31 Jul 2012

Tunggang Langgang

Julai 31, 2012 4 Comments
Assalamualaikum..


Balik agak lewat hari ini, 2 jam lewat.. Hanya berbuka dengan sebiji gula-gula saja.. Tapi aku tak kisah.. Sebab aku rasa aku macam dah tak ada perasaan sangat dah sekarang.. Tumpul.. Numb.. Tak tahu dah nak cakap apa.. Nak tulis apa.. Rasa hidup macam terumbang-ambing, tunggang langgang sekarang.. Aku macam hilang fokus dan tujuan, mungkin kepenatan hidup buat otak aku makin hari makin tumpul, tindakan aku sehari-hari makin lembab dan lembab.. Apa nak jadi entah? Aku tak jumpa lagi mana seronoknya hidup bila dah bekerja, mungkin sekadar duit saja, tapi kebahagiaan yang sebenar? Aku rasa kosong.. Kosong.. Kosong.. Hmmmm..

Selamat malam.. Assalamualaikum..


Heart Speaks : Rasa macam nak pergi jauh, tempat yang tak dikenali orang langsung dan mulakan semula suatu kehidupan YANG SEBENAR.. Tempat yang kamu tidak mengenali si Cahaya Yang Riang Gembira.. Hmmm..

23 Jul 2012

Perkara Yang TIDAK Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan

Julai 23, 2012 2 Comments
UPDATE : Seperti yang dah aku tulis di perenggan terakhir, lebih elok ditanyakan perkara ini pada yang lebih arif jika masih ada sebarang kemusykilan.. Ada pendapat berkata begini, ada pula yang berkata begitu.. Makanya elok dirujuk pada yang lebih arif.. Aku ada terbaca dalam satu group Facebook di mana ada yang berkongsikan tentang artikel aku ini.. Ada juga yang kongsikan sumber rujukan dari JAKIM.. Sama-samalah kita teliti dan kaji, tak tahu tanyalah pada yang arif..


Assalamualaikum dan salam 1 Ramadhan..

Hari ini hari cuti.. Bolehlah rehatkan sikit otak dan badan dari cengkaman kerja.. Ecewah! Just a short post, aku jumpa di laman Facebook, dikongsikan oleh seorang sahabat aku yang bekerja sebagai jururawat.. Sesuatu yang kadang-kadang buat aku sendiri tertanya-tanya juga.. Malah ada juga segelintir pesakit yang masih ragu-ragu dan tidak tahu tentang letak duduk perkara-perkara seperti di bawah..

PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA DALAM BIDANG PERUBATAN


1) Semua jenis suntikan (Intravenous atau Intramuscular) kecuali Parenteral Nutrition (Fluid Therapy)

2) Tablet NITROGLYCERIN dan yang seumpaman dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual). Biasanya digunakan oleh pesakit jantung.

3) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti VAGINAL SUPPOSITORY, PENCUCIAN (DOUSH), VAGINASCOPE atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (VAGINAL EXAMINATION).

4) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan melalui saluran kencing seperti URETHROSCOPE, BARIUM, PENCUCI URETHRA.

5) TAMPAL GIGI atau CUCI GIGI selagi mana ianya tidak ditelan.

6) PENDERMAAN DARAH atau MENERIMA DARAH.

7) BANTUAN OKSIGEN atau GAS PELALI (ANAESTHETIC GASES).

8) SEMUA JENIS KRIM ATAU MINYAK YANG DISAPU PADA KULIT walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang menyerap ke dalam kulit.

9) AMBIL DARAH untuk ujian makmal.
10) Semua jenis salur yang dimasukkan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana anggota badan.

11) Laparoscope yang dimasukkan ke dalam badan dengan tujuan pembedahan.

12) SEMUA JENIS UBAT KUMUR, MOUTH GARGLE atau PENYEMBUR MULUT selagi mana ianya tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

13) UTEROSCOPE atau IUCD (alat pencegah kehamilan) yang dimasukkan ke dalam rahim.

14) Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati, atau dari mana-mana anggota badan (biopsy).

15) Ubat asthma (INHALER).

16) Semua jenis ubat yang dimasukkan melalui anus (dubur).

17) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (General Anaesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.

18) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui dialisis samada peritoneal atau hemodialysis.

19) Memasukkan GASTROSCOPE ke dalam perut dengan syarat TIADA SEBARANG CECAIR atau apa-apa BAHAN RAWATAN yang disalurkan.

* * * * *

REFERENCES
1) Fiqh Ramadhan, Ikatan Muslim Malaysia
2) Fiqh As Sunnah, Sayyid Sabiq
3) At Taqrirat As Sadidah Fi Al Masail Al Mufidah
4) Ibadah Pesakit Terbitan Perubatan Mesir

Jika masih ada sebarang kemusykilan, eloklah sekiranya ditanyakan pada yang lebih arif.. Selamat menunaikan ibadah puasa untuk pembaca semua.. Jaga diri ya.. Assalamualaikum..

22 Jul 2012

My Memory :)

Julai 22, 2012
Assalamualaikum..

Hari kedua di bulan Ramadan dah nak meninggalkan kita, masuk pula kita ke hari ketiga.. Cuti aku selama 2 hari pun dah habis.. Tak tahu bila lagi boleh dapat cuti begini, memang heaven bila duduk rumah, tak payah fikir nak menghadap beban kerja yang banyak dan kerenah orang yang pelbagai.. Bilalah hati nak mula mencintai kerja yang dah aku buat lebih kurang 3 minggu ini.. Hmmm..

Waktu-waktu duduk tak ada kerja, kadang-kadang aku akan terkenangkan saat-saat yang selalu buat aku senyum.. Saat-saat yang mungkin aku boleh labelkan sebagai kenangan sebab dah hampir setahun dah berlalu..


1) Saat malam-malam lebih kurang jam 8 hingga 10, rajin duduk menunggu telefon berbunyi menandakan ada mesej masuk.. Hampir setiap kalinnya, akan bermula dengan pertanyaan APA KHABAR, SIHAT? Lalu, tak semena-mena aku pasti akan tersenyum..

2) Saat orang tiba-tiba hantar pesanan dan beritahu dia akan menaiki bas dan pulang ke ibu kota, dimintanya menemani dia sepanjang perjalanan itu.. Akhirnya, dikatanya lebih baik ditemani pakcik bas daripada ditemani oleh aku.. Haha..

3) Saat orang perli bila aku makan banyak sedangkan aku selalu mengomel kata nak kurus.. =.=

4) Saat orang bergurau dan kata, "Eh tak adalah.. Lebih berminat dengan akak dia lagi.." (ayat bunyi nak manis-manis aje) =p

5) Saat hantar pesanan ringkas tapi tak berbalas.. Lalu rasa marah dan merajuk TAPI bila esoknya masuk satu mesej berbunyi, "DAH TIDUR SEMALAM", terus merajuk semalam hilang tak tahu pergi mana.. =p

6) Saat taip panjang-panjang dan dibalas dengan "K".. Cakap dengan diri sendiri, mesej yang sampai selepas "K" itu takkan dibalas dah.. MERAJUK.. Tapi bila sampai mesej, butang REPLY juga yang dicari.. Dang!

7) Saat bulan puasa, ada orang ucap selamat berbuka dan ceritakan juadah berbuka, pengalaman makan dalam dulang-dulang dan macam-macam lagilah..

8) Saat bila ada orang usik dan kata, "Nampaknya tak berjayalah nak ambil hati mak aku.. Kek dah rosak.." Lalu aku tergelak besar sampai orang keliling pun pandang pelik..

9) Saat kau dapat mesej berturut-turut tanpa sempat membalas.. "Aku ke PSDR?" "Aku kan?" Sambil tangan terketar-ketar, fikir nak balas ke tidak.. Sebab MALU.. Haha..

10) Saat orang kata kau kartun.. Nak gelak, rasa marah dalam hati.. Nak marah rasa geli pula hati.. Senyum lebar sajalah.. =) 


 Hmmm.. Tersenyum fikirkan semula saat-saat tersebut.. Saat-saat yang mencambahkan perasaan sayang.. Sayang pada momen-momen seperti itu.. Momen-momen yang dah berlalu satu waktu dulu.. Masa dah terlalu jauh bawa pergi semuanya, tapi apa yang tinggal? Ya betul.. Kenangan.. MY MEMORY.. =)

Masa untuk melelapkan mata.. Selamat bekerja esok hari untuk semua.. Jaga diri.. Assalamualaikum..

17 Jul 2012

Hati Dah Berkenan

Julai 17, 2012 5 Comments
Assalamualaikum..

Sambil golek-golek sebelum lelap mata, sambil duduk berangan dan mencongak-congak.. Padahal tak sampai sebulan kerja, gaji pun lambat lagi nak masuk.. Masih lagi kering kontang poket kiri kanan, tapi berangan punyalah jauh.. Siap dah buat congak-congak dan catit catit dah dalam buku nota.. Ecewah..

Sebenarnya hati dah berkenan, tapi tak tahu nak pilih mana satu..


YANG INIKAH?



ATAU YANG INIKAH?



Kah kah kah.. Impian nak tinggi melangit saja kan.. Tapi memang betul, hati dah terpaut sangat dengan kedua-dua baby di atas.. FORD FIESTA? Atau SUZUKI SX4? Haih.. Semoga malam nanti mimpi test drive kedua-dua baby di atas, senang nak buat pilihan bila nak beli nanti.. Eh bila ya? Setahun lagi kot? Haha.. Kita pulun kerja dulu dan kumpul wang secukupnya..

Selamat malam dunia.. Selamat malam semua.. Take care.. Assalamualaikum..

16 Jul 2012

Bahagia Mereka

Julai 16, 2012 2 Comments
Assalamualaikum..

Malam semua.. Hari ini adalah hari yang tersangat memenatkan.. Satu badan lenguh-lenguh sebab berdiri terlalu lama.. Duduk rehat pun sekejap saja.. Lelap barang 5 minit mungkin cukup dah.. Alangkah bahagianya kalau balik rumah ada tukang urut.. Nikmat hidup!

Tadi masa rehat, sempat aku berborak dengan rakan sekerja yang baru seminggu lebih aku kenal.. Borak punya borak, sungguh aku tak sangka, kebanyakan daripada mereka sudah pun berkahwin, ada yang dah bertunang dan ada pula yang sibuk merancang segala persiapan.. Aku di satu sudut hanya mampu dengar dan senyum saja.. Tumpang bahagialah katakan..

Most of the doctors, memang dah berkahwin.. Muka seri-seri, hidup seronok, tambah lagi bila dah dekat masa nak punch out balik kerja.. Senyum lebar sampai telinga.. Ada cemburu sedikit datang menyapa tiba-tiba.. Adeh! Dush dush! =.=

Credit to Strawberytelle.Tumblr.Com


Kebanyakan dari mereka berkahwin semasa belajar, kahwin sesama batch sendiri.. Barangkali lebih senang memahami.. Ada pula yang ketemu jodoh bila dah mula bekerja.. Seronok aku dengar bila senior doktor jatuh cinta dengan junior doktor lalu berkahwin dan kini si isteri dah pun mengandung.. Wah! Bahagianya rasa.. Ada pula doktor yang berkenalan dengan abang-abang pembantu pegawai perubatan semasa sesi riadah petang-petang dan akhirnya berkahwin juga.. Yang terbaru, ada seorang rakan sekerja akan berkahwin dengan seorang abang dari Pejabat Rekod Hospital Melaka.. Fuh! Rata-rata memang dah jadi kepunyaan orang rupanya.. 

Apa pun, tumpang bahagia.. Paling tidak, ada pemangkin sedikit bila bekerja, tak adalah stress mana.. Hehe.. Okay.. Sampai sini saja, dah tak larat rasanya nak buka mata.. Selamat malam semua.. Jaga diri.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Hanya ingin kau tahu. . .

14 Jul 2012

Zaman Sekarang Nak Mengumpat Sila Pandang Keliling!

Julai 14, 2012 4 Comments
Assalamualaikum..

Okay.. Dah berjaya tidur selama 10 jam.. Cukuplah.. Masa untuk memanjakan diri dengan dunia maya kejap selepas lama meninggalkannya.. Sambil-sambil duduk belek buku, polish otak.. Hey! Ingat dah kerja, buku boleh tutup ke? A big NO! Bila otak dah berkarat sebab dah lama tak baca bukulah kita kena selalu buka dan baca, ingat semula.. After all we deal with people's life..

Zaman bila dah kerja, memang macam-macam benda yang kita akan jumpa dan lalui.. Pengalaman ini semua yang mematang dan mendewasakan kita, ajar kita apa itu kehidupan dan siapa dia manusia..

Masa mula masuk kerja, memang kosong.. Satu apa pun tak tahu, buat kerja memang lembab.. Asyik kena marahlah boleh dikatakan.. Sekarang, nak kata dah hebat tak adalah, tapi dah boleh catch up slowly.. Kurang dah kena marah, kadang-kadang saja.. Haha.. Lagipun aku dah tak kisah dah, serious lali dah sebab selalu kena marah.. Tadahlah teling, angguk-angguk kepala..


Ramai senior-senior sejawatan yang rajin menolong dan bantu apa patut bila aku dan 3 kawan yang lain tak tahu.. Ada pula yang jenis tak kisah dan malas nak ambil tahu pun pasal kitorang.. Tapi kita sebagai junior yang baru masuk jabatan, kenalah mesra dan ramah, baru orang suka.. Iya tak? Tak kisahlah apa orang lain buat dekat kita, yang penting kita kena bersikap positif dan baik dengan orang.. One day, yang baik juga akan datang pada kita.. =)

Satu hari, aku dan 3 kawan hadiri kursus Episiotomy.. Kami berempat duduk meja paling depan sekali.. Dan di belakang kami, ada dua orang senior yang boleh kata selalu jugalah tolong bila kami tak tahu.. Tiba-tiba aku dengar soseh-soseh di belakang dalam bahasa Mandarin.. Apa lagi, pasang telinga.. Amboi amboi amboi.. Dua orang ini sedang "bercerita" tentang kami yang junior berempat di depan ni rupanya..

Aku dengar ada seorang kata, 2 orang kawan aku sombong sangat, dia malas nak pandang dan malas nak layan.. Tiba-tiba yang seorang lagi bercakap dengan bangga, dia bagi tahu kawan dia, dialah orangnya yang banyak tolong aku sebab aku tak tahu itu ini.. Ewah! Bangga betul ya.. Lepas itu, cerita pula pasal seorang lagi, kritik baik punya, kata orang itu tak pandai buat kerjalah, lembablah.. 

HATI GUA PANAS! TELINGA GUA TERBAKAR! Rasa nak bangun, toleh ke belakang dan kata, "Biasalah orang baru masuk kerja.. Tak ada baby yang baru lahir terus boleh berlari.." Kadang-kadang dunia pekerjaan terlalu banyak cakap-cakap belakang, politik sana sini, tapi kita kena kuat.. Yang penting, kita tak buat benda salah, kerja yang kita patut buat, kita dah siapkan.. Orang lain nak kata apa, nak umpat kita, terpulanglah..

Eh! Dah pukul 4 petang.. Sekejapnya masa berlalu bila off day.. Esok dah kena kerja semula.. Ahad sampai Jumaat.. Pukul 7 pagi sampai 10 malam.. Bertahanlah! Anyway, selamat berhujung minggu semua.. Jaga diri.. Assalamualaikum..


P/S : Aku ambil keputusan berdiam diri, sebab nanti-nanti senang aku nak pasang telinga lagi bila orang tak tahu yang aku faham apa yang mereka kata.. Haha.. =p

13 Jul 2012

24 Jam

Julai 13, 2012 4 Comments

Assalamualaikum..

Akhirnya selama hampir seminggu lebih.. Inilah dia yang ditunggu-tunggu.. Sesuatu yang datang sekali dalam sekala, harus dipegang dan nikmati dengan sepuas-puasnya..

OFF DAY!!!

Makanya, jom tidur selama 24 jam dan bangun semula sebagai seorang manusia dan bukan lagi seekor zombie.. Kekeke.. Selamat malam dunia..

Assalamualaikum..

 P/S : Menanti dengan penuh ketaksabaran bila gaji nak masuk. Sebulan setengah, cepatlah berlalu.


Terima Kasih Jururawat!

Julai 13, 2012 2 Comments
Assalamualaikum..

Mata dah makin layu, tapi tetap juga nak conteng apa yang rasa nak diconteng pagi tadi dalam blog tercinta ini.. Jadual aku pada hari ini dipenuhi dengan lebih kurang 6 pembedahan Caesarean Section.. Naik beku dan kematu satu badan aku sebab duduk dalam bilik bedah yang aku rasa suhu dia NEGATIF 20 DARJAH CELCIUS agaknya.. Sejuk giler weh!!!

Tapi bukanlah nak cerita pasal sejuk beku keras kematu.. Tapi pasal NURSE.. Macam biasa, dalam satu pembedahan, kena ada doktor, kena ada staff nurse, scrub nurse, GA nurse dan macam-macam lagilah.. Part paling best bila dapat kenal seorang staff nurse ataupun dalam erti kata lain jururawat terlatih yang juga dipanggil scrub nurse sebab dia tolong hulur peralatan semasa proses pembedahan.. 

Mohd Ashriq.. Itulah nama abang staff nurse kita..  ^^



Walaupun pada hakikatnya, asal sebut nama nurse, of course minda kita dah set mostly mesti terdiri di kalangan perempuan, tapi zaman sekarang tak kurang banyak juga lelaki yang dah jadi nurse.. Dan bagi aku, bila aku dengar seorang lelaki dengan panggilan nurse, memang aku respect habis.. Mereka seolah-olah ada gaya, mutu dan keunggulan yang tersendiri.. Eceh!! Puji lambung-lambung nampak.. Haha..

Makanya aku menyeru lelaki-lelaki di luar sana, mohonlah kerja sebagai seorang staff nurse.. Pasti ke'kaliber'an anda akan terserlah.. Betul! Percayalah! Minda dan persepsi masyarakat dah banyak berubah, dah tak ada dah pandangan serong pada lelaki yang bergelar nurse.. Malahan, lebih bertambah hormat lagi ada.. =)

Okay.. Bebel sikit-sikit cukup.. Zombie nak tidur dah.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum..

P/S : Terima kasih abang-abang scrub nurse tolong ajar macam mana lepaskan gunting artery.. Heeee.. 

9 Jul 2012

Ini Titik Mula

Julai 09, 2012 2 Comments
- ENTRY INI DITULIS PADA 25 JUN 2012 -

Assalamualaikum..

Aku mulakan entry ini dengan satu perasaan bercampur baur.. Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang.. Surat yang dinantikan selepas 'berehat' selama 3 bulan telah tiba.. Surat panggilan kerja dari Kementerian Kesihatan Malaysia.. Mungkin rasa bahagia seperti orang lain itu tak ada  pada aku saat aku menerima sepucuk surat putih itu.. It's what I'm scared of since my 4th years of study because since that moment, I realize I don't fit into medicine world.. But, to turn back it is almost impossible.. Thinking about your age, about how much money MARA had spend on you and so many other things.. That's why I said it is impossible to turn back and starting a new whole chapter in life..

It's not that I'm being ungrateful.. NO! NEVER! Syukur aku pada ALLAH kerana beri aku rezeki, beri aku peluang ada pekerjaan yang elok untuk aku, beri aku peluang untuk gembirakan orang tua aku.. Benar, aku bersyukur untuk itu.. Aku tahu, bukan senang untuk aku menghabiskan 5 tahun lebih pembelajaran aku, banyak benda dah dikorbankan.. Tapi pada yang sama, aku ada rasa takut yang teramat tinggi.. Takut kerana ketidak sukaan aku pada apa yang aku buat nanti, akan menyebabkan aku gagal memenuhi tanggungjawab aku.. Jujur aku kata, aku ngeri memikirkan masa depan.. Thinking about investing my life into something that I'm scared to do and do not have any confidence that I can get through it..


Aku ambil inisiatif sendiri, aku Google tentang hidup seorang doktor pelatih.. Semua dah aku korek, blog, forum-forum dan apa saja yang membantu.. Aku tertarik dengan satu ayat yang diberikan dalam satu forum tersebut..

"Hardship is overrated.. Tatkala kita masih belum atau sedang mengharungi kesusahan tersebut, kita selalu membayangkan ianya terlalu berat, macam-macam dugaan, tak tahan, kita dan berputus asa dan sebagainya.. But the truth is, bila kita dah berjaya mengharungi that hardship, and we reminisce that moment, kita akan rasa yang all the bad thoughts itu macam stupid sangat.. And we'll laugh and smile to ourself.."


As for now, I'm trying to motivate myself more.. Sedang cuba ikhlaskan diri dan aku yakin good things will come along, InsyaALLAH.. Aku fikir, if it is not for you, think about your family.. Being the eldest, the responsibilities are so great.. Moreover in my current condition, where everyone is anticipating on when I'm going to start working , one thing that keeps me moving on - A whisper from my beloved aunt, "Along! Tahniah dah habis belajar dan bergelar doktor.. InsyaALLAH, lepas ini boleh tolong mak abah.."


MY PARENTS!

They are the reason for me to keep moving on and motivating myself even though how much I dislike it and how many tears I've spilled every night in my sleep thinking about my future working as a doctor.. Aku selalu doa agar dicekalkan hati, ditabahkan hati, jadikan aku seorang doktor yang baik dan selamat dan tidak berputus asa di tengah jalan.. Tumbuhkan rasa suka dalam hati aku dengan apa-apa jua yang akan aku kerjakan nanti, cintakan kerja dan kasihkan pesakit-pesakit.. 


A few days more.. I'm going to start my hectic life.. A friend of mine wishing me good luck, she said who knows I might bump into my "jodoh".. LOL! I don't think I'll even have time to think about love, relationship or what so ever.. The heart somehow develop a liking toward someone called as "friend".. Even though now it feels like we are so far apart.. Huhu.. But, I don't wish that when I've started working, we would be getting more far apart though.. *WHAT A CONFESSION.. HAHA..*

I'm afraid I might have no time to even sent goodnight wishes or asking "apa khabar".. One thing I wanted to say to you, . . . . . . . . . . . . . . . . . . Eh! Eh! Macam tak sesuai kot.. Maaf maaf! Hehe.. Apa pun, jaga diri elok-elok ya.. =)   


Last but not least, untuk diri aku sendiri, FIKIRKAN BOLEH.. Aku teringin nak petik satu frasa yang aku ambil dari Facebook Cikgu Zara, "WHATEVER THAT MAKES YOU MAD, LEAVE IT.. WHATEVER MAKES YOU SMILE, KEEP IT.."

Till here.. Do take care people.. Assalamualaikum..


P/S : Aku bukan mencipta alasan melarikan diri, hendak atau tak hendak, aku kena hadap juga.. Cumanya aku doa lambat laun akan didatangkan rasa suka pada kerjaku nanti.. Ikhlas dan redha..

8 Jul 2012

Hal Yang Terindah

Julai 08, 2012 0 Comments
Assalamualaikum..

Lama sungguh dah rasanya aku tak dapat menulis sesuatu dengan perasaan seronok di sini.. Barangkali kesibukan yang menghambat, menjadikan aku bangun tidur pergi kerja, balik kerja tidur.. Tak ada apa yang seronok dalam kehidupan aku setakat ini..

Tapi aku masih bersyukur, ada lagi hal-hal yang terindah dalam hidup aku, walaupun kelihatan kecil, tapi untuk aku ianya tetap indah..

Hal Yang Terindah : Bila selepas 15 jam bekerja, 11 hari terus menerus tanpa cuti, bersengkang mata, berdiri dan berlari ke sana dan ke mari, DAN BILA TIDUR, terjaga dari tidur dan jam masih menunjukkan lambat lagi waktu nak masuk kerja.. Sesungguhnya itu sangat indah.. ^_^

Selamat malam semua.. Tidur dulu.. Semoga bangun semula esok hari dengan semangat dan emosi yang lebih kental dan kuat.. Assalamualaikum..


*Sesungguhnya SENYUM dan SESEORANG YANG PERNAH BUAT KITA TERSENYUM itu juga adalah suatu hal yang terindah dalam hidup*


5 Jul 2012

O'n'G : Be Strong

Julai 05, 2012 2 Comments

Dugaan. Datang dalam macam-macam bentuk. Bukan namanya kehidupan kalau tak ada dugaan, tak merasa kesusahan. Sebelum tidur, hela nafas panjang-panjang, lepaskan beban di bahu,  maafkan semua orang, lapangkan dada, lelapkan mata. Moga hari esok kita, lebih kuat dari hari-hari yang sudah. Belajar jadi kebal dari rasa kecewa, rasa sedih. Lali kena hambat, kena jerit, kena tengking. Itulah kehidupan. 

Tapi apa pun, perasaan semalam adalah... Hmm. :'( 

Lumrah. Adat orang kata. Kita dewasa dari pengalaman.  

Untuk mak abah, terima kasih atas sokongan emosi. Okay semua. Jaga diri. Assalamualaikum.


P/S : Perbandingan, membandingkan dan dibandingkan itu sentiasa akan ada. Graduated dari Universiti A takkan pernah sama dengan dengan Universiti B. Perbandingan dah menjadi satu tradisi. Barangkali mereka lupa, setiap manusia ada lebih ada kurangnya. Ahh! Jangan difikirkan sangat. Apa yang penting, kita usaha lebih, untuk buktikan ianya TIDAK BENAR. Setiap dari kita, kalau nak mendaki dan capai puncak gunung, sudah pasti akan bermula dari kakinya. SABAR dan USAHA. Pasti berjaya. 
*Cuba senyum kembali.*