Retro : Abah Kahwinkan Kamu Dengan Bai Penjual Karpet

PERINGATAN : Entry ini agak penuh dengan gambar-gambar jejaka bermisai lebat.. Sila bertahan atau sila tutup mata.. Pilih satu antara dua.. Keh keh keh..

Assalamualaikum.. Salam cuti-cuti untuk semua.. Sekejap saja dah nak malam, hari pun dah gelap di luar sana dek kerana hujan sedari petang tadi.. Semenjak dari pagi tadi, tak banyak aktiviti berfaedah sangat pun aku buat.. Slot tengahari aku diisi dengan makan tengahari sambil melayan rancangan televisyen.. Cerita yang aku layan adalah sebuah filem Telugu bertajuk Sankranthi..

Adik aku duduk sebelah, geleng-geleng kepala, sambil berkata, "Awak dah tak ada kerja eh Long? Cerita macam ni pun layan.." Haha.. Aku sengih pada dia sambil berkata, "Along awak multipurpose, semua layan.." Teringat cerita zaman dulu kala awal blogging, KISAH AKU DAN BAI PENJUAL KARPET.. Haha.. =p

Mungkin ramai kenal aku macam mana, mungkin juga ramai lagi yang tidak.. Overall komen aku tentang diri aku, semua aku balun, kayu batu salut tepung KFC pun aku layan.. Keh keh keh.. Sejujujurnya, aku sendiri pun tak pasti tentang kecenderungan aku.. Kamu boleh tengok aku dalam macam-macam versi.. Aku layan semuanya gila-gila, semuanya sama rata.. Aku layan Korea, Jepun, Taiwan, Thailand, Omputeh, Indonesia, Filipina, Malaysia pun ada, Hindustan dan Tamil tak usah kata, Telugu, Malayalam, Kannada pun kadang-kadang ada.. Eh!! Layan produk-produk seni merekalah.. =p


Filem Telugu tadi aku layan sebab ada Venkatesh.. Seriously, agak lama aku tak tengok lakonan dia.. Filem yang kenalkan aku pada dia adalah filem Hindustan, lakonan bersama Preity Zinta bertajuk Dulhan Dilwale Ki.. Bentuk muka dia yang unik sebenarnya plus misainya.. Muahaha.. =p

Sebenarnya, industri filem Tamil, Telugu, Malayalam, Kannada dan lain-lain lagi, ada ramai pelakon berbakat dan kacak malah cantik belaka.. Cuma mungkin tak ramai yang minat dan berkenan.. Contoh macam adik aku, dia tak minat tengok filem Tamil sebab dia kata dia pening, filem dia sangat cepat, kereta berjalan cepat, orang bercakap cepat, bergasak bergusti pun cepat.. Aku yang mendengar hanya sengih dan gelak.. Well.. Itulah uniknya filem Tamil.. Ekeke.. =p

Orang kalau kenal pun mesti kenal yang tahap popular gaban contoh macam Madhavan, Surya, Ajith, Vijay.. Kali ini saja aku nak sharekan hero-hero lain yang agak popular dan filem yang aku boleh recommend..

Ini Prithviraj.. Hero filem Malayalam..


Okay.. Ramai mesti kenal kot dia.. Jayam Ravi.. Filem dia yang aku boleh recommendkan adalah filem Unnakum Ennakum (Something Something), Santosh Subramaniam dan Mazhai.. Best!!

Yang ini pula adalah Arjun dan Mamootty.. Hero tua sebenarnya.. Haha.. Tapi still ramai yang minat.. Mamootty aku kenal sebab dia berlakon dengan Aishwarya Rai dan Tabu dalam filem Tamil bertajuk Kandukondain Kandukondain.. Arjun pula filem yang best, mungkin Chinna..


Hoho.. Dia ini adalah favourite.. Srikanth namanya.. Filemnya yang dalam banyak-banyak, satu saja yang melekat dalam kepala otak aku adalah filem Bose.. Best!!


Jangan ingat Tamil pun ada Srikanth.. Telugu pun ada hero yang nama Srikanth.. Haha..


And.. Vinay.. Muka biasa-biasa sajalah.. Tapi tetap jadi kegilaan ramai orang.. Aku kurang sikitlah.. Filem dia yang aku nak recommend bertajuk Unnale Unnale.. Heroinnya adalah adik Kajol yang bernama Tanisha.. Romantik!! Tapi tak boleh kalahkan romantiknya filem Unnakum Ennakum.. =)

Haha.. Yang last ini semua mesti kenal punya.. Standard dia dah macam Johnny Lever dalam filem Hindustan.. Pelakon komedi filem Tamil bernama Vadivelu.. Compare dengan hero-hero di atas, muka dia paling clear kan? Tak ada misai, tak ada janggut.. Muahaha..

Haaa.. Cuba cerita macam manalah adik aku tak pandang satu dua tiga macam, dan macam manalah abah aku boleh keluarkan ayat nak kahwinkan aku dengan bai penjual karpet.. Haha..

Okay.. Last aku nak tinggalkan dengan sebuah muzik video dari U-Kiss bertajuk 0330.. I like it.. K-Pop kalau dah layan sekali, memang akan melarat.. Tapi macam mana pula dengan M-Pop yang isunya agak hangat sekarang? Mungkinkah aku akan terjebak sama nanti? Haha.. Masih menjadi misteri.. =p

Selamat malam semua.. Jaga diri dan selamat memulakan kerja semula.. Aku cuti lagi esok.. Hoyeh!! Till here.. Assalamualaikum.. =)




Ulasan

adrinaqamarina berkata…
akak! ni kali pertama rina tak baca entry sampai habis dan rina scroll sikit3. haha.

seram!

:P
@adrinaqamarina Hahahahahahahahahaha.. Itulah yang semua orang seram dan pelik dengan akak.. Hahahahahahaha.. =p
farhana berkata…
Muahahaha, details tu pelakon2. Hebat sampai tau jenis2 filem tamil..
salute woh! =)
kurus berkata…
waa dik x sangka adik peminat filem telegu nie .. tamil .. ermm hindustan jugak ..

akak hindustan adalah sikit2 .. ai x sampai ingat nama nie .. ekekek :)

misai diorang buat akak naik bulu romeee ekekekek
Tanpa Nama berkata…
satu pon aku x kenal
tp org cakap muka aku mcm india
haha
Puteri Iqa Izyan berkata…
haha. enti ni mmg seraamm :D

suka srikanth ^_^
A.I berkata…
hindustan org layan aku paham lagik.
TAMIL JUGAA?

pehhh! muahahahha.
Shahada Fauzi berkata…
hero tamil semua ada misai kan doc hana?ehehe..
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
yang bawah tu..heheh...lawak betul..tapi dulu awe minat Anil Kapoor tau :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?