30 Nov 2012

Kecenderungan Yang Berubah

November 30, 2012 0 Comments
Assalamualaikum..

Sedang menikmati sisa-sisa cuti sehari yang masih ada ini.. Kemalasan dah mula terasa.. Walaupun kadang-kadang ada rindu yang menyapa.. Rindu pada pesakit-pesakit yang setia mendiami wad 3-4..


Dulu pernah aku kata, macam mana minatnya aku pada bidang psikiatri sehingga aku tanam hasrat ingin menyambung pelajaran dan menjadi seorang Pakar Sakit Jiwa a.k.a psychiatrist.. Adakah aku dah berubah? Hmm.. Masih lagi ada hasrat dan impian ke arah itu, cumanya semenjak dua menjak ini, ada terasa kecenderungan aku ada sedikit perubahan..


Aku mula sukakan orang-orang tua.. Kebanyakan pesakit yang ada dalam wad 3-4 terdiri daripada pakcik-pakcik dan atuk-atuk.. Satu benda yang menarik adalah orang-orang tua sangatlah sensitif.. Perlu pandai mendekatkan diri dan cuba rapat dengan mereka barulah mereka akan merasakan kita sebahagian dari keluarga mereka..

Cabang dunia perubatan yang melibatkan diri dengan golongan-golongan veteran disebut sebagai GERIATRIK.. Yang mana mereka mendalami penyakit-penyakit yang kebanyakannya melibatkan orang-orang tua.. Nampaknya PSIKIATRI dah mula beralih pada GERIATRIK..



Ada satu ayat yang dilontarkan padaku oleh rakan sekerjaku, yang buat aku tersenyum dan ingat sampai sekarang.. Lebih kurang dua minggu sudah, ada seorang pakcik tua yang mengalami stroke, keadaan yang memang sayu apabila dilihat, matanya hanya memandang dan tidak mampu bersuara apa-apa tapi wajahnya kelihatan sedang mengalami kesakitan yang sangat.. Rupanya beg air kencing yang dipasang padanya dipenuhi dengan darah.. Apa lagi, aku ajak adik-adik student nurse tolong aku tukar beg untuk pakcik itu dan periksa mana datangnya pendarahan tersebut..

Sedang sibuk-sibuk, kawan aku datang dan menegur, "Ohh! Patutlah pakcik-pakcik Chinese semua suka dekat you.." Haha.. Entahlah, personally aku rasa aku lebih sesuai jadi kaunselor dari seorang doktor.. Aku suka berbicara.. Hati ke hati.. Jika ada kelapangan, tak ada kerja, aku akan ke katil pakcik-pakcik atuk-atuk yang sakit dan berborak.. Tanya sepatah dua pun jadilah asalkan dapat lihat mereka senyum..

Hmmm.. Nampaknya kecenderungan aku betul-betul dah berubah sikit demi sikit.. Well.. Jalan masih panjang.. Sangat panjang.. Banyak lagi pelajaran dan pengajaran yang aku kena kutip.. Cuma aku harap pengalaman indah bersama pesakit-pesakit, tak akan aku lupakan.. We don't meet people by chance, they cross our path for some reason and sometimes for a lesson.. 

Selamat malam semua.. Assalamualaikum..
:)

27 Nov 2012

27 November 2012

November 27, 2012
Assalamualaikum..

Hmm.. Tak sangka masih lagi berdiri teguh dan menghirup udara pada tanggal 27hb 2012.. Satu lagi tarikh baru pada tahun 2012.. Tahun ini mungkin tak seperti tahun-tahun yang sudah, banyak  yang dah berubah.. Tahun berganti, usia bertambah dan manusia juga kadang turut ikut berubah..





2012? Hmm.. Mungkin tak seperti yang sudah-sudah.. Mungkin tahun ini tiada apa yang termampu ditulis dan diucap.. Cukuplah sekadar mengingati kembali apa yang pernah dicoret dulu pada tarikh ini..

Yang dah berlalu tetap akan berlalu.. Kenangan akan selamanya jadi kenangan.. Ucap selamat tinggal pada kenangan dan terus sabar menantikan hadirnya satu senyuman baru, satu lembaran baru.. Berterima kasihlah pada kenangan untuk segalnya yang manis dan indah..

"Encik, selamat hari lahir.. All the best in life.. Take care.."

Selamat malam dunia.. Assalamualaikum..



8 Nov 2012

Sudahi Perih Ini

November 08, 2012 4 Comments
Assalamualaikum..

Lama aku tak menghirup udara dunia maya, dunia Cahaya Yang Riang Gembira.. Dunia yang sekarang terasa makin malap makin hilang sinar dan serinya.. Entah ke mana.. Bila dicongak-congak, sudah beberapa hari aku tinggalkan Jabatan Perbidanan Dan Sakit Puan (Obstetrik & Ginekologi).. Ada rindu yang menyapa.. Mungkin kerana hati meronta bila berada di Jabatan baru ini..

Officially entering Medical.. A department where you'll learn the real meaning of "hectic life".. Perasaannya tidak seperti ketika aku mula-mula memasuk Jabatan Perbidanan Dan Sakit Puan.. Perasaan tidak suka dan ingin lari kali ini lebih menebal.. Tapi apakan daya.. Mungkin kerana ini bukan apa yang jiwa aku inginkan, maka setiap apa yang aku buat ianya menjadi serba tak kena dan wujud perasaan tidak suka..



Bersama dengan kesihatan yang makin hari makin teruk dan merosot, tambah lagi dengan hancur runtuh luluhnya jiwa dan emosi, motivasi dan kelangsungan hidup yang aku rasa hampir mati, aku terasa mahu duduk di satu sudut dan menangis sepuasnya.. Usai solat juga aku berdoa, aku cerita padaNYA, aku pohon semula kekuatan yang aku pernah ada dulu.. Waktu dan saat ini, aku begitu ingin menangis.. Tapi entah kenapa, tiada air mata yang mampu aku tangiskan.. Kosong! Ahh.. Terasa batu-batu yang menghempap dada ini makin kuat menghimpit.. 

Ternyata, aku semakin tak mengenali diri sendiri.. Haha.. Gila bukan?


Aku akan tetap terus berdoa.. Tetap terus memohon kepadaNYA, agar dikurniakan aku kesabaran dan kekuatan, kesihatan yang utuh untuk aku melangsungkan kehidupan yang penuh duri dan ranjau ini.. Kamu tahu, jadual kerja yang begitu memenatkan sekarang, dari 7 pagi hingga 10 malam, bersama dengan cuaca yang tak menentu, hujan lebat saban waktu, buat aku teringin ada seorang yang bergelar suami datang menjemput saat aku pulang dari kerja.. Oh! Gila! Perasaan yang semakin menebal itu buat aku gila..

Dalam hidup aku yang hanya hitam putih kadang kelabu ini, aku selalu berharap satu hari nanti hadir sesuatu yang benar-benar dapat menggembirakan aku.. Yang dapat memberi warna dalam hidup aku.. Warna selain dari warna yang dicoret dari bahagia bersama mak, abah dan adik-adik.. Entahlah! Apa saja.. Asalkan ianya menggembirakan dan membahagiakan.. Hmm..


Hari ini adalah hari yang teramat teruk untuk aku.. Esok pula ada sedikit sinar untuk buat aku gembira.. Salah satu benda yang aku impikan akan aku peroleh.. Walaupun dalam mimpi inginkan sebuah Honda CRV tapi bersyukurlah ada Livina X-Gear yang seiras-iras CRV.. Haha.. Oh Encik X-Gear.. Cepatlah datang.. Begitu teruja untuk "memeluk" kamu.. :)

Mata perlu lelap dulu.. Perlu kumpul kekuatan menghadapi hari.. Perlu kuat semula.. Perlu sihat semula.. Selamat malam dunia.. Selamat malam.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Terima kasih.. Kerana "hadir" walau untuk sekejap cuma dalam hariku yang tunggang langgang kelmarin.. Ternyata aku rindu.. Rindu saat dulu, yang hampir saban malam ada kau yang selalu menyapa dan bertanya khabar.. Kau, yang tak pernah mengerti.. Ah! Kenangan.. :)