Renjatan Elektrik Dan Gua Magnet

Assalamualaikum.

Malam ini malam Jumaat. Jam pun hampir menuju ke 12 tengah malam. Hari ini badan ada terasa kepenatan sedikit, kebas di sana sini, tanda-tanda penuaan barangkali. Orang pasti kata, "Ah! 26 bukan tua mana!"

Dalam seminggu ini, banyak yang aku alami, aku lalui dalam kehidupan yang aku harung sehari-hari. Dulu selepas 2, 3 bulan aku mula bekerja dan mengharungi semua fasa adaptasi dan tekanan kerja, aku perlahan-lahan mula untuk menerima dan menyukai apa yang aku ada kini. Bila aku atur satu persatu rancangan masa depan, tiba-tiba aku tersadung batu di tengah jalan.


Batu yang menyebabkan jalan aku sedikit sebanyak berubah, acapkali juga aku ingin putus asa dan kembali berpatah balik ke titik mula kerana aku rasakan aku sudah hilang arah tapi syukur aku masih di sini meneruskan jalan yang berliku walaupun ternyata lebih sukar dari yang dibayangkan. Terus cuba bertahan selagi ada daya dan upaya kerana DIA ada. DIA yang sentiasa mendengar doa hamba-hambaNYA.


Sebenarnya, dipendekkan cerita, kerana keadaan kesihatan aku yang tak banyak perubahan dan kemajuan, kali ini aku dirujuk pula ke jabatan lain. Berjumpa dengan pakar saraf Hospital Melaka, Dr. Uduman Ali, buat aku rasa sedikit kecut perut. Saraf yang kita sebut-sebut di sini, manalah tak kecut perut. Iya tak?

Oleh kerana kesihatan aku yang tiada kemajuan dan sakit yang tak pernah hilang, doktor syak aku berkemungkinan mengalami masalah saraf di bahagian tulang belakang, iaitu di kawasan LUMBOSACRAL. Ianya ibarat seperti saraf itu dihimpit, tersepit, atau tersumbat sehingga menyebabkan masalah yang aku alami ini. Diagnosis LUMBAR CANAL STENOSIS itu walau bagaimanapun masih belum disahkan dan tak pasti lagi. Makanya untuk menuju ke diagnosis yang tepat dan untuk mengubati masalah tersebut aku perlu menjalani beberapa prosedur.

Dan di bawah ini adalah salah satu prosedur yang aku lalui, NERVE CONDUCTION STUDY. Aku menjalani prosedur ini pagi tadi. Terima kasih pada PPP Fathur yang banyak membantu. Hati agak berdebar juga nak melaluinya tapi selepas berborak dengan Encik Fathur, rasa kecut perut dan gentar perlahan-lahan hilang. ^^
  

Tujuan NCS ini adalah untuk mengesan apa sebenarnya masalah saraf yang dialami dan di mana puncanya boleh diketahui secara rambang. Prosedur ini tidak menyakitkan. Cuma agak terkejut-terkejut. Mana tidaknya, bila kaki dan tangan dikenakan renjatan elektrik untuk menguji keupayaan saraf anda, terkejut semua otot-otot yang berdekatan, melompat-lompat "kegirangan". Haha. Laporannya aku perlu tunggu sebulan lagi, akan diketahui semasa follow up aku yang seterusnya.

Prosedur yang lagi satu perlu aku jalani adalah MRI tulang belakang. Tapi tarikhnya lambat lagi, 1 Julai 2013. Sempat lagi aku nak betulkan skru tulang belakang yang longgar kot. Ekeke. Kali pertama memasuki gua batu besi elektronik. Kecut jugalah. Selalunya cuma menemani pesakit menjalani prosedur tersebut, tapi kali ini diri sendiri yang akan terbaring di meja keras MRI tersebut. Phew!


InsyaALLAH. Mudah-mudahan tiada yang abnormal kelihatan. Perlu kuat dan sihat semula. Tanggungjawab terlalu banyak terlalu besar perlu dipikul dan diharung. Wahai anak-anak sarafku sekalian, sihat-sihatkanlah diri kalian ya. Semoga tiada benda pelik nanti. Mudah-mudahan. 

Dalam keadaan kurang sihat ini, kehidupan tetap perlu diteruskan. Walaupun kadang rasa sukar tapi kena cuba juga. Kita sendiri kena kuat, tak ada orang boleh kuatkan kita, cuma kita boleh minta doa pada ALLAH, mohon terus diberi kekuatan mengharungi ujianNYA. Amin.

Okay semua. Sampai sini saja. Senyum-senyum selalu. Jaga diri. Salam Jumaat dan salam Israk Mikraj. Selamat malam. Assalamualaikum.


HEART SPEAKS : Perkataan tulus terngiang-ngiang di telinga semenjak dua menjak ini. Lawaklah Farhana ni. Haha.  Aku, tuluskah aku? Hmm.

Ulasan

Adziim berkata…
Pergh lambatnya appointment mri. Meh la buat kt bkt rimau ni.
@Adziim Kalau nk belanja bolehlah. MRI mahal kot. Tak mampu. Huuu.
Adziim berkata…
@FarhanaDr

Rm770. Termurah di klang kot. SJMC mau seribu jgk.Aku salah guna scan free je lah utk kau, tpi part report tu x janji la. Lau bleh fewit2 radiologist gua, dpt la report. Lau x dpt gmbar sajo je.
@Adziim Boleh tahan harga dia. Memang agak murahlah. Pernah dengar orang cakap Columbia Asia ni servis bagus tapi harga dia tak mahal mana pun.

Wah. Menarik bunyinya. Sebab tak larat dah nak tunggu, sakit tak hilang-hilang, punca sebenar tak diketahui lagi. Start treatment pun random sajalah kan.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?