba, cuba untuk membuangnya jauh-jauh..


Namun mimpi indah menyapa tidurku.. Indahnya bikin hatiku berbunga riang.. Terasa seperti benar dia ada di sisi.. Terlerai rasa rindu yang menggunung yang hanya Tuhan saja tahu betapa beratnya aku menanggung.. Orang melihat aku happy.. Orang melihat aku ketawa.. Tapi ternyata aku tidak mampu untuk benar-benar happy dan ketawa.. Hati aku begitu sukar sekali untuk mendengar kata.. Untuk gembira.. Dan akhirnya, aku hidup dalam pura.. Luaran dan dalaman tak sekata..




Mungkinkah mimpi kelmarin bawa petanda??? Atau hanya bawaan perasaan semata-mata.. Tapi kenapa hanya semalam sahaja mimpi itu datang.. Rupanya.. Hmmmmm.. Hidup memang penuh dengan kebetulan..


Aku bangkit dari tidur.. Mengambil wuduk lalu solat.. Terasa tenang kembali.. Ya.. Aku harus belajar jadi kuat.. Memang sakit untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang.. Tetapi aku akan belajar.. Melepaskan sesuatu yang bukan aku punya.. Masa yang banyak memang aku perlukan.. Sebabnya ternyata sampai sekarang aku tak mampu lagi lupakan dia.. Air mata jatuh.. Buat kesekian kalinya..




~ Masih aku tak berdaya melupakanmu, di hatiku bertanya, apakah sebenarnya cinta.. ~


Tak sangka Farhana masih ingat lagi pada dia.. Masih tidak lupa tentang dia.. Tak disangka juga Farhana akan menulis entry seperti ini lagi.. Entry perasaan yang sudah lama tidak dicoret.. Mungkinkah perasaan ini diambang kematian??? Entahlah.. Sampai sini saja.. Selamat berhujung minggu semua..
Assalamualaikum..





FOOT NOTE: Apakah yang sebenarnya Farhana ceritakan??? Tentang seseorang??? Atau tentang makanan kesukaannya yang sudah 2 hari dia tinggalkan, kerana perang diet sudah bermula??? Renung-renungkan.. Hahaha.. =p




Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.