30 Nov 2010

Inilah Aku Yang Memilih Kau Untukku

November 30, 2010 12 Comments
Assalamualaikum.. Dah nak tidur ke semua? Aku pun nak tidur dah.. Tapi sebelum lelapkan mata, nak share satu lagu yang ada dalam koleksi lagu-lagu cinta favourite aku.. Lagu ini jadi favourite kerana seseorang.. Lirik dia yang tersangat mencairkan hati kan??? Ahh.. Kenangan lama.. Bahagia dah rasanya dia.. =)

Siapa-siapa yang dah menonton drama Anugerah Skrin - Dalil Cinta lakonan Fahrin Ahmad dengan Sharifah Amani pasti tahu lagu ini..



Apa yang harus aku lakukan
Untuk membuat kau mencintaiku
Segala upaya tlah kulakukan untukmu

Apa yang harus aku temukan
Untuk membuat kau menyayangiku
Inilah aku yang memilih kau untukku

Karna aku mencintaimu
Dan hatiku hanya untukmu
Tak akan menyerah
Dan takkan berhenti mencintaimu

Ku berjuang dalam hidupku
Untuk selalu memilikimu
Seumur hidupku, setulus hatiku
Hanya untukmu

- UNTUK MENCINTAIMU ~ SEVENTEEN -


Dah dua kali aku tonton Dalil Cinta.. Kisah perkahwinan di usia muda.. Yang mana masing-masing ingin berkahwin tapi terlalu mentah dan masih tak memperlengkapkan diri dengan ilmu rumahtangga.. Akibatnya rumahtangga tunggang langgang.. Tak reti masak, tak reti kemas rumah, senang cerita pemalas nauzubillah mak aku bilang.. Uhuk uhuk..

Dan dua-dua kali aku tonton drama ini. dua-dua kali juga aku dah meroyan.. Ya.. Meroyan nak kahwin.. Ahhh.. Aku gatal!!!! *what to do, duduk menggaru sajalah Labu..*

Okey.. Daa semua.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Hey hey.. Kahwin bukan benda mudah ya Farhana.. Be prepared!!!


Ambil Gambar Kejap.. Pendeta Nak Upload Masuk Dalam Pesbuk.. *Gelak Sampai Cramp*

November 30, 2010 6 Comments
Assalamualaikum semua.. Tengah bersiap-siap nak ke hospital kejap lagi.. Update entry dulu.. Haaaa.. Tajuk entry panjang meleret cecah lantai.. Siapa yang faham, fahamlah.. Sure gelak guling-guling tak hengat dunia.. Kan kan kan??? Sampai sekarang pun aku duduk gelak memikirkan dialog di atas..



Haaa.. Inilah dia orangnya, si cantik manis yang si pendeta ingin mengambil gambarnya untuk diupload ke dalam pesbuk.. Alaa.. Pesbuk tak tahu ke? Orang Jawa kata Pesbuk, omputeh kata MukaBuku.. Nama dia MIDAH.. Hehe..



Haaa.. Betullah tekaan anda anda semua.. Aku baru selesai menonton Ngangkung petang tadi.. Hadoiyai.. Gila lawak punya lawak.. Pecah perut, cramp muscle pipi aku yang gebu ni.. Gelak berterusan untuk beberapa minit mana tak cramp oii.. Haha.. Tapi memang tak rugilah berhabis RM 8 tengok filem Ngangkung.. Lawak pun lawak.. Mesej berguna pun ada dari filem ini.. Kira macam rezeki kalau dicari tak halal, hidup tak berkat.. Ada bad consequences.. Hee.. Walaupun Shaheizy Sam agak pelik dalam ini filem.. Muncung manjang dengan suara yang deep giler.. Huhu..

Oh ya.. Aku tabik spring dengan Azlee sebagai doktor walaupun mimik muka agak menyampah, tapi sebagai doktor, memang terbaik masa dia terangkan proses pengguguran bayi.. Kedengaran MENAKUTKANNNN.. Huuuu.. Rasa macam nak tiru cara dialah.. Mana tahu, boleh kurang kes pengguguran bayi secara haram.. Betul tak?



Lastly untuk entry pendek malam ini, aku nak ucap terima kasih buat Miss Lolly sebab pilih ENTRY WARKAH CINTA DI HARI LAHIRMU yang cecah lantai itu sebagai penerima saguhati.. Heeee.. Buat pemenang semua, tahniah ya.. =)

Okey.. Sampai situ.. Aku mengejar masa.. Tata semua.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Mmmuuuaahhhhh.. Eh jap.. Sila abaikan filem Hindustan bertajuk Hamesha yang sedang aku download di dalam gambar itu.. Keh keh keh.. ;)

29 Nov 2010

Dari Blogger Untuk Blogger: Perlu Tunjuk Kasih Perlu Tunjuk Sayang

November 29, 2010 16 Comments
Assalamualaikum blogger-blogger sekalian alam.. Salam Ahad untuk semua.. Pagi Ahad yang memeningkan sebab masing-masing sibuk memikirkan esok dah Isnin.. Ekeke.. Entry doktor cinta, selalu sangat pasal cintan cintun.. Kali ini jom cakap pasal cinta, tapi bukan cinta untuk orang tapi cinta pada blog..

Orang kata, blog dan blogger umpama couple.. Saya mama awak papa.. Ekeke.. Blog mungkin tak ada nyawa, tak ada jiwa, tak ada rasa.. Tak macam kita manusia.. Tapi percaya atau tidak, blog itu hidup.. Blog hidup kerana kita dan kita hidup dalam dunia maya ini kerana blog.. Simbiosis bukan? Kita update blog, blog hidup.. Blog kita wujud, orang mula kenal kita melalui blog sebab kita mula hidup dalam dunia maya ini.. Sila angguk jika benar apa yang dikata.. =)



Sedar tak sedar, kita tempuh hidup kita hari-hari dengan ada blog di sisi.. Ibarat couple, kita saling memerlukan dan melengkapi..

"Coz we shared the laughter and the pain.. And even shared the tears.. You're the only one.. Who really knew me at all.."
- From FarhanaDr to Cahaya Yang Riang Gembira -




And not to be forgotten.. Ada blog dan blogger.. Dah tentu-tentu ada blogger dan blogger.. Hey.. Pernah tak aku ucap terima kasih pada yang sudi memeriahkan Cahaya Yang Riang Gembira? Kalau belum pernah, terima kasih semua.. Dah setahun lebih berblog, haih, memang banyak sungguh manis-manis masamnya.. Satu bahagian dari kehidupan kita adalah kehidupan dunia blog.. Dalam dunia blog, ada anda.. Makanya, dalam hidup aku juga ada anda yang jadi peneman dalam perjalanan kehidupan ini.. Terima kasih semua.. =)



Special thanks goes to special people..


Heee.. Jarang sekali rasanya aku update perihal blog, perihal traffik dan itu ini tentang blog aku.. Kali ini rasa tergerak hati pula.. Terima kasih untuk sahabat-sahabat blogger for the referral.. Sayang semua.. =)

Till here.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: FarhanaDr dan Cahaya Yang Riang Gembira.. Against all odds.. =)

28 Nov 2010

All The Good Ones Are Married

November 28, 2010 15 Comments
Assalamualaikum.. Salam malam minggu semua.. Hari ini adalah hari yang sangat gloomy untuk aku.. Entahlah, too many negative thoughts rushing through my mind.. Ahh.. Lupakan saja.. Membebel di blog adalah langkah terbaik meredakan kesedihan.. Tajuk entry saja bikin gempak kan.. Itu adalah tajuk sebuah filem Inggeris.. Truth is, betul ke bahawasanya all the good ones are married dan disebabkan itu ramai anak gadis "terjatuh cinta" pada suami orang? Jeng jeng jeng..

Tapi aku yakin, masih ada lagi good ones yang single.. Hee.. Tutup kisah itu.. Concentrate pada yang satu ini.. Macam mana nak tahu lelaki itu suami orang ke tak suami orang? Hoho.. Ketika aku di Labuan dulu selama 2 minggu, ada berkenalan dengan seorang jejaka, dari segi luarannya dan dalamannya agak menarik dan tertarik hati.. Bila dah berkenalan, baru ketahuan bahawasanya dia adalah suami orang.. Hoh.. Lari lari.. Jangan cari masalah..




Kawan-kawan aku pun kata, "tengok sekali pun tahulah suami orang.." Damn.. Apa pasal aku tengok banyak-banyak kali pun tak nampak macam suami orang.. Angin jugalah satu badan.. Wakaka.. Kawan aku pun bilang, "CUBA TENGOK PERUT.. HAA.. PERUT SUAMI ORANG TU.." Aku terlopong ternganga saja.. Sampai sekarang aku masih tak dapat bezakan perut suami orang dengan perut lelaki yang single.. Wakaka.. PERUT SEMUA SAJA WEH.. Kalau suami orang tu rajin pergi gim, exercise, bina badan, badan dia sama saja dengan orang bujang.. Betul tak???

Truly said.. Aku sejak dari zaman gadis remaja, ada target dalam mencari calon suami.. Aku kalau boleh nak cari lelaki yang tua aku 10 tahun dan lebih.. Tahu tak kenapa aku suka lelaki yang jarak usia jauh beza denganku??? Aku sendiri pun tak tahu.. Ekeke.. Tapi itu dulu.. Zaman muda remaja bolehlah cari.. Sekarang???



Usia dah 23 dah weh.. Kalau cari yang tua 10 tahun lebih, pasti dalam lingkungan 33 dan ke atas.. Persoalannya, ada ke yang 33 dan ke atas masih single??? Ada tapi mungkin dah tak ramai.. Kebanyakan lelaki 33 tahun dan ke atas yang aku kenal semuanya dah pun berkahwin, tak pun dah bertunang, paling tidak dah berpunya, GAY pun mungkin kan? Heh.. Mungkinkah target calon suami yang diset masa zaman muda remaja akan terkubur begitu saja??? Bak kata UNIC, hanya tuhan yang tahu.. =)

Okey Pak Nil.. Saya kunci entry ini dengan kata-kata, bijaklah dalam mencari pasangan.. Jangan ikut rasa ikut nafsu.. Heehee.. Assalamualaikum.. Selamat malam semua..


FOOT NOTE: Anuar Zain single tak??? =p

27 Nov 2010

26 Nov 2010

Oh Juniorku Di Royal College Of Medicine Perak

November 26, 2010 11 Comments
Assalamualaikum.. Hai hai.. Muka aku lagi ke update blog? Ya ya.. Bila saja tiada kelas dan duduk memerap di rumah sewa di Galeri Kepayang ini, inilah kerja aku.. Cergas mengupdate.. Belek bukunya sekejap, belek blognya pula meleret-leret..

Entry kali ini soal adik junior dan kakak senior.. Oh ya.. Tiada kena mengena dengan Choi Si Won si Super Junior ya.. Ekeke..

Semenjak buka fanpage untuk blog Cahaya Yang Riang Gembira, aku lihat ramai adik-adik junior yang rajin menge"LIKE".. Terima kasih ya wahai adik-adik junior semua.. Atas sebab aku batch terpaling tua dan terpaling final di Kolej Perubatan Diraja Perak malah berlainan program, maka aku dan adik-adik junior adalah agak kurang mengenali.. Seriously!! Kami rapat pun kerana blog.. Ya.. Terima kasih wahai blog.. Ngee.. =p


Dengan wujudnya fanpage pun aku mula kenal sikit-sikit junior-junior aku.. Buka profile dia ini dalam hati terdetik, "OH DIA, AKU SELALU NAMPAK DI FOYER.." Bila buka profile Facebook seorang lagi, getus dalam hati, "EH DIA PUN AKU SELALU NAMPAK DI LIBRARY.." Ada juga profile yang aku buka, hati aku menjerit, "WOW!! ADIK JUNIOR YANG KACAK TU LAA.." Belek satu lagi profile, "OKEY.. ADIK JUNIOR NI YANG SELALU NAMPAK KAKAK SENIOR NI DAN TAK SENYUM.." Muahahaha.. Macam-macamlah kakak senior yang ini.. Sangat gatal juga.. Dush dush.. Eh eh.. Apalah salahnya kan.. Ada adik-adik junior aku yang sebaya aku, 23.. Ada juga yang lebih tua.. Yang lebih muda pun apa salahnya.. Lalala..

Pang sekali di situ kerana tak berjaya mengawal kegatalan.. Haha.. Aku tak pernah kisah pun kalau ada adik-adik junior buat muka berlagak dengan aku dan tak senyum, serius aku tak pernah nak marah dan malas nak ambil hati sebab kita bukan artis, budget semua adik-adik junior boleh cam muka kita.. Ya tak??? Aku nak jadi kakak senior yang low profile dan sempoi.. Orang senyum, aku senyum balik.. Bila aku senyum orang tak senyum balik??? Haaa.. Siaplah korang.. Wakaka.. =p

Tujuan utama entry ini sebenarnya adalah untuk membuat satu pemberitahuan.. Bahawasanya kakak senior ini bukanlah seorang contoh pelajar medik yang terbaik ya adik-adik junior.. Kakak senior ini tersangatlah pemalas baca buku dan tersangatlah rajin mengupdate blog.. Kadang segan dan malu pun ada dengan adik-adik junior yang rata-rata memang rajin, ada blog tapi jarang update.. Malu seyhhhh!!! Tutup muka tutup muka..

Tahun depan dah final.. Jika ada khilaf kakak senior ini, maka haraplah dimaafkan.. Jika lihat kakak ini terlalu leka, maka tegurlah.. Farhana tak kisah.. Heee.. Saling menegur ke arah kebaikan adalah sesuatu yang terbaik wok.. Okey adik-adik sekalian.. Till here.. Happy weekend.. Buat yang sedang exam, GOOD LUCK.. Buat yang dah selesai, TAHNIAH sebab berjaya melalui satu lagi fasa dalam hidup seorang pelajar medik.. Chaiyok..

Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Inilah adik-adik junior Royal College of Medicine Perak yang aku kenal lebih rapat tapi melalui blog dan bukan di alam realiti.. Heehee..


A Sincere Whisper From The Heart: And Only Now That I Realized...

November 26, 2010 8 Comments

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah
-YANG TERINDAH-



Tell me.. How long does it really take to forget the pain given by that someone that is used to be "YANG TERINDAH"? Well.. How long it takes, it doesn't really matter, as long as one day, where only HE knows, someone will step into your life.. Make the pain fade away and wipe away your tears.. And without you even knowing, that someone maybe is the better version of "YANG TERINDAH".. He may not be the best or the perfect one.. But hey.. At least he is the better one.. Erm.. The better one that might be by your side for the rest of your life perhaps.. If it is Allah's will.. =)

Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Thank you..

Oh Endorfin.. Aku Perlu Kamu..

November 26, 2010 22 Comments
Assalamualaikum.. Salam malam Jumaat semua.. Hey.. Esok Jumaat.. Dan aku tak ada kelas.. Boleh meroyan atas katil sepanjang hari.. Kikiki.. Tapi di malam yang sejuk dek hujan yang renyai renyai ini, aku mengidamkan endorfin.. Walau kini dalam euphoria, tetap juga inginkan endorfin.. Mana tahu euphoria ganda dua.. Heee.. =p

Dan salah satu makanan yang paling aku inginkan di saat ini dan boleh merangsang pengeluaran endorfin dalam tubuh adalah COKELAT.. Cadbury Fruits And Nuts menjadi pilihan aku.. Sincerely said, aku tak gemar coklat yang ada banyak kacang.. Hazel Nut.. Almond.. Even Black Forest.. Walaupun Cadbury Fruits And Nuts ada kacang tapi tak banyak.. Tak adalah terselit susah payah nak cungkil.. Hehe..

COKELAT.. Dalamnya ada banyak sangat khazanah.. Tapi endorfin jadi fokus utama kita hari ini.. Menurut kajian, pre-menstrual women punya peratus mengidam coklat yang agak tinggi.. Semasa pre-menstrual, tubuh kita mengalami kurang Magnesium dan coklat pula adalah salah satu makanan yang tinggi Magnesium.. Jadinya, anda fahamkan sekarang ada sesetengah wanita yang begitu gilakan coklat sebelum menstruasi? =)



Bila kita makan coklat, tubuh kita merangsang pengeluaran endorfin.. Endorphin dikatakan hasil gabungan dua perkataan iaitu endogenous (dari dalam badan) + morphin.. Fungsi morphin dalam dunia perubatan dan digunakan di wad-wad untuk mengurangkan sakit.. Jadinya, makan coklat secara tak langsung boleh bertindak sebagai satu cara mengurangkan sakit.. Sakit PMS? Logiklah kiranya wanita-wanita pre-menstrual gemar coklat.. Betul tak? =)

Pesanan untuk aku yang dependent pada ubat penahan sakit dan juga mungkin anda-anda, endorfin sebenarnya boleh jadi 18 atau 500 kali lebih berkesan daripada mana-mana ubat-ubat penahan sakit.. Jadinya Farhana.. Kurang-kurangkanlah makan ActiFast dan makanlah coklat BANYAK-BANYAK.. Muahahaha.. =p



Antara kelebihan lain endorfin adalah mampu menentang stress yang kita alami selepas penat kerja seharian.. Tak rasa ke lepas makan coklat kita rasa tenang dan lega malah happy? Itu yang aku selalu rasa.. That's why I love chocolate.. Tapi aku tak kurang gemar kek chocolate.. Heee.. Kelebihan lain endorfin ianya boleh mengawal rembesan hormon tumbesaran.. Malah boleh mengurangkan simptom-simptom penyakit yang berkait rapat dengan soal pemakanan..

Banyakkan jasa endorfin dalam badan kita? Makanya, anak-anak muda tiang negara, daripada ambil dadah untuk mencapai euphoria, adalah lebih baik makan coklat dan merangsang pengeluaran semulajadi endorfin dalam badan lalu capai kesan euphoria.. Lagi banyak kebaikan endorfin pada tubuh badan kita daripada mengambil dadah yang sah-sah merosakkan otak dan merosakkan diri.. =)

Bukan saja coklat.. Lada benggala juga mampu merangsang pengeluaran endorfin.. Bolehlah amalkan ya, makan lada benggala begitu saja.. Untuk kesihatan tubuh badan kita juga.. Heee..

Sampai sini.. Selamat malam.. Assalamualaikum..

25 Nov 2010

Kini Sedang Berbahagia

November 25, 2010 9 Comments
Assalamualaikum.. Haip haip.. Lama tak nampak Cik Farhana ya.. Sedar tak sedar dah 4 hari tak update.. Sungguh tak cergas ya.. Maafkan saja gadis comel nan seorang ini.. Al maklum saja kini sedang berbahagia.. Lalala..



Sebelum tenggelam dalam kebahagiaan diri sendiri, ingin ucapkan salam Selamat Hari Lahir buat sahabat blogger tersayang, Puteri Biru yang menyambut hari kelahirannya pada 25 November yakni hari ini.. Selamat hari lahir sayang.. Nah hadiah.. Kiss kiss untuk kamu.. Mmuuaahhh.. Mmuuaahhh.. =)

Oh ya.. Perkhabaran terbaru diri aku? Pendek kata.. Aku kini sedang berbahagia.. Bangun pagi senyum sampai telinga.. Gosok gigi curah air senyum lagi.. Start enjin kereta senyum.. Sampai ke kolej menapak ke hospital pun senyum lagi dan lagi.. Tengahari makan pun masih tetap tersenyum.. Sampai malamlah senyum tak lekang dari bibir.. Manis saja orang pandang.. Kikiki.. Bak kata Najwa dan Malique, Senyum, Tak Perlu Kata Apa-Apa.. Lalala.. Doakan kebahagiaan kami berdua ya..


"Suka lelaki yang ada lesung pipit begini.."

Eh kejap.. Apa Hyun Bin buat dalam entry aku kali ini? Ohh.. Hyun Bin ada pesanan untuk semua.. Katanya, "doakan kebahagiaan saya dan Farhana.." Ehem ehem.. Farhana??? Ekeke.. Ya ya.. Kami berdua okey.. Nanti aku kahwin, jemputlah datang Korea.. Nak pakai Han Bok untuk majlis akad nikah.. Lalala.. =p

Bagi gegadis dan gegurl yang gilakan drama Korea, jangan lupa tonton Secret Garden okey.. Sangat sangat sangat sangat sangat BEST!!! Layan sangat-sangat.. Kadang rasa macam geli-geli perut bila scene romantik sampai, kadang pula rasa nak mengalir air mata bila ada scene yang mengharukan.. Siapa yang tak minat pun aku paksa juga tengok.. Sila tengok!!! Malas nak download boleh tengok online.. Please tengok.. PLEASE!!! Hahahaha.. Gila ke aku.. 4 hari tak update blog, update-update terus meroyan.. =p

Okey.. Meroyan sampai sini saja.. Tata.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Truth is, bahagia.. Erk??? =p

22 Nov 2010

Mungkin Anda Adalah Calon-Calonnya

November 22, 2010 16 Comments
Assalamualaikum semua.. Salam pagi Isnin.. Sempat lagi aku menaip satu dua coret perenggan di sini sebelum ke kelas.. Maklumlah, dah sehari dua tak menaip rasa kematu segala anggota tangan.. Selamat memulakan kerja semua.. Jangan malas-malas..

Jom nengok ciri-ciri yang aku nak listkan dalam entry ini.. Erm.. Mungkin anda adalah calon-calonnya? Haaa.. Bukan bukan bukan.. Bukan calon yang nak dijadikan suami sebab calon yang itu dah ada.. Lalala.. Agak-agak Anuar Zain sudi tak terima aku jadi calon dia yang keberapa juta ni? Ekeke.. =p



Anda perlu ada sekurang-kurangnya 5 ciri di bawah.. Salah satu ciri yang PERTAMA atau KEDUA perlu ada.. Paling koman pun dalam masa 2 minggu.. Jom usha jom..

1) Mood yang sangat depressed.. Kalau nak dibayangkan, hisap dadah, mood atas langit, tinggi terbang, tapi yang ini jatuh kedebub, di tahap yang paling paling paling bawah punya mood.. Muka kalau tengok, orang kata rezeki tak masuk..

2) Hilang semua segala minat yang mendalam pada sesuatu perkara yang amat kita sukai.. Contohnyalah.. Blogging.. Macam aku, dulu gila bagai nak mati dengan blogging, sehari update tak cecah 3, 4 tak sah.. Sekarang? 1 minggu nak ada 3 atau 4 pun dah payah..

3) Perubahan drastik pada tubuh badan dan selera.. Boleh jadi anda suka makan banyak dan badan mengembang macam tong drum.. Ataupun anda pandang makanan pun tak ingin dan dah jadi serupa lidi badan anda..

4) Anda punya rasa bersalah, rasa diri tak berguna, tak boleh diharap dan memang tak boleh pakailah orang macam anda.. Hidup pun tak guna.. Menyusahkan orang..


5) Tidur.. Samada anda jadi burung hantu tak tidur malam, susah nak tidur malam, ataupun anda dah tidur dan mudah terjaga, bila nak tidur balik, susahnya mak aih.. Mungkin juga anda suka tidur 24 jam sehari, 7 hari seminggu.. Erk.. Ada ke? =p

6) Mula hilang fokus pada kerja dan buat satu kerja pun anda susah sangatlah nak concentrate.. Fikiran melayang tak ada dalam otak.. Otak kosong..

7) Anda rasa tak senang duduk, bila berdiri pun rasa tak reti diam macam ada yang tak kena.. Ataupun anda merasa pergerakan anda sehari-hari menjadi sangat lembab macam siput..

8) Hilang tenaga, penat sentiasa.. Macam dalam iklan Super Power.. Muka tak boleh blah punya tak ada energy.. Keluar jin, terus muka bersinar-sinar, lari keliling rumah.. Auww..

9) Haaa.. Yang ini terpaling dahsyatlah.. Ada keinginan nak bunuh diri.. Haip.. Berdosalah.. Ataupun bukan takat teringin, dah buat dah pun.. Telan Dynamo, telan Clorox, telan itu ini.. Haiyo.. Telan makanan ke minuman ke, bukankah lagi elok..


Okey.. 9 semuanya.. Cuba anda tengok, anda ada tak salah satu ciri-ciri yang disebut-sebut di atas? Bila dah cukup 5 tanda di atas, dengan ciri wajib yang perlu ada, samada yang PERTAMA atau KEDUA dan mengalaminya paling kurang 2 minggu, anda sudah boleh dikategorikan mengalami Major Depression Disorder, MDD.. Atau bahasa yang kita selalu gunapakai, depresi.. Err.. Macam sama saja.. Kemurunganlah kiranya..

Aku baca dalam akhbar menyatakan, daripada 28 juta rakyat Malaysia, seramai 1.4 juta yang mengalami masalah kemurungan.. Purata kes bunuh diri di Malaysia 7 orang sehari dan 2000 yang bunuh diri dalam masa setahun mempunyai masalah kemurungan.. WHO juga meramalkan, menjelang 2020, penyakit kemurungan akan berada di tangga kedua teratas penyakit selepas penyakit jantung..

Dahsyat bukan? Mungkin kita pandang enteng tapi seringkali di dada akhbar semenjak dua menjak kita boleh orang sana nak bunuh diri, orang sini nak bunuh diri.. Puncanya? Masalah dalam kehidupan seharian.. Stress kerja, stress belajar, konflik keluarga, pergaduhan suami isteri, boyfriend girlfriend dan macam-macam lagi.. Tapi semua manusia ada masalah, tapi kenapa ada yang tak mampu nak menghadapinya dan bunuh diri?

Jawapannya, berbalik kita pada agama kita.. Iman dan ilmu agama yang mengisi kekosongan dalam diri yang mana jika kekosongan itu tak diisi, kelak syaitan akan datang dan diisikan dengan pujuk rayu dan godaan rayuan yang akhirnya memakan diri sendiri.. Tapi jika ianya kita isi dengan ilmu agama secukupnya dan keyakinan kita pada Allah yang satu, nescaya ianya akan jadi penunjuk arah untuk kita menempuh hidup yang penuh pancaroba ini.. Ya tak? Heehee..

Semoga ada manfaat untuk semua.. Jadi pesanan untuk aku dan untuk semua.. Sampai sini saja.. Assalamualaikum semua.. =)

19 Nov 2010

Mak Dah Pesan Dah!!!

November 19, 2010 21 Comments
Assalamualaikum.. Salam Jumaat semua.. Esok dah Sabtu.. Hoyeh!! Eh kejap.. Ini ada satu kisah yang nak dikongsi dengan semua.. Satu dua tiga.. Enjoy baca.. =)

* * * * * * * * * *

Tiba-tiba handphone berbunyi.. One new message.. Nina buka dan baca.. Daripada Man.. Here goes the message..

"Saya rasa saya dah tak mampu simpan apa yang saya rasa untuk awak.. Entah bila rasa yang saya rasa berubah menjadi cinta, saya sendiri pun tak pasti.. Cuma yang pasti, dalam kepala saya ada awak, di mata saya ada awak, di ingatan saya ada awak dan semuanya pasti ada awak.. Boleh tak saya nak awak ada dalam kepala saya, dalam ingatan saya dan dalam mata saya sampai bila-bila?"

Oh.. Nina tersentak.. Satu lamaran cinta yang tidak dia sangka-sangka.. Dalam hati ada suka, sama rasanya, tapi untuk membalas dan menjawab, dia rasa masih belum tiba masa dan ketikanya.. Dibiarkan mesej itu tidak berbalas.. Hampir sehari masa yang Nina gunakan untuk berfikir, dan akhirnya dia dah bersedia untuk buka hatinya.. Dibalas mesej Man keesekon harinya..

"Kalau saya tak ada dalam kepala awak, ingatan awak, mata awak mulai kini sampai sekarang, SIAP AWAK.." =p

Nina menanti dengan sabar balasan dari Man.. Satu hari.. Dua hari.. Berlalu serasa perlahan sungguh setiap detik itu..



Nina mencari Man merata.. Telefon tidak berjawab, mesej tidak berbalas.. Ke sana ke mari dia mencari Man dengan hati yang penuh debar dan resah.. Sampai di kampung Man, terdengar berita, Man meninggal dunia akibat kemalangan.. Menangis Nina di saat itu juga.. Terjurai titis titis air mata.. Sebak di dada bagaikan ingin pecah dada..Terasa Nina.. SATU KEHILANGAN..

Tiba-tiba.. Terpisat-pisat.. Buka mata.. Nina masih lagi menangis dan airmata jatuh tak henti-henti.. Ohh.. Dia tertidur selepas Asar rupanya.. Basah lencun bantal.. Menangis rupanya.. Sebak pun masih lagi terasa..

Haih.. Bukankah mak dah pesan jangan tidur selepas Asar.. Diganggu syaitan.. Tengok!! Mimpi yang bukan-bukan.. Sampai menangis basah lencun bantal kepala.. Aigoo~~~

Janji.. Tak buat lagi dah lepas ini.. Tak sanggup menangis dengan begitu dahsyat lagi.. Hoho.. Okey semua.. Jaga diri.. Enjoy weekend.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Penat gila aku menangis!! Ekeke.. =p

18 Nov 2010

Aidiladha.. Semalam Yang Hangat..

November 18, 2010 7 Comments
Assalamualaikum.. 18hb November dah menjengah.. Semalam yang hangat.. Hari raya Aidiladha.. Selamat ya buat semua.. =)

Haih.. Macam manalah boleh jadi semalam yang hangat sedangkan terkurung di Ipoh dan tak dapat pulang ke Melaka.. Malam raya lagi aku dah terbayang-bayang menu-menu wajib yang mak akan masak..

Ketupat
Rendang
Kari ayam
Sambal kacang
Lodeh
Nyum nyum.. =p


Diari sepanjang semalam yang hangat.. Pagi-pagi buta bangun, buat itu buat ini, pukul 10.00 pagi aku tidur semula.. Sampailah pukul 1.. Dush dush.. Apa ni anak dara tidur waktu matahari terpacak atas kepala? Nak buat macam mana.. TERtidur.. Ekeke..

Bangun lalu bersiap menuju ke tempat di atas.. Jumpa kawan-kawan tersayang di Tanjung Rambutan.. Seronok.. Hee.. Orang semua tanya, tak cuti ke doktor.. Haiyo!! Wa manyak sedihlah dengar itu soalan.. Sentapssss!!! Pukul 4 balik.. Singgah makan.. Terima kasih abang mamak di Pelita Nasi Kandar kerana menyediakan Nasi Goreng Ayam untuk saya di Hari Raya Haji.. Sob sob.. Untuk mengurangkan kesedihan, aku belikan sebiji kek untuk diri aku sendiri.. Hoh.. Gemuk gemuk.. Banyak dah makan..

Malam pula, housemate pulang.. Suka suka.. Tak sunyi dan tak sedih dah.. Haha.. Dapat makan ketupat, makan rendang, terubatlah rasa ralat dan sadis tak dapat merasa masakan Puan Hayati.. Huuu.. Terima kasih wahai sahabatku sekalian.. Love ya!! =)

Mungkin ini namanya pengorbanan.. Kan? Ada hikmah di sebalik setiap kejadian.. Hee.. Assalamualaikum semua..


FOOT NOTE: Suka dengan pesanan "orang sana pun makan banyak-banyak''.. Nasib orangnya tiada buat masa ini.. Selamat aku.. Wakakaka.. *gelak jahat budak jahat*

16 Nov 2010

How Do I Live Without You

November 16, 2010 11 Comments
Assalamualaikum.. Selamat malam.. Baru habis menonton satu filem Hindustan yang didownload seminggu yang lalu petang tadi.. Lakonan Bobby Deol dan Kangana Ranaut bertajuk Vadaa Raha.. Bagi yang minat Hindustan, I strongly recommended you to watch this film.. Sabtu yang lepas dah ditayangkan pun di TV3.. What can I say, sebuah filem motivasi yang bagus.. Motivasi untuk insan-insan yang dah hilang harapan dalam hidup.. Two thumbs up for this film.. =)



Cukuplah pembuka cerita tentang filem Vadaa Raha.. How Do I Live Without You pula.. Jangan kecewa!! Ini bukanlah sebuah entry kejiwangan sepertimana bunyi tajuknya.. Cik Farhana cuba nak larikan diri sebentar dari imej kejiwangan yang melampau.. Overdose sangat dah rasanya aku ini.. Ekeke.. =p

Esok pagi, aku ada case presentation.. Macam biasa, interview patient dan present keesokan harinya.. Sekarang tengah menyiapkan rangka-rangka repot hasil dari interview petang tadi.. Seorang pesakit yang dimasukkan ke Hospital Bahagia atas cubaan membunuh diri.. A nice case though..



Perlahan-lahan aku dah boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran pesakit-pesakit yang bermasalah jiwa.. Mula dulu agak takut, sebab mereka sangat unpredictable, tapi bila dilihat, pesakit dapat detect bila kita takut dengan mereka dan kadang ada yang mungkin marah atas respons kita yang kelihatan takut.. Sekarang dah lain, dah rasa macam kawan pula.. Seorang demi seorang menegur, dan bertanya, "doktor, bila boleh balik.." "Doktor, esok lusa dah nak raya.. Saya nak balik jumpa suami, jumpa anak-anak.." "Doktor, tolonglah discharge saya.."

Balik tadi, aku sempat melayan seorang dua berborak kosong.. Bertanyakan asal aku dari mana, itu dan ini.. Rasa macam dah dekat pula dengan mereka.. Sebelum balik, aku beranikan diri tepuk-tepuk belakang pesakit, usap-usap bahu, dan aku ucapkan selamat hari raya.. Makcik-makcik di sana kelihatan gembira.. Aku pun rasa happy.. Macam satu keajaiban dan ubat bila pesakit gembira.. =)



Ahh!! Banyak pula aku meluah rasa dalam entry kali ini, bercerita perihal kisah kehidupan aku sebagai seorang pelajar yang tak adalah menarik mana pun.. Tapi itulah hakikatnya.. Aku gembira sangat-sangat.. Macam rasa dah bina satu ikatan dengan pesakit yang jarang dapat aku rasa bila aku posting dalam disiplin lain macam Orthopedik, Medikal, Pembedahan dan lain-lain.. Aku boleh kata, aku rasa macam WE ARE FAMILY.. Heehee..

Ada satu quote dari Johann Schiller yang mengatakan, "It's not flesh and blood but the heart which makes us fathers and sons.." =)

Sayu dengar mereka meminta izin mahu pulang rumah jumpa keluarga, jumpa suami, isteri dan anak-anak.. Maklumlah, dah nak raya.. Bagi yang bukan Islam, mahu pulang pastinya sebab rindu.. Ikatan kekeluargaan yang erat sebenarnya satu terapi, satu ubat.. Lain rasanya bila duduk dalam wad dengan duduk dalam rumah.. Family is indeed everything.. And.. How do we actually live without them, our family? Aite?

Aku pula yang lebih sedihnya.. Sebab kali ini tak dapat pulang beraya.. Gonna miss my family damn much.. Huhu.. Till here.. Good night.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Dulu kawan-kawan aku pernah bincang, nak cari suami, kalau boleh yang tak ada family, senang nak balik kampung.. Keh keh keh.. Pemikiran zaman tak matang gadis zaman muda-mudi.. But now.. I guess my future husband should be A FAMILY GUY.. Kan? Where can I find him huh? Ngeee.. =p


"Sometimes our hearts get tangled
And our souls a little off-kilter
Friends and family can set us right
And help guide us back to the light.
~Sera Christann"

14 Nov 2010

Lalat Bukan Tahi Lalat

November 14, 2010 15 Comments
Assalamualaikum.. Salam malam Isnin semua.. Ouh.. Dah nak Isnin dah rupanya.. Esok bermula rutin harian seorang pelajar.. Pagi-pagi dah kena ke Hospital Bahagia, petang-petang baru jejak kaki semula ke rumah.. Sangat cemburu pada student course lain yang sakan bercuti.. Haih..

Disebabkan PM Deus ERK888 kita dah berbunyi, "asyik bicara soal cinta saja ya doktor sekarang.." Maka kali ini, kita cerita pasal lalat.. Haha.. =p

Tajuk entry tunggang langgang.. Lalat bukan tahi lalat.. Ekeke.. Nak bercerita perihal lalat dan bukan tahi lalat mahupun pemanis di tepi bibir.. Keh keh.. Saja tergerak nak conteng-conteng sini lepas ada insiden dengan lalat dua malam yang lepas..


Seperti kebiasaannya, kami gadis-gadis manis Royal College of Medicine Perak akan keluar lepak bersama selalunya Jumaat malam Sabtu.. Al maklumlah, seminggu masing-masing sibuk dengan kelas masing-masing, kumpulan pun berbeza, mana ada masa nak ketemu berbual mesra.. Batch aku punya jumlah student yang kecil lingkungan 20 orang, maka ukhuwah antara kami memang rapat terjalin.. =)

Nak dijadikan cerita, pergilah ke sebuah kedai makan yang agak famous di area Tambun tapi nama dirahsiakan.. Keh keh.. Insiden antara kawan aku dengan lalat.. Makanan diorder, bihun pataya dan cili potong.. Kakak seorang ini memang kena makan ada cili potong, alah yang cili padi potong comel-comel bubuh kicap.. Baru terbuka selera nak makan.. Memang tak perasan, dah sampai suapan terakhir dan cedokan cili potong yang terakhir baru terperasankan seekor lalat terapung dengan comelnya di dalam kicap.. Berenang bersama-sama dengan cili potong.. Pheww!! Mata terbeliak tapi apa nak buat, dah suapan terakhir dah pun.. Hoh..

Nasib beliau baik, keesokan harinya, perut sihat dan tak meragam..


Pasti ramai dah sedia maklum tentang kisah di sebalik lalat, aku tahu tentang perkara ini pun masa sekolah menengah, baca sebuah buku agama tentang soal pemakanan.. Bagi yang masih tak tahu, kalau jumpa lalat dalam makanan, kena celupkan keseluruhan lalat ke dalamnya lalu dibuangkan.. Sebab menurut sebuah hadis yang sahih, sebelah kepak lalat beracun manakala sebelah lagi adalah penawar.. Aku kongsikan sedikit info di sini tentang hadis yang menyentuh bab lalat, racun dan penawar..

"Khâlid bin Makhlid menceritakan kepada kami, Sulaimân bin Bilâl menceritakan kepada kami, beliau berkata : ’Utsbah bin Muslim bercerita kepadaku bahwa beliau berkata : ’Ubaid bin Hunain mengabarkan kepadaku bahwa beliau berkata : Aku mendengar Abū Hurairoh Radhiyallâhu ’anhu berkata : Rasūlullâh Shallâllâhu ’alaihi wa Sallam bersabda : ”Apabila seekor lalat jatuh ke dalam gelas salah seorang dari kalian, maka celupkanlah lalat itu lalu angkatlah (buanglah) karena pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap satunya terdapat obat.” [Shahîh al-Bukhârî, bâb Idzâ Waqo’a adz-Dzubâb fî Syarôbi Ahadikum, XI:99, hadîts no. 3073]

Kredit kepada ILUVISLAM.. Kesahihan hadis ini juga ada dinyatakan di dalamnya..

Itu saja perkongsian kali ini.. Heee.. Yang penting, jaga kebersihan, kesihatan pun terjamin.. Sampai sini.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Lalat ada racun ada penawar.. Tahi lalat? Of course ada manisya.. Lalala~~~

Love Is Just Plain And Simple..

November 14, 2010 12 Comments
Na Tum Jaano Na Hum.. There is time, when people will say, "sometimes you just leave it to God.."


It portrays how simple a "love" is.. Well.. Love is not meant to be complicated anyway.. It's us who tend to make it complicated.. Love.. It is just plain and simple..

She said.. "To fall in love, first you must like the boy, describe as a good and comfortable feeling when he is around, followed by friendship and endless chats.. And.. Love will happens on its own.."

And.. Thinking of this.. A smile on my face and it really brightens up my Sunday morning.. Enjoy your weekend peeps.. Do appreciate the one.. Coz you never know.. Heehee.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Teringat entry yang dicoret untuk contest Joegrimjow, True Meaning Of Love.. =)

13 Nov 2010

Terpenjara

November 13, 2010 6 Comments


Bila terpejam lena
Jasadku tidak berdaya
Mencari engkau di mana
Hanya dalam mimpi indah

Bila aku terjaga
Jasadku terus berdiri
Mencarimu tiada lagi
Berkubur di alam mimpi

Apakah aku yang terlupa
Antara lena dan terjaga

Di waktu malam pemisah
Yang nyata menjadi mimpi
Di sini engkau menanti
Bersama harum kasturi

Bagai mekarnya bunga cinta
Di alam nyata penuh rahsia

Pabila tangisan embun pagi
Mimpi indah
Entah ke mana menghilang
Itulah kenyataan
Engkau biarkan aku terbuang
Dan mencari dirimu
Di alam fana cinta
Engkau pula berdusta

Ku terpenjara di dalam lena
Aku terpenjara di dalam jaga

:(

Aku yang terlupa.. Kau siapa.. Aku siapa.. Akhirnya, aku yang terpenjara.. Dalam lena dan dalam jaga..


FOOT NOTE: Al-fatihah untuk Shamrin Fotograf..

Contest Miss Lolly's Birthday: Warkah Cinta Di Hari Lahirmu

November 13, 2010 9 Comments
Assalamualaikum.. Ke hadapan gadisku yang cantik, bukan Puspa tapi Lolly Luvfareda, ini adalah sebuah warkah.. Warkah dari hati ini yang dikorek di dasar yang terpaling dalam, dipersembahkan untukmu, menjadi tatapan mata-mata dunia, di pentas Cahaya Yang Riang Gembira, khas dari abang, jejaka yang dikatakan menjadi pujaan Malaya.. Dikatakanlah.. Entah betul entahkan tak.. Tapi rasanya dah orang kata, betullah kot.. Ekeke..

Semua panggil sayang Lolly.. Luvfa.. Fareda.. Abang nak jadi yang lain dari yang lain, abang panggil Olly eh? Ala-ala macam Ogy & The Cockroaches, tukar sikit jadi Olly & The Cockroaches.. Keh keh keh..



Sebelum abang mula bicara mencoret kata pada warkah yang tak seberapa, abang nak ucapkan terima kasih yang sangat-sangat untuk ex-makwe abang, Farhana si Cahaya Yang Riang Gembira.. Walaupun kami dah clash, kami tetap berkawan baik.. Dah jodoh Farhana dengan si Tuuuttt, abang pula bertuah dapat jumpa Olly.. Terima kasih untuk Fana Cayang sebab sudi pinjamkan blog dia untuk abang tulis surat cinta di hari istimewa insan tersayang..

Pes of all, takkanlah abang tak perkenalkan diri.. Walaupun dah sangat popular, tapi rasanya kena juga perkenalkan diri kot.. Abanglah orangnya, lelaki yang buat Scha Al Yahya dan Linda Onn tergila-gila.. Abanglah jejaka berbadan ketak-ketak yang Olly puja-puja.. Abanglah Fahrin Ahmad seperti yang diteka.. Hai Olly dan hai semua.. Ini Fahrin Ahmad, nak bicara meluah kata melalui sebuah warkah penuh rasa.. Aish.. Menulis di blog Doktor Cinta, diri pun automatik jadi jiwanglah gamaknya..



Mula bicara, nak kata apa ya.. Saat mula perkenalan kita.. Kita berdua.. Fahrin Ahmad dan Lolly Luvfareda.. Once upon a time di saat abang melepak di rumah tak ada kerja, abang online.. Mungkin saja nak try test popular tak popular, abang bermain dengan Google, nama abang ditaip masuk.. Terpampang besar di carian pertama blog Olly.. Olly ingat lagi tak entry Olly yang cerita pasal abang dengan penuh kasih sayang? Ya.. Abang dah baca.. Haish.. Tak payah tekup muka lari-lari anak sebab malu.. Abang dah baca seratus kali, siap print tampal di dinding.. Dalam hati abang mula-mula, apa jugalah budak perempuan ni.. Angau sangat ke dengan aku.. Abang tersengih saja.. Satu yang buat abang tertarik saat pertama, kita berdua suka bola.. Ngeeeeeee..



Sejak saat itu, dalam diam abang mula menerjah blog Olly.. Abang jadi pembaca bisu saja memerhati Olly dari hari ke hari.. Jarang Olly abang nampak di blog, kadang seminggu sekali, kadang pula dua minggu sekali.. Hati abang meronta-ronta menyanyi, bila kau jauh aku selalu rindu, bila kau ada hati kan berbunga.. Tapi abang berbangga sebab macam mana popularnya abang, begitulah popularnya Olly.. Selebriti blog sahabat maya gelar Olly..

Sekarang dah setahun lebih abang kenal Olly.. Kenal dengan mak Olly yang awet muda.. Kenal dengan abah Olly yang hot dan sentiasa dingorat oleh awek seMalaya.. Itu pun dalam blog.. Facebook pun berkurun nak tunggu Olly approve abang.. Seksa abang menunggu Olly browse through 1,724 friend requests.. Abang minta number telefon di Facebook, sikit pun Olly tak layan.. Abang sedar, siapalah abang di antara 4,973 orang sahabat Olly di Facebook.. Sedang nama Olly yang benar sebenar-benarnya pun tak abang tahu walau dah setahun kita berkenal tak mesra.. Ingat lagi gathering blogger masa bulan puasa? Jemputan Farhana untuk Olly? Olly tak datang pun.. Abang tinggi berharap dapat jumpa Olly saat dan tika itu tapi akhirnya Olly tak datang.. Abang kecewa.. Tapi lagi kecewa Farhana.. Sob sob.. Sampai sekarang abang terasa.. Macam dicucuk sembilu cinta.. Jap jap.. Nak menangis kejap.. Abang sebak ni.. Tisu please!!!



Olly rasa abang menangis handsome tak? Abang rasa macam macho pula.. Ekeke.. Tapi sempena hari yang berbahagia, hari lahirnya insan kesayangan abang, abang dah tak nak menangis.. Nanti masuk paper, Fahrin Ahmad Menangis Lagi.. Ahh.. Abang tak sanggup.. Hari lahir Olly, hari untuk happy happy.. 12 November 1987.. Terima kasih untuk bakal mak dan abah abang sebab lahirkan Olly untuk abang.. Eh.. Malulah cakap macam tu.. Dah macam confirm confirm saja kita berdua.. Hehe.. Abang tengok banyak hadiah Olly dapat hari ini.. Joegrimjow yang hencem tu nak bagi 500 batang lolipop sampai gigi Olly rongak.. Sampai hati Joe.. Mijae dengan entry slot akasia beliau yang tersangat jiwang, siap nak beli number DiGi, top-up handphone, tiket kapal terbang dengan simpanan tabung haji? Abang jealous.. Dan yang terpaling abang jealous.. Si Saiful Afzan, kenapa dia panggil Olly sayangQuh? Kenapa? Kenapa? Tapi video beliau memang sangatlah jiwang pun.. Ada bagi jam, ada bagi hamper, ada bagi coklat.. Wish kat Facebook pun dah cecah juta..

Abang cuma mampu tengok dan senyum kelat.. Sambil memikirkan apa yang boleh abang bagi untuk buat Olly tersenyum di hari lahir Olly.. Sampai naik serabai serabut dah abang fikirkan.. Olly tengoklah sendiri.. Tapi abang tetap macho kan walau dengan bersinglet 7 hari tak berbasuh.. =p



Hari lahir Olly.. Apa yang boleh buat Olly senyum ya.. Abang capai purse terselit di seluar.. Abang buka perlahan-lahan.. Kebetulan ada RM100 genap-genap duit hasil jualan abang berniaga satay di pasar malam.. Maklumlah Olly, sekarang industri seni banyak persaingan.. Iqram Dinzly, Remy Ishak, Rosyam Nor pun nak join sekaki, itu belum kira Shah Rukh Khan, Arjun Rampal dengan Rajnikanth.. Susah sikitlah abang nak dapat job berlakon sekarang.. Tapi untuk Olly, apalah sangat RM100.. Esok lusa abang akan kerja lebih kuat.. Untuk masa depan kita.. Untuk anak-anak-anak-anak-anak kita sekalilah.. Eh.. Segan abang cerita pasal anak.. Blushing dah ni.. =p



Abang tahu Olly nak kata, warkah dari abang ni pun dah cukup sebagai hadiah hari lahir.. Tapi abang tetap nak bagi hadiah.. Dompet ada RM100 okey.. Tak ada hal.. Tapi jangan minta abang I-Phone 4 ke Blackberry ke.. Blackcurrant bolehlah abang bagi.. RM100 eh.. Emm.. Abang nak gunakan untuk kita berdua.. Aci tak? Kita jalan-jalan cuti-cuti makan-makan angin-angin.. Kita pergi Gunung Lang.. Main air Lost World of Tambun.. Taman Herba Batu Gajah.. Makan strawberry dicampur dengan yogurt dan madu di Cameron.. Golek-golek lari-lari di ladang teh Boh.. Abang rasa RM100 tu dah memang cukup untuk tiket masuk, untuk makan-makan, untuk semua-semualah.. Yang penting, kita berdua bersama.. Ada abang untuk buat Olly gembira.. Di hari lahir kamu yang ke-23..

Eh kejap kejap.. Abang ada hadiah teristimewa untuk Olly.. Yang ini semua abang tanam sendiri kat belakang rumah.. Terimalah, fresh flower asli dari taman.. Ke nak abang menyanyi lagu sekali? Kau gadisku yang cantik.. Coba lihat aku di sini.. Di sini ada aku yang cinta padamu.. Kau gadisku yang manis.. Coba lihat aku di sini.. Di sini ada aku yang sayang padamu.. Lalala~~~ Linda.. Scha.. I tak pernah buat begini dengan you alls kan? Sila jangan jeles.. Khas untuk Olly.. Abang harap Olly suka.. =)



Olly.. Abang rasa abang dah sedia nak settle down.. Abang tahu kalau ini keputusan yang abang ambil, mungkin ramai gadis di luar sana yang akan meraung dan menangis sebab abang pilih Olly untuk teman abang seumur hidup abang.. Tapi, abang tak kisah.. Abang dah call press.. Call wartawan.. Dalam fikiran abang, dah berkira-kira nak selitkan kisah pengumuman perkahwinan kita di muka depan semua akhbar di seluruh Malaysia.. Cuba Olly tengok.. Okey tak agak-agak? Statement yang abang keluarkan mantap tak? Gambar Olly yang ni okey tak? Cukup cantik dah? Vogue habis? Kalau okey, esok dah boleh release.. Tak sabar rasanya abang.. Agagaga.. Miahahaha.. Aish.. Dah berjangkit gelak tawa Olly.. Hadiah dari abang untuk Olly.. =p



Sedar tak sedar dah meleret cecah lantai warkah abang di hari lahir Olly.. Banyak lagi ucapan abang yang tak terucap.. Abang lihat ramai yang sayangkan Olly.. Orang kata, orang yang baik memang disukai ramai.. Macam Olly abang ni.. Ramai yang wish untuk hari lahir Olly.. Abang nak wish, supaya semua wish dari orang-orang yang wish Olly akan terlaksana.. Abang nak Olly sihat selalu.. Jangan sakit-sakit.. Paling penting, Olly berjaya dalam apa jua yang Olly buat.. Dan yang terpaling penting, semoga Olly ketemu jodoh yang mampu membahagiakan Olly.. Mungkinkah abang orangnya? Ekeke.. =p

Kami semua sayang Olly.. Mmmuuaahhh.. Maaflah, abang memang tak sekreatif Joegrimjow wish guna komik, tak sepuitis Fida Aishah dan tak sejiwang Doktor Cinta Luar Biasa.. Tapi ini ikhlas dari hati abang yang dikorek di tahap yang terpaling dalam.. Heee.. Selamat hari lahir Olly sayang.. Semoga angka 23 buka satu lagi lembaran baru dalam diari hidup kamu.. Assalamualaikum sayang..


P/S: Eh.. Abang lupa.. Olly ada buat contest ya? Amboi hadiah.. RM100??? Banyaknya Olly.. Simpanlah sikit untuk tabung kahwin kita.. Kata tahun depan tak sabar dah nak kahwin.. Agagagaga.. =p



Wahhhh.. Panjang betul si Fahrin Ahmad ni mencoret dalam blog aku.. Wakaka.. Lolly!!! Terima kasih sebab sudi jemput aku join contest kamu.. Aku dengan ini join sekaki untuk memeriahkan lagi contest hari lahir kamu yang ke-23.. Selamat hari lahir sayang.. May all your dreams come true.. One day.. InsyaAllah.. Amin.. =)

Sekian.. Assalamualaikum semua..


FOOT NOTE: Tak sedar yang entry ini memang panjang.. Keh keh keh.. I like!!