Puaskah?

Assalamualaikum..

Beberapa hari yang sudah, aku ada mengomel perihal perasaan yang sudah kering dan rasa kosong.. Entah sejak bila, tapi bila aku celik mata, pergi kerja dan balik kerja, apa yang mata aku pandang, aku pandang dengan pandangan kosong.. Terasa benar seperti robot, yang luarnya besi dalamnya tiada apa.. Haha..

Masa zaman awal bekerja, memang selalu kena marah.. Dalam Jabatan O&G, ada seorang specialist yang memang terkenal sangat dengan kegarangannya.. Tak ada doktor pelatih yang tak pernah kena sembur dengan dia, salah cinonet pun memang confirm kena bantai..


Aku ingat lagi, satu pagi, aku post call.. Aku bertugas dari pukul 10 malam hingga 10 pagi keesokannya.. Paginya itu aku ditugaskan ke wad untuk review pesakit.. Seperti kebiasaan, selesai doktor pelatih review, akan ada satu round bersama dengan specialist untuk melihat pesakit dan membuat keputusan tentang rawatan yang perlu diberi.. Kebetulan pagi itu, keempat-empat doktor pelatih yang kerja adalah orang Melayu.. Ada seorang pesakit Vietnam, dan tidak reti langsung berbahasa Melayu.. Aku pun baru tahu yang orang Vietnam menggunakan bahasa Mandarin..

Ketika itu, specialist tersebut tercari-cari sesiapa yang berbangsa Cina untuk menanyakan soalan pada pesakit.. Tapi sayangnya tak ada seorang pun tahu.. Lalu aku terus kedepan dan bertanya pada pesakit dalam bahasa Mandarin.. Specialist tersebut terus berkata, zaman sekarang memang bagus belajar lebih dari satu bahasa, banyak faedahnya.. Dalam hati aku rasa lega sikit, bukan apa, masa mula masuk kerja dulu aku selalu kena marah dengan dia, diperkecilkan, tapi sekarang paling tidak aku boleh buat dia celik mata sikit dan sedar aku bukannya tak ada guna langsung..


Selesai pesakit Vietnam tersebut, beralih pula pada pesakit lain.. Aku buat sedikit kesilapan ketika menulis laporan, aku silap tulis setiap ayat yang keluar dari mulut dia.. Maklumlah, kerja dari 10 malam.. Dan selepas itu.. KEBABOOM!! Kena bom lagi aku dengan specialist tersebut.. Beliau kata, baru belajar satu bahasa dah lupa diri.. Tak boleh faham dah bahasa lain selain dari Mandarin.. Inilah orang kita.. Adehhh!! 

Ketika itu aku memang rasa nak tergelak.. Macam-macam ragam manusia kan.. Ada yang jenis baik gila, ada yang jenis sensitif tahap gaban, macam-macam adalah senang cerita.. Tapi itulah, bila dah selalu kena marahlah, rasa diri jadi tumpul, kosong.. Tak ada perasaan dah.. Dulu masa awal-awal, aku pandang beliau macam singa nak terkam orang.. Sekarang, aku rasa macam nyamuk yang lalu sebelah telinga dan terbang pergi.. 


Aku sedar, inilah asam garam kehidupan.. Bumi mana yang tak ditimpa hujan..Lagipun, kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.. Iya tak? Masa yang berlalu itulah yang akan mendewasakan dan mematangkan kita.. Aku harap satu hari nanti semuanya akan baik-baik saja.. InsyaALLAH, dengan izinNYA..

Selamat malam semua.. Assalamualaikum..

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Betul3. Dah immune dah. Lantak la, marah la. X kisah pun. Hahaha. Yg pnting pt puas hati dgn kita cukup. Haha.. -ili
Adziim berkata…
"Inilah orang kita"
Aku suka statement ini.
Macam Radiologist tempat aku kerja, kadang-kadang puji lepas itu tiba-tiba marah pula. Entah apa ragam ribut taufan, tapi aku cool je buat tak ada perasaan.
In fact hampir semua specialist yang aku jumpa ada ragam tak tentu hala ini.

Specialist yang bukan bidang doktor pun ada macam ini, rasa macam dia paling power gamaknya.
mr.syazwan berkata…
insyAllah

amin

=_=

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.