Tanda Rindu

Assalamualaikum.

Selamat malam semua. Wah. Jarang aku menaip entry di waktu ini, kalau ada entry yang terpublish dari sini mahupun sana, selalunya adalah schedule entry yang aku akan taip di tengah malam buta.

Pernah tak dengar orang kata missed call itu tandanya rindu?? Haih. Entahlah. Tidaklah hamba tahu kerana hamba tak pernah melaluinya. Haha. Tapi yang aku nak cerita hari ini bukanlah benda alah yang bernama rindu. Ini adalah MISSED CALL yang dilahirkan dari panggilan biasa dan tidak berjawab maka jadilah ianya MISSED CALL.

Aku adalah jenis manusia yang tak suka angkat panggilan selain dari yang terdapat dalam contact book aku. Benda yang memang mak dan abah aku tak gemar sebab mereka cakap aku terlalu takut nak berinteraksi dengan orang. Haha. Aku boleh kata diri aku introvert dan aku lebih bersifat terbuka pada orang yang aku kenal saja DAN patient aku. Apart from that, I have zero communication skills with stranger. Entahlah sejak bila jadi begini.

Dan hari ini adalah hari yang paling luar biasa yang aku lalui. Aku dapat panggilan yang agak banyak dari nombor yang tak dikenali menerusi kedua-dua nombor yang aku ada.


Bila aku cari dalam pangkalan data (ecewah, macam SPY!), kebanyakan nombor tersebut adalah SCAM, FRAUD, ADVERTISEMENT dan sebagainya yang mana ramai dah orang kongsikan pengalaman mereka mendapat panggilan daripada nombor-nombor tersebut. Fuh!! Nasib buat tak layan.

4 panggilan fraud. 2 panggilan dari nombor yang tak dikenali. 1 panggilan dari Tan Chong Motor Segamat. Segamat? Why Segamat? Haha. Entahlah Labu. 1 panggilan dari sebuah klinik swasta. Dan yang paling misteri, panggilan dari Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Mersing.

Google memang berkebolehan. Semua benda bisa dicari. Haha. Aku pun bukalah portal Jabatan Kebajikan Masyarakat dan click pada negeri Johor. Tertera nama pegawai yang bertugas di Pejabat Kebajikan Masyarakat Mersing tersebut. Tapi rasanya portal tersebut dah lama tak berupdate agaknya. Sebab aku baca berita, pegawai tersebut telah meninggal dunia April tahun lepas. Perlahan-lahan misteri menyelubungi diri aku. Adik aku tepuk bahu aku kuat-kuat, dia cakap, "dalam pejabat tu ada ramai lagi orang yang kerjalah Along." 

Dan aku pun, "ya tak ya juga", tapi dalam hati aje. Hari ini hari yang luar biasa. Mesti anda semua pelik dengan aku, betul tak? Aku memang begini. Introvert tapi semua benda nak ambil tahu, nak cari tahu, nak dapat tahu. Terpengaruh dengan CSI lettew. Haha.


Anyway, cukuplah bebel sikit-sikit. Sikit ke? Haha. Sambung di lain entry dengan lain cerita dan lain bebelan. Selamat malam semua. Jaga diri. Assalamualaikum.

P/S : Lebih kuranglah reaksi muka aku bila dapat MISSED CALL. Aku rasa mimik muka aku lagi layak kot nak dijadikan watak dalam filem ONE MISSED CALL. Haha.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.