30 Okt 2010

Hati Hati Sayang..

Oktober 30, 2010 9 Comments
Bangun pagi-pagi.. Terpisat-pisat lagi, kemengantukan berbaki lagi sikit.. Menyiapkan apa yang perlu.. Isi air dalam botol.. ActiFast sumbat dalam beg.. Bersiap dan dah bersedia untuk bertolak.. Bismillahhirrahmanirrahim.. =)


Malam semalam lebih kurang jam 9 malam, mendapat perkhabaran dari sahabat baik, Faizah Fuad, tentang kemalangan bas pelancongan di Lebuhraya Karak, bas yang turun dari Genting lalu terbabas dan meragut nyawa 6 orang anak muda dari Baling, Kedah.. Fobia dah mula menyelinap tapi masih lagi dalam kawalan.. Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang ya..

Mak abah dah pesan, hati-hati memandu..

Faizah Fuad pun pesan, drive elok-elok..

Lagi dan lagi pesanan.. Hati-hati..

Terima kasih semua.. I will..


Tiba-tiba time tengah tulis entry ini, terberangan sekejap, alangkah bestnya kan kalau ada Encik Bakal Suami dan pesan benda yang sama..

Hati-hati sayang.. Ingat orang tersayang.. Ingat abang.. =p

Ekeke.. Terberangan kejap.. Banyaklah jerawat tumbuh lepas ni.. Heee.. Teringat ada orang itu tulis dalam entry beliau, perempuan perlukan lelaki untuk PERHATIAN, PERSEFAHAMAN dan KESETIAAN.. Perhatian ya.. Perhatian!! Ngee..

Till here.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Terima kasih pada yang like entry kecek Kelate semalam.. Haha.. Seriously, aku sukalah entry itu.. Kikiki.. Suka entry sendiri ke??? =p

Iklan Radio: Perbezaan Menjauhkan Kita, Kasih Sayang Mendekatkan Kita

Oktober 30, 2010 12 Comments

Buah epal.. Buah lai.. Beza ke tak beza? =)

Senja-senja begini.. Hujan baru sudah membasahi bumi.. Sejuknya mencucuk-cucuk.. Sambil makan epal.. Sambil memikirkan buah strawberry bercampur krim, jagung manis dan kepul-kepul asap di tanah tinggi sana.. Tiba-tiba, mulut ini tak sengaja barangkali.. Terkata sesuatu..

"Kawe ni rindu doh.. Rindu telajok ko dio.."

Ahh.. Orang Johor ini tak pandai kiranya berbahasa.. Ampun dan maaflah dipinta..

Teringat kata iklan dalam radio, perbezaan menjauhkan kita, tapi kasih sayang mendekatkan kita.. Walau beza macam mana pun kita, selagi kasih sayang itu ada, kita takkan pernah jauh.. =)

Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Teringat pada sahabat baik yang seorang.. Shah Reza, orangnya Kelantan, Habibah, kekasihnya Kedah.. Biar beza tuturan kata, hati tetap sama dan setia.. :)

29 Okt 2010

Mari Kita Buka Klinik: Kes Pertama

Oktober 29, 2010 12 Comments
Assalamualaikum semua.. Semoga semuanya baik-baik saja.. Eh.. Kalau dikira dicongak guna jari, lama lagi rasanya baru termampu nak buka klinik.. Klinik ubat-ubatan.. Tapi dek kerana tuntutan, klinik dibuka awal pula.. Tapi bukan ubat-ubatan, dah nama lovey-doveyland, apa lagi kalau bukan Klinik Cinta namanya.. Banyak kes-kes baru masuk dan kadang tak terhandle rasanya oleh Cik Doktor.. Haha.. Jadi sekali dalam sekala, minta tolong pembaca apalah salahnya.. Ya tak? =p



Kes pertama ini adalah tentang seorang adik angkat perempuan aku yang sangat sweet dan rapat dengan aku.. Persahabatannya dengan seorang lelaki yang belajar di luar negara.. Walau jauh tapi mereka sangat rapat.. Hampir setiap hari bermesej tanya khabar dan itu ini, YM, Skype dan sebagainyalah.. Kiranya sahabat yang sangat rapat.. Permasalahan dan keraguan mula timbul, tambah lagi dah berkawan rapat untuk satu jangka masa, mahu tak mahu, pasti ada rasa suka disemai, dan aku yakin di sudut hati pasti ada tertanam harapan untuk melangkah satu lagi tapak.. Bagi perempuan, pastinya mudah tersentuh hati bila mana ada lelaki yang ambil berat soal kita, walau si lelaki itu tidak mengungkap sebarang kata cinta, tindakannya pasti mengundang rasa dalam diri perempuan.. Setuju tak?



Soalnya, gadis ini dah mula letak harapan, tapi takut perasan sendiri dan malu nanti.. Jadinya, ditanya pada aku bagaimana untuk mengatasinya.. Haha.. Kira macam tergantung di awanganlah yang perempuan ini.. Fikir dalam hati.. Haih.. Dia suka aku ke tak suka ke.. Atau aku yang perasan ke..

Aku selesaikan masalah ini begini.. Ada bantuan juga dari sahabat-sahabat tersayang.. Soal begini, kadang kita perlu pandangan kedua, ketiga mahupun keempat.. Senang nak buat keputusan.. Terima kasih wahai sayang-sayangku untuk nasihat kamu itu.. Pada aku, memang terbaik..



Kata sahabat pertama..

Lelaki memang kebanyakannya begitu.. Ayat nak manis, perwatakan nak gentle.. Walaupun dia tak ada niat nak mengurat ke apa.. Lelaki tetap lelaki.. They were born to be like that..

Lelaki walaupun mereka macam kasar, macam tak kisah, macam suka lepak dengan kawan, enjoy life kononnya.. Namun jauh di sudut hati, mereka sepi sendiri.. Perlukan teman.. Sebab itu mereka layan kita baik.. Sebab mereka tetap perlu pada perempuan..

Lelaki memang sukar dimengerti.. Makin cuba difahami makin kita tak faham.. Tapi mereka juga asyik kata perempuan yang lebih sukar difahami..

Maybe it's a matter of time juga.. Mungkin harus tunggu dan lihat perkembangannya macam mana.. Tapi yang banyaknya, lelaki akan layan perempuan dengan baik.. Dan ianya tak semestinya sebab ada special feeling.. Dan mungkin kalau memang ada, mereka tak nak mengaku.. =p


Kata sahabat kedua..

Simple.. He keep in touch with you frequently because he wanted to.. Kadang-kadang tanpa feeling apa-apa pun.. Cuma suka berbual.. Maybe kita punya kepala masuk dengan kepala dia.. So he think, it's fun to have a talk with us..

Kalau dia tak ada kasi hint apa-apa like saying he misses you atau apa-apa hint yang berkaitan, bermakna niat dia cuma nak kawan.. Apa salahnya layankan saja.. You both ada peluang untuk get to know each other better kan?

Borak mcm biasa, be yourself and jangan letak expectation tinggi-tinggi..



Diagnosis

A good friend.. Repeat.. Friend.. Until proven otherwise.. Kikiki.. Hebat tak diagnosis aku.. It's true apa yang dua orang sahabat aku kata.. Selagi tak ada hitam putih, jangan terlalu berharap.. Kawan dan hanya kawan selagi dia tak katakan apa-apa yang boleh kita sandar dan kita pegang.. Jangan harap tinggi-tinggi nanti jatuh sakit.. Okey.. =)

Treatment

Boleh tunggu.. Kalau kita yakin dia sukakan kita, one day dia akan ucap juga.. Just wait.. TAPI..

Sampai bila nak tunggu.. Seminggu, sebulan, dua, tiga, empat bulan masih okey.. Kalau makan tahun, demi tahun tapi dia tak kata apa-apa? Dan dalam masa sama ada insan lain yang meluah rasa dia pada kita, kita tetap mahu tunggu? Hmmm.. Tepuk dada sendiri mahu ingatlah.. Ekeke.. Kebahagiaan kita bukan untuk sehari dua tapi untuk selamanya.. Jadi, buat keputusan yang paling bijak dan paling sesuai untuk kita.. Sekian dari doktor anda.. Haha.. Terima kasih, datang lagi.. Kikiki.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Anda pembaca, ada pandangan anda sendiri untuk bantu adik ini buat keputusan?


Special thanks to Puteri Biru dan Shahirah Khairudin..

28 Okt 2010

Bila Sahabat Baik Dan Kita Jadi Satu, Beginilah Jadinya..

Oktober 28, 2010 19 Comments
Assalamualaikum.. Tengahari semua.. Balik-balik dari test, mengantuk yang amat.. Sebelum menumbangkan diri, belek kejap Facebook, belek kejap blog.. Ada wall post yang ditagged untuk aku.. Khas dari seorang sahabat baik.. Tergelak aku membacanya.. Bukan gelak kecil sikit-sikit, tapi gelak besar pecah sunyi kejiranan ini.. Dahsyat!! =p



Orang kata sahabat itu mirror image diri kita.. Ya ke? Mungkin ya.. Mungkin juga tidak.. Yang pasti, aku dan sahabat baik, kami dua banyak beda.. Dia putih aku gelap.. Dia kurus keding aku comel montel.. Ekeke.. 4 tahun lebih, macam-macam dah lalui bersama.. Pahit, masam, manis, kelat dan payau semuanya ada.. Bercampur jadi satu rasa yang kuat yang namanya ikatan persahabatan..

Kadang kita jatuh, dia angkat kita bangun.. Kadang kita bangkit, kita bawa dia sekali terbang sama.. Begitulah manisnya yang nama persahabatan.. Cerita kita, cerita dia, jadi satu..


Sahabat yang ini tahu segalanya tentang aku.. Tentang rasa aku.. Tentang sisi aku yang kadang aku simpan dan aku sembunyi untuk orang lain tidak nampak dan tidak tahu.. Kadang juga dia lebih arif tentang perasaan aku sedang aku sendiri kadang tak mengerti dengan diri sendiri.. Haha.. Itulah namanya persahabatan..

Dan hari ini.. Sahabat ini menguji lagi rasa aku.. Cuba menebak rahsia di sebalik rahsia apa yang ada dalam rasa.. Dedikasi dari dia untuk aku, sebuah video dan lagu.. Ya.. Kata dia, dia melihat aku di dalam dedikasinya.. Aku mendengar tiap bait kata.. Dan yang termampu, hanya tergelak dan terketawa.. Hati yang dalam ini rasa apa? Ahh.. Biarlah rahsia.. Lalala..

P/S: Minit ke 3:30 video ini adalah SWEET GILER.. Nak pohon jawatan.. Jawatan apa? Hihi..



Selamat tengahari untuk semua.. Dan selamat menjamu selera.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Bila sahabat baik dan kita jadi satu.. Beginilah jadinya.. Apa yang kita rasa, dia lebih tahu, sedang kita sendiri masih tak tahu.. Haha.. Untuk dedikasi ini, terima kasih pada sahabat baik itu, FAIZAH FUAD.. =)

Cemburu Semut Api

Oktober 28, 2010 12 Comments

Assalamualaikum.. Morning.. Pagi.. Zhao An.. Jam pukul 6.. Lagi 4 jam nak test.. Waktu Subuh, pagi-pagi hening, memang waktu terbaik nak telaah.. Baiklah, boleh pulun lagi sikit ya.. Sikit lagi.. Ekeke.. =p

Sebelum memulun.. Aku nak komplen, nak buat aduan rakyat.. Aku nak mengadu tentang diri aku.. Aku tak tahulah apa nak jadi dengan aku.. Macam mana boleh jadi macam ini pun aku tak tahu.. Apa nak jadi nanti, lagilah aku tak tahu..

Kalau tengok sinetron seberang, dialog mereka, gwe sebel ni.. Hoho.. Aku sebel? Ke sebal? Ahh.. Tak kisahlah.. Yang pasti aku dah tak tahu apa dah jadi dalam sistem.. Macam dah tunggang langgang.. Kalau aku robot, rasanya mesti aku dah meletup lama dah kot.. (_ _!)

Masalah aku? Aku cemburu semut api!! Sigh.. Nasib baik tak masuk tahap cemburu gajah lagi.. Tapi semut api pun, gigit pedih okey.. Waarrggghhh!! Aku TAK BOLEH cemburu.. TAK BOLEH!!!

Huh.. Okey.. Rasanya dah selesai dah aku lepaskan angin-angin kemerengan aku di sini.. Boleh sambung telaah buku dengan tenang.. Cemburu apa? Cemburu kenapa? Cemburu siapa? Cemburu bagaimana? Jangan tanya.. Yang pasti, cemburu semut api.. Hoho..

Sampai sini.. Signing off.. Tata.. Assalamualaikum..


Eh.. Kejap..


Aku cemburu..




Housemate aku TAK ADA TEST ini hari.. (_ _!)


P/S: Happy sebab ada pengomen yang macam beliau.. Kikiki.. Thanx..

27 Okt 2010

Prevention Is Better Than Cure

Oktober 27, 2010 6 Comments
Assalamualaikum dan salam tengahari semua.. Sedang menikmati kafein dalam cuaca yang redup begini, segarkan mata yang hampir nak layu.. Dalam duduk menghirup nikmat setiap tegukan kopi pekat itu, terperasankan sesuatu yang aku tak sedar..



Darah menitis di ibu jari.. Sungguh tak terasa ada sakitnya tapi tak semena cecair likat merah itu tumpah.. Benarkan.. Kadang ada benda yang patut terlihatkan tak terzahirkan.. Sedar tak sedar batin yang menanggung itu menanah dan mereput..

Hati kita yang namanya manusia, asas bikinnya sama.. Bezanya pada apa yang dirasa, merasa dan terasa.. Kadang tak sedar, dalam tiap kata kita ada selumbar yang mungkin tusuknya tak sehebat tusukan duri mahupun panahan sembilu.. Lukanya kadang tak terzahir tapi sedar tak sedar dah bernanah di dalamnya..

Tak perlu aku rungkai sedalamnya seperti yang seringkali aku coretkan.. Baca dan mengerti, sendiri ianya akan terungkai dan terfahami.. Kau.. Aku.. Kamu.. Mereka.. Kita.. Manusia yang punya hati.. Sama asas cuma yang lain adalah rasa yang terasa..



Jaga kata.. Jaga bicara.. Hati manusia sememangnya sukar ditebak dan dijangka.. Zahirnya saja pun sudah beda, apa lagi batinnya.. Kata orang-orang dunia ubat-ubatan, prevention is better than cure.. Tapi kalau dah sakit, cure tetap kena cure.. Jika sakit yang tak ada cure? And that is why prevention is better than cure.. =)

Have a great day ahead.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Kadang pula ada sakit yang cure is better than prevention.. Nikmatnya sakit bersalin, tangisan anak yang dikandung itulah pengubatnya.. =)


Gambar adalah ihsan dari Google Image.. Nama kedua-dua bunga itu adalah BLEEDING HEART..


27 Oktober 2010

Oktober 27, 2010 13 Comments
Assalamualaikum.. Salam 27 Oktober untuk semua.. 26 Oktober baru saja berlalu.. Macam-macam benda dah jadi di tarikh 26 itu.. Harap semuanya akan kembali elok dan tsunami akan reda.. Chill okey.. Dan enjoy dunia blogging kita.. =)



Kalau diikutkan, tarikh 27 Oktober, aku sepatutnya ada test pagi dan petang.. Paginya di kolej dan petangnya pula di hospital.. Tapi ditunda ke hari Khamis.. Lega.. Sebab masih boleh belek buku.. Alah.. Macam tak biasa dengan pekerjaan budak last-last minute.. Tapi buku tak belek-belek lagi, asyik belek drama Korea.. 2 buah lagi.. Dr. Champ dan Sungkyunkwan Scandal.. Ekeke.. Mungkin ada skema jawapan untuk test Khamis nanti dalam drama Korea kot.. =p

Motif tepek gambar Cameron Highland? Gerak hati macam nak ke sana hujung minggu ini.. Teringin makan jagung manis.. Teringin jalan-jalan waktu pagi pukul 7, minum milo ais dan asap keluar kepul-kepul dari mulut.. Nyamannya.. Hmmmm..

Masa untuk sambung baca buku Farhana!!! Masa untuk bebel dan borak kosong dalam blog dah tamat.. Eh lupa.. Tadi cari makan di Vanggey, jumpa Emelda Rosmila.. Wow.. Beliau sangatlah cantik.. Putih mulus, gebu dan manja.. Comel saja lihat beliau berpaut di bahu ibunya.. Senyum sentiasa.. Lupa nak skodeng dalam kereta Harrier beliau ada Adlin Aman Ramli tak.. Hik hik.. =p

Okey.. Tata semua.. Selamat tidur.. Night night.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: PSDR saya.. Hari Rabu weh.. Paper dah mula.. Selamat menjawab paper dengan hebat.. 27 Oktober? 20 tahun 11 bulan dah.. Selamat menghabiskan lagi sisa 1 bulan.. Haha.. Uniknya ucapan aku.. Ekeke.. =p

26 Okt 2010

Psikiatri: Pengalaman Yang Masih Belum Pasti

Oktober 26, 2010 2 Comments

Assalamualaikum.. Salam tengahari semua.. Huh.. Seharian berkurung di rumah.. Mahu keluar mengisi perut terasa pula malasnya.. Beriadah sajalah di atas tilam sambil kanan menyelak buku kiri menulis entry.. Aci tak? Minggu belajar katanya.. Tapi sibuk dengan blog.. Haih.. Kenapalah time-time begini dunia blog ada kisah tergempar.. Dah dah.. Aku nak study.. Tak mahu layan gosip.. =p

Berakhirnya minggu ini bermakna aku akan memulakan satu lagi perjalanan baru.. Satu lagi cabang baru dan dunia baru.. Selamat jalan untuk Orthopedik.. Selamat datang untuk dunia Psikiatri.. Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan akan jadi tempat kujungan keraplah nanti.. Cantik tempatnya.. Dah jejak sekali, damai rasa di sana.. Tempat bagus untuk terapi dan pemulihan.. Tak sabar untuk ke sana lagi.. Tanjung Rambutan, nantikan kehadiran gadis Riang Gembira ini.. =)

Pengalaman nanti.. Entahlah.. Masih belum pasti bagaimana.. Kata kawan-kawan, dunia Psikiatri menarik, mendalami sisi lain manusia.. Yang sakit, yang tak berdaya dan yang perlukan kita untuk papah mereka spiritually.. Orang kata, di sini kita boleh kenal dunia, kenal manusia, kenal kehidupan itu bagaimana.. Sebab terkadang, kehidupan jadikan kita sebagaimana kita, terkadang pula kita yang menjadikan kehidupan itu seperti mana kehidupan yang kita lalui..

Jangan gelar mereka gila.. Jangan gelar mereka sakit jiwa.. Mereka juga macam kita, yang ada sakit, pernah sakit, cuma sakitnya saja beda dari kita.. Aku rasa mungkin aku akan jatuh cinta dengan dunia ini..

Ingat lagi kenangan di Taiping dulu, melalui kawasan wad Psikiatri, nampak mereka berdiri di sebalik tingkap besi itu, mengurat gadis-gadis yang lalu lalang, macam-macam cara digunapakai.. Tersengih aku melihat telatah mereka.. Ada juga pesan dari senior-senior, hati-hati.. Ada saja pengalaman tak dijangka.. Pernah ada yang dipeluk dari belakang secara tiba-tiba.. Ada pula yang tak semena-mena marah dan mengamuk.. Hmmm.. Yang penting, kena pandai jaga diri.. Okey..

Aku menantikan hadirnya minggu depan dengan sabar.. Pengalaman yang masih belum pasti tapi aku yakin ada yang menarik menanti, ilmu yang banyak untuk dipelajari.. Sampai sini.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Macam mana pesakit perlukan doktornya ada di sisi, begitu juga aku.. Bolehkah dia sentiasa ada seperti kini untuk esok, lusa dan sampai bila-bila? Hurrmmm..

25 Okt 2010

Sharing A Once In 823 Years Moment

Oktober 25, 2010 5 Comments

October 2010..

Has 5 Fridays..

Has 5 Saturdays..

Has 5 Sundays..

And all in one month..

It happens once in 823 years..

Memorable October?

-perkongsian kotak dalam-


Assalamualaikum semua.. =)


FOOT NOTE: 31-01-2011.. Teringin ada sesuatu yang boleh dikongsi dan dikenang.. Bersama.. Memorable January.. Hurrmmm.. *deep thinking mode*

Semangat Blogger!! Jom Pakat Ramai Ramai Vote Untuk DiGi Youths..

Oktober 25, 2010

Assalamualaikum.. Selamat tengahari.. Entry ini aku dah prepare daripada malam tadi sebelum tidur.. Semangat tak? Ekeke..


Jom jom kawan-kawan blogger semua, vote untuk DiGi Youths bagi memenangi RM10,000 bagi membolehkan blogger-blogger dalam dunia blog ini untuk menganjurkan Gathering Blogger yang besar-besaran.. Masa semalam aku vote, rank dalam 34 tak silap.. Malam tadi aku check, dah naik ke rank 12.. Entry bertajuk When Blogger, Facebooker and Tweeple Meet Together coretan Mr K tak silap.. Jom dapatkan Rank yang PERTAMA.. Mesti boleh.. Chaiyok!!


Inilah semangat berblog.. Kemanisan berblog.. Aku dah vote.. Kalian bila lagi? Tarikh tutup lagi 2 hari.. Jom sama-sama support.. Kalau bukan kita, siapa lagi.. Kan? Ngeee.. Assalamualaikum..




All the best.. =)

It Is A Classic Love Story Yet So Sweet

Oktober 25, 2010 4 Comments
Assalamualaikum.. Selamat malam rakyat Malaysia.. Tengahari dah update sekali.. Malam wajib lagi sekali.. Sebabnya hari ini Lovey Doveyland tak update lagi pasal CINTA.. Kan ke isu berwajib dalam blog puprle ini adalah CINTA.. Kalau tak ada isu itu, macam lagu tanpa irama, pincang.. Kikiki.. =p

* * * * * * * * * *


DINDA
Setiap orang punya impian.. Impian itu yang bisa meneruskan kehidupan ini..
Impian dinda adalah untuk mendapatkan cinta sejati..

KANDA
Jika patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda ke mari..

DINDA
Adinda anggap sebagai janji..

KANDA
Bila sampai waktu kita akan bersama..


* * * * * * * * * *



Bagaikan Sakti

Cinta datang
Tanpa diundang
Seumur masa tercipta

Dia datang bagai sakti
Bagai menyaksi mekar
Kembang pagi

Cinta datang
Dengan senyuman
Panasnya membakar mentari

Wajah yang tergambar
Tak akan terpudar
Dari hati insan yang fana ini
Fana ini

Tak mungkin mentari
Akan terus sembunyi
Tiada sempadan
Tak bisa ku lewati

Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan ragaku
Menantimu walau sengsara
Jika ini ketentuannya
Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan raga
Jika ini ketentuannya
Kau kan jadi milikku jua


My favourite song.. And.. My favourite dialogue.. Petikan Puteri Gunung Ledang.. Assalamualaikum semua.. Selamat berhari Isnin.. =)

24 Okt 2010

Just A Little Overdose

Oktober 24, 2010 7 Comments
Assalamualaikum.. Selamat tengahari semua.. Sihat? Tak sihat? Hihi..

1 bulan 8 biji..
1 tahun 96 biji..
3 tahun 288 biji..
Next next next year? Berapa biji?
Kesimpulannya..


Kenapalah Acti Fast mahal sangat??? (_ _ !)



Ada orang kata jadi perempuan agak sukar sebab ada kalanya di dalam satu bulan, emosinya tunggang langgang dan turun naik.. Syndromic namanya.. Haha.. Can't bear with us is it? Sigh.. We are just a little "overdose".. Just a little.. Please.. Bear with us.. Ngee..


Selamat berhari Ahad.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Bila perempuan tak faham lelaki, lelaki marah.. Bila lelaki tak faham perempuan, perempuan marah.. Perempuan kena cuba fahamkan lelaki tentang perempuan supaya lelaki tak marah.. Lelaki kena fahamkan perempuan tentang lelaki supaya perempuan tak marah.. Kalau tak, sampai bila-bila tak faham, sampai bila-bila pun marah.. Take one step at a time, then everything will be alright.. =)

A Boyfriend

Oktober 24, 2010 8 Comments
Assalamualaikum.. Selamat selamat semuanya.. Seharian berlalu macam tak disangka.. Dah nak habis rupanya hari Sabtu.. Buku tak selak selak lagi.. Haish.. Mengeluh mengeluh saja.. Hari ini bangun pagi-pagi, celik saja mata terus angkat handphone yang aku sayang.. Dial number birthday woman.. The dialog goes like this..


Oh.. By the way, thanks a lot to those who dedicated their birthday wish in my Facebook.. Sayang semua.. Makcik Hayati pun sayang semua.. Weeee.. =)



Along
Assalamualaikum.. Mak..

Mak
Waalaikumsalam.. Baru bangun ke sakit suara tu?

Along
Baru bangun.. Haha..

Mak
Haa.. Ada apa?

Along
Mak.. Selamat hari lahir..

Mak
Ya.. Terima kasih.. Ingatkan lupa..

Along
Tak lupa.. Dari semalam dah ingat dah..

Mak
Angah awak pun mesej mak wish birthday malam semalam..

Along
Tengah malam?

Mak
Haah.. Boyfriend dia pun mesej time yang sama.. Mak dah tidur..

Along
BOYFRIEND ANGAH???

Mak
*gelak* Haah.. Boyfriend awak tak nak mesej mak?

Along
Haha.. *gelak mati kutu*


* * * * * * * * * *

Terkejut beruk jugalah dengar berita itu dari mak.. Tangkas adik aku memperkenalkan boyfriend dia pada mak.. Sebab sebelum ini memang mak tak kenal pun.. Ouh!!! Sakit jantung 4 saat.. Sebab utama sakit jantung, bukanlah sebab dengki atau jealous mahupun cemburu adik aku dah langkah bendul aku tapi sebab soalan mak yang sebiji soalan wartawan Melodi.. Haish..



Jadinya.. Diseru kepada pemuda-pemuda di luar sana.. Siapa yang merasakan dia adalah boyfriend kepada Cik Farhana, sila mesej dan wish birthday mak saya dengan kadar segera sebelum 12 tengah malam.. Number telefon? Nah..


014-tekan tekan sampai bila-bila pun tak dapat.. Kikikiki.. Tak boleh tak boleh.. A boyfriend is a bakal suami, a bakal suami will be a suami.. Jadinya mana boleh main redah macam itu saja.. Nak pikat mak ayah mertua, kena pikat anaknya dulu.. Tak ada dah gaya reverse, kuak lentang ke apa nak pikat anak, pikat mak ayah dulu.. Never never never!! Plus.. Suami bukan sebulan dua, tapi seumur hidup.. Jadi kena betul-betul melekat dalam hati, yakin 1000%, baru boleh kenalkan pada mak abah..


P/S: Mamat senget kaki KFC yang seorang ini macam sesuai dijadikan boyfriend.. Sebab dia kaki makan yang kuat makan.. Lalala.. Suka lagu nyanyian dia yang ini..





Okey mak.. Sabar sabar.. Tak lari menantu dikejar.. Kikiki.. And.. Selamat malam semua.. Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE: Tapi aku ada cerita perihal "seorang lelaki" kepada mak.. Hihi.. Gatal ya anak mak.. =p

23 Okt 2010

Take It Or Leave It

Oktober 23, 2010 12 Comments
Assalamualaikum.. Salam pagi Sabtu semua.. Sebelum melangkahkan kaki ke pasar tani, coret seperenggan dua pun jadilah.. Usai menonton sebuah filem Hindustan malam semalam.. Dalam sibuk ada test, sempat lagi melepas gian.. What else will you expect from a lovey-doveyland.. Heehee.. =p



Satu lagu dan hanya satu itu saja beri kesan dan terkesan di hati.. Well.. It goes like this..


Kisise tum pyaar karo, to phir izhaar karo
(If you love someone, express it)

Kahin na phir der ho jaaye
(Before it's too late)

Kisi pe aitbaar karo, to phir ikraar karo
(If you trust someone, say it)

Kahin na phir der ho jaaye
(Before it's too late)

Yahin to dil churaane ka andaaz hota hai
(That's the secret to stole a heart)


People once told me.. While they are still around with us, and you know you love them so much, then you should express it, before it's too late.. Bagi aku, cinta dan kasih sayang lebih bermakna jika diluahkan dan ditunjukkan.. Hey!! Expressing love do spread positive vibes!! Mengekspresikan rasa cinta rasa sayang ibarat baja yang menyuburkan tanah dan memekarkan bunga..



Entry ini coretan khas sempena tarikh 23 Oktober 2010.. Di mana 44 tahun yang lalu, lahirlah seorang wanita bergelar emak kepada Along, Angah, Uda, Abang dan Adik.. Selamat hari lahir mak.. Kami berlima sayang mak.. Sayang abah juga.. Aku cukup segan mengekspresi rasa kasih sayang.. Tapi itu dulu.. Bersyukur sebab aku tak lagi serupa dulu.. Aku bertuah sebab masih punya masa dan waktu untuk menunjukkan rasa sayang buat kedua orang tuaku.. Kini, pelukan dan ciuman tak pernah aku lupakan.. Bila dipeluk.. Bila dicium.. Rasa syahdu rasa sesuatu mencuit sanubari.. I guess that's what love is.. The power of love.. =)


Love is everywhere.. You either take it.. Or you leave it.. If you take it, then congratulation.. You are the richest human on earth.. But hey.. If you leave it, you don't know how unfortunate you are to lose one of the precious gift in life..


Kalau kita sayang orang, kita luah kita tunjuk.. Sementara masih ada lagi dia.. Apa nak malu apa nak segan.. Cinta, kasih dan sayang itu bukankah satu kurniaan dariNYA? Tapi sebelum itu, jangan lupa cinta diri sendiri juga.. Dengar Farhana.. Cintakan diri anda.. Heee.. Happy weekend semua.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: 2 more weeks.. Balik balik balik.. Heee.. =)

22 Okt 2010

Sekarang Semua Via Blackberry.. Aku?

Oktober 22, 2010 14 Comments

Assalamualaikum semua.. Slide siap.. Melonjak suka.. Esok pembentangan.. Minggu sibuk.. Minggu test.. Serabut otak.. Mata ngantuk.. Masuk tidur.. Selamat malam.. Tidur nyenyak.. Mimpi indah..


Kejap kejap.. Nak cakap.. Teringin tidur.. Atas padang.. Luas terbentang.. Pandang bintang.. Pandang bulan.. Hujan turun.. Lagi bagus.. Lupa masalah.. Lupa serabut.. Lupa dunia.. Tidur tenang.. Krooh krooh.. Ooppss sorry..


Kata-kata.. Berpasang dua.. Macam manusia.. Fitrah kita.. Sini sahaja.. Tata semua.. Assalamualaikum juga.. =)


24 hours later via Blogger for Blackcurrant not Ribena



FOOT NOTE: Canggih tak canggih cara aku update blog? Dah serupa update status Facebook via Blackberry kan? Well.. Teknologi di hujung jari namanya.. Tak dapat merasa Blackberry.. Blackcurrant pun bolehlah.. Ekeke.. Tata.. =p

21 Okt 2010

Kita Hanya Merancang..

Oktober 21, 2010 20 Comments
Assalamualaikum.. Salam di pagi Khamis untuk semua.. Gambar nampak sedap dan yummie kan? Sebab sekarang aku teramatlah lapar tapi malas nak makan, jadinya dengan meletakkan gambar yang menyelerakan di depan mata mungkin boleh mengenyangkan.. Nyum nyum..


Tiap kali balik kampung, beginilah pemandangannya.. Sarapan pasti penuh satu meja.. Macam-macam ada.. Sebab itu, duduk di kampung adalah sangat heaven.. Sarapan sambil dengar ayam kokok, bau-bau pokok dan embun di pagi hari.. Nikmat kurniaan Allah yang tak ternilai kan? Perancangan masa depan.. Mungkin dah tua nanti, aku nak ajak encik suami bermastautin di kawasan kampunglah.. Harap bakal encik suami aku nanti lelaki yang suka duduk kampung.. Haha.. Okey.. Kita hanya merancang.. Jadi rancanglah sebaiknya.. =p



Lusa hari lahir Puan Hayati Haris, emak Cik Farhana yang amat disayangi.. Usia mak? Baru 44 tahun.. Muda tak? Mestilah muda lagi.. Anak sulung pun dah 23 tahun.. Harap mak dikurniakan kesihatan tubuh badan yang berpanjangan.. Cita-cita aku dulu nak jadi macam mak.. Apa dia? Nak kahwin muda.. Mak kahwin ketika di usia 21 tahun.. Sebab nak ikut jejak langkah mak? Bila kahwin muda, anak-anak dah besar tapi kita tetap maintain muda.. Tapi.. Kita hanya merancang.. Selebihnya di tangan Tuhan.. Cita-cita tak tercapai, sebab umur dah masuk 23..


Dalam hidup, tak salah kita merancang, rancanglah sebaiknya, tapi kita jangan lupa, macam mana kita rancang pun, yang menentukannya adalah Allah.. Jadi bila apa yang dirancang tak menjadi, tak seharusnya kita menangisi.. Apa pun yang terjadi, bersyukur kita pada DIA, setiap apa yang jadi, apa yang tak jadi, pasti ada pengajaran di sebaliknya..


Selamat menjamu selera di tengahari semua.. Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE: Dapat berita dari keluarga, ada sesi "matchmaking".. Jejaka lewat 20an, seorang cikgu.. Samada nak jumpa atau tak jumpa, nak terima atau tak terima, berjaya atau tak berjaya, kita hanya merancang.. DIA yang menentukan segalanya.. Tapi jangan sesekali menyerah untuk fight for our own happiness.. Coz at least.. We fight for it.. =)

20 Okt 2010

Aku Sebagai Perempuan Mengiyakannya.. Benar Ke Wahai Perempuan?

Oktober 20, 2010 11 Comments
Assalamualaikum.. Kali ini aku ingin beri ruang untuk satu hasil seni yang berbeza dari coretan aku saban hari.. Tertarik untuk aku kongsikan karya insan ini dalam dunia Cahaya Yang Riang Gembira.. Hasil coret yang inti patinya buat aku angguk dan mengiyakan.. Tajuknya, PEREMPUAN daripada Fynn Jamal.. Kredit kepada beliau dan blog Ini Fynn Jamal Cakap untuk entry ini.. Terima kasih.. =)


Ah, perempuan.

*diam lagi*

Mudah, sebenarnya, untuk buat sang perempuan tidak pergi.
Kenapa perempuan suka lari-lari?

Sebab sunyi.

Maka jangan bagi dia sunyi. Jangan bagi peluang pada sunyi untuk singgah dalam hatinya. Agama kita sudah berkali-kali pesan, seboleh-bolehnya, jangan ditinggal-tinggal isteri lama lama. sunyi adalah musuh utama perempuan. Kalau kau masih terang ingatnya pada kisah hawa, ingatlah; ketika sunyilah si iblis datang dan membubuh cerita dalam kepala hawa.

Perempuan ini fitrahnya tidak suka disendiri. Ya, mulut mereka mungkin mengaku mampu dan gagah tapi itulah dia. Perempuan hidupnya perlu ada peneman gundah.

Ya, memang mengada-ngada.
Tapi itu fitrahnya.

Jangan bagi dia biasa bersunyi. Kalau pun dipisah jauh, jangan biar dia tersedar yang dia sunyi. Sebelum dia isikan kosong sunyinya dengan sesuatu yang tidak perlu, bersegeralah cari dia yang selalu menunggu untuk dijumpai itu. Sunyi, bagi seorang perempuan, adalah pucuk-pucuk kemurungan yang terlalu tajam dan mengilukan kalbu.

Sebelum dia penat, kejar dia dan sambut ketentuan jatuhnya. Jangan percaya sama bibirnya yang mendabik gagah, yang menempik takut goyah. Itu memang caranya. Perempuan perlu sesuatu untuk membukti perkasa.

Cara termudah adalah dengan melupakan yang sebenarnya dia tidak lemah dan tidak terpatah; dengan melakonkan watak sesasa badang dengan paling bersungguh dan meyakinkan, dengan harapan terbohong hati sendiri dan terus terpercayakan.

- SEKIAN -

Benar kan? Kan kan? Heehee.. Sampai sini saja perkongsian karya hebat insan seni yang berseni bernama Fynn Jamal.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Terima kasih kepada Encik Psychopath dan Cik Fey's untuk perkongsian karya Fynn Jamal ini..

19 Okt 2010

Perasaan Jadi Along Untuk Angah, Uda, Abang Dan Adik..

Oktober 19, 2010 13 Comments
Assalamualaikum semua.. Baca tajuk sudah pasti tahu isi.. Tergerak jari menaip di sini lepas Encik AG bicara tentang Everybody Hates Abang Long.. Suka duka jadi along kepada adik-adik.. Komen aku untuk entry itu menyebabkan Encik AG lantang bersuara dan kata, "tolonglah, ayat tak boleh belah.." Ekeke.. =p


Kata aku pada AG..

"AG.. Kau abang sulung.. Aku kakak sulung.. Walau tak terasa nikmatnya ada abang atau kakak, tapi nikmat ada adik-adik mengatasi segala-galanya.."


Abang-abang dan kakak-kakak sulung.. True isn't it? Heeee.. =)


Permata hidup seorang Along.. 4 orang semua.. Kadang bergaduh, kadang bertekak, bercubit, bertepuk tampar, terguris hati pun ada.. Tapi adik-adik tetap adik-adik.. Sampai bila-bila, sampai bila-bila..




Biar adakalanya dia buat kau kecewa
Biar adakalanya dia buat kau gundah

Tetapi tak mengapa kerna dialah juga
Yang mengambil hatimu bila keadaan reda

Oh kita bersaudara kena selalu mengalah
Tak guna marah marah nanti berbaik juga
Oh kita bersaudara tak guna gaduh gaduh
Kerna air dicincang tidak akan putus

Biar kau dalam susah semua orang tak menegur
Agaknya tangan siapa yang sudi menghulur
Jika tak adik beradik yang tak mungkin berkira
Walau sekali kau beri selalu yang kau terima

Oh kita bersaudara

- KITA BERSAUDARA (OST MAGIKA) ~ KRU -


And this one, specially dedicated to my precious four dan juga untuk adik beradik seluruh dunia.. Weeeee.. =)


Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Happy to have a friend like Penyebab Senyuman Dalam Rahsia.. Terbaik!! Terima kasih buat aku senyum.. =p