Siti Nor Faizah Fuad Yang Punya!!!

17 comments



Buat gadis cantik di atas.. Siti Nor Faizah Binti Ahmad Fuad.. Budak Ex-SMAP Kajang yang tinggal di Bukit Jelutong, Shah Alam.. Wuit kamu.. Sila baca entry ini ya.. Wajib!!!


Selamat Hari Lahir yang ke-22 saya ucapkan untuk kamu neng.. Yang akan menjelang tak lama saja lagi.. Iaitu pada tarikh 1 Disember 2009.. Okey okey okey.. Saya tahu saya yang terawal wish.. Sama-sama.. Heehee.. Hadiah??? Tunggu tepung dan belon air dari kitorang okey.. Hoho.. Kek 10 tingkat pula dalam pembikinan.. Tungguuuu..Walaupun kamu adalah yang terlambat untuk menjadi tua antara geng G8 Smart, dan kamu sering mengaku diri kamu muda, sedarlah wahai Cik Kak, kamu sudah 22.. Hahaha..


Oh my dear cachexic little girlfriend.. Heehee.. Selamat Hari Lahir yang ke-22 again from me your dear chubby big girlfriend.. Hohoho.. Semoga tercapai segala cita-cita kamu, cepat bertemu jodoh dan cepat kahwin juga cepat dapat babiessss.. Supaya anak-anak kita boleh couple.. Muahaha.. Jangan lupa, senyum selalu ya makcik.. We all love you.. Mmuuuaahhhh.. ;)


Berhemahlah Kamu Sebelum Kamu Dihemahkan!!!

15 comments
Assalamualaikum.. Salam petang Ahad untuk semua.. Ouh.. Dunia blooging kini terasa sunyi, hujung minggu, tambah lagi dengan cuti sekolah.. Aku tulis aku baca sendiri laaa gamaknya.. Huhu.. Time entry ni terpublish, aku mungkin on the road, menjalankan tanggungjawab sebagai pemandu berhemah.. Pulang ke Ipoh kembali setelah puas menternak lemak di rumah bonda.. Heehee.. Kali ini, aku hanya akan berada di Ipoh selama 3 minggu.. Lepas tu, pulang ke Melaka.. 2 bulan.. Sambil buat research sambil bercuti, yeehaa.. Mungkin akan jarang online nanti.. Pasti rindu semua.. Time-time macam ni pun aku dah mula rindu.. Hurrmmm..




Tiap kali kalau balik memang aku pening kepala.. Sebab aku pemandu kereta comel yang sangat berhemah, dengan kadar kelajuan 110 km/j.. Kalau memandu di jalan 2 lane, aku akan duduk kiri, kalau 3 lane pun aku akan duduk kiri.. Oh tidak tidak.. Mesti nak kata sebab aku bawak kereta comel kan.. Kalau aku diberi lori sekalipun, aku akan tetap duduk lane kiri.. Aku jeles macam mana adik beradik kereta comelku boleh pecut seperti kilat, duduk di lane kanan.. Tak rasa terbang melayang ke??? Hmmm.. Ingat.. Memandu secara berhemah.. Ini pesan aku dan akan aku pesan lagi dan lagi.. Ingat mak ayah di rumah, ingat awek dan balak korang yang terchenta, ingat yang dosa terlalu banyak, perlu bertaubat.. Banyak benda kena consider okey sebelum berfikir untuk memecut..




Oh ya.. Sebut soal pening tadi.. Aku pening dengan gaya pemandu yang pelbagai ragam.. Sama naik dengan bas dan lori.. Duduknya aku di lane kiri pun masih lagi mahu dicucuk, mahu diberi lampu tinggi.. Aiyo.. Mata aku silau laa weh.. Bila kita dah dicucuk, dengan automatiknya kita pun akan menekan pedal minyak hingga memaksa kita juga memandu laju.. Ouh.. Hari tu dah laa tayar kereta aku pancit sebelum nak balik Melaka, terpaksa guna tayar spare.. Orang kata, guna tayar spare jalan jauh tak boleh pecut, aku pun bawak laa 80 km/j.. Memang seksa ditambah lagi dengan insan yang suka cucuk-cucuk.. Batinku terseksa wehh.. Tapi akhirnya syukurlah aku selamat sampai di rumah tepat pukul 12 tengah malam.. Hari tu merupakan hari yang paling nervous dalam hidup aku untuk memandu jauh.. Entahlah kenapa.. Mungkin sebab beberapa hari sebelumnya aku bermimpi, aku memandu di satu kawasan pergunungan.. Tiba-tiba keretaku jatuh ke dalam gaung berserta dengan aku sekali.. Ouh.. Ngerinya tak terkata.. Nasib tak terkencing atas tilam..




Kepada seluruh pemandu-pemandu kereta, bas, motorsikal juga lori.. Kalau ikutkan hati aku nak je suruh korang semua kosongkan highway, bagi aku sorang je jalan.. Muahahaha.. Jeles kadang-kadang tengok orang kenamaan diescort oleh polis trafik, jalan straight je, smooth.. Tak ada jam, tak ada orang cucuk, tak ada orang nak bagi lampu tinggi.. Tapi sayangnya aku bukan orang kenamaan cuma aku ada nama saja.. Hehehe.. Please please please.. Tolonglah pandu kereta dengan penuh adab dan hemah ya.. Pesan untuk aku sendiri gak.. Heehee.. Kadang-kadang kalau kita berhati-hati, orang tak, accident jugak.. Malang tak berbau kan.. Tapi kita boleh cuba elakkan.. Betul tak??? (gaya dah macam menteri dah. menteri ape ek? pengangkutan ke pelajaran?)


Okey semua.. Oh ya.. Entry yang ini bukan sequelae untuk yang sebelum ini ya.. Heehee.. Entry itu akan dipublish InsyaAllah esok atau lusa.. Sebab Ain hujung minggu takde pi jalan-jalan.. Heehee.. Baiklah.. Jumpa lagi.. Taking care.. Selamat bercuti semua.. Tata.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Dialog Aaron dalam Cinta Lelong.. Ouh.. Aku suka.. Heehee..

Aku Suka Yang Oldies..

15 comments
Assalamualaikum semua.. Selamat Hari Raya Aidiladha buat yang singgah ke sini.. Aku kini berada di rumah ayahanda dan bonda.. Sedang dalam keadaan yang sangat mengenyangkan kerana telah mentekedarah beberapa puluh biji ketufat berserta kari ayam, rendang, lodeh, sambal kacang, dan kuih-kuih raya.. Dah macam raya pula rasa.. Buat blogger yang berada di perantauan terutama si comel Ain.. Jangan terliur weh.. Haha..




Perut kenyang dan tegang macam ni, aku memang akan automatik kekurangan modal menulis entry.. Tapi still mahu update juga.. Mahu jadi seperti dulu-dulu, "rajin" update entry.. Walau merapu sekalipun entryku.. Huhu.. Entry kali ini hanya mukadimah kepada entry yang akan datang.. Pengenalan agar kalian dapat faham apa yang akan aku cuba sampaikan di entry seterusnya.. Auwww.. Berdebar-debar pulak rasa seperti malam fertama.. Hoho..




Mahu buat perkhabaran yang hati aku telah jatuh pada yang "tua", pada yang "oldies".. Auwww.. Yang tua apa ya??? Yang "oldies" apa ya??? Hohohoho.. Akan terjawab nanti.. Sekarang hati begitu gembira, begitu dibuai keriangan, lama tak rasa seperti ini.. Mahu ku khabarkan sekarang, tapi nanti-nantilah.. Heehee.. Entry kali ini dan juga seterusnya menuntut pemikiran yang jauh.. Jadi, silalah jauhkan fikiran anda ya.. Muahahaha.. Aku suka buat orang berdebar-debar da tertanya-tanya.. Tak mengapa.. Sabar.. Akan terjawab nanti.. Heehee..

Jadinya.. Untuk absorb mood "tua" dan "oldies".. Aku telah mengikuti trend masa kini di Facebook.. Macam yang korang selalu buat.. Kan kan kan??? Aku ikut aje.. Muahahaha.. Membawa diri kita kembali ke zaman 80 an, 70 an.. Hehehehe.. Cun pulak rasanya diri ini jika berada di zaman itu.. Muahahaha.. Gila perasan weh aku ni.. Apa macam??? Cun kan??? Aku dah kata dah.. Ahaks..

Aku sekarag juga gila melayan lagu-lagu orang lama.. Haha.. Sedap wo.. Try laa dengar sekali sekala, tak jadi tuanya kalau dengar.. Ooppss.. Maaf.. Tak jadi veteran.. Heehee.. Dan lagu yang paling buat aku jatuh cinta, jatuh hati, jatuh segalanya.. Lagu Neil Sedaka - You Mean Everything To Me.. Jom usha lirik dia (coz that is what matter to me).. Heehee.. ;)


You are the answer to my lonely prayer
You are an angel from above
I was so lonely till you came to me
With the wonder of your love.

I don't know how I ever lived before
You are my life, my destiny
Oh my darling, I love you so
You mean everything to me

If you should ever, ever go away
There would be lonely tears to cry
The sun above would be never shine again
There would be teardrops in the sky

So hold me close and never let me go
And say our love will always be
Oh, my darling, I love you so
You mean everything to me



Okey semua.. Till here.. Hehe.. Mesti tak sabar kan nak tunggu next entry.. Muahahaha.. Sabar wokey dear darling readers.. Heehee.. Jumpa lagi.. Tata.. Assalamualaikum..

Bila Seorang Ibu Menangis..

18 comments


Petang tadi sebelum masuk kelas.. Aku dan Akma disapa oleh seorang ibu tua di hospital.. Kelihatan agak tidak terurus, riak wajahnya juga memancarkan emosi yang agak tidak stabil.. Ibu tua menghulurkan tangan lalu kami sambut salamnya itu.. Dia memulakan bicara yang di hujung percakapannya ada sendu yang hanya menunggu saat untuk terlerai tangisnya saja.. Aku dan Akma setia mendengar.. Kami biarkan ibu tua itu bicara..


Ibu tua: Anak.. Makcik ni duduk di wad 8B dulu.. Lepas tu makcik kena pindah pegi wad 1B pulak.. Anak makcik ada datang jenguk makcik 2 minggu lepas, dia duduk di KL sana.. Makcik pulak dari Teluk Intan.. 6 hari lepas makcik dah kena keluar wad, tunggu anak makcik tak sampai-sampai..


Kata Akma dia pernah nampak ibu tua ni kat wad, masuk sebab asthmatic attack.. Tapi ada dalam 5, 6 bulan yang lepas.. Time ni makcik tu dah sebak, mula menangis.. Orang lalu lalang memandang kami bertiga.. Apa mereka fikirkan, aku sikit pun tak ambil tahu.. Fokus pada setiap butir bicara ibu tua ni.. Ibu tua sambung lagi..


Ibu tua: Dah 6 hari makcik merayau kat hospital ni, makcik tidur bawah genting hospital.. Makcik nak balik Teluk Intan, tapi makcik tak ada duit.. Ada seringgit dua kupang jek.. Tak cukup nak naik bas,nak makan.. Makcik mintak tolong orang, tapi semua tak mau layan makcik.. Ada yang kata makcik tipu..


Masa ni, ibu tua tu dah menangis sedu sedan.. Akma tanya berapa tambangnya, then dia hulurkan dua keping not merah pada ibu tua itu.. Aku dan Akma yang mendengar hanya mampu tumpang simpati saja.. Nak tolong, tapi setakat yang termampu je laa.. Entah macam mana keadaan ibu tua tu.. Doa aku supaya dia selamat sampai.. Soal sama ada dia tipu atau betul, aku tak mahu fikirkan.. Bersangka baik saja.. Mungkin memang ibu tua tu betul-betul susah.. Semoga Allah melindunginya..





Soalannya.. Di mana anak-anaknya?? Aku sangat pasti mereka sudah diberitahu oleh pihak hospital, tapi kenapa bayang mereka langsung tidak kelihatan untuk datang menjemput ibu yang baru sembuh dari sakit.. Sampai 6 hari si ibu tua itu merayau ke sana ke mari.. Mungkin anak-anak sibuk kerja, atau ada masalah keluarga barangkali.. Haih.. Entahlah.. Aku sikit pun tak boleh bertoleransi dengan benda-benda macam ni.. Senario macam ni memang biasa.. Berlaku hari-hari di sekeliling kita.. Benarlah, kasih ibu memang agung.. Dia mampu menjaga anak-anak sampai 7, 8 orang, walau dalam keadaan susah.. Tapi anak yang 7, 8 orang belum tentu dapat jaga ibu yang seorang.. Kenapa ya??? I believe in what goes around comes around, what you give, you'll get it back.. Right???






Apa yang aku pasti.. Sayangi mak, abah kita selagi mereka ada.. Berusaha jadi anak yang terbaik, dan selagi kita kuat, kita sihat, jaga mak dan abah sebagaimana mereka jaga kita dari kecil sampai sekarang.. Dan ingat.. Jangan pernah lukakan hati mereka.. Sebab nanti bila mereka dah tiada, yang menyesalnya.. Kita juga.. Bagi yang telah tiada, hanya surah Yassin, Al Fatihah dan doa mampu kita beri buat mereka supaya tenang mereka di sana..


Assalamualaikum semua..





FOOT NOTE: Takut untuk buat mak dan abah menangis..

Sembunyi Dalam Baju Kurung!!!

24 comments
Satu perbualan antara seorang lelaki dan aku di alam realiti, aku ulang, REALITI.. Pada hari terakhir mereka "bersama"..

Lelaki: Do you realize I was walking behind you all along just now? And I'm watching you walking like for quiet some times..

HanaComel: Nope sir.

Lelaki: You know you gotta do something to your fat deposits big girl. Go and get slim.

HanaComel: *stuttered* Err.. Err.. But.. Sir.. I've been losing 5 kilos recently..

Lelaki: No.. That's not enough.. You know you're like hiding something in your Baju Kurung and your doctors coat.. Better get slim. Wear some sarung kebaya..


HanaComel: *dalam hati.. ~ apakah?*


Siapa nak tengok aku pakai baju kebaya??? Alaaa.. Macam Nenek Kebaya si Diana Rafar tu.. Cun kan.. Hot.. Curve sana nampak, bonggol situ nampak.. Lelaki.. Mesti suka tengok perempuan berkebaya.. I know laa.. Sayangnya.. Dalam mimpi korang je laa kot.. *ada ke yang nak mimpi eden ni? haha..* Sebab abah pasti say no to baju kebaya.. Tapi kalau dah kahwin nanti, dear Mr. Hubby nak suruh pakai baju kebaya??? Ouh.. Perempuan lepas kahwin tanggungjawabnya pada suami.. Heehee..




Jom kita flashback hari pertama perkenalan aku dengan lelaki ini 2 minggu sebelumnya.. Sebelum itu ramai yang bilang, lelaki ini ada 3 ciri utama yang sangat "outstanding".. Haha..


1) Dia suka "meraba" orang..

2) Dia sangat tegas, garang, scary, cakap lepas..

3) Dia sangat suka mengkritik insan gemuk.. *dalam hati aku, siaplah ko Farhana*





Gambar di bawah adalah pakaian aku ketika lelaki itu berjalan di belakangku.. Saja aku kaburkan muka, sebab tuan gambar segan.. Haha.. Berbalik pada cerita, sepanjang 2 minggu perkenalan kami, sepanjang kami bersama hampir setiap hari, lebih kurang 5 atau 6 jam sehari, memang ketiga-tiga ciri di atas seperti yang dikatakan orang, aku dah lalui..


1) Memang dia suka pegang orang.. Tak kira lelaki atau perempuan.. Tepuk belakang, diusap, tangan dipegang, dirotan.. Bagi aku.. Macam fatherly touch.. Raba tu tak sesuai kot..

2) Dia memang garang, scary, tegas.. Banyak kali dah kami 5 orang satu group ni kene hambat dengan kata-kata pedas, kadang-kadang memang sakitkan hati.. Tapi, adat belajar..

3) Dia memang suka criticize aku.. He called me BIG GIRL.. Aku memang tak kisah sebab dah terbiasa.. Hari-hari dia suruh aku kuruskan badan.. *sir, saya memang sedang dalam proses, tunggu saja lagi 2, 3 bulan okey sir..*




Jumaat lepas adalah hari terakhir kami "bersama".. Sebelum melangkah keluar dari Klinik Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), kami berjumpa dia.. Untuk cakap TERIMA KASIH.. Pertemuan terakhir tu ada suasana sedih sedikit bila lelaki itu ucapkan SORRY dari bibirnya.. SORRY if I have thrown bad words, too fierce, talk to you in not such a nice way.. I am truly SORRY.. Dalam hati aku, yang dulu takutkan dia dan ada sedikit rasa tak suka sangat dengan dia, tiba-tiba jadi lembut.. Aku terharu.. Tersentuh.. SORRY is such a magical word, so simple but yet impact dia sangat besar.. Mungkin orang akan kata maaf tak cukup untuk sembuhkan luka dalam hati.. Tapi kadang-kadang, maaf sahaja mampu sejukkan hati yang sedang membara..





Dalam entry kali ini, aku nak minta maaf.. Sorry.. Kalau sepanjang berblogging aku ada sakitkan hati sesiapa.. Aku tak berniat.. Maaf.. Sayang semua.. Assalamualaikum..





FOOT NOTE:Erk.. Baju kebaya.. Macam mana???



Seriously.. Aku Tak Jatuh Cinta..

20 comments
Dah lama tak jumpa Abe Shah Rukh.. Apalah kabar dia.. Sihat ke dia.. Makan ke tak.. Hmmm.. Hujung minggu tak ramai update blog.. Heehee.. Boleh aku tempek "sesuatu" di sini.. Mesti ramai tak baca.. Erk.. Baca kot.. Tapi.. Mungkin tak.. Kalau baca mungkin tak ada yang akan fikir sesuatu.. Selamat rasanya.. Alaaaa.. Bukan apa pun.. Lirik aje laa.. Bertenang okeyhhh Cik Hana.. (kadang-kadang bercakap dengan diri sendiri bukan bermakna akan menempah katil bernombor 1096 di Hospital Tanjung Rambutan)


Kiska hain yeh tumko intezaar.. Main hoon naa..

Dekhlo idhar to ek baar.. Main hoon naa..

Khaamosh kyoon ho jo bhi kehna hain kaho..

Dil chaahe jitna utna pyaar maanglo..

Tumeko milenga utna pyaar main hoon na..


(FILEM MAIN HOON NAA)





Siapa yang dikau tunggu.. Daku kan ada di sini..

Pandanglah walau sekali.. Lihatlah.. Daku ada di sini..

Kenapa membisu? Luah saja apa yang ingin dikata..

Pintalah sebanyak mana cinta yang dikau damba..

Dikau akan mendapatkannya.. Sebab.. Daku kan ada di sini..


(Lirik ini sekadar lirik, tiada yang bersangkut dan berpaut pada mana-mana objek mahupun insan yang masih bernafas, dah takde nafas atau akan takde nafas..)




Haih.. Kenapa manusia suka mengelak dari mengakui perkara sebenar.. Tambah lagi dalam sesetengah soal hati.. (mungkin juga soal jantung, soal limpa, soal kidney).. Manusia cenderung untuk menyangkal.. Menafikan.. Melarikan diri dari kenyataan yang mereka fikir tak logik untuk diterima umum, yang mereka fikir akan gelakkan mereka.. Dengan sinis.. Atau mungkin mereka takut.. Takut apa entahlah.. Contoh paling best.. Jatuh cinta lagi lepas seminggu break up.. Atau rasa hyperhappy bila lihat dia yang kamu admire break up dengan kekasih dia.. Haha.. Logik? Tak logik? Jangan biarkan diri anda diselubungi pertanyaan.. Face it like a man.. And woman as well laa.. Sampaikanlah salam cintaku padanya.. Lalalala.. Terima kaseyyyyy..




FOOT NOTE: Entry ini tidak memerli aku.. Tidak.. Kot..


Jatuh Cinta Sama Blogger Itu..

54 comments



Jatuh cinta..
Jatuh hati..
Jatuh tangga..
Jatuh katil..
Angau mungkin..
Sesama blogger..
Tak pernah bersua..
Tapi.. Selalu berkongsi rasa..
Macam ada musim bunga-bunga cinta blogger sekarang..
Siapa???
Tapi bukan AKU..





Adalah yang daku perasan..
Dia yang kacak tu.. Dan dia yang sweet tu..
Juga dia yang "kasar dalam lembut" tu..
Menarik ke cinta sesama blogger???
I really wonder..
Banyak manis???
Banyak pahit???
Banyak kelat???
Banyak..
Banyak songeh la kamu Farhana.. ;p





Ramai dah terjebak..
Yang dah terjebak.. Apa rasa???
Yang belum terjebak.. Jom terjebak!!! ;p
Haha.. Aku???
Mungkin pernah jatuh..
Mungkin akan jatuh..
Atau mungkin mustahil akan jatuh..


Mula-mula suka blog..
Lepas tu sayang entry dalam blog..
Akhir cerita..
Hati dah jatuh pada tuan blog..
Hmmmm..
Apa mahu buat???
Makan roti lorrr..
Eh.. Silap-silap..
Buat.. Buat.. Buat..
Buat apa???
Kamu gagap ke Farhana???
Cinta bikin gagap.. Ngee.. ;)





FOOT NOTE: Cerita merapu ke ni??? Haha.. Sempena kembalinya Blogger Boy Season 2.. Muahahahaha.. Memang merapu.. Takde kena-mengena pongg!!! Kalau ada??? Jeng3x.. ;p

Apa Perasaan Dimalukan???

37 comments
Assalamualaikum semua.. Salam petang Rabu.. Hari yang memenatkan tubuh dan sangat mendera jiwa.. Haih.. Baru saja pulang dari kelas terus aku meluru ke depan lappy.. Blog inilah saja tempat untuk aku luahkan segalanya.. Mahu nangis, mahu marah, mahu happy, blogku ini tetap setia di sisi.. Kalau pakwe, belum tentu boleh dapat yang seperti ini.. Hahaha..




Hari ni aku perlu masuk Operation Theatre.. Dalam dua minggu di Jabatan ENT sudah 3 kali aku masuk Bilik Pembedahan yang sejuknya begitu dahsyat sekali.. Hari ini ada pembedahan Laryngectomy.. Pesakit menghidap kanser larinks.. Dari pukul 1 sampai pukul 3 aku di situ.. Operation diketuai seorang doktor pakar, Dr. Rosalind dan dua orang doktor lain, Dr. Anusha dan Dr. Meena.. Mereka memang bagus.. Superb.. Walau sibuk buat kerja tetap sudi mengajar.. Kalau ikutkan dorang tak perlu pun mengajar kitorang.. Huhu.. Dalam tu ada lebih kurang 20 orang jugak.. Tugas kitorang? Cuma berdiri dan observe sahaja.. Cuma untuk pengalaman.. Tidaklah penting mana sebab untuk pengetahuan korang, semua pelajar perubatan lepas saja graduate, akan kerja di General Ward.. ENT kira cabang specialist dan tak berapa penting pun untuk tahap kitorang.. Selepas bekerja hampir 5 tahun nanti barulah kitorang boleh khusus kepada bidang tertentu.. Contohnya ENT.. Faham semua anak-anak? Hehe..


Mahu dijadikan cerita datang seorang doktor dalam bilik pembedahan, mahu tengok-tengok saja.. Dia baru je masuk Jabatan ENT tu.. Seorang lelaki Cina lingkungan 30-an.. Doktor apa namanya biarlah dirahsiakan.. Masuk-masuk saja matanya asyik memandang kitorang yang so called Pelajar Medik ni semua.. Pandangan berlagak macam nak makan kitorang, the way he looked, as if kitorang ni sangat kecil dan dia sangat besar.. Dan dia sangat hebat.. Pada hal bukanlah bos besar nak berlagak.. Sedangkan Ketua Jabatan ENT pun tak macam dia.. Bila Dr. Rosalind tanya soalan, jawapan yang kitorang bagi salah, dia boleh gelak dengan sangat kuat dan sinisnya.. Dia boleh mengumpat pasal kitorang kat belakang, he said what are they doing here, playing? Grrrr.. Aku bengang masa tu.. Kitorang observe operation okey.. Ada nampak kitorang main lari-lari, hide and seek ke?? Start dari situ dia asyik pandang kitorang dengan tajam.. Ada saja yang tak kena yang mahu ditegurnya.. Dan sangat berlagak..





Klimaks cerita dongeng Cinderella ni, bila saja aku dimarahi, ditengking dengan begitu kuat di hadapan hampir 20 orang.. Dia kata "Something wrong laa with you".. Malu yang amat sangat. Salah aku apa??? Cuma salah letak tangan saja atas kain yang telah disterilekan.. Aku tak tahu pun kain tu tak boleh dipegang.. Aku cuma ingin datang dekat dan tengok pembedahan yang Dr. Rosalind buat.. Dia marah dengan sangat kuat, sinis dan menyakitkan hati juga mencalarkan jiwa.. Mak abah aku pun tak pernah marah aku macam ini.. Mungkin orang nak cakap aku manja, tapi yang duduk di situasi aku pasti paham.. Selama lebih 3 tahun aku belajar, memang adatlah kena marah, aku tak kesah tapi bukan dimalukan hanya kerana perkara kecil yang tak perlu pun untuk marah.. Aku malu sangat.. Mahu nangis dah lepas tu.. Nasib Dr. Rosalind okey.. Dia suruh balik rumah. Mungkin sebab dia tahu akan hujan dalam OT tu nanti.. Hahaha.. Sedangkan Dr. Rosalind pun kata it is okey, takde hal punya.. Tapi Doktor lelaki tu still jugak nak marah-marah.. Semenjak awal dia masuk dalam bilik tu, memang dia berbulu tengok kitorang.. Ada saja salah kitorang dia nak cari sampailah aku jadi alasan untuk dia meletup dan melepaskan semuanya.. Haih.. Malang nasib aku ke?





Kawan-kawan juga merungut pasal dia.. Kata mereka pada aku sabarlah.. Kenapa perlu dia memalukan student? Kenapa dia menyampah sangat tengok kitorang dalam bilik tu? Kenapa dia nak over sangat sedangkan Dr. Rosalind okey jek.. Cool aku nengok.. Dia tak pernah jadi medical student ke dulu.. Haih.. Aku rasa nak nangis sekarang.. Seriously sebak sangat, semangat aku hilang, jiwa kacau.. Rasa pertama kali dalam hidup dimalukan macam tu, rasa macam nak call bonda.. Mahu nangis depan bonda.. Tapi aku tahankan saja.. Aku luahkan saja pada blog yang tercinta.. Hanya tu je yang aku mampu buat.. Takpe laa.. Mungkin ini satu cabaran hidup yang aku perlu tempuhi.. Mungkin nanti bila aku mula bekerja, aku akan merasa lagi teruk kena marah.. Siapa tahu.. Sabar sajalah..


Buat yang membaca.. Thanx sebab sudi dengar luahan hati aku.. Maaflah andai aku terlalu manja.. Cuma kali ni aku tak mampu menahan rasa.. Hmmmm.. Okey laa.. Sampai sini aje ek.. Lain kali kita borak lagi.. Tata semua.. Jaga diri.. Assalamualaikum..






FOOT NOTE: Aku tak mahu rasa cemburu ni datang.. Tolong pergi jauh-jauh.. Biarlah dia bahagia.. Pleaseeeeee.. ;(



Mahu Jadi Barbie Hana..

16 comments
Assalamualaikum.. Malam semua.. Lama tak update, sebab kekeringan idea biarpun bumi kerap sahaja kebasahan.. Ouh.. Adakah blogku ini sudah kegersangan dek kerana tiada entry terbaru dari tuannya?? Sabar ya sayang.. Kejap lagi post.. Hehehe..



Comel tak Barbie di atas? Aku tanya comel okey dan bukan seksi.. Jangan tenung lama-lama.. Bagaimana pula Barbie di bawah? Meet Barbie Hana.. Haa.. Yang ini mahu tenung sampai tak tidur pun boleh.. Hehehe.. Berangan sebentar.. Menjelajah dunia fantasi dan penuh khayalan indah.. Kali ini terasa mahu jadi Barbie.. Ouh Farhana.. Umur saja 22 tapi kerap sahaja berfantasi seperti kanak-kanak 5 tahun.. Aku suka fantasi.. Orang kata, orang yang suka fantasi ni punya imaginasi yang tinggi, di masa akan datang akan "senang" dan "bahagia" dalam perhubungannya.. Ooppss.. Orang kata bukan aku kata.. Perhubungan apa??? Hoho.. Aku pun tak tahu.. (innocentkan aku??)


Sebab-sebab aku nak jadi Barbie, mesti semua dah berkira dalam kepala apa sebabnya.. Shuh shuh.. Buang jauh-jauh kepul-kepul atas kepala anda.. Aku ingin jadi Barbie bukan sebab Barbie cantik dan sempurna pada pandangan mata.. Cantik luaran tak janjikan apa-apa kalau dalaman buruk.. Bukan juga sebab Barbie selalu ada happy ending love story.. Akan bertemu cinta sejati dan jejaka kacak bergaya seperti Aaron Aziz, ataupun Yoon Sang Hyung, juga seperti Jack Sparrow.. Sebab tak perlu jadi Barbie untuk ketemu cinta sejati.. Cinta sejati akan datang pada setiap insan yang percaya pada cinta sejati.. Lambat atau cepat bukan soalnya sebab ia pasti datang (sejukkan hati sendiri gak. hehe.) Barbie walaupun dah tua tetap cantik.. Tengok saja dalam movienya.. Mak Barbie, nenek Barbie, moyang, even Barbie yang kecil-kecil pun cantik.. Tapi itu juga bukan sebab aku nak jadi Barbie.. Semua manusia akan tua.. Buat apa duduk sibuk kejar kecantikan, cucuk Botox di pipi, di punggung, di breast tapi amalan untuk ke sana tak pernah cukup.. Alpa dengan dunia..


Habis tu Farhana??? Erk.. Aku pun tak tahu.. Macam tak ada bestnya pun jadi Barbie ni.. Tukarlah.. Tak mahu jadi Barbie.. Mahu jadi Nur Farhana Abdullah.. Walaupun tak berapa cantik, tak berapa cun tapi comel tu ada jugak laa kan.. Walaupun gemuk tapi at least hati baik.. Ooppsss.. Ada ke orang kata hati dia sendiri baik?? Haha.. Walaupun Nur Farhana ni gatal dan asyik sahaja sebut pasal kahwin, tapi hati dia tetap jua pentingkan pelajaran.. Memang kalau ikut kemahuan dan bukan keperluan, mahukan seorang boyfriend.. Ooppss.. Salah lagi.. Suami.. Heehee.. Tapi jodoh belum sampai kata orang.. Bersabarlah sayang.. Walau Farhana suka merapu, suka mengacau orang, suka menyibuk hal orang tapi dia tak pernah lagi buat jahat pada orang.. Kan??? Ada tak??? Tak ada kan???


Jadi diri sendiri lebih baik dari cuba-cuba mengubah diri untuk jadi sejibik seperti orang ini atau orang itu.. Kita semua sama sahaja.. Mungkin dia ada yang lebih, kita kurang.. Tapi mungkin apa yang kita ada, dia mungkin tak ada.. Kalau dia boleh, kita pun boleh.. Jangan malu untuk jadi diri sendiri, tak kisahlah kita ni anak orang kaya, atau hanya anak orang susah yang belajar sambil part time jual nasi lemak di pasar malam.. Bangga jadi diri sendiri.. Tapi ingat.. Be a person that is worth to be proud of.. Bukan jadi mat rempit, bohsia, drug addict dan anda bangga dengan itu.. Huhu.. Fikirkan..

Baru saja install Yahoo Messenger 10.. Aku terlambat ke? Huhu.. Apa-apa pun.. Menarik Yahoo Messenger kali ini.. Ada tab contact dan update.. Senang mahu tengok update terbaru dari kawan-kawan kita.. Senang cerita.. I loike laa.. Hehehe.. Untuk gambar-gambar di atas, klik laa untuk pembesaran yang sihat.. Huhu.. Mahu add YM??? dr_hana87@yahoo.com


Tapi.. Aku selalu invisible ataupun offline.. Bukan apa.. Aku "malas" mahu online atas sebab-sebab tertentu yang sangat sadis.. Lagipun aku kalau dah mula YM, kerja aku memang takkan siap.. Haha.. Boleh saja mahu add, kalau ada masa, kita borak laa ye.. Thanx for the add aku ucapkan terlebih dulu.. Hehe.. Okey semua.. Till here.. Take care.. Tata semua.. Assalamualaikum..


If Heart Itu Transparent!!!

22 comments
Assalamualaikum semua.. Malam ni hati rasa kurang kesedapan seperti biasa, mahu berbicara dengan seseorang tentang seseorang.. Tapi memandang setiap penjuru bilik, mahu bersoal jawab dengan siapa? Kerusi? Tilam? Lappy? Hurrmmm.. Bonda dan ayahanda.. Tapi mereka jauh.. Akhir sekali simpan sahaja dalam kotak hati..




Kalau hati kita seperti kristal, diri kita seperti kristal, transparent, lutsinar, dipandang terus tembus dari sisi sini ke sisi sana.. Apa akan jadi pada dunia? Ouh.. Lelaki mungkin suka kalau manusia itu transparent.. Wanita pun suka gak okeyh.. Haha.. Kita serupa.. Ibarat macam berjalan-jalan tanpa pakaian.. Ouh.. Seksi mungkin keadaan itu.. Tapi bukan itu yang aku nak cerita.. Haih.. Mengeluh setiap seorang dari kalian, yang peak tadi tiba-tiba jatuh merundum.. Muahaha.. Potong stim betul aku ni.. Kan kan kan??? Mana boleh cerita benda bukan-bukan.. Aku budak lagi.. Heehee.. Kalau hati kita transparent.. Bagaimana ya???




Mungkin semua benda akan ternampakkan pada mata kasar.. Apa kata hati, apa rasa hati, apa rintihnya hati, apa makinya hati, semua akan tertayang dengan sendirinya.. Manusia tak selalu hidup dalam fasa yang penuh dengan keindahan.. Kadang-kadang kita punya masalah yang menganggu ketenangan hidup kita macam kembalinya kekasih lama menagih cinta, hati kita berkocak hilang semua ketenangan.. Ada masa juga kita kecewa, sedih, ibarat kaca yang jatuh berderai bila pakwe atau makwe kita sebenarnya gay atau lesbian.. Haha.. Kalau hati itu transparent, akan ternampak dek mata kita hancurnya hati seperti pecahnya kaca..





Ada ketika pula hati kita resah, sesak dada contohnya bila saat kita mula jatuh cinta pada si dia.. Jadilah hati kita serabut, seserabut tempat pengumpulan sampah??? Hohoho.. Gila serabut tu.. Plus ada bau minyak wangi lagi.. Haaaa.. Mungkin juga.. Mungkin juga.. Hati kita nampak seperti ada pohon-pohon bunga berkembang mekar dan debunga berterbangan.. Petanda apa??? Angau laa tu.. Jatuh cinta.. Tak pun.. Dapat gaji.. Atau mungkin dekat nak nikah.. Yang penting idah-indah sajalah.. Heehee..





Tapi tak semuanya perkara dalam hati perlu kita zahirkan.. Perlu kita kecoh dan heboh kasi satu dunia tahu.. Sebab itu hati kita tak trasnparent.. Kalaulah hati transparent.. Mesti sana sini orang bergaduh, bercakaran, bertumbuk.. Sebab apa yang ada dalam hati semua orang dah nampak.. Mahu putus kawan, yang keluarga bercerai berai, yang couple break sana sini.. Tapi mungkin ada juga baiknya.. Contoh dalam keadaan aku.. Hahahaha.. Nak jugak masukkan.. Kalaulah ada orang tahu yang aku tangkap cintan sama dia tapi aku segan mahu kasi tahu, tapi sebab hati kita transparent, dia nampak.. Mana tahu peluang besar dia pun suka balik.. Tak ke 2 bulan lepas tu aku naik pelamin jawabnya.. Hahaha.. Kalau hati trasnparent.. Tapi sayangnya tak..





Sebab hati kita tak transparent ni laa, kita kene menjaga hati orang.. Kene respect.. Jangan pernah sengaja sakitkan hati orang.. Sebab rambut sama hitam, hati lain-lain.. Hati Megan Fox mungkin tak sama dengan aku walau dari segi kecantikan kami ni setaraf je aku rasa.. Hahaha.. Hati ayam tak sama dengan hati lembu.. Betul tak? Ada orang suka luahkan apa yang dia rasa, macam aku.. Ada yang jenis misteri dan tak suka luahkan (simpan dalam hati laa), macam dia.. Heehee.. Jadi, pandai-pandailah kita.. Bak kata Yovie dan Nuno, Menjaga Hati..





Arggghhh.. Need someone to talk to.. Ouh.. Conveying feelings, please someone please listen.. Hurrmmmm.. Okey semua, aku nak chow shin chi dulu.. Tata titi tutu.. Selamat hari Jumaat ya semua.. Senyum selalu.. Assalamualaikum..





FOOT NOTE: Tapi zaman sekarang banyak baju transparent.. Ngehehehe.. ;p




Men & Sex.. Women & Love..

43 comments
Assalamualaikum.. Time ni patut ada kelas.. Tapi aku di rumah.. Tak sehat since yesterday evening.. Stomach bloated, feverish, nauseated, vomitting.. Apa diagnosis korang??? Haha.. Mula-mula aku ingat pregnant 3 bulan ke ape ke, tapi tak kahwin lagi daa.. Hahaha.. Mungkin food poisoning.. Getting better sedikit sebab tu dok menempek depan lappy type entry baru..





About a week ago tak silap, baca paper The Sun.. Came across this article about review of a book.. Author dia Allan & Barbara Pease.. Tajuk buku dia WHY MEN WANT SEX & WOMEN NEED LOVE??? Nak tahu jawapan dia kena laa baca buku ni kan.. Personally, aku rasa soalan macam ni dah selalu sangat orang tanya.. Jawapan dia??? Entah.. No absolute answer.. I don't wanna talk more on that, cuma aku agak tertarik dengan penggunaan perkataan WANT dan NEED di situ.. Kenapa tidak kedua-duanya diletakkan perkataan WANT? Ataupun NEED? Mengikut pemandangan aku yang punya ilmu bahasa yang tak seberapa sangat ni, WANT tu boleh kita tafsir sebagai MAHU.. Need pula PERLU.. KEMAHUAN dan KEPERLUAN.. Boleh tangkap apa yang aku cuba sampaikan??? Sebenarnya, everybody wants sex.. Not just men.. And everybody needs love.. Not just women.. Memang sex itu satu kemahuan, but not necessarily to have it.. Kemahuan tak semestinya ditunaikan.. Tapi dalam dunia ni semua orang perlukan kasih, perlukan sayang, cinta.. It is a need.. Keperluan adalah satu benda yang perlu ada untuk kita teruskan hidup.. Kan kan kan??? Apa pandangan korang???





Pendek pula entry kali ini.. Haha.. Takpe.. Come and let me show you some love.. Aku suka lagu ni.. Penyanyi Malaysia.. Tajuk dia I've Got Something To Say.. Aku try translate sesebijik yang mungkin.. Hoping that I can share something with you guys and also hoping that "SOMEONE" will read this because it is for you.. Muahahaha..



I'VE GOT SOMETHING TO SAY


想你的笑容 想你的温柔
Thinking of your smile, thinking of your softness,

想你沉默时的落寞
Thinking of your silence of loneliness,

我总是静静 放你在心中
I've been silently keeping you in my heart,

没人知道 我多么激动
No one knows how tingled I am,

从什么时候 我终于明白
Since when did I realize,

是你让我找到爱的感动
You were the one who bring me the touch of love,

想要带你 一起飞越海阔天空
Wanna take you come fly with me,

从此以后就不再放手
And will never let you go,

I've got something to say, Oh I love you..

到你想去的地方 和你一起游荡
Take you to the place you wander,

想说你就是我的太阳
And whisper you are my sunshine,

为你付出 所有的爱
Giving you all my love,

然后一起到未来
Together we headed to the future,

我的心为你打开
Open up my heart for you,

只等着你走进来
Waiting for you to step inside..


Any criticism is most welcome.. Heehee.. Okey juga kalau buat ruangan belajar Bahasa Mandarin kan.. At least ada kegunaan jugak laa blog aku ni.. Huhu.. Akan difikirkan.. ;)


Oh ye.. Sebelum post entry ni, tadi usha satu blog ni, dia cakap entry kalau boleh jangan tulis guna perkataan warna warni macam lolipop nanti orang fening.. Haha.. Entry aku laa kan??? Haha.. Pening ke korang??? Pening ke baca entry aku??? Takpe.. Nanti aku tolong picitkan.. Heehee.. Okey laa semua.. Mahu bersiap.. Malam ini aku ada date dengan Hassan a.k.a Ammar Alfian Aziz.. Ooppss.. Sedap tak nama pakwe saye??? Huhu.. Jangan jeles okeyhh.. Tata semua.. Assalamualaikum..





FONT: Bila aku mula menyanyi.. Lalalala.. ;)


Kalau Aku Ada Pakwe!!!

32 comments
Assalamualaikum dan salam kerinduan untuk semua.. Aku sudah pulang.. Pulang ke dunia blog.. Yeehaa!!! Thanx to abah kerana ubatkan lappyku ini.. Petang tadi baru sampai Ipoh.. Perjalanan yang smooth, cuma di Gopeng ada kemalangan yang agak dahsyat.. Darah.. Orang cedera.. Agak kerisauan memikirkan diri sendiri yang acapkali pulang memandu keseorangan.. Haih.. Benar-benar tak mahu tragedi dulu berulang kembali.. Going through hardship alone is not the best thing..


Balik rumah.. Memang best.. Makan.. Borak.. Lepak.. Semua dengan family.. Dah kerja nanti bimbang tak merasa masa-masa seperti ini.. Jadi appreciate masa yang ada selagi termampu.. Heehee.. Kepulangan yang lepas aku borak dengan mak pasal.. Erk.. Pasal.. Boyfriend??? Pakwe??? Huhu..






Kalaulah aku ada pakwe di suatu hari yang entah tak tahu bila.. (aku doa esok atau lusa.. heehee..) Macam mana ya bila suatu hari tu tiba??? Jeng jeng jeng..


1) Aku mahu digelar baby dan menggelarnya sayang.. Kah kah kah.. Mesra wokeyh.. Papa mama??? Hmmm.. Apa salahnya kot.. Blushing pula sebentar insan di sini.. ;)


2) Yang ini wajib.. Important.. Perlu ada dalam to-do-list.. Tukar status di Facebook, Friendster, Tagged, Myspace, Yearbook, Blog, dan semua laman sosial yang ada laa.. IN A RELATIONSHIP.. Wah.. Tapi.. Tak menarik sangat kot.. MARRIED sajalah.. Hehe..


3) Mahu ajak pakweku menemaniku balik Melaka dan pulang ke Ipoh.. Harus.. Tak teman ku sentap.. Merajuk tak mahu makan.. Tak mahu minum.. Selama satu jam.. Haaaa.. Ada berani???


4) Aku nak setiap kali sebelum aku masuk tidur, dia kene nyanyikan satu lagu untuk aku.. Tak kisahlah Twinkle Twinkle Little Star ke, Keluarga Bahagia ke, asalkan dia nyanyi.. Haha.. Saja aku nak dengar suara dia sebenarnya.. Nak tidur pun senang hati.. Hehehe.. Alamak.. Segan saya..


5) Mahu dia masakkan untuk aku at least sebulan 10 kali pun okey laa.. Ehem ehem.. Bukan aku tak reti masak, cuma dia yang aku nak train supaya pandai masak.. Heehee.. Tapi kalau memang yang pandai masak lagi bagus.. Hahaha..




Kalau ikut panjang lagi list aku ni.. Cuma tak boleh laa dipertontonkan pada awam kesemuanya.. Simpan sedikit untuk kami berdua.. Erk.. Tapi kan.. Aku rasa mungkin aku takkan sempat buat benda di atas tu semua bila aku ada pakwe.. Sebabnya.. Aku.. Kalau ada pakwe nanti.. Nak ajak dia nikah teruslah.. Bukan gelojoh atau tak sabar.. Cuma.. Cuma.. Hehehe.. Shhhh.. Agak-agak dia akan jawab NAK atau TAK NAK??? Jeng jeng jeng..


Okey.. Selamat menjawab NAK atau TAK NAK.. Hahaha.. Angkat kaki dulu ya.. Tata semua.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Hahahaha.. Saja aku nak gelak.. ;)



Yang Ini Untuk 2 Orang Insan..

26 comments
Assalamualaikum.. Entry ini didekasikan khas buat 2 orang insan.. Seorang lelaki dan seorang perempuan.. This one is for you..




2 atau 3 hari ini teringat aku pada seorang insan yang dah lama aku lupakan.. Yang dah lama aku simpan kemas dalam lipatan ingatan yang tak ingin aku bicara lagi.. Sesuatu yang silam, yang tiba-tiba menjelma kembali dalam kotak fikiran aku.. Dia pernah berkunjung ke sini atau tak, aku tak pasti.. Biarlah.. Tamatnya kisah itu tanpa sebarang kata, hanya ignorance dan pengabaian.. Aku ingin sekali bicara tentang ini tapi kamu tak mahu mendengarnya.. Lalu aku diamkan sahaja lantas aku terus terlupa dan melupakan kamu.. Walau sukar.. Aku berjaya.. Aku berjaya melupakan kamu..




Cebisan ini dari aku untuk kamu..


Lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu
Lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku
Lagu ini hanya ingin kau fahami ku sudah teruskan hidupku
Semuanya cun saja


Hahaha.. Best kan lagu ni.. Sleeq.. Cun Saja.. Haaaahhhhh.. Lega rasanya.. Sesuatu itu namanya Fadzreen.. Terima kasih untuk semuanya..





Dalam kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat Nurul Izzah Muzaffar.. Berapa umurnya Kak Nurul? 4 tahun ya? Heehee.. Happy birthday dear adik.. Semoga kamu berjaya di dunia dan akhirat.. Jadi anak yang solehah.. Akak akan selalu doakan kamu berjaya just like your parents.. Heehee.. Nak hadiah ape sebutkan saja.. Nanti akak terbang ke Manjung hantar hadiah kamu ya.. Haha..





Okey laa.. Tata semua.. Ada kelas 4.30 petang ni. Heehee.. Sempat lagi type entry.. Okey.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Tak sabar nak balik esok!!!


Tabiat Baik Jadi Amalan, Tabiat Buruk Jadi...

16 comments
Assalamualaikum.. Aiyo.. Ini orang lagi online.. Kata tenet probs tapi ade je muka dia dok update blog pukul 2, 3 pagi.. Haha.. Nak jadi blogger tegar, walau di ceruk mana sekalipun akan ku cari line tenet sampai jumpa.. Hehe.. Patut kalau ada campaign JARUM FREE for drug abuser, FREE CONDOM untuk elakkan anak luar nikah, suppose ada juga FREE BROADBAND untuk tenet mania like me.. Hoho.. Currently sedang meneguk Jus Kurus.. Sambil dok fikir, idea idea and more idea untuk membebel.. Haih.. Sukar betul idea mahu keluar..

Oh ya.. Sebelum aku terlupa, ingat lagi aku kata dah turun 5kg? Aku makan Jus Diet Mate actually.. Jadi ahli terus.. Dapat harga murah.. Till now, hampir satu kotak aku makan, banyak perubahan aku rasa.. Sakit yang dulu ada pada aku dah kurang.. Syukur sangat.. Hoping that will getting thinner and thinner day by day.. Mission banyak lagi.. Hehehe..




Now in "sick mode".. Petang tadi melalak lagi 4 jam dengan lagu yang aneka ragam.. Tekak dah hancur lunyai aku belasah tanpa belas kasihan.. Esok lusa kalau ada yang call, maaflah kalau angkat tak dengar suara orang.. Muahahaha.. Dahsyat penangan melalak ni.. Sampai botol sos pun aku terbayang microphone.. Gila arr.. Kalau suara sedap takpe, ni kalau orang dengar sure merayu melutut suruh jangan nyanyi.. Macam si Giant dalam Doraemon tu.. Hahahaha.. Lupakan melalak.. Minggu depan mahu Cuti-Cuti Malaysia.. Mahu ke Penang, ke Kedah, ke Perlis.. Mahu ke Thailand juga tengok Tiger Show, tapi dalam mimpi je laa.. Haha.. Ada cadangan tentang tempat-tempat menarik yang ada di 3 negeri tu???





Semenjak entah bila.. Ada "perubahan" berlaku dalam hidup aku.. Kisah sedih dah makin aku lupakan.. Tapi tak bermakna tak ingat.. Heehee.. "Perubahan" ini yang mengisi ruang hidup aku seharian.. Sesuatu yang aku kerap lakukan sekarang, bila aku lakukan aku suka dan happy rasa seperti makan gula-gula lollipop yang besar tu.. Rasa juga haba-haba panas meresap dalam tubuh.. Jeng jeng jeng.. Heehee.. Bila tak dibuat, rasa macam duniaku suram, sepi, dalam kepala yang difikir hanya itu.. Adeh.. Angau ke? Mungkin tidak.. Kalau ya apa salahnya.. Hehe.. Atau dah mereng sebab belajar banyak sangat? Dah 2 hari tak bukak buku, mustahil.. Hurrmm.. "Perubahan" tu dah jadi satu tabiat dalam hidup aku.. Tabiat.. Habit.. Mahu kata habit buruk mungkin ya sebab entah bila-bila akan melukakn diri.. Habit baik juga pun boleh.. Sebab ia memberi semangat dan aura yang istimewa untuk going through the journey of life.. Haha.. "Perubahan" apa agaknya aku lalui sampai jadi satu HABIT?? Aku tersipu malu.. Teruskanlah meneka.. ;)






Korang ada tak habit yang susah sangat nak buang? Habit yang dalam buruk ada baiknya.. Hahaha.. Mendalam maksud tu kan? Masih meneka tentang aku? Teruskan.. Heehee.. Mata dah mengantuk, tidurlah mata.. Esok pagi ku harap merupakan hari yang indah.. Lebih indah dan bermakna dari hari semalam.. Nite everybody.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Zhi Pa wo Zi Ji Hui Ai Shang Ni, Bu Gan Rang Zi Ji Kao De Tai Jing.. Hmmmm.. Tapi kita cuma manusia biasa.. ;)

Bila Ratu Online Menyepi Diri..

24 comments
Assalamualaikum.. Malam Ahad sudah.. Esok Isnin.. Kelas lagi.. Adeh.. Forget about that.. Aku nak inform semua peminat aku seantero dunia, bahawasanya aku mungkin akan "merehatkan diri" dari dunia maya untuk jangka masa yang tertentu.. Lorh.. Tu nape nangis tu??? Jangan risau, aku akan sentiasa ingat kat korang.. Korang pun kenang laa daku dalam doamu ya.. Heehee..




Al kisahnya, Celcom Broadband connection aku telah disekat oleh laptop aku sendiri.. Aku syak ini Avira dan virus-virus kurang asam punya keje.. Aku tertekan DENY ACCESS.. Macam-macam aku dah buat (atas bantuan Matju), uninstall Avira, aku install Kaspersky.. Still tak boleh gak.. Kali ni pun aku online pakai wireless jiran sebelah rumah.. Pinjam sekejap jek.. Haha.. Dan akhirnya aku putus harapan.. Alahai.. Perit rasanya bila title Ratu Online telah hilang.. Oh Facebook.. Oh Blogspot.. Oh kamu (kamu tahu siapa kamu).. Pasti aku akan rindu tahap 8 petala.. Walaupun aku still boleh online guna phone tapi kemanisannya tak seperti guna laptop.. Sama jugak macam anak dara kahwin anak teruna DAN anak duda kahwin anak janda.. Haaa.. Kan ke kemanisannya lain-lain.. Muahahaha.. Ooppss.. Censored di situ.. Hoho.. Makanya, keputusan sebulat suara telah aku ambil untuk pulang ke Melaka pada hari Khamis ni.. Biarlah abah yang menyelesaikan segalanya.. Haih.. Kalaulah ilmu kekomputeran abah boleh turun padaku secara automatik.. ;(




Tiba-tiba saja mahu cerita pasal TAHI LALAT.. Hehe.. Beberapa hari lepas borak dengan Pokcik Macho.. Tiba-tiba ditegurnya tahi langau di mukaku ini.. Adeh.. Baru mahu selindung sudah didetect orang.. Aku bukan nak selindung apa, kalau orang nampak.. Naya aku.. Tahi lalat persis Siti Nurhaliza weh.. Gila tak tersangkut kalau pandang.. Muahahaha.. Hmm.. Tapi yang aku perasan, Siti sekarang dah tak ada tahi lalat di bibir bawah sebelah kiri itu, mungkinkah dicover dek bedak dan tepung yang tebal itu, atau Siti telah mengoperatenya??? Haih. Satu kerugian kalau itu yang berlaku.. Tidakkah Siti tahu bahawasanya tahi lalat itu membuatkan orang tersangkut, membuatkan rupa kita bertambah manis.. Seperti AKU??? Hahahaha.. Sedikit riak pula di situ.. Maaf..


Aku tergerak hati mahu mencari rahsia tahi lalat ni.. Saja-saja for fun.. Dan aku terjumpa di sini.. Kat sini pun ada.. Mahu lebih cari sendiri laa eh.. Haha.. Antara yang dorang tulis tentang tahi lalat di bibir bawah kiri..


1) Pandai bicara tak mudah kalah.. (betul ke Dak Kentang? Kak Nurul? Pokcik Naz? Aainaa?)




2) Janji palsu.. Mulut manis.. Pendendam.. Pintar putar belit.. (haih.. ni aku tak suka ni.. ni bukan fakta tapi auta.. hehe..)



After all.. It is just for fun.. Jangan amik pusing sangat tentang makna tersirat itu.. Tahi lalat pun sebahagian ciptaan Tuhan, janganlah menyisihkannya atau terlalu membanggakannya.. Hehehe.. Boleh ke gitu?? Hoho..


Nampaknya aku dah tak tahu nak bebel apa lagi.. Entry will come to an end.. Jumpa lagi nanti.. Rajin-rajin laa singgah rumah burukku ini ya.. Kalau rindu tataplah blogku.. Huhu.. Taking care everyone.. Jangan nakal-nakal.. Dengar cakap mak ayah, cakap cikgu.. Hehehe.. Dah macam buat iklan pulak aku ni.. Okey laa.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum..


Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.