Rezeki, Walau Tak Banyak, Tetap Syukur

Assalamualaikum.

A very quick entry sebab malam ini adalah sangat malas nak menulis dek kerana mood adalah ke laut dan tak kembali lagi.

Aku join 8share dah lama, aku daftar semenjak tahun lepas lagi, tak silap aku dalam bulan Ogos. Masa tu sangat sibuk dengan kerja, online memang entah kemana, jadi memang tak bersentuh langsung. Sebulan kebelakangan ini, adalah masa yang terlebih untuk menghadap komputer dan online, jadi aku ambil kesempatan nak mengaktifkan diri dalam 8share dan join mana-mana giveaway atau contest dia yang mudah dan senang.

Alhamdulillah, dalam sebulan saja dah cecah RM100. Yang pertama kena berterima kasih pada adik lelaki aku sebab aku kongsikan 2 video dia untuk join contest busking Air Asia, walaupun tak menang, tapi 8share berikan RM40 untuk video yang aku submit.

Dan semalam, aku dapat lagi RM50 reward dengan menjadi 8share Top Sharer. Tak susah mana pun, cuma perlu kreatif dan rajin cari peluang. Aku tak sangka, dalam 5 permalink yang aku hantar, satu permalink tentang aiskrim goreng tersangkut dan berjaya menjadi antara salah seorang dari 5 pemenang yang 8share cari. Rezeki, alhamdulillah, dalam kesempitan ada juga kemanisan.

Siapa-siapa yang rajin, bolehlah join 8share dan menjana pendapatan sampingan. Ewah, sempat promote. Nak jadikan blogging sebagai kerjaya, boleh ke tak eh? Hehe. Okayla, selamat malam semua. Tidur dulu.

Assalamualaikum.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.