Jangan Marah, Nanti Kena Jual

1 comment
Assalamualaikum.

Sebenarnya screenshot ini dah lama aku ambil. Bila belek handphone, baru terperasankan. Statistik ini disiarkan di akhbar tempatan beberapa bulan yang lalu tak silap aku.

Aku tertanya juga bagaimana statistik ini diperolehi. Negerinyakah? Jalan rayanyakah? Atau orangnyakah? Hehe. 

Aku pernah sampai Terengganu tapi masa kecil-kecil dulu. Jadi aku tak pasti bagaimana sekarang keadaan jalan rayanya. Tapi Melaka dan Kuala Lumpur, kedua-duanya aku dah pernah merasa memandu di atas jalan rayanya. Begitu juga Perak, Penang, Perlis dan Kedah. Semua aku dah merasa. 

Tertanya juga sebenarnya, apa faktor yang menyebabkan pemandu jadi panas baran. Kerana kemajuan sekelilingkah? Kerana kesibukan manusiakah? Kerana apakah?  


Tapi macam aku pernah bebel dulu, ingatlah nyawa kita sama harga dengan orang lain. Toleransi, berhemah, memahami dan SABAR. Dan senyumlah sikit bila meminta laluan. Tak kena bayar pun kalau senyum. Lambai-lambai tangan macam ratu cantik pun boleh. Heee.

Salam Jumaat semua. Have a great weekend. Jaga diri. Assalamualaikum.


Resepi Mudah Serta Cepat Bahagian Dua : Bihun Goreng Riang Gembira

2 comments
Assalamualaikum.

Tak sangka, lepas suka-suka tulis entry pasal resepi mudah serta cepat untuk orang bujang tak lama dulu, banyaklah pula keywords tentang RESEPI MUDAH, RESEPI ORANG BUJANG yang landing ke entry tersebut. Ya ya! Betullah, ini orang bujang yang tulis resepi untuk orang bujang. Sebab hanya orang bujang yang memahami orang bujang. Kekeke. =p

Kali ini gambar mungkin nampak agak tak mengancam, maklumlah ketika gambar ini diambil, bihun ini digoreng pada waktu Subuh dan aku makan pada waktu petang. Jadi rupa tak berapa nak sama macam mula-mula dia diangkat dari kuali. Haha. Tapi rasanya tetap menyelerakan dan meletop! =p

Orang panggil bihun ini bihun Singapore. Warnanya putih ya anak-anak. Jadi gelap sedikit selepas dicampur sedikit sambal kicap. Pertama kali aku nak mohon maaf sebab macam yang pernah aku sebut sebelum-sebelum ini, aku failed bab sukatan dan kira-kira, kebanyakan masakan aku cuma pakai agak-agak. Practice makes perfect!! :)

Aku pernah masak resepi ini untuk dua buah kenduri doa selamat masa zaman belajar dulu. Itu memang satu praktis yang bagi aku memang terbaik. Pengalaman yang tidak boleh dilupakan bila apa yang kita masak semua licin dan habis dimakan. ^^


BAHAN-BAHAN (3 - 4 ORANG MAKAN)

1) Bihun sebungkus (Rendam dan tos, jangan rendam lama sangat nanti lembik.)
2) Bawang merah besar 2 - 3 biji dihiris (Aku suka banyak sebab bawang rasa dia manis dan sedap)
3) Bawang putih 5 ulas dihiris
4) Isi ayam atau udang (Suka hati ampa. Nak bubuh sekoq ayam pun boleh. Haha.)
5) Fish cake (Ikut suka hati selera ampa juga. Aku tak suka fish cake. Hehe.)
6) Sayur sawi
7) Lobak dipotong panjang
8) Sos tiram (Aku suka pakai banyak sos tiram. Selalunya kalau masak sebungkus, aku pakai dalam 7 ke 8 sudu besar sos tiram. Tapi pandailah agak-agak, banyak sangat nanti masin pula.)
9) Lada sulah 1 sudu makan (Ikut suka, jangan banyak sangat nanti rasanya pedar. Ada orang suka lada hitam. Terpulang pada selera masing-masing.)
10) Garam secukup rasa
11) 1 cawan air

Kalau aku, sebab dah namanya resepi simple, aku cuma guna bihun, bawang, ayam, lobak, sos tiram, lada sulah dan garam. Itu saja. Hehe. Kadang kalau malas nak hiris lobak, aku abaikan. Memang nampak pucat tapi nak masuk dalam perut sendiri juga. Kalau nak buat kenduri, tak bolehlah pucat sangat. Okay? :)


CARA-CARA

1) Rendam bihun dan toskan bila dah agak-agak lembut. Janganlah lembut sangat sampai masuk kategori lembik ya.

2) Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dah dihiris tadi. Bila dah agak kuning-kuning, naik bau, masukkan sos tiram dan lada sulah.

3) Kacau sedikit. Masukkan ayam @ udang @ sotong. Bila dah masak, masukkan lobak.

4) Masukkan secawan air. Kacau sedikit. Masukkan garam secukup rasa.

5) Agak-agak macam pekat sikit dan sebati, (Jangan sampai pekat dan likat sangat, nanti tak cukup nak coverkan bihun kita dengan segala rencahnya. Hehe.) lobak pun dah empuk, bolehlah masukkan bihun yang direndam dan ditos tadi.

6) Kaup balikkan biar rata kesemuanya. Selalunya last step aku akan sprinkle lada sulah pada bihun. Agak-agak macam nak terbersin aku stop sprinkle. Haha. Dan siap. Boleh makan.



Okay! Ini bihun riang gembira yang telah dibantai segala bihun dan isi ayamnya. Yang ditinggalkan? Sayur-sayuran dan udang. Haha. Oh! Lagi satu resepi tertinggal.

SAMBAL KICAP
Potong halus cili padi
Sedikit kicap
Enak dimakan bila ditabur pada bihun goreng di atas. Terangkat okay!! Berdesing telinga bila gigit cili padi. Haha.

Sekian saja dari dapur riang gembira. Hehe. Sampai jumpa lagi. Jaga diri. Assalamualaikum.
:)


HEART SPEAKS : Untuk orang yang hari-hari makan maggi, kalau sekali sekala makan bihun goreng pun apa salahnya. :)


Ini Bebelan Seorang Pemandu. Bukan Pemandu Lelaki Bukan Juga Pemandu Wanita.

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Salam petang Ahad. Oh! Perempuan yang mengejar bayang-bayang ini mula menulis lagi walau sedang mendiami musim patah hati. Ini saja ubatnya. Menulis itu satu ubat. Ubat ajaib!

Beberapa malam lepas, aku keluar bersama adik lelakiku. Sekarang ini bila keluar malam, aku lebih suka mengajak adik-adik lelakiku bersama. Paranoia aku makin menebal hari ke hari. Ada mereka terasa tenang sikit hati bila menapak keluar rumah. Oh! Dan jangan lupa, doa juga peneman bila mana kita melangkah saja keluar dari rumah. Berdoalah semoga perjalanan pergi dan pulang kita selamat dan sejahtera. :)

Setiap kali aku melalui jalan di mana Melaka Mall bertemu Jusco Ayer Keroh, pasti ada senario ini. Inilah yang selalu akan terjadi. Bila satu lane dijadikan dua lane. Laluan itu adalah untuk samada mahu belok ke kanan ataupun membuat pusingan U. Perkara yang aku cukup marah bila orang tak reti beratur. Orang lain punyalah beratur, tiba-tiba dia menonong pergi ke depan, jadikan satu lane kepada dua lane. Lane yang diambil pula adalah lane yang mana untuk kenderaan menghala terus ke depan. Sekarang, jalan yang bersistematik dah jadi sesak. Kalau nak belok ke kanan, masih boleh bersabar. Tapi bila dia yang duduk dekat lane buatan dia sendiri nak buat pusingan U. Amboi! Kalau betul pun tak kisah nyawa sendiri, ingatlah nyawa orang lain.


Ingat satu sajalah. Kita bawa kereta atas jalan raya, bukan hanya ada diri kita seorang saja. Orang lain pun menggunakan jalan raya yang sama. Toleransi dan berhemahlah. Please be understanding. Oh lagi satu! Sabar! Bila kita sabar, gunung setinggi Himalaya pun kita boleh tarah. Tak ada hal punya! (Tapi jangan tarah betul-betul, peliharalah gunung di bumi kita. Hehe.)

Apa yang aku pesan pada adik-adik aku, kalau nanti dah bawa kereta sendiri, ingat satu saja, nyawa kita sama harganya dengan nyawa orang lain. 

Aku ada juga perhatikan beberapa page di Facebook yang mana terlalu gemar menaikkan gambar kemalangan, kesalahan jalan raya, disertakan dengan ayat-ayat yang "memuji" pemandu wanita. 

Ada kemalangan, "Oh! Mesti perempuan yang drive."
Ada kereta parking tak betul, "Perempuan memang tak reti parking."
Ada kereta bawa macam siput, "Sah! Tak payah tengok, mesti perempuan."
Ada pula bawa macam pelesit, "Perempuan memang suka bawa kereta laju dan gopoh."
=.=

Bagi akulah, bila kita menapak atas jalan raya, tak ada istilah lelaki ke perempuan, ada lelaki begini begitu, sama juga ada perempuan begini begitu, tapi hakikatnya yang ada pemandu berhemah atau pemandu yang tidak berhemah. That's all and that's it.

Have a great day. Assalamualaikum.


Ubat Ajaib

27 comments
Assalamualaikum.

Haaa! Itu dia. Sebesar-besar gambar perfume Miracle aku bubuh, walaupun tak ada kena mengena dengan entry Ubat Ajaib. Cuma minyak wangi ajaib. Kekeke.

PERINGATAN : JIKA ANDA DATANG KE SINI MENCARI UBAT AJAIB, BERSIAP SEDIALAH UNTUK KECEWA, SEBAB TIADA ISTILAH UBAT AJAIB DALAM DUNIA

Haaa! Besar peringatan aku bagi. Apa dia ubat ajaib tapi tak ada ubat ajaib? Apa sebenarnya yang aku cuba sampaikan dalam ayat berbelit-belit begini? Haha. First of all, aku nak pesan, JANGAN IKUT APA YANG AKU BUAT sebab tak pasal-pasal nanti aku kena saman, tak dapat full registration pula nanti. Anda cuma boleh buat jika ianya dipreskripsi sendiri oleh doktor atau disarankan oleh doktor. Okay? 


Semalam dah masuk hari ketiga sakit aku jadi makin teruk, tekak aku merah semerahnya dan bengkak, tak boleh makan tak boleh minum, jadi aku pun selongkar stok ubat yang aku simpan. Aku terperasankan sepapan ubat Prednisolone 5mg yang masih berbaki sebiji. Aku fikir-fikir kejap, terus aku cari apa-apa journal yang membantu, tanya kawan-kawan doktor lebih senior. Aku jumpa banyak journal yang membantu.


Mungkin agak sukar untuk difahami jika membaca research diatas, jadi aku sarankan boleh terus tengok ke ruangan RESULT dan CONCLUSION untuk faham dengan lebih lanjut. Jadi, aku pun telanlah sebiji prednisolone malam tadi. Dan pagi ini aku bangun dengan keadaan tekak yang 80% lebih baik dari semalam. Dah boleh makan, dah boleh minum. Syukur Alhamdulillah.

Jadi, apa sebenarnya Prednisolone, Corticosteroid dan Dexamethasone yang selalu kita dengar doktor sebut-sebut ini? Mereka bertiga adalah part of the steroid family. Mereka adalah ubat-ubat yang selalu juga digunakan dalam bidang klinikal untuk bermacam-macam kegunaan. Contoh macam allergy yang sangat teruk, kondisi yang melibatkan inflamasi yang teruk (macam sakit tekak yang aku alami), dalam bidang onkologi, malah dalam bidang sakit puan, dexamethasone digunakan untuk mematangkan paru-paru bayi dan banyak lagilah kegunaannya.



Tapi semua benda datangnya itu ada baik ada buruknya. Ubat-ubat tersebut adalah keluarga kepada steroid. Jadi nak tak nak walaupun ada keupayaan mengurangkan inflamasi ianya juga ada side effects yang kita juga perlu tahu jika mengambilnya terlalu banyak atau dalam jangka masa terlalu lama. Sebab itu ianya tidak boleh diambil sesuka hati, kecuali jika ianya adalah preskripsi doktor. 

Antara side effects ubat tersebut adalah ianya boleh meningkatkan kandungan gula dalam tubuh, boleh menjadi penyebab Diabetes Melitus Jenis 2, merendahkan sistem imun tubuh menjadikan kita mudah terkena jangkitan, penambahan berat badan, jerawat, ulser perut, tulang menjadi rapuh, insomnia, cataract, dan macam-macam lagilah. Jadi ianya perlu diambil di bawah pengawasan. Jangan suka-suka hati ambil okay!! Sebab aku ada baca banyak pengalaman senior aku yang jumpa patient makan ubat ini dan mereka katakan ianya MAGIC. Hurm. Ingat, tak ada istilah ubat magik.

Aku tengok tak lama dulu ada trend penjualan health supplement yang kononnya boleh sembuhkan ini sembuhkan itu. Bila makan supplement tersebut, berat pun naik, pipi dah tembam. Dalam dunia perubatan, kita panggil MOON FACE, BUFFALO HUMP. Banyak sangat dah aku tengok. Yang sebenarnya, kebanyakan produk tersebut ada kandungan steroid di dalamnya sebab itu berat anda bertambah, pipi anda mengembung. Ya, memang ianya boleh mengurangkan radang tapi ianya ada side effects di mana penggunaannya perlulah di bawah pengawasan.

Steroid juga selalu disalahgunakan oleh atlet kerana sifatnya yang sama seperti testosteron dalam tubuh manusia. Tapi kita lupa kesannya boleh menaikkan tekanan darah, meningkatkan kolesterol dan meningkatkan risiko penyakit jantung. Jadi selalulah beringat bila ambil supplement yang agak suspicious, lebih baik rujuk pada yang arif dulu, barulah boleh ambil supplement dengan tenang dan bahagia. 



Tapi yang sebenarnya, ubat paling ajaib adalah ubat yang dinamakan doa. Bila kita susah, bila kita lemah, bila kita sakit, bila kita takut, doa itu senjata utama kita. Ingat Allah selalu, tak kira susah atau senang, dan Allah akan juga selalu bersama kita, tak kira susah atau senang.

Okay, dah panjang dah bebel. Jaga diri semua. Jaga kesihatan. Assalamualaikum.
:)


Travel Down Memory Lane

7 comments
Assalamualaikum.

It's 5 in the morning. And this sleeping beauty can't seems to close her eyes even though how much efforts are being poured into it. Despite the course of antibiotics, my sore throat seems getting worse. I can't drink, I can't eat, I can't even talk as much as I want to. Noted multiple ulcers over the throat after doing self examination. I guess that's the main culprit behind all this. Satu persatu nikmat ditarik. Perlu bersabar dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan pada kita.

Bila dah tak boleh nak lelapkan sepasang mata ini, aku beleklah album-album lama yang ada. Orang kata travelling down memory lane. Aku paling suka belek gambar zaman sekolah rendah. Tahun 1994 aku jejakkan kaki ke darjah satu SRK Tukau, Miri. Aku ingat lagi waktu itu aku dan jiran aku, kami sebaya, masuk darjah satu. Satu dunia yang baru. Bertambah baru bila diri sendiri adalah satu-satunya Melayu dalam lautan rakan kelas yang semuanya berbangsa Cina.

Aku perhatikan semuanya menangis sambil berpaut pada ibu dan ayah. Aku tak sempat pun nak berpaut ke nak menangis ke, cuma kagum dengan dunia sekeliling yang memang asing pada aku. Pandang kiri pandang kanan, semuanya bermata sepet dan berkulit cerah. Tengok tangan sendiri, gelapnya aku! Haha. Fikiran budak darjah satu, begitulah. 


Sejak dari darjah satu sampailah ke darjah enam, dunia sekolah rendak aku penuh dengan semangat ibarat orang nak pergi berperang. Semuanya adalah sebuah pertandingan. Dan aku tak suka kalah. Dari sekecil-kecil menghafal sifir 1 sampai 12 ketika darjah 2, sampailah saat menunggu keputusan UPSR, siapa yang berjaya mendapat 7A. Sebab itu aku suka travelling down memory lane sekolah rendah. Zaman itu adalah zaman di mana aku bina diri aku menjadi aku.

Bila belek gambar, dalam ingatan dah tentulah teringat cikgu-cikgu yang pernah mengajar kita. Ya tak? Aku pun apa lagi, aku search semua nama yang ada dalam ingatan aku di Facebook. Mana tahu, untung-untung ketemu semula. Tak sia-sia pencarian aku, aku dah pun berjaya add 8 orang guru ketika aku bersekolah rendah dulu. Dalam pada itu, ada juga aku terdengar cerita beberapa orang guru aku, ada yang telah meninggal dunia. Semoga bersemadi dengan tenang cikgu-cikguku. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari proses pembesaran dan pembelajaran aku.


Paling gembira dan seronok dah tentulah bila cikgu kita masih lagi ingat tentang kita, biarpun dah berbelas tahun ianya berlalu. Itulah satu keajaiban tentang kenangan. Sekarang, aku sudah pun berusia 26 tahun. Aku mahu, di saat usia aku 46 tahun nanti, seperti sekarang, aku mampu kenang semula insan-insan yang datang dalam hidup aku, yang bantu aku kenal makna sahabat, makna kasih, makna sayang, makna cinta.

Insan-insan seperti kamu-kamu semua.
Salam Subuh. Selamat pagi. Assalamualaikum.


Ingatan Tulus Ikhlas

4 comments
Assalamualaikum.

Lama dah abaikan Cahaya Yang Riang Gembira. Sibuk sangat dengan anak nombor dua. Mana tidaknya. Minggu ini dah masuk minggu kedua kita beraya, tak puas lagi merasa kenikmatan makan makanan yang enak-enak. Angkara tekak yang semakin teruk sampai demam berhari-hari, hilang satu nikmat rasa. Mampu tengok saja orang jamu perut dengan makanan yang enak dan menyelerakan.

Dan hari ini juga, aku tak sangka ada kad raya yang sampai untukku. The one and only kad raya untuk aku di tahun 2013. Rasa bersalah. Yang amat untuk si pengirim ini. Pengirim yang tak lupa untuk hantar kad raya sebagai tanda ingatan sama seperti tahun yang sudah.

Maaf, dan terima kasih.  



Betul sangat apa orang kata. Kita duduk sibuk ingat orang yang belum tentu-tentu ingat dekat kita, tapi kita tak sedar, tak nampak ada orang lain yang masih selalu ingat dekat kita.

Apalah beza diri sendiri yang mengeluh dan berkecil hati bila orang lain macam acuh tak acuh, dan tak kisah pun dengan ingatan kita pada dia. Sedangkan orang lain juga mungkin mengeluh dan berkecil hati atas sikap acuh tak acuh diri ini. Itu orang kata, kita dapat balik apa yang kita buat pada orang.

Maaf, dan terima kasih. Maaf atas kealpaan diri kerana lupa untuk berterima kasih. Terima kasih kerana selalu menjadi "Yang Di Sini" dalam dunia maya Cahaya Yang Riang Gembira.

Selamat malam semua. Assalamualaikum.
  

Corat Coret Minit Ke 60

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Mood raya tak ada dah. Simpan dulu mood raya. Mood bola datang bergolek-golek. Kalaulah ada peluang turun stadium. Haha. Bila entah Messi nak masuk. Tak apalah. Dah saksikan ketangkasan Neymar pun dah cukup. Haha. Go Malaysia! Go Barca!

Selamat malam. Assalamualaikum. Majulah sukan untuk negara. ^^

Cuba Fikir Positif, Dan Benda Positif Akan Datang Pada Kita

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Salam 29 Ramadan untuk semua. Dekat nak berapa hari lagi nak raya, pasti ramai yang sibuk duduk buat persiapan itu ini, berkemas-kemas nak pulang ke kampung. Semalam baca entry dari Joegrimjow tentang kemalangan maut yang dialaminya, makin bertambah fobia aku pada kereta dan jalan raya. Takutkan sampai terbayang-bayang macam kes senario kemalangan maut yang pernah dibaca. Hati-hatilah ya semua. Jangan lupa, sebelum mulakan perjalanan jauh, periksa dulu kereta, pastikan dalam keadaan baik. Sebelum apa-apa, baca doa naik kenderaan. Dan tali pinggang keledar, jangan pernah lupa pakai okay. Semoga selamat sampai ke destinasi hendaknya.

Tahun ini raya pertama di Melaka. Barangkali raya kedua baru pulang ke Kota Tinggi. Itupun lagi satu yang mendatangkan takut, jalan dari Kulai nak ke Kota Tinggi sempit dan agak berbahaya juga. Apa pun, doa-doa semoga perjalanan balik nanti lancar. Aamiin.


Yang sebenarnya aku nak cerita pasal berfikiran positif. Ceritanya berlaku beberapa hari lepas. Ketika itu kecoh satu Malaysia dengan penculikan adik Wan Aisyah di Jusco Rawang, dikatakan dibawa lari oleh seorang lelaki kenalan Facebook ibunya. Ketika itu ramai juga yang share dan sebarkan berita ini. Dan memang dah jadi hobi aku menggodek Instagram bila ada masa lapang. 

Ada seorang artis juga berkongsikan berita ini di laman Instagramnya. Apa yang menarik mata aku dan mencuit sikit perasaan aku sampai berkocak jiwa adalah komen pada posting tersebut, ada seorang followers komen "DAHLAH GEMUK, PENCULIK PULAK TU!"

Bila aku baca saja statement tersebut, aku macam kena ketuk dekat kepala dengan kuat. Aku pun dengan muka dan reaksi yang, "OKAY, APA BENDA NI SEMUA?"


Aku pun cerita dekat adik bongsu aku yang berusia 14 tahun. Apa-apa pun, aku suka kongsi cerita dengan dia, sebab dia sangat memahami dan dia akan bagi nasihat yang orang takkan sangka diberi oleh budak lelaki umur 14 tahun. Haha. Aku cerita sebab aku sangat berkecil hati sedikit dengan ayat sebegitu. Bagi aku ayat tersebut terdiri dari 2 bahagian. Dan ayat seumpama itu adalah untuk menggabungkan samada dua sifat yang baik atau dua sifat yang buruk.

Contohnya, "DAHLAH CANTIK, PANDAI MASAK PULAK TU." Ataupun "DAHLAH SIKIT, MAHAL PULAK TU." Saat dan ketika itu, memang itulah aku fikir. Cuba dan cuba untuk fahamkan apa yang sebenarnya pengomen tersebut nak sampaikan. Tapi makin fikir makin aku rasa tak boleh terima dan digest. Geram okay!


Adik aku kata, "Kenapa awak nak pening-pening fikir benda tu semua, fikir benda-benda baik aje. Mungkin dia nak ajak orang semua kurus." Aku mampu nganga sajalah sambil dengar. Tapi memang betul sebenarnya, orang selalu kata cuba fikirkan benda positif, dia akan tarik aura positif dan benda baik-baik akan datang pada kita.

Contoh macam keadaan di atas, cuba kalau aku ambil pendekatan positif, automatik aku akan rasa tercabar untuk terus berusaha kurangkan berat badan. Tapi kalau aku fikir benda negatif, benda yang tak elok, otak aku akan fikir bukan-bukan, hati dan jiwa pun kacau, mungkin dalam tak sedar aku mungkin termarah dan termengata orang itu dalam hati. Bukankah dah tak elok begitu. 

So, think positive. Dan selalunya benda positif akan datang pada kita. Have a great day ahead people. Take care. Assalamualaikum.


10 Ribu Langkah Sehari Untuk Diri Dan Masa Depan

1 comment
Assalamualaikum.

Wah! Tajuk bukan main berkobar dan bersemangat. Sejak aku mulakan program untuk menyihatkan tubuh badan dengan diet, defisit kalori, working out dan sebagainya, memang agak sukar sebenarnya. Kena ada semangat yang kuat, istiqamah, konsistensi dalam membuat sesuatu. Sasaran aku adalah mencapai berat badan ideal dalam masa satu tahun. 

Sebab apa satu tahun? Sebab kita gunakan cara lama yang klasik, walaupun lambat tapi berkesan untuk dapatkan tubuh badan yang lebih sihat, iaitu melalui pemakanan sihat dan exercise. Atas sebab masalah kesihatan tulang belakang dan kaki yang agak menyukarkan hidup kadang-kadang, jadinya memang sukar kalau nak bergantung pada exercise. Doktor pakar nasihatkan aku supaya berbasikal buat masa sekarang sebab masalah tulang belakang aku.

Tapi aku mana nak dengar sangat nasihat doktor, pesakit degil. Kekeke. Apa aku buat ialah aktiviti yang tak berat mana tapi bakar banyak kalori. Untuk elakkan masalah kaki jadi melarat jika exercise, aku akan telan ubat dulu, dan pakai kasut khas untuk kaki aku, kuranglah sikit sakitnya.

Apa aku buat? Aku nak cabar diri sendiri untuk 10 ribu langkah sehari. Memang susah sebenarnya, sebab separuh dari diri aku cuba elak untuk berjalan banyak sebab masalah kesihatan aku sekarang, tapi separuh lagi diri aku terlalu ingin sangat nak kurus dan cantik macam dulu. Haha. Jadinya, ini adalah cara terbaik.

Jadi bagi mereka yang nak cuba kuruskan badan tapi ada masalah kesihatan yang menyukarkan aktiviti sukan yang lasak dan membebankan, jalan 10 ribu langkah sehari adalah langkah yang baik. Dalam handphone sekarang ada terlalu banyak applikasi pedometer yang mengira langkah anda seharian juga kalori yang anda bakar, jadi bolehlah gunakan dengan sebaiknya.

Apa aku buat waktu petang, aku pergi ke track berdekatan kawasan rumah, aku akan pusing track sebanyak 2 ke 3 kali. Dan bila dah rasa selesa, minggu-minggu seterusnya boleh tambah lagi pusingan. Itulah cara terbaik. Tapi selain dari berjalan pusing track, aku akan guna dalam 15 minit untuk basketball dan 15 minit untuk bermain skuasy (tapi guna raket dan bola tenis). Kekeke.

Semuanya sebab "greed" ingin kurus cepat. Memang seksa sebenarnya, malam waktu tidur kaki dan belakang aku akan mula buat hal. Tak mengapa. Aku akan jadikan benda ini sebagai cabaran dan bukan halangan. Kalau tak, macam mana nak capai apa yang kita inginkan. Ya tak? Jom! Mulakan 10 ribu langkah sehari. Bukan untuk siapa pun, untuk kita dan untuk masa depan kita juga. ^^






Video di bawah yang aku kongsikan, adalah sebuah HEALTH TALK SHOW Korea bertajuk Vitamin. Episod tersebut adalah tentang diet. Apa yang aku suka tentang rancangan tersebut, ada banyak tips dan nasihat yang berguna dari doktor. Dan aku cukup kagum dengan kemajuan teknologi dan perubatan negara Korea, memang bagus.

Dalam rancangan tersebut, doktor nasihatkan bagi golongan yang terlampau obes, cara terbaik adalah DIET + EXERCISE + TEKNOLOGI. Ada 3 teknologi yang advance di tahun 2013 untuk penurunan berat badan, dan aku buat research, di Malaysia pun ada klinik aestetik dan hospital yang menyediakan perkhidmatan seumpama itu. Cuma ongkosnya memang besarlah kan. Cecah ribu riban.

Teknologi yang dinyatakan di dalam video tersebut adalah :

1) HYPERTONIC PHARMACOLOGICAL LIPOLYSIS USING OSMOTIC PRESSURE 
(reduce waist size up to 5 - 7 cm in a week)

2) RADIOFREQUENCY FAT REMOVAL USING HEAT 
(reduce waist size up to 10 cm in a week) 

3) FAT FREEZING PROCEDURE 
(reduce waist size up to 15 - 20 cm in a week)

Untuk belajar dan tahu lebih lanjut lagi, boleh tonton rancangan Vitamin di bawah. Tak rugi, malah entertaining. Semoga dapat manfaat sedikit sebanyak dengan perkongsian ini. Jaga diri. Jaga kesihatan. Assalamualaikum.




Misi Raya 2013 Si Cahaya Yang Riang Gembira

4 comments
Assalamualaikum.

Bulan Syawal akan menjelang tak lama lagi, ramailah suri-suri rumah duduk memerap dekat dapur bermainkan tepung, mentega, gula dan segala macam lagi bahan, berkelentang-kelentung di dapur bikin biskut bikin kek.

Tahun ini tak seperti tahun sudah, mak tak ambil banyak sangat tempahan baju raya, sebaliknya mak ambil lebih banyak tempahan untuk kek buah, kek marble dan kek lapis Sarawak. Tahun ini juga aku dan mak terlebih rajin nak buat biskut. Tapi cuma 2 jenis saja biskut klasik, yang mudah, cepat, dan sedaplah of course. Kekeke. Biskut suji dan biskut semperit. Adalah dalam 15 balang kesemuanya. Kali terakhir buat biskut rasanya 3 ke 4 tahun yang lepas. Malas nak menghadap oven dengan tepung-tepung al kisahnya. =.=


Tahun ini, sama juga seperti tahun yang sudah-sudah, mak akan tanya, "Tak pos kek dekat orang tu?" Oh mak! Tak pernah lupa nak tanya ya tiap-tiap tahun. Mak semenjak dua menjak ini, dah bertukar profesion, jadi spy separuh masa. Adeh! Spy anak sendiri okay. Mak oh mak.

Ingat lagi aku pernah tulis tentang perbualan aku dan "ibu" tentang seseorang. Mak pun ada juga mendengar ketika itu. Mak dah lama tahu sebenarnya, masa saat aku pos kek dulu mak dah korek-korek walaupun aku kata, kawanlah mak. Tetap juga mak ingat orangnya sampai sekarang. Adik perempuan aku ceritakan pada aku, tak berapa lama dulu mak ada tanyakan pada dia, "Along awak tu ada contact, sms lagi dengan budak Terengganu yang dia hantar kek dulu tu? Apa cerita sekarang?" Adik aku pun jawab dia entah saja. Haha.

Kebetulan beberapa minggu lepas mak pinjam handphone aku, masa itu jugalah ada sms masuk. Dan mak pun ternampaklah nama pengirimnya. Apa lagi dengan pantas dan laju mak bergosip dengan adik perempuan aku, "Budak tu sms. Maknanya dorang kawan lagilah."

Aisey!! Nak tergelak aku dengar bila adik aku ceritakan pada aku. Mak oh mak! Spy anak sendiri ya. Kalaulah aku boleh cerita dekat mak, memang dah aku ceritakan. Tapi, apa yang boleh aku cerita pada cerita yang tak nampak jelas jalan cerita dia? Cerita penyebab senyuman dalam rahsia. Haha. Hmmmmm. 


Jadi, misi raya aku kali ini selain dari nak buat biskut (dah siap dah pun), aku nak hantar kad raya untuk orang-orang yang selalu dalam ingatan. Huhu. Harapnya tercapailah misiku kuza ni. Haha.

Pada yang nak pulang ke kampung, selamat pulang. Hati-hati di jalan raya. Ingat orang tersayang. Ingat, orang lain pun ada orang yang tersayang. Baca doa sebelum mulakan perjalanan. Semoga lancar semuanya. Jaga diri. Assalamualaikum. 

Resepi Pencuci Mulut Enak : Puding Oreo Tetap Enak Walau Tanpa Perlu Putar, Jilat Dan Celup

Leave a Comment

Assalamualaikum.

Dah 24 Ramadan, sekejap sungguh masa berlalu. Apa yang anda inginkan untuk dicapai pada bulan puasa kali ini, dah tercapai ke belum? Aku pula, 60% daripadanya dah tercapai. Kadang bukan apa, masa yang ada tak pernah nak cukup. Heh.

Kalau bab masak memasak, aku lebih suka masak makanan utama, main course omputeh kata. Bab dessert aku memang lemah. Tapi dalam bulan Ramadan, aku lebih tercari-cari dessert sebab ianya menyejukkan dan menyegarkan selain dari memaniskan mulut. Mana taknya, seharian berpuasa, bila berbuka puasa dapat merasa makanan manis itu memang satu nikmat. Syukur Alhamdulillah.

Jadi fokus aku untuk belajar masak kali ini lebih kepada belajar membuat dessert. Alah! Simple-simple saja pun dah cukup. Antara semua dessert yang aku dah buat dalam bulan puasa kali ini, aku rasa PUDING OREO adalah yang paling enak. Hehe. Mungkin aku peminat Oreo agaknya, jadi kecenderungan aku agak tertumpu di situ. Mana tak minat, sampai 2 hari berturut-turut aku buat Puding Oreo ni. Sebabnya adik bongsu aku dah naik syeikh, habis dibalunnya setupperware puding aku yang buat ni. ^^

Dapat jugalah aku bagi pada Mak Teh sekeluarga untuk merasa. Benda yang baik yang sedap yang enak, eloklah kalau dikongsi-kongsi. Ya tak? :)



BAHAN-BAHAN:

Loyang Saiz 8" persegi 
1 bungkus agar-agar serbuk 10 gram 
750ml air 
150 gram gula 
1 tin susu cair 400g 
3/4 cawan serbuk milo 
1 bungkus Oreo 137g (patahkan tapi, lapisan krim jangan diasingkan) 
2 sudu tepung kastad dibancuh dengan air



CARA MENYEDIAKAN:



1) Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut. Masukkan susu cair + tepung kastad yang dibancuh dengan air tadi hingga mendidih. (Aku guna api kecil dan sentiasa kacau supaya tak beku)



2) Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati.



3) Tuangkan campuran milo ke dalam loyang/acuan. 



4) Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo.



5) Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais.



Antara pemanis mulut yang lain tutup mata pun boleh buat dah tentulah kek batik dan puding kustad berkuah. Kek batik aku buat saja-saja sebab tengah waktu kemuncak terpaling malas aku. Kalau waktu terpaling rajin, kek lapis Sarawak 10 biji siap!!! Kekeke.

Dah masak untuk keluarga, untuk mak abah, untuk adik-adik. Ada lagi angan-angan yang masih lagi angan-angan dan berharap jadi kenyataan, masak untuk suami dan anak-anak. Haha. Mesti seronok kan perasaan puas dan bahagia memasak untuk suami dan anak-anak. :) 


Okaylah. Bagi yang dah mula bercuti, selamat bercuti dan selamat menyediakan persiapan raya. Tapi jangan lupa, bulan Ramadan masih lagi ada. Heee. Jaga diri semua. Assalamualaikum.

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.