Abang Polis Main Kejar-Kejar..

Hoyeh hoyeh.. Dah sampai Melaka.. Keluar Ipoh pukul 4 petang.. Sampai rumah pukul 8 malam.. Mata dah nak tertutup dah, penat satu badan, tapi layan blog dulu.. Heehee.. Jalan tak berapa nak sesak cuma di Nilai saja agak sesak.. Sebab musababnya abang-abang polis yang macho-macho belaka sedang sibuk dengan Ops Sikap mereka.. Tapi highway menghala ke utara sesak yang amat dahsyat.. Kasihan orang yang balik utara.. Mesti penat.. Hmmm..




Sebelum melayar bahtera mimpi, meh nak story sikit pasal kisah petang tadi.. Abang-abang polis trafik yang berdedikasi sedang menjalankan tugas di sana sini.. Snap gambar.. Nasib aku memandu dengan berhemah, ikut peraturan jalan raya.. Highway 110km/j saja okey.. Kadang-kadang ada jugak terlepas ke 120.. Hati dah risau, tak kena saman ke aku.. Sampai di Nilai, nampak abang-abang polis sedang sibuk menahan kereta-kereta sampai sesak jalan lebih kurang 5km.. Hoho..


Tiba giliran kereta aku lalu.. Abang polis stop depan, pandang aku.. Aku terkesima.. Sebab dia cute.. Hahahaha.. Okey okey.. Terkejut beruk sebenarnya.. Gaya macam nak suruh aku stop.. Ehem ehem.. Nak ngorat saya ke? Maaf.. Saya tak minat.. Ahaks.. Masa itu aku dah berpeluh-peluh, takut wo.. Sebab dulu masa aku pegang lesen P, aku pernah kena tahan dengan pakcik polis sebab langgar peraturan jalan raya.. I tak sengaja pakcik.. (walau buat muka manja, pakcik tak pandang langsung okey.. haha.. bagus pakcik tu..) Sampai sekarang aku fobia dengan POLIS..


Rupanya abang-abang polis nak tahan kereta belakang aku, speeding kot.. Toyota tak silap mata aku.. Mula-mula aku nampak dia bagi signal nak berhenti.. Tak lama, dia pecut lari rupanya.. Hampeh betul.. Abang-abang polis apa lagi, capai helmet, melompat atas motor (ala-ala Roda-Roda Kuala Lumpur laa.. haha..) dan KEJAR!!!! Hahaha.. Berlakulah aksi kejar mengejar.. Lawak aku tengok.. Sebab last-last kat depan sana, kena tahan juga.. Wawawa.. Jadinya adik-adik, jangan perlekehkan kewibawaan abang-abang polis Malaysia.. Hebat juga okey.. Heehee..



Erk.. Tiba-tiba mata mengantuk jadi segar pula.. Huhu.. Itu saja cerita kita malam ini ya anak-anak.. Heehee.. Lagi satu lupa nak pesan.. Kalau boleh, janganlah sebab nak cepat sampai, korang main redah lorong kecemasan.. Tak ingat ke kes-kes kemalangan jiwa lately semua berlaku di lorong kecemasan sebab berlanggar lori, treler yang tersadai di tepi.. Okey semua, ingat pesanan ini ya.. Heehee.. Jaga diri.. Esok pagi aku balik kampung.. InsyaAllah, kalau ada kesempatan aku online.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Perit rasa macam ni.. Feels like I am nobody.. Hmmmm..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.