31 Dis 2010

Abah Dan Menantu.. Harap-Harap Punya Citarasa Yang Sama..

Disember 31, 2010 26 Comments
Assalamualaikum.. Salam cuti untuk semua.. Sukalah korang semua kan dapat cuti.. Kawan-kawan aku seorang demi seorang dah pulang ke Kuala Lumpur.. Aku? Melangut di Ipoh sajalah.. Berhajat untuk ke Food Festival yang diadakan di Stadium Ipoh esok.. Masa untuk mencekik.. Heeee.. Kepada sesiapa yang berada berdekatan Ipoh, moh ler turun sini.. Belanja aku makan dekat Food Festival.. =p

Oh.. Hari ini di entry kali ini, aku nak share cerita abah cerita suami dan cerita anak.. Cerita abah siapa? Abah akulah.. Suami siapa? Anak siapa? Aku ke? Haha.. =p



Setiap kali jika aku pulang ke rumah untuk bercuti, abah pasti tanya aku "Ada cerita apa Along?" Makna cerita di sini adalah movie ya.. Dan sudah tentu-tentunyalah jawapan aku pasti mengecewakan abah.. Kalau tak drama Korea, mesti filem Hindustan.. Abah cuma mampu geleng-geleng kepala melihat anaknya yang Hantu Hindustan dan Hantu Korea ni.. Haha.. =p

Dan tak lupa, aku pun pasti akan bertanya pada abah, "Abah ada cerita best tak?" Hoh.. Inilah yang mengejutkan rakan-rakanku sebabnya kebanyakan filem-filem English yang ada dalam simpanan aku, suppliernya adalah abah.. Termasuklah drama bersiri kesukaan aku, Supernatural.. Orang tak percaya, abahku yang berusia 50 tahun adalah seorang kaki download ataupun bahasa lebih bestnya kaki sedut, macam anaknya yang sulung ini juga.. Muahahaha..

Tapi taste abah aku semuanya filem thriller dan seram.. Kadang-kadang filem aksi.. Kepulangan aku tempoh hari membawa pulangan yang berlipat ganda.. Kebanyakan cerita yang aku nak tengok, abah dah download.. Aku tinggal angkut saja.. Adalah dalam 5 ke 6 cerita.. Weeeee.. =)

Tapi yang paling tak tahan bila aku tanyakan filem latest yang abah download, hajat hati konon nak sedut dari Abah.. Tahu filem apa? 4 Madu lakonan Apek.. Haha.. Rasa macam comel sungguh abah aku sebab tengok filem-filem begitu.. =p


Motif gambar anak-anak kecil? Saja-saja jerrrr.. =p

Abah kaki sedut.. Anak pun kaki sedut.. Aku rasakanlah, nak cari suami yang kaki sedut jugalah.. Senang nak ambil hati abah aku nanti.. Bakal menantu datang jumpa Cikgu Abdullah, exchange cerita yang ada dalam koleksi masing-masing.. Keluarga Sedut.. Wahhh!! Stylo gilerrr!! Datang-datang rumah terus tanya..

"Along.. Suami awak ada movie terbaru tak?"

Wakaka.. Okay.. Jauh dah berangan.. Balik balik balik.. Oh.. Lupa satu perkara.. Pulang tempoh hari, aku ambil daripada abah sebuah filem arahan Mamat Khalid bertajuk Estet.. Cerita yang boleh tahan menarik.. Lakonan Sashi dan Farid Kamil.. Aku sarankan korang tengok.. High moral value.. Tema 1 Malaysia.. Dan ada perlawanan bola juga.. Comel sangat depa semua main bola.. Especially goalkeeper dia.. Bukan macam Khairul Fahmi Che Mat okay, tapi macam Michael Jackson.. Ekeke.. =p

Sampai sini sajalah aku nak bebel.. Ngee.. Tata semua.. Selamat bercuti.. Jaga diri.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Tapi kalau bakal menantu smoking, Cikgu Abdullah terus tolak 50 markah.. Tak kisahlah kaki sedut ke tak sedut.. Haha.. Dulu masa zaman universiti pun Cikgu Abdullah smoking.. 3 tahun saja.. Berhenti sebab Cikgu Abdullah kata, tak ada faedah.. Dan Cikgu Abdullah kata, DIA OKAY!! Ngeee.. =p


P/S: Tahniahlah Farhana.. Sebab sebelum ini 4 entry anda berturut-turut tak sebut pasal CINTA tak sebut pasal KAHWIN.. Muahaha.. Syabas!! =p

29 Dis 2010

Budak Kecil Pun Tengok Piala Suzuki AFF 2010.. Mara Malaysia Mara!!

Disember 29, 2010 10 Comments
Assalamualaikum semua.. Rabu sudah mari.. Hoho.. Mengambil kesempatan yang ada, ingin mendedikasikan sebuah lagu buat semua jejaka-jejaka dalam skuad Harimau Malaya..

"Oh sayang.. Engkaulah jejaka idaman.."
Ekeke.. =p

Selamat berjuang.. Mara Malaysia mara!! =)


Hey hey!! Bukan kita-kita yang dewasa saja sibuk tonton bola, gila bersemangat waja dan patriotisme.. Budak kecil pun sama tumpang sekaki dua.. Jom tengok..


* * * * * * * * * *

ADIK COMEL
Weh korang.. Kalau ya pun nak suluh laser, baiklah suluh atas kepala aku.. Daripada suluh Abe Markus tu.. Bak kata Uncle Joegrimjow, laser membantu pertumbuhan rambut.. I got such a long journey to go, and lots more girls to usha and ngorat.. And I need my hair!! Please!! Laser me!!

Tapi sebelum nak suluh tu, bagilah warning.. Boleh aku tutup mata siap-siap.. Silau derr.. Kang tak pasal-pasal aku lari keluar padang.. Protes protes!! Haaa!! Baru tahu kome-kome semua.. =p

Okey abang-abang Harimau Malaya.. Selamat bertempur dengan garuda.. Doa kami rakyat Malaysia sentiasa bersama abang-abang semua.. Apa-apa pun.. Kita minum dulu.. =p

* * * * * * * * * *

Gila bersemangat kanak-kanak comel ini.. Yang mana, aku sendiri pun tak kenal, anak siapakah yang comel ini.. Gambar ihsan tangkapan rakan sekelasku.. Ekeke.. Terasa sungguh tinggi semangat patriotisme aku pada hari ini.. Harap anda juga begitu..

Okay semua.. Selamat menjamu selera di tengahari.. Assalamualaikum.. =)

Kalau Dah Jatuh Cinta

Disember 29, 2010 12 Comments
Assalamualaikum.. Salam kejatuh cintaan buat semua.. Haih.. Ya ya.. Jatuh cinta.. Kalau dah jatuh cinta, macam mana ya? Kena bangun balik ke biar saja jatuh terjelepuk tak payah bangun-bangun? Ekeke.. =p











Ehem ehem.. Comel tak? Comel tak? Kerutan dahi itu bikin aku teringat pada drama Korea Secret Garden.. Ouch!! Sweet sangat!! Eh eh.. Melencong jauh pergi ke Korea kejap.. Sambung pasal kisah jatuh cinta.. Ngee.. =p

Matilah kalau tuan gambar tahu aku ambil tanpa kebenaran.. Kredit kepada OnoItuAji merangkap abang sepupuku yang termacho.. Terima kasih juga kepada model-model, iaitu abang sepupuku sendiri bersama rakan-rakannya dan juga kekasih hatinya.. Terima kasih tak terhingga sebab sudi menghiasi teratak buruk Cahaya Yang Riang Gembira.. Cantik tak? Cantik kan? Kan? Kan?

Haih.. Dah jatuh cintalah gamaknya.. Haip!! Bukan dekat abang kerut dahi di atas okey.. Itu orang punya, tak pasal kena tembak sedas dua nanti.. Jatuh cinta dengan seni.. Dulu kalau ikutkan hati, memang aku dah ambil jurusan yang ada kaitan dengan seni.. Tapi end up landing juga dalam dunia sains.. Haha.. Tapi masih lagi kecintaan pada seni tak pernah luput.. Seni tulis, seni lukis, seni gambar, seni fotografi, seni bercinta.. Muahahaha.. =p

Seni satu terapi.. Macam menulis, kita tulis apa kita rasa, kita berkias kita berbahasa, satu kepuasan yang tak terhingga.. Yang mengerti saja tahu apa rasanya.. Samalah juga dengan seni gambar.. Snap sana snap sini, edit situ edit siti.. Keh keh keh..

Harap satu hari nanti, aku dapat abadikan cinta aku pada seni macam mana abang sepupu aku berjaya buat.. Mudah-mudahan.. One day perhaps.. Teringat satu dialog dalam filem Idola lakonan Normala Samsudin dengan Norman Hakim.. Dialog dari Aleya, "Seni itu halus.. Orang seni itu orang halus.." Heee.. Menarik.. Till here.. Take care.. Assalamualaikum.. =)


P/S: Okay.. Tak payah pening-pening cari photographer for wedding.. He's here.. Can ask for a free photoshoot session I guess.. Wakaka.. =p

28 Dis 2010

Seumur Hidup Pertama Kali: Gembira Ke Terkejut?

Disember 28, 2010 22 Comments
Assalamualaikum.. Pagi semua.. Cuti pun dah habis semalam, puas dapat duduk rumah makan sedap-sedap.. Sampai update blog pun terasa kemalasan yang melampau.. Bermulalah satu lagi rutin kehidupan harian yang baru dan ucapkan selamat tinggal pada dunia Psikiatri.. Farhana.. Selamat memulakan dunia Paediatrik.. Kita main dengan anak-anak kecil pula.. Training ke arah masa depan yang cerah sebagai seorang ibu berkerjaya.. Err.. Yang ada anak kembar 7??? Hah!! Pengsan!!

Balik Melaka tempoh hari, ada kejutan.. Pakcik Nationwide Express hon depan rumah sambil menyanyikan lagu Farhana Puteri Bumi Kenyalang.. Betul.. Aku mana pernah cakap betul.. Keh keh keh.. Tapi sayangnya, Farhana tak keluar.. Abah Farhana yang keluar rumah.. Ada parcel untuk aku.. Like like!! Dari sayang nun jauh di Kelantan.. =)

Percaya ke tak percaya, percayalah!! Seumur hidup pertama kali aku dapat hadiah seumpama ini.. Selama hidup ini, benda-benda sebegini memang tak pernah dihadiahkan orang untuk aku.. Jadi, aku memang tak ada koleksi benda-benda begini.. Haha.. Seingat aku, sekalilah, dua tahun yang lepas.. Aku main baling tin dekat Fun Fair.. Dapatlah satu benda ini, tapi sangat cinonet, sekecil tapak tangan je kot.. Itu saja satu-satunya yang aku ada, tapi itu pun dah tak tahu mana duduknya.. Sebab tak comel.. Haha.. =p

Jadi bolehlah kiranya, seumur hidup aku, pertama kali aku dapat hadiah seumpama ini.. Hadiah apa??? Meh nengok meh.. Weeeee.. =)



Thanx for the luvly bunny dear.. Siap ada kad.. Paling comel belon yang bunny tu pegang.. Just For You.. Terima kasih banyak-banyak.. Cipika cipiki sikit meh..

P/S: Cipika stands for CIum PIpi KAnan.. Cipiki stands for CIum PIpi KIri.. =p

Hari lahirku nanti nak minta yang lagi besar dari yang ini.. Sebesar Mia Sara Nasuha boleh tak? Lagi best kalau siap dengan cincin belah rotan dalam poket bear.. Di tangan bear ada kad, "AGAK-AGAK, BOLEH TAK AKU LAMAR KAU SEKARANG???" Wakakaka.. Dush sekali.. Gila jauh berangan tak hengat dunia.. =p

Buat penghantar Pink Bunny, jika kamu sedang bersedih, menangislah.. Kerna selepas duka dan tangis itu, pasti ada senyum dan bahagia.. Take care dear.. =)

Dan untuk semua.. Jaga diri.. Have a great day ahead.. Jangan nakal-nakal okey.. Heeee.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Belajar memulakan kehidupan baru dengan rutin yang baru.. Walau payah, akan digagahi jua..



25 Dis 2010

Resepi Makanan Ringan Yang Mudah, Jimat Dan Senang : Kuih Tiram Versi Kulit Popia

Disember 25, 2010 20 Comments
Assalamualaikum.. Salam hujung minggu semua.. Hoi hoi.. (dialog sweet dan comel tanda persahabatan dalam drama Korea, My Girlfriend Is Gumiho.. Ngee..) Sedar tak sedar, dah hari ketiga aku berada di Melaka bersama keluarga tercinta, rasa malas sungguh mahu pulang Isnin ini.. Bila balik, ada mak ada abah, ada adik-adik, buat aku lupa pada apa yang selalu aku teringat-ingat.. Susah juga kan kalau asyik duduk mengingat.. Haha.. Kesimpulannya, aku dah ambil keputusan, dah tak nak mengingat.. Maaf, andai nanti aku dah terlupa dan tak ingat.. Huuuu..

Hamboi haish haish.. Feeling feeling pulek.. Jom balik pada sari cerita utama, petua nak jadi kakak dan abang yang cemerlang, gemilang dan terbilang.. Bagi mereka yang bukan seorang abang juga kakak, turn anda nantilah ya.. Aku carikan tips lain.. Ekeke.. =p

Kepulangan kali ini, sebagai Along, aku berbaik hatilah nak gembirakan perut adik-adik aku.. Haaa.. Bukan senang okey aku nak gembirakan perut orang.. Request sahabat-sahabat di Ipoh sana untuk masak Bihun Singapore dan Tomyam pun aku tak tertunaikan lagi, kesedihan perut-perut mereka.. Ekeke.. Maklumlah, dah tahun-tahun akhir belajar, serious malas nak turun dapur, tak macam dulu-dulu.. Kasihan juga pada peminat-peminat yang meminati masakanku.. *Pengsan derr.. Gila perasan minah ni.. Entah apa-apa..*

Ikutkan hati dan jiwa yang meronta-ronta ni, nak masak NASI BERIYANI ke, KEK LAPIS SARAWAK ke, MEE REBUS ke untuk adik-adik tercinta.. *dalam mimpilah kot.. Haha..* Tapi apakan daya, reti ke aku masak semua tu? Haha.. *siapa kata tak reti?* Jadi, malam semalam, ambil keputusan untuk buat KUIH TIRAM EKSPRES.. Kuih tiram atau nama lainnya lidah buaya.. Tapi yang ini pembuatannya ringkas, ekspres dan rasanya pun saling tak tumpah macam kuih tiram yang original.. Tapi yang ini tak perlu uli tepung dan kerja yang seangkatan dengannya.. Dah nama pun ekspres kan.. Aku belajar dari RihannaIdzmi.. Weeeee.. =)

Jom usha.. Bagi siapa-siapa yang tak pernah tengok Kuih Tiram, boleh KLIK SINI..


Bahan-bahan yang kena ada pun simple sangat-sangat.. Tutup mata pun boleh selesai.. Keh keh keh.. Sebelah kanan, kulit popia.. Yang itu bungkus kecil, selalunya aku suka guna kulit popia yang besar saiznya.. Di sebelah kiri, tepung yang dah dibancuh dengan air.. Berfungsi sebagai gam atau pelekat.. Atas sedikit, bekas kosong..

Kulit popia tersebut pastikanlah jangan terdedah sangat ya.. Nanti masuk angin, dah keras kulitnya susah nak gulung dan senang nak koyak.. Caranya senang, anda ambil sehelai kulit popia, anda gulung macam anda gulung popia tapi yang ini tak ada inti.. Atau paling senang, anda gulung dari sisi sini ke sisi sana.. Dan letak sedikit tepung yang dibancuh air tadi di hujung gulungan supaya ianya dapat melekat.. Jadilah dia macam sebatang rokok..


Bila dah selesai gulung semua kulit popia yang ada, anda ambil gunting pula.. Gunting gulungan-gulungan yang anda buat tadi secara SERONG.. Jadi hasilnya nanti cantik.. Gambar di atas adalah contoh selepas digunting serong..

Bila dah selesai gunting, masa untuk menggoreng.. Kulit popia anda kena pandai goreng.. Jangan panas sangat nanti kulit menggerutu, tak cantik.. Tapi tak boleh juga kecil sangat apinya dan besar sangat, sebab ianya digulung, takut nanti bahagian luar dah hangus dan dalamnya tak masak dan masih liat lagi.. Jadi, pandai-pandailah ya.. Heee..

Selesai goreng, tos supaya tak berminyak sangat.. Sejukkan.. Bila dah sejuk, anda boleh taburkan dan gaulkannya dengan gula ising.. Ada yang suka gula pasir halus pun boleh saja tapi aku lagi prefer gula ising.. Lagi sedap.. Macam donut, aku lebih prefer donut bersama gula ising.. Heehee.. =)

Dan taraa.. Hasilnya..


Malam semalam selesai menggulung, selesai menggoreng, selesai menggaul dengan gula, malam itu juga adik-adik aku mencekik dengan lajunya.. Aku tahulah sedap kan, tapi janganlah makan laju sangat.. Aku pun nak sikit!!!

Masa raya lepas pun aku ada buat kuih ni, tapi tak banyak.. Bila tak banyak, stok memang cepat habis.. Kalau sedia dalam bekas, letak di ruang tamu depan, memang sekelip mata kau berubahlah kan.. Jilat bekas saja.. Hoh!! Jadinya, selamat mencuba ya.. Memang senang gila.. Tutup mata sambil tidur pun boleh buat.. Muahaha.. =p

Sekian, petuan nak jadi abang dan kakak yang baik.. Bukan saja isteri boleh ikat perut suami melalui masakan, kakak dan abang pun boleh ikat perut adik-adik.. Bukan saja ikat perut tapi ikat kasih sayang.. Ke mana pun kita pergi, kita kena ingat, keluarga tetap yang pertama dalam hidup kita.. Perhubungan kekeluargaan dan darah, ibarat air yang kita cencang macam mana pun takkan pernah putus.. Jadi, sayangilah mak ayah anda.. Sayangi juga abang, kakak dan adik-adik anda..

Pesanan khidmat masyarakat dari Cahaya Yang Riang Gembira.. Ngee.. Sampai sini.. Take care semua.. Assalamualaikum.. =)

24 Dis 2010

Sesiapa Yang Agak-Agak Simpan Impian Inginkan Anak Kembar.. Mungkinkah Ada Rahsia Di Sebaliknya?

Disember 24, 2010 15 Comments
Assalamualaikum.. Kembali lagi aku untuk merapu.. Malam semalam dah sibuk cerita pasal wang hantaran jatuh, hari ini nak cerita pula pasal anak.. Advance kan? Gadis bujang berusia 23 tahun ini, yang masih pada status single dan belum berkahwin mampu bercerita realiti alam perkahwinan.. Wow!! Gatalnya!! Ekeke.. =p

Dah hampir 5 tahun harung hidup bersama.. Rakan-rakan aku tak ada seorang pun yang tak tahu impian-impian aku.. Sebab aku memang jenis suka bercerita dan meluah rasa.. Impian pertama nak kahwin umur 24.. Hah!! Yang itu malas nak ulas sebab sebulan saja lagi dah nak jejak 24.. Kena tukar impianlah barangkali.. Haha..

Impian yang kedua, atas atas.. Tajuk entry.. Haha.. Impian nak ada kembar yang aku pasang dah lama, masa aku sekolah menengah lagi barangkali, bila aku tengok makcik aku lahirkan anak kembar lelaki.. Mula dari saat itu, impian bila dah berumah bertangga, nak ada anak kembar..


Atas sebab keprihatinan rakan-rakan yang ingin bantu aku merealisasikan impian tersebut, besties, Faizah Fuad telah "berbaik hati" berkongsi rahsia untuk dapat anak kembar.. Wakakaka.. Lambat lagi nak kahwin pun, tapi tak kisahlah, tetap boleh digunapakai walaupun untuk 10 tahun akan datang.. Keh keh keh.. =p

Petua mendapatkan anak kembar, dipetik dari artikel Rahsia Alam Perkahwinan.. Jom usha 5 petua yang diberi.. =)



1) Faktor keluarga - Genetik orang kata.. Faham kan? Kalau ada dikalangan ahli keluarga anda atau suami anda yang punya anak kembar, jadi anda berpeluang besar untuk dapat anak kembar..

2) Berat badan yang berlebihan - Hoh!! Yang ini aku gelak sakan.. Terasa hatilah okay.. Kajian dibuat dari American College of O&G, mengatakan dengan pertambahan berat badan boleh tingkatkan peluang dapat anak kembar.. Erk!! Macam manalah.. Berat badan lebih, mengandung anak kembar pun berat apa..

3) Hamil di usia tua - Terkejut juga dengar.. Walaupun ada risiko mengandung di usia tua, tapi tak sangka juga boleh ada peluang dapat anak kembar lagi..

4) Banyakkan makan produk tenusu dan bijirin - Okey.. Kena mula makan hari ini.. Dan juga mula minum susu..

5) Lain-lain - Yang ini maknanya dengan menggunakan cara-cara perubatan moden.. Dapat suntikan hormon atau lain-lain..



Masa aku posting bahagian Obstetric & Gynaecology, tak banyak sangat ibu-ibu yang mengandungkan anak kembar.. Jadinya, boleh disimpulkan, bukan senang kan nak dapat anak kembar? Menurut kajian, 1 dalam 90 kehamilan.. Hoho..

Tak mengapa.. Berusaha Farhana!! Chaiyok!! Ekeke.. =p

Selamat malam semua.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Sebenarnya kan.. Lupa nak tambah.. Bukan saja anak kembar.. Tapi anak kembar TUJUH.. Yerp yerp.. Dalam impian ada TUJUH.. Kenapa TUJUH??? Haah.. Kenapa eh.. =p

23 Dis 2010

Wang Hantaran Dah Jatuh

Disember 23, 2010 30 Comments
Assalamualaikum.. Malam semua rakyat bumi yang dikasihi.. Ngee.. Budget macam datang dari planet luar saja.. Ekeke.. Selamat sampai ke Melaka tepat jam 5 petang tadi..

Haaa.. Cerita pasal wang hantaran.. Wang hantaran siapa yang jatuh? Dah macam Year End Sale.. Diskaunlah sikit lebih kurang.. Hoho.. Balik tadi terus ke Klinik Gigi.. Dalam klinik ada 3 orang kanak-kanak kecil yang semuanya datang untuk mencabut gigi susu mereka.. Dan tak dilupakan seorang nenek yang juga datang untuk mencabut gigi sebab nenek nak pasang gigi palsu katanya..

Aku? Satu-satunya gadis sunti yang comel berusia 23 hampir nak masuk 24.. Mana entah nak letak muka, sebab keluar-keluar setiap pasang mata semua memandang.. Bukanlah sebab cantik ke apa, tapi sebab si gadis berusia 23 ini juga berbubuh kapas di dalam mulutnya.. Cabut gigi juga??? Duh!!! Segannya.. Rasa macam nak buang kapas masa dan tika itu juga.. Tak pun, kasi telan saja kapas itu.. Haha..



Atas sebab-sebab yang nak elak pun tak boleh nak dielak dan permasalahan yang timbul pada gigi, aku terpaksa mengorbankan sang gigi walau dalam keterpaksaan.. Hati berat tapi masih boleh terima dengan hati yang terbuka sebab yang dicabutnya gigi geraham, senyum pun tak nampak gigi sudah hilang sebatang sebab duduknya di belakang sanun.. Keh keh keh.. =p

Tapi balik-balik saja dari Klinik Gigi terus aku kata pada emak dengan nada sedikit ala-ala macam kecewa..

"Habislah macam ni mak.. Gigi dah hilang sebatang.. Mesti wang hantaran pun makin kurang.. Warrgghhh!!!"

Tahu apa reaksi mak? Mak gelak saja memandang anaknya yang sudah terkorban sebatang gigi.. Uarrggghhh!! Mak boleh gelak.. Ini serius apa, wang hantaran dah berkurang, dah jatuh okay.. Kan kan kan??? =p

P/S: Pesanan untuk gegadis di luar sana, wang hantaran bukanlah segala-galanya dalam perkahwinan.. Perkahwinan itu sepatutnya memudahkan.. Jadi kita janganlah susah-susahkan dengan letak nilai yang juta-juta lemon ya.. Heee..

Sekian kerunsingan aku di malam hari.. Sakit cabutan tadi terasa sampai ke kepala.. Macam nak pecah kepala rasa, seolah gigi yang ditarik tadi, menarik sekali saraf-saraf dalam kepala aku.. Darah pun tak berhenti lagi walau dah 3 jam.. Dekat 5 cawan air garam aku kumuh.. Sama juga.. Makin pening lagi ada.. Sudahlah darah kurang, darah pula tak boleh nak stop.. Nasib nasib.. Harap surut dan reda secepat mungkin.. Mahu rehat dulu..

Cuti sampai Isnin.. Weeee.. Jaga diri semua.. Selamat bercuti nanti.. Heehee.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Kepada Encik Bakal Suami.. Walau siapa pun anda, janganlah risau sampaikan dah mula belek Buku Akaun.. Macam mana jatuh pun wang hantaran, tak akan jatuh merundum banyak sangat punyalah.. No worries okeyhhhh.. =p

22 Dis 2010

First Impression: Ikut Suka Hati Anda Bagaimana Anda Nak Fikir..

Disember 22, 2010 10 Comments
Assalamualaikum.. Selamat pagi semua.. Going back to Melaka Bandaraya Bersejarah tengahari nanti.. Weehoo!! Jom jom aku nak kongsi dengan semua perihal first impression.. Adakah first impression ini gila penting? Amat penting? Penting? Bolehlah? Atau tak adalah penting sangat? Lain orang lain pemikirannya.. Tak ada orang yang salah tak ada orang yang betul selagi di sebalik setiap penjelasan itu ada logiknya dan ada benarnya.. Betul tak? =)

Sebelum mulakan apa-apa.. Elok kiranya aku ceritakan 3 situasi yang lain dan berbeza supaya kita dapat gambaran yang jelas tentang apa itu first impression.. Seperti dialog dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah, CECITER CECITER.. Wakaka.. =p

* * * * * * * * * *

Situasi 1
Dalam satu gathering blogger, tersebutlah seorang blogger yang dalam blog memang banyak bicaranya, cerita-cerita dia jiwang sesaja.. First impression orang ingat dia gila-gila banyak mulut banyak kata.. Jumpa-jumpa? Diam seribu bahasa, pemalu tak usah kata.. Cuma senyum lebar saja.. First impression saat pertama bersua? Pemalu dan pembisu ke apa? Ada yang kata, inside her mouth got emas ke apa.. Lepas jumpa kali kedua ketiga, rupanya tak adalah pendiam mana.. Gila juga budaknya, tapi sweet itu paling utama.. *NAK KATA DIRI SENDIRI KE APA?*

Situasi 2
Bersua kali pertama dengan gadis maya.. 6 bulan dah kenal rasanya.. Jumpa kali pertama, kalah model dia bergaya.. Mekap mahu seinci ukurannya, bibir merah pekat warnanya, pemerah pipi, pembayang mata semua lengkaplah kiranya.. Dalam hati, gadis ini gemar bersolek rupanya.. First impression si jejaka.. Tak lama, couplelah mereka.. Tiap kali keluar berdating, masa nak bersiap punyalah lama.. Dari saat pertama dah boleh agak kata si jejaka.. Apa nak buat, hati dah jatuh cinta.. Terima saja.. =p

Situasi 3
Pertemuan di rumah, aturan ibu dan bapa.. Merancang untuk kahwinkan anak rupanya.. Gadis ketemu dengan jejaka.. Bertentang mata dan berbicara.. First impression? Mamat ni!! Ouh skemanya!! Menyampahlah juga.. Lepas saja saat perkahwinan mereka, hari-hari dapat bunga.. Kadang bersurat cinta.. Kadang main kejar-kejar, main geletek-geletek, main suap-suap sampai naik berbulu mata.. Muahaha.. Rupanya si jejaka romantik okay orangnya.. Weeeeee.. =)

* * * * * * * * * *


First impression itu SANGAT PENTING!!

Penting bila mana kita hanya dapat buat keputusan di saat pertemuan, perjumpaan atau perkenalan yang pertama kali.. Dan keputusan itu bukan satu yang boleh dibuat main.. Contoh paling senang, temuduga.. First impression sangat penting masa temuduga, sebab itu menentukan kita boleh jadi pekerja yang macam mana.. Boleh ke sesebuah organisasi itu berharap kepada anda untuk memajukan organisasi mereka.. Wah.. Organisasi bagai aku ya.. Haha.. =p


First impression itu TAK ADALAH PENTING SANGAT!!

Orang kata, manusia rambut sama warna, hati lain-lain.. Tapi sekarang dah tak boleh kata apalah, rambut semua pun warna dah seribu satu pesen.. Keh keh keh.. Bila dah hati itu lain-lain, hanya dengan first impression, kita tak boleh nak jangka orang itu orang yang bagaimana.. Katakanlah kita nak menikahi seseorang lelaki atau seseorang wanita, setakat jumpa satu kali, boleh ke tak boleh? Cukup ke tak cukup untuk kita kenal dia? Boleh ke hanya bersandarkan first impression itu untuk kita buat keputusan, kita yakin nak jadikan dia teman hidup kita? Manusia.. Ada yang bertopeng, ada yang tak.. =)



Itu untuk manusia.. Macam mana kalau masa nak beli barang? Berbalik kita pada point pertama FIRST IMPRESSION ITU SANGAT PENTING.. Sebabnya anda samada akan BELI atau TAK BELI barang tersebut.. Kalau tak beli, tak ada masalah.. Tapi kalau dah beli, tak memuaskan hati dan jiwa anda bagaimana? Tak semua barang itu refundable.. Okay? =p

Oh ya.. Drama pula bagaimana ya? Ada orang kata, episod pertama sesebuah drama sangat penting okey.. Mungkin juga.. Tapi kalau bagi aku, aku lebih pada point yang kedua.. FIRST IMPRESSION TAK ADALAH PENTING SANGAT.. Episod pertama tak menentukan apa-apa..

Alaaa.. Macam orang-orang jiwang seperti aku selalu kata, cinta pertama ke kedua ke, tak sepenting dan seutama cinta terakhir.. Weeeee.. =)

Okey.. Masa untuk ke kolej menghadapi test.. Wish me luck.. Assalamualaikum semua.. Have a great day ahead..


FOOT NOTE: Terima kasih banyak dan banyak untuk "encik robot masa depan" sebab terbitkan idea FIRST IMPRESSION dalam kepala aku yang dah tak ada mood nak update blog.. Ngee.. Seronok ''gaduh berlawan kata-kata" dengan orang.. Kikiki.. =p

21 Dis 2010

Kanak-Kanak Itu Ajar Bagaimana Mahu Berkasih Sayang

Disember 21, 2010 6 Comments
Assalamualaikum.. Salam kasih sayang di hulur untuk semua.. Dua tiga menjak, tak ada nafsu mencoret entry, rasa nak amukan saja, keadaan memang tak mengizinkan.. Sakit kepala dah berlarutan, demam kejap ada kejap kebah, puncanya bukanlah sebab cuaca.. Tapi rupanya gigi aku.. Hoh.. Dah 2 papan Paracetamol aku telan selama seminggu hanya kerana nak hilangkan rasa sakit.. Rasa sakit putus cinta pun tak begini kot.. Hoh!! Lusa balik Melaka.. Mahu jumpa doktor gigi..

Eh.. Panjang betul mukadimah entry ya.. Haha.. Meh sebelum tidur nak cerita satu kisah yang aku dengar dari seorang sahabat terdekat.. Kisah kanak-kanak zaman sekarang.. =)


Kanak-kanak dulu, kanak-kanak sekarang, banyak dah beza dari segi pemikiran.. Maju jauh ke hadapan.. Tapi satu tak boleh dinafikan, kanak-kanak itu putih suci bersih, minda mereka macam kain putih.. Ya tak? Kisah seorang kanak-kanak.. Usia barangkali dalam 4 atau 5 tahun.. Adik ini ada tabiat ataupun rutin harian yang sangatlah sweet.. Sebelum masuk tidur, adik ini akan kata pada emak dia, SAYANG EMAK.. Berlari pula pada abah dan berkata, SAYANG ABAH.. Kakak? Abang? SAYANG KAKAK SAYANG ABANG.. Siapa lagi? Datuk dan nenek.. SAYANG ATUK SAYANG NENEK.. Selesai rutinnya, kanak-kanak itu akan masuk tidur..

Inilah tabiatnya setiap hari sebelum masuk melelapkan mata.. Kanak-kanak polos ini begitu sweet sekali.. Inilah dia kasih sayang.. Perkara yang positif, jika kita sebut hari-hari, ianya akan jadi darah daging.. Bila asasnya adalah kasih sayang, pokok dan buah yang terhasil nanti adalah hasil dari kasih sayang juga.. Kita yang dewasa dijadikan teladan untuk yang muda.. Tapi kadang tak salah kalau kita belajar sesuatu yang elok dari insan yang jauh lagi muda dari kita, waima kanak-kanak sekalipun.. =)



Adik angkatku juga ada tabiat begini.. Saban malam tanpa jemu, dia akan menghantar pesanan ringkas ucapkan selamat malam dengan ayat yang terpaling sweet.. Kita yang baca pun pasti rasa seronok dan terdetik dalam hati, "Ohh.. Masih ada yang sayang dan mengingati.." Kikiki.. =p

Baguslah kalau generasi muda kita dukung erti kasih sayang, paling tidak dunia akan jadi sedikit lebih indah biarpun kini sarat dengan cerita tak berperikemanusiaan itu ini, kekejaman sesama sendiri.. Huh..

Sampai sini.. Selamat malam.. Mimpi indah.. Aku sayang kamu-kamu semua.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Kasih ada sayang pun ada.. Tapi sekatnya di bibir, di jari mahupun di jiwa.. Beku otak, tak mengerti apa-apa.. Disimpan rapi, apalah gunanya?

20 Dis 2010

What Is The Best Part In Me

Disember 20, 2010 6 Comments

"Best In Me"

From the moment I met you I just knew you'd be mine
You touched my hand
And I knew that this was gonna be our time
I don't ever wanna lose this feeling
I don't wanna spend a moment apart

'Cos you bring out the best in me, like no-one else can do
That's why I'm by your side, and that's why I love you

Every day that I'm here with you
I know that it feels right
And I've just got to be near you every day and every night
And you know that we belong together
It just had to be you and me

'Cos you bring out the best in me, like no-one else can do
That's why I'm by your side, and that's why I love you

And you know that we belong together, It just had to be you and me

'Cos you bring out the best in me, like no-one else can do
That's why I'm by your side
'Cos you bring out the best in me, like no-one else can do
That's why I'm by your side, and that's why I love you
'Cos you bring out the best in me, like no-one else can do
That's why I'm by your side, and that's why I love you





What is the best part in me? I really wonder.. Nite peeps.. Sweet dream.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: I'm ego!! And I hate this part of myself.. What can I do.. My ego is greater than myself.. And I just let it destroy what I begin to feel.. Sigh!!

19 Dis 2010

Penguin: Nak Atau Tidak?

Disember 19, 2010 11 Comments
Assalamualaikum.. Apa macam bola? Seronok tonton? Heee.. Dah habis tonton, sorak sana sorak sini, jom lepak santai baca telenovela di hujung minggu.. Weeee.. =)

Ini bukan adaptasi dari sebarang cerita Korea, hanyalah snapshot dari drama Secret Garden sahaja.. Dialog yang dicipta adalah adaptasi dari sebuah gambar kartun versi English.. Tapi yang ini, dibahasa Melayukan.. Ingin berkongsi, moga gembira dan ceria semuanya.. Weeee.. =)


* * * * * * * * * *

Scene 1
Gadis: Awak tahu tak, penguin bila bertemu dengan pasangan penguinnya yang tepat, penguin itu akan hidup bersama dengan pasangannya itu FOR THE REST OF ITS LIFE..

Scene 2
Jejaka: ... *memandang dengan satu pandangan sukar ditafsirkan*

Scene 3
Gadis: *membisu*
Jejaka: *terus membisu*

Scene 4
Jejaka bangun dan memandang wajah gadis.. Dan bersuara..
"SUDI TAK AWAK JADI PENGUIN SAYA?"

Scene 5
Si gadis terpaku terpana ternganga.. Apo nak dikato???

* * * * * * * * * *

Selamat malam semua.. Jom jadi penguin dan mimpi yang indah-indah.. Assalamualaikum.. =)

18 Dis 2010

Ditipu Dan Tertipu.. Bolehkah Kita Pilih?

Disember 18, 2010 9 Comments
Assalamualaikum.. Salam tengahari semua.. 2 hari dah.. Rasa macam dah okey sepenuhnya, kipas atas pasang 5.. Kipas sebelah katil pasang 3.. Di luar sana pula hujan tak berhenti sedari pagi.. Masyuknya sejuk tapi tak menggigil.. Maknanya dah sehat kan? =p



Selama dua hari duduk terperuk dalam selimut dengan gigilan melampau sampai sejuk kaki tangan, tak ada mood langsung nak berblogging.. Bila dah lama tak mencoret, nak mula semula, lagilah malas tak terkata..

Banyak yang dah aku fikir.. Dari dulu sampai sekarang.. 1 tahun 10 bulan berblogging (macam tajuk entry lepas pula).. Berapa ramai dah orang yang aku kenal dan jadi sahabat.. Ada yang sangat rapat, ada yang rapat, ada yang sedang-sedang saja, ada yang tenggelam timbul dan tak kurang juga yang hai hai bai bai.. Hoho..



Dunia maya terlalu banyak cabaran kan? Dugaan kecil dugaan besar.. Godaan dari segenap sudut dan ruang.. Dengki pun tak kurang.. Penipuan apatah lagi.. Orang kata, dunia maya ni ALMOST ALWAYS about LIES.. Entah.. Terpulang pada orang..

Untuk aku.. Satu perhubungan, tak kisahlah persahabatan, percintaan, peradik-angkatan, perkahwinan, asasnya adalah kejujuran.. Kalau dah satu-satu hubungan dibina dengan penipuan sebagai batu-batanya, sekukuh mana hubungan itu, kita sendiri pun boleh fikir.. Kan? Bukan sekarang, mungkin esok lusa, bulan depan, tahun depan akan runtuh berkecai.. Ya tak?



Dunia realiti dengan dunia maya memang tak ada banyak beza.. Masing-masing penuh dugaan dan cabaran.. Dua-dua dunia dah penuh berselirat dengan penipuan yang kadang kita sendiri tak dapat nak beza, apa yang benar apa yang tak benar.. Cuma mungkin dunia maya lebih mudah untuk kita tebarkan jaring dusta dan penipuan.. Tak hati-hati, terperangkap dalam jaring, samada anda terkorban, terus-terusan ditipu atau jika bernasib baik, anda akan terlepas dan mula buka mata..

Hah!! Aku? Banyak kali dah lalui macam-macam penipuan.. Cukup satu aku katakan, aku benci penipuan.. Sebab itu dalam satu persahabatan, sifat ingin tahu aku tinggi, aku suka tanya terus tanpa selindung dan teka-teki.. Sampai kadang orang akan kata, aku banyak tanya.. Haha.. Annoying ke aku? Erk!!!

Tak kenal, maka tak cintalah.. Kan? =p

Okey.. Masa untuk belek buku.. Kalau bernasib baik, saat-saat belek buku, mungkin aku akan belek bantal kepala, bantal peluk dan SELIMUT.. Hahaha.. Till here then.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Dalam dunia yang kita hidup, tak kira realiti atau maya, penipuan ada di mana-mana.. Ditipu atau tertipu.. Bolehkah kita pilih? Untuk tidak ditipu? Untuk tidak tertipu? Hmmmmmm..

17 Dis 2010

1 Tahun 10 Bulan Dah Berlalu

Disember 17, 2010 24 Comments
Assalamualaikum.. Salam 11.45 malam buat semua.. =)



Apakah menu pada hari ini ya? Jom tengok..

* * * * *

2 tablet of Paracetamol 650mg three times a day..

1 tablet of Loratadine 10mg once daily..

Muscle relaxant..

Sepasang stoking..

Sehelai sweater..

Sehelai selimut tebal..

Last but not least segelas susu panas Hi-Goat..

* * * * *

Dah lama sangat tak kena benda-benda begini.. Dah 1 tahun 10 bulan rasanya.. 1 tahun 10 bulan yang lalu, ada "kakak baik" jaga.. Tuam dahi, bagi ubat, belikan makanan.. Layanan tip top terbaik.. 2 hari dah kebah.. Kali ini, tak ada ke yang nak TOLONG JAGA sampai kebah? Lalala.. Tak mengapalah.. Kata orang, ianya menghapus dosa.. =)



Masuk tidur tapi laptop dibiarkan hidup sampai meletup sebab sedang sibuk memuat turun filem Mujhse Dosti Karoge.. Mahu tonton di hujung minggu.. Walaupun minggu hadapannya ada test.. Keh keh keh.. =p

Till here.. Nite peeps.. Love you.. Sleep tight and sweet dream.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Bahagia pula rasa bila dapat buat SepiSendirian rasa bahagia dan menggila.. Ekeke..

16 Dis 2010

Stanza Sepi Sekeping Hati

Disember 16, 2010 9 Comments
Assalamualaikum.. Salam kasih sayang untuk kamu-kamu dari aku..

Entahlah mahu dibilang okey atau enggak.. Malas mahu fikirkan masalah yang menimbun, 2 hari lepas aku melepak menonton wayang.. Gelak sepuas hati melihat telatah Usop penari kebudayaan yang lari dengan membawa kerusi roda.. Diakui lawak-lawaknya macam bodoh, tetapi bolehlah untuk menghilang gundah di hati..

Gundah? Ya.. Ada gundah di hati.. Gulana rasa di jiwa.. Tapi dah dinamakan kehidupan, pasti ada pasang surut, turun dan naik.. Pokoknya, hati, jiwa dan semangat kena kuat.. Elakkanlah dari terjadinya seperti insan ini..



Bagi siapa yang dah menyaksikan "kegilaan" Hantu Kak Limah Balik Rumah pasti ada mendengar satu lagu yang Awie nyanyi dan humming semasa berjumpa dengan Che Nin di belakang gerai.. Nyanyian dengan suara kecil tapi didengari liriknya seketul-seketul.. Pendek saja bait lirik yang Awie nyanyikan..

"Ku nyanyikan lagu syahdu.. Bila teringatkanmu.. Yang masih bertakhta dihatiku.. Ku nyanyikan lagu rindu.. Itu yang ku tahu.. Agar terluah resah membeku.."

Hah!! Lagu kesukaan aku yang lama sangat rasanya tak didengar.. Bukan apa.. Lagu sedih aku malas nak dengar.. Nanti sedih sekali derr.. Haha.. Dengan liriknya yang memang menyucuk ke hati, kena dengan rasa, mana tak sentap.. Haha.. =p

Siapa minat? Stanza Sepi Sekeping Hati nyanyian Ben Nathan.. Sekarang Saleem nyanyikan semula.. Not bad.. Iklim dan Saleem memang the best.. =)

Till here.. Maaf andai coretan aku sekarang lebih pada peribadi.. Heee.. Assalamualaikum..


15 Dis 2010

Tsunami Diri

Disember 15, 2010
Assalamualaikum..

* * * * *

"Luar sana angin menggigit cengkam sampai tulang..

Dalam sini kocak ombak tsunami bikin diri tunggang langgang..

Tersepit antara luar dan dalam..

Ke luar nanti seksa jasad..

Ke dalam nanti seksa jiwa..

* * * * *



Bukan satu luahan hati.. Sebab orang yang nak buat luahan hati takkan kata dia nak buat luahan hati.. Muahahaha.. Selamat malam semua.. Mimpi indah.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Mood ke laut, perasaan tunggang terbalik, semangat terbang sana sini, tsunami dalam diri.. Haha.. =p

Teringin Ada Senyuman Menawan.. Apa Kena Mengena Dengan Colgate Sensitive Pro-Relief?

Disember 15, 2010 16 Comments
Assalamualaikum dan salam kasih sayang untuk semua.. Masih lagi dalam mood kasih sayang entry yang lalu, entry yang ramai orang jangkakan kisah sepasang pasangan muda yang hangat bercinta di awal perkahwinan.. Tapi, rupa-rupanya bukan.. Ekeke.. =p

Terima kasih tak terhingga pada yang menyukainya.. Can't say anything more.. Aku sendiri seronok menulis kisah dari hati dan akal fikiran sendiri.. Satu idea yang tak dipaksa-paksa.. Sebab pembaca kita boleh baca, apa yang kita tulis datang dari jari atau datang dari hati.. Weeeee.. =)

Menyimpang jauh pada tajuk di awal cerita.. Heh.. Comel ke Julia Robert dengan senyuman lebar beliau? Keh keh keh.. Semua orang dah semestinya nak senyuman menawan.. Lagi-lagi golongan gegadis gegurl.. Satu aset untuk nampak memikat.. Aicecece.. Silap niat dah derr.. Tapi yang itulah rasanya aku tak ada.. Haishhhh..



Orang kata, senyuman itu menawan bila boleh senyum nampak gigi.. Dan itulah yang tak termampu aku lakukan.. Pasti ingat dulu-dulu aku pernah tulis entry cerita perihal gigi kan? Aku ada 3 masalah utama basically..

1) Gigi taring yang sangat prominent tapi sebatang.. Sebatang lagi low profile beb.. Tapi aku tak ada keinginan nak buat braces, sebab aku tengok macam mana seksanya Sis Jard kita memakai braces.. Dan satu lagi keseksaan adalah seksa poket.. Mahu dekat RM5 ribu weh..

2) Gigi depan aku.. Ingat lagi macam mana dia pecah sebab makan cokelat??? Haaa.. Padah makan cokelat.. Last last gigi hancuq lebuq.. Aku dah usha usha harga di pasaran untuk buat crowning sebatang gigi.. Lingkungan RM500 - RM800.. Mahal derrr.. Ada perancangan nak buat crowning di klinik kerajaan tapi hakikatnya aku fobia sebab 3 kali pengalaman aku di 3 klinik kesihatan gigi yang berlainan, doktor semuanya ganas belaka.. Aku tak salahkan mereka, barangkali workload yang banyak di klinik kerajaan sebab itu kerja mereka sedikit cepat.. Tapi serious, buat treatment di klinik kerajaan memang sakit.. Aku fobia.. Hehe.. =p


And lastly.. Masalah gigi sensitif.. Hoho.. Peritnya kalau makan benda sejuk benda panas memang sangatlah terasa.. Rasa macam nak melompat.. Dan dari malam semalam aku online, ternampakkan iklan ini dari Colgate Sensitive Pro-Relief yang menempek pada Sky Scrapper.. Rupanya Nuffnang berbaik hati nak bagi Buffered Earning.. Terima kasih Nuffy.. Stay lama-lama ya.. Boleh aku guna duit itu buat crowning.. Lalala.. =p

Masalah gigi sensitif aku ni kira masih baru lagi.. Dalam 5, 6 bulan.. Untuk itu aku memakai Sensodyne.. Berkesan memang berkesan.. Tapi disebabkan harganya yang agak mahal, aku hanya gunakannya bila gigi mula dah sakit sensitifnya itu.. Waktu selain dari itu, aku guna Colgate biasa..

Dan nampaknya sekarang Colgate dah maju setapak dan keluarkan produk setaraf Sensodyne.. Colgate Sensitive Pro Relief.. Mesti ramai dah tengok iklan di TV kan? Doktor tarik seorang pejalan kaki dan cakap, "saat ini gigi awak sedang diserang.." Kah kah kah.. Comel dialog.. =p



Mungkin akan mencuba dan melihat keberkesanannya.. Plus mereka ada special offer.. Apa offer tersebut? Anda bolehlah ke website mereka..

Dan untuk kesimpulannya.. Tiga masalah gigi aku, 1 dah settle dengan ubat gigi.. Masalah pertama aku malas nak kaotim.. Sah sah aku student lagi dan tak mampu nak keluarkan RM5 ribu.. Tinggal masalah kedua.. Yang ini memang aku teringin sangat nak buat.. Priority tinggi dan on top of the list.. Pening kepala jugalah dengan masalah crowning..

P/S: Mungkin boleh panggil Doktor Mok K dan Doktor Nadiah untuk turun Ipoh, special treatment untuk aku.. Lalala..

Akhir kata, harapan aku.. Harap-harap masa umur aku 30 tahun (muda lagi weh), korang takkan tengok aku di televisyen sambil keluarkan dialog, "saya kini boleh makan daging di depan orang ramai tanpa risau tercabut.. Terima kasih Polident.." Umur muda-muda, pakai gigi palsu sebab banyak sangat masalah gigi.. Oh! Aku tak mahu!

Sekian, bebelan di hari Selasa.. Tata.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Haip haip!! Nak kata aku tak reti jaga gigi masa kecil eh.. Babab kang!! Reti jaga okey!! Tiap-tiap jam gosok!! =p

14 Dis 2010

Untuk Golongan Dah Berkahwin.. Adik-Adik Baca Di Bawah Pengawasan: Ini Kisah Mereka, Kisah Kita Dan Kisah Semua

Disember 14, 2010 44 Comments
Ehem ehem!! Assalamualaikum dan salam malam Selasa.. Coretan kisah di luar imaginasi seorang gadis bujang.. Adaptasi dari sebuah kisah cinta, alam dalam TV.. Kata orang, di atas normal.. Ekeke.. Apa yang atas normal? =p

Tarikh: 13 Disember 2030.. Kisah Danial dan Qistina.. Pengabadian memori sebuah perjalanan hidup orang-orang yang dah kahwin.. =)

P/S: Pesanan dan amaran dah diberi di awal tajuk entry.. Jangan marah jika ianya tidak sesuai untuk anda baca.. Kan saya dah warning.. Ekeke..


* * * * * * * * * *

Cuaca tak menentu semenjak dua menjak ini.. Hujan kadang turun lebat kadang pula kalah dengan matahari yang pancarnya tak adalah seterik mana.. Jam menunjukkan tepat pukul 10 malam.. Di luar sana hujan rintik-rintik.. Danial melingkari tangannya di bahu Qistina, wanita yang terpaling cantik dalam hidupnya yang memegang jawatan sebagai isteri dalam hidupnya.. Qistina pula melentok manja bersandar di bahu suaminya.. Tiba-tiba Qistina tersengih kecil mengingatkan sebuah artikel yang dibacanya perihal tidur di ketiak suami.. Mahu dipraktis selalulah, detik hatinya.. =p

Dua pasang mata itu khusyuk melabuhkan pandangan pada kaca televisyen.. Sesekali kaki dan bahu ikut gerak sama melihat Kajol dan Shah Rukh Khan menari dan menyanyi dalam filem klasik cinta kesukaan mereka berdua, Dilwale Dulhania Le Jayenge.. Tiba-tiba Danial bersuara..


DANIAL
Qis.. Tekak saya teringinlah nak makan aiskrim.. Heeee..

QISTINA
Aik.. Mengidam ke awak ni.. Haaa.. Dulu tak suka makan.. Sekarang dah hantu..

DANIAL
Sejak kahwin dengan awaklah ni.. =p

QISTINA
Awak duduk dulu.. Saya pergi dapur ambil..

DANIAL
Nak saya teman? Ke nak saya dukung awak ke dapur?

QISTINA
Uish.. Malulah.. Apalah awak ni.. Ngada-ngada eh..

DANIAL
Elelele.. Mahu tapi malu-malu..



Qistina buat muka seposen pada Danial dan berlalu ke dapur.. Dibuka peti ais dan dicapai dua batang aiskrim perisa coklat dan vanilla.. Semenjak kahwin, peti ais mereka tak pernah tak ada stok ais krim.. Sentiasa ada.. Maklumlah, kesukaan Qistina.. Danial pula yang dulunya tak gemarkan aiskrim, sudah mula belajar jatuh cinta dengan aiskrim setelah berkahwin dengan Qistina.. Qistina pun berlalu menuju semula ke ruang tamu.. Disuakan aiskrim yang telah dibuka pembalut pada suaminya.. Sedang makan dengan enak, tiba-tiba Danial memandang Qistina dan gelak besar.. Qistina buat muka penuh tanda tanya dan memandang suaminya..


QISTINA
Apa kena dengan awak ni sayang? Sakit eh?

DANIAL
Hahaha.. Ya ya.. Sakit perut, senak sebab gelak banyak sangat.. Tengoklah awak..

QISTINA
Apa kena dengan saya pulak?

DANIAL
Makan aiskrim macam budak-budak.. Sememeh satu mulut..

QISTINA
Alah.. Yeke.. Mana tisu ni..


Qistina memusing kepala ke sekeliling mencari tisu.. Saat dia memusing kepala ke arah tempat suaminya duduk, Qistina terkejut.. Terkejut melihat Danial.. Betul-betul depan mata.. Nyaris tak berhantukan sesama sendiri..



Begitu dekat wajah Danial dengan wajah Qistina.. Terasa kejap-kejap berlaga hidung sesama sendiri.. Qistina pun bersuara walau dalam keadaan kaku..


QISTINA
Apa hal awak ni.. Saya tengah cari tisu ni.. Jangan nak manja-manja pulak eh..

DANIAL
Wahai Qistinaku sayang.. Tak payahlah tisu bagai.. Membazir lap mulut guna tisu.. Nanti hujung bulan kena beli tisu lagi.. Saya kan ada..


Qistina merasa pelik dengan suaminya.. Nada suara yang begitu manja sekali.. Kepala otak Qistina tak dapat memproses makna kata-kata suaminya.. Dalam masa dan tika yang sama, suaminya makin merapati.. Wajah mereka makin dekat.. Makin dekat.. Dekat.. Dekat.. De de de.. Kat kat kat..


Ya betul.. Aksi seterusnya adalah cut cut cut.. Tidak dapat dilepaskan untuk tayangan umum.. Sekian.. =p

Di sofa di ruang tamu, Danial dan Qistina dengan dunia mereka sendiri.. Jangan tanya dunia apa.. Please eh!!! Di satu sudut di dinding sana, tergantung sebuah frame platinum dengan contengan tangan.. Nampak sudah agak lama dan usang sedikit frame berbingkai kelabu tersebut..

Di atasnya tercoret sesuatu..



Tarikh pada frame itu diteliti.. 13 Disember 2000.. 30 tahun dah pun berlalu.. Danial dan Qistina dah menjangkau 55 tahun.. Frame yang diabadikan saat awal perkahwinan tika usia muda remaja.. Perkahwinan bersulam kasih, sayang dan cinta.. Dulu, kini dan sampai ke tua.. Eh silap.. Sampai akhir hayat.. Heee.. Anak? 8 orang.. Cucu? 16 orang.. Cicit? 4 orang.. =)

* * * * * * * * * *

Impian di akhir coretan: Kasih, sayang, cinta, kesefahaman, pengertian, kejujuran dan pengorbanan.. Peneman hidup bersama dari muda sampai ke tua.. Oh.. Silap lagi.. Sampai akhir usia.. =)

Salam kasih sayang untuk semua.. Selamat malam.. Assalamualaikum..