31 Dis 2009

Aku Yang Menyayangimu..

Disember 31, 2009 0 Comments
~ ENTRY INI UNTUK SEMUA SEMPENA TAHUN BARU.. AGAK PANJANG TAPI MOGA JADI PANDUAN.. ~


Tubuh yang hampir berbulan-bulan terbalut hangat kini digigit kesejukan yang begitu hebat, dari kepala bawa ke kaki.. Ingin membuka dua pasang mata ini tapi terasa sukar sekali.. Suara hiruk pikuk sekeliling menyentuh gegendang telingaku yang lembut ini.. Argghhh!!! Bising sungguh.. Mahu tidur lagi sedikit pun tak boleh.. Tiba-tiba punggung gebu itu ditepuk-tepuk kuat.. "Ouch!! Sakitlah.." Perlahan-lahan mata ini terbuka, tangisan bergema di segenap bilik yang dipenuhi orang-orang dan kebisingan.. Suara-suara desakan, jeritan tadi kini reda.. Kegembiraan dapat ku rasa mengisi segenap dimensi itu.. Aku buka mata seluasnya.. Tubuh yang dimamah kesejukan tadi kini hangat kembali.. Kehangatan dari pelukan seorang insan di sebelahku.. Aku memandangnya, dia merenungku kembali.. Dalam pelukan itu, aku lena dibuai mimpi.. Sebelum mata tertutup, ku lihat ada air mengalir dari sepasang mata itu..





Tiba-tiba ada alunan begitu mendamaikan di telinga kiriku ini, suara seorang lelaki berumur.. Aku buka mata.. Enak sungguh tidurku tadi.. Aku menggeliat, ke kiri dan ke kanan.. Di sana aku lihat wanita yang memelukku tadi masih lagi dalam esak tangisnya.. Ada dua lagi insan lain.. Wanita pertengahan umur dan lelaki tadi.. Suasana aku rasakan begitu tegang.. Perbualan mereka yang hanya mampu aku dengar tapi tak dapat aku faham.. Cuma.. Aku dapat rasakannya.. Ada sesuatu yang begitu menyedihkan..



" Kamu tu masih muda, masih sekolah.. Kita orang susah nak.. Walaupun kamu dah menconteng arang ke muka mak, tetap juga mak terima kamu sebab kamu anak mak.. Tolonglah sekali ni, dengar cakap mak.."


Sedu sedan wanita tua itu berbicara..


" Lelaki yang kamu cintakan sangat tu, yang kamu agungkan bagai nak rak, mana dia? Hilang macam tu aje lepas dah rosakkan kamu.. Mak dengan bapak juga yang jaga kamu.."


Lelaki tadi menyampuk.. " Bapak kalau ikutkan hati, bapak dah tak mampu bertahan lepas apa yang kamu dah buat pada keluarga kita, bapak hilang semangat bapak.."


" Bapak bagi pelajaran pada kamu, dunia akhirat, cukup.. Bapak ajar kamu jadi manusia, kamu nak juga ikut jalan syaitan.. Bapak kecewa, tapi tetap juga bapak sayangkan kamu.."


Wanita yang memelukku itu menangis.. Makin kuat.. Makin kuat.. " Saya tahu saya salah.. Maafkan saya bapak, emak.. Tapi, Hairi.."


" Kamu masih sekolah, adik beradik kamu semua masih kecil.. Kita tak mampu nak jaga Hairi nak.. Redhakan saja dia pergi.. Keluarga Encik itu orang baik-baik.." kata wanita tua itu..


" Mak yakin Hairi akan diasuh macam anak mereka sendiri.. Hairi tak akan hidup susah.. Masa depan dia lebih terjamin kalau bersama keluarga tu.."


Lelaki tua itu mencelah lagi, kali ini dia juga menangis.. " Bapak pun sayangkan cucu bapak.. Walau siapa pun dia, dia tetap darah daging bapak.. Tapi kamu kena fikirkan masa depan kamu nak.. Itu yang utama sekarang.."


" Mampu ke kamu nak jaga Hairi seorang diri? Bukan mudah jaga seorang bayi.. Tambah lagi kita bukan orang senang nak.. Habiskan sekolah kamu dulu.. sambung belajar, dah kerja, ada simpanan sendiri, masa tu baru kamu boleh jaga Hairi.."


Aku kini dalam pelukan wanita itu.. " Hairi, ibu sayang Hairi sangat-sangat.."




Aku terlena lagi tadi.. Ouh.. Aku begitu suka sekali tidur.. Buka mata.. Kedengaran suara begitu ramai orang.. Tubuhku kini bersarung baju baru.. Dikemas begitu rapi.. Aku wangi.. Ngee.. Mataku melilau mencari wanita itu.. Ingin sekali berada di pelukannya.. Bikin aku tenang saja..


Aku kini didukung oleh seorang wanita.. Wanita lain.. Dia cium pipiku, pelukku dengan erat.. Ada kehangatan terasa tapi tak seperti wanita itu tadi.. Tiba-tiba.. Wanita yang ku damba pelukannya itu menghampiriku.. Kami dikelilingi oleh sebilangan orang.. Aku keliru.. Semuanya sebak.. Ada yang sudah mula mengalirkan air mata.. Wanita di hadapanku ini juga begitu deras sekali air matanya mengalir..




"Ibu.." Tiba-tiba perkataan itu menerjah ingatanku.. Ya.. Dia yang memelukku dengan penuh kehangatan, yang buat ku terlena dalam dakapannya itu adalah Ibu.. Ibu memelukku erat, dakap ku ketat-ketat.. Ibu cium pipiku, kiri dan kanan.. Dahiku, hidungku, bibirku.. Wajah ini basah dengan air mata ibu.. Di telingaku ibu bisikkan, " Ibu sayang Hairi.. Maafkan ibu nak.."


Ibu leraikan dakapannya, dilepaskan aku kepada wanita tadi.. Ibu berpusing, dipapah Mak dan Bapak yang turut berhujan air mata, dengan langkah perlahan, keluar dari bilik itu dengan tangisan yang tak berlagu.. Aku ingin ikut ibu.. Tapi aku tak mampu.. Hanya mata ini saja mampu memandang bayang ibu meninggalkan aku.. Walau apa pun salah ibu, aku tetap sayang ibu.. Rasa ini sememangnya begitu perit dan sedih.. Rasa sebuah perpisahan..



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Malam tahun baru.. Pasti ramai anak muda kita berpesta sana dan sini.. Seakan lupa dunia.. Lupa Allah.. Lupa ibu bapa.. Seronok.. Seronok.. Seronok sahaja dalam fikiran.. Tapi tolonglah.. Jangan lahirkan Hairi.. Atau mungkin kawan-kawan senasib seperti Hairi.. Kurniaan Allah yang pertama kali menghidu udara di muka bumi ini tidak layak merasa peritnya, sedihnya sebuah kehidupan.. Sebuah perpisahan.. Untuk mereka, hanya kasih dan sayang adalah selayaknya..





FOOT NOTE: Hairi bernasib baik.. Bagaimana bayi yang digugurkan? Dibuang merata? Apa yang mereka rasa pasti lagi perit dan seksa daripada Hairi.. Jangan lupa, walau mereka tak mampu berkata berbicara, tapi mereka punya rasa.. Sesekali letakkan diri dalam situasi yang berbeza, mungkin akan mengubah pandangan dan persepsi kita..



30 Dis 2009

Sorotan 2009 : Success Or Failure

Disember 30, 2009 0 Comments
Salam kunjungan buat yang menapak ke sini.. Rasa teruja aku dengan perubahan baru ini masih lagi belum surut, seronok rasanya melihat penat-lelah bersengkang mata menjadi.. Buat yang sudi ke mari dan memberi feedback, thanx a lot.. Appreciate it..


Hari ini 30 Disember 2009. Entry ini adalah entry sorotan kehidupanku sepanjang tahun ini.. Tahun ini banyak kemajuan dan kejayaan atau penuh dengan kekalahan dan kemunduran???



1) Aku berjaya membeli modem dan tidak lagi menyeksa handphoneku untuk berkorban menjadi modem.. Hasilnya, banyak masa aku habiskan dengan online.. Kalau buat kerja berfaedah tak apa.. Tapi kerja yang terlebih faedah.. Makanya, aku berjaya membuang masa begitu saja.. (err.. blogging berfaedah okey..)

2) Aku berjaya melanggar pantangku untuk makan fastfood sebulan sekali.. Akibatnya, diet aku tidak teratur, kejap naik kejap turun.. Makanya, bilakah akan kurus? Hmmm.. Kalaulah aku kuruskan, agak-agak ada tak cun macam Kajol? Hehe..

3) Aku berjaya habiskan semua elaun aku tiap-tiap bulan.. Bayar itu bayar ini, simpanan??? Cadang mahu buka ASB, tapi kalau hanya cadang tapi tak buat memang tak jalan.. Tak lama lagi mahu kahwin.. Duit simpanan? Haih..

4) Aku berjaya menjadi pelajar yang nakal di kolej.. Nakal bagaimana? Hahaha.. Biarlah aku saja yang tahu.. Secret secret..





1) Aku gagal mengekalkan prestasiku seperti Tahun Pertama dan Kedua pengajian, di mana aku kecundang di peperiksaan akhir tahun.. Tahun ketiga, aku gagal untuk kecundang.. Hasilnya, aku lulus.. Berkat doa mak dan abah, juga kawan-kawan realiti juga maya..

2) Aku gagal untuk tidak selalu berada di depan blog.. Hasilnya, aku sekarang begitu aktif, sehari satu entry.. Semua berkat sokongan anda semua.. Kerana anda semua, aku gagal menjadi blogger lelap.. Blogger aktif pula jadinya.. Ahaks.. I loike, kehidupan blog memang bawa seribu kemanisan dan kepahitan.. Sama saja seperti alam realiti..


Err.. Macam terbalik saja kejayaan dan kegagalan aku.. Kan? Ada satu classic said, kejayaan dan kegagalan bukan soal utama.. Usaha untuk menuju ke arah matlamat itu yang paling bermakna.. Kalau usaha kita bersungguh tapi kita gagal, kita tetap rasa puas, kalau berjaya memang gembira bukan kepalang.. Tapi kalau tak usaha dan gagal.. Haa.. Itu memang padan muka.. Tak padan muka ke? Aku selalu pegang pada kata-kata ini:


"A Winners Never Quit,
A Quitters Never Win"


Hidup ini mahu kata senang sangat, tidaklah.. Mahu kata seksa sangat pun tak juga.. Kita sendiri yang pilih untuk menyenangkan hidup atau menyusahkan hidup kita sendiri.. Aku? Selalu sahaja menyusahkan hidup aku sendiri.. Tak boleh begini.. Mulai sekarang dan masa-masa akan datang aku mahu usaha untuk senangkan hidup aku.. Dan untuk senangkan hidup aku, aku kena senangkan hati mak dan abah, adik-adik, juga bapak dan mamaku juga.. Sebab restu dan kasih sayang dari mereka yang akan bawa keberkatan dalam hidupku nanti.. Bikin hidupku senang juga.. Kan?


Korang pula bagaimana? 2009 banyak bawa kemanisan? Kepahitan? Kekelatan? Atau masam-masam manis? Heehee.. Apa-apa pun, aku akan doakan yang terbaik untuk hidup korang, hidup aku, hidup kita semua.. InsyaAllah.. Amin..


Assalamualaikum..

Perubahan Besar Dalam Hidup Aku Sebagai Blogger..

Disember 30, 2009 0 Comments
ENTRY INI TIADA GAMBAR!!! Ahaks.. First time no picture.. Sorry guys.. Okey.. Kembali kepada cerita kita.. Heehee.. Perubahan Besar.. Korang dah nampak kan? Ini sempena tahun baru yang bakal tiba.. Layout baru.. Aku mahu yang simple saja.. Ada empat layout yang aku berkenan, tapi akhirnya aku memilih theme Mystique ini.. Tapi satu sahaja.. Tiada tarikh dan hari pada entry aku.. Siapa tahu macam mana nak tambah? Hehehe..


Perubahan seterusnya, aku telah terpengaruh dengan Jard The Great dan akhirnya aku juga memasang sistem komen baru.. Aku tidak gunakan Disqus seperti Jard, sebabnya Disqus seperti tidak dapat jumpa blog aku.. Itu yang buat aku hairan.. Jadinya aku tak boleh nak register.. Sedih jugak.. Tapi aku gunakan inisiatif lain.. Intense Debate.. Sekadar percubaan sahaja..


Kalau korang rasa:

1) Layout ini tidak memuaskan, SILA BAGI TAHU AKU..

2) Sistem komen agak susah dan payah, atau tak boleh komen langsung, SILA BAGI TAHU AKU..

3) Kalau page aku lambat loading, SILA BAGI TAHU AKU..


Aku akan cuba sebaiknya untuk memperbaiki blog ini.. Fuh.. Naik berpinar biji mata tengok kod, dari pukul 1 sampai 6 pagi.. Dengan Nuffnangnya lagi.. Sebab kod untuk layout ini agak susah.. Huhu.. Tapi aku rasa puas.. Hope hasil dan feedbacknya juga MANTOP!!! Kalau best, tepuk tangan.. Kalau tak best, sila roger aku okey.. Thanx semua for your feedback.. Assalamualaikum..





FOOTNOTE: Aku belum lagi tukar layout, baru terfikir nak tukar, tapi Blog List aku dah hilang.. Uwaaaa.. Ada 500 lebih blog.. Kenapakah??? Bagi sesiapa yang berkunjung, tolong tinggalkan LINK kamu ye.. Terima kasih!!!



29 Dis 2009

Aku Pemalu Besar.. Plus Lagu Lagu Lagu..

Disember 29, 2009 24 Comments
Bak kata seseorang, entry aku tak ada yang tak jiwang.. Haha.. Mana ada.. Selang-seli apa.. Ada yang jiwang, ada yang lawak, ada yang sedih.. Mostly memanglah jiwang.. Muahaha.. Entry hari ini mahu sempoi saja.. Jom borak pasal restoran dan kemaluan.. Eh.. Ada pula.. Memalukan much much better I guess.. Hehe..




Pernah tak korang masuk dalam satu restoran, then duduk.. Lalu dihidangkan dengan menu berserta harganya.. Terjegil mata melihat harga.. Puluh-puluh.. Ratus-ratus.. Adesss.. Rasa macam mahu pitam di situ juga.. Kalau duduk dan makan, nanti mahu bayar pakai apa.. Keping-keping merah adalah tapi tak banyak, yang ada kepingan syiling.. Itu pun yang colour coklat.. Ahaks.. Mahu bangun dan keluar sementara di sekeliling begitu ramai orang dan waiter begitu setia menanti sambil sengeh macam kerang busuk.. Ouh.. Memang ditelan mati emak, diluah mati bapak.. Erk.. Boleh gunapakai ke?



Gambar-gambar di atas semua aku yang ambil masa pergi ke sebuah restoran di Sabah.. Waktu tu bercuti tanpa planning, wang pun sangat-sangat di plan penggunaannya.. Sadis betul.. Tengok betapa muka semuanya kelaparan tapi masih lagi berkeliaran di luar restoran.. Mahu tahu sebab apa? Sebab ada seorang rakan menjenguk ke dalam dan ternampaklah harga-harganya yang mantop dan memang tak mampu ditanggung untuk budak-budak sekolah yang merantau seperti kami.. Aku? Duduk agak jauh dan ke luar sedikit sambil pura-pura dan poyo ambil gambar.. Sebab aku syak, mesti dorang semua nak keluar balik nanti.. Muahahaha.. Duduk di luar, senang nak cabut, orang dalam restoran mesti tak perasan.. Kenapa aku begitu? Tak setiakawan betul.. Mahu lari dulu tinggalkan kawan.. Ahaks.. Sebab aku pemalu yang sangat besar.. Serious amatlah pemalu.. I'm a shy girl..


(Orang yang kepuk-kepuk tebal dalam purse takde masalah ni kot.. hehe..)




Psssttt.. Meh sini aku bagi tahu lagi satu rahsia.. Haha.. Selalu saja berlaku kes masuk restoran, duduk, tak makan, keluar balik.. Hahaha.. Pernah sekali pergi Pizza Hut, masuk, dalam 20 minit keluar.. Kali ni bukan sebab kekurangan pitis, tapi kerana customer service yang agak sucks.. Masuk sahaja dilayan, diberi menu.. Tapi bila mahu order, angkat tangan bagai sampai naik lenguh, tiada juga yang datang.. Kawan-kawan aku apa lagi, pantas nak bangun dan keluar dari situ.. Aku? Memang segan mahu keluar tiba-tiba.. Muahahaha.. Kawan-kawan aku semua tak tahu yang aku ni malu mahu keluar.. Tahu aku buat apa? Mahu order juga, at least bungkus pun jadilah.. Aku pura-puralah kata, lama dah teringin makan ni.. Muahahaha.. Ini rahsia terbesar dalam hidup aku yang kawan-kawan aku tak tahu.. Tapi lepas ni habislah depa tahu.. Muahaha.. Adakah ini mengreflectkan yang aku seorang yang begitu menjaga hati dan perasaan orang lain??? Ahaks..




KLIK pada gambar untuk bawa anda ke destinasi


Sebelum ku akhiri entry ini, jom singgah ke blog Mr. Naz.. Enjoy the latest song from him featuring Jawa.. Gadis penulis lirik ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mr. Naz dan Bro Jawa atas melody yang sangat best.. Ehem ehem.. Best tak korang lagu tu? Lirik dia mantop tak? Ahaks.. Poyo saja soalan aku.. Anyway, hope you guys enjoy it.. Taking care semua.. Semoga berjumpa Gadis Impian dan Jejaka Impian korang.. Hehehe.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Sekarang satu hari satu entry.. Keep it up Farhana!!!


28 Dis 2009

Setia Dari Lensa Mata Anda..

Disember 28, 2009 58 Comments
Fuhh.. I guess it has been a long long long time since last I wrote sumthing yang.. JIWANG??? Muahaha.. Dia dah mula dah.. Aku rasa aku dah jumpa identiti diri aku dalam dunia blogging ni.. Minah Jiwang.. Ahaks.. Semalam tengah duduk mengular depan TV, tengok HITZ TV, Asian Potion.. Keluarlah satu lagu, okey korang mesti dapat agak.. Yup.. Again.. Indonesian Band.. Heehee.. Lelaki Setia from Chili Band.. Indonesia banyak sangat band, sampai nama band pun dah naik nama-nama pelik.. Heehee.. Pape pun, nice laa.. Simple.. Chili weh, chili.. Huhu.. First time aku dengar lagu ni, aku suka.. Suka video clip dia.. Hehe.. Habis je terus aku rush depan laptop, download lagu tu.. Hehe.. Another song from Chili Band, Maafkan also quite okey.. Boleh layan..




Baik baik.. Bukan mahu story tentang band ya.. Ini entry jiwang.. Heehee.. Mahu open table.. Jom cerita pasal LELAKI SETIA.. Siapa yang rasa dia lelaki boleh mai sini lontarkan pandangan, tak kisahlah dia setia atau tidak, perempuan also can.. Muahaha.. Actually, bak kata seorang abang kental pada aku, lelaki ke perempuan ke sama aje Hana.. Kalau nak cakap lelaki tak setia, perempuan pun sama aje.. Heehee.. Betul betul betul!!! Tapi lagi senang kalau aku fokus satu pihak.. Tapi bukan bermakna aku menghentam lelaki okey.. Cuma kebetulan lagu tu tajuknya LELAKI SETIA dan mahu aku linkkan ianya dengan kata-kata seorang sahabatku yang juga lelaki jantinanya..




Kata kawan aku.. Lelaki kalau dia main-main, memang pun dia main-main ajo.. But once dia jumpa the RIGHT ONE, yang buat dunia dia ada macam-macam bunga dan tumbuhan (macam Taman Botani laa), lepas tu cuma ada satu colour saja dalam pandangan mata dia (adoi, dah macam Para Para Sakura), dia akan setia sangat pada yang satu itu.. Aku pun.. Hmmm.. Pandang aje.. Tak angguk tak geleng.. Aku sendiri tak pasti itu satu fakta atau auta.. Sebab tak buat research lagi.. Hehe..


Dalam hati aku tanya sendiri.. Kalau begitu, apa kesnya pula ya dengan poligami? Mungkin setia juga tu kot, sebab tak ceraikan pun bini pertama.. So, apa sebenarnya makna SETIA? Kalau mahu kata cinta dan segala kasih sayang, jiwa dan raga juga bakul milik dia seorang.. Hmmm.. Kalau kahwin 2, 3, atau 4??? Masih lagi setia kan??? Err.. Aku garu-garu kepala.. Buntu barangkali.. Huhu..



Jadinya.. Penting ke SETIA ni? Hmmm.. Bagi aku laa, aku rasa dalam dunia ni, semua lelaki adalah LELAKI SETIA, semua perempuan juga begitu adalah PEREMPUAN SETIA.. Mungkin mereka belum ketemu saja orang yang mampu jadikan mereka LELAKI atau PEREMPUAN SETIA.. Hehe.. Boleh ke ayat cenggitu? Ahaks.. Nampak sedap sikit, takde laa istilah curang, tak setia dalam dunia ni kan.. Hehehe.. Wah.. Dunia mahu yang indah saja budak jiwang ni.. Heee..


Okey laa.. Aku biarkan korang pula bagi pandangan.. Sambil-sambil enjoy lagu ni from Chili Band - Lelaki Setia.. Video Clip dia, comel.. ADA KE WUJUD LELAKI MACAM TU? Hehe.. And here goes the lyric as well.. Enjoy semua.. Asslamualaikum..



LELAKI SETIA
Aku bukanlah seorang
Lelaki yang gampangan
Yang mudah jatuh hatinya
Terhadap semua wanita
Secantik apapun dia
Aku takkan pernah takut
Untuk jatuh cinta


Aku lelaki setia
Yang hanya satu cintanya
Dan takkan pernah terbagi
Walau berjuta wanita mencoba dekati aku
Aku kan slalu setia


Hingga sampai mati
Temani dirimu
Dan aku takkan pernah
Untuk mengkhianati
Cinta yang ku beri
Pertama dan terakhir
Temani dirimu
Dan aku takkan pernah
Untuk mengkhianati



Candid Photo Contest

Disember 28, 2009 32 Comments
Semenjak bulan Disember nak melabuhkan tirai, aku perhatikan contest sana sini.. Memang banyak giler.. Selepas join contest Joegrimjow suatu waktu yang dahulu kala, dan terakhir sekali contest Mr. J, aku belum pernah lagi jejakkan kaki kembali ke dunia contest.. Muahaha.. Tapi kini, aku kembali.. Heehee.. Contest anjuran tuan punya blog ll it's all about LIFE!! ll, bro Halim.. First time aku jejakkan kaki ke blog beliau, aku terus join contest ni.. Sebab contest ni memang super duper simple, syarat pun sonang ajo.. Jom kengkawan, kita join ramai-ramai, the more the merrier.. Heehee.. Contest apa? Eh.. Lupa kasi tahu.. CANDID PHOTO CONTEST.. Ngee..




Usha-usha sikit gambar atas.. Ohoho.. Candid pesyen ape tu bang? Ahaks.. Makanya, untuk contest ini, aku pertaruhkan gambar yang di bawah sanun.. Amacam? Candid tak candid? Kira candidlah jugak kan? Kan juri kan? Sebabnya aku tak sedar ada orang snap gambar kitorang yang tengah sakan berposing.. Hehehe..

Picture ni diambil a few months ago masa kitorang pergi menghuru-harakan bandar Labuan dengan kehadiran kitorang.. Habis satu bandar Labuan kitorang pusing.. Aku suka sangat gambar ni yang diambil oleh entah aku pun tak tahu siapa.. Masa ni dok sibuk concentrate kan.. Muahaha.. Really miss the moments when we were together, in Labuan.. The 2 weeks time are really precious and memorable..


Hokey.. Cukup sampai situ feeling-feeling.. Contest, ada kalah, ada menang.. Kalau tuan empunya badan yang menganjurkan contest nak bagi kemenangan kat aku, syukurlah, aku pun senyum sampai rabak bibirlah gamaknye.. Ngee.. But even tak menang pun, at least I'm having fun juge dapat kenal sama lagi seorang penghuni dunia blogger.. Heehee.. Okey semua, till here.. Join jangan tak join okey kengkawan.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Jangan ditanya aku yang mana satu, atau mana dua juga mana tiga.. Ngee..



26 Dis 2009

Aku Bukan Anak Manja.. Bukan Juga Anak Datuk, Anak Raja.. Aku Cuma..

Disember 26, 2009 43 Comments
"Fana, ko ni manja sangatlah.."

"Fana, ko tak kesian ke abah ko, asik jek nyusahkan dia nak datang amik ko.."

"Fana, ko ni kaya sangat ke asik drive jek balik umah.."


Dialog biasa telinga ini dengar entah dari mana.. Tapi aku bukan anak sulung yang manja.. Tolonglah percaya.. Al kisahnya.. Aku mula jauh dari keluarga saat berusia 18 tahun.. Ke Kuala Lumpur, Pusat Asasi Sains UM untuk menuntut ilmu.. Percaya atau tidak, dalam setahun aku di Kuala Lumpur, setiap kali bercuti mahu pulang ke rumah, abah yang datang ke KL untuk mengambil aku.. Naik bas? Tak pernah merasa.. Masa itu, ramai kata aku manja sebab hampir saban kali abah yang datang, tercanguk menunggu aku di depan pintu KUAZ.. Aku? Sikit pun tak masuk dalam hati, tak lekat dalam telinga apa yang orang kata.. Err.. Betul ke ayatku? Layan jek..




Umur cecah 19, merantau ke Ipoh belajar.. Lagi jauh.. Awal-awal tak punya kereta, balik ke Melaka, masih lagi abah ambil.. Tapi bukan selalu balik okey.. Dalam sebulan sekali, dan kadang-kadang 2 bulan sekali.. Orang kata naik bas, orang pujuk naiklah bas, kata macam-macam, murah, tak menyusahkan mak bapak, tapi masih.. Aku degil.. Berapa kali aku naik bas boleh dibilang dengan jari.. Bukan aku anak manja, anak Datuk, anak Raja apatah lagi.. Kalau mahu kata aku seram jika dingorat abang bas, abang penumpang, sikit pun tak logik.. Sebab selalu aku yang ngorat dorang, barulah dorang perasan kewujudan aku.. Serioussss.. Tolong percaya!!!


Bila sudah ada kereta, lagilah jarang balik naik bas.. Sebabkan Kelisa low cost kalau bab minyak ni, jadi selalu balik aku memandu saja.. Itupun balik sebulan sekali.. Balik minggu-minggu, mahu makan pasir aku.. Oh ye.. Kalau tak drive, aku tumpang kereta kawan sampailah ke Restoran Jejantas.. Muka aku, jejantas tu memang kenal.. Pengunjung setia.. Ahaks.. Siapa datang jemput? Nak suruh pakwe datang, tapi pakwe tak jumpa-jumpa lagi.. Jadi pakwe a.k.a abah saja yang datang.. Hehehe.. Haih.. Habislah lepas ni, ramai yang cabut untuk mohon jadi pakwe aku sebab mesti tak larat melayan kerenah manja aku, lagi tak larat nak tampung kos minyak perjalanan jauh.. Uish.. Aku tak manjalah.. Aku cuma.. FOBIA!!!



Pagi tadi negara digemparkan dengan berita kemalangan Bas Sani Ekspres, 10 terkorban dan 3 cedera parah.. Ketika itu, 1 pagi dan kejadian berlaku di Plaza Tol Ipoh menghala ke utara.. Bagi sesiapa yang masih belum aware tentang kejadian ini, laporan lanjut boleh baca di sini.. Al Fatihah kita sedekahkan buat mangsa dan takziah untuk keluarga mangsa yang terkorban..


Masa aku sekolah menengah, aku banyak disajikan dengan kemalangan bas di depan mata dan kepala otak aku yang suci ini.. Kemalangan, kematian dah jadi tepu dalam kepala otak.. Sejak dari itu, aku fobia.. Aku nekad takkan mahu naik bas.. Tapi makin menginjak dewasa, makin tinggi kewarasan dan kerasionalan fikiran, aku mula belajar atasi fobia.. Walaupun bilangan kali aku naik bas, boleh dibilang dengan jari, tapi at least aku cuba.. Dan aku.. Bukan anak manja.. Cuma aku.. Fobia.. Tak percaya? Tanya kawan-kawan yang pernah naik bas dengan aku masa first time aku pijak kaki atas bas.. Betapa menggigilnya aku, semua tersengih pandang aku yang memejam mata dan mencengkam tiang dalam bas.. Serious aku bukan buat-buat.. Memang aku TAKUT..


Hope aku dapat atasi fobia aku.. Aku juga harap kemalangan seperti ini boleh dikurangkan, banyak caranya boleh buat.. Malang memang tak berbau, tapi at least kita boleh cuba.. Dan yang penting.. Hati-hati.. Walaupun hati-hati masih juga bawa bencana, tetap juga hati-hati.. Okey.. Till here.. Assalamualaikum..





FOOT NOTE: Esok balik Ipoh, Khamis balik Melaka semula.. Have a safe journey Farhana..

25 Dis 2009

Farhana Itu Aku.. Mungkin Juga Dia..

Disember 25, 2009 34 Comments
Entry short short saja.. Cepat-cepat.. Hehe.. Namaku Farhana, bukan My Name Is Earl.. Tahukah anda itu? Hehe.. Pasti tahu, tak tahu maka tak kenal, tak kenal maka tak angau macam sekarang.. Ahaks..




Tahukah anda juga bahawa dalam dunia blogging ini ada berapa ramai yang namanya Farhana? Haaaa.. Bukan aku tak suka ini nama, suka sangat sebab mak abah yang bagi nama ni pada aku.. Tambah lagi Jinbara dah popularkan nama aku.. Nama kita.. Ya tak Farhana Farhana sekalian? Hehehe.. Tapi dalam dunia ini blog, setiap kita kalau ingin mudah diingati orang, kene ada uniknya yang tersendiri.. Pada aku, nama itu yang paling utama.. Mungkin ada yang kata APA ADA PADA NAMA.. Ada sesuatu laa, something something.. Ahaks.. Macam nama blog aku CAHAYA YANG RIANG GEMBIRA.. Haaa.. Senang register tak?? (hati melonjak riang sebab nampak ramai yang mengangguk.. ahaks..)





Samalah juga dengan penggunaan nama.. Aku sebelum ni guna nama penuh Nur Farhana, then aku ringkaskan jadi Farhana.. Tapi semenjak dua menjak ni ramai Farhana tumbuh macam cendawan lepas hujan.. Jadinya aku ada terfikir-fikir mahu ubah sedikit namaku.. Tambah sedikit atau buang sedikit.. Tapi still buntu mahu guna nama apa.. Sebab mahukan nama yang mudah diingati orang, mudah lekat dalam otak juga hati, agak susah sedikit laa.. Sedikit jekkkk.. Heehee..



So dear friends, agak-agak nama apa yang sesuai? Farhana Jiwang? Farhana Puteri Bumi Kenyalang? Farhana Sr (ini idea Joe.. hehe..)? Pening juga mahu fikir.. Atau kekalkan imej anda? Hehehe.. Kalau ada idea bernas dari kawan-kawan, akan aku pertimbangkan.. By the way, thanx u olls sudi dengar rintihan hati i.. Heehee.. Till here.. Tata.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Susah sangat aku guna nama Rosalinda Ayamor jek, tak pun Betty La Fea.. Not bad gak.. Ahaks..



24 Dis 2009

Bank Tajuk Dah Kekeringan Tajuk..

Disember 24, 2009 48 Comments
Pes of all.. Ini entry bukan untuk review drama or so whatever.. Sebabnya aku sux dalam mengulas drama, filem, lagu atau yang seangkatan dengannya.. Tak sehebat ini budak dalam mengulas dan review apa jua movie atau drama, rating dia dahsyat, unik dan agak pelik.. 9.9 bintang? Pes time aku dengar.. Muahaha..


Actually idea untuk berblog dah makin pudar sebabnya semangat dan segala jiwa aku dah aku curahkan ke bawah.. Ehem ehem.. Gambar bawah laa.. CINTA BALQIS.. Dulu tak layan, sekarang baru gedik-gedik berebut remote dengan adik aku bila jam struck 6.30 p.m. Tengah setia menunggu episod akhir, dengan Ezanykah, dengan Hassankah.. Hati aku dambakan Hassan.. Please tuan director.. Kalau drama belum habis bikin, tolong ubah ending dia supaya last2 dengan Hassan.. Kalau tak aku takmo nengok daa!!!


Korang semua.. Sape nengok drama air mata ni? What? Apa barang nonton? Alaa.. Drama Melayu sekarang banyak jugak yang malatopss laa.. Walaupun ade sesetengahnya bak kata entry Prof Dr. Black_Mel (yang mana gambar entry ni aku suka giler), sarat sangat dengan adegan makan-makan.. Ahaks.. Itu aku sokong.. Lepas tu, tiap kali makan, mesti sama jek colour air dia.. Apekah? But overall, ada juga kemajuan drama-drama Malaysia kita.. Syabas mere bete..




Aku suka quote dalam poster Cinta Balqis.. DIA MENGEJAR CINTA, NAMUN TANPA DISEDARI IA HANYA DI DEPAN MATA.. (gayanya macam Hassan jek hero.. i sukeee la macam ni..) Teringat aku pada entry Aci Aci Buka Pintu.. Heehee.. Kalaulah Balqis ada depan aku, satu saja aku nak nasihat dia, jangan dok kejar sangat cinta tu.. Lagi satu boleh tak kurangkan nangis, sebab bila ko nanges aku otomatik nanges.. Aiseyyy.. Hilang macho aku depan adik-adik aku.. Serious kalau aku nanges, semua pandang aku lalu tanya, "mata masuk habuk ke Along?".. Ouh.. Apakah..




Aku suka tengok gambar di atas, ihsan Uncle ini.. Bagi aku, sekeping gambar boleh bawa seribu makna.. Kalau beribu keping.. Haa.. Cube darab.. Kan ke dah berjuta makna.. Sebab tu entry aku, aku suka tepek gambar.. Ada makna tau.. Hehehe.. Walaupun bukan muka tuan empunya blog.. Sekarang malas nak tepek muka sendiri, sebab dah ramai jatuh hati.. Muahaha.. Okey okey.. Saya perasan jek.. Nanti akan aku post entry khas tentang gambar.. Tungguuu!!!


Last but not least, aku selaku Tuan Punya Cahaya Yang Riang Gembira ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Natal, Merry Christmas buat kawan-kawan yang beragama Christian.. Buat yang lain, selamat bercuti kengkawan.. Malam ni korang jangan lak duduk tepi tingkap macam Bro multi talented ini.. Duduk tunggu tok janggut datang bagi prezzie.. Ahaks.. Okey, till next entry.. Assalamualaikum..







FOOT NOTE: Serious dah tak tahu nak pikir tajuk apa untuk entry.. "Bank tajuk" dah kering??? Basahkan balik!!!



23 Dis 2009

Entry Ini Tak Bersifat Kenegerian.. Jiwang Saja.. Macam Biasa.. Ahaks..

Disember 23, 2009 54 Comments
Semenjak beberapa entry yang telah lepas, aku banyak bawa kalian ke arah perbincangan yang serius dan kadang-kadang bikin mengantuk.. Ahaks.. Lama rasanya dah tak merapu.. Farhana, kalau merapu, semua orang pasti tahu tentang apa.. Tak cinta, jiwang, love, mamat hencem, apa lagi??? Hehehe.. Kali ni juga tak terkecuali.. I know you suka.. Heee..




Nah.. Besar sekali bendera negara Malaysia kesayangan kita aku tempek di sini.. Tapi apa kena mengena dengan kejiwangan dan kecintaan? Hurrmmm.. Sebelum itu mari usha sedikit history hidup aku yang namanya Farhana ini.. Ada yang mungkin dah tahu, aku bagi booster kat korang.. Yang tak tahu lagi silalah capahkan telinga comel anda..


Aku, Farhana yang lahir di Hospital Kota Tinggi, Johor berasal dari sebuah kampung yang dipenuhi dengan makam dikenali sebagai Kampung Makam.. Sampai umur 4 tahun aku berhijrah ke Miri, Sarawak dan menetaplah aku di sana selama 11 tahun.. Umur aku 14 tahun, ke Bangi, Selangor pula arah tujuku.. Tamat pengajian abah, kami berpindah ke Melaka ketika umurku 16 tahun.. 18 tahun, aku terperuk di Kuala Lumpur.. Setahun saja di sana, aku sambung pengajian di Ipoh, Perak sampailah sekarang.. Heehee.. Ringkas dan padat.. Kepada calon-calon nak masuk meminang, tolong hafal trivia ini.. Akan aku soal di masa merisik nanti.. Ahaks..




Berdasarkan pendapat korang yang dah agak lama kenal aku, rasa-rasa korang pasangan aku nanti berasal dari negeri mana? Ataupun korang rasa aku sesuai dengan jejaka negeri mana? Wah soalan.. Memang merapu sungguh.. Haha.. Saja lepak-lepak, sembang gedik santai.. Bukan selalu kan.. Muahaha.. Dulu aku pernah baca entry Jard tentang lelaki dan perwatakan mereka mengikut negeri.. Menarik.. Heehee.. Okey okey.. Mari lemparkan pandangan anda..




Ooppsss.. Okey.. Aku tahulah aku peminat fanatik filem Hindustan, tapi janganlah sampai korang bagi jawapan pasangan aku dari Mumbai, India pulak.. Aku tak cukup duit nak bayar tambang belon nanti.. Ahaks..



Walau apapun pilihan korang untuk aku.. Wah.. Berkahwin atas pilihan blogger.. Dulu pilihan keluarga.. Zaman dah maju betol.. Haha.. Tak kisahlah negeri mana, balik raya nanti macam mana, yang penting HAPPILY EVER AFTER.. Macam dalam cerita Snow White, Cinderella, Batu Belah Batu BErtangkup.. Erkkk.. Okey okey.. Cukup sampai sini.. Tata.. Assalamualaikum..

21 Dis 2009

Aci Aci Buka Pintu..

Disember 21, 2009 44 Comments
Malam semalam yang indah dan sejuk, menggigil memeluk tubuh, asyik sungguh berfoya-foya di blog.. Penat di blog, singgah jenguk Facebook.. Update rakan-rakan aku telek satu persatu.. Ouh.. Sungguh takde keje kamu Farhana.. Tiba-tiba status rakan nan seorang buat aku tertarik.. Saja mahu share dengan korang.. Sharing is caring.. Except sharing pakwe terchenta hokey.. Itu dah terlebih caring.. Ahaks..




~ When One Door Of Happiness Closes, Another Opens ; But Often We Looked So Long At The Closed Door That We Do Not See The One Which Has Been Opened For Us : Helen Keller ~




Orang kata, siapa yang makan cili siapa yang terasa pedasnya.. Aku seperti itu, cukup terkesan dengan quote Helen Keller itu.. Pernah aku duduk menunggu di depan pintu, menantikan akan terbukanya pintu nan sebuah itu, tapi hampa sekali.. Mungkin kunci untuk membuka pintu yang itu, bukan padaku.. Dek kerana asyik menanti di depan pintu, aku seakan lupa ada pintu lain lagi, walau belum terbuka tapi pasti kunci yang ada padaku ini mampu membuka salah sebuah darinya.. Cuma menuntut sedikit usaha dan kesabaran.. Kan?




Bagi sesiapa yang ingin mengenal Helen Keller, beliau adalah seorang penulis terkenal, aktivis politik dan seorang pensyarah.. Seorang wanita yang hilang kedua penglihatannya juga deria pendengarannya sewaktu berusia 19 bulan.. Berkat usaha dan tak mudah putus asa, beliau berjaya menjadi manusia berguna.. Salute sama beliau.. Oh ya.. Ada satu lagi kata-kata dari dia yang agak mendatangkan kesan juga pada aku..


" I was appointed on a commission to investigate the conditions of the blind. For the first time I, who had thought blindness a misfortune beyond human control, found that too much of it was traceable to wrong industrial conditions, often caused by the selfishness and greed of employers. And the social evil contributed its share. I found that poverty drove women to a life of shame that ended in blindness. "


Maksud beliau, " Saya telah dilantik untuk menyiasat juga mengkaji tentang orang-orang buta. Untuk pertama kali, saya yang pada awalnya menganggap blindness adalah satu nasib malang yang kejadiaannya tidak mampu dikawal oleh manusia, mendapati buta ini kebanyakannya disebabkan oleh pekerjaan hanya kerana sikap pentingkan diri dan tamak majikan. Juga masalah sosial yang sedikit sebanyak menyumbang. Kesukaran dan kedaifan hidup mendorong wanita terjerumus ke lembah kehinaan yang membawa kepada blindness. "


Kalau dalam erti kata yang lebih senang nak faham, buta ni disebabkan sikap tak bertanggungjawab majikan yang kerja sambil lewa sampaikan mendatangkan kemudaratan pada pekerja. Juga wanita yang terlibat dalam dunia pelacuran, senang sangat nak dapat STD. Salah satu STD yang boleh menyebabkan buta adalah Syphilis.


Hmm.. Terduduk aku memikirkan kehidupan ini.. Okey semua, till here.. Assalamualaikum..







FOOT NOTE: Buta mata atau buta hati???



19 Dis 2009

Karma.. Balasan.. Salah Siapa??? (Karma Ke?)

Disember 19, 2009 44 Comments
Ini sebuah kisah benar yang dekat dengan kehidupanku.. Siapa hero, siapa heroin usah dipertikaikan, kerana kebenaran kisah ini, itu yang lebih bermakna.. Sudah lama tidak mencoret entry panjang dan panjang.. Heehee..


Lola nama tipu-tipu.. Gadis berkerjaya dan berpangkat, berumur 28 tahun yang masih mencari-cari peneman sehidup dan semati.. Seorang lelaki yang benar-benar mencintai dirinya.. Benar-benar.. Tapi jelas sekali jodoh begitu sukar lekat dengan dirinya.. Seringkali ada masa terluang dia akan duduk mengelamun memikirkan nasibnya.. Ada keluhan di hujung lamunan.. Ada kesunyian di balik pandangan mata cokelatnya itu.. Lamunan di petang yang kedinginan ini membawa dia kembali ke zaman sekolah menengahnya.. Zaman kenaifan dan penuh suka duka..




16 tahun.. Rakan-rakan sebayanya ketika ini mungkin tidak sebertuah dia, dihadiahi handphone oleh atuk tersayang.. Walau hanya Nokia 3310, tapi dia begitu suka.. Masih ingat lagi number yang dipakainya ketika itu.. 019787.. Ooppss.. Rahsia kot.. (aku nampak dah ada yang pegang handphone masukkan number.. haha.. berkenan dengan Lola ek..) Masa itu agak kejakunan sebab pes time pegang handphone, tangan gatal Lola setiap masa memicit butang-butang comel itu.. Rasa geram.. Heehee.. Satu hari, kesunyian dan kebosanan datang melanda.. Dalam hatinya, ada tak wujudnya number sekian sekian.. Number itu sama sahaja dengan numbernya, cuma pangkalnya saja lain.. Dalam tak sedar tangan menekan, ada nada di hujung talian.. Ooppss.. Letak.. Takut, berdebar.. Phewww..


Beberapa hari berlalu begitu saja.. Lola lega tiada yang menelefon semula.. (haih budak Lola ni, dah call takut pulak.. ape ajer laa..) Tiba-tiba.. Beep Beep.. SMS.. Dibukanya, dibacanya.. Mata terbeliak.. Number itu.. Bertanyakan SIAPA.. Budak umur 16 tahun itu lantas membalas, " SAYA LOLA, maaf sebab tersalah picit number, maaf ya.." Itulah permulaanya.. Perkenalan dengan seorang lelaki berusia 30 tahun, Syed namanya.. Entah betul entah tidak Lola tak pernah terfikir.. Sikit pun..




Tidak disangka akan lahirnya bibit cinta.. Auww.. Sungguh indah, hari-hari berSMS, bertelefon, siang bawa ke malam, malam bawa ke siang.. Tak sedar hari bersilih ganti.. Lelaki itu begitu memanjakan Lola, hampir setiap minggu number Lola pasti akan diTOP-UPkannya.. Fikir Lola, lelaki itu benar-benar sayang, cinta akan dia.. Kadang-kadang dalam tidur pun dia tersenyum bila saja teringatkannya.. Walau dalam otak Lola, hati Lola, Lola tahu Syed adalah suami kepada seorang isteri, ayah kepada 3 orang anak.. Tapi apakan daya, cinta begitu membutakannya.. Dia hanyut dalam lautan cinta.. Huhu.. (pesan Farhana, macam biasa, cinta tak pernah salah, orang yang bercinta tu yang buat salah.. heehee..)


Hampir setahun mereka bercinta.. Cinta yang terlarang.. Walau tak pernah jumpa tapi kemesraan yang disemai, mengalahkan orang yang bercinta di alam realiti 10 tahun.. Huhu.. Hati ingin sangat mahu jumpa tapi umur 16, masih lagi takut-takut.. (haih.. Benda lain tak takut, nak jumpa takut pulak, pelik si Lola ni..) Sampailah suatu hari.. Seorang wanita menelefon.. Dunianya tiba-tiba gelap gelita.. Begitu teruk Lola dicaci, dimaki.. Syed pula.. Senyap, membisu sejuta lemon.. Hubungan mereka? Terputus di saat itu juga.. Hari-hari Lola menanti panggilan kerinduan Syed, SMS cinta dan sayang dari Syed.. Tapi hampa.. Sunyi sahaja handphonennya.. Lola mula pasrah dan redha, dia sedar itu memang silapnya.. Menyesal.. Menyesal.. Dalam hati, berlagu pilu.. Dalam sembahyang, doa dipanjat, ampun dipohon agar kesalahannya dimaafkan oleh Allah, dimaafkan oleh si isteri itu..




Kini umur sudah 28 tahun.. Mahu mencari final destinationnya.. Tapi tak pernah kunjung tiba.. Ada memang ada.. 7, 8 orang juga yang bersua.. Memberikan kata cinta, janji setia.. Tapi sayang sejuta lemon kali sayang.. Lola tidak berkeinginankan lelaki seperti mereka.. Yang berstatus SUAMI ORANG.. Yang punya anak, punya keluarga bahagia.. Lola tidak mahu.. Never ever.. Sejarah silamnya membuatkan dia menolak mentah-mentah, lelaki yang bergelar SUAMI ORANG..




Sering Lola merintih mengenangkan nasibnya yang hanya didampingi insan yang tidak pernah dia damba.. Kisah silamnya datang kembali menerjah kotak fikirannya.. Adakah ini karma? Adakah ini balasan? Adakah ini doa orang-orang teraniaya seperti si isteri itu? Lola buntu.. Tiada apa lagi yang mampu dia buat hanya doa, usaha dan tawakal.. Mengharapkan di sebalik hujung jalan sana, ada cahaya..


Itulah kisah Lola nama tipu-tipu yang begitu mendambakan jodoh tiba, tapi sayangnya kerana kisah silamnya, lelaki-lelaki yang mendampinginya, memburunya, semuanya SUAMI ORANG.. Tatkala anda selesai membaca ini, pasti anda akan kata, salah lelaki itu sebab gatal, salah Lola sebab melayan, salah atuk sebab bagi handphone.. Huhu.. Apa kata kita jangan salahkan sesiapa, kebenaran dan makna di sebalik kisah ini yang mungkin kita kena renung.. Apa pandangan anda?


Pandangan aku.. Hmmmm.. Mungkin jodoh Lola yang dia cari selama ini memang suami orang.. Kita tidak tahu, perancangan Allah.. Huhu.. Jangan pernah salahkan kisah silam, jangan pernah anggap itu karma atau balasan, sebab walau apa jua yang terjadi, baik atau buruk, mungkin ada hikmah di sebaliknya yang kita tak tahu.. Bersyukur saja sebab apa jua yang terjadi, apa jua yang ditakdirkan , datangnya dari Allah.. Wallahualam..






FOOT NOTE: Cerita ini memang betul.. 200% dijamin keasliannya.. Enjoy reading..



18 Dis 2009

Haru Haru!!! Sampai Tak Boleh Update..

Disember 18, 2009 35 Comments
Ooppss. Bukan Haru Haru dari Big Bang ya.. Maaf buat kamu peminat K-Pop kecewa.. Heehee.. Buat kekasih gelap, juga terang.. Maaf sangat dan sangat.. Sebab tak update apa-apa lagi.. Bukan tak mahu, tapi kamu semua sila marah-marah manja budak INI.. Petang tadi mahu update tapi lepas selesai blogwalking, baca entry INI, terus aku menterharukan diri lalu harulah aku sampai sekarang.. Haha.. Alasan semata saja tapi sebenarnya malas nak update lepas kekenyangan makan masakan bonda yang dirindui.. Heehee..


ouh.. I.. I.. Terharu.. Betul ke ni?? (dalam hati.. cairlah mekap haku)


Ouh.. Entry ini aku tulis bukan untuk menunjukkan pada dunia, cuma nak tayang saja.. Eh.. Silap.. Mahu berkongsi keterharuan aku saja.. Seriously, dalam hampir 10 bulan aku berblogging, macam-macam entry aku tulis, macam-macam kenangan yang aku lalui, memori indah, perit, sedih, payau, semua korumnya cukup.. Cuma memori jumpa kekasih awal dan akhir saja belum nak tercapai lagi.. 2011.. Ada setahun lagi untuk aku mencapai azam aku.. Berkahwin.. Eh.. Bernikah dulu baru kahwin.. (mana tahu boleh jumpa di sini..) Heehee.. Okey Farhana.. Jauh dah menyimpang, balik rumah balik rumah..


Beberapa hari lepas status Facebookku berupdate, "SEDANG BERUSAHA MENJADI BLOGGER YANG BAIK".. Heehee.. Nak sangat jadi blogger yang baik.. Bila dah dapat jadi blogger yang baik, baru boleh naik 1 tingkat lagi ke tingkat TERBAIK wok.. Betul tak? Terima kasih daun keladi kepada Azuan Budak Pandai, atas entry ko.. Aku terharu sampai tak boleh update entry okey.. Haha.. Maklumlah.. Pes time Orang Puteh kata.. Ahaks.. Thanx jugerss sebab aku diklasifikasikan sebagai blogger WANITA/GADIS/PEREMPUAN.. Muahaha..




Siapa yang berkenan dekat budak Azuan ni, bolehlah pi ngorat dia.. Walaupun dia suka ngorat aku, aku bagi chance dia ngorat orang lain jugak.. Muahahaha.. Sedikit history tentang aku dan dia.. Kami dah lama kenal bak kata dia.. Sejak dari zaman baby dalam perut lagi tau.. Hehe.. Sekian..


Quick update.. 2nd of January 2010 I'll be attending a wedding of my best buddy.. Ooppss.. My best buddy's brother.. Basically, the wedding will be like sort of "Hindustan" style.. Heehee.. I loike.. She said there will be a session of 3 hours non-stop Hindi wedding songs.. Ouh.. I am getting much more excited.. Because I will be having a chance to DANCE.. Balle Balle!!! Mahi Ve!! Say Shava Shava!! Ahaks..



Walaupun ada lagi 2 minggu sebelum wedding tapi aku dah mula tak senang duduk.. Budget macam wedding aku jek.. Haha.. Nak menari weh.. Macam dalam filem Hindustan tu.. Teruja sangat.. Konsep 1 Malaysia telah diapply juga.. Heehee..


Okey semua.. Sebelum tutup kedai, Salam Maal Hijrah aku ucapkan buat semua, semoga akan ada perubahan yang lebih baik dalam hidup kita semua.. Juga tahniah buat Rajagobal.. Hehe.. We Are The Champion!!! Okey.. Tata semua.. Assalamualaikum..

17 Dis 2009

Take Note!!! Aku Nervous Kalau Kamu Panggil Aku Dot Dot Dot..

Disember 17, 2009 44 Comments
Entry kali ini mungkin akan membuatkan aku dilabel sebagai produk gedik.. Produk perah-san nak mati.. Produk yang tak laku-laku.. Eh.. Aku produk ke.. Aku wanitalah.. Aku wanita biasa.. *wink wink*



Apa itu DOT DOT DOT??? Sofea Jane dalam filem sensasi itu? Lydiawati dalam filem bersama Rosyam Nor itu? Ouh tidak.. Dot dot dot itu adalah SAYANG.. Aku ulang tajuk.. Take Note!!! Aku Nervous Kalau Kamu Panggil Aku Sayang.. Ngeee.. Bak kata Jard, wanita cepat sikit memperasankan diri.. Ouh.. Mungkin tak semua, sesetengah saja darinya.. Aku tergolong dalam sesetengah itu.. Bukan salah aku kan kalau aku cepat terperasan??? But seriously said, aku cukup nervous bila ada LELAKI yang memanggilku sayang.. Kalau perempuan takde lah aku berdebar-debar, dag dig dug.. Lain pula kondisinya kalau itu yang terjadi.. LELAKI.. Bila LELAKI panggil aku dengan sayang.. Ouh.. Rasa macam nak tercabut lutut.. Dah tercabut rasanya.. *gini ler orang cepat perah-san* I am very proud to tell you that I am a sensitive cute little girl.. Little or big? Confusion di situ.. Haha.. Aku sensitif dengan itu perkataan SAYANG!! Serious.. *muka serius gilerrrr*




Apa yang akan aku katakan nanti mungkin akan mendatangkan kata-kata dalam hati para lelaki mungkin juga perempuan, " haish minah ni, over terasa pulak, perasan, gurau sikit pun tak boleh.." Huhu.. Aku walaupun hidup dalam kepompong kemodenan, tapi aku konservatif, mind aku sangat dan sangat konservatif.. Bagi aku SAYANG itu bukan boleh disebut dengan sesuka hati.. SAYANG must come deep from the bottom of your heart.. Dari sayang itu nanti akan bawa pada rasa-rasa yang lain.. Bila ianya disebut atas dasar suka-suka, gurauan cuma, satu hari nanti perkataan SAYANG itu mungkin tiada nilai.. Bila itu terjadi, masa itu kita pun mungkin akan ragu-ragu, meraba dalam kegelapan mencari mana letaknya erti SAYANG sebenar.. Aku tiada niat untuk mengguris sesiapa, atau budget diri macam best, macam ramai sangat lelaki dok panggil aku sayang,*seriously, ade ke Cik Hana?*




Sebelum melambaikan tangan, mengangkat kaki, aku nak mohon maaf atas pandangan aku.. Ini cuma pandangan peribadi aku.. Anda mungkin boleh saja tidak setuju dengan aku.. Heehee.. Lain manusia, lain ragamnya kan? Yang penting, kita Respect his or her view.. Relaks saja dengan view masing-masing dan kalau perlu Respon kita respon dengan cara yang positif.. Mak aii.. Dah macam 3R pulak aku ni.. LOL!!!


Okey semua.. Petang nanti akan berangkat pulang ke Melaka.. Balik rumah, kalau ada kelapangan, aku jenguk korang ye.. Sayang semua.. Tata.. Assalamualaikum..








FOOT NOTE: Kalau mahu panggil sayang juga boleh.. Begini panggilnya.. Hai Farhana Sayang (tanpa niat).. Muahahaha.. Senget betul idea aku.. LOL!!!


P/S: Ade tak kawan-kawan biasa, between a man and a woman, panggil SAYANG antara mereka? Or sayang is juz a universal word to express appreciation to a relationship, doesn't matter friendship, dan macam-macam ship lagi.. If that is so, then I deeply apologized for having these kind of thought.. Sekian..


16 Dis 2009

Soul Itu Jiwa.. Mate Itu Orang Gaji???

Disember 16, 2009 46 Comments
Tajuk kedengaran sedap.. Eh silap.. Kebacaan sedap.. Hoho.. Tapi tiada Neng mahupun Bibik yang akan melibatkan diri dalam entry ini.. Hanya penghias tajuk semata-mata.. Biarlah mereka berehat.. Asyik bekerja memerah keringat.. Mendera? Atau didera? Hmmmm.. Jom borak soal rasa.. Soal cinta.. Lelaki dan wanita.. Ini orang pasti suka.. Hahaha..




Spouse = Soul Mate???


Neng dan Bibik hanya penghias tajuk dan bunga-bunga mukadimah.. Lupakan mereka seketika.. Fokus pada aku.. Ya.. Aku.. Heehee.. Entry ini kita cerita tentang soul dan mate.. Bukan orang bukan juga haiwan belaan.. Cuma 2 perkataan yang bila digabungkan ia menghasilkan magik dalam hati.. David Copperfield pun belum tentu dapat buat magik seperti itu.. Heehee..



apa itu soul mate???


Semua punya keinginan.. Desire.. Untuk bertemu soul mate.. Aku pernah juga mendahagakan kehadiran insan yang layak aku gelar MY SOUL MATE.. Tapi itu dulu.. Sekarang? Aku sendiri seakan tak berapa pasti sejauh mana kebenaran bahawa soul mate itu wujud.. Anda pula bagaimana? Seperti akukah? Yang masih dalam awangan antara langit dan bumi, mencari kepastian soul mate itu berada di bumi atau di langit.. Huhu.. Keliru kadang-kadang..



Ada orang akan kata apabila kita berkahwin, pasangan kita itulah soul mate kita.. Bagaimana pula kalau lepas berkahwin, bercerai pula? Masih soul matekah? Atau akan ada soul mate baru? Haih, begitu banyak songeh dan soalnya tapi jawapannya masih belum ada.. Aku sendiri masih berada dalam ketidak pastian.. Soul mate itu apa? Soul mate itu siapa? Alienkah? Artiskah? Sahabat kitakah? Soul mate akan ada seorang seumur hidup atau berorang-orang? Ouh soul mate.. Aku tanya ni.. Tolonglah bagi aku jawapan..



KLIK untuk anda ketemu jawapan di mana soul mate sebenarnya..


Emily Matthews.. Jawapannya tentang erti soul mate buat aku tersenyum sendiri.. Begitu indah sekali diceritakannya.. Sekarang dalam otak aku sudah mula terbina sedikit demi sedikit imej baru tentang soul mate.. Soul mate itu indah.. Heehee.. Tapi.. Soalan yang menjerut leher, memecahkan kepala, memeningkan otak.. Macam mana kita nak tahu DIA adalah soul mate kita.. He or she is the one and only for me.. Ada electric shock tatkala mata bertentang mata? Atau ada chemistry saat bersua? Mungkinkah jua jantung berdegup kencang dan hampir mahu terkeluar bila menatapnya? Well.. No definite answer kan? Mungkinkah ianya akan tetap menjadi misteri seperti misterinya UFO atau misterinya nusantara.. Hahaha..


Jom kita cari soul mate kita.. Kalau korang dah jumpa, jangan lupa roger aku.. Aku nak tahu apa rasanya, apa simptomnya.. ^_~


Assalamualaikum.. Tata semua..


FOOT NOTE: Siapa nak ikut aku balik Melaka? Jom jom jom.. Special seat.. Bonnet kereta Kelisa aku hokeyyy.. Haha..