Terima Kasih Jururawat!

Assalamualaikum..

Mata dah makin layu, tapi tetap juga nak conteng apa yang rasa nak diconteng pagi tadi dalam blog tercinta ini.. Jadual aku pada hari ini dipenuhi dengan lebih kurang 6 pembedahan Caesarean Section.. Naik beku dan kematu satu badan aku sebab duduk dalam bilik bedah yang aku rasa suhu dia NEGATIF 20 DARJAH CELCIUS agaknya.. Sejuk giler weh!!!

Tapi bukanlah nak cerita pasal sejuk beku keras kematu.. Tapi pasal NURSE.. Macam biasa, dalam satu pembedahan, kena ada doktor, kena ada staff nurse, scrub nurse, GA nurse dan macam-macam lagilah.. Part paling best bila dapat kenal seorang staff nurse ataupun dalam erti kata lain jururawat terlatih yang juga dipanggil scrub nurse sebab dia tolong hulur peralatan semasa proses pembedahan.. 

Mohd Ashriq.. Itulah nama abang staff nurse kita..  ^^



Walaupun pada hakikatnya, asal sebut nama nurse, of course minda kita dah set mostly mesti terdiri di kalangan perempuan, tapi zaman sekarang tak kurang banyak juga lelaki yang dah jadi nurse.. Dan bagi aku, bila aku dengar seorang lelaki dengan panggilan nurse, memang aku respect habis.. Mereka seolah-olah ada gaya, mutu dan keunggulan yang tersendiri.. Eceh!! Puji lambung-lambung nampak.. Haha..

Makanya aku menyeru lelaki-lelaki di luar sana, mohonlah kerja sebagai seorang staff nurse.. Pasti ke'kaliber'an anda akan terserlah.. Betul! Percayalah! Minda dan persepsi masyarakat dah banyak berubah, dah tak ada dah pandangan serong pada lelaki yang bergelar nurse.. Malahan, lebih bertambah hormat lagi ada.. =)

Okay.. Bebel sikit-sikit cukup.. Zombie nak tidur dah.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum..

P/S : Terima kasih abang-abang scrub nurse tolong ajar macam mana lepaskan gunting artery.. Heeee.. 

Ulasan

Adziim berkata…
Scrub nurse lelaki ye? Agak jarang tapi kalau OT technician lelaki memang banyak.

Mestilah kena ajar, kalau tak bila nak setel operation, haha.
Unknown berkata…
Wah, satu kerja yang sangat memerlukan kesabaran. Lelaki yang jadi jururawat, pergh, memang tinggi kesabarannya. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?