Zhu Ni Xin Nian Kuai Le.. Wan Shi Ru Yi.. Hong Bao Na Lai..

Mata aku dah layu.. Kerja aku tak siap.. Kalau lambat tidur, esok aku drive tersengguk-sengguklah gamaknya.. Nasib ada teman di sisi yang boleh lempang aku, cubit aku atau bagi penumbuk sedas dua kalau aku terlelap.. Untuk Kema, sila pastikan kawan hang segar sepanjang jalan okey.. Ahaks.. Dengar kawan-kawan yang berpeleseran di highway update, jalan dah mula sibuk.. Nampaknya malam ini kena exercise kaki.. Mengelakkan berlaku kekejangan semasa jalan jam.. Hoho..



Gong Xi Fa Chai dah nak datang tak lama saja lagi.. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Gong Xi Fa Chai, Xin Nian Kuai Le, Wan Shi Ru Yi, Nian Nian You Yu pada rakan-rakan yang berbangsa Cina.. Teringat zaman sekolah rendah dulu, kalau Tahun Baru Cina, semua kawan-kawan mesti jemput aku datang rumah.. Paling best dapat tengok tarian naga.. Ke singa ek? Hmmmm.. Dapat Ang Pow dari cikgu-cikgu aku.. Hoho.. Memang momen indah dalam hidup.. Tapi aku paling takut datang rumah kawan-kawan aku yang ada anjing, aku seriau.. Even kucing pun aku takut, anjing apatah lagi.. Haha..



Semua akan mula cuti esok.. Pasti ramai tengah sibuk packing barang nak balik kampung tercinta.. Pesan aku untuk aku sendiri, untuk dia, untuk kamu semua, drive dengan berhemah ya.. Jangan speeding, sebab polis bersepah-sepah atas highway.. Tapi itu bukan sebab utama no speeding, sebab kalau kena speed trap masih cool dan okey lagi, kalau speeding dan accident? Ingat orang tersayang ya.. Ingat ingat ingat.. Jangan lupa.. Tak lari rumah dikejar.. Pesanan masyarakat daripada tuan blog Cahaya Yang Riang Gembira.. Ngeee..


Buat rakan-rakan bangsa lain yang bercuti, selamat bercuti ya semua.. Happy holiday.. Ada siapa-siapa nak ikut aku balik Kota Tinggi? Heehee.. Kita cuti 3 hari 2 malam.. Jom jom jom.. Heehee.. Take care semua.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Kawan-kawan aku seramai 5 orang bersuara dan meluah kata.. Muka aku sama dengan muka................. Hahahahahahahahaha..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?