Monolog #4 : Bahagia

1 comment
Assalamualaikum..

Penghujung tahun yang teramat teruk.. Minggu-minggu yang terlalu banyak gelombang tanpa ada datangnya tenang walau sekejap.. Aku masih lagi termangu-mangu, tercari-cari mana diri, mana arah harus ditujui.. Aku tahu hidup ini indah, terlalu indah.. Tapi untuk aku menikmati indah itu, aku tiada daya dan upaya.. Terlalu dalam aku tenggelam, sampai ke dasar hingga sukar rasanya mahu ke permukaan.. Aku tak mahu lemas.. Tapi...

Credit from Zedge

Tuhan.. Sesungguhnya aku mencari bahagia.. Aku inginkan bahagia.. Tapi untuk aku ketemu yang namanya bahagia itu terasa amat sukar sekali rasanya.. Gelombang-gelombang yang tak pernah putus hadir ini kadang buat aku jatuh dan terasa sukar untuk bangkit kembali.. Aku masih mencari ke mana hilangnya aku yang kuat suatu waktu dulu.. Aku begitu menginginkannya kembali, agar dapat aku lalui detik sukar dalam hidup ini..

Dalam sukar, sedih, sepi yang dilalui, ada sedikit gembira mencuit hati.. Hingga kini aku masih sukar untuk percaya sahabat baikku sudah jadi kepunyaan orang.. Gembira menatap setiap kepingan kenangan ini.. Doa untuk kebahagiaannya akan aku terus titip selagi nafasku ada.. Selamat berbahagia sayang..

[Picture credited to Muzaffar Kamal Photography]









Selamat malam semua.. Assalamualaikum cinta.. :)

Monolog #3 : Cinta

Leave a Comment
Assalamualaikum..

Hari ini tanggal 22 Disember 2012.. Serasa lama sungguh aku tak berbicara di sini.. Hari ini adalah hari meraikan cinta.. Cinta antara dua sahabat terbaik aku.. Cinta Siti Nor Faizah dan Abdul Aziz Harith.. Perjalanan 2 jam akhirnya membawa aku ke Shah Alam bersama kedua orang tuaku.. Perkahwinan sahabat baik, manakan tak boleh tak datang.. 

Dalam menumpang gembira ada rasa sayu mengusik.. Sahabat aku telah jadi milik orang.. Sudah bergelar isteri kepada seseorang.. Tak banyak pun pasti ada sedikit yang telah berubah.. Tapi aku sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk dia dan suami dalam melayari kehidupan baru ini.. Sambil dalam hati selalu berdoa akan tiba saat seperti ini untuk aku nanti.. Heh.. Bila masanya entah aku hendak mencari sebahagian lagi dari hidup aku.. Hidup yang sentiasa sibuk, mengharap bulan jatuh ke riba? Heh.. Walau di mana pun sebahagian dari hidup aku itu, aku harap satu hari nanti pasti ketemu aku dengannya..


Semua orang telah tertulis lembaran kisah bahagia masing-masing.. Begitu juga sahabat tersayangku nan seorang ini.. Kisah cinta yang penuh liku dan ranjau.. Namun akhirnya tetap bersatu jua dengan izinNYA.. Doa aku semoga bahagia sentiasa bersama dia.. Insan yang terlalu baik yang bergelar sahabat yang hadir dalam hidup aku.. Selamat pengantin baru nenek.. Tahniah! Aziz! Jaga nenek aku baik-baik okay.. :)


Dan aku, entah kenapa hari ini ada SUATU RASA yang menyapa.. Merenung ke luar tingkap.. Angin sejuk usai hujan menyapa.. Dan fikiran ini terus melayang jauh.. Jauh, entah ke mana..

Selamat malam.. Assalamualaikum..


Monolog #2 : Indah Itu Bahasa

3 comments
Assalamualaikum..

Sedang merasa keenakan berbaring setelah lebih berbelas-belas jam berdiri, berlari ke sana dan ke mari.. Kurusnya entahlah bila.. Barangkali dalam mimpi saja.. Heh..

Lewat Maghrib tadi, drama bergolak di wad 3-4.. Seorang pakcik dengan lantang memarahi seorang remaja lelaki.. Hanya kerana ada sedikit salah dan silap dari remaja lelaki itu.. Aku dari hujung wad sudah mendengar gema jeritan pakcik itu.. Yang ternyata memang sukar sekali untuk mengawal marahnya..

Aku sebenarnya, cukup alergik dengan tengkingan, suara lantang, jeritan dan yang seangkatan dengannya.. Apatah lagi jika ianya berpandukan pada sesuatu yang tidak berasas langsung..


Dari dulu-dulu orang selalu kata, YANG ELOK ITU BUDI, YANG INDAH ITU BAHASA.. Aku tak pasti kenapa bila mana kita boleh bercakap dengan baik, sopan dan lemah lembut tapi kita tetap memilih untuk meninggi suara, menengking, mengherdik..

Satu benda yang aku pegang bila aku mula bekerja, layanlah pesakit dengan tutur kata yang terpaling lembut, jika marah pun jangan diturut sangat rasa hati, biar orang marah kita tapi biarlah kita tetap berlembut.. Api lawan api maka terbakarlah jawabnya.. Jadilah air yang sejuk lagi menenangkan.. Orang kata, what goes around comes around.. 


Well.. Indeed.. It does not cost you anything to be polite.. Yang elok itu budi, yang indah itukan bahasa.. Selamat malam.. Assalamualaikum..

:)

Monolog #1 - Gembira Hanya Ilusi Cuma

Taken from Mr. Google

Kadang bila duduk berfikir, mengenang kembali kisah-kisah lalu, masa satu tahun dulu yang dihabiskan dengan juta-juta mesej ringkas yang dihantar, dibalas, diterjah pada seseorang itu sebenarnya hanya sia-sia.. Perasaan yang mulanya memang kosong dan hanya sekadar suka-suka seharusnya dibiar terus begitu.. Bukan mula diisi dengan harapan dan mimpi-mimpi tentang masa depan..

Orang kata, jika seseorang itu serius terhadap kita dan menganggap kita akan menjadi sebahagian dari hidupnya dia, maka dia akan bertekad, terus dan terus ada tanpa jemu dan lelah.. Satu tahun itu, dan mungkin lebih, adanya dia sentiasa dengan pesanan-pesanan ringkasnya, buat aku berubah pendirian diri.. Dari suka-suka, aku mula memendam rasa..

Namun kini, bila berfikir kembali, serasanya aku patut sedar diri.. Segalanya pada dirinya dia, mungkin satu tahun lebih yang sentiasa ada dia itu adalah "Having Fun" saja.. Having fun.. And that's it.. End of story..

Sesungguhnya ada gembira itu yang hanya ilusi cuma..

Selamat malam.. Assalamualaikum..

Kecenderungan Yang Berubah

Leave a Comment
Assalamualaikum..

Sedang menikmati sisa-sisa cuti sehari yang masih ada ini.. Kemalasan dah mula terasa.. Walaupun kadang-kadang ada rindu yang menyapa.. Rindu pada pesakit-pesakit yang setia mendiami wad 3-4..


Dulu pernah aku kata, macam mana minatnya aku pada bidang psikiatri sehingga aku tanam hasrat ingin menyambung pelajaran dan menjadi seorang Pakar Sakit Jiwa a.k.a psychiatrist.. Adakah aku dah berubah? Hmm.. Masih lagi ada hasrat dan impian ke arah itu, cumanya semenjak dua menjak ini, ada terasa kecenderungan aku ada sedikit perubahan..


Aku mula sukakan orang-orang tua.. Kebanyakan pesakit yang ada dalam wad 3-4 terdiri daripada pakcik-pakcik dan atuk-atuk.. Satu benda yang menarik adalah orang-orang tua sangatlah sensitif.. Perlu pandai mendekatkan diri dan cuba rapat dengan mereka barulah mereka akan merasakan kita sebahagian dari keluarga mereka..

Cabang dunia perubatan yang melibatkan diri dengan golongan-golongan veteran disebut sebagai GERIATRIK.. Yang mana mereka mendalami penyakit-penyakit yang kebanyakannya melibatkan orang-orang tua.. Nampaknya PSIKIATRI dah mula beralih pada GERIATRIK..



Ada satu ayat yang dilontarkan padaku oleh rakan sekerjaku, yang buat aku tersenyum dan ingat sampai sekarang.. Lebih kurang dua minggu sudah, ada seorang pakcik tua yang mengalami stroke, keadaan yang memang sayu apabila dilihat, matanya hanya memandang dan tidak mampu bersuara apa-apa tapi wajahnya kelihatan sedang mengalami kesakitan yang sangat.. Rupanya beg air kencing yang dipasang padanya dipenuhi dengan darah.. Apa lagi, aku ajak adik-adik student nurse tolong aku tukar beg untuk pakcik itu dan periksa mana datangnya pendarahan tersebut..

Sedang sibuk-sibuk, kawan aku datang dan menegur, "Ohh! Patutlah pakcik-pakcik Chinese semua suka dekat you.." Haha.. Entahlah, personally aku rasa aku lebih sesuai jadi kaunselor dari seorang doktor.. Aku suka berbicara.. Hati ke hati.. Jika ada kelapangan, tak ada kerja, aku akan ke katil pakcik-pakcik atuk-atuk yang sakit dan berborak.. Tanya sepatah dua pun jadilah asalkan dapat lihat mereka senyum..

Hmmm.. Nampaknya kecenderungan aku betul-betul dah berubah sikit demi sikit.. Well.. Jalan masih panjang.. Sangat panjang.. Banyak lagi pelajaran dan pengajaran yang aku kena kutip.. Cuma aku harap pengalaman indah bersama pesakit-pesakit, tak akan aku lupakan.. We don't meet people by chance, they cross our path for some reason and sometimes for a lesson.. 

Selamat malam semua.. Assalamualaikum..
:)

27 November 2012

Assalamualaikum..

Hmm.. Tak sangka masih lagi berdiri teguh dan menghirup udara pada tanggal 27hb 2012.. Satu lagi tarikh baru pada tahun 2012.. Tahun ini mungkin tak seperti tahun-tahun yang sudah, banyak  yang dah berubah.. Tahun berganti, usia bertambah dan manusia juga kadang turut ikut berubah..





2012? Hmm.. Mungkin tak seperti yang sudah-sudah.. Mungkin tahun ini tiada apa yang termampu ditulis dan diucap.. Cukuplah sekadar mengingati kembali apa yang pernah dicoret dulu pada tarikh ini..

Yang dah berlalu tetap akan berlalu.. Kenangan akan selamanya jadi kenangan.. Ucap selamat tinggal pada kenangan dan terus sabar menantikan hadirnya satu senyuman baru, satu lembaran baru.. Berterima kasihlah pada kenangan untuk segalnya yang manis dan indah..

"Encik, selamat hari lahir.. All the best in life.. Take care.."

Selamat malam dunia.. Assalamualaikum..



Sudahi Perih Ini

4 comments
Assalamualaikum..

Lama aku tak menghirup udara dunia maya, dunia Cahaya Yang Riang Gembira.. Dunia yang sekarang terasa makin malap makin hilang sinar dan serinya.. Entah ke mana.. Bila dicongak-congak, sudah beberapa hari aku tinggalkan Jabatan Perbidanan Dan Sakit Puan (Obstetrik & Ginekologi).. Ada rindu yang menyapa.. Mungkin kerana hati meronta bila berada di Jabatan baru ini..

Officially entering Medical.. A department where you'll learn the real meaning of "hectic life".. Perasaannya tidak seperti ketika aku mula-mula memasuk Jabatan Perbidanan Dan Sakit Puan.. Perasaan tidak suka dan ingin lari kali ini lebih menebal.. Tapi apakan daya.. Mungkin kerana ini bukan apa yang jiwa aku inginkan, maka setiap apa yang aku buat ianya menjadi serba tak kena dan wujud perasaan tidak suka..



Bersama dengan kesihatan yang makin hari makin teruk dan merosot, tambah lagi dengan hancur runtuh luluhnya jiwa dan emosi, motivasi dan kelangsungan hidup yang aku rasa hampir mati, aku terasa mahu duduk di satu sudut dan menangis sepuasnya.. Usai solat juga aku berdoa, aku cerita padaNYA, aku pohon semula kekuatan yang aku pernah ada dulu.. Waktu dan saat ini, aku begitu ingin menangis.. Tapi entah kenapa, tiada air mata yang mampu aku tangiskan.. Kosong! Ahh.. Terasa batu-batu yang menghempap dada ini makin kuat menghimpit.. 

Ternyata, aku semakin tak mengenali diri sendiri.. Haha.. Gila bukan?


Aku akan tetap terus berdoa.. Tetap terus memohon kepadaNYA, agar dikurniakan aku kesabaran dan kekuatan, kesihatan yang utuh untuk aku melangsungkan kehidupan yang penuh duri dan ranjau ini.. Kamu tahu, jadual kerja yang begitu memenatkan sekarang, dari 7 pagi hingga 10 malam, bersama dengan cuaca yang tak menentu, hujan lebat saban waktu, buat aku teringin ada seorang yang bergelar suami datang menjemput saat aku pulang dari kerja.. Oh! Gila! Perasaan yang semakin menebal itu buat aku gila..

Dalam hidup aku yang hanya hitam putih kadang kelabu ini, aku selalu berharap satu hari nanti hadir sesuatu yang benar-benar dapat menggembirakan aku.. Yang dapat memberi warna dalam hidup aku.. Warna selain dari warna yang dicoret dari bahagia bersama mak, abah dan adik-adik.. Entahlah! Apa saja.. Asalkan ianya menggembirakan dan membahagiakan.. Hmm..


Hari ini adalah hari yang teramat teruk untuk aku.. Esok pula ada sedikit sinar untuk buat aku gembira.. Salah satu benda yang aku impikan akan aku peroleh.. Walaupun dalam mimpi inginkan sebuah Honda CRV tapi bersyukurlah ada Livina X-Gear yang seiras-iras CRV.. Haha.. Oh Encik X-Gear.. Cepatlah datang.. Begitu teruja untuk "memeluk" kamu.. :)

Mata perlu lelap dulu.. Perlu kumpul kekuatan menghadapi hari.. Perlu kuat semula.. Perlu sihat semula.. Selamat malam dunia.. Selamat malam.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Terima kasih.. Kerana "hadir" walau untuk sekejap cuma dalam hariku yang tunggang langgang kelmarin.. Ternyata aku rindu.. Rindu saat dulu, yang hampir saban malam ada kau yang selalu menyapa dan bertanya khabar.. Kau, yang tak pernah mengerti.. Ah! Kenangan.. :)

Anak-Anak Ummi

3 comments

Usai saja pulang dari kerja, aku lihat 2 ekor si comel ini sudah berada di depan pintu rumah.. Masih merah lagi tubuhnya.. Masih tak kuat lagi kepaknya.. Sejak tadi asyik saja berbunyi sambil membuka luas si paruh kecil itu.. Lapar kelihatannya..

Si ibu di luar sana pasti sedang kerisauan dan bersedih mana hilang anaknya.. Si anak pula pasti merindui hangatnya berada dalam pelukan si ibu.. Be strong si comel.. Bertahanlah dan terus hidup..

Raya yang dipenuhi dengan tidur, tidur dan tidur.. Terlalu penat hinggakan bisa tidur walau dalam keadaan dagu dipangku dan mata memandang skrin laptop ini.. Haha.. Apa pun, salam Aidiladha dariku buat semua.. Have a great weekend ahead people.. Take care.. Assalamualaikum..

=)

Tanpa Tajuk

2 comments

Taken from Facebook.
WHAT IS LOVE?

;-)

Atas Nama Cinta, Terlahir Aku Melihat Dunia

Leave a Comment
Assalamulaikum..

Nama aku Nur Farhana.. Makna di sebalik nama tersebut dah jelas tertera, Cahaya Yang Riang Gembira.. Eh! Apa kes tiba-tiba sebut nama siap makna sekali? Saja.. Nak diingatkan berkali-kali, bagi anda dan anda semua ingat terus dan tak lupa nama gadis riang gembira ini.. Haha..

Hendak dijadikanlah cerita, posting aku dah nak hampir ke hujungnya.. Tapi masih terdapat lagi segelintir insan yang memanggil aku bukan dengan namaku.. 

"HAFIZAH! MARI SINI.."

"TOLONG AKAK KEJAP HAFIZAH.."

"HAFIZAH.. KAU BUAT APA SINI?"

"HAFIZAH DAN HAFIZAH DAN HAFIZAH.."

Masa mula-mula dulu, memang aku tak pernah toleh bila dipanggil dengan nama Hafizah.. Tapi sekarang, dek kerana dah selalu sangat orang panggil aku dengan nama Hafizah, maka secara automatiknya aku akan menoleh dan menyahut lalu menuruti.. =.= 


Kenapa Hafizah? Sebabnya dalam department yang sama ada seorang lagi rakan sekerjaku yang dikatakan seiras dengan aku.. Bukan seorang dua yang kata, tapi dah berorang-orang.. Tak terkiralah orangnya.. Siap ada yang tanya, aku ada kembar ke? Aiseyyy!! 

Apa pun, Farhana tetap Farhana.. Cahaya Yang Riang Gembira tetap terus gembira.. Atas Nama Farhana.. Haaa!! Boleh gitu? Orang kata apa ada pada nama, tapi pada nama tetap ada makna.. Makna yang itu adalah kita.. (Even TANPA NAMA pun, orang tetap tahu itu adalah kita.. Haha..) 

Atas nama cinta, terlahir aku melihat dunia.. Heee.. Selamat malam semua.. Jaga diri.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Hati yang dikuasi perasaan yang meliar ini terasa seperti ingin mengangkat telefon yang bernombor baru ini, lalu menghantar satu pesanan sebagai insan tanpa nama.. Tapi akal yang masih waras ini berjaya menguburkan rasa itu.. *campak telefon jauh-jauh, tutup mata, dan tidur*  

Over

3 comments

"That person is not replying my mails..
That person is ignoring my text messages..
That person removed me from Facebook..
The funny thing is..
There are so many ways for us to get connected nowadays..
But if someone still IGNORES you through all that..
You should get the message..
IT'S OVER.."

- A dialogue taken from Teri Meri Kahaani -

Betul apa yang dikata.. Macam mana kita cuba untuk "connect" diri kita dengan seseorang, tapi kalau seseorang itu sentiasa cuba disconnect, jalan dua hala akan jadi sehala.. Selamat malam semua.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Missing things.. Lot and lot of things.. I mean, moments.. Missing those moments.. Missing those smiles..

Angin dan tanah.. Bisakah bersatu? 

Kembang Mawar

4 comments

Engkau ibarat kembang mawar
Harum berseri dalam taman
Ingin kusunting tapi bimbang
Durimu jadi penghalang

Namun kuingat pesan ibu
Kalau berhajat teruskanlah
Usah ditangguh niat suci
Andainya terlewat langkah
Kan gigit jari

Lama sudah kuperhatikan dirimu
Manis senyummu tingkah pun mempesona
Hanya hatiku ini masih rasa ragu
Apakah engaku belum berpunya

Aduhai mawar kembang suci
Engkau dijaga sungguh rapi
Tiba masanya kau kusunting
Kau kujadikan penyeri rumahtanggaku

KEMBANG MAWAR
(GINGERBREAD)



Reasons To Smile


Assalamualaikum..

Mimpi apa entah malam-malam begini, aku belek semula entry-entry yang aku ada dalam arkib Cahaya Yang Riang Gembira.. Dari dulu hinggalah kini.. A reason for me to smile tonight.. Lantas, baru aku sedar, selama ini terlalu banyak entry yang aku tulis yang terlalu dalam maknanya, yang aku cuba sampaikan pada yang tertentu, tapi mungkin makna tak sampai, tak difahami dan akhirnya hanya aku saja yang mengerti apa yang aku coret.. Huhu..

Satu yang aku pasti, apa yang aku tulis bukan hanya sekadar tulisan.. Tiap ayat itu adalah rasa aku.. Rasa yang tak mampu terluah melalui kata, cuma jari bisa mengertikannya.. Huhu.. By the way, enough with this random talk, it's sleeping time.. Take care.. Assalamualaikum..

Keeps The Doctor Away

2 comments
Assalamualaikum..

Jam sudah mencecah 1 pagi.. Mata masih belum lagi mahu lena.. Banyak benda nak difikirkan.. Minggu ini terasa agak santai dan lengang kerana aku akan bekerja untuk 2 hari saja.. Isnin dan Selasa adalah off day aku.. Rabu dan Khamis pula aku akan kembali bekerja syif pagi dari 7 pagi hinggalah ke 6 petang..

Dan selebihnya adalah cuti tahunan yang aku mohon selama 3 hari bersempena dengan konvokesyen aku.. Aduh! Terasa begitu malas nak bersesak dalam kelompok manusia selama berjam-jam lamanya.. =.=

Sudah masuk hari kedua tekak aku mula terasa perit ditambah lagi dengan kemunculan suara Ella yang mana tak lama lagi aku jangka akan bertukar menjadi suara Ramli Sarip pula.. Masa dan ketika inilah aku akan mula menyerbu Tesco, Jusco dan segala macam -Co lagi semata-mata untuk mencari buah-buahan dan minuman yogurt Bliss.. Usai pulang dari kerja tempoh hari, aku selamat membawa pulang 6 botol besar minuman yogurt Bliss, 2 plastik besar buah epal dan buah oren..


Dalam masa 2 hari, aku dah berjaya menghabiskan minuman yogurt, manakala 10 biji buah oren dan 4 biji buah epal telah dicernakan dalam perut ini.. 2 hari okay! Fuh! Semuanya kerana nak kurangkan rasa tak sedap badan dan perit pada tekak.. Bila sibuk bekerja, memang tak ada masa pun nak jaga kesihatan diri sendiri ditambah lagi doktor ini tidak gemar memakan sayur-sayuran.. Puas dibebel, tapi tetap payah untuk makan sayur.. Liat!!

Dan sekarang baru terkial-kial nak makan buah itu buah ini untuk tambah antibodi.. Agak-agak berkesan ke? Haha.. Tekak dah bertambah perit dah pun.. Tinggal nak mengalami perubahan suara dan penghasilan cecair-cecair likat saja.. 

Moral of the story, walau macam mana sibuk pun hidup anda, jagalah kesihatan ya.. Wang yang banyak pun tetap tak mampu nak jamin kesihatan yang tip top.. Okaylah, masa untuk tidur dan berehat.. Selamat malam semua.. Jaga diri.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Epal merah.. Hmm..

The Truth?

1 comment

The truth? Haha..
Night people.. Take care.. Have a great weekdays..
Assalamualaikum..

6 Oktober

2 comments
Assalammualaikum..

It's weekend.. And I'm having my night shift today.. 10 to 10 the next day.. I feel so lazy to wake up from bed.. This week I didn't actually get my so called off day.. It's merely two days of post call, what do you expect to do after post call? Sleep of course.. I have ton of plans.. Buying this and that.. The day is getting really near..

6th of October 2012.. My convocation day..


I've plan to stay 2 days and 1 night in Kuala Lumpur with my family.. Lately been checking out about hotels around Petaling Jaya, most of the hotels are fully booked especially those near University of Malaya.. Currently I'm stuck thinking of where should I stay..

Although it is one of the biggest day in my life, I don't actually feel excited and looking forward to it.. Thinking about that day where there will be thousands of people around make me sick.. I'm just a home-person who love to be around with family but not the society.. Haha.. Too bad..

Only one thing that I really look forward into, is meeting my old friends.. How much I miss them..I guess there'll be lot of gossips to share on that day.. Weee.. =)

Till here then.. Take care.. Assalamualaikum.. 

Dan Sesungguhnya Kepada DIA Kita Kembali

5 comments
Assalamualaikum..

Hari ini adalah hari yang sedih.. Bertambah sedih dan rasa sebak dalam dada bila aku mendengarkan bait-bait di bawah ini..

* * *

Wahai pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu
MUHASABAH CINTA - EDCOUSTIC

* * *

Aku jarang bertugas di wad 3-1.. Dalam 2 minggu mungkin sekali atau dua kali.. Tapi aku cukup kenal dengan seorang pesakit yang dah jadi penghuni tetap wad tersebut.. Gadis itu berusia 23 tahun, sebaya dengan adik perempuan aku.. Seorang gadis yang tabah dan kuat.. Walau zahirnya kelihatan lemah dan cekung, malah jelas kelihatan juga kesan daripada rawatan kemoterapi yang diterimanya berkali-kali.. Tiap kali bertugas di situ, melihatkan keadaannya cukup buat aku sedih.. Penghidap kanser ovari tahap 4, dan ibunya sentiasa ada di sisi menemaninya..

Hari ini aku mendapat berita beliau telah kembali ke rahmatullah.. Sebak rasa hati.. Kadang-kadang aku pernah juga melihat ibunya menangis dalam diam, bila mengingatkan saat itu kembali, tak semena-mena air mata aku turut menitis.. Besar dugaan mereka.. Sedang aku yang melihat ini sudah cukup merasa beratnya, apa lagi mereka yang memikulnya..

Kebetulan, aku terjumpa dengan blog milik gadis ini.. Aku baca satu persatu.. Bersama alunan di dalamnya.. Tak henti-henti aku menangis.. Terasa mati itu sememangnya begitu hampir pada kita tiap manusia..




Doa aku moga arwah adik Rusfainy Atikah tenang di sana dan moga keluarganya tabah mengharungi ujian dari Allah ini.. Al fatihah..

Selamat malam semua.. Assalamualaikum..



Random Babbling

4 comments
Assalamualaikum..

Ewah.. Rasa kekok nak menaip.. Rasa macam lama sangat dah tak menconteng.. Kepenatan dan kesibukan yang melanda, sampaikan menaip banyak yang jadi draft.. Semalam kerja syif malam, lewat tengahari tadi baru selamat sampai ke rumah lalu membongkang tidur.. Malam yang agak sibuk, ramai ibu-ibu mengandung yang datang sebab turun air.. Kalau turun air, dah cukup bulan tak apa lagi.. Ini kalau kes turun air tapi baru 29 minggu.. Haa! Apa kes? Ditambah lagi dengan bayi-bayi yang berak dalam kandungan, lagi haru! Tak menang tangan.. Salah satu tanda bayi di dalam perut anda berada dalam keadaan "terancam" dan "distress" adalah jika anda turun air, tapi warnannya adalah kehijaun, bukan jernih.. Dan itu perlu diberi PERHATIAN LEBIH.. 

Oh ya.. Satu pesan! Bagi ibu-ibu yang merokok, dan agak-agak rasa macam bercinta sangat nak tinggalkan rokok yang anda sayangi itu, janganlah mengandung dulu.. Kasihan kot si kecil yang ada dalam rahim anda itu.. =(

Dua hari yang sudah, aku tidur dalam keadaan yang penat.. Entah apa cerita, malam itu aku mimpi sesuatu yang teramat sedih sampai basah bantal aku.. Haha.. Dua kali aku terjaga di tengah malam.. Dalam keadaan tak sedar, rupa-rupanya aku teresak-esak.. Bila bangun pagi itu, aku tak dapat ingat kembali apa yang aku mimpikan.. Ah! Abaikan saja..

Jadi bangun pagi itu, terus bersiap pergi kerja.. Tak disangka, hari itu adalah hari yang sangat tidak memberangsangkan.. Ramai ibu mengandung yang masukkan ubat hari itu untuk gesa bersalin tapi jalan masih tak buka-buka besar.. Senang kata, progress yang sangat slow.. Ada pula ibu mengandung yang tiba-tiba develop tekanan darah tinggi sampai cecah 220/140.. Aku dah mula gelabah dengan macam-macam kes yang jadi dalam 3 wad yang mana aku jaga seorang diri.. Yang mana perlu aku attend dulu.. Dan dalam gelabah-gelabah itu, aku attend patient-patient tersebut lalu aku laporkan pada Medical Officer aku.. Dan tak pasal-pasal kena marah.. Haihhh! Tak sangka malam sebelumnya mimpi menangis, keesokan harinya itu adalah hari yang sangat teruk juga buat aku.. Phew!!


Well.. After all, itulah cabaran yang perlu dilalui sebelum kita boleh jejak ke puncak.. Pengalaman itu yang akan ajar kita bagaimana untuk handle situasi dan bertenang dalam setiap emergencies.. It applies in everything in our life..

Well.. This eyes can't hold on anymore even though how strong the desires of my fingers to continue writing.. Haha.. Till here then.. Take care.. Selamat malam semua.. Assalamualaikum..

P/S : Hoyeah!! Esok gaji!! *mode berjoget*

Sleepyhead

4 comments
Assalamualaikum..

Jam dah hampir nak cecah pukul 10 malam.. Esok kerja pagi lagi.. Hari ini post call.. Balik-balik rumah pagi tadi terus terbongkang tidur.. Walaupun dah tidur, tapi mata sekarang adalah sangat berat dan kuyu.. Malam semalam adalah malam yang sangat stress.. Tambahan pula menjaga ibu mengandung yang sedang dalam kesakitan ingin bersalin memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.. Kasihan melihatkan mereka yang berpeluh-peluh menahan sakitnya ingin bersalin.. Bukan mudah sebenarnya mahu melaluinya, perlukan sokongan moral dan emosi yang berterusan sebab kadang-kadang kerana terlalu penat dan sakit, ramai pesakit yang putus asa dan mahu menjalani pembedahan saja.. Melahirkan itu sesungguhnya satu pengorbanan yang teramat besar.. =)


Tarikh konvo dah semakin hampir.. 2 minggu lebih saja lagi.. Tapi tak ada sedikitpun perasaan melonjak gembira atau yang seumpama dengannya.. Bila memikirkan setelah penat bekerja, perlu meredah jalan raya dan menuju ke Universiti Malaya, selesai saja majlis konvokesyen perlu pulang semula ke Melaka dan esoknya pasti sudah mula bekerja semula.. Memikirkannya saja sudah buat aku penat.. Kadang-kadang aku sampai merasakan cuti konvo yang aku dapat itu aku mahu gunakan untuk tidur dan tidur dan tidur saja.. Tapi konvo seumur hidup sekali.. Iya tak?


Banyak plan yang aku dah fikirkan untuk dilaksanakan memandangkan tahap stress telah berkumpul di satu tahap yang agak membahayakan.. Stressnya sampai terasa dada begitu menyesakkan, pernafasan seolah tersekat dan emosi sangat sensitif, hanya mahu marah saja tapi disimpan dalam hati.. Hehe.. Kadang-kadang aku rasa, jalani satu sesi bersama psychologist pun ada baiknya juga.. Paling tidak berkurang juga stress yang dialami..


Baru saja mengusulkan cadangan pada mak, ingin bawa satu famili saja-saja tidur dekat hotel tepi pantai dalam 2, 3 hari.. Hasrat hati nak menuju Cameron tapi sebab jauh sangat, tepi pantai pun jadilah.. Sebabnya aku heat intolerance.. Ekeke.. Aku rasa entry aku sepanjang aku mula kerja sampai sekarang, semuanya stress, tak ada yang tak stress.. Bilalah agaknya aku dapat tulis entry jiwang bunga-bunga dari taman hati tanpa ada stress.. Haha.. *ABAIKAN*

Okaylah.. Masa untuk ketiduran.. Jaga diri semua.. Selamat malam.. Mimpi indah.. Assalamualaikum..
=)

Prem

2 comments
Assalamualaikum..

Minggu yang agak stress.. Stress sampai tahap walaupun fizikal dan mental kau penat, tapi kau tak mampu nak lelapkan mata.. Dengan emosi yang tunggang langgang, hari-hari pun rasa nak marah.. Boleh ke tak gitu? Adeh! Lama-lama kalau begini, kedut seribulah muka ayu ini.. =p


Kenapa aku bubuh gambar bayi ya? Bukan apa, aku nak ceritakan setinggi mana tahap stress yang aku rasakan sekarang.. Kalau kata aku sekarang tengah mengandung, confirm seratus peratus aku akan dapat preterm contraction ataupun yang terpaling dahsyat PRETERM LABOR.. Bersalin tak cukup bulan.. Eh! Ramai okay houseman yang dah berkahwin lalu mengandung mengalami masalah begini.. Sebabnya? WORKLOAD dan STRESS.. That's why it is not advisable to get pregnant during housemanship days.. Takut jadi benda-benda beginilah, lahir bayi pramatang a.k.a PREM BABY, bayi kurang berat badan, lebih kecil dari usia sepatutnya dan macam-macam lagilah..


Rasa macam nak makan orang pun ada, ditambah lagi kalau kau dapat mesej yang berbunyi SOMBONGNYEWWW!! Adeh! Bukan sombong tapi sibuk mencari rezeki membantu keluarga.. Harap maklum.. Sekian, terima kasih ya pada yang menegur..

Masa untuk paksa mata tidur.. Esok subuh-subuh dah kena keluar, petang dekat nak gelap baru balik.. Beginilah kehidupan.. Selamat malam semua.. Have a great day ahead.. Jaga diri.. Assalamualaikum..

Down The Drain

5 comments
Assalamualaikum..

Minggu yang memenatkan.. Mendera mental dan fizikal.. Haha.. It's been nearly 2 months I guess having myself in a world of "adulthood" where I need to go to work and earn a living.. Walaupun dasarnya melalui pekerjaan aku sekarang aku telah mengalami penyusutan berat badan tapi hakikatnya kesihatan aku adalah DOWN THE DRAIN.. =.=

Having suffered from something called "PLANTAR FASCIITIS" is not really pleasant.. Tambahan lagi dengan kerja aku, penyakit ini adalah tidak sesuai sekali terlibat dalam hidup aku.. Tapi sayangnya ia dah selamat menjadi teman rapat aku.. Awalnya dulu, sakit masih boleh dikawal dengan penggunaan NON STEROIDAL ANTI INFLAMMATORY DRUGS, but nowadays, makanlah berapa banyak VOLTAREN, PIROXICAM, they have no effect at all..

At the end of the day, I will get a swollen leg, bilaterally.. More severe on the right side.. Sakitnya bila mana kita bangun pagi dan baru nak memijak lantai.. Ya Allah Ya Tuhanku.. Hanya DIA saja tahu betapa sakitnya.. Dan bila hendak berdiri daripada duduk yang lama, itu juga memang tersangat menyakitkan.. Mungkin penurunan berat badan masih belum cukup.. Ditambah lagi sekarang dengan kerja aku yang memerlukan aku sentiasa berjalan, berdiri, berlari dan seangkatan dengannya, aku rasa memang tak ada harapan untuk aku sembuh.. Huuuu..


Salah satu kategori orang yang mudah dapat penyakit ini selain daripada berat badan, pekerjaan yang memerlukan sentiasa berjalan dan berdiri, satu lagi ialah orang yang punya tapak kaki leper atau lekuk pada tapak kaki yang terlalu tinggi.. Seperti dalam kes aku, aku adalah seorang pemilik FLAT ARCH.. Jadi aku perlu menggunakan kasut yang sesuai supaya aku dapat kurangkan masalah pada kaki aku.. But at the end of the day, sakit dah tak dapat dibendung.. Haha..

Aku berharap satu hari nanti aku berpeluang menjejakan kaki aku ke klinik Orthopedik dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.. Tapi harap masa dan ketika itu, plantar fasciitis aku bukanlah di tahap yang kronik.. Sekarang hampir setiap malam aku berurut untuk kurangkan bengkak dan sakit.. Adalah lega sedikit.. Nampaknya bulan depan kena mula makan semula Herbalife dan turunkan berat badan sampai 30kg, barulah hilang plantar fasciitis agaknya.. 

Okay.. Banyak dah membebel dan meluah rasa.. Bagi sesiapa yang nak tahu serba sedikit pasal PLANTAR FASCIITIS, bolehlah KLIK LINK INI.. Simple dan mudah difahami.. Heee.. Till here then.. Selamat malam.. Assalamualaikum..


P/S : Semenjak aku dapat sakit ini, ramai dah duduk tanya aku, "Kenapa jalan nampak macam tempang sikit?" Aku cuma mampu senyum sajalah.. =)

Hapus


Hapuskan rasa cintaku..
Aku pun ingin bahagia, walau tak bersama dia..

* * *

Love the lyrics for the song from Judika.. Nice one.. Good night people.. Assalamualaikum..

Mungkin

12 comments
Assalamualaikum..
Selamat malam.. Hari kedua cuti dah hampir habis.. Masih berbaki sehari lagi.. Hari ini ligat update blog, masuk yang ini dah 3 entry selamat aku conteng.. Lepas gian, seronok rasanya dapat menulis..
=)


Tak ada cerita apa pun kali ini.. Cuma tiba-tiba aku teringat mak pernah nasihatkan aku, nak cari pasangan hidup, biarlah yang sama kerja sama bidang, senang memahami kehidupan yang sibuk dan tunggang langgang ini.. Tapi aku cepat say NO NO NO pada mak.. Kenapa? Entahlah.. Cerewet ke? Haha.. Bagi aku, persamaan itu suatu yang membosankan..

Tapi kan.. Kadang-kadang apa yang orang duduk kata mungkin ada betulnya.. Selalunya benda yang kita tak mahu tak ingin tak hendak itulah yang selalu kita dapat.. Hehe.. *Ketawa kecil*

Hmm.. Mungkin.. Hehe..

Selamat malam semua.. Selamat merehatkan diri.. Assalamualaikum..
:))

That Awkward Moment

4 comments

Assalamualaikum..

That moment.. The most awkward moment in my life.. When one of the patient in labor that you attended, is actually your ex-school mate!! And she is going to deliver any time soon with a husband anxiously waiting outside..

And and and.. On the other hand, here you are, busy working 24 hours.. Working, go back and sleep, then going back to work again.. When life only revolves around working, working and just working..

Have a great weekdays ahead peeps.. Assalamualaikum..

Monolog

1 comment

Bila aku mula merasakan yang aku patut berputus harap dengan apa yang aku rasa, ianya datang lagi setelah lama menghilang.. Lantas menyalakan semula sedikit harapan yang bersisa.. Tapi ternyata yang tersisa itu patut dibuang terus dan tiada saki bakinya sebab sememangnya yang hadir itu sekejap cuma, dan akan pergi lagi seperti kebiasaannya..

Datang lalu pergi.. Dan menghilang.. Muncul kembali dan hilang lagi.. Aku sudah sememangnya perlu menjangkakan itu yang akan terjadi.. Sedang hati masih ingin terus berharap dan teguh berdiri.. Tapi sebahagian lagi berkata, berhenti berhenti!

Salam petang Ahad.. Assalamualaikum..

A Flower


To "you"..
Who once used to make me smile..

Good night..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah

4 comments

Assalamualaikum..

Hari ini hari Jumaat.. Penghulu segala hari.. Hari ini juga telah jadi satu hari yang bahagia dan manis dalam kenangan hidup aku sebagai seorang Cahaya Yang Riang Gembira.. Hee.. Akhirnya, setelah sekian lama menunggu, dan setelah hampir mencecah 2 bulan bekerja, aku telah mendapat gaji pertama aku sebagai seorang penjawat awam.. Perasaan gembira tak terhingga yang sukar dibayangkan..

Alhamdulillah.. Usai saja kerja pada pukul 10 pagi tadi, walaupun mata mengantuk, tetap ku gigihkan juga diri mencari bank yang terdekat.. Aku siap mencari sampul raya lagi.. Pulang saja ke rumah, aku serahkan sedikit pada abah, pada emak dan juga adik-adik.. Perasaan itu memang sukar digambarkan kan? Perasaan dapat berbakti pada kedua orang kita selepas sekian lama mereka menjaga kita.. Aku bersyukur sangat atas pemberian dariNYA ini..

Sepanjang hari ini, aku tersenyum saja.. Yang penting, kena mula menyimpan.. Mana tahu tak lama lagi ada perancangan nak kahwin ke.. Ekeke.. Macam ada calon.. Okaylah, sampai sini saja.. Selamat berbuka puasa semua..

Jaga diri.. Assalamualaikum..

Terbang Tinggi Tinggi

6 comments
Assalamualaikum..

Ahad dah pun hampir berlabuh.. Esok pula dah Isnin.. Kerja straight dari Isnin sampailah Ahad, dengan cuti tak sampai sehari pada Jumaat.. Harapnya cukup kuatlah nak menghadap pagi Raya di hospital.. 

Tiap kali kalau aku pulang dari kerja, aku pasti akan duduk dalam kereta, lebih kurang 10 ke 15 minit.. Sambil menikmati penghawa dingin yang aku talakan ke muka, sambil aku memandang ke luar dan dongakkan kepala..


Dalam hati aku kata, kenapalah rumah aku di tingkat terpaling atas dan tak ada lif.. Kadang rasa macam, tak boleh ke aku terbang terus ke atas.. Dah sebulan lebih aku turun naik tangga, tapi lelah naik turun tangga masih terasa.. Banyak sangat tingkat kot.. Haha.. (TIGA AJE PUN)

Tapi tak kisahlah, apa yang penting, berat pun dah banyak kurang, baju yang dulu-dulu tak muat pun dah boleh sarung.. Ada baiknya juga ya tak duduk rumah tingkat paling atas.. Tak kisahlah tak dapat terbang tinggi-tinggi, duduk di darat merangkak dan berjalan pun ada banyak faedahnya.. Heee..

Okay semua.. Selamat memulakan minggu baru dan selamat meneruskan ibadah puasa.. Jaga diri.. Assalamualaikum.. 

3 Kali Sehari

3 comments
Assalamualaikum..

Ewah.. Tajuk macam bagi preskripsi ubat.. 3 kali sehari.. Rasa nak tulis dalam blog, tapi buat masa sekarang tak ada idea lagi, jadinya aku nak kongsikan momen manis seorang blogger.. Lama dah aku perhatikan sebenarnya kewujudan seorang pembaca yang sangat setia mengunjungi blog ini.. Memang boleh kata, tiap-tiap hari ada kewujudan IP adress tersebut dalam statistik Cahaya Yang Riang Gembira..

Even tak ada update, atau update yang dah basi pun tetap rajin datang menjenguk.. Tapi bukan sehari sekali.. Sebaliknya, 3 kali dalam sehari.. Pagi jenguk sekali, tengahari datang lagi, petang tak lupa ada juga sekali.. Kadang-kadang sampai 4 kali pun ada.. Malam saja tak ada, mungkin sebab dia kerja dari pukul 8 pagi sampai 5 petang kot.. Hehe..

Apa pun, terima kasih tak terhingga.. Walaupun kadang-kadang aku rasa blog Cahaya Yang Riang Gembira ini macam nyawa-nyawa ikan, tapi masih ada lagi yang setia selalu menjenguk.. Terima kasih.. Ecewah, ayat budget retis.. Okay! Okay! Okay! Mata dah kelabu asap.. Tambah lagi dengan keadaan kesihatan yang tak berapa memuaskan, maka aku minta diri dululah ya.. Nasib esok cuti.. Heee.. 

Selamat malam semua.. Assalamualaikum.. 


Sorotan Sebulan Hidup Obstetrik Dan Ginekologi

6 comments
Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, dah masuk bulan 8.. Dah sebulan dan seminggu aku bertugas di Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi Hospital Melaka.. Banyak pasang surut dan turun naik, masam masam manis kehidupan seorang pegawai perubatan siswazah..

Entry kali ini, biar pendek.. 4 perkara yang aku agak gerun untuk lakukan ketika baru mula masuk bekerja di jabatan ini..

1) Setting an IV Branula

Masa zaman aku student dulu, pernah buat sekali dua saja.. Jadi bila masuk kerja, agak terkial-kial jugalah nak catch up.. Kalau nak diikutkan, dalam jabatan O&G inilah paling senang nak masukkan branula sebab urat-urat wanita mengandung memang kembang-kembang dan cantik-cantik..

Tapi hakikatnya, aku memang gerun.. Aku takut orang rasa sakit.. Jadi aku selalu FAILED bab masukkan branula, sebabnya aku takut orang sakit.. Haha.. Boleh macam tu?


Tujuan masukkan branula sebab nak ambil darah, masukkan air, darah atau apa-apa saja ubat ke dalam salur darah.. Ianya ibarat macam kau masukkan satu tiub kecil ke dalam salur darah.. Salah masuk site, boleh pergi ke lapisan lemak dan boleh membengkak.. Bila dah bengkak, kita tahulah kita dah salah masukkan jarumnya..

Aku cukup lemah semangat kalau sekali buat tak berjaya, sebab nak kena cucuk lagi.. Sebabkan benda ini juga, aku selalu kena marah sebab pasang branula dengan slow.. Al maklum saja, tak expert lagi, memanglah slow.. Sekarang, kalau nak diikutkan, tak adalah expert mana, tapi bolehlah.. Ada juga masa tak berjaya, tapi proses belajar.. Aku percaya, lama-lama nanti, sambil tutup mata pun boleh pasang branula.. Kekeke..


2) Pemeriksaan speculum

Masa zaman student selalu buat dekat patung.. Bila dah kerja, of course kena buat dekat manusia.. Tujuannya adalah untuk periksa keadaan serviks kalau-kalau ada pendarahan ke, atau dalam kes pecah air ketuban, kita nak pastikan betul ke air ketuban memang dah pecah.. Jadi inilah dia alatnya..

Gerun nak guna, sebab ada kes yang boleh menyebabkan ianya menyepit dan tersepit.. Ouch!! Tapi, bila dah lama-lama, kita dah tahu teknik dia, InsyaALLAH, smooth saja..


3) Artificial Rupture Of Membrane @ Amniotomy

Atau dalam erti kata lain pecahkan air ketuban dengan menggunakan alat.. Selalunya prosedur ini kita lakukan di kamar bersalin, bagi mana-mana wanita yang jalannya telah buka lebih dari 4cm dan air ketuban belum pecah.. Maka untuk memudahkan proses bersalin, doktor akan pecahkan air ketuban dengan menggunakan amniotic hook..

Dan ini juga satu prosedur yang aku agak terkial-kial nak buat.. Ianya tak susah mana pun, cuma masukkan dua jari, dan salurkan hook tersebut, cari sarungnya dan kita pecahkan supaya air ketuban dikeluarkan.. Masih lagi belajar untuk jadi expert..


4) Vaginal examination

Dan terakhir sekali.. Benda yang memang tak susah mana pun.. Tapi kita jadi hebat dengan pengalaman dan banyak kali buat.. Benda yang buat aku blur dan bingung.. Pemeriksaan ini dibuat selalunya untuk memastikan berapa besar jalan yang telah terbuka untuk melahirkan anak.. Berapa besar bukaan menentukan samada kita nak tolak ke dalam kamar bersalin atau tak..

Jadinya memang kena buat banyak kali, baru kita boleh tahu macam mana rupa bentuknya bukaan 2cm, 4cm, 8cm dan lain-lain lagilah.. Kalau aku tak yakin, aku akan cakap tak yakin supaya orang lain boleh periksa semula.. Bagi aku senang saja, kalau kita tak tahu, cakap tak.. Dan kita belajar supaya kita jadi tahu.. Pengalaman pasti akan mendewasakan.. Bukan pertama kali buat, kita akan terus hebat.. Aku harap kakak-kakak nurse boleh memahami dan bagi banyak tunjuk ajar pada aku.. Heee.. ^^


Eh! Entry pendek ke ni? Haha.. Terseronok pula menaip.. Apa pun, selamat malam.. Sampai sini saja.. Mengantuk dah.. Tak sabar menanti cuti pada hari Jumaat.. Hehe.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum..

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.