26 Ogo 2012

That Awkward Moment

Ogos 26, 2012 4 Comments

Assalamualaikum..

That moment.. The most awkward moment in my life.. When one of the patient in labor that you attended, is actually your ex-school mate!! And she is going to deliver any time soon with a husband anxiously waiting outside..

And and and.. On the other hand, here you are, busy working 24 hours.. Working, go back and sleep, then going back to work again.. When life only revolves around working, working and just working..

Have a great weekdays ahead peeps.. Assalamualaikum..

Monolog

Ogos 26, 2012 1 Comments

Bila aku mula merasakan yang aku patut berputus harap dengan apa yang aku rasa, ianya datang lagi setelah lama menghilang.. Lantas menyalakan semula sedikit harapan yang bersisa.. Tapi ternyata yang tersisa itu patut dibuang terus dan tiada saki bakinya sebab sememangnya yang hadir itu sekejap cuma, dan akan pergi lagi seperti kebiasaannya..

Datang lalu pergi.. Dan menghilang.. Muncul kembali dan hilang lagi.. Aku sudah sememangnya perlu menjangkakan itu yang akan terjadi.. Sedang hati masih ingin terus berharap dan teguh berdiri.. Tapi sebahagian lagi berkata, berhenti berhenti!

Salam petang Ahad.. Assalamualaikum..

25 Ogo 2012

17 Ogo 2012

Alhamdulillah

Ogos 17, 2012 4 Comments

Assalamualaikum..

Hari ini hari Jumaat.. Penghulu segala hari.. Hari ini juga telah jadi satu hari yang bahagia dan manis dalam kenangan hidup aku sebagai seorang Cahaya Yang Riang Gembira.. Hee.. Akhirnya, setelah sekian lama menunggu, dan setelah hampir mencecah 2 bulan bekerja, aku telah mendapat gaji pertama aku sebagai seorang penjawat awam.. Perasaan gembira tak terhingga yang sukar dibayangkan..

Alhamdulillah.. Usai saja kerja pada pukul 10 pagi tadi, walaupun mata mengantuk, tetap ku gigihkan juga diri mencari bank yang terdekat.. Aku siap mencari sampul raya lagi.. Pulang saja ke rumah, aku serahkan sedikit pada abah, pada emak dan juga adik-adik.. Perasaan itu memang sukar digambarkan kan? Perasaan dapat berbakti pada kedua orang kita selepas sekian lama mereka menjaga kita.. Aku bersyukur sangat atas pemberian dariNYA ini..

Sepanjang hari ini, aku tersenyum saja.. Yang penting, kena mula menyimpan.. Mana tahu tak lama lagi ada perancangan nak kahwin ke.. Ekeke.. Macam ada calon.. Okaylah, sampai sini saja.. Selamat berbuka puasa semua..

Jaga diri.. Assalamualaikum..

12 Ogo 2012

Terbang Tinggi Tinggi

Ogos 12, 2012 6 Comments
Assalamualaikum..

Ahad dah pun hampir berlabuh.. Esok pula dah Isnin.. Kerja straight dari Isnin sampailah Ahad, dengan cuti tak sampai sehari pada Jumaat.. Harapnya cukup kuatlah nak menghadap pagi Raya di hospital.. 

Tiap kali kalau aku pulang dari kerja, aku pasti akan duduk dalam kereta, lebih kurang 10 ke 15 minit.. Sambil menikmati penghawa dingin yang aku talakan ke muka, sambil aku memandang ke luar dan dongakkan kepala..


Dalam hati aku kata, kenapalah rumah aku di tingkat terpaling atas dan tak ada lif.. Kadang rasa macam, tak boleh ke aku terbang terus ke atas.. Dah sebulan lebih aku turun naik tangga, tapi lelah naik turun tangga masih terasa.. Banyak sangat tingkat kot.. Haha.. (TIGA AJE PUN)

Tapi tak kisahlah, apa yang penting, berat pun dah banyak kurang, baju yang dulu-dulu tak muat pun dah boleh sarung.. Ada baiknya juga ya tak duduk rumah tingkat paling atas.. Tak kisahlah tak dapat terbang tinggi-tinggi, duduk di darat merangkak dan berjalan pun ada banyak faedahnya.. Heee..

Okay semua.. Selamat memulakan minggu baru dan selamat meneruskan ibadah puasa.. Jaga diri.. Assalamualaikum.. 

9 Ogo 2012

3 Kali Sehari

Ogos 09, 2012 3 Comments
Assalamualaikum..

Ewah.. Tajuk macam bagi preskripsi ubat.. 3 kali sehari.. Rasa nak tulis dalam blog, tapi buat masa sekarang tak ada idea lagi, jadinya aku nak kongsikan momen manis seorang blogger.. Lama dah aku perhatikan sebenarnya kewujudan seorang pembaca yang sangat setia mengunjungi blog ini.. Memang boleh kata, tiap-tiap hari ada kewujudan IP adress tersebut dalam statistik Cahaya Yang Riang Gembira..

Even tak ada update, atau update yang dah basi pun tetap rajin datang menjenguk.. Tapi bukan sehari sekali.. Sebaliknya, 3 kali dalam sehari.. Pagi jenguk sekali, tengahari datang lagi, petang tak lupa ada juga sekali.. Kadang-kadang sampai 4 kali pun ada.. Malam saja tak ada, mungkin sebab dia kerja dari pukul 8 pagi sampai 5 petang kot.. Hehe..

Apa pun, terima kasih tak terhingga.. Walaupun kadang-kadang aku rasa blog Cahaya Yang Riang Gembira ini macam nyawa-nyawa ikan, tapi masih ada lagi yang setia selalu menjenguk.. Terima kasih.. Ecewah, ayat budget retis.. Okay! Okay! Okay! Mata dah kelabu asap.. Tambah lagi dengan keadaan kesihatan yang tak berapa memuaskan, maka aku minta diri dululah ya.. Nasib esok cuti.. Heee.. 

Selamat malam semua.. Assalamualaikum.. 


7 Ogo 2012

Sorotan Sebulan Hidup Obstetrik Dan Ginekologi

Ogos 07, 2012 6 Comments
Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, dah masuk bulan 8.. Dah sebulan dan seminggu aku bertugas di Jabatan Obstetrik Dan Ginekologi Hospital Melaka.. Banyak pasang surut dan turun naik, masam masam manis kehidupan seorang pegawai perubatan siswazah..

Entry kali ini, biar pendek.. 4 perkara yang aku agak gerun untuk lakukan ketika baru mula masuk bekerja di jabatan ini..

1) Setting an IV Branula

Masa zaman aku student dulu, pernah buat sekali dua saja.. Jadi bila masuk kerja, agak terkial-kial jugalah nak catch up.. Kalau nak diikutkan, dalam jabatan O&G inilah paling senang nak masukkan branula sebab urat-urat wanita mengandung memang kembang-kembang dan cantik-cantik..

Tapi hakikatnya, aku memang gerun.. Aku takut orang rasa sakit.. Jadi aku selalu FAILED bab masukkan branula, sebabnya aku takut orang sakit.. Haha.. Boleh macam tu?


Tujuan masukkan branula sebab nak ambil darah, masukkan air, darah atau apa-apa saja ubat ke dalam salur darah.. Ianya ibarat macam kau masukkan satu tiub kecil ke dalam salur darah.. Salah masuk site, boleh pergi ke lapisan lemak dan boleh membengkak.. Bila dah bengkak, kita tahulah kita dah salah masukkan jarumnya..

Aku cukup lemah semangat kalau sekali buat tak berjaya, sebab nak kena cucuk lagi.. Sebabkan benda ini juga, aku selalu kena marah sebab pasang branula dengan slow.. Al maklum saja, tak expert lagi, memanglah slow.. Sekarang, kalau nak diikutkan, tak adalah expert mana, tapi bolehlah.. Ada juga masa tak berjaya, tapi proses belajar.. Aku percaya, lama-lama nanti, sambil tutup mata pun boleh pasang branula.. Kekeke..


2) Pemeriksaan speculum

Masa zaman student selalu buat dekat patung.. Bila dah kerja, of course kena buat dekat manusia.. Tujuannya adalah untuk periksa keadaan serviks kalau-kalau ada pendarahan ke, atau dalam kes pecah air ketuban, kita nak pastikan betul ke air ketuban memang dah pecah.. Jadi inilah dia alatnya..

Gerun nak guna, sebab ada kes yang boleh menyebabkan ianya menyepit dan tersepit.. Ouch!! Tapi, bila dah lama-lama, kita dah tahu teknik dia, InsyaALLAH, smooth saja..


3) Artificial Rupture Of Membrane @ Amniotomy

Atau dalam erti kata lain pecahkan air ketuban dengan menggunakan alat.. Selalunya prosedur ini kita lakukan di kamar bersalin, bagi mana-mana wanita yang jalannya telah buka lebih dari 4cm dan air ketuban belum pecah.. Maka untuk memudahkan proses bersalin, doktor akan pecahkan air ketuban dengan menggunakan amniotic hook..

Dan ini juga satu prosedur yang aku agak terkial-kial nak buat.. Ianya tak susah mana pun, cuma masukkan dua jari, dan salurkan hook tersebut, cari sarungnya dan kita pecahkan supaya air ketuban dikeluarkan.. Masih lagi belajar untuk jadi expert..


4) Vaginal examination

Dan terakhir sekali.. Benda yang memang tak susah mana pun.. Tapi kita jadi hebat dengan pengalaman dan banyak kali buat.. Benda yang buat aku blur dan bingung.. Pemeriksaan ini dibuat selalunya untuk memastikan berapa besar jalan yang telah terbuka untuk melahirkan anak.. Berapa besar bukaan menentukan samada kita nak tolak ke dalam kamar bersalin atau tak..

Jadinya memang kena buat banyak kali, baru kita boleh tahu macam mana rupa bentuknya bukaan 2cm, 4cm, 8cm dan lain-lain lagilah.. Kalau aku tak yakin, aku akan cakap tak yakin supaya orang lain boleh periksa semula.. Bagi aku senang saja, kalau kita tak tahu, cakap tak.. Dan kita belajar supaya kita jadi tahu.. Pengalaman pasti akan mendewasakan.. Bukan pertama kali buat, kita akan terus hebat.. Aku harap kakak-kakak nurse boleh memahami dan bagi banyak tunjuk ajar pada aku.. Heee.. ^^


Eh! Entry pendek ke ni? Haha.. Terseronok pula menaip.. Apa pun, selamat malam.. Sampai sini saja.. Mengantuk dah.. Tak sabar menanti cuti pada hari Jumaat.. Hehe.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum..

4 Ogo 2012

Puaskah?

Ogos 04, 2012 3 Comments
Assalamualaikum..

Beberapa hari yang sudah, aku ada mengomel perihal perasaan yang sudah kering dan rasa kosong.. Entah sejak bila, tapi bila aku celik mata, pergi kerja dan balik kerja, apa yang mata aku pandang, aku pandang dengan pandangan kosong.. Terasa benar seperti robot, yang luarnya besi dalamnya tiada apa.. Haha..

Masa zaman awal bekerja, memang selalu kena marah.. Dalam Jabatan O&G, ada seorang specialist yang memang terkenal sangat dengan kegarangannya.. Tak ada doktor pelatih yang tak pernah kena sembur dengan dia, salah cinonet pun memang confirm kena bantai..


Aku ingat lagi, satu pagi, aku post call.. Aku bertugas dari pukul 10 malam hingga 10 pagi keesokannya.. Paginya itu aku ditugaskan ke wad untuk review pesakit.. Seperti kebiasaan, selesai doktor pelatih review, akan ada satu round bersama dengan specialist untuk melihat pesakit dan membuat keputusan tentang rawatan yang perlu diberi.. Kebetulan pagi itu, keempat-empat doktor pelatih yang kerja adalah orang Melayu.. Ada seorang pesakit Vietnam, dan tidak reti langsung berbahasa Melayu.. Aku pun baru tahu yang orang Vietnam menggunakan bahasa Mandarin..

Ketika itu, specialist tersebut tercari-cari sesiapa yang berbangsa Cina untuk menanyakan soalan pada pesakit.. Tapi sayangnya tak ada seorang pun tahu.. Lalu aku terus kedepan dan bertanya pada pesakit dalam bahasa Mandarin.. Specialist tersebut terus berkata, zaman sekarang memang bagus belajar lebih dari satu bahasa, banyak faedahnya.. Dalam hati aku rasa lega sikit, bukan apa, masa mula masuk kerja dulu aku selalu kena marah dengan dia, diperkecilkan, tapi sekarang paling tidak aku boleh buat dia celik mata sikit dan sedar aku bukannya tak ada guna langsung..


Selesai pesakit Vietnam tersebut, beralih pula pada pesakit lain.. Aku buat sedikit kesilapan ketika menulis laporan, aku silap tulis setiap ayat yang keluar dari mulut dia.. Maklumlah, kerja dari 10 malam.. Dan selepas itu.. KEBABOOM!! Kena bom lagi aku dengan specialist tersebut.. Beliau kata, baru belajar satu bahasa dah lupa diri.. Tak boleh faham dah bahasa lain selain dari Mandarin.. Inilah orang kita.. Adehhh!! 

Ketika itu aku memang rasa nak tergelak.. Macam-macam ragam manusia kan.. Ada yang jenis baik gila, ada yang jenis sensitif tahap gaban, macam-macam adalah senang cerita.. Tapi itulah, bila dah selalu kena marahlah, rasa diri jadi tumpul, kosong.. Tak ada perasaan dah.. Dulu masa awal-awal, aku pandang beliau macam singa nak terkam orang.. Sekarang, aku rasa macam nyamuk yang lalu sebelah telinga dan terbang pergi.. 


Aku sedar, inilah asam garam kehidupan.. Bumi mana yang tak ditimpa hujan..Lagipun, kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.. Iya tak? Masa yang berlalu itulah yang akan mendewasakan dan mematangkan kita.. Aku harap satu hari nanti semuanya akan baik-baik saja.. InsyaALLAH, dengan izinNYA..

Selamat malam semua.. Assalamualaikum..