31 Jan 2012

Gamsahamnida

Januari 31, 2012 0 Comments
Assalamualaikum..

Lagi 2 jam, 31 Januari akan berlalu.. 31 Januari tahun ini berlalu seperti hari-hari yang biasa.. Cuma ucapan bertalu-talu di Facebook juga SMS yang mewarnai hari yang biasa ini.. Terima kasih kerana masih ingat diri ini.. Terima kasih tak terhingga untuk doa-doa kalian, mudah-mudahan termakbul doa yang kalian sampaikan buat aku.. =)



Terharu seh.. Nak tisu please!!! Hehe.. Apa pun, terima kasih banyak-banyak kerana serikan 31 Januari 2012 aku.. Gamsahamnida.. 

Sampai sini.. Kelu tak tertaip kata dah.. Hee.. Selamat malam semua.. Jaga diri.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS
31 Januari kali ini bawa satu kelainan dan satu perubahan dalam pemikiran aku.. Terima kasih buat aku sedar dari lena dan mimpi yang berlarutan..

31 Januari : Doaku Untukmu Sayang, "Baik-Baik Sayang"

Januari 31, 2012 3 Comments
Assalamualaikum..

Malam ini post tajuk post video, cukuplah eh? Tulis panjang-panjang? Tak ada idea yang mencurah, tak ada rasa yang berkobar.. Huhu..

Dedikasi dari diri aku untuk diri aku sendiri, doaku untukmu sayang, "Baik Baik Sayang.." Haha.. Di tahun baru, usia baru, aku tak letak specific hope, specific things that I need, I want, no more eagerly looking forward for certain things, all that I pray, today will be better than yesterday.. Well, moga semuanya baik-baik dan terbaik saja untuk aku.. Amin..

Selamat malam.. Assalamualaikum..
=)





Terima kasih mak, abah kerana melahirkan saya.. Buat adik beradik dan teman-teman tersayang, terima kasih kerana hadir dan selalu ada dalam hidupku.. 25 years old.. Moga lebih baik dari tahun-tahun yang sudah..


28 Jan 2012

The Planner

Januari 28, 2012 8 Comments
Assalamualaikum.. Hello dear readers.. Looks like Saturday is going to end very soon and here comes Sunday.. And the day after? Our daily routine will begin, as usual.. 

Agak-agak highway sesak tak esok? Ada yang dah mula kerja Rabu lepas, ada yang cuti seminggu macam orang yang di sini.. Haih.. Kalaulah kereta kita boleh dipandu hanya dengan menggunakan mind control.. Alangkah bahagia tak terkata rasanya.. Keh keh keh..

Budak-budak Maktab sini dah ramai yang pulang ke asrama masing-masing.. Nampaknya ramai yang tak sanggup nak tersekat dalam kesesakan.. Baguslah.. Aku sendiri, aku tak sanggup nak balik awal, nothing there in KL, cuba memaksimakan masa duduk di rumah.. Lagipun memikirkan Melaka dan Kuala Lumpur tak adalah jauh mana..

Tapi kan.. Kan kan.. Tahu tak?


1) 1hb Februari - Hari Wilayah Persekutuan

2) 5hb & 6hb Februari - Maulidur Rasul

3) 7hb Februari - Thaipusam

Maknanya? Cutilah.. Apa lagi.. Ewah.. Padahal 29hb dah balik KL, ada hati lagi eh nak balik Melaka semula dari 1hb sampai 7hb.. Haha.. Bukan apa, sekarang saja waktu yang ada untuk enjoy cuti sepuasnya.. Nanti-nanti, tak ada istilah cuti dah dalam hidup.. Takut-takut nanti, siang dengan malam pun tak tahu okay.. (Ops! Exaggerating pulak! =p)

Tapi duduk rumah pun, tak boleh nak cuti sakan, buku kena buka juga.. Hehe..


Lagipun aku ni jenis cuti-cuti pun, tak adalah keluar ke sana ke mari.. Aku lebih prefer waktu cuti duduk di rumah.. Rumahku syurgaku.. Lagipun asalkan dengan family, duduk rumah sendiri, apa pun best.. Tak kisahlah even kalau duduk terperap saja di rumah.. Hehe..

Sekarang sibuk menyusun jadual-jadual untuk cuti akan datang ini, jadual-jadual belajar dan segala macam jadual lagi untuk mempersiapkan diri.. Masa banyak free, jadi kena guna dengan sebaiknya.. Masa itu emas, masa itu ilmu, masa itu boleh jadi apa saja yang bermanfaat asalkan kita isi dengan benda yang bermanfaat.. Jadi, jangan buang begitu saja, nanti rugi.. Sekali sekala, tak apa.. Hehe.. =p


Okay.. Sampai sinilah ya.. Jom makan aiskrim.. Haha.. Lapar pula tengok gambar aiskrim atas ni.. Kalau dapat, memang aku mencekik "Patrick" dulu.. Kekeke..

Jaga diri semua.. Assalamualaikum..



27 Jan 2012

Persamaan Itu Similarities : Jom Makan

Januari 27, 2012 4 Comments
Assalamualaikum..

Hai readers sekalian.. Jumaat dah ya, dah nak berhujung minggu dah.. Dan sehari dua lagi akan pulang ke Kuala Lumpur.. Ahh! Tak merasa nak sambut hari lahir dengan keluarga tercinta tahun ini, nak meraikan jubli perak.. Tua dah aku rupanya.. =p

Semalam pergi shopping buku-buku, sempat juga aku ke supermarket, niat hati nak rembat aiskrim Wall's Selection Fruit Salad, sekadar nak mencuba perasa terbaru ni.. Ada juga niat nak makan aiskrim jagung dan aiskrim keladi.. Keduanya memang favourite.. Tapi, banyak pula nak dibeli.. Haha..

Kepulangan aku kali ini, aku baru dapat tahu, rupanya adik lelaki aku yang keempat punya minat dan kegilaan sama macam aku.. Dia sangat suka makan aiskrim yam a.k.a keladi.. Seriously, sebelum ini aku jarang jumpa orang muda suka makan aiskrim yam.. Dalam minda aku pun dah set, orang-orang veteran saja makan aiskrim yam ni.. Sebab dalam family aku, mak dengan aku saja yang gilakan aiskrim perisa ini.. Dan as usual, otak aku memang selalu set, yang aku ni memang dah tua pun, itulah sebab aku suka yam kot.. Keh keh keh..

Dan tak disangka, adik lelaki aku yang umur 15 tahun ini pun menyukainya.. Well, mak, aku dan adik lelaki aku ini terlalu banyak persamaan kalau nak diikutkan.. Pertama, aiskrim yam of course.. Dan kedua, sorry to say, tadi sebut pasal makan, kali ini sebut pasal tahi telinga.. Haaa!! Dalam family, kami bertiga saja yang bertahi telinga kering.. Yang lain semua basah.. Well, aku prefer korek telinga guna besi pengorek daripada guna cotton bud.. And yeah, aku rasa telinga kering lagi senang nak dihandle kot.. So, I go for tahi telinga kering.. Kah kah kah..

Ikutkan, banyak lagi persamaan yang ada.. Tapi aku dah malas nak menaip.. Boleh kan? Haha.. Jom keluar cari aiskrim yam.. Mengidam lak aih! =p

Till here.. Happy weekend.. Take care.. Assalamualaikum..

Picturs taken from HERE



Credit picture to THIS SITE

HEART SPEAKS

Aiskrim yam yang terpaling aku suka adalah yang di atas ni, yang dikepit dengan dua keping biskut.. Sedap woooo!! 

Throw A Tantrum

Januari 27, 2012 1 Comments
Assalamualaikum..

The desire to write came all of a sudden.. So, here am I, typing words by words.. Surprisingly, the desire didn't come together with an idea, so, again, randomly typing.. Hurm..

A tantrum.. Does a 25 years old girl loves throwing tantrum? Well, what's wrong with that.. After all, it just happens occasionally.. Haha..  


Gadis berusia 25 tahun ini sebenarnya sangat senang terasa hati, terkecil hati, termerajuk, termarah, ter-irritate, ter-annoyed, tercemberu dan ter- yang seangkatan dengannya.. Tapi semua ini hanya ditunjukkan di depan insan-insan terpilih saja.. They are classified under "special people".. Orang-orang yang rapat dan "mengenali"nya saja.. Keh keh keh.. (Nak rasa kasihan ke bertuah eh special people ni semua?)

Truth is, in front of strangers atau orang yang baru-baru kenal, aku tunjuk lagak gaya anak sulung habis, gagah perkasa, tough dan cekang.. Tapi depan orang-orang yang aku rapat, memang aku tunjuk hati lembut, hati tisu, hati manja dan macam-macam pesen hati.. Haha.. Ngada kan! =p

Aku coret tentang ini bukan apa pun, sebab lately aku sedang dan senang terasa hati.. Haih.. Biasalah.. Sensitif, nama pun hati seorang wanita kan? (Eh! Wanitalah!) =p

Ingat lagi aku setahun lepas barangkali, aku merajuk dan terasa hati dengan orang.. Jenis aku, kalau merajuk, tak tunjuk pun dekat orang yang aku terasa hati tu, tapi aku suka luahkan dalam bentuk penulisan, kadang blog, kadang Facebook.. Ngada kan! Masa aku merajuk time tu, aku tulis satu entry.. Pagi esoknya, terus aku dapat SMS, ada orang tanya, "Kau terasa hati dengan aku ke?" Lebih kurang begitulah bunyi dia.. Haha.. (I love the straightforwardness, which I find it difficult to look for in a person nowadays, cause people tend to assume rather than directly asking.. LIKE ME!) =)

Tahu aku jawab apa? Seingat ingatan aku, aku jawab, "TAK ADALAH, MANA ADA..".. Dang!! Ngada kan! Padahal sebelum tu, bukan main pung pang pung pang, kata terasa hatilah, merajuklah, tak nak balas sebarang SMS dah, tak nak baca dah blog orang tu.. Tapi, last-last?

Aku ingat lagi, sahabat baik aku Faizah Fuad ada sebelah aku ketika itu, bila aku balas begitu, dia pun cakap, "Cakap ajelah, ya, merajuk dengan kau! Eh lupa.. Macam mana nak balas, kata tak nak dah balas SMS.. Kan kan kan?" Oh! Nada perli di situ.. =.=


Haha.. Umur dah pertengahan 20, tapi perangai macam little princess yang suka throw tantrum.. Mesti orang pening dengan perangai aku yang ini kan.. Haih.. Who on earth can tolerate this side of me? Hurm..

Now, again, terasa hati dengan orang.. Ewah.. Merajuk aje! Tapi kali ini tak adalah "Kau merajuk dengan aku ke?".. Cuma adalah komunikasi 2 hala berlaku, dan sekali lagi, aku tak boleh nak merajuk lama-lama, membatu, dan tak ada respon.. Sebab, akhirnya, aku respon juga.. Haih! Lembutnya hati seorang wanita.. Ops!!! =p

Untuk orang yang berkenaan, ya, setahun yang lalu tu, memang aku merajuk dengan kau.. Terasa hati.. Tapi, kau faham-faham sendirilah, terasa hati aku tak lama mana pun.. Haha.. (_ _!)

Kita ni, boleh nak merajuk, boleh nak terasa hati, kita pun manusia biasa.. Kan? Tapi merajuk tak payah lama, terasa hati sikit-sikit pun cukup.. Tambah lagi kalau tak ada orang nak pujuk.. Kekeke.. Kalau rasa tak boleh simpan, luah.. Just say it, "Aku terasa hati dengan kau.." Jangan jadi macam aku.. Haha.. Lagipun kita hidup dalam dunia ni, bukan seorang diri.. Semuanya soal toleransi, saling memahami, dan yang penting saling memaafi..

I'm sorry.. Merajuk aje kerja aku.. Heee.. =)

Till here.. It's time for me to sleep.. Take care.. Assalamualaikum..


ALL PICTURES TAKEN FROM GOOGLE


25 Jan 2012

Random Babbling

Januari 25, 2012 0 Comments
Assalamualaikum dear readers.. It's been so long since I last wrote a piece of my mind in this lovey doveyland.. The feeling now is like a stranger who has not know what a dashboard really looks like.. LOL!

Actually, I am now starting to slowly make some changes in my life.. I change what I used to like, what I used to do, what I used to love and everything that I used to.. I realize I'm no more a little girl and I've wasted lots of my time on something that are not supposed to.. Whenever you're reaching another stage in your life, you'll automatically look back and figure out what you've done, what you've achieve all along.. And me? Hurm.. Nah! Just forget it..


During this 36 months of my life as a blogger, I've babbled about lots and lots of things.. About me, my studies, my surroundings and almost everything.. But lately, I realized that I started to keep it low and distanced myself to certain things, certain people and certain situation..

For the past 1 year, I've been through a lot.. No "ups" in my life, almost everything is going "down" to the drain.. Only my family and a few closest friends are with me during this tough time.. I never blogged about this like I used to do, perhaps this is one of the changes that I wanna make in my life.. 


You know something? As I look back, I realize I have to start and sacrifice all that I love, so that I could clear my path and make it to the destination.. Things are really hard and difficult, but Allah knows best.. I'm glad I've been given chances in life so that I can stand up again after I stumbled upon bumps, bumps and more bumps in my journey.. Thank you Allah.. =)


And for my family and my closest friends, thank you for all this time, for all the supports, I owe that.. And for all that I've sacrificed, I feel really sorry and sad about letting go.. If I'm wrong, I'm sorry.. :'(

Till we meet again someday.. Take care dear readers.. Goodbye.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS
True.. A smile can hide your pain  and sorrow.. But, someday that smile will definitely swept away the pain.. =)



17 Jan 2012

Love At First Sight

Januari 17, 2012 2 Comments
Assalamualaikum..

Wah.. Hari yang sangat panas, terik dan mengeluarkan peluh dengan banyaknya.. Rasa nak sangkut air-cond atas kepala.. Phew! Penat pun ya juga, sepanjang pagi duduk di klinik.. Petang pula duduk berdiskusi.. Esok rutin yang sama lagi, klinik dan klinik dan klinik.. Aaaaaa!

Forget it.. Here goes the story about my love.. Love at first sight.. ^^


Bukan love apa pun.. Jatuh cinta pandang pertama dengan purse pesen ni sebenarnya.. Pertama kali aku tengok adalah beberapa bulan lepas, di Mid Valley.. Tangan dah gatal dah nak keluarkan duit.. Tapi otak kata, jangan jangan! Haha.. Minggu lepas aku pergi Mid Valley, bersepah-sepah purse macam ni.. Bergelora perasaan memandang cinta pandang pertamaku ini.. Keh keh keh.. =p

Aku suka, simple aje kan? Selalu aku ada taste yang sangat buruk tentang benda-benda yang bersangkut paut dengan soal-soal wanita.. Kain baju, kasut, tudung dan seangkatan dengannya.. Mak abah aku cakaplah.. Taste orang tua kata mereka.. Haha.. So, end up, selalunya abah aku yang akan buat pilihan untuk aku.. Taste abah cukup lain dengan aku, memang selalunya mak pun akan minta pandangan abahlah kalau bab-bab begini..

Agak-agak, kalau tanya abah, abah akan kata purse pesen gini buruk tak? Haha.. Aku jenis tibai semua, purse pasar malam, satu 10 ringgit pun aku rembat.. Asal cantik di pandangan mata aku..




Makanya, marilah kita berdoa supaya earning Nuffnang akan meningkat dengan hebatnya ya.. Nanti boleh rembat 10 terus.. Satu hari pakai satu warna.. Ekeke..

Haih.. Love at first sight, dari mata turun ke hati.. Dah lekat ke hati memang payah nak kikis.. Iya dak? Hehe.. Okay, cukup bebel sampai sini.. Take care.. Assalamualaikum.. Smile always.. =)

15 Jan 2012

How I Plan To Spend My Life With You

Januari 15, 2012 3 Comments
Assalamualaikum.. Hai.. Happy weekend dear people.. 

Weekend kali ini dipenuhi dengan kerja copy mengcopy drama-drama dan variety-variety show dari satu hard disc ke satu lagi hard disc yang lain kepunyaan seorang kawan blogger.. Lama dah rasanya aku tak jumpa-jumpa blogger ni.. For 2012, this is the first time.. Habis satu hard disc aku, FULL HOUSE!! Memang 1 Tera menantilah jawabnya.. Sebelum sambung copy-copy, there is this picture I wanna share.. Taken somewhere on the net, I'm not sure which website, whatever it is, credit to the owner..

You know what I have at the back of my mind? This can also be HOW I PLAN TO SPEND MY LIFE WITHOUT YOU.. And the YOU is actually your ex-es.. LOL!

Erm! At which stage should I put the dialogue, "THE NEXT GIRL I WILL EVER LOVE ON THIS EARTH WILL BE OUR DAUGHTER.."? Heee.. =p 


Dan plan aku buat masa sekarang, jom tidur petang.. Hehe.. Have a great day ahead people.. Take care.. Assalamualaikum.. =)


11 Jan 2012

Roasters Eating Day Ay Ay Ay!

Januari 11, 2012 3 Comments
Assalamualaikum..

Saja nak up benda alah ini sebelum tidur.. Post raining weather memang sedap tidur sambil bermimpikan makan Kenny Rogers Roasters.. With macaroni & cheese, fresh fruit salad, coleslaw.. Auwww!! Finger and dish licking good.. Sejuk sikit hati yang tengah panas.. ^_-


Dah ada ura-ura nak ke sana bersama teman sebilik lepas case presentation esok.. Mid Valley? Tropicana? The Curve?Hurmmm.. Think, think and keep thinking.. Dah keluarkan dah baju merah mana yang ada dalam almari, sayang kasut merah aku dah buang, kalau tak boleh pakai merah dari atas sampai bawah.. Amboi, merah Mak Ngah!! Hehe..

Jom jom serbu dan jangan lupa wear RED!! Coz it's Roasters Eating Day Ay Ay Ay! Siap ada effect gema okay.. Malam yang indah ini, mimpi indah bersama ayam-ayam pangganglah gamaknya.. Nyum nyum! Selamat malam semua.. Assalamualaikum.. 

10 Jan 2012

Know-It-All

Januari 10, 2012 1 Comments
Assalamualaikum..

Apasal entah, hari ini rasa cukup marah.. Penat weh! Penat bila mana dalam satu perkara yang kita tak tahu duduk bangunnya, yang mungkin tak ada siapa yang salah siapa yang betul TAPI tetap juga orang nak letak salah itu pada seseorang.. Mungkin bukan dengan cara direct and straight to the point tapi AYAT SEPERTI ITU dah cukup menunjukkan kau nak letakkan kesalahan di bahu orang itu.. 


Entahlah, samada aku tak faham orang atau orang tak cukup faham aku macam mana orangnya.. After all, I'm just gettin' tired of people assuming, act like Know-It-All and blaming, blaming, blaming.. It's hard to endure it.. Mungkin aku perlu berhenti melenting dan cuma senyap.. Biarlah nak kata apa, nak menyalahkan aku tentang apa pun, kau yang rugi sebab tak bertanya terus pada aku dan mencari tahu penjelasan.. I'm tired.. And I don't know why, I am so angry with you.. I'm sorry but I just can't help this feeling..


Have a great day ahead people.. Be cool, be steady.. Assalamualaikum..

Stalker Eh?

Januari 10, 2012
Assalamualaikum.. Salam petang Selasa.. Petang-petang begini, tambah pula lepas makan, memang rasa mengantuk yang teramat sangat.. Ouh..

Saja aku nak bercerita tentang benda yang selalu sangat aku alami.. Yang mungkin ramai orang tak faham dan akan salah anggap.. Selalu sangat aku alami situasi orang kata, "Wah, semua benda kau ingat pasal orang tu.." "Amboi, tahu aje eh.." "Banyak sangat kau tahu pasal dia, kau suka dia eh?" "Stalker eh?" Believe me.. I got really a bunch of that.. Sampai aku dah malas nak explain kadang-kadang..

Nak disimpulkan, aku seorang yang observant, apa yang aku nampak, aku dengar, apa saja tentang seseorang, memang aku akan register melekat dalam kepala otak aku.. Tak kisahlah siapa pun.. Memang dari zaman sekolah dulu aku begitu, I keep a details, I mean even tiny little detail in my mind about someone, lebih dari apa yang orang lain tahu, sebab I love to be friendly and close with people through this way.. Sebab bila kenal, maka kita cinta.. Kita kenal lagi rapat, lagi erat persahabatan kita.. Betul tak?

And, I actually apply this to almost everyone I met, I get to know.. Ingat lagi entry Joegrimjow dengan Lolly? Reading that, then you will know me.. And, I'm not a stalker.. =p



Treated everyone equally but with maximum love and care..
Assalamualaikum..


And "YOU" can be anyone.. Only my heart knows.. =)

"Si Supersetia"

Januari 10, 2012
Assalamualaikum.. Petang semua.. Cuaca terik, tapi mata mengantuk.. Bored, bored and bored!! Minggu depan cuti tahun baru Cina dah boleh balik Melaka.. Yippie!! Rindu semua orang di rumah.. Bila kali terakhir aku balik ya? Hurmmm.. Dua minggu lepas? Heee.. =)

Tiap kali balik, memang macam-macam ceritalah boleh aku kongsi dengan mak dengan abah.. Soal alam sekeliling, orang sekeliling dan sekelilinglah.. Hehe.. Teringat aku satu pesanan mak bila aku pulang tak lama dulu..

"Along, kalau nak kahwin ke apa ke, jangan cari suami orang.. Kawan biasa-biasa tak apa, itupun tak boleh rapat sangat.. Mak abah kalau boleh nak elak, elakkanlah.. Ingat satu benda aje, kasihan dekat isteri dia, dekat anak-anak dia.. Ingat pesan mak.."

Aku senyum saja.. Entah kenapa tiba-tiba pesanan itu timbul.. Mungkin sebab dah terlalu banyak kes begitu berlaku disekeliling.. Bukan kata nak menolak poligami ke ape ke, cumanya sifat kemanusiaan barangkali, kasihan.. Ya, entah kenapa aku kalau tengok kes-kes begini, kasihan pada isteri dan anak-anak.. Tambah lagi kalau bercerai, perceraian kan sesuatu yang menyedihkan dan memeritkan..

Kita selalu dengar orang kata, "Kalau hari ini kau sebabkan mereka bercerai, tak mustahil satu hari yang lain nanti, orang lain akan buat kau bercerai berai.. Kalau dia boleh buat begitu dekat isteri dia, tak mustahil satu hari nanti, dia akan buat begini lagi, tak ada jaminan.." Yep!! People tend to judge that way.. Tapi, who are we to judge kan? Tiap perkara yang jadi, ada baik ada buruk dia.. Every one of us, we lead a different pathway..



One thing to say, I love my Mak.. Heee.. Jangan risau mak, semoga ada si supersetia yang hadir untuk temani anak mak ini sampai bila-bila.. Mudah-mudahan.. =)

Till here peeps.. Assalamualaikum..

9 Jan 2012

7 Jan 2012

Random Sweetness

Januari 07, 2012
Assalamualaikum.. Hari ini, entah apa mimpi aku, aku teringin mencoret tentang ini.. A random sweetness..

* * * * *

1) Pernah tak anda rasa, walaupun anda dah kenal lama, setahun, dua tahun, malah bertahun-tahun sekalipun, tapi anda tak pernah merasa bosan dengan apa yang anda bina itu?

2) Pernah tak anda bergaduh usik mengusik siap dengan stok merajuk dan geram tapi anda tak kisah pun andai ianya berlaku berulang kali? Sebaliknya bila tiada usik gaduh rajuk dan geram, anda rasa rindu untuk melakukannya?

3) Pernah tak anda rasa geram bila apa yang anda cuba sampaikan tidak diendahkan, tidak difahami atau buat-buat tidak difahami tapi tetap anda tak rasa marah mana pun sebenarnya?

4) Pernah tak anda geram dan tersenyum dalam waktu yang sama?

5) Pernah tak anda rasa takut kalau ditanya terus terang oleh si dia yang anda suka tentang apa jua benda yang sepatutnya jadi rahsia tapi dalam masa yang sama anda seronok sebab dia bertanyakan itu kepada anda?

6) Pernah tak anda rasa anda teringin nak tanya khabar selalu supaya dia tak lupa anda, tapi anda tak buat sebab takut andai ianya jadi sesuatu yang annoying dan merimaskan DAN dalam hati anda, anda yakin yang dia tak lupakan anda sebab itu anda berkeputusan begitu?

7) Pernah tak anda rasa kurang berbicara tapi tetap rasa dekat?

8) Pernah tak anda rasa suka pada seseorang dan anda tak tahu pun samada seseorang itu sukakan anda atau tidak tapi anda tak kisah pun?

* * * * *

Pernah rasa? Pernah rasa? Pernah rasa? Hmmm..

Teringat aku beberapa minggu yang lalu bila sahabat baik tercinta aku berangkat ke Mekah, aku sempat berkata pada dia..

"Nenek! Tolong doakan kejayaan saya ya.. Dan menjadi seorang doktor in few more months.. Oh lagi satu.. Doakan juga, kalau "orang itu" yang saya suka adalah jodoh saya, mohon dipermudahkan jalan dan perasaan yang saya ada ni mudah-mudahan dijaga kemas.."

Ya.. Segalanya apa yang aku pernah rasa dan aku simpan, cuma aku dan sahabat baik aku saja yang tahu.. Entah dari mana datang keberanian, keyakinan tekad dan nekad aku untuk titipkan doa itu.. =)

Seminggu yang lalu aku terima pesanan ringkas dari sahabat baik aku..

"Doa awak saya dah sampaikan di sana.. InsyaALLAH.. Usaha dan tawakal.."

Aku hanya tersenyum..

Moga apa yang aku pernah rasa, dapat aku simpan kemas-kemas.. Dengan izin dariNYA, andai ada jalan bahagia untuk apa yang aku pernah rasa, syukur.. Andai tiada, moga dihilangkan rasa itu dan dikurangkan rasa duka..


" Every time you glance up and see someone you wish you could be with, turn away and in that moment ask Allah to bless you with a spouse who will be the sweetness of your eyes "   




Assalamualaikum..


6 Jan 2012

Nama Saya Rain.. Jemput Makan Sujebi..

Januari 06, 2012 4 Comments
Assalamualaikum..

Hai semua.. Nama saya Rain.. Kekeke.. Feeling-feeling retis fofular kejap.. Apa cerita dengan Rain sebenarnya?


1) Rain adalah seorang Hallyu Star, international beb..

2) Rain ada muscle ketul-ketul plus muka yang kiut.. Ops!!

3) Rain PANDAI MASAK!! Itu yang paling penting aku nak cakap.. Kekeke.. Gaya dia masak Sujebi buat aku terkedu dan tergamam sekejap.. Eh, sekejap ke? Lama jugalah.. =p

* * *

Lelaki zaman sekarang makin ramai yang pandai memasak.. Perempuan pula yang kurang reti nak masak.. Contoh terbaik macam si Raihana dalam Gemersik Kalbu.. Ekeke.. Tapi tak apalah, dah bakal suami kata, "Tak apa.. Kita boleh makan luar.." *Rabak poket makan luar selalu*

Memasak tak susah sebenarnya.. Dia ibarat kita buat eksperimen.. Cuba masuk itu ini, pertama kali mungkin tak jadi.. Tapi kali kedua, kali ketiga, kita dah tahu apa yang kurang apa yang lebih, benda akan automatik jadi second nature..

Contoh terbaik, macam akulah.. Pemalas.. Jadi, lauk yang aku reti masak, tak banyak mana pun..   Kalau aku rajin, aku berusaha dan berkeinginan, tempat juri Masterchef Malaysia tu pun aku boleh pegang rasanya.. Kekeke..

Okaylah.. Mata dah layu, kenyang makan nasi bungkus kedai Pak Ali.. Haha.. Selamat malam semua.. Jaga diri jaga kesihatan.. Assalamualaikum..


5 Jan 2012

"Itupun Kalau Boyfriend Awak Tak Marahlah!"

Januari 05, 2012 3 Comments
Assalamualaikum.. Salam petang Rabu semua.. Dah masanya nak pulang dari kerja, selamat pulang ke rumah dan selamat juga meredah kesesakan ya.. Pandu cermat jiwa selamat.. =)

Petang-petang, jadual aku memang agak free, in fact, semenjak dua menjak ini, hidup aku agak free.. Syukurlah.. Aku rasa selesa sekarang dengan keadaan hidup aku.. Makanya, masa free yang berlambak begini, memang aku habiskan dengan layan segala macam bentuk cerita yang ada.. Sebut saja, cerita omputih, cerita Hindustan, cerita Korea, cerita Filipina, cerita Melayu, dan maca-macam lagilah..

Salah satu yang aku mula layan dan terjebak adalah drama bersiri bertajuk Gemersik Kalbu yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Akasia.. Oh no.. Not again.. This kind of addiction is damn difficult to cure.. Seriously! Dan dan dan.. Aku suka kot drama lakonan Aqasha, Ayu Raudhah, Fazreen Rafi dan Zain Saidin ni.. Walaupun aku cuma boleh layan online, dan itu pun sehari selepas tayangan, tapi itu sikit pun tak membantutkan perasaan aku.. Keh keh keh..


Pendek kata, setakat 2 episod yang aku tontotn ini, I think I'm in love with this.. Balik rumah tempoh hari, aku selongkar semula kotak-kotak novel aku, semata-mata sebab nak baca semula novel Gemersik Kalbu ni.. Tapi tak baca pun.. =.=

Dan episod kedua menyaksikan bunga-bunga cinta bercambah antara watak Raihana dan Wan Ariffin.. Gila kelakar aku tengok si Wan Ariffin.. Dan paling tak menahan, dan ayat cucuk jarum yang menggelikan ketiak dan menaikkan segala bulu roma aku adalah, "Kalau awak free, nak bawa awak minum-minum di pekan.. ITUPUN KALAU BOYFRIEND AWAK TAK MARAHLAH!!"

Derrr!! Geli kot.. GELI!!! Klasik gila.. Harap aku takkan dengar lagi ayat cucuk jarum pesen gini.. Haha.. Walau geli-geli pun, hati tengok terasa berbunga-bunga jugalah.. Aisey!!! Apalah aku ni.. Tambah-tambah si Wan Ariffin ni pergi petik bunga dan bagi pada si Ana.. Kah kah kah.. Rasa macam kembali ke era zaman filem dolu-dolu.. Lalu berkumandanglah lagu Cintamu dari Siti Nurhaliza.. Lagu favourite aku.. Lagu yang mengertikan makna cinta.. Heee.. =)

CINTAMU
Nota cinta lama
Ku jadikan lagu
Walau tidak seindah
Bisik kata yang kau beri

Tetap dalam hati
Siang malam menanti
Tak jemu aku
Dibuai kerinduan

Belum pernah ada... getaran sebegini
Memang benar aku dilanda...
Cinta kepadamu

Bercahaya hidupku
Dalam taman cinta
Sehingga segalanya seperti pelangi
Kau sambutlah rinduku
Jangan lepas lagi Ku patri setia
Seteguh kasihmu buatku

Kini ku temui
Insan ku sayangi
Sentisa di sisi
Bagai bintang yang berseri
Tetap dalam hati
Siang malam menanti
Tak jemu aku
Dibuai kerinduan
Belum pernah ada... getaran sebegini
Memang benar aku dilanda...
Cinta kepadamu

Satu jawapan
Engkau berikan
Bisa ku rasa
Segala rahsia asmara
Kau pesona cinta yang membawa bahagia

Apa-apa pun, demam Gemersik Kalbu ini dijangka akan berlarutan sampai ke akhir selagi momentum drama ini diteruskan seperti sekarang.. Haha.. Bencinya bencinya! Addiction addiction! Okay, till here everyone, have a great weekdays ahead.. Take care.. Assalamualaikum..


*Kenapalah Wan Ariffin mati kan? Aku rasa dia dah cukup sepadan dah untuk Raihana.. Yeah.. What is not meant to be, is just not meant to be..*

1 Jan 2012

2012 : A Simple Proposal

Januari 01, 2012 4 Comments
Assalamualaikum.. Baru sejam dua yang lepas up entry baru, pukul 12 tengah malam ni up lagi satu entry? Semangat tahun barulah katakan.. Dah lama tak menjiwang dan bertepatan dengan nama blog, Cahaya Yang Riang Gembira, so I want to share the joy and happiness with everyone.. Sit back, relax and enjoy reading.. Don't forget one thing, SMILE.. =)

* * * * *

Ceritanya bermula begini.. There is this one man, han namja.. A conversation between this man and a woman.. Ini bukan bicara mata bertentang mata, duduk sebelah menyebelah.. Ini bicara tanpa mata bertemu mata, tiada suara..

He said " Orang-orang duduk cakap, selalu berkata, WHEN YOU ARE YOUNG, YOU WANNA DO EVERYTHING TOGETHER.. WHEN YOU ARE OLDER, YOU WANNA GO EVERYWHERE TOGETHER.. WHEN YOU'VE BEEN EVERYWHERE AND DONE EVERYTHING, ALL THAT REALLY MATTER IS THAT YOU'RE TOGETHER.. "

 He said again" Dulu aku rasa ianya membosankan, memualkan dan childish.. Ouch! Never! "

She said nothing but SMILE.. =)


He sent a picture to this woman.. He said " You see! Isn't this scary? TOGETHER? EVERYWHERE? I don't think all this things suit me..  And that's what my mind always said.. "

She, again said nothing and just SMILE.. =)


He said " But, time goes by and people change.. Right? Each time I'm coming back from work, feeling damn tired and sometimes feeling alone, I love to have a walk in a park, with lots of old couple walking and holding each others hand.. Sometimes they tease their partners.. Cubit pipilah.. Picit hidunglah.. You know what struck my mind? "

She kept in silence.. SMILE.. =)

He said " I actually utter these words [It is sooo cute when I see old people still totally in love] "

She had a surprise look on her face.. But, still with that SMILE.. =)


He said " Nah! I am sending you my wedding card! Aku tahu, tak ada angin, tak ada ribut, apa-apa pun tak ada cerita, alih-alih dah wedding-wedding bagai.. Kan? Doakan ya.. "

Now, the smile is not there anymore.. She had this expression which totally not understandable.. And slowly, she click on it and read it.. Hey! It's not a wedding invitation..

" LET'S WALK TOGETHER.. STAY TOGETHER.. BE TOGETHER.. AND GROW OLD TOGETHER.. "


She glared at that so called wedding card.. Totally clueless.. Silence..

He said " Adoi! Maaflah.. Aku failed bab-bab macam ni.. Sampai senyap terus kau lepas baca.. Okaylah.. Nah! Here is another one.. "

He sent another picture and there are words on it..

" WAHAI SI CAHAYA YANG RIANG GEMBIRA.. CIK NUR FARHANA ABDULLAH.. I COULD BE THE MAN WHO GROWS OLD WITH YOU.. "


He said " So, sudah-sudahlah tu sibuk cari jodoh ya.. "

She SMILE.. And finally said something..

" Jumpa mak abah dulu ya!! "

He said " I think by this time, my family and your family mesti dah capai kata sepakat kot.. Tak lama lagi saya jadi suami oranglah, awak jadi isteri orang.. "

She smile.. There is happiness in her eyes.. 

He said, " I am the man who will grows old with you and I'm sure that you are the woman who can accompany me and grows old with me.. Mudah-mudahan, rasa ini kekal sampai bila-bila.. InsyaALLAH.. "

SMILE..

* * * * *

2012.. Walau dimulakan dengan angan-angan, tapi tetap ianya manis untuk diangankan.. Haih.. 1 Januari 2012 aku dah mula sibuk pasang angan-angan.. Apa salahnya.. Itu kira azam juga.. Lagipun lama sangat blog ini tak menyajikan kisah manis-manis seperti dulu.. Heee.. Enjoy reading everyone.. Take care.. Semoga kita semua ketemu bahagia kita.. Selamat malam.. Assalamualaikum..


*ALL THE PICTURES ARE TAKEN FROM UNCLE GOOGLE.. CREDIT TO THE OWNER..*