Belon

Assalamualaikum..
=)


Bila ada yang sentiasa mengambil berat tentang kita, ingin tahu keadaan dan keberadaan kita, hati tersentuh tak? [ . . . . . ]


HEART SPEAKS : Dalam keadaan yang sukar, KADANG-KADANG korbankan rasa hati sendiri adalah jalan yang lebih baik barangkali.. Perkataan lebih enak, mungkin bukan korbankan, tapi biar ia dilepaskan.. [Rule that applies to lots of conditions]

No Words



HEART SPEAKS : Ouh!! What to say..

Coz You're Hot And You're Cold

6 comments
Assalamualaikum.. Sekejap saja dah Khamis.. Esok Jumaat.. Kira dah nak masuk 5 hari aku berada di bumi Kuala Lumpur.. Dan dah masuk 3 hari suara aku hilang tanpa dapat dikesan.. Mana agaknya suara emas ini pergi ya? Minggu depan ada jemputan menyanyi kenduri kahwin, suara emas yang ini kena cari semula sampai dapat.. *eh perasan*

Hari ini panas dan sejuk.. Dah lama tak merasa hujan setiap petang, panas terik di pagi hari, mungkin itu penyebab suara hilang.. Terima kasih juga buat insan-insan yang sudi memanaskan dan menyejukkan hari saya pada hari ini..

1) Kepada Joegrimjow, terima kasih sebab suka entry NAK KURUS INGAT JOEGRIMJOW dan memilihnya sebagai pemenang utama kontes.. Tapi kenapa tak boleh join dah lepas ini? Ekeke.. Anyway, thanx again.. =p

2) Buat Faizah Fuad dan Ramizah.. Terima kasih banyak-banyak sahabat tersayang.. Sebabnya sudi memenuhi kehendak perut saya yang mengidam makan Hot N Rolls.. Crispy Wrap with Ice Cream jadi pilihan.. Makin jauhlah suara hilang.. Pertama kali jejak kaki di The Curve.. Tergamam kejap dengan kemajuan shopping complex di Kuala Lumpur.. Haha..


Kesimpulannya.. Hari ini dah bikin aku senyum lebar.. Terima kasih untuk semua.. Okay.. Lepas ini nak request makan apa pula ya.. Nak pergi mana pula.. Ngee.. =p

Untuk readers semua, selamat berhari Jumaat ya.. Sukalah anda ya.. Lusa nak cuti dah.. Hee.. Jaga diri.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : BIARKAN AKU JATUH CINTA.. Boleh ke?

Nak Kurus Ingat Joegrimjow

15 comments
Assalamualaikum.. Kontes lagi.. Tahun lepas aku dah join Malam Indah Bersama Joegrimjow, tahun ini berhasrat nak join walaupun di saat-saat akhir.. Sekadar memeriahkan dunia blog.. Perlu diingatkan, entry ini adalah lebih panjang daripada entry kontes untuk tahun lepas, It's All About Joegrimjow and The Number 22.. Selamat membaca.. Sebelum itu, untuk penguasaan pembacaan yang maksima, tontonlah video ini terlebih dahulu.. Ngee.. =)

P/S : Kandungan entry ini adalah separuh fakta separuh fiksyen.. Harap maklum..




Jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Ani mencapai alat kawalan jauh Astro PVR di atas meja, lalu ditekan butang PLAY di atasnya. Rancangan yang dirakamkannya menggunakan Astro PVR setahun yang lalu terpasang di televisyen. Bibirnya menguntum senyum sambil tangannya mencapai sebiji buah epal hijau. Begitulah rutin malamnya, makan malamnya hanyalah buah ataupun salad buatan sendiri. Tak kiralah kita tua ke muda ke, kesihatan diri tetap kena jaga, itu pesan suaminya. Matanya kembali fokus pada rancangan di kaca televisyen.

* * * * * * * *

Lelaki itu. Antara yang terkaya di dunia, mengecap kekayaan di usia muda atas hasil usahanya sendiri, langsung terus berjaya memegang rekod lelaki termuda di dunia dalam senarai 10 Orang Terkaya Di Dunia. Malaysia tumpang bangga dengan kejayaan anak watan ini yang merupakan anak jati negeri Kelantan Darul Naim. Mari kita sama-sama soroti sejarah kehidupan insan yang bernama Datuk Dr. Faridzul Asyraf Mat Arifin.

Beliau dilahirkan pada 20 April 1988, merupakan anak bongsu daripada 7 adik beradik. Sejak dari kecil lagi, beliau merupakan seorang kanak-kanak yang punya tubuh badan yang comel dan montel yang amat menggemari Cheese Cake. Namun ianya tidak mendatangkan masalah buat dirinya, malah seringkali dipuji kerana kecomelannya. Beliau juga punya ramai peminat di kalangan makcik-makcik, semuanya dek kerana dirinya yang comel.

Badan yang comel ini menjadi semakin comel walaupun beliau sudah jejak usia 17 tahun. Walaupun begitu, beliau tetap merupakan pelajar cemerlang Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan dan mendapat A1 untuk kesemua mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan tersebut melayakkan beliau meneruskan pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka. Selepas itu beliau menuntut selama 2 bulan di UiTM Shah Alam sebelum mendapat tawaran dari Majlis Amanah Rakyat untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan di University Of Sheffield. Pada usia awal 30an, beliau telah berjaya menamatkan program doktor falsafah dan mendapat gelaran Doktor.

Di kala usia mula menjengah kedewasaan, ramai yang takkan boleh lari dengan isu percintaan. Begitu juga dengan Datuk Dr. Faridzul Asyraf. Namun dek kerana fizikalnya, beliau sendiri mengaku sukar untuk mendapatkan pasangan yang mampu menerima diri beliau seadanya. Maka bercambahlah azam di dalam dirinya mahu menurunkan berat badan kerana beliau merasakan betapa pentingnya kesihatan tubuh badan di samping mahu membuktikan pada insan-insan di luar sana yang pernah mengejek beliau bahawasanya beliau juga mampu menjadi KURUS dan kacak sekacak Farid Kamil.

2008 menyaksikan perubahan besar pada diri dan hidup beliau. Selepas menggunakan produk kesihatan yang diperkenalkan oleh sahabatnya, beliau telah hilang 12kg dalam masa 3 bulan. Mulai saat dan tika itu, beliau telah menceburkan diri di dalam bidang perniagaan produk kesihatan tersebut dan dalam masa yang sama telah berjaya membantu ramai orang untuk menurunkan berat badan. Pada usia 25 tahun beliau telah berjaya membuka sebuah syarikat perniagaannya sendiri. Beliau melebarkan usahanya untuk mempromosikan kepentingan kesihatan sampai ke seluruh dunia melalui sebuah program realiti televisyen untuk membantu golongan-golongan comel menguruskan badan. Ianya dihoskan oleh pelakon wanita popular, Lisa Surihani dan diterbitkan oleh syarikat Datuk Dr. Faridzul Asyraf sendiri.

Nak Kurus Ingat Joegrimjow. Rancangan realiti televisyen yang mula bersiaran pada tahun 2017 dan berjaya memecahkan rekod sebagai rancangan realiti yang mempunyai paling banyak musim. Rancangan yang menjadi fenomena di Malaysia ini telah menamatkan siaran pada tahun 2027 itu bersiaran selama 10 musim dan idea program Nak Kurus Ingat Joegrimjow ini telah dibeli oleh beberapa buah syarikat televisyen luar negara. Secara tidak langsung, nama Datuk Dr. Faridzul Asyraf atau lebih popular dengan gelaran Joegrimjow kini makin mengembang ke seluruh dunia.

Selesai program realiti tersebut, Datuk Dr. Faridzul Asyraf dan sahabat blog beliau yang dikenali hampir 20 tahun, Doktor Farhana Cahaya Yang Riang Gembira, telah bergabung dan membuka sebuah pusat kesihatan yang pertama di Malaysia di mana ianya menawarkan perkhidmatan perubatan dan menguruskan tubuh badan, juga dilengkapi dengan Fitness Center. Sekarang mari kita lihat apa kata individu-individu ini tentang fenomena Nak Kurus Ingat Joegrimjow.

Assalamualaikum. Well hello there. One word from me, HE AND HIS SHOW IS INDEED A PHENOMENON.

-ANWAR HADI-


Menurut Kamuih Dewan Bahasa Dan Pustakaq, Kurus itu bermakna Ingat Joegrimjow!!!

-MAT LUTHFI90-

Nak Kurus Ingat Joegrimjow ternyata dah jadi satu fenomena seantero dunia, dah macam Usop Wilcha satu waktu dulu. Mungkin ramai tertanya, apa sebenarnya motif Datuk Dr. Faridzul Asyraf? Money or fame? Jom kita tengok apa kata beliau.

* * * * *

[JOEGRIMJOW] Money AND fame. Siapa setuju angkat tangan macam saya. Siapa tak setuju, Kita Bakor, Kita Bakor!! Gurau-gurau saja. Hee. Duit atau kemasyhuran? Semua orang nak duit, ya tak? Tapi dari mana kita dapat dan ke mana kita salurkan itu yang paling utama. Kemasyhuran kalau nak dapat pun senang, dengan muka kacak dan badan tough yang saya ada, saya dah boleh jadi hero Malaya kalau saya nak. Orang kata bukan saya kata. Ekeke. Duit dan kemasyhuran tak kekal lama dan tak boleh bawa ke mana. Kesihatan harta kita paling berharga. Kita selalu dengar, ada duit, tapi tak sihat buat apa? Tapi kalau kita sihat, baru kita boleh cari banyak duit. Betul sangat apa yang orang kata. Mak dan ayah saya pernah pesan, dalam apa jua perkara, nawaitu kita kena betul sebab ianya yang menentukan hala tuju kita samada berjaya atau lingkup. Nawaitu saya satu, untuk memperjuangkan kesihatan sebagai antara harta yang paling berharga buat kita. Sebab itu adanya macam-macam program yang saya anjurkan untuk tolong orang kuruskan badan.

Bukan kata orang gemuk tak sihat dan orang kurus confirm-confirm sihat tapi jika kita kurangkan berat badan kepada berat yang ideal, kita boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Bila kurus dan sihat, banyak aktiviti kita boleh buat tanpa kekangan.

* * * * *

Apa pesanan Joegrimjow untuk orang-orang di luar sana?

* * * * *

[JOEGRIMJOW] Kepada orang-orang yang berbadan comel, pertamanya, bina keyakinan diri. Jangan sebab bertubuh besar kita rasa rendah diri. Sayangi dulu diri anda baru orang akan sayang anda. Nak kurus ke apa ke, itu jatuh nombor dua. Bila kita yakin diri, kita sayang diri, automatik kita akan cuba jaga kesihatan diri kita. Cuma kita sendiri tahu apa yang kita perlu buat dan apa yang kita mampu buat.

Kepada orang-orang yang dah punya berat badan ideal, jangan ingat anda tak ada sakit. Kesihatan tetap perlu dijaga okay. Bagilah sokongan moral pada kawan-kawan yang berbadan besar, jangan pula hina dan caci maki mereka.

Akhir sekali untuk isteri saya di rumah. Ani, walau macam mana pun awak satu hari nanti di masa depan, saya tetap sayang awak macam mana awak dalam dia menyayangi saya masa saya montel dulu. Jangan ingat saya tak tahu. Jangan risau, saya akan jaga awak, awak jaga saya okay. Sampai kita tua, sampai nafas terakhir kita. Ecewah. Semoga kita sihat sampai ke tua. Memuahhh!!

Ani memandang kaca televisyen dengan senyuman meleret. Bangga dia dengan pencapaian suaminya dan khidmat yang suaminya telah berikan pada masyarakat. Tiba-tiba satu ciuman singgah di pipi. Kepalanya ditoleh dan dilihat suaminya tersengih sambil berdiri terpacak.

“Amboi, dah berapa banyak kali tengok dokumentari Joegrimjow ni? Rindu abang eh?” tanya suaminya.

Ani menjelir lidah sambil membuat muka comel. “Perasanlah abang!! Saja tengok, bosan-bosan..”

“Mana hadiah hari lahir abang, sayang? Mana mana mana?” tanya Joegrimjow manja.

“Ada dalam bilik tidur. Nak tengok tak?” Ani bertanya dengan gaya nada memancing.

“Jom!!” Lantas Joegrimjow menarik isterinya menuju ke bilik tidur sampaikan tak perasan terlanggar kalendar di tepi meja. Kalendar yang berlatar belakangkan gambar Ani di usia muda.


Menapak masuk ke dalam bilik. Tiba-tiba!! GELAP!!


“Selamat hari lahir Abang sayang, Faridzul Asyraf Mat Arifin. Saya pun sayang awak sampai bila-bila. Bukan Nak Kurus saja Ingat Joegrimjow okay, tapi setiap masa setiap detik saya ingat Joegrimjow.” bisik Ani dalam kegelapan.

Eh.. Usia Joegrimjow? 40.. Usia Ani? (Lisa SurihANI) 42.. Betul tak Joegrimjow? =p

- TAMAT -

Sekian coretan dari Cahaya Yang Riang Gembira. Semoga terhibur Joegrimjow. Ini hadiah dari anak murid anda buat anda ya Mr. Coach. Semoga hadiah ini boleh bikin anda tersenyum di hari lahir anda, ada beberapa jam saja lagi. Selamat hari lahir dan moga dikurniakan kesihatan yang bagus dan sentiasa dilimpahkan rezeki olehNYA. Mudah-mudahan. =)

Assalamualaikum.


Tempat Baru Seharusnya Semangat Juga Baru

15 comments
Assalamualaikum.. Satu.. Dua.. Tiga.. Tarik nafas hembus perlahan-lahan.. Aku jejak lagi kaki ke sini.. Sungguh tak disangka.. Tapi kali ini bukan untuk seminggu mahupun 10 hari tapi lebih dari itu.. 6 bulan yang akan datang ini, di sinilah aku..

Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 5 dan selamat sampai di bumi baru ini tepat jam 7.. Tak adalah letih mana pun.. Tapi hati masih lagi di rumah, sampai di tempat baru pun dengan rasa sedih dan berat hati.. Ahh!! 2 minggu cuti adalah tidak mencukupi!! :(

Dalam hati ada sedih sebab dah tinggalkan Ipoh yang aku duduk hampir 5 tahun.. Tempat baru ini pun tak berapa selesa, maklumlah dah terbiasa duduk di rumah sewa dan ada bilik sendiri.. Tapi di sini, bilik ini dikongsi bersama 5 orang sahabat lagi.. Tak apalah.. Lihat pada bahagian positifnya, tak adalah sunyi dan keseorangan.. Belajar pun boleh belajar sama-sama.. Ya tak?


Kalau diikutkan hati yang tak ada semangat dan malas memanjang, memang boleh hancur musnah binasa.. Terpaksa jua dikuatkan hati, pandang ke depan dan lihat hidup dari kaca mata positif.. 6 bulan Farhana.. Pejam celik pejam celik dah selesai.. Fokus fokus!!

Tapi untuk malam ini saja, boleh tak aku nak menangis? Sincerely speaking, aku tak selesa di sini.. Sebelum ini aku juga beriya-iya tapi bila dah sampai dan nampak depan mata, OH!! RASA NAK MENANGIS WEH!! Huhu.. Apakan daya, sabar sajalah wahai hati..


April hingga November.. Semoga hati ini mampu menerima Kolej Ibnu Sina dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.. Semoga dipermudahkan perjalanan hidup aku di sini.. Ahh!! Aku tak sangka aku akan kembali semula hidup di Kuala Lumpur selepas aku tinggalkannya 5 tahun dulu.. Pusat Asasi Sains pernah jadi momen gembira dalam hidup aku.. Harapnya yang ini akan jadi begitu juga.. Kalau mungkin bukan hari ini, esok, mungkin lusa..

Selamat malam semua.. Selamat memulakan Isnin anda.. Jaga diri.. Assalamualaikum.. =)


HEART SPEAKS : Nasihat orang padaku, "Ini ketentuanNYA, jalan hidup untuk kita.. Mungkin Allah nak dekatkan kita dengan orang yang kita sayang? Tiada siapa yang tahu, kecuali DIA.." Aku hanya senyum.. Senyum terus.. *Hati rasa dekat*




Ku Tak Peduli, Bila Ku Benar-Benar Cinta

8 comments

Assalamualaikum.. Sabtu ini, seharian badan dijamah ketidakenakan, beginilah bila dah mula sakit tekak dan selsema.. Dalam kurang sihat, masih juga tegar menonton Maharaja Lawak melalui YouTube sampai pukul 2, 3 pagi semalam.. Gegeh nak tengok Sepah, Jozan dengan Man sebenarnya..

Minggu ketiga semalam, ternyata Sepah dah berjaya mencuri hati aku!! Sejak dari pagi sampai saat tadi, dah berpuluh-puluh kali aku tengok persembahan Sepah untuk Maharaja Lawak malam semalam.. Tiap dialog dan bait liriknya pun dah melekat dalam kepala otak aku.. Kenapa abang? Kenapa abang? Kau diam Peah!! Haha.. =p

Bergelak ketawa itu satu ubat untuk stress kan? Mahu masuk tidur lebih awal, esok perlu pulang ke tempat menuntut ilmu.. Tempat baru, dan aku harap aku dapat menyesuaikan diri di sana selama 6 bulan yang akan datang ini.. Mudah-mudahan.. Ucap selamat tinggal untuk Ipoh.. Sedih pula.. Huhu..

Aku tinggalkan dengan sebuah lagu yang aku tertarik sangat bila Jozan nyanyi semalam.. Lagu bertajuk BUKANNYA AKU TAKUT, nyanyian asalnya adalah TBK.. Dinyanyikan semula oleh band Juliette dan juga Mulan Jameela.. Kiranya lagu ini ada 3 versi tak silap aku.. Nice one and I like it.. Thanx Jozan.. Dear readers, take care.. Happy weekend.. Assalamualaikum..


BUKANNYA AKU TAKUT

Ku tak peduli
Bila ku benar-benar cinta mati
Ku tak peduli

Ku memang begini
Bila ku benar-benar cinta mati
Ku tak peduli
Apa saja yang ku inginkan kamu rela

Bukannya aku takut akan kehilangan dirimu
Tapi aku takut kehilangan cintamu
Mungkin saja saat itu kau mempermainkan aku
Seakan kau bisa membalas cintaku

Kau takkan mengerti
Yang selama ini aku rasakan, pasti
Kau tak peduli
Bila saja yang ku inginkan kamu rela

P/S : Yang versi nyanyian TBK ada di sebelah atas kanan sidebar.. Ngee.. =)




P/S : Sepah tetap di hatiku.. *poyo* =p



HEART SPEAKS : Selamat malam balik.. Heehee.. =p


Isteri Kepada Kapten Azahari

15 comments
Assalamualaikum.. Hai hai semua.. Ingat lagi tak entry DIA SEORANG PILOT? Kapten A yang menjadi sebutan Cik Farhana itu.. Hari-hari dengan Kapten A, tak pernah lekang dari bibir.. Auwww!! Rindu Kapten A sangat-sangatlah.. Meh datang dekat meh.. Nak bagi tahu siapa nama Kapten A yang sebenar..


Ya ya.. Nama beliau Kapten Azahari.. Panggilan manjanya Abang Arie.. Seorang pilot yang terbang ke sana ke mari.. Ke Perth.. Ke Amsterdam.. Setiap kali fly, tak pernah dia lupa bawa ole-ole pulang untuk yang tercinta.. Ada patung koala, ada rantai.. Minta bunga tulip saja tak pernah dapat.. Sampai hati Abang Arie..

Masa mula-mula kenal, memang asyik gaduh.. Tiap kali jumpa, gaduh.. Sampaikan ada gelaran Mamat Tiga Suku untuk Abang Arie.. Sebagai balasannya? Minah Sewel jadi panggilan.. Kejam betul Abang Arie.. Bila dah mula berkawan, gaduh-gaduh tetap ada.. Tapi bukan gaduh cakar-cakar, tapi gaduh manja-manja.. Eh!! Tidak!! Bukan pasangan tapi sebagai kawan yang baik..

Itulah dia.. Kapten Azahari.. Abang Arie.. Tapi orang yang dicintai beliau bukanlah Cik Cahaya Yang Riang Gembira.. (Gila perasan aku, tulis macam jatuh cinta dengan aku kan.. Haha..) Nama gadis bertuah yang menjadi pilihannya adalah Nurul Iman.. Mereka bersahabat baik, dan bila mereka perlu dikahwinkan, seperti ada kejanggalan sebab tiada cinta.. Tapi pengakhirannya mestilah gembira.. Kini mereka bahagia dengan sepasang anak kembar.. (INI PART YANG PALING AKU JELES!! ANAK KEMBAR WEH!!)


Inilah dia, penangan buku inilah, yang aku habiskan dalam masa sehari.. Gegeh ke tak gegeh.. Cinta 3 Suku karya Herna Diana.. Lama dah aku tak baca novel sebenarnya.. Novel terakhir aku adalah dari Hlovate iaitu Aa + Bb.. Lama tak merasa jalan-jalan dalam dunia cinta novel.. Overall, novel ini best.. Sebab lawak kot aku rasa.. Tak henti-henti aku sengih dari awal sampai akhir.. Daripada 5 bintang, aku bagi 4 bintang sebab bikin aku senyum terus dari awal sampai akhir pembacaan.. =)

Yang paling melekat dalam hati aku tentang novel ini, punya elemen yang sama dengan karya Hlovate yang aku baca tak lama dulu.. Nak tahu apa?



Haa.. Apa macam? Sweet kan? *gelak guling-guling* Dalam novel Cinta 3 Suku pun, heroin dia BERPERANGAI KARTUN juga.. Memang banyak betul dialog-dialog yang menyatakan perangai kartun si Nurul Iman.. Aku yang baca hanya mampu sengihlah saja, sengih sampai naik lenguh otot pipi aku.. Rasa macam dah kejang dan asyik senyum saja.. *Kartun tak aku? Haha..* =p


Makanya isteri kepada Kapten Azahari adalah Nurul Iman.. Bukan pakwe siapa-siapa, semuanya Nurul Iman yang punyaaaa!! Haha.. Manalah muat nak sumbat Kapten A ke, Abang Arie ke dalam hatiku yang satu saja ini.. Hati dah terisi dengan yang satu itu saja.. Hey!! Ingat senang ke nak keluarkan dari dalam hati? Aku dah lekat dengan gam gajah okay.. Super setia tahu!! Hee.. When the time comes, if it is meant to be, then I believe, it is meant to be.. Jadi, buat masa ini, simpan sajalah dulu dalam hati diam-diam, kemas-kemas.. For me, it goes like this..


Ya Allah.. Andai perasaan ini benar, KAU kekalkanlah ia di dalam hatiku.. Kau hadirkan jua perasaan yang sama itu di hatinya.. Moga satu hari nanti, dengan izinMU, ianya pasti bersemi.. Tapi andai ianya bukan seperti yang KAU ingini, aku redha andai perasaan ini luput dari diriku ini..

Selamat menjalani hari-hari anda ya kawan-kawan.. Jaga diri elok-elok.. Jangan nakal-nakal.. Sayang semua.. Assalamualaikum.. =)


HEART SPEAKS : A is for ... For what? A is for A.. Apa lagi kan? =p

Faedah Penubuhan Fanpage Dialog-Dialog Filem Kak Limah : Mengeratkan Silaturahim

12 comments
Assalamualaikum.. Tajuk dah cukup panjang untuk cerita agaknya.. Sebelum tidur, jom layan golek-golek gelak-gelak dulu.. Tadi adik aku yang ketiga up status di Facebook, punya marah status dia.. Aku dengan adik kedua aku apa lagi, terus pergi LIKE fanpage dialog-dialog filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.. Bukan apa, senang aku nak komen.. Daripada nak marah, terus adik aku gelak guling-guling tak ingat dunia..

See!! Bukan saja untuk fun dan entertainment, penubuhan fanpage ini juga bagus untuk mengeratkan silaturahim adik beradik, kawan-kawan, suami isteri.. Terima kasih admin.. Ngee.. Okay semua.. Selamat membaca.. Dan selamat malam.. Assalamualaikum.. =)

SILA KLIK UNTUK VIEW YANG LEBIH BESARRR!!!

P/S : Tapi budak zaman sekarang punya penggunaan perkataan memang pelik-pelik.. Pendekkan sampai aku pun tak faham.. Hoho..




:: Selamat malam balik.. ::
Ooppsss!!! Heee.. =p

Okay.. Sambung tengok Kabhi Kushi Kabhi Gham.. =)

Air Itu Water : Boleh Kurus Ke Minum Air?

10 comments
Assalamualaikum.. Selamat pagi semua.. Rabu dah berlalu, Khamis pula menjelma.. Masa cuti yang ada sekarang, gemar aku gunakan untuk mencoret Cahaya Yang Riang Gembira sepuas hatiku..

Pagi Khamis ini kita cakap pasal air.. Air kosong, air masak, air mati atau apa saja yang anda gelar untuk minuman yang anda minum sehari-harian.. Perjumpaan aku dengan Joegrimjow (Jurutera Badan Anda) beberapa hari yang lalu menimbulkan tanda tanya pada aku.. Pesan Joegrimjow, MINUM AIR BANYAK-BANYAK.. Satu hari 3 Liter sehingga 4 Liter.. Selalunya kita disarankan untuk minum 8 gelas air sehari atau bersamaan dengan 2 Liter.. Tapi sekarang dah jadi sampai 3 Liter ke 4 Liter.. Apa cerita? Kemonlah, kemon.. Cecite cecite.. (Tagline yang semakin popular di Facebook sehingga banyak group-group telah diwujudkan dek kerana tagline-tagline ini semua)

Siapa tak tertanya bila disuap dengan fakta sebegini.. Ya tak? Aku pun carilah informasi apa yang patut mengenai perkaitan minum air yang banyak dengan pengurangan berat badan.. Kebetulan tempoh hari, aku terserempak dengan sebuah blog yang menulis tentang minum air 4 Liter sehari boleh kurangkan berat badan.. (Maaf!! Link blogger tersebut aku cari-cari tak jumpa..) Lagi bertambah-tambah keyakinan aku dengan fakta ini, lagi cekang aku duduk depan laptop dan carigali lagi informasi tentang ini.. Aku petik sedikit artikel yang aku jumpa..



* * * * * * * *

[There are many forms of metabolism going on in your body right now, but the one everyone is talking about is the metabolism of fat. This is actually something that the liver does when it converts stored fat to energy. The liver has other functions, but this is one of its main jobs.

Unfortunately, another of the liver's duties is to pick up the slack for the kidneys, which need plenty of water to work properly. If the kidneys are water-deprived, the liver has to do their work along with its own, lowering its total productivity. It then can't metabolize fat as quickly or efficiently as it could when the kidneys were pulling their own weight. If you allow this to happen, not only are you being unfair to your liver, but you're also setting yourself up to store fat.]

SOURCE TAKEN FROM HERE

Ada juga pihak-pihak yang dah jalankan kajian tentang ini walaupun tak ramai, tapi jika anda berminat untuk baca, anda boleh KE SINI..

* * * * * * * *

Hari ini dah masuk hari keempat aku ikut petua minum air banyak-banyak.. Hari ketiga aku ambil Herbalife.. Tapi dalam entry kali ini, aku lebih tekankan tentang air.. Herbalife aku story mory di lain masa okay, ilmu tak cukup lagi.. Ngee.. Jujur aku kata, memang teramat susah mahu minum air sampai 3 atau 4 Liter sehari.. Sedangkan nak capai 8 gelas sehari pun aku susah.. Semangat kena kuatlah.. Haha.. Macam apa pula kan, siap semangat bagai nak minum air.. Betul!! Tak tipu.. Anda perlukan semangat dan keazaman..

Hari pertama aku teguk air banyak-banyak, memang seksa.. Seksa sebab kena ke tandas setiap masa.. Dalam sejam, 2 kali kot.. Hari pertama aku berjaya minum 2 Liter saja.. Hari kedua ada kemajuan, 2 Liter lebih sikit.. Hari ketiga, alhamdulillah, aku rasa dah hampir nak cecah 3 Liter.. Simple rule.. Relax, chill and cool.. Jangan dalam hati dah set, aku sehari wajib minum 3, 4 Liter, hari pertama terus kau togak bergelen-gelen air.. Jangan seksa diri.. Slow and steady.. Tak lari air dikejar.. Mula-mula, cuba belajar dalam seminggu minum air 8 gelas sehari.. Perlahan-lahan naikkan jumlah gelas yang anda ambil.. Mula-mula anda mungkin akan rasa agak janggal.. Lambat laun, minum air 3, 4 Liter sehari akan jadi kebiasaan..


Kesan yang anda nampak? Kalau anda fahamkan petikan artikel di atas, air memastikan ginjal anda berfungsi pada kadar yang optimum, jika kurang air yang anda minum, maka ginjal anda akan meminta bantuan dari hati anda.. Hello!! Hati anda ada banyak lagi kerja lain kena buat okay.. Salah satunya adalah untuk metabolisme LEMAK.. Kalau dah hati anda sibuk menolong ginjal, jadinya metabolisme lemak sedikit sebanyak mesti terganggu.. Jadi, tolong hati anda berfungsi pada kadar yang optima okay.. Plus, bila anda minum air, anda memang akan rasa sangat kenyang.. Automatik, pengambilan kalori anda akan menjadi kurang, dan berat anda akan ikut juga berkurang..

TAPI.. Jangan pula anda mengharapkan dengan minum air banyak-banyak saja anda boleh kurus dengan kadar yang sekelip mata.. Kalori kena pantau, exercise pun kena ada sikit-sikit, dan lain-lain lagi.. Kalau 24 jam setiap saat anda makan, golek sana golek sini tak bergerak-gerak, jangan harap minum air banyak-banyak anda boleh kurus.. Am I right?

Okay.. Ada orang kata, boleh ke minum banyak-banyak air? Baiklah.. Aku terangkan apa yang aku tahu dan tolong betulkan aku jika aku salah.. Jika anda minum berdasarkan keperluan tubuh anda, maka ianya tak mendatangkan masalah sebab keperluan air seharian bergantung pada jisim tubuh anda.. Ada beberapa sumber yang aku baca tentang keperluan air sehari, menyatakan setiap 25 kg berat anda, anda perlu minum 1 Liter air.. Atau anda boleh rujuk DI SINI, HOW MUCH WATER SHOULD YOU DRINK TO LOSE WEIGHT? Air yang berlebihan mungkin boleh menyebabkan apa yang orang gelar WATER INTOXICATION dan boleh menyebabkan kekurangan Natrium dalam tubuh TAPI ianya sangat jarang berlaku KECUALI jika anda ialah atlet yang mengeluarkan peluh yang banyak atau bayi yang mempunya jisim tubuh yang kecil..

* * * * * * * *

Okay.. Aku petik sedikit ayat dari SINI..

IT'S NOT HOW MUCH YOU DRINK, IT'S HOW FAST YOU DRINK

The kidneys of healthy adult can process FIFTEEN LITERS WATER A DAY!!! You are UNLIKELY to suffer from water intoxication, even if you drink a lot of water.. As long as you drink over time as opposed to intaking an enormous volume at one time..

* * * * * * * *
See? Harap coretan kali ini akan bantu anda sedikit sebanyak.. Aku cuba kongsi apa yang aku tahu, apa yang aku baca juga apa yang mungkin aku ada belajar sepanjang 5 tahun di sekolah perubatan ini.. Jika ada salah fakta atau silap informasi, jangan segan-segan untuk beritahu dan tegur ya..

Lama aku tak tulis entry sains sains bagai.. Ini yang pertama untuk tahun 2011.. Asyik jiwang saja pun tak boleh jadi kan.. Haha.. Sampai sini saja.. Have a great day ahead peeps.. Take care and Assalamualaikum.. =)

Dia Seorang Pilot

9 comments


♥ ♥ ♥ Kapten A.. ♥ ♥ ♥


:: HEART SPEAKS ::

Tak sangka, mula-mula selalu gaduh sakan.. Dek asyik bergaduh, Abang A terjatuh cinta dengan gadis yang suka buat lawak kartun..

Kata orang, jangan tak suka, jangan dibenci, nanti jadi orang yang disayang pula..



Eh Awak!! Dah Pernah Tengok The Snow Queen Kan?

4 comments
Eh!! Awaklah!! Ya!! Awak!! Dah pernah tengok The Snow Queen kan? Kisah si genius Matematik yang kacak itu.. Hee.. Jadi, entry ini untuk awak.. =)

* * * * *

Assalamualaikum.. Salam pagi Rabu untuk semua.. Sekejap betul rasanya masa berlalu.. Hari Rabu tiba sekelip mata saja.. Berapa hari lagi ya berbaki cuti ini.. Ahh!! Agak-agak tak cukup, aku benarkan diri aku membuat cuti tambahan sendirilah gamaknya.. Ekeke.. =p

Dilema lagi sebenarnya kali ini, saat ini.. Kehidupan.. Terlalu banyak benda yang perlu kita pilih, kadang kita fikir, kita perlu buat pilihan yang betul ATAU yang pilihan yang baik.. Sukar sebenarnya, tapi kata sahabat, apa yang kita mampu, hanya doakan yang terbaik saja hendaknya, biarlah pilihan itu betul atau salah, baik atau tak baik, yang utamanya, kita mohon biar apa jua pilihannya, pilihan itu akan bawa kebaikan untuk diri kita.. Mudah-mudahan.. =)

Balik pada cerita The Snow Queen kita.. Ya!! Ini untuk anda.. Senyum terus.. =)





Utamanya adalah lagu di sebaliknya.. Aku tak berapa gemar video klip asal untuk lagu tersebut, jadi terpaksa mencari yang lain.. Kebetulan ada The Snow Queen bergandingan dengan Lagu Cinta - Dewa 19.. So, I think, why don't I give it a try and just hit it? Aha!! Sambil menyelam minum air ya.. *Smiling*

Tahu tak kenapa aku cukup minat karya Dewa 19? Anda selami sendiri dan anda pun akan mengerti.. Ini LAGU CINTA..


Aku jatuh cinta, untuk kesekian kali..

Baru kali ini ku rasakan cinta sesungguhnya..

Tak seperti dulu..

Kali ini ada pengorbanan..


Cinta bukan sekadar kata-kata indah..

Cinta bukan sekadar buaian belaian peraduan..


Samudra cinta dari pulung hati..

Tak terukur dalamnya..

Hingga saat perpisahan tiba..

Mengundang air mata..

Atau hanya secuil penyesalan..


Cinta adalah ruang dan waktu..

Datang dan menghilang..

Semua karunia Sang Pencipta..


Mungkinkah kau sedang menatap bulan..

Bulan sabit yang sedang kupandangi..

Mungkinkah kamu menangis..

Diatas bintang khayalku..


Maafkanlah cinta..

Atas kabut jiwa..

Yang menutupi pandangan kalbu..

* * * * *

Aku biarkan lagu cinta ini berdendang menyebarkan bunga-bunga cinta di sini.. Dan aku mohon undur diri di saat ini, sampai jumpa lagi nanti, mungkin esok hari.. Jaga diri.. Assalamualaikum cinta.. =)


HEART SPEAKS : Awak?

Setahun Sudah Berlalu : 12 April 2011

Assalamualaikum..

Terasa seolah seperti semalam aku ungkap kata Selamat Hari Lahir untuknya.. Tanpa aku sedar, dalam saat dan waktu yang mana aku tak menyapanya, tiada mendengar khabar darinya, setahun sudah berlalu.. Setahun satu hari barangkali.. Kali ini aku bukan yang pertama mengucapnya, mungkin dah jadi yang akhir-akhir saja..

Buat sahabat yang dulu aku gelar Azri Sekandar, selamat hari lahir.. Bangga dengan kamu kerana satu tahun dulu kamu pernah mengeluh tentang masa depanmu, kamu pernah bersedih atas apa yang kamu lalui, tapi kini syukur, apa yang kamu impikan, kamu sedang menitinya.. Doaku dari kejauhan, moga satu hari nanti, kamu akan sampai ke destinasi impian kamu.. Semoga berjaya di dunia dan akhirat.. Berbahagia selalu hendaknya.. =)



Andai pernah ada salah dari sahabatmu yang ini, maaf dipohon.. Jaga diri.. Assalamualaikum.. =)

Bermula Dengan Hati Seorang Wanita, Berakhir Dengan Cintamu Di Hati..

8 comments
Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Malam ini gatal nak berjiwang.. Lama gila rasanya tak berjiwang secara serius.. Jom jom!! Kita mulakan dengan HATI SEORANG WANITA..

* * * * * * * *


Farhana.. Nothing extraordinary.. But still, she is special.. Just the way she is.. Hatinya tetap HATI SEORANG WANITA.. Jauh di sudut hati wanita ini, ada harap di satu saat nanti, kamu.. Ya!! Kamu!! Akan meLAFAZKAN CINTAMU.. BICARA HATInya, tetap dan akan terus menanti.. Biarlah apa jua melanda, jarak jadi penghalang, masa jadi pemisah, biar datang GERIMIS DI HATI, biar dilambung ombak tsunami..


Yakinlah.. Di sini KASIHKU ABADI.. Mungkin ada saat-saat yang mana kita makin jauh.. Dek dihambat kesibukan yang tak henti datang menjengah.. Saat itu mungkin kau merasa angin meyapa lembut pipimu, hujan memercik lembut di jemarimu, sesungguhnya itulah titipan BISIKAN RINDUku.. Moga aku, moga kamu, tetap terus sabar dan tetap terus SETIA MENANTI.. Dan tak akan terasa walau secalit perasaan yang SEPI TANPA CINTA..


Dalam hidup, kita selalu bermimpi.. Namun kadang waktu, hidup yang kita lalui mungkin TAK SEMANIS IMPIAN yang kita mimpi.. Tapi orang kata, cinta itu kehidupan dan kehidupan itu cinta.. Jika kau sedar betapa MANISNYA CINTA, hidup tetap penuh makna biar ianya tak semanis impian..

Kamu ibarat MR. CINDERELLAku.. Hadirmu bawa senyuman di wajahku (lain kali bawa rombongan meminang ekkk!!)..

Duduk menyendiri, di petang yang redup, SEREDUP KASIHMU.. Entah kenapa, tiba-tiba, fikiran ini melayang jauh memikir kamu nun di sana.. Ahh!! Rindu bertandang lagi.. OMBAK RINDU yang ku rasa ini tak pernah lelah menghempas pantai, akan terus berombak walau seribu tahun lagi.. ( Seribu jerrr???)


Ya!! Seribu tahun lagi.. Itulah SETULUS JANJIku.. Walau aku sendiri masih tak pasti, ada kasihkah di hatimu, ada cintakah di hatimu untukku.. Andai ada, aku juga tak pasti SEDALAM manakah CINTAMU, ORIGINALkah cintamu, tapi andai itu takdirNYA untuk kita, satu hari tetap jua bersemi.. Dalam GEMERSIK KALBUku, satu waktu nanti aku yakin, akan ada CINTAMU DI HATI.. =)

* * * * * * * *

Segala yang dicoret tiada kena mengena dengan tuan blog atau mana-mana individu yang hidup atau yang telah tiada.. Hanya rapuan semata di saat kebosanan.. Harap maklum.. Ngee.. Penat mencoret.. Pening sebab tiba-tiba dalam gambar yang aku capture, ada novel MR. CINDERELLA dengan ORIGINAL, terbelit-belit otak nak fikir ayat.. Kali ini versi jiwang, lain masa lain kesempatan, aku buat versi lawak punya.. Lama pula rasa tak mengeluarkan skill lawak yang ada.. Ekeke.. =p

Esok nak menuju ke Kajang berjumpa dengan Faizah Fuad dan "kekasihnya" menyelesaikan beberapa permasalahan negara.. Haha.. Rindu nak gosip!! Farhana.. Have a safe journey.. Hee.. And dear readers, take care and good night.. Assalamualaikum.. =)

Manusia Berubah

15 comments
Assalamualaikum.. Salam Ahad untuk semua.. Cuaca yang redup di bumi Melaka, selepas agak lama bumi Melaka ini panas tak berhujan, rasa ingin tidur sepanjang hari.. Aktiviti di saat ini selain lepak bersama keluarga, minum petang, sambil-sambil mendownload sebuah filem cinta dari Thailand.. Selepas pengalaman menonton Crazy Little Thing Called Love a.k.a First Love, aku secara tak sengaja menyimpan minat untuk menonton lagi karya-karya cinta dari Thailand.. Kebetulan ada kawan yang cadangkan aku untuk menonton Bangkok Traffic Love Story, sebuah filem cinta keluaran tahun 2009.. Harapan semoga ianya mendatangkan bunga-bunga cintalah ya dalam hati.. =)

Dah hampir seminggu di Melaka, ada lagi seminggu lebih sebelum pulang ke Ipoh.. Misi yang akan aku mulakan, atas dorongan dan bantuan dari mak dan makcikku, adalah misi menurunkan berat badan secara SERIOUS dan BETUL-BETUL juga TAK MAIN-MAIN.. Hoho.. Sasarannya adalah dalam masa 6 bulan, badan mesti dah susut dan kecut juga mantap!! Haha.. Harap sangat aku kuat semangat.. Maka untuk itu, aku telah bertemu dengan seorang businessman yang kacak, jambu lagi kurus segak bergaya iaitu Adik Herbalife kita.. Pertemuannya adalah pada petang tadi, lebih kurang dalam jam 3 bertempat di Puteri Resort Melaka..

Ikutkan, hari Jumaat lepas Joe telah menawarkan pada aku untuk join aktiviti Herbalife selama 2 hari 1 malam di Puteri Resort, tapi atas sebab tertentu dan faktor segan dengan Joe, jadi aku tak dapat menghadirkan diri pada hari Sabtu.. Maaf Joe!! Kita masih kawan lagi walau selama 30 tahun kan? Ekeke... Jadinya, pertemuan hanya pada hari Ahad, iaitu untuk membeli Herbalife dan menjadi ahli saja.. Okay okay!! Siapa-siapa rasa nak makan Herbalife, bolehlah calling-calling aku.. Ekeke.. Berbusiness pula kita ya.. =p

Kali terakhir bertemu dengan si dia ini ialah lebih kurang 8 atau 9 bulan yang lalu.. Lama juga dah tak jumpa.. Satu ayat Joe yang paling MENGANCAM tadi, "Cik Hana nampak lain" Keh keh keh.. Ya ya!! Betul sangatlah apa kata Joe.. I KNOW I HAVE PUT ON SO MUCH WEIGHT!! Makin stress sebab nak habiskan final year, makin banyak aku makan..


Manusia berubah.. Betul tak? Dalam arus masa, perjalanan dunia, sikit tak banyak pun pasti ada yang berubah.. Fizikal malah juga emosi.. Lama tak jumpa, ada yang makin berisi, ada yang makin mengecut, ada pula yang jadi makin pendiam dan pemalu.. Tak mustahil juga jadi seorang yang banyak cakap sampai berhenti pun tak tahu.. Kerana masa, manusia berubah.. Kerana makan, manusia berubah.. Kerana kasih, sayang dan cinta, manusia berubah.. Kerana wang juga, manusia boleh berubah.. Moga apa pun yang berubah, biar berubah itu ke arah kebaikan dan bukan ke arah sesuatu yang melingkupkan..

Hurrmm!! Banyak juga masa yang dah berlalu jika dicongak dan dikira.. Entah kenapa, rasanya ada yang berubah.. Mungkinkah kita boleh tahu samada seseorang itu sudah mula menyayangi kita? Apakah gerak hati kita benar atau selalunya itu mainan perasaan semata? Kita rasa dia mula sayang kita tapi hakikatnya, mungkinkah rasa itu cuma sekadar kita yang rasa? Entahlah.. =p

Salam petang Ahad untuk semua.. Selamat berhari Isnin juga.. Jaga diri.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Biar berapa lama jari mencongak mengira, biar berapa jua detik pun dah berlalu, biarlah walau ianya sedetik lebih, sayang itu tetap jua ada.. MAK!! SAYA SAYANG "DIA" MAK!! =)


DI KALA PENUH KETAKUTAN, DENGAN BADAI KEHIDUPAN..
KU BERSYUKUR, ADANYA KAMU..
- Dugaan buat kita jadi makin dewasa kan? -
=)


Selamat Tinggal Kawanku, Tak Mudah Aku Pergi.. Bila Wajahmu Sentiasa Di Hati Ini..

6 comments
Assalamualaikum.. Salam pagi Jumaat untuk semua.. Waktu makin beranjak pergi.. Sudah berapa saat dan ketika berlalu, aku pun tak sedar.. Malas aku untuk mengira detik dan waktu lagi, biarlah apa yang datang, biar datang.. Apa yang ingin pergi, lepaskan ia pergi.. Ada yang bilang, sekeras mana kita mencuba, apa yang takkan terjadi tetap takkan terjadi..

Dah berhari-hari rasanya aku putar lagi dan lagi.. Apa yang melekat dalam kepala dalam hati aku, cumalah bait-bait lirik yang berbunyi "Selamat tinggal kawanku.. Tak mudah aku pergi.. Bila wajahmu sentiasa di hati ini.. Mengapa semua jadi begini.."


Hidup ada banyak fasa.. Ada lebih dari seribu satu jenis perasaan di setiap fasa yang kita lalui.. Unik dan istimewanya kita sebagai makhluk yang bergelar manusia bukan? Ciptaan Allah yang dikurniakan dengan segala macam perasaan, juga akal fikiran yang menjadi peneman perasaan, yang menjadi penunjuk arah untuk kita mengharung hidup sehari-harian..

Jodoh, ajal, pertemuan dan perpisahan.. Segalanya telah tersuratkan.. Bila tiba satu waktu itu, kita sangka kita bersedia menghadapi, kita yakin diri mampu mengharungi, tapi hakikatnya, kita tak pernah menjangka, bahawasanya kesediaan kita itu sebenarnya belum lagi mencukupi.. Atau boleh aku katakan, sejauh mana pun kita rasa kita dah bersedia menghadapinya, kita kata pada diri kita LETS PREPARE FOR THE WORST, tapi bila saat dan waktu itu tiba, ianya sama sekali berbeza.. Biarlah!! Lantaklah!! Apa pun yang terjadi, samada kita bersedia atau tidak, jalan itu perlu juga kita harungi walau bagaimana cara sekalipun.. Jangan kata merangkak, mengesot, berguling-guling, berlari-lari, waima marathon sekalipun, tetap juga perlu kita lalui..

Sampainya kamu di satu perhentian rehat di perjalanan itu nanti, kamu akan tahu, samada jalan itu sukar atau senang.. Adakah ada bezanya bila mana kamu bersedia ataupun tidak bersedia untuk melaluinya.. Kamu akan tahu apa yang perlu dan apa yang tak perlu untuk kamu meneruskan perjalanan yang berikutnya.. Dan untuk meneruskan perjalanan itu dengan merangkak atau memecut, itu juga terpulang pada kamu..

Diibaratkan macam inilah.. Macam kita memandu di lebuh raya.. Dari segi persediaan sebelum mula berjalan, semua dah siap sedia ke, atau main redah saja memandu, kita bawa laju macam pelesit ke, lambat macam siput sedut ke.. Jadi untuk perjalanan kita yang kali kedua nanti, kita tahu apa perlu kita sediakan, kita tahu berapa lama perjalanan kita, jadi kita nak tekan sampai 110km/j ke atau cukup sekadar 60km/j, semuanya dah ada dalam kepala otak kita..


Kadang-kadang, ada waktunya, ada situasinya, kita perlu jatuh untuk merasa sakitnya, kita perlu terhantuk untuk kita terngadah, kita perlu melalui apa jua jenis perasaan untuk kita tahu bagaimana untuk kita menghadapi setiap satunya.. Jangan pula dah jatuh, sekali dua kali, malah beribu kali pun tak merasa sakitnya.. Bila tak merasa sakitnya, maka anda akan jatuh mungkin lebih dari satu juta kali dan satu.. Sakit barangkali tetap jua tak terasa, tapi tulang temulang anda semuanya, mungkin dah retak menanti patah setiap satunya.. =)

Aku sangka selamat tinggal itu mungkin tak adalah sakit mana, tapi bila dah melaluinya, merasainya, jujur aku katakan, aku belum bersedia lagi untuk menghadapinya.. Tapi itulah kehidupan kita manusia, tetap juga kena harung walau bagaimana.. Paling tidak aku belajar, bagaimana untuk melaluinya..

Salam hujung minggu untuk semua.. Assalamualaikum.. =)


LIFE SPEAKS : Bersedia atau tidak, BOLOS saja dinding itu.. =p


Mimpi Yang Jadi Nyata

Assalamualaikum.. Selamat malam untuk semua.. Selamat sampai rumah juga akhirnya tepat jam 8 tadi.. Ingatkan akan tersadai di mana-mana pelosok bumi di Malaysia ini.. Heh.. Hari yang perlu diingati dan disemat dalam otak, dalam jiwa dan dalam raga.. Mana mungkin boleh lupa..


Bukannya tak dijangka, tapi tetap juga hati tak kuat walau benda terjadi seperti yang kita jangka.. Jauh lagi perjalanannya.. Banyak lagi perlu dipelajarinya.. Mimpi yang dah jadi nyata.. Mimpi kalau indah, jadi nyata, pasti seronok rasanya.. Ini mimpi buruk, kalau jadi nyata, perit yang dirasa memang bukan calang-calang menusuk ke jiwa.. Ternyata mimpi keseorangan itu, kini dah jadi nyata.. Pujuk hati dari tadi, tapi mana mungkin baiknya dalam sekelip dua kelip mata kita ini.. Lukanya tetap akan rasa, sampailah berakhir kelak 6 bulan perjalanan penuh ranjau ini..


Meninggalkan Kuala Lumpur tepat jam 6 petang tadi.. Hati yang tak berhenti meragam, tambah lagi dengan mata yang tak boleh nak duduk diam, asyik gatal nak mengalir air mata.. Sungguh!! Dah dijangka, tapi kenapa mata tak boleh nak berhenti menangis.. Mungkin dek kerana memikirkan perjalanan yang kali ini akan dilalui tanpa "mereka mereka" di sisi.. Cengeng betul kau kan Farhana.. Nak ditambah lagi garam pada luka, HOT FM duduk memutarkan lagu yang menambahkan lagi sendu..


Mula-mula First Edition diiringi Aizat dengan lagu Perpisahan Ini.. Tak lama, lagu dari kumpulan Brothers bertajuk Teman Sejati.. Sepanjang jalan pulang, mana mungkin berhenti mengalir air dari mata ini.. Tatkala ini pun, mengalir juga air mata yang ditahan bila mendengarkan alunan ini.. Ya Allah.. Kuatkan hati hamba-MU ini.. =(


At this moment, nothing that I can do.. I just wish that I had the power to vanish myself.. Ouh please.. If only I can fly, but my wings are broken.. Dang!! Why you're so weak..

Anyway.. Congratulation once again to ALL MY LOVERS.. Jaga diri elok-elok semua.. =)

Selamat malam.. Assalamualaikum..


Terkadang aku jatuh dan menangis
Terkadang aku rebah tak daya berdiri
Ku gentas bunga di perantauan
Membalut luka hati
Melindungiku dari resah yang menghujan


Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.