Random Sweetness

Assalamualaikum.. Hari ini, entah apa mimpi aku, aku teringin mencoret tentang ini.. A random sweetness..

* * * * *

1) Pernah tak anda rasa, walaupun anda dah kenal lama, setahun, dua tahun, malah bertahun-tahun sekalipun, tapi anda tak pernah merasa bosan dengan apa yang anda bina itu?

2) Pernah tak anda bergaduh usik mengusik siap dengan stok merajuk dan geram tapi anda tak kisah pun andai ianya berlaku berulang kali? Sebaliknya bila tiada usik gaduh rajuk dan geram, anda rasa rindu untuk melakukannya?

3) Pernah tak anda rasa geram bila apa yang anda cuba sampaikan tidak diendahkan, tidak difahami atau buat-buat tidak difahami tapi tetap anda tak rasa marah mana pun sebenarnya?

4) Pernah tak anda geram dan tersenyum dalam waktu yang sama?

5) Pernah tak anda rasa takut kalau ditanya terus terang oleh si dia yang anda suka tentang apa jua benda yang sepatutnya jadi rahsia tapi dalam masa yang sama anda seronok sebab dia bertanyakan itu kepada anda?

6) Pernah tak anda rasa anda teringin nak tanya khabar selalu supaya dia tak lupa anda, tapi anda tak buat sebab takut andai ianya jadi sesuatu yang annoying dan merimaskan DAN dalam hati anda, anda yakin yang dia tak lupakan anda sebab itu anda berkeputusan begitu?

7) Pernah tak anda rasa kurang berbicara tapi tetap rasa dekat?

8) Pernah tak anda rasa suka pada seseorang dan anda tak tahu pun samada seseorang itu sukakan anda atau tidak tapi anda tak kisah pun?

* * * * *

Pernah rasa? Pernah rasa? Pernah rasa? Hmmm..

Teringat aku beberapa minggu yang lalu bila sahabat baik tercinta aku berangkat ke Mekah, aku sempat berkata pada dia..

"Nenek! Tolong doakan kejayaan saya ya.. Dan menjadi seorang doktor in few more months.. Oh lagi satu.. Doakan juga, kalau "orang itu" yang saya suka adalah jodoh saya, mohon dipermudahkan jalan dan perasaan yang saya ada ni mudah-mudahan dijaga kemas.."

Ya.. Segalanya apa yang aku pernah rasa dan aku simpan, cuma aku dan sahabat baik aku saja yang tahu.. Entah dari mana datang keberanian, keyakinan tekad dan nekad aku untuk titipkan doa itu.. =)

Seminggu yang lalu aku terima pesanan ringkas dari sahabat baik aku..

"Doa awak saya dah sampaikan di sana.. InsyaALLAH.. Usaha dan tawakal.."

Aku hanya tersenyum..

Moga apa yang aku pernah rasa, dapat aku simpan kemas-kemas.. Dengan izin dariNYA, andai ada jalan bahagia untuk apa yang aku pernah rasa, syukur.. Andai tiada, moga dihilangkan rasa itu dan dikurangkan rasa duka..


" Every time you glance up and see someone you wish you could be with, turn away and in that moment ask Allah to bless you with a spouse who will be the sweetness of your eyes "   




Assalamualaikum..


Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.