Lontong Tak Makan Tapi Lontong Goreng Makan. Gedik Kan?

2 comments
Assalamualaikum.

Pertama-tamanya sekali, gambar-gambar di bawah BUKANLAH kepunyaan aku. Keempat-empat keping gambar makanan yang menyelerakan di bawah aku ambil dari GOOGLE IMAGE. Ada gambar yang dah ada watermark, ada yang tak ada. Walau apa pun, kredit gambar kepada tuan punya blog dan terima kasih daun keladi. Saya pinjam ya. :)

Dek kerana entry ini penuh dengan gambar makanan enak jadi eloklah kiranya ianya dipublish ketika sahur. Dah lepas waktu sahur, jangan mengada-ngada nak tatap bagai tercongok tengok blog Cahaya Yang Riang Gembira ya. Babab kang!! Terliur nanti siapa yang susah.

Ayam penyet sudah, kerang bakar sudah, mee goreng sudah, segala macam dessert juga sudah, kali ini targetnya adalah LONTONG GORENG. Sebagai orang Johor, aku sendiri tak makan lontong sebenarnya. Boleh layan sesuap dua tapi nak tatap dan hadap semangkuk, memang tak dapatlah. Walaupun begitu, dihati tetaplah Johor, kini dan selamanya. Ecewah!





Dan biasalah, aku memang selalu dikaitkan dengan benda pelik. Teringat dulu semua orang pelik macam mana aku makan sayur tak gigit tapi telan terus. Muahaha. Baca entry lama, tergelak sendiri sambil tekup muka. Apa font BESAR-BESAR, perenggan WARNA-WARNI ni weh, tulisan pun jiwaaaaaaaaaang memanjang. Haish! Malu malu malu! Jiwa mudalah katakan. Sekarang dah tak muda mana, jiwang pun dah kurang. Karat agaknya kot. Heh.

Yang pelik kali ini, bukan pasal sayur. Tapi pasal lontong tak makan, lontong goreng makan. Ada banyak lagi kalau nak ikutkan, contoh macam sotong aku tak makan, tapi sotong goreng tepung, sotong kering aku makan. Soya memang tak minum, kalau minum akan keluarkan balik tapi tauhu fa terpaling suka. Kekeke. Jadi, kali ini hasrat hati nak masak LONTONG GORENG pula. Resepi pun mudah. Nanti dah cuba, kita tempek gambarnya ya.

Bagi sesiapa yang nak cuba, aku kongsikan resepi lontong goreng yang ada macam-macam cara nak buat. Bolehlah tinjau-tinjau ke blog mereka.


Okay semua. Selamat berpuasa dan selamat berhujung minggu. Jaga diri hiasi peribadi. Assalamualaikum.
:)

Kisah Pencuri Yang Malang Di Petang Hari Di Bulan Ramadan

1 comment

Assalamualaikum.

Ini kisah yang hangat lagi panas dan fresh keluar dari oven. Haha. Al kisahnya, bangunan rumah aku yang berada di tingkat 3, memudahkan untuk nampak keadaan sekeliling. Maklumlah, high ground orang kata. Kekeke. Dan bangunan rumah aku berdepan dengan asrama pelajar IPPM. Dalam pukul 3 lebih tadi, aku perhatikan ramai benar pelajar berkumpul di depan pintu masuk asrama. Seperti ada sesuatu saja.

Kebetulan ada kereta polis dan juga ambulans yang datang bersama siren neno nenonya. Mak pun lantas SMS abah yang pejabatnya dekat saja dengan kawasan asrama semata-mata nak bergosip. Kelas mak dengan abah bergosip di petang hari kan. Rupanya ada pencuri telah masuk ke asrama perempuan. Amboi! Bulan Ramadan syaitan kena ikat, kau pula nak gantikan yang kena ikat tu ya. Tak elok sangat tau!!

Dengar cerita ada pelajar yang ternampak kelibat si pencuri dan si pencuri terkejut lalu menggelabah lari dan cuba untuk turun dari tingkat 3 menggunakan pokok di belakang asrama. Tapi orang kata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah yang terjadi pada si pencuri, jatuh tergolek dari pokok bersama dengan kepatahan keriukan tulangnya. Malang sungguh nasibnya.

Akhirnya, dia dibawa pergi oleh ambulans yang datang dengan neno nenonya. Moralnya anak-anak, jangan mencuri sebab balasan kalau bukan datang sekarang mungkin esok lusa. Lagipun rezeki dari mencuri itu tiada keberkatan.

Selamat berpuasa semua. Lagi 3 jam nak berbuka. Selamat menyediakan juadah berbuka. Jaga diri. Assalamualaikum.

Bahasa Lelaki Bahasa Wanita : Susah Ke Nak Faham?

6 comments
Assalamualaikum.

Tahukah anda bahasa lelaki dan bahasa wanita adalah berlainan dan berbeza sekali? Bahasa ini hanya boleh difahami atas landasan yang dinamakan persefahaman, toleransi dan terus terang. Sebab itu wujudnya buku WHY MEN DON'T LISTEN AND WOMEN CAN'T READ MAPS. Aku sendiri baru baca separuh buku tersebut, memang merangsang minda dan pemikiran bila membaca buku tersebut. Buat kita tertanya, berfikir dan angguk faham.

Koleksi gambar di bawah aku ambil dari drama Lee Soon Shin Is The Best Episod 40. Wah! Ada 10 episod lagi. ^^

Scene ini cukup untuk jelaskan bahasa lelaki dan bahasa wanita berbeza. Inilah juga yang kadang-kadang buat aku pening kepala. Haha. Kita faham lain, tapi sebenarnya dia kata yang lain. Kita cuba sampaikan sesuatu, tapi dia pula tak faham tersirat di sebaliknya. Heh. Payah kan?


Dah sifat wanita begitu, hatinya mudah tersentuh. Bila seseorang lelaki terlalu baik padanya, automatik kepala otak dia akan mula keliru, kenapa dia terlalu baik dengan aku, kenapa dia selalu ada bila aku sedih dan bila aku gembira, kenapa dan kenapa dan kenapa. Ada wanita yang akan mula rasa suka, ada wanita pula yang akan mula jauhkan diri bimbang melarat pula rasa suka yang ada, ada wanita pula buat tak tahu dan abaikan saja. Hehe. 

Aku pula jenis yang cuba jauhkan diri, kata pada diri sendiri elak kalau boleh elak, biar jauh makin jauh, kerana masa dan jarak kadang waktunya akan buat kita lupa pada rasa. Tapi, ianya tak semudah itu. Aku, selalu saja kalah. Bukan senang nak jauhkan diri.


Si lelaki dah tentu-tentu tak faham apa yang  mengelirukan pemikiran dan perasaan si wanita. Kalau si wanita tak beritahu, si lelaki tak akan tahu. Nasib kau baik Joon Ho, sebab Lee Soon Shin jenis yang berterus terang tentang rasa. Kalau aku, memang tidaklah. Tak ada keberanian dan muka tak tahu nak letak mana kalau berterus terang. Heh! Lee Soon Shin kata pada Joon Ho jangan terlalu baik padanya lagi sebab nanti akan buat dia keliru dan sedih. Sebabnya Lee Soon Shin suka pada Joon Ho. As simple as that.


Dan Joon Ho pun mula bersuara. Sebab dia sendiri pun tertanya kenapa. Dia sendiri menyukai Lee Soon Shin dan dia rasakan yang selama ini dia dah beri cukup "TANDA" dan "HINT" yang mengatakan dia sukakan Soon Shin. Tapi itu apa yang si lelaki rasa. Sebab itu aku kata bahasa lelaki dan bahasa wanita berbeza. Bagi si lelaki mungkin dengan selalu tanya khabar, selalu teman si wanita waktu happy dan sedih, selalu jaga dia, itu dah cukup untuk nyatakan rasa dia. Kau dah salah dekat situ Jah oii!!

Tak semua wanita boleh tangkap apa yang kau cuba nak sampaikan melalui perbuatan. Dan aku rasa aku boleh kata kebanyakan wanita tak akan faham. Atau akan buat-buat tak nak faham. Sebab nama kita wanita. Macam mana pun zaman dah berubah, wanita itu tetap dihiasi dengan perasaan malu. Dia mungkin faham yang kau ada hati pada dia melalui sikap kau walau kau tak pernah ucapkannya, tapi takkan dia nak berdepan dengan kau dan kata, "OKAY, SAYA PUN SUKA AWAK!" Dah kalau suka sama suka tak apalah kan, kalau yang selama ini sikap caring yang si lelaki itu tunjuk cuma sebagai kawan dan tak ada makna apa-apa, haaaaa, kan dah haru. Celah mana nak sumbat muka oii.


Sebab itu wanita dia perlukan kata-kata sebagai reassurance, baru dia mengerti dan faham. Kata-kata lebih simple dan direct dari perbuatan yang kompleks dan perlu diterjemah. Betul tak? Memang betul kan. Wanita bagi lelaki memang kompleks dan susah nak faham, tapi itu tak bermakna kau kena handle dia dengan cara yang kompleks juga. Sebab bila si wanita dah selalu immerse dalam pemikiran kompleks mereka, kadang-kadang apa yang dia perlukan, cuma satu ayat yang simple saja. 

Kalau tak dia akan selamanya buat-buat tak faham atau anggap kau cuma main-main. Melepas meloponglah kau!! Kekeke.

Tapi, ada sesetengah perbuatan yang lebih besar maknanya dari kata-kata. Dan boleh buat kita faham saat dan ketika itu juga. Kekeke. Amboi, gelak gatai nampak. Heppp!! Cuma boleh diaplikasikan untuk ORANG YANG SUDAH BERKAHWIN saja okay, untuk keharmonian rumahtangga. ^^


It's true action is louder than word, rather than just talking and talking, you better doing it. But there are a few circumstances, usually in the early process of relationship where words are louder than actions. Because you need words, a reassurance to start a relationship and make sure that it goes on. 

Tapi ini lagi satu yang unik tentang wanita, yamg buat ramai lelaki pening dan susah nak faham, akan sampai satu tahap dalam perhubungan, usually starting in the middle of it and all the way through, kata-kata dah kureeeenggg sikit  kepentingan dia. Perbuatan pula akan jadi lebih bermakna dari kata-kata. Bukan nak kata dah 5, 6 tahun kahwin tak perlu dah say I LOVE YOU, I MISS YOU, I WANT YOU. Perlu juga. Cuma tempoh waktu itu perbuatan lebih terasa mengeratkan. Jadi wahai lelaki, faham-fahamlah ya. Heee. ^^

Aku sendiri belum berkahwin dan aku bukanlah nak jadi pandai dan memandai-mandai dalam soal keharmonian rumahtangga, ilmu aku cuma sikit saja, itu pun dari pembacaan, selebihnya adalah buah fikiran aku saja. Jadi sekiranya ada yang mana tak berkenan di hati, dan terasa aku hanya memandai-mandai saja dalam soal perkahwinan, aku susun sepuluh jari mohon maaf. Entry ini cuma pandangan picisan aku saja. Heee. 

Selamat berbuka semua. Jaga diri. Assalamualaikum.


P/S : 幸福是靠勇气去争取的
:)

Kad Raya Pengganti Diri

6 comments

Sedar tak sedar, dah masuk hari ke-13 kita berpuasa, macam mana dengan pengisian hari anda selama 12 hari ini? Bagi aku, masih banyak lagi lubang sana sini, perlu lebih giat lagi untuk mengisi hari-hari dalam bulan Ramadan ini.

 Dan rasanya sudah ada juga kita-kita yang menjenguk pasaraya dan membeli kad raya. Masa ini adalah time-time posmen sibuk menghantar kad raya ke destinasinya. Hmm. Orang kata kad raya dah semakin pupus, orang sudah terbiasa dengan kemajuan teknologi. E-Kad, ucapan raya melalui SMS, Facebook, blog dan sebagainya. Orang merasakan kad terlalu leceh. Perlu pilih lagi, perlu tulis lagi, perlu sampul surat lagi, perlu setem lagi, perlu pos lagi dan lagi dan lagi. Jadi kita sekarang lebih selesa mengambil jalan mudah, dengan menggunakan sebaik mungkin kemajuan teknologi yang ada.


Aku suka kad raya. Aku suka baca. Baca dari tulisan. Tulis ayat sepatah demi sepatah. Aku suka ucapan yang ditulis. Aku juga suka ucapan yang sudah tersedia pada kad. Ianya bawa makna. Kad untuk mak ayah, kad untuk atuk nenek, kad untuk suami isteri, kad untuk adik beradik, kad untuk yang tersayang. Setiap dari itu sangat berbeza dan ada makna.

Sebab itu jika ke pasaraya untuk membeli kad raya, aku boleh luangkan masa sampai sejam lebih, semata-mata mahu cari kad yang ada ayat yang bermakna. Biar orang ingat kita bila baca. Biar orang ingat kita walau untuk raya pada tahun akan datang, ianya tetap dalam ingatan.


Ada kartun kesukaan!! Haha. Tahun ini, aku masih teragak-agak lagi, mahu hantar kad raya, tak mahu hantar kad raya. Setiap kali Syawal menjelma, aku tak hantar banyak mana pun kad raya. Cuma untuk sahabat handai yang dekat saja. Paling banyak pun 5 ke 6 keping. Dulu-dulu pasti mengharap balasan. Abang posmen lalu saja aku pasti jenguk, mana tahu ada kad raya untuk aku. Tapi sekarang, aku dah cukup gembira dengan menghantar kad raya. Itu maknanya, aku masih boleh ingat tentang seseorang itu. ^^

Walau macam mana jauh pun, ingatan itu satu benda yang takkan pernah luput selagi masih ada daya dan upaya. Betul tak? Selamat berpuasa semua. Selamat malam. Assalamualaikum.



HEART SPEAKS : Serasa aku, adalah dalam 2 tahun aku menghantar kad raya nun di sana pada seseorang. Tapi aku tak pernah tahu, samada kad itu selamat sampai atau tidak, samada kad itu dibaca atau tidak, samada kad itu bermakna atau tidak. Orang kata, sesuatu yang tak datangkan makna pada seseorang, takkan ada dalam ingatan dia. Ia datang pada dia, dan berlalu begitu saja. Hmm. Mungkinlah.  

Resepi Maggi Goreng Mudah Serta Cepat Untuk Orang Bujang Yang Malas Masak Dan Nak Jimat Duit

29 comments

Assalamualaikum.

Amboi amboi amboi. Ewah kemain panjang tajuk dia nak bubuh. Tak boleh panjang lagi ke Cik Farhana? =p

Aku kongsikan entry kali ini atas sebab few keywords yang landing ke blog ini dan mencari RESEPI ORANG BUJANG. Maka, sebagai seorang yang bujang lagi trang tang tang, selayaknya aku berkongsikan satu resepi khas untuk para bujang seperti aku dan kalian semua. Dah sedia? Ewah! =p

Untuk kali ini, aku kongsikan resepi mee goreng. Lain kali jika berkesempatan aku kongsikan resepi-resepi mudah yang lain seperti pencuci mulut dan sebagainya. Nantikan okay. Ewah lagi. Dah macam blog masakan. Kekeke. Orang macam kita tak hebat masak untuk buat blog masakan, jadi kita gunakan sajalah skill apa yang kita ada. Skill survival saja. Makan untuk hidup. =p


Mee goreng ini boleh aku katakan sebagai selera anak kecil. Masa aku kecil-kecil dulu, ketika di Sarawak, makcik jiran sebelah rumah selalu masak mee goreng dan diberikan sedikit kepada kami. Aku memang peminat mee goreng beliau sebab rasanya yang simple tapi sedap. Jadinya, aku rasa orang-orang bujang especially lelaki mungkin tak ada masalah nak terima rasanya yang simple sebab aku dengar-dengar cerita orang kata, bujang-bujang lelaki telan apa saja. =p

Bahannya yang sangat mudah dan boleh dijumpai di dapur rumah anda buatkan resepi ini ada extra point sebagai masakan yang mudah serta cepat. Anda boleh gunakan mee CINTAN tanpa goreng yang ada dijual di pasaraya, seperti gambar di bawah. Ataupun jika anda dah jemu jelak dengan maggi yang anda makan, anda boleh keluarkan mee saja dan buangkan perencahnya.



BAHAN-BAHAN (3 Bungkus Maggi)

1) Mee Cintan Tanpa Goreng @ Mee Maggi
2) Bawang Merah Kecil dan Bawang Putih
3) Sos
4) Kicap
5) Lada Hitam Serbuk @ Lada Hitam Biji
6) Udang atau Ayam
7) Garam dan gula secukup rasa
8) Taugeh jika suka

CARA MEMASAK

1) Masak air di dalam periuk. Setelah mendidih, celurkan mee anda. Jangan terlalu lama, takut nanti terlembik sangat dan hancur bila digoreng.

2) Hiris bawang merah kecil dan bawang putih. Sukatan? Kalau aku gunakan sebungkus mee maggi, aku pakai 2 - 3 biji bawang merah kecil dan 2 ulas bawang putih. Panaskan kuali. Bila dah panas, masukkan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan putih yang kita hiris tadi sehingga kekuningan dan naik bau.

TIPS : Bawang merah kecil bagi aku lebih sedap dan manis jika dibandingkan dengan bawang merah besar. Dan selalunya, aku suka pakai banyak bawang sebab ianya menambahkan manis pada mee yang kita goreng. LAGI BANYAK BAWANG MERAH KECIL LAGI BEST!

3) Masukkan sos cili. Aku main curah saja. Agak-agak. Ikut rasa. Tapi lebih kurang dalam 5 - 6 sudu besar. Masukkan kicap cair. Ini pun agak-agak. Jangan terlalu banyak sebab nanti hitam dan masin. Ikut selera anda.

4) Gaulkan sos dan kicap tadi biar sebati. Masukkan udang atau ayam anda. Aku suka masukkan udang atau ayam dalam mee goreng sebab ianya memaniskan masakan dan tak nampak terlalu bosan. Jika anda rasa terlalu pekat, anda boleh campurkan air sedikit. Sedikit saja okay. Jangan terlalu banyak. Yang penting kelikatan kuah dia masih kekal. Jangan terlalu likat jangan terlalu cair. AGAK-AGAK. ^^

5) Taburkan sedikit lada hitam serbuk. Aku malas nak guna biji sebab malas nak tumbuk. Tapi kalau guna yang biji bagi aku lagi sedap rasanya. Orang kata, rasa dia bangkit. Anggaran dalam setengah sudu kecil.

6) Perisakan dengan garam dan gula ikut selera anda. Akhir sekali masukkan mee yang telah dicelur. Gaul sehingga bahan tumisan tadi kena pada mee anda dengan serata. Taburkan sedikit serbuk lada hitam pada mee untuk memberi kepedasan pada masakan. Sukatan terpulang dan ikut selera anda.

7) Masukkan taugeh sebelum mee diangkat. Kaup balikkan kesemua bahan. Bila dah agak semuanya mesra (tak perlu terlalu lama atas api), tutup api dan bolehlah dihidang.

* * *

MAGGI GORENG VERSI KEDUA

BAHAN-BAHAN (3 Bungkus Maggi)

1) Mee Cintan Tanpa Goreng @ Mee Maggi
2) Bawang besar blend 2 sudu besar
3) Bawang putih blend 1 sudu besar
4) 2 sudu besar cili boh
5) 2 sudu besar sos cili + 1 sudu besar sos tomato
6) 2 sudu besar kicap
7) Udang atau Ayam
8) Garam dan gula secukup rasa
9) Sayur sawi atau taugeh ikut tekak anda

CARA-CARA

1) Tumis bawang besar + putih hingga garing dan naik bau. Masukkan cili boh dan tumis lagi sampai cili garing.

2) Masukkan ayam / udang.

3) Masukkan segala sos dan kicap. Gula dan garam. Ikut anda nak letak air sedikit atau tak. Bergantunglah pada tahap kepekatan bahan yang anda tumis. Kadang aku pakai air, kadang tak.

4) Selepas itu masukkan mee yang telah dicelur tadi bersama sayur. Gaul sampai sebati kesemua bahan. Biarkan beberapa minit dengan api sederhana. Selepas itu api dah boleh tutup. Dan serve.



Mudah serta cepat bukan. Rasanya pun enak. Daripada anda makan maggi goreng yang berperisa artificial, lebih baik anda masak sendiri. Lagi thorbaek!! Jadi inilah dia resepi pertama dari blog Cahaya Yang Riang Gembira untuk para bujang yang malas dan nak jimat belanja tapi nak makanan yang mudah, cepat dan enak. Kekeke.

Untuk menjamu mata melihat makanan yang lebih "high-tech" sedikit, bolehlah ke link di bawah. Ecewah.



Okay. Selamat bersahur untuk semua sebentar lagi. Selamat malam. Assalamualaikum.



Kau Kau Kau!

6 comments
Assalamualaikum.

Credit picture to Ayat-AyatCinta.Net

Pernah tak rasa begini.
Tercekik, nafas tersekat, tersangkut.
Macam ada yang nak keluar tapi tak boleh keluar.
Macam ada yang tersepit dan tak boleh terlepas.
Macam ada yang tarik kau ke sana tapi kau tetap nak tarik ke sini.
Macam itulah.

Itu rasa yang dialami dalam fasa ini.
Entah fasa apa pun tak tahu.
Daripada kau kau kau, rasa nak panggil jadi awak awak awak.
Daripada kau kau kau, rasa nak tukar sebut kamu kamu kamu.

Tapi "awak" dan "kamu", selalu tersepit.
Tak pernah berjaya terlepas bebas.

Kau kau kau memang buat kau rasa kamceng.
Tapi awak awak awak buat kau rasa manis.
Dan kamu kamu kamu buat kau rasa nak sengih sentiasa.
 Lalu tampar diri sendiri sebab terusan tersengih.
Tapi "awak" dan "kamu" tak pernah lagi menang dengan "kau".

Adakah takkan pernah menang?
Atau belum masanya lagi nak menang?
*sengih sendiri*

Assalamualaikum.


HEART SPEAKS
Did that person change?
That person has changed.
From someone who is semi-cold.
To a person where you feel warm at heart when talking to.
(I mean maximum level of warmth)
Haha.
*Happy*

#2 Selepas Berbuka (Ayam Penyet Riang Gembira) : Resepi Dua Dalam Satu

Leave a Comment







Assalamualaikum.

Alahai. Terlambat nak tulis entry. Gara-gara melayankan Beto Kusyairy dalam slot Cerekarama tadi. Arman. Drama arahan Murali Abdullah. Apa yang buat aku melekat sampai 2 jam bukan saja watak utama cerita ini, tapi juga watak jahat di dalamnya, Soffi Jikan. Walaweh! Memang kasi sengat punya. Haha. Comel sangat lakonan Soffi Jikan, comel tapi jahat.

Jadinya, tadi kita dah update edisi sebelum berbuka. Makanya, inilah dia. Tadaa! Ayam penyet. Masakan yang mudah tapi agak leceh sebab banyak proses. Dan ada tiga jenis resepi yang berlainan, sampai naik pening nak pilih yang mana satu. Tak mengapa. Hari ini kita dah cuba resepi yang ini, lain kali kita cuba pula resepi lain yang ada.

AYAM PENYET RIANG GEMBIRA BERSAMA SAMBAL MELETOP


Oleh kerana ayam penyet dan sambal adalah dalam kategori lauk kering, jadinya untuk side dish yang lain, kita sediakan juga sup ayam. Sayang pula stok yang kita guna lepas rebus ayam, jadi kita ambil dan buat sup.

Dan kalau sup ayam, aku memang suka makan begini. Daun sup bertimbun, bawang goreng berenang-renang dan tak lupa sambal kicap pedas. Tahap pedasnya sampai bila mana kita hirup boleh sampai tersedak-sedak. Fuh!! Mantop!! Tambah lagi dengan air cincau ros yang sejuk dan menyegarkan. Memang hilang ingatan sekejap tentang kalori. Haish!! 


Resepi ayam penyet dalam internet terlalu banyak. Kalau berminat, anda boleh google dan cari. Ada resepi ayam penyet Wong Solo, ada resepi ayam penyet asli, dan juga resepi ayam penyet Sheila Rusly. Haaa!! Mana tak pening nak buat pilihan. Jadinya aku derhaka sana sikit sini sikit, aku gabungkan resepi yang ada.

Aku gunakan satu resepi dari MyResepi yang agak ramai juga gunakan. Jadi sebab ramai yang kata best, aku pun cubalah. Personally, aku agak kurang dengan ayamnya. Sebabnya ianya dah ke arah ayam goreng berempah. Tapi mungkin selera orang kan, lain-lain. Ada yang suka berempah macam resepi ini. Jadi untuk aku, lain kali mungkin aku akan cuba resepi lain yang tidak banyak menggunakan rempah seperti ketumbar, jintan putih, dan jintan manis.


Aku boleh katakan, rasa ayam penyet itu ada di situ. Dan aku rasa ianya juga boleh dinamakan sebagai ayam berempah masak berlada. Keh keh keh. Resepi dua dalam satu. Tak mengapalah. Lain masa lain waktu boleh cuba resepi yang lain pula. 

Untuk sambalnya pula, tak susah mana. Key ingredient dalam sambal dia adalah gula merah. Mak beritahu, gula merah adalah untuk memberi warna pada sambal tersebut. Sebab nak diikutkan, gula merah tak menyumbang sangat dalam memberi kemanisan pada masakan. Ada sumbangan tapi tak banyak. Sumbangan dia adalah dari segi warna. Haha. 


Oh ya! Ayam penyet aku tiada tauhu, tiada tempe, tiada kubis. Maklumlah orang yang makan sayur pesen telan-telan tak kunyah memang jarang sangat makan sayur. Hehe. Jadinya, seperti di restoran, ayam penyet dimakan bersama sambalnya yang pedas kaw kaw bersama nasi. Oh ya lagi satu. Sebelum dimakan, ayam tersebut perlu dipenyet dengan lesung. Dengan lembut ya. Itulah sebab ianya dinamakan ayam penyet.

Kata orang, yang membezakan ayam penyet adalah sambalnya. Itu kunci utama. Kata orang. Tapi bagi aku, ayam dan sambal sama penting. Lari sikit elemen salah satunya, maka nak dipanggil ayam penyet pun segan. Betul tak?

Okaylah. Perut dah kenyang, mata dah mengantuk. Masa untuk tarik bantal dan tidur. Selamat malam semua dan selamat meneruskan ibadah puasa. Sleep tight. Mimpi manis. Assalamualaikum.



#2 Sebelum Berbuka : Jadi Ke Tak Jadi, Dia Tetap Akan Jadi

Leave a Comment

Assalamualaikum.

Lagi setengah jam nak berbuka. Ah! Kalut sungguh hari ini, gatal sangat nak cuba resepi yang tahap kompleksnya pada petala ketujuh, mana tak kalut. Gambar yang diambil pukul 4 petang tadi pun, baru sekarang sempat aku kongsikan.

Ini edisi yang sebelum berbuka. Macam biasalah, selepas berbuka baru kita tayang wajahnya. Masakan yang aku cuba belajar kali ini tak adalah susah mana pun, cuma agak leceh dan ada banyak variasi resepi. Jadi nak tak nak, kenalah pilih berdasarkan bahan-bahan yang digunakan. Resepi ini aku sedut sana sikit sini sikit, maka jadilah seperti yang di atas.

Bak kata mak aku, jadi ke tak jadi, makanan itu tetap akan jadi. Kah kah kah. Mendalam sungguh maknanya. Improvisation. Fleksibel. Itu yang penting bila di dapur. Mak aku yang ajar. Hehe.

Okay, sampai jumpa lagi dalam entry selepas berbuka. Jaga diri semua dan selamat berbuka. Assalamualaikum.
:)



Just Another Random Post

1 comment


Assalamualaikum.

Hmm. Hari ini hari yang agak malas. Jadi bila orang tengah malas, kita bikin makanan yang malas-malas sajalah. Haha. Sambil jamah-jamah kek batik yang dibuat lepas berbuka tadi, sambil layan filem Korea yang bertajuk Miracle In Cell No. 7. Entah untuk yang keberapa kali pun aku tak pasti.

Tapi yang pasti, tiap kali aku menontonnya, aku perlukan sekotak tisu, untuk air mata dan untuk hingus yang meleleh. Aiseyyy!! Sedih ooo!! A story about an intellectually handicapped father and his daughter. Even though the storyline is quite common but it's really worth watching. Sampai sekarang pun terasa kesedihannya. T_T

Mata pun dah layu, esok nak bangun sahur lagi. Selamat malam semua. Assalamualaikum.





#1 Selepas Berbuka (Kerang Bakar) : Bakar Jangan Tak Bakar

2 comments

Assalamualaikum.

Amboi. Mengular kekenyangan semua ya lepas berbuka dan berterawikh. Mata aku pun dah mula kelayuan selepas menjamu selera. Sebelum berbuka tadi aku kongsikan entry tentang masakan untuk hari pertama puasa. Berdebar juga aku, takut kalau-kalau tak menjadi dan tak sedap. Maklumlah bulan-bulan puasa mana boleh nak merasa. Tapi orang kata, agak-agak. ^^ 


Alah! Orang kalau tengok aluminium foil pun dah boleh agak masakan apa ya tak. Tak adalah misteri sangat. Heh! Dah tentunya sesuatu yang bakar jangan tak bakar. Ikan bakar ke, kerang bakar ke, pari bakar ke dan macam-macam lagilah yang boleh bakar dan dibakar.

Dan kalau dah masak makanan yang berunsurkan bakar, dah tentulah kena ada kuah untuk dicecah. Iya tak? Mula-mula aku agak keliru juga, samada mahu buat air asam atau sambal kicap pedas, tapi selepas bertanya pada mak, dan memandangkan ahli rumah aku tak berapa minat air asam, jadinya aku buatlah sambal kicap pedas untuk dicecah.

Aku dengan kejamnya memaksa adik aku untuk buat thumbs up. Padahal masa ini masih ada setengah jam lagi mahu berbuka. Belum rasa dah thumbs up. Eh! Apa kes? Haha. Tapi tak sia-sia thumbs up adik bongsu aku. Sambal kicap pedas ini memang menjadi. Macam restoran habaq hang. Kekeke.


Jangan tengok rupanya yang sememeh, kena rasa dulu baru boleh nilai. Bahan dia tak banyak mana, bawang merah, bawang putih dan belacan bakar ditumbuk. Cili merah, hijau dan cili padi dipotong kecil-kecil. Masuk kicap, gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali kita perah limau kasturi dalam 4 biji ke dalam bahan yang kita dah campurkan kesemuanya tadi. Dan tadaa!! Siap!!

Oh ya! Apa yang kita bakar tadi ya. Inilah dia. Kerang bakar Cahaya Riang Gembira. Haha. Percubaan pertama, alhamdulillah berjaya. Satu rumah makan dengan berseleranya. Dan lagi sekali, jangan tengok rupa sememeh, rasanya jjanggg!! Haha.


Tak susah mana juga resepinya. Kita blend bawang besar, bawang merah, bawang putih, belacan, halia atau lengkuas, cili padi dan cili boh. Bahan yang dah diblend tadi kita tumis dan sebelum diangkat, taburkan serai. Aku guna dalam 2 batang serai, dan dihiris-hiris. Kerang tadi kita masukkan dalam aluminium foil dan kita lumur sambal yang kita tumis hingga garing tadi. Taburkan daun limau purut dan bawang besar yang dimayang lalu ditutup kemas dan dibakar. Bakar kerang selalu tak perlu lama-lama. Aku bakar guna dapur elektrik dalam 20 minit. Sebelum berbuka, aku panaskan sekali lagi di atas dapur dalam 5 minit.

Senang nak tahu dah masak atau belum, kita tengok samada mulut dia terbuka atau tak. Jika dah, maknanya sudah masak dan boleh dimakan. Cecah pula dengan sambal kicap, fuh, memang meletup. Okay, untuk para bujang di luar sana, bolehlah cuba resepi ini. Gerenti tak menyesal.

Okay. Sampai sini saja. Ada kelapangan, kita teruskan dengan resepi lain pula. Selamat meneruskan ibadah puasa. Jaga diri. Assalamualaikum.
:) 









#1 Sebelum Berbuka : Misteri Di Sebalik Aluminium Foil

Leave a Comment

Assalamualaikum.

Hari pertama kita berpuasa. Jam sekarang sudah pun menunjukkan jam 5.42 petang. Ramadan kali ini, aku ada banyak target yang ingin dicapai. Mahu khatam Al Quran dan mahu belajar paling tidak 10 jenis masakan (persediaan masa hadapan). Hihi.

Dan hari pertama puasa ini, pertama kali aku belajar masakan ini. Tak susah mana dan bahannya pun sangat simple. Tekak terasa nak makan benda-benda bakar. Bau pun dah ala-ala macam restauran (ini kes dah tak ada orang nak puji). Jadi, daripada membazir duit ke restoran, baiklah kita masak sendiri di rumah. Betul tak?

Jadi, apa misteri di sebalik aluminium foil di atas? Nantikannya selepas berbuka. Haha. Okay semua. Nak sambung kerja apa yang patut. Selamat berbuka ya. Jaga diri. Assalamualaikum. 

Tired

1 comment
Credit picture to this site

Assalamualaikum.

Esok dah puasa ya kita. Cepat benar masa berlalu. Tak terasa ianya meninggalkan kita begitu saja. Hari ini hari cuti tapi penatnya hari ini, tak boleh nak kata apa. Selepas menjalani prosedur MRI dan NCS, hari ini adalah harinya aku berjumpa dengan doktor. Dek kerana semua sakit yang aku ada sekarang daripada masalah kaki, masalah tulang belakang dan masalah saraf tangan adalah bukan di bawah bidang kuasa Neurology, maka aku sekarang hanya berada di bawah follow up Jabatan Ortopedik saja.

Dan aku terpaksa menunggu lagi 2 minggu pula untuk berjumpa dengan pakar ortopedik. Sakit dah tak terkawal dek ubat yang ada, menguji sungguh kekuatan. Apa yang boleh buat, rendam kaki dalam air sejuk.

Dan yang paling aku tak sangka, menerusi follow up pagi tadi aku disahkan juga mengalami CARPAL TUNNEL SYNDROME. Patutlah tangan aku terasa lemah dan kebas selalu. Haaaa!! Ini akibat komputer yang terlalu lama!! Zaman study dulu lagi hebat, waktu cuti atau waktu terluang, memang 24/7 aku dihadapan laptop. Menaip, menaip dan menaip. Semuanya kerana minat yang amat sangat. Dan sekarang, tak pasal-pasal dapat Carpal Tunnel Syndrome. Bukan sebelah tapi kedua-dua belah tangan. Adehhh!!

Dari 9 pagi sampai ke 5 petang aku berada di klinik. Huh! Memang mengajar erti sabar betul bila jadi seorang pesakit. Harapnya diri sendiri kuat, kuat untuk sembuh macam dulu kala.

Untuk semua, selamat menjalani ibadah puasa ya esok hari. Jaga diri. Melaka cuti. Hoyeah!! Assalamualaikum.

Cinta Bersaiz XXL

8 comments
Assalamualaikum.

Salam petang Ahad. Hari bermalas-malasan sebelum datangnya Isnin. Macam biasa, masa yang terluang aku guna untuk membaca. Selaluya jika novel, aku lebih tertarik untuk membaca sesuatu yang sangat dekat dengan aku, yang boleh aku correlate dengan perasaan sendiri. Samalah juga dengan novel karya Aliesha Kirana ini yang diberi tajuk CINTA BERSAIZ XXL. Memang bila baca novel ini, aku gelak, aku nangis, aku terasa sebab aku pun merasakan apa watak utama novel ini rasa. Nur Adeeba Addin, seorang gadis bersaiz XXL yang hidupnya berubah apabila Hadif Harith yang tidak dikenalinya sudi memperisterikannya biarpun dia menganggap dirinya gemuk dan tidak menarik.

Bermulalah kisah cinta selepas nikah Nur Adeeba Addin yang mempunyai sifat sangat merendah diri, kurang keyakinan dan kepercayaan pada diri. 


Ianya sesuatu yang semulajadi, bila kau rasa diri kau gemuk, tak cantik, akan ada satu perasaan yang menjejaskan keyakinan, yang mana orang yang tak merasakannya tak akan pernah faham sebaliknya mereka hairan kenapa perlu sampai terlalu merendah diri dan memperkecilkan diri sendiri. Well, it can be helps that sometime we will have this kind of feelings. It's hard to get rid of it. Pasti akan ada sekelumit rasa itu. Sebab itu, selalunya kami bersifat pasrah. Sama macam Adeeba Addin. Dia reda jika tiada jodoh dia di dunia ini.

Seriously, I didn't believe "pandang hati tak pandang rupa". Paling tidak pun orang nak selesa dan elok dipandang. Dan aku tak pernah dengar orang yang excess baggage macam aku orang kata selesa dipandang. Sorry, it's not that I'm not confident, it's just some logical thinking. But, I do believe there is someone made for each and everyone of us.  


Dan novel ini memaparkan juga realiti sebenar mulut-mulut manusia pada orang yang bersaiz XXL. Mungkin orang akan fikir, nowadays masih ada ke orang nak mengejek nak mengutuk orang berbadan besar? ADA!! Believe it or not, memang ada manusia begini. Even kawan Adeeba sendiri pun ada pemikiran begitu.

"Susah tau nak jumpa lelaki yang boleh terima perempuan gem... Opsss!!" 


Tapi Adeeba memang dikira bertuah. Dalam mata Hadif Harith dia nampak seorang isteri yang sangat sempurna. Tapi orang selalu kata, lelaki macam dalam novel tak wujud. Haha. Ish! Kamu-kamu ini semua, suka menghancurkan impian dan angan-angan orang tentang Prince Charming eh. Hehe. :P


Kadang-kadang apa orang kata ada betul, cuma ada sesetengah orang yang mulut tak ada penapis, aim terus macam anak panah, kena tepat dekat hati, lalu luka berdarah. Haha. Memang kalau gemuk, akan berisiko tinggi dapat penyakit itu ini, sukar mengandung. Tapi ayat yang mahu disampaikan itu biarlah berbentuk sokongan dan bukan hentaman.

Macam Mak Ngah si Hadif, yang terus melabelkan Adeeba sebagai seorang perempuan mandul. Dan dikatanya, tunggulah sampai berjanggut, belum tentu mengandung sebabnya orang gemuk kalau mengandung susah nak lekat. Haaa. Kejam ke tak ayat Mak Ngah ni. Aish!


Bukan saja Mak Ngah, malah Mak Mah jiran Adeeba dan Hadif juga nampaknya ada masalah untuk berfikir dulu sebelum menuturkan ayat.

Apa Mak Mah? Mak Mah kata Mak Mahu tahu orang gemuk memang pemalas. Adeh! Pemalas bukan orang gemuk saja, semua orang boleh jadi pemalas. Janganlah sebab kami berbadan besar, Mak Mah fikir kami sangat malas nak bergerak dan terus melabelkan kami sebagai pemalas. Sedih saya okay Mak Mah. Babab Mak Mah kang. :P


Tapi, bak kata Hadif, kalau dah manusia, tak kira dia gemuk ke dia kurus ke, setiap dari kita ada kekurangan. Dan sebagai pasangan, Hadif merasakan kekurangan itu akan saling dilengkapi. Adeeba melengkapi Hadif dan Hadif melengkap Adeeba. ^^


Dan walau macam mana pun, walau langit runtuh sekalipun, kata-kata Hadif yang di bawah ini memang tepat setepatnya. Dan untuk belajar ke arah menerima sesuatu itu, kena belajar menerima diri sendiri, sayang diri sendiri. Hakikatnya, kita semua tetap sama di mata ALLAH.


Target aku untuk kurus dalam masa setahun. Kini sudah 3 bulan berlalu. Memang mendera semangat dan jiwa, ada turun ada naik, tapi aku harap aku terus kuat dan berjaya capai apa yang aku idamkan, iaitu sihat luar dan dalam.

Hmmm. Habis satu novel. Bulan lepas, 2 novel aku habiskan. Memang luar dari kebiasaan. Cinta Bersaiz XXL dan Projek Memikat Suami. Both are fun to read. Dan aku sekarang, dalam proses perangkaan untuk tulis novel sendiri. Dan aku bercadang untuk mulakan sesuatu yang dekat dengan diri aku, tentang aku, kisah kehidupan seorang doktor pelatih yang cintakan seni lebih dari sains. ^^

Till here people. Have a great day. Take care. Assalamualaikum.

Jam Dunia

10 comments

Assalamualaikum.

Jam dunia. Sebenarnya, saya isteri dia. Eh! Tetiba masuk drama TV tajuk novel. Haha. Sebenarnya applikasi ini dinamakan World Clock. Seronok walau hanya tengok peta dunia. Rasa macam satu langkah ke destinasi impian.

Korea, Switzerland, Perancis, Maldives.

Malam ini moga mimpi indah. Mimpi jelajah destinasi impian selama sebulan dan seorang diri. Tentu mencabar. The unknown other half? Pulau Perhentian, impian itu dari dulu, kini dan selamanya. Reserve khas buat the unknown other half. Haha.

Selamat malam. Assalamualaikum.
:)

Agak-Agak

9 comments
Assalamualaikum.

Semenjak dua menjak, entry kita banyak pasal sakit, penyakit. Entry makanan, masakan, nyum nyum macam lama dah tak ada. Jadi kali ini, jom rendang bersama Chef Gordon Ramsay. Aku tertonton video di atas selepas seorang rakan berkongsikannya di mukabuku.

Imej Gordon Ramsay dalam kepala otak aku padam begitu saja selepas menonton video ini. Seriously funny. And, ada dirty jokes di dalam ini. Kurang manis sedikit. Ish!!

Video ini memaparkan macam mana Gordon Ramsay belajar masak rendang dari Aunty Aini. Gigih Gordon nak tahu berapa sudu itu, berapa senduk ini. berapa lama nak tumis, berapa banyak nak bubuh dan berapa berapa berapa. Kononnya dia mahu resepi lengkap supaya dia boleh ingat. But tell you what, Aunty Aini ajar Gordon, tak ada sukatan, berapa lama itu dan ini, cuma AGAK-AGAK.



Sebenarnya AGAK-AGAK adalah prinsip terbaik yang boleh kita pegang bila sentuh bab-bab masakan. Bagi aku, dengan prinsip agak-agak, lagi banyak kita belajar. Aku tak berapa tahu macam mana mahu susunkannya dalam ayat tentang prinsip agak-agak ini, tapi begitulah ceritanya. Agak-agak itu dah jadi macam salah satu essence kalau memasak. Aku petik antara komen yang best dan seronok dibaca.

*****

"The best cooks are agak-agak cooks. 
Why? Because they cook with love and love cannot be measured." 

"It's not necessarily a bad thing if you're learning from your parents or a close family member, which means you have an entire lifetime of learning how to identify nuances in flavor and then recreating them, and how the texture of the food should change in order to get the results you want (the most obvious one being oil rising to the top from the rempah). It's not at all random, there's a method to their madness. They just don't deal with digits and numbers."

*****

Cuma satu saja aku kurang berkenan kalau dalam duduk gurau dan berseronok berbual tentang masakan, ada yang perlu merosakkan mood dengan mempertikaikan RENDANG itu berasal dari INDONESIA dan bukan MALAY. Oh!! Aku cukup tak suka. Perlu ke pasal makanan pun nak bergaduh. Tak boleh ke kita duduk sama-sama, menikmati saja makanan itu, nikmat rezeki yang Allah bagi, yang mana Allah turunkan rezeki pada semua, tak kiralah MALAYSIA ke INDONESIA. Muak sebenarnya dengan gaduh-gaduh.

Okaylah. Jangan gaduh-gaduh ya. Bermuafakat dan berbaiklah kita. Oh ya! Dan jangan lupa, senyum sentiasa. Jaga diri. Assalamualaikum.

No Worry

10 comments
Assalamualaikum.

Salam malam Khamis untuk semua. Sekejap saja waktu berlalu, 3 Julai dah nak berlabuh dalam beberapa jam saja lagi. 2 Julai, aku ke Jabatan Pengimejan Diagnostik untuk mengambil report untuk MRI yang aku lakukan hari sebelumnya. 


Syukur pada-NYA. It's not something terribly serious. I'm lucky that my discs are not compressing the spinal canal. Not yet. (Minta dijauhkan)

They are just pressing and pinching on the nerve root at 2 levels. Boleh dikatakan fasa awal sebelum berlakunya slipped disc. That's why apart from the fascia pain, I had this other kinds of pain. Burning and shooting, cramping and aching, numbness and tingling. We'll see what my neurologist are going to offer to me next week. I guess it'll be the same pain killing meds that is never working for me, and physio for back strengthening I guess. Say no to surgery, please!

So to the people it may concerns, is this paper enough? Still thinking that I'm acting sick, and lazy to work? It's hurting inside, what people tend to say without giving a damn about your feelings.  What they only know are just keep demotivating you. But well, no one really cares. Only Him, who always listen to my pray, who always accompany me when I'm in tears, in pain and in broken-hearted.

Heh. I guess I can't grow old with my other half, cause my body is already aging to the stage where I can call myself old people. Haha. Maybe alone, that's what suits me. Okay, cut the crap. Write no more. Till here then. Take care people. Assalamualaikum.

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

6 comments
Assalamualaikum.

Okay, first of all, pictures attached in this post are taken from Google, credit to the respected site.

Atas sebab tidak mahu blog ini terus tercungap-cungap, ibarat nyawa-nyawa ikan sebab jarang ada post baru, jadi aku ambil keputusan untuk kongsikan pengalaman menjalani MRI di Hospital Melaka pada hari ini, 1 Julai 2013.

Temujanji aku adalah pada pukul 2 petang tapi dah menjadi kebiasaan untuk aku datang lebih awal 10 minit untuk apa juga temujanji. Prinsip yang terbaik kita pegang, biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita. Berdebar tak usah dikatalah, sepanjang jalan menuju ke MRI suite memang hati berdebar memanjang.

Setelah selesai pendaftaran, aku diberikan baju hospital untuk ditukar. Segala macam peralatan besi yang ada pada badan perlulah ditanggal kerana seperti yang aku tulis di atas, ianya adalah gua MAGNET. Sebelum menjalani MRI juga ada checklist yang perlu ditanya kepada pesakit contohnya seperti pernah menjalani pembedahan memasukkan sebarang jenis besi dalam tubuh, allergy dan lain-lain lagi. 

Sebab utama ditanya tentang allergy adalah prosedur MRI ini ada waktunya memerlukan penggunaan sejenis bahan yang kita namakan "CONTRAST" yang disalurkan melalui saluran darah untuk tujuan melihat sesuatu struktur dalam tubuh badan kita dengan lebih jelas. Ada kumpulan pesakit yang alah pada bahan contrast ini maka mereka selalunya akan diberikan ubatan seperti steroid sebelum memulakan prosedur ini. Perkara sama juga berlaku seperti proses CT scan. 


Setelah menukar persalinan dan mencabut segala apa yang perlu seperti jam tangan, tudung dibenarkan untuk dipakai ya, lalu aku pun menuju ke bilik MRI. Aku disuruh berbaring dan dibawah kaki aku diletakkan bantal tinggi. Aku pandang gua magnet tersebut, lubangnya yang agak kecil buat aku tertanya bolehkah tubuh besar ini muat ke dalamnya. 

Sebelum bermula, aku dijelaskan serba sedikit tentang proses yang akan aku lalui oleh radiographer. Selepas itu aku diberi sebuah alat untuk ditekan jika aku mengalami masalah ketika berada di dalam mesin tersebut. Headphone juga dibekalkan kerana ketika proses ini dijalankan ada bermacam-macam bunyi pelik yang akan anda dengar.


Sister yang bertugas menyarankan agar aku menutup mata sebelum masuk ke dalam mesin tersebut supaya tidak rasa takut dan terkejut. Saat ditolak masuk ke dalam, dada aku sudah berombak kuat, rasa seperti mahu menangis pun ada, rasa seperti mahu keluar dari tempat itu pun ada, seluruh tubuh sudah berpeluh walau nyatanya di dalam suite tersebut sejuk sesejuknya.

Mata aku masih tertutup rapat. Adalah dalam 10 minit aku tutup rapat mata ini sampaikan aku rasa kelopak mata aku menggigil. Entah sebab ketakutan atau sebab dipejam terlalu kuat. Nafas aku makin kuat kedengaran, denyut nadi pun aku kira pasti naik tinggi, sungguh aku rasa takut untuk buka mata. Tambahan pula dengan macam-macam bunyi yang ada di dalam mesin tersebut, bunyi seperti siren yang sangat membingitkan telinga.

Aku baca bismillah, apa juga surah yang aku ingat, doa untuk tenangkan hati dan fikiran, lalu perlahan-lahan aku buka mata. Wow!! Rasa seperti di dalam keranda. Walaupun aku tak pernah merasa berbaring di dalam keranda. Tapi aku yakin begitulah rasanya. Jarak muka dengan dinding gua agak dekat. Aku mula rasa tak selesa selepas buka mata. Nafas berombak kembali jadi aku ambil keputusan untuk tutup semula mata sehinggalah tamat prosedur tersebut.


Semasa di dalam mesin itu, disebabkan keadaan aku yang tak selesa, aku banyak bergerak dan ini sebenarnya tidak dibenarkan. Masa aku keluar dari mesin itu, radiographer itu bertanya kenapa aku asyik saja gosok hidung. Sebab menurut radiographer tersebut, mesin MRI ini sangat sensitif, jadi sedikit pergerakan pun akan mengganggu. Aku teringat arahan beliau, "Tolong jangan bergerak ya. Sekejap saja. 5 minit saja lagi." Aku tersengih di dalam mesin itu. Maaflah encik radiographer, saya sesak nafas sebab itu tangan saya tak reti duduk diam mencari hidung saya.

Selesai segalanya, lega memang tak terkatalah. Perasaan panik itu cuma dalam 15 minit pertama saja, dan sekiranya mata dibiar terpejam rapat, aku kira tak ada masalah sangat. You can go through it smoothly. Cuma aku tak tahulah macam mana jika proses itu makan masa sampai berjam-jam. Mahu keras kejung dalam mesin tersebut. Keras kejung sebab ketakutan. Heh.

Apa nak dikata, satu pengalaman "indah". Aku rasa mungkin keputusannya adalah normal sebab ujian nerve conduction study aku telah menunjukkan sesuatu yang mana jika MRI dibuat pun, keputusannya mungkin normal. Apa pun, tak sabar nak ambil report keesokan harinya. Semoga semuanya okay dan hati aku akan kembali tenang. Semenjak follow up di bawah Neurology, hati aku sikit pun tak tenang. Risau dan bimbang, dan macam-macam lagi perasaan. InsyaALLAH, doa supaya segalanya baik-baik saja.

Have a great weekdays people. Take care. Assalamualaikum.

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.