Bila Aku Lihat . . .

Assalamualaikum.
Banyak benda aku lihat, dan banyak juga aku rasa dan mahu aku tulis. Bila aku lihat . . .

Bila aku lihat seorang demi seorang di keliling aku menapak satu langkah ke depan dalam hidup mereka, mencuba untuk berubah menjadi muslimah lebih baik dari hari ini. Lantas aku rasa cemburu. Aku juga ingin berubah. Dalam aku perlahan-lahan belajar dan mengubah diri, sering saja aku rasakan masih jauh lagi jalanku. Godaan dan dugaan juga datang dengan makin hebatnya. Kadang ada waktu aku goyah, aku rapuh, tapi aku yakin jika aku terus berjalan, kekuatan akan terbina. Kerana Allah selalu ada. 


Bila aku lihat rakan yang telah berkahwin, berpegangan tangan, bercanda mesra, berkasih sayang. Apa juga yang dilakukan, dimata mereka aku nampak cinta. Lalu aku cemburu akan mereka yang punya rasa itu. Tapi, aku bimbang, jika aku melaluinya suatu hari nanti, mampukah aku bawa rasa itu, pikul tanggungjawab itu, hingga nafasku yang terakhir? Aku sedar, keinginan ini terlalu besar tapi kesediaan barangkali belum mampu lagi untuk bawa aku menunaikan keinginan itu. Kerana Allah itu sebaik perancang.



Bila aku lihat rakanku, seorang demi seorang dari mereka telah berjaya mengharung 2 tahun itu, telah berjaya bergelar MEDICAL OFFICER dan bukan lagi HOUSE OFFICER. Lalu tanpa sedar lagi, aku cemburu walau dalam hati ini aku ibarat berpatah arang untuk mengejar gelaran itu. Tapi kenapa cemburu itu hadir juga? Aku sedar, yang aku cemburukan itu adalah berjayanya mereka mencapai satu titik lebih selesa dalam hidup berbanding dulu. Lantas aku berfikir ke mana hala aku? Yang aku fikirkan sejak dari hari pertama dari keseleruhan 2 tahun yang ada. Aku sedar, halanya masih belum aku jumpa. Mungkin dalam aku terus menongkah, halanya akan terukir dengan sendiri dan redha akan datang sekali bersama. Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untukku.


CREDIT PICTURES TO THE RESPECTIVE UPLOADER. THANK YOU.
:)

Ulasan

Adziim berkata…
Face future with fear...
Kita kena hadapi masa depan dengan rasa yakin, yakin Allah akan tolong kita...dengan syarat kita pun kena taat pada Allah.
Unknown berkata…
Niat yang baik, in shaa ALLAH dipermudahkan, Kak Farah. =) Keep on praying. =)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.