Let Us Forever Be The Monday Couple.. To Miss Ripley, Goodbye..

Assalamualaikum.. Terasa lama.. Sangat lama aku tak mengetuk papan kekunci laptop kesayangan ini.. Sampai terasa mahu bersara saja.. Heh.. Hidup semenjak dua menjak ini terlalu banyak pahit manis kelat masamnya.. Apa lagi daya yang ada, terus saja berdiri biar pelu menongkah memegang tongkat.. Yakin yang DIA sentiasa ada bila mana kita rasa tiada siapa berdiri di sisi saat susah dan perit kita..

Hampir seminggu lebih dah aku bercuti.. Berada di rumah memang nikmat tanpa perlu memikir beban itu beban ini.. Ada mak, ada abah dan ada adik-adik yang bisa teman bicara, teman ketawa, teman menangis juga.. Apa yang boleh dikata, cuti kali ini beri kepuasan.. Sebab apa?



Credit pictures to this site

Salah satu kerana adanya Monday Couple yang temani aku.. Hati rasa bunga-bunga saja bila bersama mereka.. Terasa seperti aku pula yang bercinta.. Haih.. Dalam seminggu, habis 67 episod RUNNING MAN aku khatamkan.. Belum lagi kira beberapa episod yang aku ulang tayang.. Contoh macam episod di atas.. Episod 18 yang berlangsung di atas Busan International Cruise Ship.. Memang buat aku terasa bunga-bungalah dalam hati.. =p


Credit picture to this site

Dan lagi yang menjadi kegemaran dah tentu episod 59 yang menyaksikan keromantikan pasangan Tiger JK dan isterinya Yoon Mi Rae.. Omo!! Tiger JK memang boleh buat orang jatuh cintalah.. I just love the style.. Selebet tapi macho.. =p

Thanx a lot to RUNNING MAN sebab menghiasi hidup aku dengan sejuta lemon gelak ketawa.. Terasa awet muda bila menontonnya.. Tak payah layan apa pun, layan RUNNING MAN saja dah boleh menceriakan hari yang suram.. Keh keh keh..

Dalam gelak tawa yang menemani aku minggu cuti begini, aku turut menghabiskan air mata untuk sebuah drama Korea yang dah lama aku download cuma sekarang saja berkesempatan menontonnya.. Drama bertajuk GOODBYE MISS RIPLEY lakonan mantap Lee Da Hee dan Micky Yoo Chun.. Drama yang berat, kadang rasa agak slow tapi masih belum sampai tahap aku kena fast forward dan yang penting meruntun jiwa.. Awal-awal cerita memang hati bunga-bunga sebab banyak scene cintan cintun, hati berdebar sebab banyak scene si heroin berbuat jahat, tapi mula dari episod 11 sampai 16 memang kerja aku menangis sajalah.. Gila sadis aku.. Haha.. Dan kesemua 5 episod terakhir aku habiskan malam tadi.. 


Credit picture to this site

Kisah bagaimana keadaan hidup dan kesusahan membentuk seorang wanita cantik menjadi penipu, penggoda dan gilakan kekayaan, pangkat dan status.. Aku sedikit pun tak benci pada watak heroin jahat ini sebaliknya aku rasa dia sangat kasihan.. Walau dalam ketamakan dia tapi masih lagi ada keikhlasan cinta dalam diri dia.. Sebenarnya, kehidupan boleh menjadikan manusia seorang yang menakutkan, kan?

Dari cerita ini, banyak benda yang buat aku terkesan dan tersedar.. Aku rasa macam diri sendiri ada persamaan sikit dengan watak utama drama ini.. Aku tengok orang bahagia, aku pun terasa nak kecap benda yang sama.. Sampaikan aku tak kisah macam mana caranya.. Aku cakap dengan diri aku, mungkin boleh cuba, benda lain, risiko yang akan datang belakang kira.. Tapi bila aku dah cuba, sampai satu masa, aku rasa aku tak bahagia pun.. Mungkin sebab cara aku salah.. Dan apa yang sebenarnya aku nak bukan itu.. Mungkin cukup sampai sini.. Mungkin jalan bahagia aku bukan begitu.. Aku terima.. Dan aku putuskan, biar terhenti di sini.. 

Dengan mak juga sudah aku ceritakan, nasihat mak, mungkin kita berjaya kecap apa yang kita nak, kita bahagia, tapi orang-orang yang terkesan dengan apa yang kita buat, bahagiakah mereka? Dan bila mana kita tahu ada orang-orang lain yang hidupnya tak bahagia kerana tindakan dan keputusan kita, berapa lama bahagia kita boleh bertahan? Aku terus berfikir kebenaran kata mak, dan aku kata pada diri aku, FARHANA, LETS STOP EVERYTHING!

Tarik nafas dalam-dalam dan lepas.. Lega.. Cuti kali ini bikin aku fikir banyak benda.. Bikin aku sedar dengan apa yang aku dah buat, apa yang perlu aku buat, bikin aku mengerti dalam mengecap bahagia, kesabaran itu perlu.. 

Selamat malam semua.. Assalamualaikum..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.