31 Jan 2011

Today Is 31st Of January 2011

Januari 31, 2011 23 Comments
Assalamualaikum.. Salam 31 Januari, 2011 untuk semua.. Tepat jam 12 tengah malam, saat pertama jam detik tanda 31 Januari sudah tiba.. Syukur dipanjatkan kepada DIA yang Maha Esa kerana masih di bumiNYA, bernafas dan menikmati indahnya hidup ini.. =)


Melaka.. Hujan turun tak henti dari pagi bawa petang sampai ke malam.. Sejuk dan nyaman terasa.. Hmmm.. 31 Januari.. One and only wish from Farhana to Farhana on her big day..


LET THE RAIN WASH AWAY ALL MY PAIN OF YESTERDAY.. LET "24" BE ANOTHER NEW CHAPTER FOR MY HAPPINESS OF TODAY.. PERHAPS FOR TOMORROW.. AND FOR THE REST OF MY LIFE..
=)

Kepada Cikgu Abdullah Ismail dan Puan Hayati Haris, terima kasih kerana melahirkan insan bernama Cahaya Yang Riang Gembira ini.. 24 tahun telah berlalu.. Aku di sini kerana adanya mereka, kedua orang tuaku.. Terima kasih dan sayang mak sayang abah.. =)

Starting the age of 24, with the mood of "For The Rest Of My Life.." *Ambil berkat orang kata untuk capai 5 perkara menjelang usia 24.. Manalah tahu kan.. Heehee..* Good night readers.. Much love from Cahaya Yang Riang Gembira.. Happy Monday.. Assalamualaikum.. =)


I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I’m here with you
Now let me let you know
You’ve opened my heart
I was always thinkin’ that love was wrong
But everything was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you, loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I… I`ll be there for you
I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You’re my wife and my friend and my strength
And I pray we’re together in Jannah
All I know I found myself
I feel so strong
Yes! Every thing was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wanna say
I know deep in my heart
And now that you’re here in front of me
I strongly feel love
I strongly feel love
And I have no doubt
And I sing it loud that I will love you eternally
I know it deep in my heart
=)


*Syukur Alhamdulillah*


30 Jan 2011

Perkahwinan : Menjadi Dan Bukan Mencari

Januari 30, 2011 16 Comments
Assalamualaikum.. Selamat petang Sabtu semua.. Petang yang sejuk sangat-sangat sebab Melaka hujan sedari pagi.. Tidur pun sedap.. Rehat-rehat kejap 2, 3 hari sebelum mula belek buku.. Haip!! Cuti-cuti pun kena telaah okay.. Nama pun budak final year kan.. Ngee.. =)

Tadi dengar adik aku nyanyi lagu Doa Seorang Kekasih.. Alah.. Lagu popular nyanyian kumpulan In-Team tu.. Tiba-tiba, terasa nak dengar pula, menyelami lirik dia.. Weeeee.. =)

Masa layan video klip Doa Seorang Kekasih, browse through kejap komen-komen viewers.. Tertarik sangat-sangat aku dengan komen dari seseorang ini.. Meh sharing is caring meh..


"Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah.. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh..

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal.. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah.. Kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.."

Heeeeeee.. Betul.. =)

Okay semua.. Cukup pendek entry kali ini.. Hari ini separa sihat, tak boleh taip panjang lebar.. Hihi.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE: Selamat menJADI semua.. Dah menJADI mungkin baru boleh menCARI.. =)

29 Jan 2011

Okay.. Aku Tanya.. Aku Jawab Sendiri..

Januari 29, 2011 13 Comments
Assalamualaikum.. Assalamualaikum.. Ada orang tak? Ada ke tak ada? Ke semua dah balik cuti tak online-online dah? Sobs sobs.. Pada yang dah sampai kampung masing-masing, enjoy cuti anda.. Bagi yang duduk di kolej, tak cuti balik kampung, duduk kolej online memanjang, selamat beronline sampai lebam iyo.. Hak hak.. =p

Sampai-sampai rumah terus online kejap.. Hep hep!! Tak ada orang pun nak tanya aku ke, "DAH SELAMAT SAMPAI MELAKA KE???" Sobs sobs.. Majuk majuk!! *aku memang kaki merajuk.. kaki merajuk yang tak ada orang nak pujuk..*


Okay.. Tak apa.. Aku tanya, aku tolong jawabkan sendirilah.. Aku dah selamat dah sampai Melaka jam 6 petang tadi.. Highway banyak kereta.. *memanglah kan.. takkan banyak kapal selam pulek..* Ngantuk pun ngantuk.. Nasib ada adik aku duduk sebelah, walaupun macam tak ada orang sebab dia tidur memanjang dalam kereta.. Haish!!

Okay.. Cukuplah taip pendek-pendek, tadi kata majuk kan.. Entry ini entry kurang kasih sayang namanya.. Haha.. Maklumlah, orang yang KITA HARAP untuk tanya soalan "dah selamat sampai ke?" TAK TANYA pun, orang yang KITA TAK HARAP untuk tanya pun TAK TANYA.. Hahaha.. Ngeng ke tak ngeng aku malam ni??? Bak kata Boneka Tak Sakit, abang aku yang tak sama mak tak sama ayah, aku sedang mengalami krisis 24.. Haha.. Hampeh punya statement..

Okay.. Dah 3 kali dah okay.. Tapi tak habis-habis menaip.. Maklumlah, jari ini memang dilahirkan untuk taip panjang-panjang.. Keh keh keh.. Aku sedang sibuk layan kegemaran terbaru.. Kegemaran yang rata-rata kawan aku, adik aku akan gelak kalau tahu benda alah begini.. Kutuk sehabis baik punyalah.. Sebab kata depa, aku tak ada taste!! Hamboi hamboi hamboi.. =p



Ya ya.. ST 12 memang kegemaran aku.. Dari dulu sampai sekarang.. Dulu musim P.U.S.P.A. Sekarang musim Pangeran Cinta.. Haha.. Layan!!

Okay.. Cukuplah 4 kali okay.. Selamat berhujung minggu semua.. Jaga diri elok-elok.. Raya-raya jangan main mercun, nanti putus mana-mana anggota badan yang boleh putus.. Baik duduk rumah, main ceper ke, main batu seremban ke, tak pun teng teng.. Sekian.. Heee.. Assalamualaikum.. =)

28 Jan 2011

Budak Kecil Kata Nak Cepat Dewasa.. Budak Besar Seperti Kita Nak Kembali Kecil Pula..

Januari 28, 2011 9 Comments
Assalamualaikum.. Selamat pagi Jumaat untuk semua.. Hari ini, semua pasti rajin dan bersemangat nak buat kerja.. Maklum saja, esok dah Sabtu.. Tiba Isnin, semangat pasti merosot semula.. Ekeke.. Bagi yang dah bercuti panjang selama seminggu, selamat bercuti ya.. =)

Entry kita hari ini, tak payah panjang-panjanglah.. Tajuk dah cukup panjang dah kot untuk menjelaskan segalanya.. Hari Jumaat, aku bawa semua kenang balik saat zaman kita sekolah dulu kala.. Bagi yang dah tua bangka macam akulah.. Bagi adik-adik yang sedang bersekolah, yang kemungkinan tersinggah untuk baca entry ini, dengar-dengarkanlah perasaan insan-insan dewasa ini supaya adik-adik boleh lebih menghargai usia muda zaman persekolahan.. Heee..

Masa kita kecil-kecil, kita tengok orang dewasa, boleh buat itu boleh buat ini, kita kecil-kecil, itu tak boleh, ini tak boleh.. Tengok sajalah cerita Labu Labi, Haji Bakhil kata budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak.. Tengok!! Itu dah satu point.. Senang cerita, masa kita kecil, kita selalu duduk menung pikir, bila aku nak dewasa, bila aku nak besar panjang..

Masa dah besar dah tua bangka macam sekarang, penat dengan kerja, penat dengan study, kita selalu fikir, alangkah indah zaman kecil-kecil.. Tak ada kekangan dan tekanan yang maha hebat.. Zaman main pondok-pondok, zaman sekolah rendah yang huha sana sini.. Zaman sekolah menengah yang sibuk baling surat cinta sana sini.. Huuu..

Apa pun, realitinya, kita-kita semua dah besar panjang, perjalanan yang kita lalui untuk sampai sekarang, bukan takat 1, 2 tahun.. Banyak asam banyak garam juga dah kita lalui.. Life is wonderful eyt? =)

Sampai sini saja.. Eh kejap.. Gambar siapa entah sesat dalam entry ni? Haha.. Zaman aku Tingkatan 1, 2 dan 4.. Masa Tingkatan 1 dan 2, mesti semua dah boleh cam aku yang mana kan.. Ngee.. Okay.. Tata semua.. Assalamualaikum..

1A Batch 2000 (SMK CHUNG HWA MIRI)


2A Batch 2001 (SMK CHUNG HWA MIRI)


4 Intan Batch 2003 (SMK CONVENT KAJANG)
- Depan, 3 daripada kanan.. Paling comel.. Hehe..-


FOOT NOTE: Balik rumah.. Yippie!! =)

27 Jan 2011

Ini Entry 1 Tahun 9 Bulan Yang Lalu

Januari 27, 2011 26 Comments
Assalamualaikum.. Selamat pagi Khamis semua.. Weeee.. Dah Khamis dah rupanya, esok balik Melaka.. Cuti seminggu.. Hoyeh!! Sambut hari bahagia bersama keluarga adalah terpaling heaven sekali.. Psssttt!! Kalau ada insan tersayang lagi heaven kot kan??? Ek??? Dush dush.. Ngada-ngadanya ayat kau Farhana.. =p

Esok kena masuk KL.. Aku sedang membayangkan hari Jumaat yang sudah tentu pasti sesak di Tol Duta dan Tol Sungai Besi.. Touch 'N' Go pula tertinggal di Melaka.. Haishoo.. Bersabar sajalah ya.. =)

Pagi ini aku nak share sebuah entry yang aku coret 1 tahun 9 bulan yang lalu.. 3 bulan selepas aku mula berblog.. Entry bertarikh 20 April 2009.. Zaman Tok Kadok mak aku kata.. Zaman aku tulis entry guna banyak warna.. Ekeke.. Jom usha jom kenapa aku share entry yang ini..

* * * * * * * * * *


Post kali ini, aku ingin share dengan kalian, 5 things that I wanted to achieve when I reach the age of 24..


Pertama sekali, apabila umur aku mencecah 24, aku berdoa agar aku dapat graduate dengan cemerlang dalam bidang yang aku ceburi ini.. Kalian semua, doakan aku ye.. Jadi Farhana, jangan malas-malas.. Baca buku cepat.. Heehee.. =p


Keduanya, aku sangat mengharapkan yang aku dapat merealisasikan impian aku untuk kurus.. Haha.. Dah lama dah hasrat ini, tetapi nafsu makan yang sentiasa naik turun menyukarkan misi aku ini.. (alasan aje tue) Siapa-siapa yang ada tips untuk aku, jom la share.. Aku terima dengan hati, tangan, pintu terbuka.. Heehee.. =p


Ketiganya pula, aku ingin di kala aku mencecah 24 tahun, aku sudah menemukan cinta sejati aku.. Teman lelaki yang sekaligus akan menjadi suamiku.. (cewah.. tinggi harapan aku..) Ciri-cirinya? Hmm.. Aku tidak mahu berkahwin dengan doktor.. Itu yang aku pasti.. Aku inginkan lelaki yang.. Hmm.. Entahlah.. Yang penting, yang sayangkan aku.. =)



Keempat ini lebih kepada keinginan jangka masa panjang.. Haha.. Aku inginkan sebuah famili bahagia.. Punya suami tercinta, anak-anak seramai mungkin.. Heehee.. Juga hidup gembira bersama abah dan emak yang aku sayang sangat-sangat.. =)



Last but not least, yang penting sekali, time umur aku 24, aku ingin sihat dan happy selalu.. Kalau tak happy, tak sihat, macam mana aku nak capai keinginan yang lain-lain itu.. Betul tidak kawan-kawanku? Hehe..

* * * * * * * * *

Okaylah.. Pendek cerita, cut short, 24 dah duduk mengintai-ngintai di luar pintu, tunggu masa saja nak masuk.. Frankly speaking, satu pun dalam list di atas masih tak aku capai lagi.. Haha.. Nampaknya 1 tahun 9 bulan itu memang belum cukup lagi agaknya.. Aku patut letak tajuk 5 PERKARA YANG AKU INGINKAN MENJELANG UMUR 30.. Ke 40??? Hoho.. =.=

Sedih adalah sikit.. Sebabnya itu semua matlamat yang aku set sejak zaman aku gadis hingusan belasan tahun.. Tapi belum ada rezeki lagi nak dicapai nampaknya.. Eh kejap.. Regarding perkara kedua.. Kuruskan badan!! Keh keh keh..

Ada seorang sahabat lelaki aku yang dulu-dulu satu kumpulan dengan aku, rajin sangat suruh aku diet, suruh aku exercise, suruh berhias sikit-sikit sebab muka aku yang nampak toya dan tak semenggah.. Sekarang dah setahun lebih kami dah tak sekumpulan, jumpa pun jarang-jarang.. Sahabat lelaki ini agak rapat dengan besties aku, Faizah Fuad.. Cuba teka dia kata apa dekat Faizah bila dia jumpa aku tempoh hari???

"Farhana dah nampak susut banyaklah.. Kalau dia maintain, dia mesti boleh jadi macam adik dia.."

Haha.. Aku gelak kejap.. Suka memanglah suka.. Siapa tak suka kena puji kan? Tapi untuk aku jadi macam adik aku? Hurrmmm.. Tak mustahil tapi susah sikit.. Aih.. Susah banyaklah senang cerita.. Sebab adik aku under the weight.. Sangatlah kurus.. Hoh!!

Apa pun, sekarang aku dah tak kisahlah bila masa dan ketikanya, yang penting aku yakin diri, satu hari nanti akan tiba juga, aku pasti boleh capai semua 5 perkara di atas.. InsyaAllah..

Dan untuk anda juga.. Moga tercapai segala apa yang anda hajati.. Inginkan sesuatu, kenalah usaha juga.. Iya dak? Selamat memulakan tugasan harian.. Assalamualaikum semua.. =)


FOOT NOTE: Hari ini rasa nak tersenyum dalam rahsialah kejap.. Sebab lama sungguh tak senyum begitu kan.. Haha.. Sebabnya.. Dalam semua pengomen entry di atas, ada seorang yang masih setia wujud sampai sekarang.. Malunya dengan dia.. Lepas 1 tahun 9 bulan, satu apa pun tak tercapai lagi.. Huuu.. =)

26 Jan 2011

Sisi Hidup Seorang Blogger : Tempiasnya Terkena Sedikit Pada Blogger Picisan Ini

Januari 26, 2011 35 Comments
Assalamualaikum.. Hari ini nak cerita pasal blogging.. Aku yang tak pernah nak ambil port, ulas soal itu soal ini, hari ini nak cerita sedikit tentang dunia blog, tentang wang juta-juta, tentang blogger.. Barangkali itu yang sedang hangat orang perkatakan sekarang, jadi sedikit sebanyak tempiasnya, kena pada blogger picisan seperti aku ini..

Semenjak keluarnya artikel tentang Red Mummy dan pendapatannya melalui bloggging, ditambah lagi dengan wawancara di Hot FM, aku juga diterjah dengan persoalan mengenai dunia blogging ini.. Tiba-tiba, blogging buka mata semua, orang dah mula memandang blogging itu sebagai satu entiti yang agak berlainan.. Orang kenal blog kerana wang.. Zaman dahulu kala kita buat blog, kita kenal blog dulu baru kita kenal duit.. Beza kan? Tapi itu pun, duit bukanlah terletak pada puncak hirarki hidup seorang blogger.. Tapi lain blogger, lain pandangan dan lain keutamaannya..

Credit to www.savagechickens.com

Sahabat mula bertanya pendapatan aku melalui blog.. Sahabat aju pandangan, kenapa tak mula berblog secara giat dan aktif, lalu jadi seperti Redmummy.. Sahabat bagi galakan untuk jadi gah dalam dunia blog.. Hoho.. Aku blogger picisan, yang tak berapa nak cantik tapi tetap comel untuk ada pembaca setia *ayat tak boleh pergi derr*, dan isi dunia blog aku adalah isi yang biasa-biasa saja.. Aku tulis atas kehendak diri, bukan atas keperluan.. Aku tahu, jika aku mahu, aku pun boleh nak kejar trafik ribu riban juta-jutaan.. Bak kata orang Melayu dulu kala, "Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak, seribulah dalihnya.." Apa pun keinginan kita, asal ianya tak salah, memang tak ada salah pun kita lakukannya.. Macam tagline Nike, Just Do It.. Ekeke..


Blogging satu kehendak, kita jadikan hobi.. Blogging satu keperluan, jadilah ia profesion.. Keduanya tak ada salah pun.. Kita buat apa kita nak buat.. Macam dalam hidup, kita pilih apa yang kita nak jadi.. Paling utama, apa yang dah kita pilih, hati kita rasa puas.. Bila kita lakukan satu-satu kerja, bila hati puas, apa yang kita buat semuanya berjalan lancar dan kita seronok.. Hasil kerja kita nanti, boleh orang nilai, samada baik atau buruk.. Jika kita lakukan dengan hati happy dan hasilnya baik, maka orang dapat melihat baik kualitinya, orang pun rasa seronoknya.. Jika buat sesuatu pun endah tak endah, hati tak suka, hasilnya dah tentu buruk, orang nampak dan dah tentu orang pun rasa tak menarik hasil kerjanya..

Samalah juga dengan hidup dalam dunia blogging.. Rasa seronok untuk berblog itu datang dari hati, entry yang terhasil kita suka baca, orang pun suka baca.. Then, things after that will comes naturally.. Kita rasa nak jana wang then it is fine, tak ada salah pun, itu dah macam bonuslah kiranya atas apa kerja yang kita lakukan dengan sepenuh hati, kerja yang kita buat kerana kita suka..

Kita kejar trafik nak dapat pembaca nak dapat wang.. Atau.. Trafik kejar kita kerana nakkan hasil tulisan kita.. Keduanya, senario yang dah tentu-tentu berbeda.. Mungkin kita sendiri boleh memikirkan apa baik apa buruknya.. Sedar tak sedar, asas mulanya kenapa kita ingin berblog itu juga jadi satu tanda aras dalam lama mana kita mampu berdiri, sejauh mana kita mampu berjalan dan gagah mana kita untuk terus bernafas dalam dunia blogging..


Asas mula berblog penting.. Perjalanan dalam dunia blog juga penting.. Apa yang kita baca, apa yang kita lihat, apa yang kita peroleh dalam dunia blog, ada pengaruh dalam membentuk diri kita untuk jadi seorang blogger yang bagaimana.. Betulkan saya jika saya silap..

Satu minggu lagi, genap rasanya 2 tahun aku berblog.. Aku harap dapat terus begini, masih seperti aku yang dulu, berdiri lagi di platform maya ini, untuk tahun dan tahun yang mendatang.. InsyaAllah..

Selamat berblogging semua.. Hidup berblogging, utama sekali, perlu happy dan rendah hati, benda yang lain akan datang sendiri, automatically orang Puteh kata.. Sampai sini saja.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Dan kerana blogging, aku kenal dia, dia, dan dia lagi dan dia lagi.. =)

25 Jan 2011

Dah Jatuh Cinta Dengan Mamat Ini.. Tapi Belum Lagi Happily Ever After..

Januari 25, 2011 9 Comments
Assalamualaikum.. Hari ini kecutian seharian ya.. Petang-petang kita layan jiwa.. Haishoo.. Tup tap dah jatuh cinta.. Haaaa!! Macam mana? Apa nak buat? Tolong-tolong.. Dah tenggelam dalam cinta.. Pelampung pelampung.. Ekeke.. =.=



Okay okay.. Inilah dia mamat yang dah curi hati aku.. Flynn Rider a.k.a Eugene Fitzhbert.. Canggih sangat nama, berbelit lidah nak menyebut.. Ahhh!! Aku suka dia.. Sangat-sangatlah.. He looks perfect in my eyes..

Nak jadi Rapunzel boleh? Rapunzel yang ada lelaki bernama Flynn di sisi.. Ohh!! I want MY "Flynn Rider".. =p

Orang lain dah berkurun, aku baru menggedik nak layan.. Sibuk derr.. Bila dah start layan, last-last jatuh cinta.. Haha.. Okaylah.. Tata semua.. Dah nak Maghrib kejap lagi.. Siap-siap.. Solat Maghrib.. Heee.. Assalamualaikum..

Flynn Rider
You're my new dream..

Rapunzel
And you're mine..


FOOT NOTE: Haiyo.. Kartun betullah ya Farhana ni.. Jatuh cinta dengan kartun pulak? Hah!! Kartun pun kartunlah.. Kalau hati dah cinta.. Lalala.. =p

24 Jan 2011

Persiapan Sebelum Mengambil Keputusan Ingin Berumahtangga

Januari 24, 2011 10 Comments
Assalamualaikum.. Dah tengah malam dah ya.. Mata tak berapa nak mengantuk sebab dah teguk secawan kopi tadi.. Tak tidur-tidur lagi buat persiapan untuk pembentangan case keesokan harinya.. Chill kejap, rehat-rehat update blog.. Heeee.. =)

Apa nak cakap malam ini.. Pendek saja.. Pasal kahwin.. Amboi suka ampa suma no bila dok sebut pasai kawen.. Gatai!! Ekeke.. Kerajaan Malaysia sekarang mewajibkan pada pasangan yang nak mendirikan rumahtangga untuk menjalani pemeriksaan HIV.. Anda tahu tentang Thalassemia? Banyak iklan dikeluarkan di televisyen mengenai penyakit ini, dimana pasangan yang ingin berkahwin dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan status Thalassemia, samada anda adalah normal, pembawa atau pesakit.. Tapi pemeriksaan ini bukan wajib macam pemeriksaan HIV..


Saja ingin berpesan, silalah ke klinik kesihatan berdekatan untuk mengetahui status Thalassemia anda ya.. Penting untuk masa depan.. Penting kerana ianya memepengaruhi baka-baka anda di masa hadapan.. Boleh rujuk pada gambar di bawah.. Menurut kajian, ianya antara penyakit keturunan yang agak kerap ditemui di negara kita.. Jadi, apa tunggu lagi.. Jom buat ujian saringan.. Prevention is better than cure..

Thalassemia adalah penyakit yang menganggu genetik darah dan menyebabkan gangguan dalam penghasilan sel darah merah yang normal.. Ciri utama pesakit, selalunya mereka akan kelihatan pucat kerana kurang hemoglobin dalam darah.. Punya karakteristik tertentu pada wajah dan tubuh badan, limpa yang agak besar dan ciri-ciri yang lain lagilah.. Ianya ada banyak jenis.. Daripada Thalassemia yang tahap kurang kronik sampai ke tahap yang sangat kronik yang mana kanak-kanak itu memerlukan transfusi darah yang kerap..


Boleh KE SINI untuk tahu serba sikit pasal penyakit ini.. Boleh juga KE SINI untuk tinjau situasi di Malaysia.. Okay.. Masa untuk sambung kerja.. Selamat malam semua.. Mimpi indah.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Case yang akan dibentangkan esok, kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dan berpenyakit Thalassemia.. Ibu dan ayahnya adalah pembawa gen Thalassemia..

23 Jan 2011

Hendak Ku Tanya Terasa Malu

Januari 23, 2011 18 Comments

Assalamualaikum.. Ahad ini biasa-biasa saja.. Jadinya entry hari ini pun, entry tiada arah tuju.. Haha.. Tengahari tadi balik saja dari hospital, singgah kedai makan, layan Seman layan tidur.. Tercapai akhirnya hasrat nak layan Seman.. Suka sangat!! Kuih yang ada nun di Pantai Timur saja.. Ada sahabat baru balik dari Kelantan, tengok Seman, teringatkan aku, terus beli.. Tak mengidam dah!! Dah makan 1 warna merah, 1 warna kuning.. Ada 7 lagi.. =)

Kesimpulan untuk hari Ahad yang sejuk sebab hujan turun dengan lebat, pertamanya, terima kasih pada kakak pemberi Seman.. Heehee.. Keduanya, "MAKIN HARI MAKIN SAYANG".. Apakah itu??? Hahahahahahahaha.. *gelak besar*

Okay.. Selamat berhari Isnin semua.. 5 hari lagi nak cuti!! Sangat tak sabar.. Hee.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Eh!! Apa kena mengena dengan tajuk entah? Ekeke.. Tengah gila layan Uji Rashid derr.. Seriously.. Betul-betul serius ni.. Tapi.. "Hendak ku tanya terasa malu.." Haha.. =p

Aplikasi Panggilan Dan SMS Percuma Dalam Kehidupan Kita

Januari 23, 2011 10 Comments
Assalamualaikum.. Sekejap saja dah habis cuti 2 hari dan setengah.. Ada lagi 1 hari dan setengah.. Sungguh cuti-cuti begini, telaah buku 30%, buang masa 70%.. Rasa macam nak debik diri sendiri.. Hoh!!

Bergolek kiri bergolek kanan.. Bergulung-gulung.. Cuaca sungguh panas.. Tiba-tiba handphone berbunyi tengahari tadi.. Ada SMS.. Pakwe akulah!! Teruja sekejap..

Buka-buka dan baca.. Senyum lebar gila kot.. Tapi tak lama lepas baca, dahi kerut-kerut.. Runsing semula.. Haish.. Baiknya hati pakwe aku.. Bukan selalu pakwe aku berperangai begini.. Selalunya setahun sekali buat aku senyum, itupun pada tarikh yang sama setiap tahun.. Kadang-kadang dan jarang-jarang hantar SMS buat aku senyum lebar pada hari yang selain dari hari yang itu.. Sadis kan keadaan aku? =(



Sambil menyuap makan ke dalam mulut dengan keadaan toya, aku memikirkan SMS yang dihantar.. Pakwe kata sebab dalam bulan ini aku reload minimum RM30, aku dapat PANGGILAN DAN SMS PERCUMA selama 24 jam.. Orang patut gembiralah, ini tidak, muncung sedepa.. Kalau pakwe nampak, mahu aku kena blacklist untuk jadi makwe dia.. Hoho.. Tapi benda percuma bukan senang nak bagi weh.. Hanya boleh kepada number 8-Pax yang anda daftar saja ya.. Ditambah lagi, number 8-Pax yang anda boleh daftar hanyalah number U-Pax saja ya.. Number X-Pax tidak dibenarkan sama sekali..

Aku belek senarai 8-Pax.. Tak ramai kawan-kawan aku yang pakai U-Pax, jadinya aku hanya daftarkan 4 number saja.. Aku angkat telefon dan call.. Handphone di bilik sana berbunyi.. Derr!! 3 dari number tersebut adalah number kawan-kawan aku yang hari-hari aku ngadap muka depa, yakni housemate aku.. Kah kah kah.. Tapi ada lagi satu number lagi.. Siapa punya eh? Hahaha.. Shhhh.. Tak mahu beritahu.. Ekeke.. =p

* * * * *

Panjang pula cerita pasal panggilan dan sms percuma.. Analoginya dalam kehidupan kita, boleh diaplikasikan dalam hidup seharian.. What you give, you surely will get back.. Baik anda bagi, baik juga anda dapat.. Buruk anda beri, buruk juga akan kembali.. The more you give, the more you gain.. Lagi banyak anda topup, lagi banyak panggilan dan sms percuma anda dapat.. Kikiki..

Samalah juga, lagi banyak usaha yang anda keluarkan, lagi banyak dan tinggi peluang yang ada bahawa anda mungkin berjaya.. Lagi banyak kebaikan kita buat, pahala juga dicatat setiap satunya.. Jika banyak dosa yang kita buat, maka banyak jugalah catitannya..

See.. Inilah kehidupan.. It goes by the law.. Tapi mungkin ada saat dan situasi yang the usual things boleh jadi unusual.. Against the law.. Tapi kita kan bijak.. Ada akal untuk pandu kita ke jalan yang benar, tak benar, atau mungkin jalan mati.. =)

Have a great day ahead.. Assalamualaikum.. Heee..


FOOT NOTE: Pakweku Celcom!! Terima kasih!! Ekeke..

21 Jan 2011

Nasib Baik Resepi Nenek Tak Lingkup..

Januari 21, 2011 25 Comments
Assalamualaikum.. Salam cuti Thaipusam semua.. Bagi yang bekerja hari ini, eh eh, dah balik kerja dah ke? Kikiki.. Hari ini adalah hari terpaling penat dek kerana ada program besar dalam hidup.. Program untuk masa hadapan yang cemerlang.. Ekeke.. =p

Sebelum nak membebel pasal program terbesar itu, jom Doktor Cinta Luar Biasa nak kongsi satu madah-madah cinta..


Indeed.. Dalam hari yang penat, tak bersemangat, bila bicara pasal "CINTA", seolah rasa macam sebuah fairy tale.. Buat kita lupa penat, buat kita kembali bersemangat, buat kita seronok, tak lupa, buat kita tersenyum.. Heee.. Haaaa.. Hari ini rasa nak senyum lebar-lebar boleh.. Heeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. =))

"You came along just like a song..
And brightened my day..
You know I can't smile without you..
I can't smile without you.."

Okay dah.. Cukup senyum lebar.. Sambung projek besar kita pagi tadi.. Tahun lepas bulan 5, aku bawa 2 orang rakan baikku pulang ke kampung.. Kebetulan pulangnya kami hari itu, nenek aku masak makanan kegemaran aku iaitu Mee Rebus.. Tak sangka, 2 orang kawan aku makan, terus terjatuh cinta.. Sejak dari hari itu, memang hari-hari depa pujuk aku suruh masakkan Mee Rebus Johor.. Kah kah kah.. Aku minta maaf awal-awal, tak pernah masak Mee Rebus, jadi memang aku tak berani nak buat, takut tak sedap, takut lingkup resepi nenek aku..

Semalam, tahap mengidam si Faizah Fuad ini dah tahap tertinggi, tiba-tiba dia suruh masak Mee Rebus.. Berat hati nak masak sebenarnya sebab tak yakin.. Haha.. Tapi atas sebab dah lama dia teringin sangat nak makan, jadi aku pun cubalah.. Pagi pergi Tesco, balik rumah terus mula projek.. Yup.. Projek memperkasakan skill surirumahtangga.. Syabas!! Ekeke.. =p


Pertama kali cuba masak resepi turun temurun.. Ketaq ketaq lutut.. Turun dapur berbaju kurung lagi.. Haha.. Stylo gila derr!! Ambil mood Perempuan Melayu Terakhir, mana tahu masakan jadi sedap ke apa ke kan.. Wakaka.. Apa lagi, gunakan kepakaran memasak yang tak berapa nak hebat, campak itu campak ini masuk dalam periuk, tak letak harapan tinggi sangat ianya menjadi, kacau punya kacau, masuk air, masuk keledek, kacau dan kacau lagi.. Eh!! Jap jap!! Rehat kejap okay.. Kita berSMS dulu.. Wakaka.. Bolehlah pulek.. =p *kena sound derr dengan Faizah Fuad sebab sibuk berSMS*

Senang cerita, kita terus tunjuk gambar sajalah ya.. Penat bebel.. Haha.. Yang atas, adalah bahan-bahan untuk makan Mee Rebus.. Kuah dia cantik tak? Sila percaya sebab aku pun tak percaya, kuahnya menjadi!! Hakhak.. =p


Dan ini pula adalah Mee Rebus yang telah siap dicampur semua bahan-bahannya.. Jadi kan? Kan kan kan??? Sila tepuk sikit.. Haha.. Baru rupa.. Jom jom kita rasa pula.. Apalah agaknya rasa dia.. Haish.. Risau juga!! Berpeluh-peluh nak buat suapan pertama.. Haha.. =p

Makan.. Suap lagi.. Kunyah.. Telan.. Suap lagi dan lagi.. Sampailah suapan terakhir.. Mangkuk licin.. Aku baru makan satu mangkuk.. Faizah makan 3 mangkuk.. Wakaka.. Sedap ke tak sedap Faizah? Ke nak jaga hati ni? Haha.. Personally said, rasa memang bukan 100% macam nenek dan mak aku masak, tapi still boleh tahan.. *puji diri sendiri* 70% rasa itu ada.. Next time boleh cuba lagi untuk jadikan rasanya sama 100%.. Belajar untuk dapatkan pengalaman.. Kalau tak ada kali pertama, macam mana nak ada kali kedua dan ketiga dan seterusnya.. Ya tak? Heehee.. =)


Kesimpulan yang nak disimpulkan hari ini, selain dari tersenyum simpul, rasa gembira dan seronok sebab dapat tunaikan permintaan orang, sebab dapat belajar masak resepi turun temurun untuk kali pertama, dan terpaling penting, dapat memperkasakan skill nak menjadi surirumah.. Muahaha.. =p

Okay.. Tata semua.. Selamat menjamu mata.. Jaga diri.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Heeeeeeeeeeeeeee.. I L.I.K.E YOU.. =))
Wink.. ^_-

20 Jan 2011

Adik-Adikku Berubah Kerana K-Pop

Januari 20, 2011 15 Comments
Assalamualaikum.. Salam malam Khamis.. Hoyeh.. Cuti.. Esok cuti.. Lusa dan tulat pula dah memang cuti hujung minggu.. Makanya jadual dalam cuti-cuti ini akan dipenuhi dengan aktiviti berdating.. Ekeke.. =p

Okay okay.. Balik kita pada tujuan asal.. Entry ini terhasil dek kerana homesick yang melampau setelah hampir sebulan lebih rasanya tak balik.. Sabar menanti Jumaat hadapan.. Rindu banget sama adik-adik semua.. Tunggu Along balik ya!! =)

Ambil mood homesick, aku nak cerita pasal adik-adik lelaki aku yang kacak-kacak belaka.. Kikiki.. Tersebutlah kisah anak-anak lelaki Cikgu Abdullah dan Puan Hayati, abangnya 14 tahun Firdaus namanya.. Adiknya 12 tahun, Faiz nama dia.. Mereka adalah kipas susah mati artis K-Pop.. Kalau biasa dengar Super Junior, Beast, 2AM, 2PM, CN Blue, Trax dan lain-lain lagi.. Adik-adik aku berdua ditambah dengan kakak mereka yang baru lepasan SPM, tahu lagi banyak artis K-Pop yang aku sendiri tak pernah dengar.. Pelik-pelik punya nama pun ada.. Aku pun naik pening..


Okay.. Ini abang Firdaus.. Cuba tengok rambutnya.. Itu evolusi terbaru dia.. Style campak rambut semua ke tepi.. Sisir baik punya.. Aku kalau balik rumah, pasti aku akan kacau rambut dia.. Sebab itulah benda yang cukup dia tak suka.. Aku suka sikat rambut adik-adik aku.. Especially rambut abang.. Dah kalau aku yang sikat, haruslah ikut style aku.. Rambut belah tengah, M style, barulah hemcem.. Tapi dia cukup tak suka, katanya macam SKEMA!! Apakah kamu abang.. Tak tahu ke jejaka idaman Along kamu ini perlu berambut M style.. Ekeke.. =p

Sebelum berevolusi jadi style campak ke tepi, dulu rambut dia pacak tinggi, tajam sampai boleh luka jari okay.. Gel rambut kalau tak tenyeh sampai rambut jadi keras memang tak sah.. Akibatnya rambut dia sekarang jadi sangat kering dan tak best untuk dibelai.. Ouh.. Aku tak gemar lelaki pakai gel rambut.. Sikit-sikit cukuplah okay.. Tapi kalau boleh tak payah pakai langsung pun tak apa.. Heee.. =)


Abang beli gitar kapok sudah agak lama juga.. Sebab dia ingin belajar petik gitar.. Aku kagum dengan dia.. Belajar petik sendiri melalui You Tube, dalam tak berapa bulan dia dah pandai petik.. Abah pun ada ajar sikit-sikit.. Sekarang, kalau aku balik, aku suruh dia cari kod gitar lagu yang aku minat, aku suruh petik depan aku, dan aku akan videokan.. Sekarang dah ada dalam 4 video yang aku record.. Lagu terbaik yang abang boleh petik buat masa ini adalah More Than Words..

Eh.. Jauh menyimpang dari K-Pop.. Wakaka.. Apa yang K-Pop dah buat sampai abang berubah? Dari tadi aku bebel, korang semua pun dah boleh agak.. Pastilah rambut.. Artis-arti K-Pop sekarang kan macam-macam pesen rambut.. Haish.. Pengaruh-pengaruh..


Ouh.. Ini adik bongsuku.. Faiz.. Inilah yang terpaling dahsyat punya pengaruh.. Tiap kali aku balik, dia akan bagi aku tengok semua video-video lagu K-Pop yang dia download dekat You Tube.. Dan dia akan tanya aku sedap tak.. Lagi satu kesukaan dia, dia suka tanya aku, artis yang ini dengan artis yang itu, mana lagi hemcem.. Wakaka.. Dulu masa zaman gila Anime, dia akan tanya kartun ini dengan kartun itu mana lagi kacak.. Kih kih kih..

Memang aku agak hairan macam mana gambar seperti ini boleh terhasil, sebab adik bongsuku memang terkenal dengan pemalunya.. Susah sangat nak buka mulut.. Hoho.. Rambut dia pun style suka campak tepi.. Kalau abangnya campak ke kanan, adiknya suka campak rambut ke kiri.. Haha..

Tak lupa, dia adalah pengumpul topi yang setia.. Dia ada banyak gila topi.. Aku ingat lagi masa zaman High School Musical, dia ligat kumpul duit sebab nak beli topi macam si Ryan adik Sharpay pakai tu.. Gila ah!!

Hah.. Tak boleh pergi derr!! Siap dengan topi style benget.. Tapi muka tetap maintain malu-malu meow.. Ekeke.. Aku dapat jangkakan, adik-adik lelaki aku dua orang ini akan membesar dan menjadi lelaki kacak.. Genetik yang sepatutnya turun pada aku, sebab aku perempuan, tapi banyak pergi pada mereka.. Kakak-kakak gelap.. Adik-adik lelaki putih cerah berseri.. Aigoo~~~

Tak sabar nak balik dah!! Perkara pertama aku suka buat pada adik lelaki berdua ini, adalah sesi check kuku.. Kalau panjang, memang kene ketuk dengan aku satu-satu jari.. Sebab mereka berdua malas gila nak potong kuku.. Haish!! Aku cukup tak suka tengok lelaki berkuku panjang..

Okay.. Masa dah time.. Bebel cecah lantai lagi ya malam Khamis ini.. Kikiki.. Tata semua.. Selamat bercuti.. Esok ada program besar!! Tak sabar rasanya.. Okay.. Selamat malam.. Assalamualaikum.. =)

19 Jan 2011

Wanita Manja.. Ekeke..

Januari 19, 2011 16 Comments

Assalamualaikum.. Quick update.. Kelas pukul 2.30 petang bertempat di Unit Hematologi.. Jadi tahniah kepada anda-anda yang rajin berkunjung ke sini, tak ada entry cecah lantai dari aku untuk kalian semua pada hari ini ya.. Ekeke.. =p

Sempat blogwalking dan baca entry dari Budak Malas ini.. Penghujung entry dia bertanya, "kalau perempuan ANAK SULUNG, lelaki ANAK BONGSU, jodoh panjang eh?" Macam fit into the picture kan.. Anak sulung dan anak bongsu.. Okay.. Nak pergi cari anak bongsu.. Tata.. =p

Eh kejap.. Anak sulung yang ini, walau nama saja anak sulung, tapi manja kalahkan anak bongsu.. Orang kata kan, manja wanita-wanita dewasa manjanya lain macam sedikit.. They describe it as attractive.. Eh betul ke? Wakaka.. Ya ya.. Aku memang dah dewasa pun.. 2011 dah jejak 24 dah.. Ekeke.. =p

Dah.. Tak larat nak bebel dah.. Nak lelap barang 15 minit sebelum ke kelas.. Selamat bercuti ya untuk yang bercuti esok.. Jaga diri elok-elok.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Panjang pendek jodoh, semuanya atas usaha kita dan kehendak DIA.. Kan? =)

18 Jan 2011

Tumpang Gembira Kisah Cinta Orang

Januari 18, 2011 14 Comments
Assalamualaikum.. Salam Isnin yang penuh keceriaan.. Akhirnya tiba saat dan ketika meraikan kisah cinta penuh ranjau dan duri antara sang jejaka yang berpenyakit Claustrophobia dengan seorang gadis kasar yang bekerja sebagai stuntwoman.. Haih.. Tumpang gembira dengan kisah cinta orang lain.. Kisah yang macam fairytale, ada happy ending, si lelaki mengahwini gadis yang dia yakin untuk jadi isteri dia dan ibu pada anak-anak dia.. Siapa yang boleh kata cinta itu tak indah? Haha..

Petang tadi selesai semuanya.. Episod ke-20 jadi tontonan dalam senyuman yang tak pernah lekang.. Terasa macam berada dalam dunia mereka.. Terasa bahagia meraikan kisah cinta dua insan.. Haishoo.. Orang kata perempuan suka terbawa-bawa dengan apa yang ditontonnya, tambah lagi drama Korea yang bergenre romantik.. Teringat aku pada satu komen sahabat lelaki yang aku kenal di FanPage Drama Korea Secret Garden, bila mana aku kata lelaki suka kritik perempuan yang tengok drama Korea..

"I used to be that type of guy.. But now, I've learn to appreciate Korean drama.. For me those who loves Korean dramas are the one with soul.. It definitely teach me about life.. And I am proud to say that I'm a guy who watch korean drama and now I am deeply in love with Secret Garden.." Aku suka kata-kata dia.. Oh.. Nama dia Farhan Rosli.. Heehee.. Haa.. See.. We never watched it for nothing or just for wasting our precious times.. Okay? Ngee.. =p

Thanx to Secret Garden FanPage sebab aku dapat kenal ramai kawan-kawan dari luar negara sanun.. Boleh belajar speaking English.. Heehee.. =)

Seriously, aku happy sangat hari ini.. Euphoric mood.. Daripada skala 10, tahap kegembiraan aku adalah 10.. Seronok dapat tumpang gembira kisah cinta orang.. Ekeke.. Nanti-nanti tumpang gembira kisah cinta sendiri pula.. Weeee.. =)

Assalamualaikum semua..





P/S: Bagi sesiapa yang berminat nak tahu serba sedikit tentang drama Korea Secret Garden ini dan usha scene dari drama tersebut, boleh ke link di bawah.. Aku tak nak recommend orang tonton, biarlah minat nak menonton datang dari keinginan sendiri.. Takut nanti tak kena dengan selera anda-anda.. Aku cuma boleh cakap, bagi diri aku, drama Secret Garden adalah yang terbaik.. Terbaik antara semua drama Korea yang aku pernah tonton.. Heehee.. =)



Hyun Bin Versus Anuar Zain: That Man Versus Lelaki Ini (entry English yang cincai bocai grammarnya.. Maaf..)

Oh.. Ada juga orang yang naik satu bot dengan aku.. Cuba tengok sini.. Haha..



Eh eh.. Ada juga blogger lelaki yang suka tengok drama Korea okay.. Kikiki.. Contoh macam..




FOOT NOTE: Hari ini juga adalah hari paling malu.. Ahh!! Malu gila dengan orang itu.. Nasib tak nampak tak jumpa, kalau tak mana entah nak sorok muka.. Apa pun, dah berjaya buat bodoh dan buat selamba, maintain cool.. Pesan pada diri sendiri, "Haa.. Beranilah tulis lagi.." (_ _!) Duhh..

16 Jan 2011

I Think I Am..

Januari 16, 2011 17 Comments
Assalamualaikum.. Hari ini, pendek saja..

Sambungan untuk tajuk entry di atas.. I Think I Am..

Ahh!! Tak berapa reti nak tulis dan tak berapa reti nak cakap.. *ngada-ngadanya aku.. kikiki..*

Sambungannya LIHAT DI SINI sajalah eh.. Keh keh keh.. Sweet ke tak sweet?

Ngee.. Assalamualaikum.. Jaga diri.. =)



FOOT NOTE: Ada benda yang bila mulut tak boleh buka untuk bicara, tangan tak boleh menari mencoret kata, lebih elok disampai dengan apa jua cara dari disimpan dan disembunyi.. Nanti rugi.. Heee.. Fikir-fikirkanlah ya.. =)


*Lama tak tulis entry macam ni.. Haha..*

Semalam Yang Hangat Bersama Syamsul Yusof

Januari 16, 2011 14 Comments
Assalamualaikum.. Salam Ahad.. Maaf dipohon sepuluh jari atas penghasilan entry bahasa tertinggi semalam, bak kata Black Mel.. Kikiki.. Kadang-kadang nak luah tapi tak semuanya boleh diluah.. Heee..

Perlahan-lahan, Cahaya Yang Riang Gembira, kenalah pulang semula.. Iya tak? Haih.. Rasa janggal bila orang yang selalu gembira tiba-tiba bermuram durja dan bersedih sentiasa.. Bangun bangun!! Happy happy selalu.. =)



Atas godaan Adik Fuuyoo dan Adik Qarl, ditambah lagi Jumaat kelas habis awal, aku paksa 3 orang rakan-rakan aku yang susah dan liat sikit tengok cerita Melayu, pergi tengok Khurafat tayangan 10.55 pagi.. Whoa!! Paling awal punya tayangan okay.. Orang pun tak ramai, tengok pagi-pagi tak takut sangat.. Haha.. Walaupun aku bukan jenis penakut.. Serious!! Pssttt.. Plus tengok pagi-pagi lebih jimat kalau nak dibandingkan selepas jam 6 petang.. Kikiki.. =)



Berbalik pada kisah penakut ke tak penakut.. Sikit pun tak takut okay.. Aku siap boleh gelak-gelak lagi *rujuk gelak di atas* okay bila hantu tiba-tiba terjah dari sisi kiri, kanan, depan mahupun belakang.. Oh!! Tak dilupakan.. Dari atas pun ada juga.. Hoho.. Dramatik betul hantu approach dari atas.. Tapi tetap maintain cool.. Duduk tegap bergaya, mata buka dengan besar tanpa kedip.. Okay.. Ada tutup mata 5 saatlah.. 5 saat je pun.. =p



Overall.. Apa aku nak kata, Jumaat lepas, adalah semalam yang hangat bersama Syamsul Yusof.. Tahniah pada pengarah muda ini sebab berjaya hasilkan satu filem yang punya storyline yang agak fresh pada pandangan mata aku.. Semua tekaan aku tentang jalan cerita ini meleset sama sekali.. Haha.. Keseramannya agak seramlah.. Sila jangan buat perbandingan dengan aku, sebab tahap toleransi aku untuk cerita seram sangat tinggi.. Lakonan yang bagi impak? Sabrina Ali barangkali.. Lakonan Syamsul Yusof dan Liyana Jasmay macam biasa-biasa saja.. Tapi anak Pak Haslam boleh tahan "menarik" juga kan? Ekeke.. =p



Akhir ceritanya pun berakhir dengan satu impak besar pada pandangan aku.. Iktibar, keinsafan.. Ada moral di sebalik cerita, bukan takat cerita-cerita seram biasa.. Ada orang kata, ceritanya mengelirukan kerana susunan plot, tapi tidak bagi aku.. Sebab aku rasa itulah seni filem barangkali.. Aku rasa aku tak ada masalah.. Cara penceritaan begitu agak menarik.. Ngee.. Daripada 5 bintang, aku bagi 4.. Cukup tak? Heehee.. Selamat menonton bagi yang berhasrat nak menonton.. Semoga anda juga melalui semalam yang hangat bersama Syamsul Yusof dan Khurafat.. =)

Jaga diri.. Have a great day ahead.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Terima kasih juga pada adik angkatku, sebab sudi SMS pagi-pagi buta, kata wajib tengok filem Khurafat.. Comel kan dia? Heee.. =p

Yesterday Was A Mess.. Today Is Sweet.. Hope Tomorrow Will Be A Blast..

Januari 16, 2011 14 Comments
Assalamualaikum.. Salam hujung minggu.. Hoh.. Rasa lama tak bernafas dalam tulisan di blog sendiri.. Kadang-kadang dalam hidup, saat turun naiknya roda, kita ingin satu waktu bersama diri sendiri.. Tapi kini, kembali bersama satu kekuatan dalam diri.. Terima kasih tak terhingga buat blogger-blogger yang sudi bertanya, yang menitip kata semangat, yang bantu aku lalui saat-saat susah dalam hidup.. Terima kasih semua.. =)

Bila saat kita susah, lega rasanya hidup bila ada tempat yang boleh kita sandar dan berharap.. Tak semua perkara dalam hidup ini, kita mampu untuk tanggung dan laluinya sendirian.. Kita perlu mereka mereka semua dalam hidup kita.. Kalau pun tak mampu bersandar, cukup sekadar berbicara pun, dah bikin hati seronok dan lega.. Ngee.. Terima kasih pada semua insan yang sudi ada untuk itu.. Heee.. =)
Semalam.. Adalah sesuatu yang dah jauh tinggalkan kita.. Apa pun kita buat, dah takkan ada guna.. Semalam.. Adalah masa depan yang belum tentu pasti.. Kita boleh bermimpi tapi untuk melaluinya, tak ada siapa pun yang pasti.. Hari ini.. Selalu bersama kita.. Akan selalunya menjadi hari pertama dalam hidup kita.. Hidup yang mana kita berdiri dan bernafas di dalamnya.. Hidup semalam, mungkin jadi pedoman melalui hari ini.. Hari ini, akan jadi penentu pada hidupnya kita di masa depan.. =)

Maka kita jalan terus, kita jalan meniti hari ini, dan jangan lupa, SENYUM.. Heee.. Jaga diri semua.. Live life happily.. Dan juga penuh makna.. Yang semalam jangan dikesali.. Yang hari ini, cuba untuk jalani.. Yang esok, masih belum pasti tapi berharap ianya akan jadi a blast.. Hee.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Lama aku tak sebut perkataan Penyebab Senyuman Dalam Rahsia.. RINDU kot.. Kot la.. Haha.. Beranilah tulis sekarang sebab yang berkenaan tak akan membacanya.. =p

11 Jan 2011

At This Moment Of Time

Januari 11, 2011

At this moment of time..
Cry no more big girl..
Wipe off the tears..
Stand and be brave enough to face all the hardship and test that Allah put you through..

Terima kasih untuk sahabat itu..
Ada di sisi saat aku tak kuat, saat aku luluh dan saat aku jatuh..
Ada untuk menyeka air mata ini..
Ada untuk aku bersandar..

Berat ujianMU untuk kami..
Tapi hakikatnya, sesudah duka itu, aku perlu bangkit berdiri..
Jadi kuat sekali lagi..
Walau untuk secalit senyum yang seindah dulu, aku masih tak termampu lagi saat dan tika ini..
Biar tanpa senyum, tak bererti aku tak kuat..
Saat ini.. Biar senyum ini cari kekuatannya..
Satu hari.. Senyum itu pasti kembali..



Assalamualaikum semua..

:: Biar tak mampu senyum.. Tapi.. Jangan menangis sayang ::

24 Jam Yang Lalu Dan Anak Sulung Ini..

Januari 11, 2011
Assalamualaikum.. Salam 2.30 pagi.. Well.. Hari baru.. Kisah baru.. The past 24 hours was a history.. A history of fluctuating mood, up and down, up and down the hill again..

Faizah Fuad.. Nenek that I mentioned in my previous entry been giggling, laughing for the past 24 hours at my childish act, merajuk towards someone.. Moreover, Faizah Fuad being very very excited and she "LIKES" my previous entry.. Dush.. I dunno what I did, but I know it's obviously wrong, but I am too GERAM.. Haha.. Siot betul aku.. =p


Perasaan pun boleh diterjemahkan dalam ilmu Matematik.. Eh!! Apa pasal macam perasaan aku jerr ni??? Kikiki.. Ngada-ngada!! =p

I had no mood to talk.. No mood to scribble in my own blog.. Basically losing interest towards usual pleasurable activities.. But it was only for the past 24 hours.. Slowly, regain my maturity and my Cahaya Yang Riang Gembira.. As expected, I will recover within this 24 hours.. Muahaha.. And I know.. No one can really understand this post.. Eh kejap!! Adalah yang faham.. Wakaka.. =p

Kata kawan-kawan aku.. Aku suka psycho minda dan jiwa orang tapi last-last sekali aku yang akan terperangkap dalam permainan psycho sendiri.. Kata mereka lagi, aku suka buat orang rasa bersalah, tapi last-last aku yang rasa bersalah.. Bila aku jadi tak sampai hati, aku akan tarik balik "perangai buruk" aku, "merajuk" aku, dan simpan semula supaya tak ada orang akan tahu kenapa, apa, siapa, dan bagaimana.. Aku selalu pilih untuk mengalah.. Dah memang darah anak sulung yang mengalir barangkali, buatkan aku tak boleh nak lama-lama buat perangai.. Tak boleh nak merajuk lama-lama.. Jadi anak sulung buatkan aku terasa diri "tua" okay.. Sebab tak dapat nak buat perangai macam budak-budak, tak boleh merajuk lama-lama, tak boleh nak manja-manja sangat.. Haha.. Entah.. Just my thought..

Okay.. Mahu masuk tidur.. Kelas pukul 8 macam biasalah.. Huuu.. Selamat pagi buta.. Mimpi indah.. Assalamualaikum..

FOOT NOTE: Mengalah tak bererti kalah..