31/12/2011 Ke 1/1/2012

1 comment
Assalamualaikum..

Tinggal lagi beberapa jam kita dah nak menginjak ke tahun baru 2012.. Sana sini dah tentu orang cakap pasal azam baru.. Hurm.. Azam.. Azam? Azam.. Hehe.. Sejak aku buka mata lihat dunia hingga kini dah cecah 24 tahun 11 bulan, macam-macam azam dah aku tanam.. Ada yang tercapai, ada yang ditunda, ada pula yang dah cancel.. Eh! Boleh cancel-cancel eh? Ekeke..


2011.. Menyaksikan banyak kejatuhan dalam hidup aku.. Eceh.. Dah macam  tuan pengarah sebuah syarikat pula, siap ada jatuh bangun bagai.. Kejatuhan apa, biarlah aku saja yang tahu.. Perit memanglah perit, tapi semangat kenalah tanam semula.. Jatuh lalu bangun, itu kejayaan yang sebenarnya.. Tapi kalau dah jatuh, terus duduk dan tak nak bangun, itu gagal yang sebenar-benarnya.. Saat-saat getir di tahun 2011 ini banyak buka mata aku tentang keadaan keliling aku, orang-orang yang ada dalam hidup aku, pendek kata apa yang aku tak nampak bila aku berjaya, duduk di atas.. Syukur! =)

2012.. Seperti tahun-tahun sudah, impian, azam dan cita-cita aku setinggi Burj Khalifa.. 1/1/ 2012, biar aku mula mendaki dari bawah, mudah-mudahan, pengakhiran 2012 nanti aku dah berada di puncak Burj Khalifa.. InsyaALLAH..

Usia pun bukan muda lagi, dah perlahan-lahan menapak masuk ke usia lebih dewasa, hidup lebih pancaroba, kena usaha lebih lagi, tampung mana yang kurang, yang kosong kita mula isikan, dan yang baik kita jadikan lagi baik..

To dear readers, who have always stay beside me going through ups and downs of Cahaya Yang Riang Gembira, thank you so much.. Moga anda semua bergembira dan berbahagia selalu.. Jaga diri jaga kesihatan jaga peribadi.. Assalamualaikum.. 

Zikir Buat Dhia

2 comments
Assalamualaikum.. Salam malam minggu semua.. Hari Jumaat, hari yang agak memenatkan, sampai saja bilik, terus tertidur tak sedarkan diri.. Bangun-bangun, terus aku feeling-feeling nak layan Tentang Dhia episod akhir.. Maklumlah orang tak ada tv, kenalah tunggu orang upload online.. Motif gambar bawah ini diletak dengan Tentang Dhia? Entahlah.. Cuma nak cakap, semua orang mimpikan nak ada keluarga bahagia.. Zikir dan Dhia pun mesti macam tu juga.. Kau, aku, kita semua dah tentu-tentu inginkan benda yang sama juga.. Kan? =)


Tentang Dhia, yang mana sebelum itu tajuk yang diberikan adalah Zikir Buat Dhia, dah pun berakhir semalam.. Aku tengok ramailah duduk mengulas dekat Facebook, dekat Twitter.. Kerja aku? Refresh sejuta kali.. Dah ibarat macam aku tengok betul-betullah membaca semua ulasan yang ada.. Ulasan yang ditulis dengan macam-macam perasaan dan emosi, ada marah, benci, kasihan, sedih, geram dan banyak lagilah.. Dan macam-macam juga ayat tak puas hati yang aku baca.. Hehe.. Sabar ya korang..


Rata-rata aku lihat ramai yang tak puas hati, duduk berleter dengan pengakhiran drama Tentang Dhia semalam.. Fuh!! Biasalah kita, kalau tengok drama, macam immerse sekali dalam drama, jadi macam-macam feeling yang keluar.. Tapi apa pun, cerita dah habis dah pun, kira okay jugalah melihat Dhia meninggal di sisi suaminya dan tak lama itu, Zikir pun menyusul.. Walau dengan lelehan air mata pun, aku tetap rasa gembira dengan ending dia..


Adatlah dah namanya drama, tak semua ada happy ending.. Mesti ada yang sad ending juga.. Macam hidup kitalah, tak selalunya, 24 jam kita selalu gembira, ada masa juga yang kita sugul, sedih, dan macam-macam lagilah perasaan yang tak best.. Kan kan kan? =)

Hidup berumahtangga yang ditonjolkan dalam cerita ini pun, refleksi dari dunia depan mata kita juga.. Lumrahlah, ada turun naik.. Kan? Mana ada pantai yang tak dihempas ombak dan badai.. Kan lagi? Heee.. =)


Apa-apa pun, yang penting, kita sebagai manusia yang ada akal fikiran, ada agama sebagai pegangan, apa yang baik, kita jadikan ikutan, benda yang kita tahu tak elok dan memudaratkan, kita jauhkan, kita jadikan apa yang kita lihat dari pengalaman orang lain sebagai pengajaran dan pedoman.. Itu yang sepatutnya..

Bagi aku, ada drama yang bukan saja untuk hiburan, tapi untuk kita fikirkan dan renungkan, apa benda baik yang boleh kita ikut, apa benda tak baik yang kita perlu jauhkan dan tinggalkan.. Kan kan kan? Overall, Tentang Dhia is worth watching.. Melihatkan kehidupan Dhia dari awal lagi, kisah cinta pertama yang kecundang di tengah jalan sampailah dia bertemu dengan jodoh yang Allah temukan untuk dia.. After all, even they both died, cinta mereka tetap bersemi dan mekar.. Lagi sekali, kan? =)

Okaylah.. Dah panjang makcik membebel.. Maaflah ya.. Termeleret pula entry hari ini.. Haha.. Jaga diri semua.. Enjoy your weekends and holidays.. Assalamualaikum.. 

Home Sweet Home : Memperkasakan Skill Rumahtangga

4 comments
Assalamualaikum.. Salam pagi Rabu.. Eh.. Dah Rabu ya.. Tak sabar nak merasa cuti tahun baru pula.. Seksa aku nak menghadap keadaan sekarang.. Stress sampai tahap nak memandang muka orang pun aku rasa, alahai, lemah sangat.. Tapi cuti tahun baru nanti tak adalah menarik mana sebab hanya berkampung di Kuala Lumpur saja, tak seperti cuti Hari Natal, yang mana aku dapat pulang ke rumah setelah hampir sebulan tak balik.. Tak kisah, asalkan HOLIDAY!! Stress free day!!


Kalau orang yang tak kenal aku singgah blog ini, baca tajuk atas nun, orang dah tentu-tentu akan anggap aku wanita yang dah berkahwin.. Kan kan? Ecewah.. Wanita okay.. Auwww! Berbalik pada tajuk, bukan apa pun, aku cuma nak sampaikan, rumah adalah tempat terbaik untuk memperkasakan skill rumahtangga.. Tak kisahlah, yang dah berkahwin, atau pun belum.. Memandangkan, usia pun dah nak masuk suku abad tak lama lagi (ouh.. sungguh sukar nak percaya..), makanya sesi memperkasakan skill rumahtangga harus dilakukan dengan lebih giat..

Manalah tahu.. Just around the corner saja.. Ehem ehem!!! =p

Dan untuk itu, untuk pertama kalinya, aku turun padang dan, "it's baking time".. Memang ini pertama kali aku buat kek, dari mula sampai akhir, dengan dibantu seorang adik lelaki aku.. Selalunya, aku tolong tengok, tolong gaul-gaul, paling malas sekalipun, aku tolong tengok.. Hehe..  Bukan apa, semenjak tekak menanam minat dalam makan memakan kek coklat lembab, tergerak pula rasa hati nak cuba buat..

Orang kata, ini kek paling termudah sekalilah.. Dan untuk first timer, atau pun rasa nak baking bersama anak-anak dan giving them first exposure in baking, choc moist cake adalah pilihan terbaik.. Itu apa yang aku bacalah.. Jadi aku google sana sini, pilih resepi mana yang terbaik.. Akhir sekali, aku jumpa satu resepi di YouTube, satu rancangan di Astro Awani bersama Chef Marina.. Jadi, apa lagi, beli bahan-bahan dan malamnya terus memulakan operasi..


Hasil yang teramat sememeh sekali.. Amatur okay.. Masih boleh diterima.. Hehe.. Kenapa aku pilih resepi ni eh? Sebab untuk toping dia, atau ganache dia, tak guna coklat masakan.. Sebab entah kenapa, aku tak suka coklat masakan yang keping-keping, lepas tu kena cairkan.. Kekeke.. Cerewetnya!!

Dan pinggan di atas disumbat masuk ke dalam peti ais.. Hanya dipotong keesokan paginya..  Jom tengok bila dah potong macam mana..


Okay.. Jom zoom dekat.. Menakutkan! Ada lubang besar lagi.. Haha.. Apa aku boleh cakap, masih ada lagi yang tak betul, mungkin bahan terlebih atau terkurang, masih tak pasti lagi, tapi kek dia sangat sedap.. Nice one juga resepi Chef Marina.. Sampai Mak Teh aku kata, boleh buat berniaga raya tahun depan.. Haha.. Ada masa ke aku nak bake? Entahlah.. Cuma ganache dia agak manis dan tak berapa sebati digaul.. Haish.. Ini kerja nak cepatlah ni.. =p


Overall, agak berpuas hati untuk percubaan kali pertama.. Dan kek dah habis dah pun.. Ada masa nanti, bolehlah buat lagi.. Kita betulkan mana yang kurang, mana yang lebih.. Hee.. Okay.. Sampai ketemu di lain masa untuk sesi memperkasa skill rumahtangga okay.. Ewahhh!! =p

Till here peeps.. Enjoy your day.. Happy working and studying.. Assalamualaikum..


Warna Warni Protokol Hantu Bersama Abang Tom Cruise

4 comments
Assalamualaikum..
Salam pagi Khamis untuk semua..
Senyum..
=)


Seperti dalam tajuk, kisah janjitemu bersama Abang Tom Cruise kelmarin memang diisi dengan momen indah warna warni.. Bukan nak bincang luar dalam al kisahnya filem Protokol Hantu a.k.a Ghost Protocol, itu anda boleh pergi saksikan sendiri..

In summary, what I can conclude about this film, it was not bad or should I say, great? Hehe.. Entertain jugalah kepala otak aku menontonnya.. Take note! Aku tak pernah follow Mission Impossible dari yang pertama sampai ketiga.. Alih-alih terus aku tengok yang keempat.. Heh.. Perasaan aku dipenuhi dengan rasa ngeri, gayat, dan ouch sana ouch sini bila menonton filem ini semalam.. Haha.. Despite dari wajah abang Tom yang tampak calit-calit ketuaannya, overall filem ini dikategorikan dalam boleh tahan.. Dari 5 bintang, aku bagi 3.8.. Aku deduct 0.2 sebab Abang Tom tua dah.. Okay kan? =p

Dan satu benda yang paling memikat mata aku, haip, bukan Tom Cruise, dan bukan juga Anil Kapoor yang buat mata aku terkejut dengan kehadiran dia menyerikan filem ini, tapi dek kerana panorama indah dalam filem ini.. Ada banyak tempat yang terlibat untuk shoot filem ini, Budapest (Hungary), Kremlin yang meletup di Moscow, dan yang paling aku syok tengok adalah bangunan pencakar langit tertinggi di dunia katanya, yang terletak di Dubai, iaitu BURJ KHALIFA yang boleh anda lihat seperti gambar di atas.. Gila gah!

Scene yang berlaku di bangunan ini dan sekitarnya, memang buat aku gayat dan ngerilah.. Tambah lagi dengan ribut pasir yang memang dahsyat punya.. Pergh!!!

Sekian, bebelan aku perihal Protokol Hantu.. Have a great day ahead peeps.. Do take care.. Assalamualaikum..
=)

Berdendang Anak Jalanan

5 comments
Assalamualaikum..

Tajuk entry adalah inspirasi yang terbit selepas menonton short film bertajuk Oley.. Sebuah filem pendek yang agak bagus dari pandangan mata aku, mudah difahami dan jelas apa isinya dan pengajarannya.. Alunan yang mengakhiri filem pendek tersebut yang buat aku tergerak hati mahu menjadikannya tajuk untuk entry kali ini..

Syukur Alhamdulillah, aku sudah beransur sihat.. Selsema sudah makin hampir ke penghujung, cuma tekak saja yang masih lagi tak berapa nak elok.. Sepanjang aku tak berapa nak sihatlah, kereta aku tak boleh dibawa berjalan ke mana-mana.. Ibarat lumpuh sebelah kakilah terasa hidup aku.. Mahu tak mahu, terpaksa cari alternatif lain, cara dan jalan lain untuk bergerak, semua masalah ada jalan penyelesaiannya.. Iya tak? Kena usaha sedikitlah.. Tak boleh nak manja selalu..


Selalunya kalau aku tak sihat, aku wajib makan buah.. Tak kiralah buah apa, tekak aku, waktu sakit, makanan yang wajib nak ditelan adalah buah.. Entah kenapa, tapi memang dari dulu begitu.. Tiap kali sakit, aku cenderung makan buah dengan banyaknya.. Terfikir-fikir juga, macam mana aku nak keluar dari UM dan membeli buah.. Alhamdulillah, berjaya cari jalan penyelesaian untuk masalah dan kebuntuan yang melanda..

Tempat membeli buah adalah Kampung Pantai Dalam.. Rata-rata penjual di situ adalah Melayu ataupun rakyat Indonesia.. Pertama kali aku ke situ.. Apa ya yang aku beli.. 6 biji epal merah, sesisir pisang, dan 10 biji buah salak.. Oh! Dan tak lupa, buah yang bakal menjadikan sakit tekak aku makin teruk, buah rambutan, 3kg.. Amboi!! 3kg sekali.. Hamek! Kongsi dengan roommate okay.. Dan buah-buah itu semua aku habiskan dalam masa 3 - 4 hari.. Haaa!! Kan aku dah kata, waktu tak sihat, aku memang jadi gila buah.. Sesisir pisang aku habiskan dalam masa 2 hari.. Memang seronoklah perut, sihat! Keh keh keh..

Alhamdulillah.. Makin sihat rasanya.. Lagi 2, 3 hari, InsyaALLAH akan sihat sepenuhnya.. Mudah-mudahan.. Duduk di perantauan, banyak dugaan.. Kadang-kadang benda yang tak diduga datang kepada kita, tapi itu semua yang mematangkan dan mendewasakan kita.. A process of life, where everyone get a chance to experience it.. Right?

Till here.. Selamat malam.. Do take care peeps.. Assalamualaikum..

* * * * *
Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup

Lampu neon di gedung indah
Hanya pemikat mata yang tergoda
Tapi aku kan tetap berjalan
Menuju tujuanku di sana

Berdendang anak jalanan
Berdendang dengan rentak kehidupan
Ku mohon perlindunganMu yang Esa

Aku dan mereka sama
Punya hati dan punya cita-cita
Kota ini tempat ku belajar erti hidup

Ku tinggalkan kampung halaman
Ku tinggalkan semua yang ku sayang
Demi masa depan yang cemerlang
Semoga ku diberi pedoman

IMPIAN ANAK JALANAN
(KEMBARA)

* * * * *

Cebisan ini khas dedikasi untuk semua perantau, anak jalanan, buat hiburan dan moga jadi ingatan.. =)



Perut Meragam Mati Kutu

9 comments
Assalamualaikum..

Hujung minggu yang membosankan.. Sabtu berlalu begitu saja.. Apa aku buat hari ini, aku pun tak tahu.. Haha.. Sampaikan tulis entry pun, tajuk entry agak pelik lagi memelikkan.. Adeh!

Ketika dan saat menulis entry ini.. Perut sedang meragam.. Meragam bukan apa, tapi sebab lapar.. Mengada! Selalu boleh bertahan, makan sehari sekali, tapi sekarang manja pula nak minta disuap makan sehari dua kali.. Heh.. 

Al kisahnya, hujung minggu ini aku berseorangan.. Nak ditambah lagi perencah cerita kita, roadtax kereta aku dah mati.. Memang mati kutu aku duduk dalam bilik seorang diri.. Selalunya menumpang kereta roommate aku bila dia nak keluar makan ke, beli barang ke, aku tumpanglah sekaki.. Tapi takkan asyik nak menumpang kan sedangkan kereta sendiri ada.. Haih.. Tak apalah.. Bersabar sikit saja lagi, abah kata roadtax akan dapat dalam masa seminggu lagi, paling lewat pun hujung bulan..

Credit picture to THIS SITE

Muka aku sekarang saling tak tumpahlah macam gambar yang atas ini.. Muka mati kutu.. Dalam bilik melangut tengok dinding, tengok laptop.. Perut menyanyi lagu dangdut.. Kalau ikut hati, memang aku redah saja bawa kereta keluar cari makan, tapi mengenangkan aku pernah baca banyak kes sebelum ini, yang mana roadtaxnya mati, saman perlu diselesaikan hanya di mahkamah.. Oh tidak! Itu sangat menakutkan..

Sudahlah jauh di perantauan, tiada tempat bergantung dan berpaut.. Tsk tsk.. Ewah ayat, nak beremosi saja.. Haha.. Yang paling best, bila saat-saat beginilah perut aku nak mengidam macam-macam.. Pagi-pagi lagi aku dah lapar pancake.. Waduh waduh..


Dekat-dekat nak petang, walaupun aku dah mencekik nasi tengaharinya, perut aku mengidam pula Kenny Rogers.. Ewah.. Makin dahsyat.. Bukan apa, macaroni and cheese dia, buat otak terkenang-kenang, perut mengidam-ngidam.. Haha.. Mengada-ngadanya!!


Biasalah.. Sebelum roadtax mati, kereta boleh jalan sana sini, tak ada pun nak mengidam pesen gini.. Nak keluar pun malas.. Tapi bila dah jadi begini, rajinlah pula nak keluar ke sana ke mari.. Mengidam macam-macam..

Betullah orang kata, bila depan mata, hari-hari nampak, kita tak nak hargai pun, tapi bila dah tak ada, baru rasa betapa berharganya sesuatu itu.. Keh keh keh.. Okaylah.. Nak jalan-jalan kolej, ambil angin.. Mana tahu, makan angin perut kenyang dan tak mengidam Kenny Rogers lagi dah.. Haha..

Okay.. Take care semua.. Have a great weekend.. Assalamualaikum..

I Won't Be Offended

6 comments
Assalamualaikum..

Hujan masih lagi renyai di luar sana.. Selesai makan malam.. Lauk dewan makan hari ini adalah ayam masak sambal.. Kenyang Alhamdulillah.. Sebenarnya sudah agak lama aku tak turun ke dewan makan.. Entahlah, malas barangkali.. Haih.. Nak makan pun malas.. Apa nak jadi..

Tapi kedatangan aku ke dewan makan pada hari ini cukup untuk bikin aku senyum gembira lewat petang Khamis ini.. Cukup cukup gembira..


Again.. I believe it's the small little thing that make people smile.. Tak percaya? Tadi masa ambil nasi, aku hulurkan kad makan pada makcik yang jaga dekat situ.. Makcik pandang aku dan senyum, tiba-tiba dia bersuara, "Lama Acik tak nampak kamu turun dewan makan.." Aku pun tersenyum lebar dan mengangguk, mengiyakan kata makcik..

Bayangkan, setiap hari beratus-ratus pelajar yang akan beratur ambil makan, makcik yang tukang tick kad makan pun mesti tak ada masa nak ingat seorang-seorang.. Tapi tak sangka, makcik boleh ingat juga aku yang dah lama tak turun dewan makan, walhal aku jarang berborak dengan dia, cuma senyum lebar dan ucapkan Terima Kasih saja pada dia.. Mungkin sebab tabiat aku agaknya, tiap kali menghampiri makcik tukang tick kad makan tu, aku akan bersandar dekat palang tepi tempat makcik duduk, aku senyum, sambil-sambil usik anak dia kadang-kadang.. Itulah kerja aku..

Something that make people smile, aite? =)


Teringat aku pada bait lagu David Archuleta - Falling Stars yang cukup aku suka..

"When you forget me, when you don't remember my name, not even a memory, somewhere in the back of your brain.. I won't be offended.."

Sometimes, you wish that in somebody's busy life, even if it is just for a second, you will struck that somebody's mind.. You pray that in the back of their mind, somewhere in the corner of their heart, you still exist and not being forgotten..

But when they forget you, you say "It's okay.. I won't be offended.." Really? Mulut mungkin tak kisah, tapi dalam hati mungkin terguris.. 

Aku? Tak mengapa jika Nur Farhana tak diingati, cukuplah sekadar mengingati ada si gadis comel yang selalu tersenyum dengan epalnya di dunia sebelah sini.. That'll be enough for me, and I won't ask for more.. =)

Paling penting, jangan lupa diri sudahlah.. Love yourself..

Jaga diri.. Selamat malam semua.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS
Bila orang Google "Cahaya Yang Riang Gembira", hari-hari datang jenguk dan baca, itu pun sudah cukup buat aku tersenyum.. Terima kasih kerana mengingati.. =)


I'll Not Give Up On You

2 comments
Assalamualaikum..
Eh! Kejap.. Dah nak tidur ke? Kalau dah nak tidur, selamat malam, selamat tidur, mimpi indah ya.. =)








Hiburan perasaan di malam hari.. Jiwang pun jiwang juga, tak nak give up ke nak give up ke, apa-apa pun, jangan sesekali give up dengan diri kita sendiri.. Kalau hidup kita selalu temui kegagalan, kebuntuan, jangan kita rasa diri kita dah sampai tahap tak ada guna, giving up, sebab mana ada jalan raya yang tak ada selekoh, tak ada bonggol, tak ada lubang-lubang, kan? Traffic light merah pun tetap akan hijau.. Jalan sehala pun boleh U-Turn.. Hendak seribu daya.. Tak hendak? Hendak juga!! Heee..

Okay peeps.. A motivation to myself actually.. Good night then.. Take care.. Assalamualaikum..

Wordless Wednesday The 13th

2 comments
Assalamualaikum..

Achuummm.. Ouh.. The nose is running.. LOL!

Credit picture to this site

Credit picture to this site

It'll be great if this device exists.. But hey, wait!! Pergi ukur hidung dulu.. Tata.. Have a great day people.. Assalamualaikum..


Ini Bukan Kisah Sains Fiksyen


Tersebutlah kisah, ada seorang gadis yang terlalu menyukai epal.. Bersama epal, hadir juga sebuah senyuman.. Senyuman yang sentiasa di bibir, menguntum indah tapi entah esok lusa, bila layunya epal, senyuman itu juga akan turut pudar dan suram.. Siapa tahu..



Hari-hari yang dilalui diisi dengan senyuman.. Senyuman yang sentiasa terlekat di wajahnya.. 



Epal hijau, epal merah, semuanya disukai.. Bila dah suka, sukar nak kikis dan ingin selalu ada sebiji epal setiap hari.. Tapi, mana mungkin.. Setiap hari?



Pun begitu, sukanya pada epal masih ada dan terus terukir dalam diri.. Entah bila akan lenyap atau hilang, dia sendiri tidak pasti.. Selagi ada epal, selagi ada senyum..



Atau mungkin saat itu telah tiba? Dan epal itu akan pergi membawa bersama senyuman yang terukir lantas memudarkan terus rasa suka dan kenikmatan yang pernah dirasai.. Yang ada kini, hanyalah . . . . . 

* * *

Assalamualaikum..

P/S : Rapuan malam hari.. 13 Disember 2011..


Gone With The Wind

Assalamualaikum.. Sebenarnya masa dah time untuk aku tidur.. Tapi jalan-jalan usha Facebook kejap, terpandangkan di news feed status yang ditulis oleh adik Innz kita.. Boleh tak nak tepek dekat entry?

"I never fail to wish him good night and sweet dream even though I know he won't reply my text.. I hope he gonna miss me when I'm gone.."

Aku? No further explanation.. It's just that.. Good night.. Assalamualaikum..

In Time Of Test, Family Is Best

1 comment

Assalamualaikum.. Pejam celik, Isnin pun dah hampir nak melabuhkan tirai.. Ini bermakna, dah masuk minggu ketiga aku tak pulang ke rumah.. Dan mungkin akan terus berada di sini sehinggalah pertengahan Januari tahun hadapan.. Jadual yang sangat suntuk menyukarkan aku untuk cari masa pulang ke rumah.. Ahh! Rindu!

Berada jauh dari keluarga, di perantauan, dugaan dah tentu-tentu berlambak.. Keserabutan kepala, itu dan ini.. Ahh! Terlalu banyak permasalahan orang dewasa ya.. Heh.. Dalam masa 3 hari, dah 2 kali aku jatuh terseliuh.. Dulu pernah aku ceritakan, kedua-dua belah kaki aku yang tak berapa kuat dan selalu jatuh terseliuh.. Entah bilalah keadaan ini akan bertambah baik.. Urat-urat kaki aku pun rasanya dah bersimpul mati agaknya sebab asyik saja terseliuh..

Petang tadi, lepas angkat baju yang dijemur, tak sengaja terpijak sabun cecair yang tertumpah di lantai di depan pintu, apa lagi, buat split depan pintu bilik.. Haha.. Jatuh terseliuh dan terduduk memang sakit kan.. Kaki aku pun dah naik bengkak.. Rasa macam nak balut dengan ais saja kaki.. 

Bila saat-saat macam ini, jatuh terseliuh, kaki bengkak, orang yang aku cari selalunya adalah emak dan abah.. Emak tukang tumbuk halia, abah tukang urut.. Balut kaki dan masuk tidur, memang terbaik.. Berangin dan selesa.. Lepas beberapa hari, bengkak pasti surut.. Tapi bila dah jauh dari keluarga, siapalah yang boleh urut, capai tangan sendiri sajalah.. Minyak angin aku pun dah habis 3 botol sebab asyik urut.. Bayangkanlah kekerapan aku terjatuh..

Kesimpulannya, berhati-hati ketika berjalan kaki dan kalau dah tertumpahkan sabun, tolong lap.. Nanti orang jatuh bergolek-golek.. Uuuuu.. Pesanan ikhlas dari Cahaya Yang Riang Gembira.. Till here, take care dear readers.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS
Other things may change us, but we start and end with the family..
I don't care how poor a man is; if he has family, he is rich..
=)

This Boy Is The MC For Running Man? Really?

1 comment

Assalamualaikum.. Salam pagi Ahad semua.. Wah.. Pagi Ahad, cuaca yang cantik untuk mengular dalam bilik.. Walalupun Subuh aku tadi dimulakan dengan sedikit amarah, tapi rasanya dah reda as the day goes by.. Semenjak petang semalam hingga ke tengah malam bekalan air di asrama tak ada.. Puas juga aku merantau dari blok ke blok petang semalam, dekat 3 blok juga tak ada air.. Akhirnya di blok keempat, Alhamdulillah ada air, itu pun dah nak habis.. Syukur Alhamdulillah, pagi tadi air dah ada semula.. Seksa juga tak ada air..

Walaupun tak ada air, tapi masih ada lagi yang begitu "rajin" membuang air di bilik air yang tak ada air.. Air kecil okay lagi kot, tapi yang besar? Maaf! Tertulis benda tak elok pula pagi-pagi begini.. Bukan apa, marah jugalah.. Nak tak nak, kena cuci dulu tandas baru selesa nak guna.. Lagipun hari Ahad, cleaner dah tentu bercuti.. Emosi terlebih bukannya apa, bukan selalu pun kakak senior nak emosi, kena ingat, kita hidup dalam komuniti kot, where we share the toilets, the bathrooms.. Aigoo.. Okay Farhana, kawal emosi..

Melencong jauh dah entry.. Maaf.. Aku saja nak kongsi gembira dan gelak tawa aku di pagi Ahad.. Aku usha Facebook adik bongsu aku.. Cuba tengok apa yang buat aku gelak.. Tak sangka sampai begitu sekali.. LOL..

Macam aku pernah cerita dulu, adik lelaki bongsu aku memang pemalu dan pendiam.. So, bila dia buat sesuatu yang melawakkan, memang tergelak besarlah.. Boleh pula dia tulis dia BEKERJA sebagai MC RUNNING MAN.. Amboi.. Ada hati nak caras Yoo Jae Suk the National MC of Korea.. Cuba tengok dia study apa dan di mana? STUDIED RUNNING MAN at CHELSEA.. Adoiyai.. Tak boleh nak kata apa..



Adik aku yang seorang ini memang peminat fanatik bola.. Tapi tak sangka, RUNNING MAN, variety show Korea itu pun boleh terselit dalam minat dia.. Well, indeed like sister like brother.. Weeee..

Till here then, happy weekend peeps.. Assalamualaikum..

Awak Suka Saya Tak?

5 comments
Assalamualaikum..


All pictures credited to the writer of ASST, Melur Jelita.COM

Serasa mahu berlari ke kedai buku berhampiran, capai senaskhah coretan ini dan berhibernasi sambil melayan rasa di bilik kecil ini.. Oh.. Cik Iman telah membangkitkan tanda tanya dan perasaan yang pelik bila mana nama Hilman Yong disebut-sebut.. Sudah agak lama aku tidak membaca.. Mungkin sudah tiba masa dan tikanya.. =)

P/S : Tiba-tiba seolah terlihatkan nama Melur Jelita di Shoutbox, ya, Melur Jelita si penulis ASST.. Terima kasih untuk penulisan yang terasa indah walau belum ku baca lagi.. =)

Aku tidak pasti coret kata di bawah ini dipetik dari buku ini atau tidak tapi sekali saja membacanya, buat aku terkesan.. Ahhh.. Rasanya ramai yang sudah lama demam dengan kisah Hilman Yong dan Intan Zulaikha, aku baru nak merasa bahangnya..

* * *

- Kenapa tanya 'awak suka saya?' Kenapa bukan 'do you love me?' 
Atau katakan saja 'i love you' -
"Hmm. Lebih sopan. Lebih manis untuk kita yg masih belum ada ikatan. Cinta itu bagi saya untuk orang yang halal dan sah iaitu isteri saya. Saya nak halalkan dulu perhubungan kita baru saya nak cakap I love you."


* * *

Heeee.. Sampai sini saja.. Selamat malam semua.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS
Awak suka saya tak?

Kotak Hati


"Terang terang
Bersama rasa sayang
Ku biarkan kau terbang
Terang terang
Sudut kecil ku isi
Untuk senyuman mu lagi"


* * * * *

Tertutup! T.U.T.U.P

Selamat malam.. Assalamualaikum..

The Entry That Speaks My Mind


Assalamualaikum.. Hari yang memenatkan.. Balik bilik pun dah hampir pukul 5.. Esok juga bakal jadi hari yang memenatkan.. Dari pagi sampai ke petang.. Ahh!! Kenapakah aku sukar nak menyemai cinta pada hospital? Kerapkali aku merasa dan bosan, seolah merasakan ianya bukan tempat aku, bukan dunia aku.. Heh.. Gila bukan?

Sempat aku berblogwalking lewat petang tadi.. Terjumpa dengan satu coret dari gadis manis bernama CIK IMAN.. Terpaut aku pada coretan itu kerana dulu aku pernah bertemu dengan persoalan seperti itu, tapi aku tak jumpa patah kata dan susun ayat untuk zahirkan apa yang di dalam hati aku..

Aku petik baris ayat yang mencuit tangkai hati aku dan mengingatkan aku dengan perbualan aku dengan seseorang tak lama dulu.. Sedikit lebih kurang dengan situasi macam di bawah..

"Perempuan tak kan bertanya : 'Awak dah makan? Penat ke keje arini.. Kesian awak.. Or Awak lapar ke? Saya boleh tolong masakkan' just for the sake of asking.. And we don't do such things to all and everyone.. We need a heart to make us do such thing.. 
Sedangkan lelaki, caring is just their nature.. Its JUST their nature.. It doesn't matter dengan perempuan baru jumpa ke, tak kenal ke, baru kenal ke, they can simply do those.."

Yep.. True! So true.. Apa yang kita buat itu bukan suka-suka dan jangan ingat kita buat pada semua, but well that's what makes it difficult, kadang-kadang susah kita nak fahamkan dan fahami satu sama lain.. After all men and women speaks different language.. Hehe..

Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Kenapalah ianya menjadi nature? Tak bolehkah caring kerana sayang pada seseorang? Ahhh!! Aku tahu itu persoalan bodoh.. Telah dijadikan ianya nature supaya kita-kita ini tidak meletak pengharapan pada attitude dan sikap yang caring.. Bukankah hati wanita ini lembut dan mudah tersentuh dengan kasih sayang.. Hmmm..

But, what to do? I'm already in it.. In the midst of pengharapan.. Haih..

Dulu Tak Berkenan, Sekarang Dah Sayang

Leave a Comment
Assalamualaikum..

Selamat pagi Isnin semua.. Segar terasa bangun pagi Isnin selepas berpenat jalan seharian semalam.. Janji temu dengan sahabat baik tercinta, bersama dua orang yang lain, cukup seronok.. Menonton wayang di E@Curve, makan-makan di Kenny Rogers, layan bowling, jalan-jalan usha booth yang menjual barangan untuk perayaan Krismas nanti, dan makan dan jalan dan makan.. Fuh!! Buncit rasanya perut.. 

Balik pada tajuk kita, apa benda yang dulunya aku tak berkenan? Apa lagi kalau bukan KUCING!! Aku kurang berkenan atau dalam erti kata lain aku seram, ngeri, geli dan takut pada kucing, terutama sekali anak kucing.. Kalau ada kucing yang tiba-tiba didukung dan disuakan pada aku, memang akan kedengaran jeritan aku sebatu jauhnya.. Takut weh!! Haha..

Tapi selepas bertemu dia, aku dah jatuh cinta.. Sebab dia sangat comel!! Tambah bila dia buat muka seperti di bawah dengan mata bulat besar.. Tolonglah, rasa nak dukung dan bawa balik okay..



Itulah dia, si Puss The Boots.. Kucing comel, yang macho, bergaya, gentleman, romantik dan juga cool plus steady.. Haha.. Dah macam manusia kan? Terima kasihlah pada sahabat baikku dan juga encik kekasih hatinya kerana sudi belanja aku tengok Puss The Boots semalam.. Filem yang menceriakan hari aku.. Dari awal cerita sampai akhir, memang asyik gelak.. Haha..


And not forgotten, our dear Humpty Alexander Dumpty yang naughty dan pendendam.. Haip! Rasa nak pecah buat telur dadar bila tengok.. Half boiled egg pun sedap.. Ops!

Kalau aku ada anak ada suami, memang hujung minggu, time cuti-cuti, memang aku bawa pergi tonton Puss In Boots.. Entertaining.. Budak-budak ramai dalam panggung semalam.. And they enjoyed the show very much as I do..

Okay semua, till here.. Have a great weekdays ahead.. Assalamualaikum..

Kod Rahsia : Eh, Ini Kes Malas Menaip Ke Apa?

1 comment
Assalamualaikum.. Sabtu dah berlalu begitu saja.. Untuk akulah, mana tidaknya, lepak dalam bilik, makan, tidur, tengok cerita Hindustan, sedar-sedar dah malam.. Haha..

Sebenarnya, mood sekarang malas sikit nak menulis.. Tapi nak up entry.. Haaa.. Macam mana kes tu? Jadi aku up saja entry dengan QR Code, bukan kod rahsia apa pun.. Silalah scan untuk melihat isinya.. Malam-malam kalau aku tak ada kerja, aku jalan-jalan dalam internet cari QR Code dalam blog orang sebab kadang-kadang ada yang suka tepek benda alah ini, seronok sangat duduk kerja scan, macam budak-budak.. Kerja tak berfaedah kan? Haha..

Di bawah ini, yang paling besar ini, bukanlah kejiwangan melampau, tapi kesukaan buat masa sekarang.. Mood TENTANG DHIA membuatkan aku cenderung menyukai sesuatu di bawah.. Best juga TENTANG DHIA.. Hehe..

*Eh, panjang dah entry ni..* =p


Okay.. Sampai sini.. Selamat malam semua dan enjoy hujung minggu anda.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS

Malam, Kau Bawalah Rinduku Untuk Dirinya Yang Jauh Dariku

2 comments

Assalamualaikum.. Selamat  malam semua.. Jam dah pun menunjukkan pukul 10.17 malam.. Esok dah mula free sampailah Ahad.. Jadinya, harus diisi dengan apa yang patut.. Bukan selalu ada masa terluang, kalau ada pun, selalunya kerja aku memang membuta saja.. Heh.. Sedap kan tajuk entry aku? Haaaa!! Mesti ada yang kata, layan jiwang manjang aku ni kan.. Hehe..

Dalam lebih kurang 1 jam 43 minit, jiwa, minda dan emosi akan masuk ke alam cinta yang membuai jiwa dan perasaan.. Entah apa mimpi malam ini, ter"booking" wayang tengah malam, layan jiwang di OU2 bersama Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae.. Harapnya aku tak menangis.. Haha.. Jom kita berOMBAK RINDU.. Habis wayang pun mahu dekat jam 2 pagi.. Round-round Kuala Lumpur pun style juga.. Layan perasaan orang kata..

* * * * *

OMBAK RINDU
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


* * * * *

Till here everyone.. Take care.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Jujurnya, aku sedang merajuk, terasa hati dan berjauh hati.. Adoi.. Mengada aku kan.. Tapi kenapa hati aku tak mampu nak mengendahkan sesuatu yang bikin rajuk hati.. Sukarnya.. Mungkin sebab, I don't want to miss every single moment and thing yang aku susah nak dapat macam dulu-dulu.. Sebulan sekali kot? Haha.. Something that I realize, how precious it is to me.. Hmmm..




UPDATE
Selesai menonton OMBAK RINDU.. Memang full house.. Sampai ke depan pun orang duduk.. Boleh tahanlah cerita dia.. Aku bagi 3.75 bintang.. Cuma aku tak menangis tonton filem ini tadi sebagaimana aku menangis bila baca novelnya.. Hehe.. Mungkinkah ada sekuel untuk filem ini seperti mana ada sambungan untuk novel Ombak Rindu iaitu CINTA TIADA AKHIRNYA? Who knows.. =p


Dan scene yang terpaling aku suka, bila Hariz baru pulang dari kerja dan Izzah ingin menyediakan minum petang, Hariz terlelap di kerusi.. Izzah duduk di sisinya dan baring di dadanya.. Lalu Hariz membuka mata.. Ouch! Masa tu aku rasa, cinta itu sangat-sangat indah kan sebenarnya.. Heee.. :D


Bagi yang nak pergi tonton, selamat menonton ya.. Bak kata Encik Hans Rollo, novel dan filem berbeza jadi ada kelebihan dan ada kelemahan masing-masing.. Yang penting samada novel ataupun filem keduanya dah bagi yang terbaik untuk penonton dan pembaca..


REVIEW FILEM OMBAK RINDU - HANS ROLLO DE PELICULA


P/S : Tiap kali aku nak pergi tengok wayang, aku mesti usha blog review filem di atas terlebih dahulu.. Hehe.. :D


Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.