Hati Hati Sayang..

Bangun pagi-pagi.. Terpisat-pisat lagi, kemengantukan berbaki lagi sikit.. Menyiapkan apa yang perlu.. Isi air dalam botol.. ActiFast sumbat dalam beg.. Bersiap dan dah bersedia untuk bertolak.. Bismillahhirrahmanirrahim.. =)


Malam semalam lebih kurang jam 9 malam, mendapat perkhabaran dari sahabat baik, Faizah Fuad, tentang kemalangan bas pelancongan di Lebuhraya Karak, bas yang turun dari Genting lalu terbabas dan meragut nyawa 6 orang anak muda dari Baling, Kedah.. Fobia dah mula menyelinap tapi masih lagi dalam kawalan.. Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang ya..

Mak abah dah pesan, hati-hati memandu..

Faizah Fuad pun pesan, drive elok-elok..

Lagi dan lagi pesanan.. Hati-hati..

Terima kasih semua.. I will..


Tiba-tiba time tengah tulis entry ini, terberangan sekejap, alangkah bestnya kan kalau ada Encik Bakal Suami dan pesan benda yang sama..

Hati-hati sayang.. Ingat orang tersayang.. Ingat abang.. =p

Ekeke.. Terberangan kejap.. Banyaklah jerawat tumbuh lepas ni.. Heee.. Teringat ada orang itu tulis dalam entry beliau, perempuan perlukan lelaki untuk PERHATIAN, PERSEFAHAMAN dan KESETIAAN.. Perhatian ya.. Perhatian!! Ngee..

Till here.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Terima kasih pada yang like entry kecek Kelate semalam.. Haha.. Seriously, aku sukalah entry itu.. Kikiki.. Suka entry sendiri ke??? =p

Ulasan

farhana berkata…
Uhuiiii, bestnya dapat pesanan sebegitu dr encik bakal suami...
turut terberangan sekejap..
blame u DR!!!! hahahaha
zulkbo berkata…
salam...
moga rasa sayang dan cinta ini berterusan di jinjang pelamin ye..?
Unknown berkata…
jauh jugak berangan. haha.
ieda berkata…
heheh kuat berangan nie .. tapi tul jugak kalau sesekali dpt mesg mcm tu seronok kan ..

seram jgk akak dgr berita kemalangan tuu dah mcm musim pulak huhuh
Hizami Li berkata…
haha.
tak nampak pun jerawat cik doktor ?
XD
Nur Suaidah Bachok berkata…
ngeheheheeh!! berangan yeeekkk :D
lalink7 berkata…
bagus la nasihat menasihati...hehe..
Kuwe berkata…
sekarang musim bas eksiden gamaknya.

eh aku pun lelaki. mesti perlukan perhatian persefahaman dan kesetiaan.



kahkah.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?