Ada Siapa-Siapa Tahu Bagaimana Rasa Rindu Setengah Mati?

Pagi ke petang ada kelas.. Tak sempat mahu menaip entry, malam nanti sajalah ya.. Cuma aku mahu tahu, ada siapa-siapa pernah merasa rindu setengah mati tak? Puas aku fikir, aku selam dalam-dalam, timbul ambil nafas dan selam lagi, tetap tak jumpa, apa sebenarnya rasa rindu setengah mati?


Macam mana jika makin jauh, tanpa khabar, tanpa berita, tanpa melihat wajah atau mendengar suara, rasa rindu setengah mati itu akan ada atau tidak ya.. Huhu.. Malam-malam begini, kejiwangan menerjah kotak fikiran, membalut tubuh dan memberi kehangatan.. Ya.. Jiwang itu rasa hangat kamu tahu tak? Heee.. Jam sudah menunjukkan pukul 2.50 pagi.. Aku schedulekan rasa ini untuk dipublish pagi esoknya.. =)




RINDU SETENGAH MATI


Aku ingin engkau ada di sini
Menemaniku saat sepi
Menemaniku saat gundah


Berat hidup ini tanpa dirimu
Ku hanya mencintai kamu
Ku hanya memiliki kamu


Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Aku rindu setengah mati


Meski telah lama kita tak bertemu
Ku selalu memimpikan kamu
Ku tak bisa hidup tanpamu


(D' Masiv feat. Kevin Aprilio - OST Kejora Dan Bintang)




Mungkin rindu seorang ibu pada anak-anak yang jauh dari pandangan mata adalah rindu setengah mati? Perhaps.. Take care semua.. Jaga diri elok-elok.. Jangan rindu aku setengah mati.. Heee.. Assalamualaikum..





FOOT NOTE: Sekarang adalah saat-saatnya.. Saat aku gundah.. *melepas keluhan yang panjang*


Ulasan

rhapsody LiN berkata…
do u like this song?
nanti i try maenkan guitar lgu nie untuk u. :)

happy2 slalu k sis
:)
Tanpa Nama berkata…
rindu x berbalas tu rindu yg spruh mati lah kut!
sakit gila!! hahah :P

semalam rindu i ke tanja bucuk2 abg gaggagaa...

BTS
zella y berkata…
ya! sy tau....sbb tgh rindu separuh mati kat seseorang ni hu....
Mario berkata…
uikkk...rindu tuuu...ekeke
lamanya tak dtg cni...ishhh
Adziim berkata…
Rindu setengah mati tu agaknya bila rindu sangat makan tak terjaga, lepas tu jatuh sakit, dah nak mati then kena lempang ngan mak biar berpijak di bumi nyata..jangan duk banyak sangat khayal.
Mungkin gitu la kot.
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
makan tak lalu
mandi tak basah
tido tak lena
termenung sana sini
hp di tgn sentiasa
duk depan umah mcm menanti org tak dtg..heheheheh
Unknown berkata…
aku tahu mcam mane perasaannya...hati sentiasa resah..hidup umpama tak bernyawa..waakakka
Kuwe berkata…
Dah lama tak kesini.
Jangan salahkan aku.
Salahkan laptop aku rosak.Kih.


Aku malas nak komen apa tentang rindu apa lah bagai tu. Sebab aku bajet coool.
Ibu Ammar berkata…
rinduku terhenti.. *tetiba
akira sendoh berkata…
hee..akira no kumen la..:D

lyric lagu tuh..fuh..dasat..:D
Tanpa Nama berkata…
rndu stgah matI???
rndu smpai mati..
hakhak....
akak2!
jiwg betoi!
kawie2020 berkata…
rindu setengah mati?

ada ke setengah mati nih? hhehehehehe...
chokio_nia berkata…
tapena la weh aku rase mcm ne..tgu da kawen kot br rase??erk..haha
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
abigemok berkata…
wah rindu ke? hehe simpan rindu itu baik2 :P

anyway anda kena tag kat sini

http://kyuubi85.blogspot.com/2010/05/rehat-sambil-jawab-tag.html

kalau ada masa buatlah ye :D
Tanpa Nama berkata…
bahaya rindu separuh mati ni..
mesti 50-50 ek..
heheheh
Rara berkata…
rindu stgh mati? blum rse lg..rindu bse2 tu pnh la..heheh :)
Dr House berkata…
Setengah mati? Mane lagi setengah. Kenapa tak full. Maen setengah2 plak.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.