Ini Kisah Aku : Cahaya Yang Riang Gembira

Assalamualaikum.. Selamat pagi Selasa semua.. Wah.. Semenjak dah menulis entry panjang lebar semalam, terus semangat nak menulis datang berteromba.. Alhamdulillah.. Menulis kira macam satu terapi juga.. Apatah lagi bila lalui masa dan ketika yang sukar.. Betul tak? =)

Tajuk Ini Kisah Aku.. Amboi.. Tak beragak.. Ada slot dalam Ini Kisah Aku untuk Cahaya Yang Riang Gembira ke apa.. Hehe.. Bukan apa, aku sukalah dengan frasa Ini Kisah Aku.. Besar makna dia.. Entry kali ini, aku nak kongsi kisah aku, yang berlaku malam semalam, dengan harapan dapat dijadikan pengajaran untuk semua dan peringatan bagi aku sendiri..

Malam semalam adik aku sibuk nak beli barang keperluan harian, dia ajak aku keluar walaupun hakikatnya aku cukup malas nak ke kedai.. Lepas Drive Thru McD, aku balik rumah dulu hantar makanan-makanan dan aiskrim-aiskrim.. Sebelum keluar, abah aku berjuta kali pesan, bawa kereta elok-elok.. Bukan satu kebiasaan untuk abah berpesan begitu, sebab mungkin dia tahu macam mana gaya dan pesen anaknya bawa kereta, jadi mungkin dia tak adalah risau sangat.. Cuma malam tadi, bertubi-tubi pesan dia pada aku.. Aku anggukkan saja..

Dalam perjalanan nak masuk ke simpang kedai di sebelah kanan, aku perlu menyeberangi jalan, dengan keadaan kereta aku yang sejuk berkabus, dan dari arah depan yang memang banyak kereta, memang agak silaulah dan susah untuk aku agak apa yang datang dan berapa dekat jaraknya.. Haih.. I admit, my bad.. Aku masuk simpang tanpa aku perasan ada motor dari arah depan yang sudah dekat.. Adik aku menjerit kecil dan kata pada aku, pakcik motor tu nampak terkejut dan brake mengejut.. Tapi dia tak apa-apa.. Ahhh!! Dah sudah.. Hati aku berdebar..


Aku masuk dan parkir kereta aku.. Ahh!! Rupanya pakcik motor itu mengekori kereta aku.. Betul-betul dia berhenti tepi pintu dengan mata terjegil dan tenung aku macam nak makan.. Ohh!! Seriously, perut aku dah kecut.. Memang salah aku pun.. Nak tak nak aku kena berhadapanlah dengan pakcik motor tu.. Buka saja pintu, boleh dengar teriakan dan jeritan pakcik tu.. Habis orang keliling pandang.. Maklumlah kan, tempat awam.. Gila malu kot perasaan aku ketika itu.. Tapi aku buka juga pintu untuk "beramah mesra" dengan pakcik tu..

PAKCIK : Kurang ajar! (NOTA SELIT : Jangan terkejut, sebab kalau di Melaka, ayat-ayat begini memang biasa.. Bukan aku katalah, ramai orang kata dan diakui orang Melaka sendiri.. Tapi hati mereka baik.. Cuma mungkin aku saja tak biasa..)

AKU : Maaf pakcik.. Sorry sangat-sangat..

PAKCIK : Eh! Kau dah nampak aku, kenapa kau keluar jugak?

AKU : Pakcik.. Saya minta maaf.. Saya betul-betul tak nampak pakcik tadi..

* * * * *

Bila tiba di point ini, kemarahan dia kelihatan dah kurang sikit dan tak jerit-jerit, teriak-teriak dah.. Perut yang kecut tadi, dah kurang sikit kecutnya.. Adalah kembang sikit.. Sikit sajalah..

* * * * *

PAKCIK : Haaa.. Tak nampak tak apa.. Tapi tahu tak, bahaya buat macam tu.. Lagilah orang-orang yang bawa motor..

AKU : Ya pakcik.. Baik-baik.. Saya minta maaf..

PAKCIK : Haaa.. Lain kali jangan buat lagi..

Terus pakcik tadi berlalu pergi dan orang keliling masih lagi memandang.. Perasaan aku ketika itu? Nak menangis wo!! Luluhlah juga hati wanita ini lepas kena jerkah percuma di depan orang ramai.. Mak!!! Tolong Along!!!

* * * * *

TIPS : Pesan aku, kalau berlaku keadaan macam ni, kalau satu pihak marah, kita di pihak satu lagi cuba jadi air dan tenangkan keadaan.. Kalau kita bersalah, lagilah kita kena tenang dan APOLOGIZE okay.. Kalau tak bersalah pun, cuba jangan marah-marah.. Api lawan api, terbakar nanti.. Sebab kalau satu pihak jadi api, satu lagi jadi air, selalunya peluang besar, kemarahan satu pihak lagi akan reda.. Tapi kalau still lagi pihak satu itu marah-marah, siapa yang tak akan panas hati kan? Hehe.. But still, cuba try test jadi cool dan tenang semaksima mungkin.. Kebanyakan waktu, ianya membantu.. InsyaAllah.. =)



Aku mengaku, memang salah aku pun.. Aku cuai.. Memang patut dipersalahkan dan dimarah.. Nyawa orang kan.. Aku harap pakcik tu dapat maafkan aku dan semoga dia baik-baik saja.. Tapi, jujur aku cakap, aku fobia.. Sampaikan rasa nak ambil kunci kereta dan tanam saja.. Aku tak mahu tengok stering lagi dah dan tak mahu duduk di negeri dah.. Huh.. Sampai macam tu sekali ya.. Hehe.. Bukan apa, pertama kali rasanya seumur hidup melalui pengalaman sebegini.. Sebelum tidur pun aku teringat, bangun tidur teringat lagi.. Sampai aku rasa, boleh tak aku nak erase memory yang bahagian malam tadi saja.. Hurrmmm.. :(

Tak apalah.. Pengajaran buat aku dan peringatan supaya lebih alert lain masa.. Sepanjang 5 tahun aku memandu, ini pertama kali aku PISSED OFF pemandu lain kerana kesilapan aku sendiri.. Selalunya kalau ada yang pissed off pun, kerana silap mereka sendiri.. ATAU.. Ada yang silap aku, tapi tak ada orang pissed off.. Hehe..

Up to this point, mesti akan ada yang kata, "WELL.. BIASALAH.. DRIVER PEREMPUAN.. AND BLA BLA BLA.." Haha.. This is something that people always bragging about, criticizing.. Dan.. Aku mampu senyum sajalah.. Perempuan? Lelaki? Driving? *smiling*

Untuk anda semua, jaga diri elok-elok ya.. Bagi yang memandu, pandu cermat jiwa selamat.. Ingat, bukan kita saja yang ada di atas jalan raya, ada ramai lagi nyawa lain.. Jangan ulangi silap yang macam aku buat okay.. Till here.. Happy day everyone.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : I NEED A "DRIVER"! FOR THE REST OF MY LIFE, PLEASE!


Ulasan

Ibu Ammar berkata…
huhu, aku pun selalu jadik air.. sampai aku terlupa, bila agaknya kali terakhir aku marah/jerkah orang or balas balik org marah.. macam dah lama je aku jadik sang air. *apakah ati aku lembut sangat wuwuwu!

jaga diri k. aku tak penah bawak keta, bawak moto je. aku pun nak driver seumur hidup gak wawawa!
sue-ab berkata…
marah tol pakcik tu...ye la kan dia takut tak sempat raya tu..hehe...
It's Me berkata…
itu lah. dulu dah pesan kan. don drink and drive ... ha33
faizbotol berkata…
pergh...tapi btl ek org melaka memang mcm tuh?? Air mesti akan menang ngn api.. =)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.