"Ibu" Yang Terlupa Pada "Anak" Sendiri : 2 Tahun Telah Berlalu

10 comments
Assalamualaikum.. Salam pagi Isnin semua.. Dah berapa hari dah di Melaka eh? Sekejap sangat rasa.. Tak Khamis, mungkin Jumaat balik.. Duduk rumah dengan mak terjaga sikit makan minum, study pun hati senang.. Sampaikan mak suruh balik hari Ahad.. Ekeke.. So.. Sebelum kita mula membelek buku dan study, kita update dulu..

Tajuk entry nak dramatik, nak gempak saja kan.. Selepas dua tiga hari duduk di rumah, perasaan dah kembali stabil, tak ada dah rasa nak amukan satu Ipoh mahupun satu Melaka.. Whoa!! Dan dah boleh buat muka comel ala-ala kanak di bawah ini..


Actually mungkin aku lebih comel lagi daripada kanak-kanak itu bila buat mimik-mimik muka begitu.. Aku rasalah.. Sebabnya adalah beberapa blogger yang kalau duduk bertweet dengan aku, berFB dengan aku ke, mesti panggil aku HAI COMEL atau TAKE CARE CUTIE.. Muahaha..

Sambung kita pada kisah "ibu" yang dah terlupa langsung pada "anak" sendiri.. Dahsyat punya mak ohh.. Maklumlah, dah tua pun dah maknya.. 24 kot.. Eh kejap.. Aku ke maknya? Hoho.. Haa.. Dah betullah tu.. Damn it's true.. It's me.. Haha..


Tarikh hari ini dah pun 28 Februari.. Esok pula dah 1 Mac.. Rasanya mungkin tak terlambat lagi.. Ini kisah aku, seorang ibu yang punya anak yang comel macam ibu dia.. Seriously!! Ini fakta okay.. Anak yang aku lahirkan 2 tahun yang lalu tanggal tarikh 8 Februari 2009.. Congak-congak dah 20 hari aku terlepas jauh dari tarikh anak aku dilahirkan.. Baru hari ini teringat.. Apalah ini ibu..

Jantinanya aku sendiri pun kurang pasti.. Aku rasa BABY GIRL.. Sebab dia sangat jiwang dan berhati lembut.. Macam ibu dia!! Haha.. Dan untuk itu, ibu yang lupa pada anak ini, persembahkan sepotong kek sempena hari lahirnya yang ke 2 tahun.. Whoa!! Dah besar panjang anak ibu.. Rasanya dah boleh jalan dan lari-lari sambil naik tangga satu tapak satu tapak..


Happy Birthday Cahaya Yang Riang Gembira.. Dah 2 tahun temani insan bernama Farhana ini.. Terima kasih yang tak terhingga.. Juga buat pembaca-pembaca yang sudi bertandang saban hari.. Yang masih lagi di lembaran ini, dari saat awal dulu sampai sekarang temani aku.. Yang rajin korek-korek baca entry dari awal dulu sampai sekarang, yang berjumlah 687.. Yang ini benar buat aku terharu.. Banyak dah tahu tentang aku dari anak aku ini kan.. Banyak kesukaan aku, banyak kebencian aku, banyak kisah naik turun hidup aku, semuanya dah ketahuan.. Tiba-tiba macam rasa dekat dengan jiwa adanya insan sebegini.. Huhu.. Terima kasih banyak dan banyak dariku..

2 tahun.. Belum masih mampu menjadikan aku blogger yang arif dalam semua hal, yang reti itu reti ini, aku masih lagi blogger yang biasa-biasa saja.. Kalau boleh, ingin kekal begini juga sampai bila-bila.. Yang penting aku ada diri aku, ada Cahaya Yang Riang Gembira dan aku ada kamu semua.. Terima kasih.. Sekali lagi..

Have a great day ahead.. Take care.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Jadi ibu betul-betul, kalau lupa hari lahir anak, itu memang nak kena pelangkung..

Lelaki.. Man.. Nan Ren.. Namja..

9 comments
Assalamualaikum.. Salam pagi Ahad untuk semua.. Dah 2 hari berada di Melaka.. Badan pula mula menunjukkan tanda-tanda akan menjadi kurang sihat.. Terkejut dengan cuaca barangkali.. Di Ipoh panasnya terik yang amat.. Sampai di Melaka 2 malam yang lepas, hujan dan sejuk.. Terkejut badan.. Weather shock.. Huhu..

Entry pagi-pagi Ahad, sentuh tentang lelaki.. Ini respon selepas menonton Cerekarama malam tadi yang bertajuk Mesej Terakhir.. Bagi aku, drama itu macam nak buka satu pandangan pada wanita-wanita, tentang seorang lelaki.. Terutama sekali bagi yang bergelar suami dan isteri.. This is my personal opinion.. Sila jangan marah.. =)



Cerita mengisahkan Marina dan Hafiz yang merupakan pasangan bahagia.. Namun selepas pemergian Hafiz kerana kemalangan, Marina mengetahui wujudnya wanita lain dalam hidup suaminya.. Ia memaparkan bagaimana Marina pada awalnya tak dapat menerima dan menyalahkan suaminya dan punya prasangka buruk pada suaminya dan wanita rahsia tersebut..

Di satu kisah yang lain, bagaimana wanita rahsia ini, Kartini yang baru saja bercerai dengan suaminya, bertemu dengan Hafiz di satu malam.. Hafiz bersimpati dengan keadaan Kartini dan dalam tak sedar, mereka jatuh cinta walaupun Kartini tahu Hafiz sudah berkahwin.. Saban hari Kartini menunggu Hafiz untuk datang berjumpanya lagi kerana Hafiz berjanji ingin menikahinya tetapi kebenaran yang tidak diketahuinya, lelaki itu telah pun meninggal dunia..

Akhir cerita, Marina berjaya mengatasi perang emosi dirinya sendiri.. Dia akhirnya dapat memahami tindakan suaminya.. Kartini pula pasrah dengan pemergian Hafiz.. Hafiz coretkan dalam diarinya, dia yakin Marina dapat menerima Kartini.. Rasa Hafiz pada Kartini bukanlah nafsu tetapi lebih pada tanggungjawab.. Dan dia sayangkan kedua-duanya.. Marina dan Kartini.. (sebab dalam diari Hafiz ada gambar kedua-dua wanita itu)


Perempuan.. Kalau kata teman lelakinya ada wanita lain pun dah amukan satu dua tiga macam.. Apatah lagi kalau lelaki itu bergelar suaminya.. Kebanyakannya kita perempuan susah sikit nak berkongsi kasih.. Hati kita selalunya kalau untuk yang itu, memang yang itu sajalah.. Tapi lelaki, dalam satu saat, dia boleh cintakan dua orang wanita serentak.. Hati dia ada daya dan upaya untuk membahagikan kasih yang mana itulah yang ramai perempuan "tak mahu" faham dan susah sedikit nak terima.. Betulkan saya jika saya silap..

Dalam ruangan maya ini, pernah aku coretkan dulu.. Aku ingin lelaki SUPER SETIA.. Makna SUPER SETIA bagi aku, adalah yang mampu teman aku, jaga aku, kasihkan aku, sampai bila-bila.. Kasih, sayang dan cinta untuk aku yang takkan pernah berkurang walau 1% sekalipun.. Sukar untuk aku definisikan setia itu sebagai "milik aku seorang sahaja".. Sebabnya, hati lelaki tak sama dengan hati wanita.. Itu saja yang aku boleh kata..

Masa tonton drama ini, aku bertanyakan soalan mengenai drama ini pada 2 orang adik lelaki aku, abang yang berusia 14 tahun dan adik yang berusia 12 tahun..


"Salah tak bercinta dengan suami orang?"

Jawab adik.. "Tak elok.. Tak baik.. Berdosa.."

Jawab abang.. " Tak salah.. Cuba dengar lagu Kalimah Cinta.. Ada lirik SIAPALAH AKU MENOLAK CINTA YANG HADIR DI JIWA TANPA DIPAKSA.."


Okay.. Aku tergamam sekejap.. Huhu.. Budak-budak.. Banyak lagi asam garam kehidupan yang mereka tak lalui dan tak tahu.. Tapi pemikiran mereka memang tulus.. Okay.. Till here.. Have a great day ahead.. Assalamualaikum.. =)

Jaane Dil Mein Kab Se Hain Tu

8 comments

Banyak kali dah tengok Mujhse Dosti Karoge.. Lebih 10 kali? Kot..
Happy.. Memang endingnya happy..
Tiap kali aku tonton, aku pun mesti happy..
Tapi kali yang entah keberapa puluh ini..
Kenapa tak ada rasa happy?
Tapi..
Sedih???
Ahhh sudah.. Kenapa dengan aku..

*tak betul sudah*

Hahaha.. Happy weekend anyway.. Take care readers.. Assalamualaikum..



Jaane dil mein kab se hain tu..
Jab se mein hoon tab se hain tu..


Sama-sama kita panjatkan Al Fatihah untuk adik saudaraku, Zulhairi Bin Jailani, yang meninggal petang tadi kerana lemas.. Perginya dia dalam usia yang muda.. Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.. Sesugguhnya mati itu adalah pasti..

Is This A Matter Of "Jatidiri"?

9 comments
Assalamualaikum.. It's been a few days since my last post.. I was doing a lot of thinking these days around, trying to clean up all the messes in my life, in my head.. Hey hey.. But I'm still Cahaya Yang Riang Gembira.. =)


A girl..
Who lives life freely..
Who lives life happily..
Who lives life proudly..

A girl..
With too much of talking..
With too much of writing..
With too much of smiling..
With too much of everything..

She.. Who leads a life thinking that all the "too much" things will make people in her life happy.. But..

People.. May like her.. May not like her..
People.. May think she brightens their day.. May think she is just annoying..
People.. May praise her.. May talk behind her back..

A girl..
Now she will talk no more..
Now she will write no more..
Now she will smile no more..

Now.. Too little of everything..



And so.. Here she is.. She's trying..
From too much of everything..
To too little of everything..

* * * * * * * * * *

Tiba-tiba satu suara yang entah datang dari mana lantang melontar kata..

"Heyyy.. Kamu adalah kamu.. Aku suka kamu sebab diri kamu.. Kalau orang suka kamu sebab diri kamu, kamu sepatutnya lebih sukakan diri kamu kerana diri kamu.. Dan please.. Tolong jangan berubah.."

Kadang kita sampai pada satu jalan buntu.. Yang mana pilihannya hanya satu.. Kekalkan rasa suka orang-orang yang suka pada kita ATAU ubah rasa tak suka orang-orang yang tak suka pada kita jadi suka? DAN.. DAN.. DAN di mana pengakhirannya cuma boleh ada satu saja.. Either this group of people will like you and the other group are not.. Or vice versa.. It has to be one or another..

If it's me.. I choose to be me, my true self, whom people like me as who I am.. I won't choose to change and to be another me, just to make people like me.. Let them be, let them like me, love me, or even hate me.. As far as I'm concern, I'll always be here whenever you need me..

And there are also people out there, who dare to change themselves and be a totally new person, just to make others like them.. In the end, it's all up to us.. The path of life is in our hand, and we decide to choose which path are we going to take.. It's all about the journey and not the destination.. =)

Assalamualaikum..


FOOT NOTE: There were once or twice, at some point of my life, where I want to change myself and becoming someone who is so not me.. Huh.. But now.. Aku cuma nak kata.. Aku banyak cakap.. Aku banyak tulis.. Aku banyak senyum.. Like seriously memang banyak.. Jadi, boleh ke tak boleh terima aku seadanya aku? Tak boleh sudah!!! Kalau boleh lagi bagus.. Ngee.. *nada berbaur blackmailing.. Haha..*


P/S: Entry ini bukan dalam konteks perangai yang buruk atau jahat yang sememangnya, totally takkan disukai.. Tapi lebih kepada sikap diri kita yang orang suka tapi ada segelintir yang tak suka.. So, basically, kalau memang dah sikap kita jahat, berubah itu memang perlu.. Tapi dalam konteks entry ini, ianya bukan sifat jahat dan perangai buruk..

Pilih Kasih : 1 Untuk Lelaki 1 Untuk Perempuan

12 comments
Assalamualaikum.. Sebelum kita mula membelek buku, adalah lebih baik kita update.. Sedikit pun jadilah.. Kali ini, Cahaya Yang Riang Gembira yang dah agak lama juga tak menjiwang, nak menjiwanglah sekejap.. Entahlah.. Mana entah hilang perasaan dan segala feeling meeling nak jiwang.. Dah TUA dah adik-adik oii, tak larat dah kot nak jiweng segala macam ni.. Ekeke.. =p

Malam ini, simple, short and sweet.. Pilih kasih bukanlah dalam erti kata memilih bulu tapi lebih kepada memilih kasih untuk masa depan.. Heehee.. I'm uploading this 2 images with these nice quotes, for me and you to sit back and think about, for just a couple of minutes from your 24 hours.. Happy reading.. =)

As stated above.. 1 ini untuk lelaki.. 1000% true.. Okay.. Percentage itu sangat banyak okay.. Jadi pandai-pandailah.. Hahahaha.. =p


Dan ini untuk perempuan.. But I don't think make me laugh "once" is enough.. Make me laugh.. Not just for once or twice, but for the rest of my life, as what Maher Zain said.. Ngee.. =)


And I guess that's all for today.. Good night people.. Sweet dream.. Jaga diri elok-elok okay.. Jangan nakal-nakal.. Dan untuk Cik Cahaya Yang Riang Gembira, happy studying.. Hehe.. Okay.. Tata.. Assalamualaikum.. =)


Eh!! Tertinggal lagi satulah.. Err.. Apa nak tulis tadi eh.. Emm.. Untuk siapa-siapa yang berkenaanlah.. Haha.. =p

The Precious One

9 comments
Assalamualaikum.. Salam malam Selasa.. Esok tak ada kelas, lusa pun tak ada.. Ada masa-masa yang seperti sekarang, selaklah buku sikit-sikit.. Sambil-sambil taip apa yang patut dalam blog..

Malam sebelum tidur ini tergerak jari nak tulis tentang "The Precious One".. Precious itu bernilai.. Sesuatu yang amat bernilai.. Ianya boleh jadi satu, boleh jadi dua, boleh jadi leih dari itu.. Dalam kehidupan kamu dan aku, ada terlalu banyak perkara dan benda yang bernilai yang kita miliki.. Mak abah kita, adik beradik kita, sahabat-sahabat kita, dan jangan dilupa agama kita.. Malah benda tak bernyawa juga boleh jadi sesuatu yang tak ternilai dalam hidup kita..


Lumrahnya kita manusia, bila kita sedar akan nilai sesuatu itu maka kita akan hargai.. Tapi sebenarnya, sedar tak sedar kita kurang mahir dan agak lemah dalam menilai apa itu sebenarnya yang bernilai dalam hidup ini.. Benda yang ada dengan kita, yang bernilai kita hargai.. Tapi kadang ada juga benda yang ada dengan kita, tak kita sedar nilainya, jadi kita lupa untuk menghargainya.. Itulah selalunya lumrah, kita dah terhantuk baru kita terngadah.. Kan bagus kalau kita tak terlalu bersikap menilai, sibuk kita tentukan mana yang bernilai mana yang tak, alangkah baik jika kita cuma teruskan perjalanan dan kita hargai segala apa yang ada depan mata.. Hmmm..

Eh.. Sebenarnya kan.. Aku tak berniat nak berfalsafah banyak sangat.. Maaflah panjang pula berfalsafah.. Ekeke.. Nak cakap pasal the precious one.. Dalam hidup aku, antara benda yang aku cukup tak ambil pusing adalah jam tangan.. Ada atau tak ada, memang aku tak berapa kisah.. Tapi bila dah masuk medik, tak ada jam, susahlah.. Nak kira denyutan nadi pesakit, takkan nak guna jam dinding yang jauh beratus meter di dinding sanun..


Polisi penggunaan jam aku adalah pakai buang.. Sebab aku pakai jam RM10 yang jual di Pasar Malam saja.. Tak mampu nak beli yang canggih-canggih, yang cantik-cantik dan ala-ala kewanitaan walaupun dalam hati sebenarnya memang teringin.. Jam sekarang aku pakai pun, jam nenek aku beli di Mekah.. Aku jenis tak kisah, cekau saja yang mana ada, asal ada nombor, ada jarum dan bergerak, dah okay.. Tapi 2 hari lepas, jam aku telah jatuh dan terbarai.. Jam murah.. Ya ya.. Aku boleh faham.. Huhu.. Tapi bila begini baru kita nak sedarkan, betapa pentingnya jam dalam hidup kita.. Jam itu penunjuk masa.. Demi masa.. Hmmm..

Ikut hati teringin nak ambil jam dinding sangkut dekat leher, tahan lama pun tahan lama.. Haha.. Aku korek balik beg lama, usha usha jam tangan yang masih ada dan boleh dipakai.. Terjumpa dengan jam Bonia hadiah dari mak yang dah rosak.. Lama jangka hayat jam tersebut, dalam 3, 4 tahun juga.. Jam paling aku sayang.. Sebab itulah antara jam ala kewanitaan yang aku pernah pakai.. Ekeke..

Hope satu hari nanti, aku ada peluang nak beli jam tangan brand kesukaan aku, Bonia.. Huhu.. Untuk aku satu, untuk mak satu..



Kalau ada Encik Suami, memang lama dah minta.. Agak-agak dia nak merungut dan kata "Botaklah kepala abang.." tak? Haha.. =p

Learn to appreciate everything.. I mean every single thing.. Coz we never know, the "nothing" may ends up being "you are my everything".. Or when we come to know that the nothing is actually the everything, maybe it's too late.. Huhu..

Take care peeps.. Selamat malam.. Have a great Tuesday.. Assalamualaikum..

All I Want To Do Is Speak My Mind

6 comments
3 kali update? Huh.. Surely something is wrong with me somewhere.. "Rain rain" go away.. Please let me sleep.. Don't wanna wet my pillow.. Huhu.. Nite peeps.. Assalamualaikum..


I never want to play the games that people play
I never want to hear the things they gotta say
I've found everything I need
I never wanted anymore than I can see
I only want you to believe


If it's wrong to tell the truth
Then what am I supposed to do
When all I want to do is speak my mind (speak my mind)
If it's wrong to do what's right
I'm prepared to testify
If loving you with all my heart's a crime
Then I'm guilty


I wanna give you all the things you never had
Don't try to tell me how she treats you isn't bad
I need you back in my life
I never wanted just to be the other girl
I never wanted to live a lie


Boy I followed my heart
Followed the truth
Right from the start it led me to you
Please don't leave me this way
I'm guilty now all I have to say


- I'm Guilty -

Se - Te - Res

4 comments
Pernah tengok lipas jalan jengket-jengket?
Tak apalah.. Dah selamat dipenyekkan dah pun lipas tersebut..
Pengalaman pertama kali kejar lipas tapi tak penat..
Sebenarnya tak payah kejar pun..
Sebab lipas jalan jengket-jengket..
Capai kasut, aim, ketepek..
Selamat..

Salah satu taktik meredakan stress dan tekanan untuk seorang yang bergelar pelajar.. Ngee.. Selamat malam semua.. Selamat berhari Isnin.. Tata.. Assalamualaikum.. =)

Padan Muka

7 comments

When Somebody Loved Me, Everything Was Beautiful..
Every Hour We Spent Together, Lives Within My Heart..

Assalamualaikum.. Tengahari semua.. Hari yang tak berapa nak terik tapi bahang dan panas masih terasa.. Tengahari begini, makan roti Toastem saja.. Tak ada selera nak cari nasi, nak cari makan itu makan ini.. Today, I feel like I am a bad girl.. Very bad..


Aku jenis yang senang rapat, cepat mesra dengan orang.. Tak kira jantina, tak kira usia, tak kira siapa-siapalah senang cerita.. Orang kata berkawan biar beribu, berkahwin biarlah satu.. Huhu..

Awal-awal pagi Ahad, aku dah jadi budak nakal dalam Facebook.. Tengok ada seorang rakan sedang mengalami mood yang "tak baik", ingatkan nak break the gloomy atmosphere surrounding this person, so I decided to make a joke, siapa tahu mood dia akan jadi baik dan suhu kemarahan dia akan berkurangan..



I was wrong.. Totally wrong.. Kadang-kadang, "charm" kita yang mampu buat orang senyum dan ketawa mungkin tak berguna dalam satu-satu situasi.. Hoh.. Buat lawak di waktu yang silap, jadi memang padan muka kalau kena marah ya Farhana.. Lama sangat dah rasanya tak kena marah dengan orang.. Huuu.. I mean, kena marah dengan mak, abah itu mungkin dah biasa.. Tapi dengan seorang sahabat, memang jarang atau mungkin tak pernah lagi rasa dimarahi..


To that one person.. If you read this, I am truly sorry.. Sorry for being an insensitive person at that "bad moment" of yours.. Maybe I am still not capable of being a good friend..

Jadinya, hari ini mood merundum macam jatuhnya saham dekat bursa saham.. Huhu.. Sambung belek buku.. Have a great day ahead peeps.. Take care.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Ada seorang kartun doakan yang di sini senyum-senyum selalu.. Tapi macam mana eh awak.. Saya dah termenangis hari ini, bila someone told me to "Go Away".. Haha.. Budak nakal!! Patut pun kena marah.. Jangan buat lagi okay..


AWAK? Haha.. =p

Semoga Semua Insan Di Dunia Ini Berbahagia

10 comments
Assalamualaikum.. Ngee.. Just a few simple words for today.. Ada janji temu pukul 10 untuk menonton filem P. Ramlee Masam Masam Manis versi zaman moden bertajuk Sudu Dan Garfu.. Ouh.. Aku suka drama hero heroin gaduh sakan, dalam tak sedar terjatuh cinta.. Ekeke.. =)

Conclusion for today.. Saturday.. 19th of February 2011.. Today is a happy day.. I'm happy.. Hee.. Itu saja.. =)

Dan semoga semua insan di dunia ini juga berbahagia hendaknya menjalani hidup ini.. Stress sikit, pening sikit, sedih sikit, itu dah rencah hidup, tapi happy mesti banyak, senyum mesti selalu, bahagia mesti yesterday, today, tomorrow and forever.. =)

Senyum terus.. Kerana senyuman itu cantik.. Senyuman itu penyejuk hati.. Senyuman itu kunci untuk jejak-jejak bahagia.. Dan.. Senyuman itu sedekah.. Selamat malam semua.. Assalamualaikum.. =)

Di atas bumi ini ku berpijak
Pada jiwa yang tenang di hariku
Tak pernah ada duka yang terlintas
Ku bahagia

Ingin ku lukis semua hidup ini
Dengan cinta dan cita yang terindah
Masa muda yang tak pernah kan mendung
Ku bahagia

Dalam hidup ini
Harungi semua cerita indahku
Saat-saat remaja yang terindah
Tak bisa terulang

Ku ingin nikmati
Segala jalan yang ada dihadapku
Kan kutanamkan cinta tuk kasihku
Agar ku bahagia


=)

Jangan Pernah Salahkan Bawang..

15 comments
Assalamualaikum.. Malam semua.. Jam hampir ke pukul 12.. Mata pun dah layu.. Sebelum mata layu di tasik tilam, merepek kejaplah.. Alah.. Macam tak biasa.. =p

Siapa dekat sini pernah tengok nenek korang, mak korang, makcik-makcik korang, ataupun atuk atau ayah korang, duduk di dapur, potong bawang? Hee.. Siapa lagi pernah tengok mereka-mereka semua yang memotong bawang itu, di hujung pisau dicucukkan seulas bawang putih? Haaa.. Serius.. Aku pertama kali dalam seumur hidup tengok.. Itupun dalam televisyen.. Tengok drama Ungunya Cinta..

Teman serumah aku bilang, itu petua orang-orang veteran, cucuk seulas bawang putih di hujung pisau semasa memotong bawang, supaya mata kita tak terasa pedihnya dan tidaklah kita menangis..

Rupanya ada petua sebegini rupa.. Berapa banyaklah air mata aku mengalir keluar sebab potong bawang.. Especially bawang besar dan bawang merah.. Wow!! Masyuk kot air mata.. Nanti boleh dicuba, nak tengok sejauh mana keberkesanannya.. Hihi..

Tapi kan.. Kadang-kadang, tak payah salahkan bawang pun, kita keluar air mata memang sebab kita menangis, sebab kita sedih.. Menangis masa potong bawang itu adalah satu taktik biasa okay untuk mengelak dari diri anda disoal..
"Eh.. Kenapa menangis?"

"Mana ada menangis.. Bawang ni haa.. Pedih mata.."

*Okay fine!! Orang dah tahu taktik aku cover nangis..* =p


Kadang-kadang kan, macam mana pun kita nak elak sesuatu benda dari terjadi, tapi benda itu tetap akan jadi.. Mungkin itu ujian Tuhan untuk hambaNYA.. Dugaan yang kita tak nampak lagi hikmahnya.. Mungkin hikmah nampak di mata, esok, lusa.. Semuanya di tangan DIA.. =)

Selamat malam.. Selamat tidur juga buat semua.. Tinggalkan cebisan entry ini dengan sebuah KENANGAN TERINDAH buat halwa telinga.. Jaga diri.. Assalamualaikum.. =)


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah


:)

Salam Maulidur Rasul : Dalam Meniti Hidup Dan Melewati Usia, Kadang Kita Hanyut Dan Terlupa..

12 comments
Assalamualaikum.. Buat apa malam-malam begini? Hmmm.. Aku tengah membelek past year questions sambil menghafal developmental milestone.. Apa pasallah banyak sangat peringkat usia yang perlu dihafal.. Tension.. Lepas itu, apa lagi.. Makan.. Bila tension kita makan.. Tapi bila makan tak pula tension.. Masyuk lagi ada.. Haha.. Merapu lagi aku malam-malam macam ni.. Rehat kejap, update blog.. Alah.. Bukan lama pun tulis blog, dalam 20 minit.. Kot.. =p

Tadi tengok berita, haiyo, orang sambut Maulidur Rasul, ada pula yang sambut dengan duduk berdua-duaan di tempat gelap.. Apa seronok sangat ke duduk dalam gelap eh? Muka pun tak nampak kot, harapkan bila senyum saja nampak gigi.. Itupun nampak gigi yang putihlah dalam gelap, muka tak nampak pun.. (sebab sayakan gelap) Hoho.. Kalau teringin sangat nak duduk dalam gelap, nikahlah seeloknya, lepas tu hari-hari nak duduk dalam gelap pun ikut suka hatilah kan.. Ngee..


Pagi tadi duduk beriadhah dengan housemate depan TV.. Tonton Jejak Rasul, kisah Nabi Muhammad S.A.W. Mendengarkan pada penceritaan kisah hidup nabi, ada rasa sebak dalam hati menonton slot Jejak Rasul pagi tadi.. Sama juga dengan teman serumahku, meluahkan perkara yang sama, ada satu rasa sebak yang terbit.. Kadang-kadang rasa, hidup yang dilalui ini bikin diri alpa, lupa untuk duduk mengenang kembali kisah nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W.

Aku ingat lagi, dulu masa kecil-kecil, umur lingkungan 9, 10 tahun.. Tiap kali pulang ke kampung halaman, aku pasti akan selongkar almari rumah nenek sebab dalam itu tersimpan 2 buah buku kisah-kisah Nabi.. Satu warnanya biru dan satu lagi warnanya hijau.. Aku ambil dan duduk satu sudut, baca dengan khusyuk.. 2, 3 hari habis Jilid 1, aku sambung pula Jilid 2.. Apa yang aku ingat, perasaan aku sangat teruja dan seronok bila dapat baca satu persatu kisah nabi-nabi..


Begitulah rutin harian tiap kali pulang ke kampung, memang tak sah kalau tak baca 2 buku tersebut.. Naik lunyai buku itu dibuatnya, sebab berapa banyak kali aku ulang baca pun aku tak pasti.. Semua kisah nabi-nabi kita menarik dan memang terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil.. Tapi.. Paling aku ingat dalam kepala sebab selalu sangat ulang dan baca ketika itu adalah kisah Nabi Adam, Nabi Ibrahim, Nabi Yaakub, Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Sulaiman, Nabi Isa dan Nabi Muhammad..

Saat zaman sekolah menengah, aku tak pernah lagi sentuh 2 buah buku itu lagi.. Sebab tak pasti mana nenek aku letak buku tersebut.. Dah jejak sekolah menengah, Pendidikan Islam subjek wajib ambil.. Ketika itu, untuk Sirah, berpulun-pulun duduk menghafal kisah itu kisah ini, tarikh itu tarikh ini, nama-nama tokoh, dan banyak lagi.. Hafal dek kerana exam.. Huh..

Dah berzaman aku tinggalkan sekolah, kira dah agak lama juga aku tinggalkan Sirah Nabi.. Aku akui, kadang aku terlupa banyak perkara dalam Sirah Nabi.. Alpa dengan arus dunia.. Jarang sungguh nak ambil masa, selak semula.. Aku jauh tinggalkan diri aku yang kecil-kecil dulu yang begitu excited menyelami kisah-kisah nabi dan rasul kita.. Kisah-kisah sahabat, tokoh-tokoh dalam Islam, yang sebenarnya banyak pengajaran yang boleh kita ambil dan aplikasi dalam hidup kita sekarang..


Jejak Rasul tadi memang bikin hati tersentuh, mengingatkan kembali mana-mana perkara yang aku terlupa.. Bikin rasa dekat di hati dalam mengenal nabi junjungan Muhammad S.A.W. Salam Maulidur Rasul buat semua..

Selamat malam.. Assalamualaikum.. =)


Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah


Jangan Bersedih Lagi

11 comments
Assalamualaikum.. Suka pada tajuk entry untuk kesekian kali ini.. Satu waktu dulu, seorang sahabat blogger yang agak rapat denganku, yang pernah makan semeja, pernah buli dia ramai-ramai dengan kawan aku, pernah khusyuk berguru dan mendengar kisah cinta dia yang unik, punya kekasih yang dah bercinta berbelas tahun.. Dia pernah nyanyikan lagu Jangan Bersedih Lagi untuk aku dengar.. Sejak dari itu, kalau ada kawan-kawan aku yang bersedih, aku mesti kata, nah, lagu ini untuk awak.. =)

Pernah tak anda rasa sedih..
Tapi anda tak tahu apa yang buat anda sedih..

Pernah tak anda rasa seolah dipersalahkan..
Tapi anda tak tahu apa salah anda..

Pernah tak anda rasa anda dah buat sesuatu yang menggembirakan orang..
Tapi anda tak tahu pun yang orang sebenarnya tak suka dan tak gembira..

Pernah tak anda rasa anda macam seorang yang jahat..
Tapi anda tak tahu apa kejahatan yang anda dah buat..

Pernah tak.. Tapi..
Pernah tak.. Tapi..
Dan banyak lagi "pernah tak.. tapi.." dalam hidup ini..
Huhu..

Tapi tak semua persoalan dalam hidup kita ini, ada jawapannya.. Kan? =)

* * * * *

Jaga diri semua.. Salam hari Isnin.. Assalamualaikum..


Haaa!! Bukan ke PSDR dah kata, apa guna buat perkara yang menyakitkan kalau kita cuma sakitkan diri kita sendiri saja.. Hee.. Ingat tu okay.. =)

P/S: Haha.. Tak ada kerja betul nyakat orang.. =p


Gambar kredit kepada ♥ ♥ ♥ DEAR TUMBLR ♥ ♥ ♥

Entry kesukaan untuk hari ini.. Hmm.. Selalunya people will not notice it.. Do appreciate it when you have it okay.. Hee..

Pengajaran Dalam Kehidupan Itu Sentiasa Datang Agar Kita Tak Lupa

14 comments
Assalamualaikum.. Salam Ahad.. Cuaca yang tak menentu sekarang, kejap panas terik terbakar, kejap sejuk menggigil, kadang bikin nyaman tapi kadang boleh bikin pening kepala.. Sama saling tak tumpah macam hidup kita.. Kadang ada naik, kadang ada turun.. Lumrah orang kata..

Semalam terduduk merenung barang sebentar jugalah usia membaca entry dari blogger Selipa Sindarela.. Kenangan lama saat fasa "turun kehidupan" tiba-tiba menyerbu.. Pengalaman hidup yang beliau lalui sama sungguh seperti apa yang pernah aku lalui.. Memang salah kami..


Kata orang tua-tua, barang yang lepas yang menyakitkan, janganlah asyik duduk mengenang, nanti merana badan.. Betul!! Tapi terkadang kita tak kenang tapi faktor sekeliling yang memberi stimulasi untuk kita tiba-tiba mengingatinya semula.. Faktor sekeliling tak pernah salah.. Dan tak perlu kita salahkan sebab mengingatkan kita akan kenangan lama yang pahit dan perit..

Ada baiknya faktor ini hadir "kadang-kadang" dalam hidup kita.. Seolah buat kita ingat kembali, mana silap kita, supaya kita takkan lagi mengulang silap yang sama.. Dalam kehidupan, kita manusia, semua inginkan sesuatu yang lebih baik dari dulu.. Tak ada manusia yang dah buat silap besar dan ingin buat silap besar lagi untuk kali kedua dalam hidup.. Betul tak?

Sebab itu dalam meniti hidup, kadang-kadang pengajaran akan hadir tanpa disangka dengan mengingatkan kita kembali pada kesilapan lama, supaya kita takkan pernah lupa.. Dan tiada lagi kesilapan buat kali kedua.. Heehee.. =)

Sampai sini jari mencoret kata.. Jumpa lagi.. Jaga diri.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Sebab itu aku jadi seperti mana diri aku sekarang, hati keras supaya tak lut dek 1001 macam perasaan, banyak bergurau, dan tak ambil serius langsung perkara-perkara yang "berisiko besar".. Huhu.. Untuk kebaikan diri sendiri juga.. Harap aku tak ambil langkah yang silap dengan menjadikan diri aku seperti ini..

Love Story : Kalau Lelaki Hati Keras Bilang Touching, Maka Kebarangkalian Adalah Tersangat Besar Ianya Memang Touching

20 comments
Assalamualaikum.. Salam petang Sabtu semua.. Hah!! Hari ini mood adalah ke laut dan tenggelam tak jumpa-jumpa dah.. Sesi mengembalikan mood untuk aku selalunya adalah makan dan menonton..

Tajuk entry kali ini adalah lebih panjang dari biasa.. Tak payah susah-susah aku nak jelaskan lagi rasanya.. Hihi.. Selalunya, orang lelaki yang mana kita tahu hati mereka adalah keras (mostly) dan kebanyakannya susah sikit nak tersentuh.. Jadi apabila lelaki recommend sesebuah FILEM CINTA atau CERITA CINTA untuk ditonton, kalau mereka kata TOUCHING dan BEST, maka kebarangkali FILEM CINTA itu adalah touching dan best adalah hampir kepada 100%.. Tambahan kalau lelaki yang jenis tak ada perasaan.. Muahaha.. =p


Pagi tadi berblogwalking sebentar, aku singgah ke blog seorang jejaka, KUMBANG JINGGA nama diberi.. Entry beliau adalah tentang review sebuah filem cinta Thailand yang diterbitkan pada tahun 2010, bertajuk First Love / A Little Thing Called Love..



Seperti yang kita tahu, Thailand terkenal dengan filem seram.. Jadi pada awalnya aku tak adalah tertarik mana dengan filem cinta dari sana sebab kurang yakinlah senang cerita.. Maklum saja, aku rasa demand aku pada filem cinta agak tinggi.. Haha..

Atas sebab mood yang ke laut pada hari ini, dan melihatkan pada review seorang jejaka yang memberikan FULL RATING dan BERAIR MATANYA sebab menonton filem ini, jadinya aku pun downloadlah dan menonton dengan teman serumah.. Hoho..




Kisah seorang pelajar yang tak berapa cantik wajahnya, jatuh cinta dengan seniornya.. 3 tahun cintanya pada sang jejaka tapi tak diluahkan sampailah saat mereka ingin menghabiskan pengajian.. Barulah gadis tadi ada keberanian, dan diluahkan.. Nak tahu samada pengakuan yang dia buat tadi terlambat atau masih sempat, dan samada lelaki itu punya perasaan pada dia atau tak, kenalah tonton sendiri okay..

Aku bagi 5 bintang daripada 5 bintang untuk filem ini.. Filem yang kelakar gila, romantik, sweet, semangat setiakawan, shot shot cantik dan macam-macam rencah lagi ada dalam filem ini.. Seriously aku recommend untuk tonton filem ini.. Kalau tak percaya review dari aku, boleh baca sendiri review dari Kumbang Jingga okay.. Hahaha.. =p

Filem ini filem kedua yang aku jatuh cinta hasil daripada cadangan dan review seorang jejaka selepas Anime bertajuk Kimi Ni Todoke.. Hee..


Ini scene confession yang meruntun hati.. Antara scene yang aku suka selain daripada scene si hero menyelak buku CINTA milik dia.. Hoh!! Cerita cinta yang pure dan honest dari pandangan mata aku.. Aku duduk layan filem ini yang berdurasi 1 jam 57 minit dengan teman serumah.. Dua-dua melekat duduk tak gerak-gerak.. Kawan aku kata, keromantikan dalam filem ini sangat menyentuh hati.. Mana tak tersentuh hati, dua-dua mata berair kot.. Haha.. =p


Filem ini rasa macam dekat dengan aku.. Tapi aku tak seberani watak heroin dalam filem ini.. Huhu.. Sampaikan teman serumah aku kata, "TENGOK TU FARHANA".. Haha.. Aku lagi!!! Tak ada kena mengena kot dengan aku.. =p

Okaylah.. Bagi yang berminat nak tonton, hope you're enjoying it as much as I do.. Tak rugi tengok.. 2 jam yang tak bosan sikit pun.. Selamat menonton dan selamat berhujung minggu semua.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Entah kenapa rasa macam nak suruh seseorang tonton filem ini.. Haih.. Tapi.. Dia tak minat kot..


Rasa nak TERIMA KASIH pada SELIPA SINDARELA untuk entry beliau ini.. Huhu..

Ini Doa Buat Kekasih

25 comments
Try to be a rainbow in someone's cloud..
- Dr. Maya Angelou -


Kekasih.. Ibu itu kekasih..
Kekasih.. Ayah itu kekasih..
Kekasih.. Abang.. Kakak.. Adik.. Itu kekasih..
Kekasih.. Suami.. Isteri.. Itu kekasih..
Kekasih.. Sahabat itu juga kekasih..
Kekasih.. Berkasih selamanya..

Kekasih.. Gelaran yang bukan diberi atas nama, atas siapa gerangannya.. Hadir kerana kasihnya yang tak terhingga.. Kita hargai hadirnya mereka dengan kasih jua..



Kasih dari insan-insan yang hadir dalam hidup.. Buat sahabat-sahabat yang kasihnya tiada pernah putus pada insan yang ini, ada saat suka, ada saat duka, hanya ucapan kasih yang tak terhingga..

Moga kasih sentiasa ada.. Tak luput kerana masa, tak luntur kerana perbezaan antara kita, tak hilang kerana jarak memisahkan kita.. Hanya satu pinta, berkasih, biar untuk selamanya.. Doa Buat Kekasih..

Siapa bilang kekasih itu antara yang beza jantinanya saja? Hee..

Kekasih ini mohon undur diri.. Salam kasih salam sayang buat yang ke sini.. Moga kasih antara kita di sini, takkan pernah berhenti hanya di sini..

Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Dia Kekasih Allah..

Seribu Tahun

17 comments
Kelip kelip di sangka api..
Kalau api mana puntungnya..
Hilang ghaib disangka mati..
Kalau mati mana kuburnya..

Coret aku bukan kerana seni semata.. Tapi coret aku pada rasa yang tak mampu terungkap dek bicara, hanya ini dapat mereda jiwa..

Jaga diri pada yang membaca.. Kelak ada masa, bersua lagi di lain lembaran rasa..

Assalamualaikum..


:: Lembaran rasa yang kini banyak tertumpah di Tumblr sana.. Ahh!! Dah bergantung pula padanya.. ::

Coretan Dari Hati : Terima Kasih Sayang

27 comments

Assalamualaikum.. Salam pagi Jumaat semua.. Terasa macam lama tak coret-coret.. Tak ada apa nak dikata dan dibicara.. Barangkali lepas entry kali ini, akan berhibernasi satu waktu.. Rehat-rehat kejap, ambil angin, cari mood baru, dan jumpa lagi.. Okay? Hee..

Entry yang ini dah agak lama juga aku peram.. Aku coret di hari lahirku 5 hari yang lalu.. Berfikir beratus kali, mahu dikongsi atau tidak, maklum saja belum bertanya lagi pada tuan punya idea asal karya ini.. Aku dapat idea untuk mengolah kisah ini lepas membaca karya asal, coretan Hariz Izuan bertajuk Selamat Hari Jadi Sayang.. Bukan prolog, bukan epilog.. Cuma karya Selamat Hari Jadi Sayang itu ditulis dari pandangan watak seorang suami, tapi karya yang aku coret ini, aku beri tajuk Terima Kasih Sayang, dari kaca mata seorang isteri..

* * * * * * * *

Dua pasang mata itu merenung jauh. Sekali sekala angin bertiup lembut menyapa pipi. Kelihatan parut-parut masih lagi bersisa di wajahnya yang mula muncul kedut-kedut ketuaan. Tersenyum dia memikirkan sang kekasih hatinya, sering saja memuji betapa cantiknya dia jika tersenyum walau usia sudah cecah angka 40.

Damai suasana petang itu, duduk di beranda petang-petang begini memang jadi rutinnya bersama suami tercinta semenjak di awal perkahwinan lagi. Itupun jika masing-masing tidak dihambat jadual kerja yang padat. Sayangnya, sudah 2 bulan dia tidak merasa nikmat berkasih sayang di beranda ini bersama yang tercinta. 2 bulan dia terlantar di katil hospital, dengan segala macam alatan dipasang di tubuhnya. 2 bulan itu juga, dia seolah terputus hubungan dengan dunia luar. Tidak dapat bergerak, tidak dapat berbicara walau sepatah pun kata, tidak mampu membuka sepasang matanya, dan tidak mampu mengukir walau sekuntum senyuman pun seperti selalunya. Dia koma untuk 2 bulan lamanya.
Namun, syukur dirinya ke hadrat Allah, kerana dia masih bisa merasa, mendengar dan mengerti apa yang berlaku di sekelilingnya, cuma tidak mampu dizahirkan saja. 2 bulan di perbaringan, hampir setiap hari, suaminya pasti datang menjenguk. Suaminya duduk di sisinya, mencapai tangan yang tiada mampu digerak itu, kadang mulut suaminya tak henti bicara, macam bertih jagung. Soal kerjanya yang sentiasa sibuk dan memenatkan. Mengadu perihal masakan yang dimasak, yang kadang-kadang hangus dan tak menjadi. Cerita anak-anak mereka di sekolah. Kadang waktu, suaminya diam membisu seribu bahasa, cuma yang mampu didengar, esak tangis dan air panas yang terasa menitik di tangan dan kadang di dahinya. Hatinya sakit. Benar-benar sakit mendengar tangisan suami tercinta itu. Dia cuba bangkit, paksa dia untuk membuka mata, tapi tiada dayanya.

Hari itu suaminya datang menjenguk seperti biasa. Kedengaran kerusi ditarik ke sisinya. Suaminya bertanyakan khabar dirinya seperti biasa. Katanya dia bawakan sesuatu. Hidung itu terbau sesuatu yang memang sudah acapkali dibaunya jika suaminya datang menjenguknya. Bau segarnya epal merah. Buah kesukaannya.
“Sayang. Cuba teka hari ini hari apa?”
“Hari ini hari istimewa awak. Hari tua awak. Hik. Hik.” Ada sendu di hujung bicara suaminya dan gelak kecil itu seolah dipaksanya.
“Ingat lagi tak, 16 tahun lalu, di hari ini, saya ada buat sesuatu yang istimewa?”
Dia ingin bicara. Dia ingin menggerakkan sepasang bibirnya itu. Dia ingin kata pada suaminya, ya, dia masih ingat, 16 tahun yang lalu, suaminya itu bikin dia menangis teruk. Menangis di hari tuanya, semuanya kerana sebiji epal merah. Hatinya meronta ingin bangun. Dia ingin tatap wajah suami yang dicintainya itu. Dia ingin capai sepasang tangan itu, ingin disalam dan diciumnya seperti yang dilakukannya saban pagi sebelum keluar bekerja. Tiba-tiba kedengaran azan berkumandang.
Allahhuakbar. Allah Maha besar. Syahdu kedengaran azan pada hari itu. Usai berkumandang azan, tiba-tiba, mata itu seolah diberi satu kekuatan, dibukanya perlahan-lahan. Disoroti segenap ruang bilik itu, mencari wajah kesayangannya. Dalam kekecohan doktor dan jururawat yang keluar masuk biliknya itu, sepasang matanya tertancap pada sebiji epal merah di meja sisi. Tangannya yang masih lemah itu, diangkat perlahan-lahan. Masih terasa kebas-kebas. Epal merah itu berjaya dicapai lalu dipandangnya. Terukir atasnya perkataan untuknya di hari istimewanya itu.
Untuk kesekian kalinya, di hari istimewanya, epal merah bikin dia nangis lagi. Air mata kasih itu tumpah dek kerana kasih dan sayang yang menggunung dari suaminya. Tiba-tiba, matanya terpandangkan susuk tubuh yang amat dirinduinya di pintu bilik. Wajah itu ditatapnya dalam-dalam. Ada degupan terasa di dadanya. Degupan yang sama dirasanya seperti saat pertama kali mereka diijabkabulkan, dan menjadi isteri yang sah kepada suami tercinta. Degupan itu juga yang dirasanya kali ini tatkala melihat wajah itu. Sama dan tak pernah surut degupan itu.
Lelaki di hadapannya itu dilihatnya menangis lagi buat kesekian kali. Sebuah tangisan penuh kesyukuran.
* * *
Tiba-tiba sepasang tangan menyeka air mata yang jatuh di pipinya itu. Kepala ditoleh dan dilihat suaminya tersenyum berdiri di sisinya.
“Abang. Saya tak boleh janji apa-apa, tapi saya akan cuba untuk tak buat abang menangis lagi kerana saya.”
“Macam mana sering abang buat saya tersenyum, saya pun akan selalu buat abang senyum. Senyum untuk hari ini, untuk esok dan untuk bila-bila.”
Suaminya itu tersenyum. “Awak dah pun buat saya tersenyum saat awak bangun dan senyum ke arah saya.”
Si isteri menyambung lagi. “Sayang. Terima kasih ya untuk 2 bulan yang menyeksakan awak. Terima kasih untuk 2 bulan masa awak menjaga saya tanpa jemu. Terima kasih sayang.”
Tangannya mencapai sebiji epal di sisinya dan dihulurkan pada suaminya. Terukir sesuatu di atas epal itu.
“Saya tak pandai ukir cantik-cantik macam abang. Saya punya herot berot. Tapi tak apa kan?”
Suaminya mencapai dengan kedua tangan, dilihatnya epal itu.
Air mata lelakinya perlahan-lahan mengalir, dikucup dahi isterinya. Lama-lama. Dia tersenyum. Perlahan dia mendekatkan bibirnya pada telinga isterinya, “Sama-sama sayang. Saya cintakan awak. Dan kali ini yang ke satu juta kali dan dua.”
* * *
“Assalamualaikum!! Ummi! Abah!” Suami isteri itu menjengah dari beranda sambil menjawab salam. Kelihatan dua orang anak kesayangan mereka senyum lebar memandang mereka, manis berbaju kurung keduanya, mengendong beg sandang belakang, penat kelihatan pada wajah mereka, maklum saja baru pulang dari sekolah.
Itulah harta dia dan suaminya yang paling berharga, tanda kasih sayang dan cinta mereka. Alia dan Amira, anak kembar mereka yang berusia 14 tahun. Dia merasa bahagia kini. Terima kasih Ya Allah. Dipandang wajah suami di sisinya, terucap lagi buat kesekian kalinya, “Terima kasih sayang.”
Tamat.. Terima kasih buat tuan punya idea asal, saudara Hariz Izuan.. Moga semua yang membacanya dapat sesuatu dari coretan yang ditulis dari hati kecil ini.. Ketika menulis coretan ini, aku memasang LAGU INI.. Entah berapa puluh kali ianya berputar sampailah saat aku menulis patah perkataan yang terakhir.. Hee..

Sampai sini saja.. Salam berhujung minggu untuk semua.. Jaga diri.. Assalamualaikum.. =)


“If you fight like a married couple, talk like best friends, flirt like first love, protect each other like brother and sister.. Then.. It is meant to be..”

"What kind of guy would I be if I walked out when she needed me the most.."
- Chris Medina -


Gambar ihsan Google Image..
Pada tuan punya mana-mana gambar di atas, terima kasih.. =)

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.