Mahu Minta Tolong Siapa Yang Power English..

5 comments
Assalamualaikum semua.. Malam terakhir di Melaka, pagi-pagi esok akan pulang semula ke Ipoh.. Entry pendek ini ditulis dengan tujuan untuk mencari warga-warga bijak pandai English.. Speaking berhabuk berdebu pekat-pekat, grammar tip top.. Actually aku dah minta tolong a few friends of mine, tapi ingin menambah lagi pertolongan dari rakan-rakan blogger pula..


Jumaat ini telah diberi amanah untuk jadi Master of Ceremony untuk sesi pembentangan projek Organisation & Management of Health System.. Emcee.. Kalau dalam Bahasa Melayu aku memang tiada masalah.. Tapi English, aku pening kepala sedikit.. Mahu belit-belit lidah nanti..


Actually dah puas aku google cari sample speeches dan scripts untuk dapatkan gambaran dan idea untuk aku tulis script.. Tapi tak ada satu pun yang membantu.. So, I wonder kalau ada di kalangan anda-anda yang pernah jadi emcee dan menyimpan any kinds of sample speeches.. Atau ada idea untuk aku buat rujukan dari mana-mana website.. Pertolongan anda amatlah dihargai.. Sekian.. Terima kasih.. Assalamualaikum.. =)






FOOT NOTE: RINDU mahu gaduh-gaduh.. Sangat-sangat rindu.. (Harap kamu tak baca..)

ENTRY BELIAU INI buat aku gelak tergolek-golek di hari Rabu.. =p

Hilang Satu Nikmat Sebagai Seorang Veteran Yang Digelar Senior

11 comments
Salam 30 Jun buat semua.. Nak menulis terasa tiada idea, tambah lagi dah menjejak kaki ke rumah manis rumah.. Tengok entry terakhir.. Terkesima.. 27 Jun.. Satu rekod buat pengupdate blog tegar sepertiku.. Dah tak tegar lagi barangkali..


Sekarang musim buah durian.. Serawa.. Pulut.. Roti.. Bubur kacang.. Nyum nyum.. Lagi satu, musim budak-budak masuk Universiti.. Musim orientasi.. Ragging? Tidak dibenarkan.. Masa-masa begini senior-senior mengeratkan silaturahim dengan para junior.. Senior lelaki saham melambung tinggi, sentiasa bersedia untuk masuk line gadis-gadis junior yang naif-naif.. Senior perempuan? Siapa kata tak laku.. Sekarang trend pasangan perempuan lebih tua apa.. Ekeke.. Macam dalam 3 Idiots, senior mengerahkan junior bertelanjang beramai-ramai.. Oh.. Itu sangatlah tidak baik.. Sila jangan tiru ya.. Kalau takat cucikan baju senior, nyanyi lagu sepuluh dua puluh buah untuk senior, masak untuk senior, masih boleh diconsider.. Kot.. Kan?


Tahun ini aku tahun akhir.. Tapi sayang seribu kali sayang, aku tak pernah merasa walau sekali nikmatnya sesuatu yang dipanggil orientasi.. Cantikkah dia.. Handsomekah.. Seksikah.. Badan ketul-ketulkah si orientasi ini.. Jujur pengakuan.. Tak merasa orientasi selama aku belajar di Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak.. Maka leburlah impian yang aku ada untuk participate dalam orientasi dan mengeratkan silaturahim dengan junior.. Eh.. Poyonya ayat.. Haha.. Setakat sesi kenal-kenal 10 minit, sikit pun tak berkesan.. Sebab serious, ramai junior masih tak kenal senior.. Mungkin sebab batch kami terlalu low profile.. Maklumlah, ada 26 orang saja.. Hoho..


Kesimpulannya.. Life aku sebagai seorang student IPT tak lengkap sebab tiada orientasi dalam kamus hidup aku.. Well.. Enough said.. Things are different here in UniKL.. Moreover, we are the last batch of MBBS Universiti Malaya in UniKL.. This fact actually make us "pelik".. Pesanan buat junior yang jejakkan kaki di UniKL.. Hai dari Akak Farhana.. Jangan lupa jenguk-jenguk blog akak Cahaya Yang Riang Gembira okey.. Waka waka.. Aku tinggalkan kalian dengan gambar-gambar ketika aku di Tingkatan 1A, 2A di SMK Chung Hwa Miri.. 3 Mutiara di SMK Convent Kajang.. Dan 5ST1 di SMK Tinggi Perempuan Melaka.. Pengembangan diri yang melampau-lampau.. Hee.. Assalamualaikum.. =)









FOOT NOTE: Ramai tanya kenapa aku ada banyak sekolah.. Sebab abah aku penysarah maktab.. Jadi hidup kami memang selalu pindah randah.. Ngee.. =)

Usai Menonton Badut Makan Budak Dalam Filem It, Aku Mencari Rahsia Di Sebalik Wajah

12 comments
Assalamualaikum dan salam satu World Cup buat semua.. Orang sibuk sana sini tonton Cawan Dunia, aku duduk terperap dalam bilik melayan movie.. Macam-macam cara dah aku cuba untuk jatuh cinta pada bola bermula dari memakan cokelat yang bersalutkan aluminium bercorak bola sampailah ke makan dengan bola, tidur pun ada bola, mandi pun dengan bola.. Ooppss.. Tapi semua tak berkesan.. Wakaka.. Dah memang tak ada chemistry barangkali..


Petang tadi selesai sudah aku menonton filem English tahun 1990an berdurasi 3 jam yang menurut kawan aku amatlah popular di kalangan kanak-kanak kecil di zaman itu.. Yang hairannya, aku memang tak pernah tengok filem adaptasi dari novel Stephen King ini.. Filem tentang badut pemakan kanak-kanak bertajuk "It".. Macam biasa, aku pantang tengok pelakon yang solek pekat-pekat dan sembunyikan wajah, curiosity aku tinggi untuk cari rahsia di sebalik wajah.. Alang-alang dah tak ada kerja, aku pun carilah kerja bermanfaat.. Meng"google" watak-watak yang popular dengan hanya solekan tebal semata tanpa menayangkan wajah.. Hey hey hey.. Kadang-kadang anda tak perlu menjadi kacak atau cantik untuk popular.. Jom usha..



Mendiang Heath Ledger dengan watak The Joker dalam The Dark Knight.. Oh.. Dia ini memang kacak.. Sayangnya sudah tiada..



Siapa tak kenal.. Jim Carrey si pembuat mimik muka yang berjaya.. Popular dengan The Mask, The Grinch dan Olaf (Lemony Snicket's A Series Of Unfortunate Events)..



Inilah dia Tim Curry yang melakonkan watak badut, Pennywise The Clown yang makan budak kecil.. Daging depa manis kot.. Oh ya.. Beliau juga pernah berlakon dalam Home Alone 2..



Hugo Weaving yang melakonkan watak dalam V for Vendetta yang ada rambut cantik.. Hik hik.. Juga berlakon dalam The Matrix dan Lord Of The Rings..



Hohoho.. Muka dia ganas.. Tak berapa nak kacak dan dah tua kot.. Tapi jadi hero okey.. Ron Perlman melakonkan watak Hellboy.. Macho habis.. Ngee..




Dan si cantik ini adalah Zoe Saldana.. Neytiri dalam filem Avatar yang meletup-meletup itu.. Heehee.. Seriously, aku tak pernah khatam tengok Avatar walaupun orang kata best..



Dan.. Paling aku adore sebab beliau cantik sangat.. Rebecca Romijn.. Pemegang watak Mystique dalam X-Men.. Watak mutant warna biru yang very the sexy dan digilai jejaka.. Oh ya.. Beliau juga berlakon dalam Ugly Betty.. Jadi "abang" kepada Daniel si hero.. ABANG??? Jeng jeng jeng.. C(:


Okey semua.. That's all for tonight.. Selamat melayan bola-bola Cawan Dunia.. Ngee.. Assalamualaikum..

Soalan Cepumas.. Tak Pakai Atau Pakai Lebih Cute?

15 comments
Salam Jumaat untuk semua.. Aku baru saja selesai memeningkan diri menyettlekan masalah musang aku.. Untuk mengembalikan semangat blog yang dah luntur-luntur ayam, aku tergerak hati tergatal tangan nak tukar template.. Aku guna sajalah yang simple dimple yang blogspot sediakan.. Tak adalah pening-pening fikir.. Rupanya masalah besar menimpa bila layout yang aku guna, gambar-gambar dalam entry aku tak dipaparkan..


Not only that.. Bila aku nak arrange page element dan add beberapa page element, tiada langsung kotak ADD PAGE ELEMENT.. Haru betul.. Aku ingat masalah layout, 3,4 kali aku tukar.. Resultnya sama saja.. Then aku berfikir kemungkinan mata aku bermasalah.. Power dah naik ke? Aku tak pakai cermin mata sebab mata aku bermasalah satu belah saja dan memang agak teruk, satu belah lagi normal atau mungkin terlebih normal.. Eh.. Cerita pasal mata pula..


Tiba-tiba tergerak hati tergatal tangan sekali lagi nak cuba browser lain.. Aku bukalah Chrome dan Opera.. Gambar di entry semuanya ADA.. Add page element pun ADA.. Oh musang.. Dah tuakah kau.. Atau sakitkah kau.. Selamat jalanlah kalau begini.. Hoho.. Kurang aktif mengupdate sebab sibuk dengan kerja lapangan di Daerah Kinta.. Hari ini hari Majlis Penutup program.. Aku diminta menjadi Master of Ceremony a.k.a MC.. Tapi.. Tapi.. Suara aku dah hilang, jadi macam Ella sebab malam semalam aku gelak banyak sangat dengan housemate aku sampai putus urat kentutlah.. Adehhhh.. Okeylah.. Dah rasa macam tulis diari pula.. Hoho.. Take care semua.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Soalan entry nak tanya, mana lagi cute.. Pakai atau tak pakai cermin mata.. Yang penting Detective Conan TAK CUTE.. Wakaka..

Mimpi Itu Mainan Jiwa Insan Dalam Sepi Ke?

6 comments
Assalamualaikum.. Salam sayang buat semua.. Lama tak bersua di sini.. Hmmm.. Kali ini.. Sekadar corat coret rasa..


Entah bagaimana, bait-bait kata yang acapkali meniti di tepi bibir dan dialunkan dengan penuh rasa riang dan bermelodi, kali ini bawa seribu satu rasa yang lain dalam diri.. Bikin fikir jauh-jauh dan dalam-dalam..





"Jika mimpi masa silam..
Bisa kusimpan dalam kaca jadi perhiasan..
Pasti aku abadikan..
Zaman riang.. Kanak-kanak..
Pabila hujan mengundang suasana bahagia..
Dalam hidup yang seindah..
Mimpi yang tidak pernah melukakan perasaan.."


100% true.. Mimpi masa zaman kanak-kanak ternyata banyak bezanya kalau nak dibandingkan dengan mimpi zaman tua bangka.. Zaman kanak-kanak yang semuanya indah, dalam kepala ringan tak berserabut seribu satu masalah, mimpi yang disulam pun mimpi indah-indah belaka sampaikan kita ingin simpan untuk dijadikan perhiasan.. Betapa indah mimpi zaman kanak-kanak.. Kan? Sampaikan hingga ke saat usia dah makin menginjak dewasa, kita sangat sukakan mimpi..





Tapi kini bila dewasa..
Aku mula sedar betapa mimpi..
Hanyalah suatu permainan..
Jiwa insan dalam kesepian..


Bila dah makin tua, rambut pun dah makin banyak uban, dah banyak pengalaman turun naik kehidupan, makan macam-macam jenis garam orang tua-tua bilang, haluslah, kasarlah, bukitlah, dan kita pun mula sedar apa sebenarnya mimpi.. Ouh.. Entahlah.. Aku sendiri keliru.. Benarkah mimpi itu mainan jiwa insan yang sepi?





Mimpi.. Impian.. Samakah dua entiti ini? Bunyinya seperti ada iras-iras, maknanya pula jauh bezakah? Tiba-tiba dalam hidup, aku jadi tak pasti dengan mimpi, dengan impian.. Aku tak pasti apa yang aku kecapi kini adalah apa yang aku mimpikan atau apa yang aku impikan.. Kedengaran sama tapi realitinya besar beza aku terasa.. Anda faham? Jika faham sila fahamkan aku.. Kebenarannya, aku sendiri masih tak faham dengan apa yang aku inginkan dalam kehidupan.. 23.. Dah terlambatkah untuk aku mula fahamkan segalanya? Adakah title "doktor" itu sebahagian dari masa depanku? Kalau ya, aku tak ingin doktor atas nama, aku inginkan doktor yang berjaya.. Ya Allah.. Kuatkan tekad dan semangatku.. Ameen.. =)


Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Layar Impian..

Kalau Boo Ada Wanita Idaman.. Aku Pun Mahu Lelaki Idaman..

15 comments
Pagi Isnin yang ceria untuk memulakan rutin harian seperti biasa.. Salam untuk semuanya.. Pagi-pagi buta aku dah kena bangun sebab kena travel dan attend briefing di Pejabat Kesihatan Daerah.. Makanya, dua tiga hari ini aku akan berulang dari Ipoh - Batu Gajah.. Mungkin tak sempat nak update selalu.. Tapi entry yang ini nak tak nak aku kena publish juga.. Penat aku karang dan cari bahan wo.. Print screen dari 3 drama Korea, Prosecutor Princess, You're Beautiful dan Personal Taste.. Walla ~ ~ ~


Mana taknya, dua tiga hari aku duduk cemburu dengan si kambing namanya Boo.. Mencari wanita idaman lelaki bak heroin Lovers In Paris walaupun dirinya bukanlah seorang lelaki.. Hoho.. Apa pun, citarasa Boo memang tinggi.. Dan aku, mahu juga!!! Lelaki idaman wanita.. Walau mungkin kriteria yang bakal aku bentangkan tak menepati citarasa wanita seluruh alam, tapi aku tetap mahu kasi tahu, wahai lelaki, apa sebenarnya wanita inginkan.. Walau walau mungkin nanti ada yang pertikaikan, 23 tahun layakkah digelar wanita.. Ekeke..




1) Tolonglah faham aku luar dan dalam.. Luaran aku tak minta ingat semua details remeh temeh tentang aku, tapi cukup kot kalau ada sedikit GENERAL KNOWLEDGE tentang aku.. Dalaman pula kalau boleh memahami aku ini bagaimana walau aku jarang mengungkap apa yang aku rasa..





2) Buka mata nampak DIA, sebelum tidur lelap mata nampak DIA.. Sebab paling tidak, mulakan kerja di pagi hari pasti ada semangat melihat yang tersayang.. Malam dah penat, ada dia juga menemani di sisi.. Tak tinggi permintaan aku.. Kan?




3) Paling koman kalau tak mahu jaga masa sakit, cukuplah sekadar tengok-tengok ada okey tak.. Masih bernafas lagi tak.. Kannnnn.. *aku perli derr* Care.. Di mana dia sentiasa bertanyakan kesihatan kita.. Okeykah.. Sihatkah.. Dah makankah.. Ini bukan satu kongkongan.. Tidak sama sekali.. Once bila pertanyaan macam ini anda rasa dikongkong, anda perlu nilaikan semula perhubungan anda.. Cewah ayat aku.. Ekeke..





4) Bila aku ketawa, dia ketawa.. Bila aku sedih, dia ketawa.. Bila aku gundah, dia ketawa.. Aku sukakan lelaki tersenyum dan ketawa.. Lagilah yang mampu bikin aku senyum dan ketawa.. Macam penyebab senyuman dalam rahsia.. Hmmmmm..




5) Peneman makan yang baik.. Sebab aku tak suka perasaan makan seorang diri.. Even kalau aku nak makan aiskrim saja duduk di tepi jalan pun dia sanggup temankan.. Heeeee..





6) Lelaki yang pandai "pleasekan" aku.. Bukan dengan kata-kata manis, kata-kata jiwang dan kasih sayang.. Tapi dengan cara CARI GADUH.. Ya.. Aku suka gaduh dan bertikam lidah.. *tapi masih penuh dengan kasih sayang dan kemanjaan.. ahh.. geli ketiak..*





7) Bila jauh dan masing-masing kadang tak punya masa untuk ekspres rasa kasih sayang walaupun dengan call mahupun sms, tapi pandai cari alternatif lain.. Lelaki yang rajin baca blog Cahaya Yang Riang Gembira.. Jadi silent reader pun jadilah.. Paling tidak dia tahu apa yang berlaku dalam hidupku, dan dia SUDI ambil tahu tentang diriku.. Kerana dirimu begitu berharga.. Ekeke..




8) Lelaki yang ego tak tinggi melangit.. Boleh terima kalau ada waktunya, aku sebagai insan tersayangnya "melindungi" dia.. Jadi protector dia.. Weeee.. Kadang-kadang mahu juga merasa melindungi orang tersayang.. Maksud melindungi? Anda fikir-fikirkan..


Banyak sungguh ciri yang aku idamkan.. Tapi apa yang kita idam tak semuanya kita boleh dapat dalam diri seorang lelaki.. Selalunya ada pada lelaki-lelaki yang berlainan.. Mungkin ciri ini dia ada, dia tak ada.. Takkan mahu rembat semua dan jadi playgirl? Ohh tidak tidak!! Tak baik okey.. Naughty namanya.. Sesungguhnya bila tiba masa yang tepat, akan datang juga pasangan yang tepat untuk kita.. Mudah-mudahan.. Happy day untuk semua.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Mahu lelaki yang boleh terima diri aku yang jika diminta mengulas perlawanan World Cup dan team mana patut menang, hanya reti sengih kambing.. Heeeee..

Crowning.. Tapi Aku Bukan Permaisuri..

13 comments
Salam segenap benua.. Weee.. Petang Ahad yang panas.. Ketika tajuk entry terkeluar dari otak, struck benda lain dalam kepala aku.. Kes perceraian Sultan Brunei dengan personaliti TV3 Azrinaz Mazhar Hakim.. Perkahwinan yang dikurniakan 2 orang anak itu berakhir dengan perceraian.. Hmmm.. Old people kata, ajal maut jodoh pertemuan, semua Allah yang rancang.. Aku harap-harap pertemuan untuk makan malam indah nanti bersama Joegrimjow dan blogger lain berjalan seperti yang dirancang.. Walau tak rancang lagi.. Ekeke..





Buah berangan ditepek bukan sengaja-sengaja.. Bukan pula nak bangkitkan selera.. Saja nak sharing cerita, zaman kecil dahulu kala, makan berangan gigit guna gigi kasi pecah buah, merananya sekarang terasa.. Bukan kata buah berangan saja, coklat yang keras beku dari peti ais pun menonong gigit guna gigi saja.. Sekarang cuba cerita, menyesal tak sudah tapi nak buat apa??? Hoho..





Disebabkan saya seorang kanak-kanak yang suka makan coklat di zaman kecilnya, jadi dah automatik tergolong dalam kumpulan Sensodyne.. Bila anda makan makanan panas, atau sejuk dan bla bla bla.. Anda sebenarnya mengalami masalah gigi sensitif.. Haha.. Actually aku dah jalani rawatan matikan saraf untuk gigi aku tak lama dulu jadi secara logiknya, bila urat saraf dah mati, sakit dah takkan terasa.. Plus.. Untuk pengetahuan anda, saraf tak boleh tumbuh semula ya.. Tapi yang hairannya bila aku makan aiskrim, minum Milo panas atau kopi yang bercampur dengan Coffee Mate, gigi aku mesti meronta kesakitan.. Haish.. Rasa ralat.. Mana taknya, rawatan matikan akar bukan seringgit dua ringgit beb..






Jadinya atas perbincangan dengan panel-panel, alternatif lain telah diusulkan.. Iaitu CROWNING.. Aku dah usha klinik gigi sana sini, agak mahal.. Makanya akan dipertimbangkan, mahai wo.. Ialah.. Duit nak buat crowning boleh aku simpan masuk dalam tabung kahwin.. Haha.. Plus aku pernah dengar soseh soseh yang crowning tak elok dibuat sebab ianya adalah benda yang bukan datang dari tubuh kita, jadi bila meninggal dunia, ianya tak boleh dibawa sekali.. Kena buang dulu.. Macam susuklah.. Apa yang aku dengarlah.. Kebenarannya aku masih tak pasti dan masih mencari.. Kalau ada sesiapa tahu, boleh share dengan aku.. Ngee.. Okey.. Till here.. Esok aku ada field work di Batu Gajah.. Travel di pagi-pagi buta.. Petang nak senja baru pulang.. Don't miss me.. Ekeke.. Assalamualaikum..

Walaupun Saya Home Alone, Kebenarannya Saya Lebih Comel Daripada Macaulay Culkin

16 comments
Selamat semua.. Selamat di malam minggu.. Okey okey.. Kalau ya pun tak sokong statement di tajuk entry, tak payahlah buat muka terkejut macam tak pernah tengok orang cute.. Cute dalam konteks ini tiada kena mengena dengan saiz tetapi lebih merujuk kepada kecomelan tatkala di zaman bayi, zaman kanak-kanak minum Ribena.. Aku tak minum Ribena sebab zaman dulu Ribena mahal.. Cukup pergi laman belakang petik anggur dan kisar.. Jimat pun jimat.. Ekeke..






Aku sangat sunyi.. Aku sangat sepi.. Bukan perasaan sunyi sepi macam Seri Coffee Mate bila si Azmi memanjang tak ada masa sampai beli creamer pun tak sempat, tapi sunyi sepi sebab geng serumah merangkap sekutu-sekutu gosip tak ada.. Tambah lagi sekarang mulut aku tengah gatal nak bergosip.. Well well west.. Situasi yang dah acapkali aku lalui.. Berhujung minggu sendirian di rumah agam tersergam gah di tengah bandar Ipoh.. Rumah agam itu mungkin tipu ya.. Hari-hari aku melangut dalam bilik padang dinding, kadang-kadang duduk depan pintu bilik housemate, pandang pintu bilik mereka-mereka.. Petanda rindulah agaknya..






Hampeh.. Aku dah sesat jauh ke genre berlainan.. Mahukan entry genre pop campur rock dangdut tapi sesat pergi balada jiwang leleh.. Okey okey.. Mula balik.. Aku Home Alone.. Diterjemahkan dalam kemelayuan adalah Rumah Seorang Diri.. Haa.. Gitulah sikit lebih kurang bunyinya.. Aku yakin bukan aku saja tapi semua yang pernah merasa Home Alone pasti melalui pengalaman seperti aku.. Bukan cerita hantu macam dalam Roh Kembali atau Jangan Pandang Belakang ya Dharma Opah.. Tapi.. Tapi.. Tapi.. Entah kenapa jika duduk seorang diri, aku tak pasti, samada telinga kita terlebih alert atau memang bunyi pelik-pelik wujud.. Betul tak apa aku kata? Bila duduk sendiri tak berteman, kebarangkalian penghasilan bunyi-bunyi pelik adalah sangat tinggi.. Nah.. Bila ada teman, telinga tak tangkap pula bunyi pelik.. Ini yang aku pelik..





Kesimpulan yang penulis cuba simpul tentang pengalaman Home Alone dan bunyi-bunyi pelik adalah penulis memang jauh lebih comel dari Macaulay Culkin.. Muktamad.. Itulah kesimpulan yang dicari.. Sekian, selamat bermalam minggu.. Assalamualaikum.. =)


Aku Tak Faham Apa Maya Kata.. Maya Angelou Dan Bukan Luna Maya..

16 comments
Salam buat semua di pagi Sabtu.. Entry ini entry permintaan, dari seorang blogger buat seorang blogger.. Cuba ditunaikan walau tajuk yang diberi agak berat untuk dipersembahkan.. Hoho.. Mari aku bawa semua menelusuri 3 situasi yang berlaku dalam kehidupan kita..






SITUASI 1

5 tahun DULU..


ADAM: Awak.. 5 tahun tak lama.. Lepas 5 tahun okey.. Please sayang..

MAYA: Boleh saya pegang kata-kata awak?

ADAM: Of course sayang..


KINI..


MAYA: Awak kata 5 tahun.. Saya pegang kata-kata awak.. Jadi???

ADAM: Erk.. Saya ingat awak dah lupa.. Ekeke.. Sabarlah sayang.. Lagi 2 tahun.. Boleh?

MAYA: Mestilah saya ingat.. Saya masuk dalam reminder handphone lagi ya.. 2 tahun???

ADAM: Amani baru 5 tahun sayang.. Tunggulah dia 7 tahun, 8 tahun ke kalau nak bagi adik pun.. =p





SITUASI 2

SOM: I nak berlakon watak perempuan baik-baik.. So, please.. Jangan offer watak seksi-seksi macam ni pada I..

TUAN DIRECTOR: Ewah.. Nak watak baik-baik.. Tak nak seksi sana seksi sini.. Video lucah kau yang bersepah dulu apa cerita?

SOM: Benda dah lepas.. Biarlah.. Jangan nak ungkit pulak..

TUAN DIRECTOR: Tapi orang tetap ingat apa yang kau buat sampai bila-bila..




Pertemuan pertama Uda dan Dara..


Entah macam mana untuk diungkap, tapi jauh di sudut hati sang dara, dia rasa sesuatu.. Entah mana datang yakinnya, sang dara yakin sang uda juga merasakannya..


Dalam pertemuan itu, mata sang uda dilihatnya terpancar rasa kasih dan sayang.. Gerak gerinya buatkan sang dara rasakan ada aura selamat dan hangat.. Tutur katanya walau hanya cebisan ayat biasa tapi tiap butir yang dituturnya seolah diiring dengan rasa cinta..


Gilakah sang dara? Mainan perasaannya dan gurauan mindanya atau ianya benar-benar wujud rasa? Sesungguhnya itu apa yang sang uda buat sang dara rasa.. Dan rasa itu takkan pernah sang dara lupa sampai kini..






Maya Angelou pernah mengeluarkan cebisan kata ini..


"People will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.."


Quote ini telah Cik Shira request untuk aku ulas mengikut pandangan diriku sendiri.. Aku pandang-pandang, jeling-jeling, usha-usha bhosle.. Eh.. Ke Asha Bhosle? Haha.. Berat derr.. Adnan Sempit pun boleh jadi makin sempit derr.. Wakaka.. Kalau dalam perbahasan yang skillnya memang aku failed 100 peratus, aku akan bangkang, ketuk-ketuk meja ala bahas parlimen tanda tak setuju.. Eh.. Ada ke ketuk meja? Huhu..


Bagi aku, apa yang kita kata, apa yang kita buat, apa yang kita ekspres semuanya orang akan ingat.. Kalau tak masakan timbul peribahasa cakap siang pandang-pandang; terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata/perbuatan buruk padahnya.. Siapa sokong sila ikut saya ketuk-ketuk meja.. Hoho.. Kerana kata, hati terluka.. Kerana perbuatan, ada yang memendam rasa.. Lagi-lagi yang paling manis atau yang paling duka, itu paling susah nak lupa..




Situasi 1 mahu sampaikan, people will never forget what you said.. Situasi 2 pula, people will never forget what you did & situasi 3, people will never forget how you made them feel.. People will never forget.. Itu apa yang aku rasa personally.. Ngee.. Okey Cik Shira, itu pandangan seorang insan biasa bernama Farhana.. Huhu.. And for dear readers, enjoy weekend.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Teringat filem lakonan Shane West dan Mandy Moore ~ A Walk To Remember.. Takkan boleh lupa.. =)


Hujan Mengingatkan Aku Kepada......

15 comments
Salam di tengah malam.. Malam Khamis yang sejuknya menyucuk hingga ke tulang.. Hujan lebat dari petang tadi benar-benar buat diri mahu bergulung dalam selimut.. Tidur dan lupakan segala keserabutan fikiran sepanjang hari.. Petang tadi pekena Ice Lemon Tea dan sepotong Chocolate Fudge.. Melayan perasaan rindu dan tiba-tiba hujan turun.. Lebat selebatnya rasa rindu dalam hati.. Cewah!! Habis sepotong kek, hujan masih lagi tak henti mencurah.. Apa lagi, meredah hujan menuju ke kereta.. Basah kuyup baju kurung dari atas sampai bawah.. Duduk dalam kereta.. Menerawang jauh.. Tiba-tiba tangan mencapai telefon bimbit..





Hanya dengan kamera Carl Zeiss Optic 3.2 Megapixel, terasa seperti mahu mengambil gambar hujan.. Tertarik melihat mereka-mereka yang kaki fotografi.. Simpan juga hasrat mahu beli kamera ribu riban.. Mungkin nanti.. Balik kepada hujan.. Ya.. Aku suka hujan.. Cinta sayang dan kasih yang banyak pada anugerah Allah yang satu ini.. Hujan bawa banyak makna.. Bawa banyak kenangan.. Bak kata Encik Kuwe, Rindu-Rinduan Jadi Kenang-Kenangan.. Ekeke..


Hujan lebat tak henti, bandar besar pun boleh banjir.. Dalam hujan lebat juga, orang tak reti duduk rumah.. Berpusu ke pusat beli belah.. Sesak sesesaknya.. Dalam hujan, bila duduk dalam kereta, terperangkap dalam sesak, sejuknya aircond pun terasa hangat dan panas.. Kata orang, lepas hujan, pekena pisang goreng pun memang sedap.. Makan aiskrim di hari hujan.. Hoho.. Sejuknya terasa.. Segalanya tentang hujan bikin aku senyum.. Bila hujan, syukurlah kita kerana itu anugerah Allah.. Jangan sekali-kali merungut ya.. Heee.. Walau hujan menyimbah bumi setiap hari, tetap rindu pada hujan itu..






Selamat malam semua.. Sweet dream.. Good night.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Kata orang.. Cuba buat dia kata Aku Cinta Padamu, dan bila ianya sukar untuk dia ungkapkan, maknanya dia masih belum bersedia.. Sesungguhnya rasa cinta itu bukan untuk disimpan tanpa diketahui, ianya untuk diluahkan agar bisa dimengerti..

Menyemakkan Blog Dengan Jayanya

10 comments
Salam tengahari Rabu.. Ekeke.. Hai untuk semua.. Disebabkan 3 minggu aku bercuti dari menjejakkan kaki ke hospital dan hanya sibuk dengan projek-projek di kolej, maka aku memang banyak masa untuk online dan goyang kaki.. Sambil taip report, on laptop, sambil online.. Sambil menyelam, we drink water orang kata bah.. Bila online, jauhlah berjalan dalam dunia maya, mata pun buka makin luas, input lagilah banyak tak terkata.. Tempat paling jauh aku singgah pagi tadi dan aku duduk kejap lepak-lepak minum kopi adalah New Zealand.. *New Zealand kan? kan? kan?*


Dan akhirnya, hasil dari lepakan tersebut aku telah berjaya menyemakkan blog aku dengan KOTAK KOMEN FACEBOOK.. Kredit kepada tuan empunya blog !ARC13! atas tutorial beliau.. Ngehehe.. Dah ada kotak komen blogspot tak cukup ke derr.. Aku jawab, tak cukup.. Sekian.. Wakaka.. Kata Papanda Arc, keburukan meletakkan kotak komen ini adalah kita akan kehilangan PRIVASI.. Hoho.. Saat aku jadi blogger, hidup aku dah memang bukan satu privasi.. Ekeke.. Statement apakah.. Dan juga tiada notification untuk sebarang komen yang dipost ya kawan-kawan.. Cuma ianya akan dilinkkan ke page anda.. Itu saja.. And I LIKE.. Berminat bolehlah ke blog Arc13.. Assalamualaikum semua.. =)



FOOT NOTE: Rakan-rakan Facebook anda bolehlah rajin-rajin menempek di sini nanti.. Heehee..





CAK!! HAI SEMUA!! =p

Ignorant Brat

12 comments
Tajuk dua ketul saja.. Kenal? Tak kenal? Mostly pasti kenal itu adalah URL seorang blogger popular yang kita panggil Jard The Great pemilik blog Jardness.. Boleh katakan agak rapat dengan Jard dan kenal pun dah agak lama.. Banyak bantu membantu dalam soal kehidupan berblog malah juga kehidupan realiti.. Seorang kakak yang banyak bagi tunjuk ajar..





Setahu aku beliau kini di Sabah sedang bercuti tapi ada juga mengupdate blog dan entry terakhir beliau bertajuk Meminta Maaf Kepada Zarina Sulaiman Yang Dipaparkan Gambarnya Di Entry Yang Lepas.. Dan kini blognya telah diprivatekan atas sebab-sebab tertentu.. Baca blog FitriHadi bertajuk Susulan Kes Jardness a.k.a Owner Ignorantbrat.blogspot Dikecam Hebat barulah aku agak jelas tentang apa yang berlaku.. Aku ikuti juga entry-entry itu di blog Jard cuma sekadar perhati saja dan tak disangka boleh jadi hangat begini..




Menurut entry Fitri, entry meminta maaf yang terakhir dari Jard itu dikecam teruk oleh Anonymous yang menyatakan bahawa minta maaf saja tidak memadai dan tindakan telah diambil oleh pihak Zarina Sulaiman.. Gerun juga aku dengar.. Aku doakan masalah Jard akan settle cepat dan hoping that she can get through it.. Dan untuk semua, semoga jadi renungan dan pengajaran.. Bak kata pepatah Melayu lama, yang baik kita jadikan teladan, buruk kita jadikan sempadan.. After all, inilah kehidupan.. Take care semua.. Assalamualaikum..





FOOT NOTE: Gambar-gambar di atas adalah Quote tentang LIFE.. Untuk dikongsi bersama.. =)

Buat Gadis Sepi, Marilah Mengenal Dan Mencintai Bola

13 comments
Salam malam Selasa.. Entah nak tulis apa pun tak tahu.. Tulis tak boleh sebarang tulis.. Lagi-lagi tulis tiada jiwa, bak kata FnDRocka, tulis jiwa tiada, ibarat macam cakap ketika mabuk.. Ayat keluar dari mulut tapi tak make a sense langsung.. Missing a piece of something.. Something from yesterday.. Aku rindu zaman blogging dulu-dulu.. Aku tulis dengan jiwa, aku tulis apa yang aku nak tulis.. Tapi sekarang tak semua boleh aku coret, apa yang aku coret pula perlu aku tapis lagi.. Dulu tak sampai dua tiga kerat yang menyinggah, sekarang boleh kata semua kenalan realiti, kawan-kawan, keluarga, saudara-mara, pensyarah, cikgu sekolah aku dan tak terfikir di jangkauan pun ada yang bertandang.. Rasa macam tangan satu diikat ke belakang.. Huh.. Apa aku merepek derr..





Piala Dunia pun dah mula.. Tiba-tiba aku rasa dunia macam sepi.. Apatah lagi untuk gadis yang tak tahu bola itu objek semacam apa seperti aku.. Wakaka.. Buat gadis yang berkekasih, buat isteri yang bersuami, yang memang jenis tak layan bola, tapi suami gila bola pasti terasa dunia sepi tanpa kasih sayang.. Hoho.. Detective Conan kata, SEBULAN SAJA.. Yeah.. Sebulan tanpa kasih sayang.. Kah kah kah.. Kalau kata suami aku nanti gila bola, aku pasrah dan redha saja.. Sofa di luar luas dan besar juga empuk ya abang sayang.. Abang duduk berkampung sebulan di situ pun menarik kan.. Hoho.. =p


Aku sekarang sedang berusaha meminati dan mengenal apa itu bola.. Sebagai permulaan, aku ke Tesco dan membeli coklat yang bulat-bulat dan kelihatan seperti bola itu.. Nyum nyum.. Selamat menonton bola semua.. Jangan tak bangun esok pagi.. Hoho.. Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE: Ada seseorang telah save page entry Cinta Mereka Cinta Siber.. Melihatkan IP Adress seperti kenal.. Hoho.. Anda menelaah tajuk itu ya? Huhu.. Apa aku nak kata.. Cinta Siber.. Cinta jarak jauh.. Susah woo..

Kecil-Kecil Boleh Buat.. Dah Besar Boleh Tak?

17 comments
Hari ini.. Satu hari suntuk menyibukkan diri dengan pembelajaran Meta Tag.. Ahh.. Poyo rasanya.. Daripada duduk santai otak ligat memikirkan benda pelik-pelik, lebih baik memajukan diri dengan belajar Meta Tag.. Sesekali menjenguk kosong ke dalam MukaBuku..


Beberapa hari lalu, terserempak dengan kepingan gambar ini di Facebook seorang ex-senior di zaman persekolahan.. Presenting to you Sekolah Kebangsaan Luak, Miri, Sarawak.. Sebenarnya aku tidak bersekolah di sini, cuma menghadiri kelas agama di sini saja.. Terimbau pula kenangan lama saat zaman kanak-kanak hingusan..






Di tepi pintu, setiap petang tepat pukul 6 akan berdiri usai habis kelas.. Kadang menaiki basikal menanti si dia untuk pulang bersama menaiki basikal.. Kata saja mahu pulang, tapi satu kampung kami berdua round naik basikal, usik-usik, gelak tawa, gurau senda.. Kadang pula ke kedai runcit membeli aiskrim atau gula-gula.. Duduk makan kami bersama.. Oh.. Cinta monyet..


Di tandas sekolah nun di bawah sana pula, port wajib disinggah sebelum ketemu si dia.. Mengemas diri apa patut selepas seharian sememeh di kelas.. Surat yang dikarang malam tadi dikeluarkan, kurang bau wanginya, tepek lagi bedak berkoyan-koyan.. Lipat balik semula.. Sebelum berpisah balik ke rumah, masing-masing pass mengepass surat penuh bunga-bunga, penuh bedak-bedak.. Oh.. Cinta monyet..





Masa kecil-kecil, zaman cinta monyet, selalu buat benda comel-comel.. Naik basikal kejar-kejar dalam kampung, makan aiskrim tepi jalan, surat cinta tulisan tangan penuh bunga bahasa.. Hoho.. Zaman dah besar, bercinta, berkahwin, tak boleh lagi ke kita buat begitu? Serasa seperti itu sesuatu yang menyemarakkan lagi sesebuah perhubungan.. Ececece.. Ini bukan pengaruh drama Korea atau yang seangkatan dengannya, cuma berfikir, kalau kita sendiri tak mencorakkan rumahtangga supaya tak jadi hambar, siapa lagi.. Nak hidup bersama bukan sehari dua, tapi selagi hayat dikandung badan.. Betul ke? Ke tak betul? Heehee..


Mungkin aku patut mula mengisi masa dengan memberi ceramah perihal kehidupan berumahtangga.. Wakaka.. Sampai sini saja, assalamualaikum..



FOOT NOTE: Wahai si pesimistik.. Tolonglah jadi optimistik..

Lelaki Kalau Setia Memang Setia.. Cuma.. Erm.. Cuma Apa?

12 comments
Salam pagi Sabtu.. Kepanasan melanda diri sebab makan durian agak overdose semalam tambah lagi dengan dramaswasta yang dihidangkan depan mata.. Suhu menggelegak.. Hoho..


Jika dibelek sejarah penulisan blog Cahaya Yang Riang Gembira, pernah tak aku menulis perihal dan isu beza dua jantina? Macam tak pernah.. Hee.. Tak mengapa.. Ini kisah seorang sahabat dan seorang aku.. Bicara soal lelaki, perempuan, hubungan dan setia..





Rakan itu berceritakan perihal kekasihnya.. Kadang panas kadang sejuk dalam hubungan mereka.. Kadang mesra kadang macam lemau-lemau masuk angin.. TAPI.. Mampu maintain kemesraan dan keterujaan berbicara dengan gadis-gadis lain.. In other words or in other people view, it is called as flirting around sambil test power.. Rakan itu hairan bin ajaib macam mana sang kekasih hati mampu mengekalkan momentum kemesraan dengan gadis-gadis lain tapi tidak pada dirinya.. Dalam hati memanglah tercalar terluka.. Hancur pecah luluh hati, itu aku tak berapa pasti..


Kata si dia yang tersayang, benar, saya sayang memang awak seorang, dalam hati saya pun diukir nama awak yang saya cinta, bayangan hidup masa depan pun awak yang saya impikan.. Percayalah!! Bila ditanya kemesraan dengan yang lain? Erk.. Telan air liur, jawab pun tak berapa nak reti..





Di sini beza lelaki dan perempuan.. Perempuan kalau hati dah cinta, sepenuh konsentrasinya hanya untuk yang tersayang seorang itu saja.. Kebanyakannya memang tak pandang lain.. Ramai lelaki menyedari hakikat ini dan merasa.. LEGA DALAM HATI.. Sebaliknya lelaki, kalau setia memang mereka setia, tapi bagi aku, sudah nature yang namanya lelaki, flirting around test power itu macam satu yang perlu even dah ada kekasih hati.. MOSTLY.. YES!! Dan ramai wanita juga sedar dengan situasi ini dan merasa.. DUP DAP DALAM HATI.. Hoho.. Boleh juga diaplikasikan untuk teori kenapa lelaki boleh kahwin sampai 4..


Timbul soal dari rakan itu.. Tak adakah lelaki yang kalau cinta pada seorang perempuan, semua perasaan, kemesraan, kasih sayangnya didedikasikan hanya untuk kita seorang saja.. Ya.. SEORANG SAJA..





Jawapannya? Hmm.. Ada.. Seorang suami.. Perhaps.. Ngee.. Aku tersengih kecil mendengar persoalan itu.. Dan ehem ehem.. Mahu kenal juga dengan lelaki seperti ciri-ciri yang disebut itu.. Seorang yang namanya suami.. Erm.. Bakal suami? Boleh?


Heee.. Assalamualaikum semua.. =)


FOOT NOTE: Soalan seorang pesakit untuk doktor chenta.. Memberi harapan pada seseorang tapi sebenarnya dia tak serius pun.. ATAU.. Meletakkan harapan pada orang yang kita tahu tak serius pada diri kita? Siapa yang patut dihukum gantung? Ekeke..

Bila Ramai Yang Mula Merisaukan Status Aku

10 comments
0Salam di malam hari pula dariku untuk semua.. Scheduled entry sebab duduk rumah sibuk makan itu ini, ada DURIAN.. Makanya sibuk makan DURIAN.. Woohoo.. Sampai buat scheduled entrylah semata-mata nak makan durian yang dah lama aku idamkan.. Weeeee.. =)


Hoho.. Tajuk entry memang poyolah Farhana.. Dush sekali.. Ingat kau siapa? Budget artis? Mencetuskan fenomena dan gosip merata? Wakaka.. Memang artis pun.. Lalala.. Jika tidak masakan ramai sangat bertanya semenjak dua menjak ini dengan soalan-soalan hangat..


1) Dah tak single ke?

2) Korang ada apa-apa ke?

3) Bila couple?

4) Bila nak langsung? (soalan ini yang paling buat aku gelak guling-guling)


Hasilnya setelah ditambah ditolak didarab dan dibahagi, aku pula runsing bila ramai sangat yang mula risaukan tentang status aku.. Hoho.. Best friend aku siap bagi usul tentang kesesuaian sebuah group di Facebook buat aku.. Erk..




Penting sangat ke status di Facebook? Ada yang mungkin pandang serius, ada pula yang tak kisah.. Zaman sekarang pun terlalu ramai yang kelentong, tipu kiri tipu kanan, tapi tak kurang juga merahsiakan atas sebab-sebab yang munasabah.. Ngee.. Bagi aku, apa yang ada dalam hati, kita yang paling tahu.. Hati kita, orang tak tahu.. Betul tak? Hik hik.. Jadinya, anda pilihlah samada mahu biarkan diri diselebungi misteri atau tetap juga mahu merungkai misteri.. Ekeke.. Tata everybody nobody nobody but you.. Ngee.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Lisa Surihani kata I'm Not Single.. Farhana kata? =p

Wahai Uda-Uda.. Ini Pesan Untuk Anda Semua..

10 comments


Salam pagi Jumaat buat semua.. Dara ini akan berperang menyelesaikan test sebentar lagi.. Doakan ya.. After that.. Pulang ke Melaka.. Yahoo.. Dan untuk itu dara ini mahu hadiahkan bait kata dalam lagu ini buat semua.. Didekasikan khas buat uda-uda yang pasangannya adalah dara-dara.. Ekeke.. Psssttt.. Mahu jadi dara dalam rangkap pertama boleh tak? Hik hik..





JANGAN LAMA LAMA

Artist: Sweet Charity

Apabila engkau berjumpa
Dengan seorang dara
Yang banyak memberi harapan
Dengan sepenuh jiwa
Jangan biarkan ia menunggu
Janganlah sampai ia berlalu

Jangan fikir lama-lama
Nanti lama-lama
Dia diambil orang

Sesal dan kesal engkau nantinya
Bila bungamu dirayu orang
Ke mana engkau akan mencari
Bila sang bunga melangkah pergi

Kerna tunggu lama-lama
Nanti lama-lama
Dia diambil orang

Apabila engkau berjumpa
Dengan seorang dara
Yang terlalu banyak meminta
Tiada menimbang rasa
Jangan dimanja atau dipandang
Walaupun hanya sebelah mata

Jangan tunggu lama-lama
Nanti lama-lama
Dia makin menyiksa


Okey.. Tata semua.. Jangan tunggu lama-lama ya.. Dara yang ini? Hehe.. Hujung tahun kahwinlah.. Lalala.. Take care semua.. Assalamualaikum.. =)

Kamulah Penyebab Senyuman Dalam Rahsia.. =)

19 comments
Pagi Khamis.. Selamat pagi semua.. Kedua orang tuaku telah selamat sampai di Ipoh malam tadi.. Dan aku akan pulang ke Melaka Jumaat ini.. Yippie!! Pulang ke Johor Bharu? Masih belum buat keputusan.. Beri saya masa fikirkannya ya mak.. Hmmm.. Sebut tentang Johor Bharu, tergerak tangan nak menempek entry dengan gambar kenduri kahwin rakan sekelas, Nuzul Hazwin.. Walaupun aku orang Johor, tapi banyak adat perkahwinan orang Johor yang tak aku ketahui.. Contohnya macam adat bayar tol.. Mencabar.. Memang betul-betul bukan senang mahu menyunting bunga di taman negeri Johor.. Ekeke..
Harap-harap future husband ku kelak mampu melepasi cabaran-cabaran itu nanti dengan penuh kesabaran.. Hoho.. Oh ya.. Ada juga LAFAZ IKRAR SAKINAH selepas akad nikah.. Tak silap aku cuma ada di negeri Johor saja.. Di mana selepas akad nikah, pengantin perempuan dan lelaki dikehendaki membaca lafaz ikrar sakinah dengan panggilan KEKANDA dan ADINDA.. Juga ada lafaz ikrar bapa kepada anak perempuannya, ibu kepada anak perempuannya, anak perempuan itu kepada orang tuanya..
Mahu tahu lebih lanjut tentang MODUL KELUARGA SAKINAH, anda boleh KE SINI..




Ayah pengantin perempuan senyum dengan COOL.. ^_-



Pengantin perempuan bersama ibu tercinta..



Kamilah Tol Gate Gurlzzzzzz.. ^_^



Cantik sungguh bunga di depan pengantin.. Hik hik..




Kalau bab ambil gambar untuk wedding, outdoor punya gambar memang aku nantikan.. Loving it..



Senyum lebar menatap tiap kepingan gambar di atas.. Ngee.. "Detective Conan" tiba-tiba bertanyakan siapakah penyebab senyuman dalam rahsia yang pernah meniti di coretan entryku tak lama dulu.. Yang bikin aku sentiasa tersenyum dengan kehadirannya di Cahaya Yang Riang Gembira.. Identitinya hanya diketahui oleh Jard The Great dan Boneka Tak Sakit.. T-shirt biru, kasut coklat dan senyum manis? Ketika itulah pertama kali aku kenal wajahnya.. Ya, dengan baju biru, kasut coklat dan senyum manis.. Haha.. Detective Conan, itulah jawapannya.. Huhu..
Suasana, keadaan dan orang keliling aku seakan-akan meminta aku cepat membuat pilihan.. Teruskan atau hentikan.. Seksanya untuk memilih.. Doakan yang terbaik untuk aku kawan-kawan.. Assalamualaikum.. =)
FOOT NOTE: Dulu lain, sekarang lain..
Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.