This Is War

Assalamualaikum.

Nak dimulakan cerita yang nak dicerita ini, al kisahnya aku bersama seorang rakan pertama kali menjejakkan kaki ke luar negara. Negara apa, itu rahsialah. Excitednya memang tak terhinggalah. Beg pun bawa berkoyan-koyan macam nak berhijrah pun ada.

Sampai di negara orang, nasib agak baik sebab ada kenalan rapat di sana yang dah agak lama menetap di negara tersebut bersama keluarganya yang cuma ada dia, mak dia dan ayah dia. Kami berdua yang datang dari Malaysia nak bercuti di negara orang ini pun menumpanglah di rumahnya. Seronok. Sebab satu dapat duduk dengan orang yang kita kenal, nak jalan ke, nak makan ke tak susah. Tambah lagi, dapat jimat kos. ^^


Selepas beberapa hari di sana, berjalan ke sana ke mari. Beli itu ini, maka hari nak bertolak balik pulang Malaysia pun makin dekat. Sehari sebelum bertolak pulang, aku berhajat mahu ke pantai yang berdekatan dengan rumah rakan yang aku diami. Dek kerana rakanku seorang lagi malas mahu keluar rumah, maka aku angkut kamera dan sedikit wang lalu keluar bersendirian. Seronok juga dapat berjalan seorang diri di negara orang. Keasingan dia memang terasa. Best!

Sampai saja di pantai, aku lihat begitu ramai orang. Agak hairan sebenarnya dengan pemandangan itu, maka aku pun mendekati gerombolan manusia yang ada di situ. Arghhh!! Gila terkejut bila aku berjalan makin dekat ke arah lautan manusia tersebut. Kesemua mereka memandang jauh ke tengah laut. Aku pun tumpang sekaki. Objek-objek yang kami lihat di tengah laut makin mendekati pantai. Ketika itu keadaan dah mula kelam kambut, orang pun dah macam terkocoh-kocoh meninggalkan tempat tersebut. Tak lama selepas itu, semuanya mula berlari bertempiaran di pantai itu. Aku pandang ke laut. Ketakutan dah mula menguasai diri. Aku pun apa lagi, angkat kaki dan berlari sekuat hati.

Ada begitu banyak tongkang-tongkang yang macam dalam filem perang. Di dalamnya ada ramai manusia-manusia yang berbaju celoreng memegang pistol, senapang, bom tangan, machine gun, bazooka, dan ada juga yang berlembing, berbow dan beranak panah. Semuanya menembak menghala ke pantai.

Oh peranggg!!! Itu yang aku dengar dalam semua orang duduk lari bertempiaran. Ketakutan aku memang tahap maksima. Aku tak toleh belakang lagi dan cepat berlari ke arah kediaman rakan aku. Jantung macam nak luruh dengan peluh yang menitik-nitik.


Sampai saja di rumah, aku tengok semua orang sedang duduk mengemas beg. Satu kawasan kediaman itu terputus bekalan elektrik. Gelap, memang gelap! Kawan aku beritahu, tentera Itali sudah masuk menyerang negara meraka. Satu negara sudah diisytihar darurat. Di langit-langit juga dah penuh dengan helikopter, kapal terbang, jet-jet dan macam-macam lagilah. Semuanya sibuk membersihkan kawasan dan menyelamatkan orang. Atas darat pun sama sibuknya dengan di awan. Kereta kebal dah bersepah-sepah. 

Aku dengan rakan aku yang pada awalnya datang untuk bercuti dan menikmati keindahan negara orang dah mula menangis. Takut jika tak dapat pulang ke Malaysia dengan selamat. Kami berdua cepat-cepat mengemaskan beg, walaupun dalam keadaan gelap gelita kerana ketiadaan elektrik. Menurut kawan aku, kami semua akan naik kereta dan bergerak ke pelabuhan. Dan dari sana kita akan bertolak ke tempat lebih selamat dan naik kapal terbang untuk pulang ke Malaysia.

Keluar saja dari rumah nak menuju ke kereta, aku tengok ramai orang di jalanan membawa beg dan berjalan dengan laju. Di kawasan kedai di depan rumah, aku lihat ada sekumpulan orang yang memecahkan tingkap kedai dan masuk ke dalam kedai. Oh! Rupanya mereka sedang mencuri. Begini rupanya situasi ketika perang. Gelap dan menakutkan. 


Ayah kawan aku memecut kereta menuju ke pelabuhan. Aku lihat sana sini terbakar. Kami melalui pantai yang aku singgah tadi. Kelihatan di atas laut, banyak kereta sedang bergerak laju. Aku terperanjat juga bagaimana kereta boleh dipandu atas air. Tapi fikiran itu diabaikan begitu saja bila kami sampai di pelabuhan. Aku lihat selepas pegawai di situ memeriksa dan cop beberapa dokumen, kereta kami juga mula bergerak ke arah laut. Oh!! Kereta ini juga berjalan di atas air. Bila sudah hampir ke tengah, aku pandang ke pantai. Aku lihat banyak objek sedang melompat-lompat berterbangan dan berguling. Objek itu ada muka, ada wajah yang menakutkan.

Oh zombi!!! Perlahan-lahan kereta yang kami naiki masuk dan tenggelam ke dalam laut. Zombi tidak lagi kelihatan.

Aku gosok-gosok mata. Tengok jam dah pukul 8 pagi. Oh! Mimpi rupanya. Mimpi bukan-bukan pula. Macam nak gugur jantung sebab takut sangat punya pasal. Inilah akibatnya kalau tertidur semula lepas solat Subuh.

Itu mimpi aku dua hari yang lalu. Aku pun tak pasti kenapa ada zombi seperti dalam World War Z sedangkan aku masih belum berkesempatan lagi nak tonton filem tersebut. Apa pun, pengalaman kehidupan dalam perang memang menakutkan. Walau dalam mimpi, ianya terasa benar. 

Sekian saja coretan mimpiku. Haha. Have a great day people. Take care. Assalamualaikum.



Ulasan

Time Traveller berkata…
hahahaa... boleh ek macam tu..
betul tu.. pergi holiday.. memang boleh lepas kan stress..

kalau pi ngan geng2 lagi best.. gud luckk..!! :D

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.