28 Ogo 2010

Assalamualaikum.. Salam 18 Ramadhan semua.. Cuti-cuti Malaysia aku, secara rasminya dah habis 3 hari.. Another 2 more days.. Hoyeh!! Tak sabar nak habiskan cuti.. Eh!! Orang sayang nak habiskan cuti, yang dia ini galak nak menghabiskan cuti.. Apa kes? Kes apa lagi.. Lelaki yang bertelekung punya kes.. Malam semalam, dengan rajinnya aku berblogwalking setelah berkurun lama aku tak buat, aku jenguk blog Encik Zairie dengan tajuk entry Taman Cempaka dan Lelaki Bertelekung..


Oh lelaki bertelekung.. Kisah kau menculik pelajar di Taman Cempaka pukul 7.10 pagi dan mengebas segala laptop di dalam rumah tersebut benar-benar menakutkan aku.. Taman Cempaka berada di Ipoh ya kawan-kawan sekalian.. Ipoh adalah tanah tempat aku berpijak sekarang okey anak-anak.. Kawasan itu dengan tempat tinggal aku adalah dalam 10 ke 15 minit.. Waaaa.. Ini cerita lagi gerun dari tengok filem seram di TV, lagi mendebarkan dari siri-siri filem Home Alone.. Mana tidaknya, siap ada penglibatan pisau dan asid.. Memang gerun.. Manusia memang boleh datang dalam pelbagai rupa bentuk kan? Hurrmmm..


Malam tadi pukul 9 pun aku sempat keluar ke 7e.. Kalau aku tahu kisah lelaki bertelekung memandu MyVi ini, memang aku tak keluar malam tadi.. Tabiat aku, bila aku dah ketakutan, memang aku takkan tidur sampai pagi.. Mata bulat sebulatnya.. Telinga secapang-capangnya.. Kalau dengar bunyi-bunyi pelik, aku cepat-cepat bunyikan alarm kereta.. Dah rumah sewa aku tak ada alarm.. Alarm jam takut jiran tak dengar.. Ekeke..


Kisah selanjutnya boleh dibaca di KOSMO ONLINE..



Alangkah bagusnya kalau Superman, Spiderman, Keluang Man, Dark Batman wujud.. Ekeke.. Bolehlah jadi hero yang protect heroin.. Hep!! Kanak-kanak sungguh.. Abang polis kan ada.. No worries.. But.. Hey.. Seriously.. Deep down.. Patiently waiting, praying that one day I'll get a chance to meet my "Superman".. My Superman that belongs to me and only me for the rest of my life.. Amin.. =)


Selamat berhujung minggu semua.. Pada yang join gathering berbuka puasa di Shah Alam petang nanti, enjoy peeps.. Take care.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Oh housemate tercinta.. Cepat balik!! Hoho..


12 Comments Here

wah.
telekung man!
huhu~
:P

REPLY

lelaki pun nak bertelekung?...
pelik2...

REPLY

dia pkai telekung tu just nk disguise supaya org tak syak dia nak wat benda jahat.be careful farhana :)

REPLY

nampk berita pasal hal ni..takot pulak kan..ingt sebelah kite perempuan..rupanya lelaki

REPLY

Patutla u tak boleh tidur semalam ya...
takutnya.
Take care tau. Doa bnyk2, mintak perlindungan. Dia yg sebaik2 pelindung

REPLY

walaweh
bahaya betul skrg
jenayah ada dimana2
dapat lelaki telekung tu simbah balik asid dkt dia

P/S : Lagi Sekali Entry Aku Berkisar Tentang Kenapa Aku Meminati Filem Tamil Dan Bollywood!

P/S : Kepada Sesiapa Yang Ingin Mengiklankan Product Anda Di Blog Saya Sila Click Entry Ini Berkenaan Ruang Iklan Di H.P.B Blog

REPLY

Haha~
Keluang Man orang Ipoh ke?

REPLY

macam2 orang sekarang neh..telekung man....he2

REPLY

whoaaa.... dah lama tak lepak kat TC tu... sejak abis skolah izzudin dulu.... haish....

REPLY

hmmm... kat area tu takde RUKUN TETANGGA ker.... kawalan umah ke umah...

REPLY

apa kejadah nya laki tu bertelekung..

SMS Raya VS Kad Raya

REPLY

bagi kopiah taknak pakai..sibuk pakai telekung..haish... sesat2..

REPLY

Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates & MyBloggerThemes