31 Jul 2010

Nasib Mereka Berdua Tak Ada Janggut Sejemput..

Julai 31, 2010 2 Comments
Assalamualaikum semua.. Salam tengahari.. Dah mamam semua? Heee.. Sorry sangat-sangat sebab tak habis-habis dengan entry janggut.. Nak buat macam mana, suka.. Wakaka.. Cerita berlaku Khamis lepas di Restoran Jejantas Sungai Buloh, baru sekarang nak share share.. Maklumlah, masih terkedu.. Wawawa.. *poyo*





Tak minat pun.. Tak pernah ambil tahu pun.. Cuma sekali sekala dengar gosip mereka berdua.. Siapa lagi, Zaquan Adha dan Aidil Zafuan.. Kembar yang hot.. Adil Zafuan satu waktu dulu dengan kes kahwin lari dengan Rita Rudaini.. Zaquan Adha pula hangat dengan gosip cinta dengan Ayu Raudhah.. Huh.. Aku memang tak minat.. Cuma aku tahu mereka berdua pemain bola sepak negara.. Titik noktah..


Tapi Khamis lepas terserempak dengan "beliau".. Aku tak pasti siapa antara dua, Zaquan atau Zafuan.. Haha.. Dan dalam mata aku masa tu nampak seorang saja sebab dia menghadap ke arah aku.. Ekeke.. Beliau memakai baju kuning dan dikeliling 3, 4 orang lagi kawan-kawan yang berpakaian sama..


Ketika kejadian, aku sedang memandu.. Dari jauh, nampak macam kenal.. Dekat-dekat.. Aku pun jerit kecil saja.. Zaquan Adha!!! Pada hal tak tahu siapa, Zaquan ke Zafuan.. Balun saja.. Oh!! Beliau sangatlah kacak secara realitinya okey.. Haha.. Sempatlah bertentang mata sekejap walau ada cermin menghalang.. Setengah saat kot.. Wakaka.. Housemate aku duduk sebelah, mula-mula cool.. Aku ingat dia tak hairan.. Elok-elok lepas je, dia menjerit lagi kuat dari aku.. Terkejut badak aku.. Aigoo.. Peminat rupanya.. Haha..




Haish.. Nasiblah mereka berdua tak ada janggut sejemput ya.. Wakaka.. Macam-macam orang dah aku jumpa di Restoran Jejantas.. Tak lama dulu, terserempak dengan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Shahidan Kassim.. Heee.. Next time harap-harap dapat jumpa Gerard Butler, tak pun Shah Rukh Khan.. Ekeke.. Okey.. Mahu lunch.. Assalamualaikum semua.. =)




FOOT NOTE: Agak-agak ada ke orang mula bela janggut sejemput lepas baca entry aku? Hurrrmmm.. *dalam mood berfikir panjang* Ekeke.. =p

Imam Muda Asyraf & Imam Muda Hizbur Punya Satu Ciri Serupa

Julai 31, 2010 11 Comments
Assalamualaikum.. Lama tak nampak muka Cik Farhana.. Dah sampai Melaka memang tak online jawabnya.. Sibuk layan adik-adik sayang.. Layan makan sedap-sedap.. Heeee.. Ini pun update sepantas kilat..





Officially, Imam Muda dah sampai kemuncak dan dah pun tamat sebentar tadi.. Tahniah kepada Imam Muda Asyraf.. Kamu memang best.. Memang ada gaya jadi imam.. Tahniah juga buat Imam Muda Hizbur.. Kamu pun sama-sama hebat.. =)







Apa yang serupa dan sama yang mereka berdua kongsi? Merujuk pada entry accident yang lepas.. Kedua-duanya punya janggut sejemput.. Ooppsss.. Ini sudah lebih ya Farhana.. Ekeke.. Okey semua.. Gotta go.. Take care.. Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE: Sejuk mata.. Sejuk telinga.. =)

28 Jul 2010

Accident Ini Terjadi Padaku Tengahari Semalam

Julai 28, 2010 17 Comments
Assalamualaikum dan salam hari Rabu.. Esok Khamis.. Balik balik balik!! Hoyeh!! Dah berkira-kira balik nanti nak buat Puding Castard tak pun Triffle.. Untuk apa? Untuk siapa? Adalah.. Lalala.. Jemput mamam.. =p




Tengahari semalam accident.. Haiya!! Kejadian berlaku di Universiti Kuala Lumpur Royal College Of Medicine Perak di tengahari yang panas terik.. Dah setengah hari berlalu, kusut masai serabai, imej tak terjaga langsung.. Kira macam selebet satu dua tiga macamlah.. Time tu juga nak accident.. Entah apa-apa..


Eh.. Bukan bukan!! Bukan accident kereta, mahupun motosikal.. Basikal juga bukan, beca apatah lagi.. Derrr.. Habis tu accident apa.. (_ _!)


Erk!! Erk!! Aku accident.. Emmm..


Accident..


MATA!!! =p




I tak sengajalah.. Janganlah marah I.. Accident mata dengan seorang budak junior.. Ouch!! Aku tak sangka sebagai seorang senior, aku punya junior yang sangat manis, da bomb dan warrggghhhh!! Kelu lidah tak terkata.. Hey hey!! Dia senyum pada saya yang selebet dan serabai ini okey.. Cair sebentarlah.. Sebentar saja.. Sekali pandang macam Aaron Aziz.. Yang penting beliau ada "Islamic look".. Itulah term yang kami budak-budak perempuan pakai bagi lelaki-lelaki yang ala-ala alim.. Rupa kalau pandang SEJUK HATI, ada JANGGUT SEJEMPUT.. Most importantly.. I like "the kening".. Ooppsss.. Terlebih sudah..


Motif? Saja nak bagi tahu begitulah ciri-ciri lelaki idaman saya jika dinilai dari fizikal.. Asalkan sejuk mata memandang dah okey.. Dari segi dalaman? Nanti-nantilah cerita.. Bukan senang pun nak cari yang diidam-idamkan ni.. Okey.. Tata semua.. Jaga diri elok-elok.. Assalamualaikum.. =)




FOOT NOTE: Dan dan dan.. Aku terserempak dan sempat membalas senyuman dan say HAI dengan junior aku yang ini.. Pengupdate blog yang tegar.. Dan dan dan.. Dia sangat cantiklah.. Manis jerrr dia senyum.. Heeeee.. =)

Dare To Dream.. Believe In Miracle..

Julai 28, 2010 8 Comments
Assalamualaikum.. =)


This one is for those who dare to dream.. And believe that somewhere out there, there is something called as MIRACLE.. =)




On the opposite coast of sadness,
Is something called "a smile"..
But before we can go there,
Is there something we are waiting for?


The purpose is not to run away,
It's to chase after dreams,
We've got to go, to that far away summer's day..


If we find it tomorrow, we can't sigh..
Because like a boat that opposes the stream..
We have to walk straight on..


In a place worn down by sadness..
something called miracle is waiting..
Yet we are still searching..
For the sunflower that grows at the end of spring..


The warrior who waits the morning light..
Before he can clasp it with red nails..
His tear glitter and fall..


Even if we've grown used to loneliness..
Only relying on the light of the moon..
We have to fly away with fetherless wing..
Just go forward, just a little further..


As the rain clouds break..
The wet streets sparkling..
Although it brings only dark..
A powerful, powerful light..
Helps push us to walk on..







Translation from a Japanese Song..
Only Human ~ K..
OST 1 Liter Of Tears..





Teringat satu waktu dulu sering menitipkan kata-kata semangat buat insan yang hati ini sayang.. Ya.. Perasaan "care" terhadap seseorang itu umpama satu keajaiban yang mampu buat hati kita gembira.. Tapi.. Ahh.. Barang yang lepas apa guna dikenang-kenang.. Buka hati dan pandang jauh-jauh.. Masih banyak keajaiban terbentang di luar sana.. =)


Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE:


"It's a quarter after one, I'm all alone and I need you now..
Said I wouldn't call but I lost all control and I need you now..
And I don't know how I can do without..
I just need you now.."

- LADY ANTEBELLUM ~ NEED YOU NOW -

27 Jul 2010

Maaf Sayang.. Jangan Bimbang.. Sayangku Tetap Utuh Buatmu..

Julai 27, 2010 14 Comments
Assalamualaikum.. Selamat malam sekali lagi buat semua.. Entry khas sebelum berakhirnya tarikh 26 Julai.. Haih.. Rasa bengang dan marah dan sedih dengan diri sendiri.. Makin menginjak usia, otak makin pelupa.. Pada hal malam semalam sudah disemat di otak, mak juga sudah memaklumkan melalui SMS.. Tapi tetap juga aku terlupa dek dihambat kesibukan.. Grrrr.. Rasa macam nak lempang diri slow slow.. T_T




Maaf sayang.. Beribu berjuta kali maaf dipohon kerana kekhilafan diri pada tahun ini.. Namun jangan bimbang sayang, walau lupa dan tak ingat, sayangku pada kamu tetap utuh dan tak pernah luput.. Sayang kamu ketat-ketat.. Nantikan kepulanganku nanti untuk memelukmu erat-erat.. Cium kamu lagi dan lagi.. Ekeke.. =p


Hey hey.. Hari ini hari lahir sayang saya.. 26 Julai.. Sama tarikhnya dengan blogger Hans Hanis a.k.a Shah Rukh Khan.. Selamat hari lahir Hans, moga lebih kacak tahun demi tahun.. Heee.. Tahunnya saja yang berbeza.. Jap jap jap.. Meh kenalkan sayangku dulu..




Inilah..


Dia..


Sayang..


Saya..


Perkenalkan.. =)







Muhammad Faiz bin Abdullah.. Lahir pada tahun 1999.. Adik bongsu kesayanganku.. Pewaris sikap gila-gila aku.. Walaupun gila-gila tapi sebenarnya dia seorang yang sangatlah pemalu.. Pemalu tahap gaban wa cakap lu.. Patutnya aku yang ada sifat begitu.. Hahaha.. Nak tahu apa cita-cita dia? Mahu jadi Ustaz..


Macam mana entah aku boleh terlupa hari lahirnya.. Sampaikan mak sendiri yang telefon dan pass telefon pada adik aku.. Derrr.. Apa punya kakak.. Dush sekali.. Aku dah ingat semalam, tapi sampai hari ini aku tak ingat.. Bukan lupa.. Heeee..





Kepada adikku Faiz, Along doakan semoga kamu sentiasa dalam kesihatan yang terbaik, jadi anak yang baik, belajar rajin-rajin supaya dapat jadi Ustaz.. Berjaya hidup dunia dan akhirat.. Amin.. =)


Sesungguhnya aku memang seorang kakak yang penyayang.. Muahaha.. Okey semua.. Tata.. Take care okey.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Terserlah keromantikan aku dalam entry ini.. Ooppss.. Maaf.. Terperasan jap.. Hik hik.. =p

26 Jul 2010

Cara Paling Mudah Kuruskan Badan

Julai 26, 2010 10 Comments
Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Sejak dari pagi tadi tak berkesempatan mahu online dan update blog, sibuk di hospital dari pagi sampai ke petang.. Pheww!! Khamis mahu pulang Melaka.. Hoyeh!! Menghitung hari saja, mahu ke kelas pun tak bersemangat.. Maklum saja lama sungguh tak pulang.. Tapi.. Tapi..


Pulang nanti pasti mak bising tengok anak sulungnya ini tak mengecut-ngecut dan berbody ala-ala Maya Karin.. Macam Lisa Surihani ke.. Dah habis 3 kotak Jus Diet Mate dah.. Jangan risau mak, ada pengecutan sedikit walau tak berkadar terus dengan pengaliran wang mak dalam melabur Jus Diet Mate untuk anakmu ini.. Haha.. Sabar menanti ya mak..


Alangkah indahnya dunia kalau ada cara paling mudah nak kuruskan badan.. Eh.. Siapa pernah tengok Tom & Jerry? Siapa ingat lagi macam mana rupa bentuk si Tom bila dilenyek atau terkepit di sebalik pintu? Haaaa.. Jadi penyek kan? Best juga kalau cara begitu boleh diaplikasikan pada manusia.. Sekali lenyek, sekali kepit terus jadi sekeping.. Walla.. =p


Tapi sayangnya, benda yang indah menuntut pengorbanan dan memerlukan masa.. Nak tampil cantik dan sihat bukan soal sehari dua.. Perlu satu jangka masa.. Okey semua.. Yang penting, jangan memudaratkan diri sendiri ya.. Sayangi diri baru boleh sayang orang lain.. Heee.. Assalamualaikum..





FOOT NOTE: Kartun sungguh idea aku nak menguruskan badan ya.. (_ _!)

Pengalaman Romantika De Amour Berbulan Madu Di Pulau Perhentian

Julai 26, 2010 20 Comments
Assalamualaikum orang Malaysia.. Apa khabar anda di hari Ahad? Salam penuh keceriaan untuk semua ya.. Hey!! Siapa ingat lagi entry aku yang bertajuk Mencari Calon Suami Nun Dari Pantai Di Timur Sana? Entry separa gedik tersebut yang berkisarkan rancangan masa depan aku untuk bulan madu di Pulau Perhentian telah mencetuskan idea dalam kepala otak untuk membuat sekuelnya.. Ekeke.. Gatal sungguh aku.. Kahwinkan kang baru tahu.. *bluching* =p


P/S: Hanya untuk pembacaan individu berusia 23 tahun ke atas.. =p


* * * * * * * *


Tahun 2012 @ 2013.. (ikut jadual tuan blog dan pasangan, tahun mana senang dan tak sibuk dan ada BANYAAAAKKKK duit.. Ekeke..)


Sepasang uda dan dara yang baru saja mendirikan rumahtangga telah ke Pulau Perhentian untuk berbulan madu.. Jom kita ucha-ucha apa mereka buat di sanun.. Ucha aku boleh, suamiku jangan ucha lama-lama.. Aku jealous.. Sekian.. =p



Dari jauh sana kelihatan sepasang suami isteri sedang berlari-lari sambil kejar mengejar, geletek-menggeletek.. Entah dari mana berkumandang lagu Kaho Naa Pyaar Hai *dramatik giler* Sesekali mereka berdua terjatuh di gigi air sambil tergolek-golek atas pasir pantai yang putih.. Alamak.. Main usap-usap rambut suami dia pula, si suami pula dok renung-renung mata.. CUT!! Cukup sampai situ.. Next scene.. =p





Bersambung dari sebelah sana.. Lari sampai ke sebelah sini pula.. Athletic betul pasangan suami isteri ini.. Tapi sampai sini masing-masing dah tak larat lari.. Si suami mengeluh penat.. Si isteri yang masih okey dan bertahan, apalagi, dikendongnya si suami di belakang dengan penuh kasih sayang walau kaki bergetar-getar, gigi diketap rapat menahan berat tubuh suami.. Nasib si isteri tiada osteoporosis, kalau tak lama dah tulang temulang hancur lebur.. Ekeke.. Dalam duduk dikendong dan mengendong, sempat lagi si suami mencuit-cuit telinga isterinya dan melayangkan satu ciuman di pipi isterinya yang tercinta.. CUT LAGI!! Dah dah.. Jangan demand scene seterusnya.. Next scene.. =p





Slot honeymoon mereka juga diisi dengan sesi menaiki boat round-round satu island.. Boat ke sampan ke rakit ke tak kisahlah, janji honeymoon.. Wakaka.. Tapi kalau dapat Titanic lagi menarik rasanya.. Hoho.. Disebabkan keinginan membara menaiki Titanic tapi tak berpeluang, mereka pun buatlah aksi-aksi ala Jack dan Rose, peluk di hujung-hujung boat.. Pakcik kemudi boat geleng-geleng kepala sambil cuba membalancekan berat takut boat tenggelam di hujung sebelah sana.. Orang tengah mabuk honeymoon, boat bergoyang macam nak tenggelam pun tak perasan punya.. CUT!! Penat tengok aksi ciplak.. Next scene.. I want more!! Haha..


P/S: Sebenarnya si isteri takut naik bot.. Ini fakta.. Baru disedari semasa menaiki bot di Pulau Pangkor tak lama dulu.. Takutnya macam nak suruh pakcik boat balik ke daratan semula..





Kata si suami pada isteri..


SUAMI
Awak.. Kejap lagi nak pergi snorkeling.. Saya tahu awak takut.. Kan?


ISTERI
Dah tahu tanya lagi.. Debik kang.. Buwekk!! *aksi budget cute*


SUAMI
Awak anggap jek macam awak pegi Fish Spa, tapi rendam satu badan.. Okey sayang bucuk-bucuk abang? Wakaka.. *gelak sinis*


ISTERI
*muncung sedepa*


Dek kerana tahu isterinya takut akan air, kedua-dua tangan isterinya dipegang selama mereka berenang, kadang-kadang pinggang dirangkul.. Sweetlah pulak.. Banyak ikan-ikan kecil yang kelihatan.. Ikan bilis ke apa.. Mereka sama-sama campak roti untuk dijamah oleh ikan-ikan.. Mula-mula bagi ikan makan, lama kelamaan, saya suap awak, awak suap saya.. Suap menyuap dah pula.. Even roti tapi tetap romantik.. Auww..


Sekian, tamatlah sudah kisah honeymoon di masa depan.. Wakaka.. Sehingga bertemu lagi di kisah honeymoon yang sebenar-benarnya.. InsyaAllah.. =)


* * * * * * * *






Heee.. Idea untuk entry ini dicetuskan sempena kepulangan Cik Alie a.k.a Nyah yang baru saja pulang dari Pulau Perhentian.. Terima kasih buat Cik Alie kerana sudi memberi aku loan gambar-gambar bagi entry ini.. Kredit kepada beliau atas gambar-gambar di atas.. Membuakkan lagi hasratku untuk ke sana.. Semoga tercapai satu hari nanti.. Ngee.. Okey semua.. Happy weekend.. Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE: Aku dengan seikhlas hati "rate" kegedikan entry ini, 10 daripada 5.. Over gedik you.. =p

25 Jul 2010

Mak Tak Kuasa Nak Merindulah Nyah!!

Julai 25, 2010 10 Comments
Assalamualaikum.. Salam petang Sabtu semua.. Sebelum masak untuk mengisi perut di tengahari, conteng-conteng blog sebentar.. Tergerak tulis entry ini lepas baca entry Cik Jard yang bertajuk Apa Yang Wanita Buat Jika Dilanda Rindu.. Ekeke.. Okey.. Aku mahu say something.. Mari dekat mari dekat.. *buat suara ala-ala Akak Sheila Rusly okey*




Hey hey!! Aku suka quote di atas, sangat menggetarkan jiwa okey.. Meh meh kita recite sama-sama.. Wah.. Recite gitu..


YOU must be a good runner, coz you are always running in my mind..

YOU must be a great thief, coz you have stolen my heart..

And I am a bad shooter, coz I always MISS YOU..


Kan kan kan??? Sweet kan??? Ekeke.. Teringat dulu-dulu masa arwah Bro Sham masih ada, beliau ada tanyakan padaku, apa ubatnya sakit rindu.. Aku buat khas satu entry bertajuk Kalau Sakit Makan Ubat, untuk beliau bagi menjawab persoalan itu..


Sedikit petikan daripada entry tersebut.. Ecece.. Kira macam flash back.. Jom jom usha!!


"Perasaan rindu bukanlah satu penyakit.. Tapi adalah ubat sebenarnya.. Ubat kepada penyakit berjauhan.. Kalau tiada ubat yang namanya rindu, berjauhan boleh jadi penyakit yang merosakkan sesuatu perhubungan.."


"Rasa rindu yang ada, kena diluahkan.. Macam ubat, dah makan, takkan disimpan saja dalam mulut.. Telan dan rasakan keberkesanannya.."





Tapi praktikalnya, merujuk balik pada entry Cik Jard tadi, petikan ayat terakhir di atas memang tak boleh pakai.. Luahkan rasa rindu.. Cik Jard bagi contoh SMS.. Tapi sayangnya SMS tidak berbalas dan menambah lagi rasa sakit hati.. Wakaka.. Memang sakit hati bila luah rasa rindu tapi pihak sana buat tak layan.. Kawan-kawan lelakiku yang sudah bermakwe bermakgu, rata-rata semuanya katakan lelaki jarang pegang telefon, bab-bab SMS memang mereka kureng sikit.. Ini mereka mengaku sendiri ya.. Mula-mula bercinta saja, lepas itu.. Hampeh okey.. Ekeke.. No offence gentleman.. =)


Bagi aku, in the future, kalau merindu dendam bagai semua, aku takkan SMS.. Tak mahu ambil risiko tak dilayan.. Wah.. Ego gitu.. Kalau boleh handphone dimatikan.. Sekian.. Sampai nanti dia rasa, kenapa lama awek aku tak mesej aku.. Ahh.. Rindulah pulak.. Wakaka.. Hamek.. Kan dah rindu.. Itu namanya reverse psychology ya kawan-kawan.. Reverse ke? Haha.. Tapi kalau rindu kita berbalas, tak payah reverse reverse gostan bagai okey.. Heeee.. Manusia, bila dah tak ada, baru rasa betapa berharga.. Bila ada tak dihargai.. Huhu.. Okey semua.. Mahu makan.. Tata.. Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE: Butang LIKE bawah ini dah boleh tulis komen sekali laa.. Heehee..

24 Jul 2010

Anak Itu Rezeki Anugerah Allah

Julai 24, 2010 12 Comments
Assalamualaikum dan salam malam Sabtu buat semua.. Hujung minggu datang lagi dan buat kesekian kalinya bersendiri lagi di rumah sewa ini.. Housemat tercinta semuanya dah pulang ke Kuala Lumpur.. Rasa tak sabar untuk pulang ke Melaka minggu depan.. Dah sebulan lebih rasanya tak pulang ke rumah.. Miss my little baby brother.. Erk.. Umur 10 tahun.. Babylah sangat.. Huhu..




Entry kali ini saja ingin berkongsi sebuah kisah dengan anda.. Kisah seorang bayi berusia 10 bulan yang kini berada di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun..


Bayi ini adalah anak ketiga daripada 3 orang adik beradik.. Ibunya berusia 20 tahun dan ayahnya pula 30 tahun.. Keduanya berniaga burger.. Anak sulung usianya 3 tahun dan yang kedua pula 2 tahun.. Bayi ini mendapat rawatan rapi dek kerana jangkitan bakteria yang dinamakan Pseudomonas Aeruginosa yang teruk pada saluran pernafasan sehingga merebak ke usus.. Akibatnya usus bayi ini pecah.. Malah kaki bayi ini juga terkena jangkitan yang amat teruk..


Saluran pernafasannya terpaksa ditebuk dek kerana masalah pada saluran pernafasan dan terlalu banyak kahak.. Bayi lelaki ini terlalu comel dan bila melihatnya rasa sayu saja.. Sama-sama doakan adik Ahmad Fitri cepat sembuh ya..




Aku tak dapat menceritakan keseluruhan kisah kanak-kanak ini kerana mungkin ianya tak begitu enak untuk diceritakan.. Cuma pengajaran yang aku dapat, yang kalian semua boleh dapat, anak itu sesungguhnya rezeki dan anugerah dari Allah buat pasangan suami isteri.. Dan bila kita dapat rezeki seharusnya kita bersyukur, dan sesungguhnya mereka yang tak bersyukur dan tak menghargai rezeki kurniaan Allah, bukankah itu namanya kufur nikmat.. Semoga jadi renungan buat semua..


Assalamualaikum.. =)






FOOT NOTE: Semua orang ada masalah dan tak ada masalah yang tak ada jalan penyelesaiannya..

23 Jul 2010

22 Jul 2010

Jajan Penyebab Ketinggian Idaman 165cm Tak Tercapai..

Julai 22, 2010 10 Comments
Assalamualaikum semua.. Salam malam Jumaat.. =)


Terima kasih untuk semalam.. Untuk Dah Jadi Milik Orang Lain.. Jangan dirisau.. Barang 10 tahun lepas takkan lagi dikenang-kenang.. Bak dialog filem Madagascar, MOVE IT!! MOVE IT!! MOVE IT!! Heee.. =)


Hey.. Malam semalam lepas bersenang lenang menonton Irfan Roslan yang diminati dalam Laila Asyikin *walaupun scene baring kaku saja* aku sambung sesi senang lenang depan lappy..


P/S: Aku harap Mikhail cepat sembuh.. You.. Cepatlah bangun you..


Menghadap lappy.. Tangan kiri pegang Double Decker..



Hep!! Hep!! Bukan double decker ini ya..




Tapi yang di bawah ini.. Heee..





Perisa pilihan.. Udang!! Kenapa tak ada perisa Paul The Octopus eh?


Okey okey.. Tangan kanan pula..


Cheezels!!!! Weeee..





Sambil suap-suap jajan masuk dalam mulut, sambil pasang Lovers In Paris dalam lappy.. Cekang dok muat turun.. Pengaruh rakan sebaya betul.. Eh silap.. Pengaruh rakan tak sebaya.. Wakaka.. =p





Okeylah.. Nak cakap aku suka makan jajan jek.. Sekian.. Ekeke.. Mungkin sebab itu agaknya tak tinggi-tinggi.. Huh..


Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE: Anak-anak aku nanti tak boleh makan jajan.. Mak dia boleh.. Wakaka.. =p

21 Jul 2010

20 Jul 2010

Nikah Muda-Muda..

Julai 20, 2010 37 Comments
Assalamualaikum.. Salam hoyeh untuk semua.. Aku dah siap kerja.. Rasa macam nak menangis bila kerja dah siap.. Ekeke.. Pagi tadi masa buka blog, nampak ada iklan Nuffnang.. Dalam iklan ada EPAL MERAH.. Weeee.. Suka-suka.. *poyo jek aku* =p




Aku baru lepas tengok video dari Ustaz Azhar.. Ceramah bertajuk KAHWIN OII.. Walaupun aku tak faham sangat sebab Ustaz Azhar ni kecek Ganu kot.. Ke kecek Kelate.. Entahlah.. Tapi bolehlah buat aku tibai gelak dengar ceramah dia.. Kalau ada orang boleh translatekan lagi best.. Lalala.. =p







Pesan ustaz Azhar, wahai orang muda-muda, mana-mana yang dah boleh keluar belanja, beri nafkah, bernikahlah.. Dalam hati aku jawab, BAIKLAH USTAZ.. Ekeke.. Anda nak jawab apa? =)


Semoga dapat manfaat, gelak-gelak juga.. Pesanan jangan dilupa.. Ekeke.. Assalamualaikum semua..

19 Jul 2010

Sakit Mata.. Sakit Leher.. Sakit Pinggang..

Julai 19, 2010 8 Comments
Assalamualaikum Malaysia.. Salam satu blogger di pagi Isnin yang ceria.. Ekeke.. Sebenarnya entry pagi ini malam semalam aku taip, masa ini jam menunjukkan pukul 2 pagi.. Masuk malam ini, dah malam ketiga aku berjaya tak tidur malam.. Antara kerja-kerja yang aku buat:


1) Sibuk menghasilkan buku seperti buku merah di dalam gambar..


2) Untuk menyiapkan buku tersebut, aku kena edit report-report yang dihantar dan total kesemuanya ada 300+ muka surat dengan menggunakan Microsoft Word.. Hoho..


3) Makanya juga, dah 3 malam berturut-turut aku menghadap komputer tanpa tidur yang cukup.. Semuanya sebab due datenya HARI INI.. Tahniah!! Aku tak siap lagi.. Ada 10% lagi..


Luahan hati aku: Aku dah kata aku tak mahu jadi chief editor.. Korang lantik juga.. English aku bukannya hebat tahap dewa..


Akibatnya: Aku mendapat satu pakej SAKIT seperti tajuk entry.. Bravo bravo!!





3 malam tanpa tidur yang cukup ini jugalah aku sangat gembira sebab ditemani epal merah buat penawar duka.. Huhu.. 6 biji yang aku beli habis dalam 3 hari.. Waaa.. Sedih-sedih.. Kena beli lagilah gamaknya..


Kesimpulannya, hujung minggu aku kali ini tiada erti.. Cume menambah lingkaran hitam pada mata saja.. Sob sob.. Sure sepanjang minggu ini, aku pergi kelas berjalan tutup mata.. Muahaha.. Okey.. Tata semua.. Nanti aku blogwalking ya.. Till then, take care.. Assalamualaikum.. =)


P/S: Oh TIDUR.. Aku rindu kau setengah mati.. T_T




FOOT NOTE: Harap kerosakan mata aku tak bertambah teruk.. Aku TAK MAHU pakai cermin mata..

18 Jul 2010

Kalaulah Boleh Aku Jadikan "Budak Kuman" Itu Milikku..

Julai 18, 2010 10 Comments
Salam petang Ahad untuk semua.. Minggu ini minggu yang menunggang-langgangkan hidup aku.. Betul-betul bikin aku pening kepala tak sudah-sudah.. Nak diluah pada orang, menambah beban orang pula.. Luah sajalah pada blog.. Paling tidak pun ada kamu kamu semua yang membaca.. Ekeke.. Aku tak punya banyak masa untuk menulis dan blogwalking, nantilah bila hidup dah kembali stabil..



Aku adalah pengguna Lifebuoy Body Wash yang tegar.. Kegemaranku Lifebuoy Biru.. Pagi tadi, masuk bilik air, dituangnya sabun itu di atas tapak tangan, boleh pula aku gelak tak henti-henti tiba-tiba.. Hilang sekejap stress dan masalah yang mengasak kepala otak..




Gelak sebab teringatkan iklan Lifebuoy yang hari-hari dok tayang di televisyen.. Budak kuman yang menyakitkan hati.. Seriously, aku rasa adik itu sangat annoying okey.. "Tahu deh kamu makan itu apa? KUMAN!! KUMAN!!" Wakaka.. Aku pun tak berapa ingat biji butir kata yang dituturnya, iklan dari Indonesia rasanya.. Budak kuman yang sakitkan hati tapi lawak memang tak hengat..





Tak sangka budak yang menyakitkan hati yang ada di setiap hari kita, mampu menggembirakan dan menceriakan hari-hari suram kita.. Heeee.. *sambung ayat dengan tajuk entry di atas.. ekekeke..*


Haih.. *satu keluhan panjang* Kadang-kadang kita tak sedar, orang-orang yang selalu ada dengan kita, yang mana kita dah terbiasa dengan kehadiran dia saban hari itulah yang sebenarnya "make our day".. Kita tak sedar sebab kita terlalu memandang di kejauhan.. Bila hilangnya satu hari nanti, tersedar pun dah tak ada guna.. Huhu.. Salam hujung minggu semua.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Terima kasih sebab menceriakan hari tunggang-langgang ku.. =)

17 Jul 2010

Beware!! Entry Ini Banyak Emoticon Sedih.. Huwaaaaa..

Julai 17, 2010 18 Comments
Assalamualaikum.. Salam malam Sabtu yang sedih.. =(
Malam ini sangat dan sangat sedih.. =(


Sedih bukan sebab hujung minggu ini aku duduk berseorangan di Ipoh.. =(
Bukan juga sebab aku dah "clash".. Bukan bukan.. =(


Sedih semenjak petang tadi lepas pulang dari Nasi Kandar Pelita.. =(
Tak ada mood sangat.. =(
Dan asyik mengelamun.. =(
Ya.. Beginilah lebih kurang.. =(





Fine!! Fine!! Keadaan semakin deteriorating.. =(
Mula-mula tak ada mood.. =(
Sekarang dah mula sebak.. =(
Kalau orang nampak muka begini mahu jatuh saham.. =(
Okey okey.. Tekup muka atas mejalah.. =(
Eh eh.. Bukan tidur.. Sedang sebak.. =(
Sebak sob sob.. =(





Adeh.. Penat tekup muka atas meja.. =(
Tak ada pengudaraan yang bagus.. =(
Air hingus mengalir pun tak lancar.. =(
Okey okey.. Nangis sajalah.. Dah sedih sangat gamaknya ni.. =(
Huwaaaaa.. Tapi aku nangis lagi comel dari budak kecil bawah ni.. =(





Sebab sedih? Meh sini meh nak cerita.. Meh laa.. Semalam kan, bacalah entry Cik Jard kita ni, pasal Roadtax kereta.. Kejakunan pun dah berjangkit pada aku.. Petang tadi lepas makan, nampak kereta idaman aku.. Aku pun skodeng sipi-sipi roadtax kereta itu.. Orang keliling pandang pelik.. Tak apa.. Aku memang muka tak tahu malu.. Hua hua hua.. Mungkin tak adalah semahal roadtax kereta Ferrari yang RM8016 setahun itu, tapi tetap juga mahal bagi aku..


Atos aku pun setahun RM55 saja okey.. Idaman kalbu aku yang seorang ini? Setahun RM300++.. Eh eh.. Mahal juga okey.. Boleh beli cincin belah rotan untuk merisik sebentuk.. Ekeke.. =p


Dah.. Nak sambung bersedih dan mula buat belanjawan untuk 2 tahun akan datang.. Gamaknya kena tunda lagilah agenda perkahwinan.. Nak beli kereta.. Ke ada sesiapa nak bagi kereta idaman aku sebagai hantaran kahwin? Lalala.. =p


Tata semua.. Selamat berhujung minggu.. Assalamualaikum.. =)


P/S: Isk3.. Macam mengada-ngada pula malam ni.. Wakaka.. =p



FOOT NOTE: Nak tahu apa kereta idaman aku? Boleh usha SINI.. Ngeee..

16 Jul 2010

Tips Pikat "Gadis" Dengan Epal Merah

Julai 16, 2010 17 Comments
Assalamualaikum..
Salam sayang di pagi Jumaat..
Dari aku untuk kamu.. =)


Oh ya.. Mahu tips ya tadi? Tips pikat "gadis"? Moh kita usha!!!






Farhana tak suka bunga.. Apa saja bunga KECUALI bunga-bunga cinta.. Ekeke..



TETAPI.. Farhana adalah "gadis" yang sangat-sangat sukakan epal merah.. Epal merah mampu buat dia tersenyum sambil makan, sampai hilang tangkai hilang biji epal..


Sekian saja sesi pemberian tips percuma untuk memikat "gadis" dengan epal merah.. Harap maklum.. =p


P/S: Eh.. Eh.. 4 perkataan "gadis" di atas dalam kurungan.. Ekekeke..




FOOT NOTE: Minyak naik 5 sen.. Bukan minyak angin, minyak zaitun atau orang minyak.. Minyak petrol derr.. Haish.. Tangki Atos aku pasti merindui minyak petrol sebab lepas ni aku nak isi guna MINYAK LINTAH jek.. Sure power kot.. Ooppss.. Tapi epal merah tak naik harga.. Jangan risau.. =p