Encik, Selamat Hari Lahir

7 comments
Assalamualaikum.. Salam pagi Ahad..

Tanggal 1 Muharram 1433 H.. Bersamaan 27 November 2011.. Salam Maal Hijrah buat semua.. Hmmm.. Pada tarikh ini juga, beberapa puluh tahun yang lalu, lahir seorang bayi lelaki.. Bayi lelaki yang comel, kot? 

Dan selepas beberapa puluh tahun itu, bayi lelaki itu kini sudah menjadi seorang jejaka.. Dan telah tertulis dalam takdir aku takdir dia, kami berkenalan dan menjadi sahabat.. Bila dicongak-congak, rasanya perkenalan dan persahabatan ini sudah mencecah 2 tahun setengah.. Syukur..

Sepanjang mengenalinya, bagi aku dia seorang yang misteri, kadang pelik, dan tak banyak berbicara dan bercerita pada awalnya.. Makin lama mengenali dia, baru aku tahu apa makna loyar buruk dan kartun yang sebenarnya.. Seorang yang selalu bikin aku tersenyum dan marah pada waktu yang sama..

Perkara-perkara yang paling aku ingat berkaitan dengan dia dan sampai bila-bila pun aku takkan mungkin lupa, PERTAMA, "salam doktor" dan KEDUA, "selamat hari jadi sayang".. Benda yang sinonim dengan dia.. Hee.. :D

Dan di hari ini, usianya bertambah setahun lagi.. Dan tak sangka, selain dari aku, ada lagi orang-orang lain yang nak tumpang wish dalam entry ini.. Ish ish ish.. Kejap nak usha, siapa gerangan orang-orangnya..

* * * * *


Ops!! Siapakah adik comel yang bercermin mata old school ini? Haha.. Adik comel pun tak nak lepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir untuk Detective Conan.. Lepas itu, boleh pula dia bertanya, Detective Conan ni lelaki ke perempuan? Kah kah kah..


Oh.. Yang ini pula adik kacak dengan ucapan Happy Birthday Doraemon.. Soalan dari yang kacak ini, "Kenapa Doraemon? Dia gemuk ke?" Haha.. Aku cuma tergelak.. Bukanlah wahai si kacak, bukan gemuk tapi dia kartun..


Ini adik banyak manislah.. Adik siapalah.. Hoho.. Dan adik ini mengucapkan selamat hari lahir dalam bahasa Cina, Sheng Ri Kuai Le.. Nak ambil gambar yang style-style saja.. Depan cermin juga dipilihnya.. Adehhh..


Eh, adik kacak lagi? Haha.. Selepas melihat kakaknya bergambar di depan cermin, dia pun teringin, katanya "Jom ambil gambar lagi.. Banyaklah wish Doraemon dapat tahun ni.." Fuh!! Macam-macam bahasa ucapan hari lahir ya.. Dan sepatutnya ada sekeping lagi gambar dari mereka tapi disebabkan banyak perkataan perlu ditulis, jadi mereka surrender dan meminta ianya ditaip di dalam enrty sahaja.. Hehe..

Dan bersama dengan ucapan hari lahir di atas tadi, dititpkan sekali doa..

1) Moga Encik terus cool, steady dan kartun selalu..

2) Berjaya dalam kerjaya, dalam hidup di dunia dan akhirat..

3) Dan kata mereka, "Ingat lagi tak Encik dengan entry LELAKI SEPERTI AKU yang Encik tulis?" Mudah-mudahan tercapailah segala impian untuk diri dan keluarga tercinta seperti yang telah encik tulis di dalamnya..

4) Dan semoga hidup Encik sentiasa dalam limpah kurnia dan hidayahNYA, dan juga mendapat keberkahan dariNYA.. Amin..

* * * * 


Ini doa aku, doa mereka, doa kami untuk dia di hari lahirnya.. Mudah-mudahan dengan pertambahan usia dan bersempena tahun baru ini, segala jalan akan dipermudahkan.. Okay, habis baca doa, kita makan kek hari jadi.. Jom jom!!


Eh, ke boleh tengok je? Tak boleh makan eh? Ops!! Sorry Encik.. Apa pun, kek ni comel kan? Hehe.. Nanti kita beli yang boleh makan punya eh.. =)


Dan sekian coretan entry yang ringkas di hari lahirmu.. Walaupun tak setouching dan semendalam seperti SELAMAT HARI JADI SAYANG, harapnya sudilah dibaca.. Dan sekali lagi, ENCIK, SELAMAT HARI LAHIR..

Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Selamat hari lahir diucapkan untuk saudara blogger, Azuan Daud : Jangan Bukak Blogspot.. Wah.. Dah sejuta kali kot aku ucapkan Selamat Hari Lahir.. Heee.. Last okay, but not least.. Selamat Hari Lahir.. Boleh tak aku nak cakap, ucapan itu ucapan yang ke satu juta dan satu? =) 


Salam Maal Hijrah 1433 H

Leave a Comment

Mudah-mudahan, yang telah berlalu pergi kita jadikan sempadan dan pengajaran.. Dan untuk esok, kita buka lembaran baru, kita orak langkah supaya hari ini dan seterusnya adalah lebih baik dari hari-hari yang telah kita lalui dan tinggalkan.. 

Assalamualaikum..

P/S : Baru sampai ke rumah, penatnya tak terkira selepas berkemas.. Mata pun layu dan berat saja.. Esok perlu ke sana lagi.. Rumah baru berdepan dengan masjid besar Melaka, dapat bersama-sama mendengar, berdoa dan mengaminkan doa akhir tahun dan doa awal tahun tadi.. Azan pun kedengaran sangat kuat dan jelas.. Syukur.. Mudah-mudahan ini jadi satu benda yang bawa diri ke arah lebih baik di tahun baru ini.. 

Selamat Datang Ke Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka

15 comments
Assalamualaikum.. Riang gembira hati menulis sekarang sebab kini dah meninggalkan bumi Kuala Lumpur yang penuh kisah ranjau duka, selamat tiba di Melaka tepat jam 2 petang tadi dan kini bersama keluarga tercinta.. This is just heaven..

Eh.. Apa pasal duduk selamat datang ke Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPM) eh? Aku dah tukar proffesion dan menjadi guru pula ke? Kalaulah boleh tukar begitu saja, dah lama aku buat.. Tak larat nak menempuh dunia perubatan.. Heh.. Tak apa, lupakan kejap, balik semula kita ke IPPM.. Apa cerita eh?

Kredit gambar kepada SITE INI


Kepada para peminat Cahaya Yang Riang Gembira, wahai adik-adik bakal cikgu sekalian, walaupun anda semua dah bercuti dan tak berada di IPPM, tapi sekembalinya anda ke IPPM, anda semua akan mendapat ahli keluarga baru, iaitu Cik Cahaya Yang Riang Gembira dan keluarga.. Haaa.. Happy tak? Happy tak? Haha.. Budget macam artis, popular ke?

Salah satu tujuan kepulangan aku kali ini, bukan saja balik bercuti selama 6 hari, tapi juga sebab nak tolong mengemas apa yang patut, angkut barang itu ini, sebab hujung bulan November ini, InsyaALLAH akan berpindah masuk ke IPPM dan tinggal di kuarters yang mana rumah kami adalah di Tingkat 3.. Memang masaklah aku nak naik turun tangga, lif pun tak ada..

Alangkah bagusnya kalau barang-barang boleh dicampak dari bawah ke atas, shoot terus ke balkoni.. Tak payah susah-susah naik tangga.. Huwaaa!! Automatically, my father will become the warden for that block.. Adik-adik semua, mari kita bekerjasama ya.. Keh keh keh..

Dah namanya Institut Perguruan Perempuan, makanya pelajar-pelajar di sini semua adalah gadis-gadis ya.. Jadi, okaylah juga aku rasa perpindahan kali ini.. Suasana baru, keadaan baru, orang-orag baru.. Alangkah bagus kalau aku boleh buat benda yang sama di Kuala Lumpur.. Kurang sikit perit yang ditanggung.. Tapi tak apalah, orang kata, hati akan jadi numb lama-lama nanti.. Tak rasa apa dah..

Okaylah.. Jom sambung packing barang.. Kesibukan boleh merawat kerunsingan dan kedukaan.. Heee.. Selamat malam semua.. Happy selalu.. Assalamualaikum.. 

Wordless Wednesday #12 : An Apple A Day Keeps The Doctor Away

1 comment

Eat apple a lot..

Love a lot..

Salam Rabu untuk semua.. Moga urusan anda hari ini berjalan lancar.. Mudah-mudahan.. Jaga diri.. Assalamualaikum..
=)

Tips Mencari Pasangan Versi Ultraman

5 comments

Assalamualaikum.. Salam pagi Selasa untuk semua dan selamat bekerja.. Eh, ke ada yang buat-buat cuti umum sendiri? Ekeke.. Apa pun, kerja elok-elok ya.. Jangan mengular.. 

Pagi ini cukuplah entry pendek.. Sweet and simple.. Perihal mencari pasangan.. Status di bawah ini aku baca di dinding mukabuku seorang sahabat lama ketika di sekolah rendah.. Nak gelak aku membacanya.. Tapi, makna dia mendalam.. Jom usha..

* * *

找男朋友,要求不要太多了,又帅又有车的,那是象棋。有钱又有房的,那是银行。有责任心又有正义感的,那是 Ultraman。又帅有车有钱有房又有责任心与正义感的,那是在银行里下象棋的 Ultraman

* * *

Okaylah.. Aku tolong translatekan tapi tak adalah sejibik sejibun.. Aku ambil intipati saja..

"Kalau nak cari teman lelaki, permintaan tak perlu tinggi melangit.. Nak yang kacak bergaya berkereta, itu dah macam catur.. Nak banyak duit dan berharta, itu bank.. Nak yang bertanggungjawab dan adil, itu pula dah macam Ultraman.. Nak kacak bergaya berkereta, banyak duit berharta, bertanggungjawab dan adil, itu dah macam Ultraman yang main catur dalam bank.."

Serious nak gelak aku baca.. Mesti ramai yang tertanya apa kena mengena kacak bergaya berkereta dengan catur kan? Sedikit trivia yang aku nak kongsi, kalau nak tahu, dalam catur Cina @ dam Cina, ada buah-buah catur yang diatasnya bercopkan perkataan "KACAK" dan juga "KERETA".. Itu sebabnya status itu ditulis sebegitu..

Kesimpulan yang cuba disampaikan, mengikut pandangan akulah, dalam mencari pasangan, jangan terlalu picky, cerewet, nak yang betul-betul macam pesen gini, nak yang sebiji macam pesen gitu, sebab bukan senang.. Macam yang ditulis di atas, nak yang semua pakej TERBAIK, ibarat macam Ultraman main catur dalam bank.. Mungkin ada ultraman begitu tapi kebarangkalian nak jumpa atau situasi yang menyebabkan ultraman bermain catur dalam bank, adalah teramat kecil.. Sedangkan ultraman itu sendiri pun tak wujud kan..

Aku ada baca, cari pasangan, salah satu petuanya adalah biar pilihan kita itu sebaik-baiknya adalah seorang yang boleh MEMAHAMI, MEMAAFKAN dan MEMOTIVASIKAN kita.. Itu yang sebaiknya.. Atau kita fikirkan kembali perkara yang selalu kita dengar orang kata, yang kita selalu baca.. Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara..

1) KERANA HARTANYA
2) KERANA KEDUDUKAN / KETURUNAN
3) KERANA RUPA
4) KERANA AGAMA

Have a great day ahead peeps.. Take care.. Assalamualaikum.. =)

Hanya Nyanyian Dalam Sepi



Haih.. Betul-betul tak ada kerja aku ni.. Layan jiwang kejap..
Selamat malam Malaysia..
Assalamualaikum..

* * *

"Apalah ada padaku, hanya nyanyian dalam sepi.."



Syukur Alhamdulillah

2 comments


Syukur Alhamdulillah.. Tahniah pasukan Malaysia.. Terima kasih juga dari kami rakyat Malaysia.. Macam orang gila aku layan streaming seorang diri.. Menjerit meraung dalam bilik.. Akhirnya..

Penat tak habis lagi balik dari shopping di OU2 tadi, terus aku terkam laptop.. Fuhhh!! Bergelora!!

One last word before going to sleep, "Aummmmm".. Selamat malam semua.. Mimpi malam ini pasti indah untuk semua rakyat Malaysia..

Assalamualaikum.. ;-)

Published with Blogger-droid v2.0.1

3 Peristiwa 18 November Untuk Dikenang

3 comments
Assalamualaikum.. Mata dah mengantuk, berat yang amat.. Tapi nak gagahkan juga tulis cebisan ini.. Tajuk dah sehabis fikir, itu saja yang termampu diperah.. Berapa minit saja lagi 18 November akan melabuhkan tirai (ataupun dah melabuhkan tirai pun saat aku habis menulis coretan ini), jadi aku abadikan antara peristiwa yang boleh aku kenang pada 18 November dalam cebisan ini.. Ini pesen pemalas nak tulis, point form tak ada hal kan? Ekeke..

Keserabutan hidup masih belum lagi settle.. Ambil masa nak selesaikan satu persatu dan settle down.. Pening jugalah.. Ditambah lagi dengan pening memikirkan kenapa dah genap 18 hari, suara aku masih lagi tak baik-baik.. Risau aku kalau selamanya begini, suara tenggelam timbul, ada tak ada.. Huuu.. 

18 hari yang lepas aku mula sakit.. Batuk, demam, dan segala macam pakej.. Aku dapat rasakan kelainan tentang sakit aku kali ini, sebab memang tak pernah alami sakit begini.. Dan memang jenis aku tak suka pergi klinik, tapi kali ini tergerak hati nak pergi, itu pun selepas seminggu sakit.. Doktor suspect aku kena jangkitan paru-paru.. Tapi tak adalah sampai masuk hospital.. Macam-macam jenis ubat jugalah aku telan.. Paru-paru aku pun dah okay rasanya.. Cuma batuk aku masih lagi teruk dan suara tak pulih lagi.. Musykil kejap.. Memang sepanjang 3 minggu, mood aku ke laut.. Berat aku pun turun sebab tak selera makan.. Mak, makcik aku kata, aku dah kecut.. Haha..

Tapi terima kasih pada 18 November sebab jadi satu hari yang ceria dalam hidup aku.. Lupa kejaplah yang aku tak berapa nak sihat..



Pertamanya sebab sahabat baik aku datang melawat aku.. Kami pergi beronggeng ke One Utama, ke Damansara.. Meredah hujan, meredah sesak.. Penat gila badan.. Tapi seronok sebab ada peneman sunyi sepi.. Terima kasih ya Faizah Fuad.. Seronok aku dengar kisah cinta dia.. Tumpang sekakilah rasa bahagia bila dengar tahun depan dia nak berkahwin.. Semoga dipermudahkan segalanya.. :D




Keduanya, pertama kali dalam sejarah, aku menonton wayang dalam format 3D.. Aku dengan Faizah sepakat memilih untuk menonton The Adventures Of Tintin.. Cerita yang berdurasi 1 jam 47 minit ini boleh tahan jugalah.. Cuma mungkin sebab pertama kali aku tengok wayang 3D, pening gila kepala.. Loya, sakit tengkuk dan macam-macam sakit lagilah.. Jadi tak dapat nak feel betul-betul cerita dia.. Kemuncak pening aku bila si penyanyi soprano menjerit sampai pecah cermin.. Mak aih!! Pengsan!! Sampai sekarang aku duduk pening-pening lagi..




Ketiga, sebelum menutup tirai 18 November.. Epal.. Heee.. Dalam berat-berat mata aku, sempat juga aku jenguk-jenguk blog yang wajib dijenguk.. Tiba-tiba aku terperasankan sesuatu, background blog seseorang ada epal sebagai latar belakang.. Terima kasih banyak pada connection internet yang slow, barulah aku berpeluang nampak epal sebiji di situ..

Terus aku senyum lebar tak hengat dunia.. Sampai sekarang pun senyum.. GILA!! Haha.. Tak kisahlah tuan dia nak kata aku perasan sorang-sorang ke, syok sendiri ke, apa ke, yang penting hati aku gembira sangat hari ini lepas melihatnya.. Berapa kali dah aku tengok eh lepas aku tahu ada epal di situ? Budget macam ada kena mengena dengan aku.. Kah kah kah.. Adoilah hati.. Kau memang suka syok sendiri kan? =p

Sampai sini.. Selamat berhujung minggu semua.. Jaga diri.. Assalamualaikum..



At the moment, in love with this..
*I hide those words that I want to tell you*

Cebisan Kata Aaron Aziz Dalam Kekasih Awal Dan Akhir

4 comments
Assalamualaikum.. Salam pagi Selasa..

Mood nak berblogging memang tak ada langsung.. Ke laut.. Heh.. Tapi mood menulis tiba-tiba datang lepas mendengarkan cebisan kata dari Aaron Aziz melalui telemovienya yang bertajuk KEKASIH AWAL DAN AKHIR..

Cukup dalam makna dia, cukup padat isi dia dan cukup jelas mesej dia.. Begini bunyinya..




"Dalam kehidupan ini, jangan pernah mengambil kesempatan terhadap orang yang kita sayang, terutamanya pada isteri.."

"Kalau cinta pada isteri sudah tiada, pegang pada kasih sayang.. Kalau itu juga sudah tiada, pegang pada amanah.. InsyaALLAH tidak akan diabaikan.."

* * * * *

Betul sangat!! Cebisan kata-kata itu memang buat aku berfikir sejenak.. Ada keluhan dalam hati, yang mana aku sendiri sukar hendak tafsirkan.. Benar apa yang dikata.. Tak salah pun.. Dan tak melampau aku kata, ianya boleh jadi kunci pada sebuah perkahwinan yang kukuh..

Lets think about it.. Have a nice day peeps.. Take care.. Assalamualaikum..

Let Us Forever Be The Monday Couple.. To Miss Ripley, Goodbye..

Leave a Comment
Assalamualaikum.. Terasa lama.. Sangat lama aku tak mengetuk papan kekunci laptop kesayangan ini.. Sampai terasa mahu bersara saja.. Heh.. Hidup semenjak dua menjak ini terlalu banyak pahit manis kelat masamnya.. Apa lagi daya yang ada, terus saja berdiri biar pelu menongkah memegang tongkat.. Yakin yang DIA sentiasa ada bila mana kita rasa tiada siapa berdiri di sisi saat susah dan perit kita..

Hampir seminggu lebih dah aku bercuti.. Berada di rumah memang nikmat tanpa perlu memikir beban itu beban ini.. Ada mak, ada abah dan ada adik-adik yang bisa teman bicara, teman ketawa, teman menangis juga.. Apa yang boleh dikata, cuti kali ini beri kepuasan.. Sebab apa?



Credit pictures to this site

Salah satu kerana adanya Monday Couple yang temani aku.. Hati rasa bunga-bunga saja bila bersama mereka.. Terasa seperti aku pula yang bercinta.. Haih.. Dalam seminggu, habis 67 episod RUNNING MAN aku khatamkan.. Belum lagi kira beberapa episod yang aku ulang tayang.. Contoh macam episod di atas.. Episod 18 yang berlangsung di atas Busan International Cruise Ship.. Memang buat aku terasa bunga-bungalah dalam hati.. =p


Credit picture to this site

Dan lagi yang menjadi kegemaran dah tentu episod 59 yang menyaksikan keromantikan pasangan Tiger JK dan isterinya Yoon Mi Rae.. Omo!! Tiger JK memang boleh buat orang jatuh cintalah.. I just love the style.. Selebet tapi macho.. =p

Thanx a lot to RUNNING MAN sebab menghiasi hidup aku dengan sejuta lemon gelak ketawa.. Terasa awet muda bila menontonnya.. Tak payah layan apa pun, layan RUNNING MAN saja dah boleh menceriakan hari yang suram.. Keh keh keh..

Dalam gelak tawa yang menemani aku minggu cuti begini, aku turut menghabiskan air mata untuk sebuah drama Korea yang dah lama aku download cuma sekarang saja berkesempatan menontonnya.. Drama bertajuk GOODBYE MISS RIPLEY lakonan mantap Lee Da Hee dan Micky Yoo Chun.. Drama yang berat, kadang rasa agak slow tapi masih belum sampai tahap aku kena fast forward dan yang penting meruntun jiwa.. Awal-awal cerita memang hati bunga-bunga sebab banyak scene cintan cintun, hati berdebar sebab banyak scene si heroin berbuat jahat, tapi mula dari episod 11 sampai 16 memang kerja aku menangis sajalah.. Gila sadis aku.. Haha.. Dan kesemua 5 episod terakhir aku habiskan malam tadi.. 


Credit picture to this site

Kisah bagaimana keadaan hidup dan kesusahan membentuk seorang wanita cantik menjadi penipu, penggoda dan gilakan kekayaan, pangkat dan status.. Aku sedikit pun tak benci pada watak heroin jahat ini sebaliknya aku rasa dia sangat kasihan.. Walau dalam ketamakan dia tapi masih lagi ada keikhlasan cinta dalam diri dia.. Sebenarnya, kehidupan boleh menjadikan manusia seorang yang menakutkan, kan?

Dari cerita ini, banyak benda yang buat aku terkesan dan tersedar.. Aku rasa macam diri sendiri ada persamaan sikit dengan watak utama drama ini.. Aku tengok orang bahagia, aku pun terasa nak kecap benda yang sama.. Sampaikan aku tak kisah macam mana caranya.. Aku cakap dengan diri aku, mungkin boleh cuba, benda lain, risiko yang akan datang belakang kira.. Tapi bila aku dah cuba, sampai satu masa, aku rasa aku tak bahagia pun.. Mungkin sebab cara aku salah.. Dan apa yang sebenarnya aku nak bukan itu.. Mungkin cukup sampai sini.. Mungkin jalan bahagia aku bukan begitu.. Aku terima.. Dan aku putuskan, biar terhenti di sini.. 

Dengan mak juga sudah aku ceritakan, nasihat mak, mungkin kita berjaya kecap apa yang kita nak, kita bahagia, tapi orang-orang yang terkesan dengan apa yang kita buat, bahagiakah mereka? Dan bila mana kita tahu ada orang-orang lain yang hidupnya tak bahagia kerana tindakan dan keputusan kita, berapa lama bahagia kita boleh bertahan? Aku terus berfikir kebenaran kata mak, dan aku kata pada diri aku, FARHANA, LETS STOP EVERYTHING!

Tarik nafas dalam-dalam dan lepas.. Lega.. Cuti kali ini bikin aku fikir banyak benda.. Bikin aku sedar dengan apa yang aku dah buat, apa yang perlu aku buat, bikin aku mengerti dalam mengecap bahagia, kesabaran itu perlu.. 

Selamat malam semua.. Assalamualaikum..


Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.