26 Mei 2014

Belajar Goreng Telur

Mei 26, 2014 0 Comments
Assalamualaikum.

Amboi, dah tua bangka pun tak gheti goreng teluq ka cheq oii? Haa. Tu diaa! Orang Johor cakap utagha. Haha. Dulu masa zaman study, aku rapat dengan seorang kakak, orang utara. Jadi bila dengan dia, aku selalu akan tersasul cakap utara bila borak dengan dia. Kadang sampai orang keliru, aku orang utara ke. Haha.

Eh. Melencong kejap dari cerita telur kita. Sebenarnya bukanlah tak reti goreng telur, tapi selalunya kita goreng cikai cikai saja kan, maklumlah nak buat makan sendiri je pun. Sampailah satu hari aku tengok satu rancangan variety show, dia ajar cara goreng telur profesional punya. Putih telur dia bukan main cantik dan gebu, kuning telur dia pula memang jenis yang aku minat. Tak masak sangat, sedang-sedang saja. Bila cucuk, kuning dia mengalir keluar lagi. Itu yang terbaik!!!

Mungkin ramai yang dah expert dan arif dengan cara goreng telur seperti ini, tapi bagi aku memang first time aku tengok teknik begini. Haha. Memang jakun kejaplah. Cara dia pun senang sangat.


NOTE : Video ini ada 2 cara masak telur, teknik yang aku cerita adalah cara yang pertama dalam video ini.

Panaskan kuali sampai berasap. Letak sikit minyak. Perlahan-lahan pecahkan telur jangan sampai kuningnya hancur. Masak dengan api kecil selama 2 minit. Selepas itu curahkan sedikit air di keliling telur yang sedang digoreng tadi. Maknanya bubuh air sikit dalam pan tadi. Ambil penutup dan tutup pan tersebut. Dan biarkan putih telur dia sampai masak, lalu diangkat.

Tadaa!! Dan siap!! Memang senang sangat. Selalu orang masak telur cara begini dekat restauran yang suka deko-deko pinggan makan dan makanan. Haha. Jadinya, lain kali bila anda buat nasi goreng ke mee goreng ke di rumah, bolehlah cuba buat telur goreng dengan cara yang ini.

Selamat mencuba. Assalamualaikum.


16 Mei 2014

Fantasi Cinta

Mei 16, 2014 2 Comments
Assalamualaikum.

Salam pagi Khamis. Nyenyak benar tidur malam tadi, cuaca sejuk sampai ke tulang. Nikmat rezeki Allah bagi, selepas berminggu-minggu bumi Melaka ini terik dan gersang. Syukur Alhamdulillah.

Dah lama tak cakap pasal cinta kan? Sedangkan zaman blog dulu kala akulah orangnya yang orang selalu panggil doktor cinta yang kaki jiwang. Huhu. Kenangan.

Aku tergerak nak tulis tentang ini selepas menonton beberapa rancangan bual bicara. Topiknya lebih kurang sama, tentang fantasi cinta, baik bagi lelaki mahupun wanita. Dalam kepala otak kita semua, kadang ada waktunya kita berimaginasi. Dan salah satunya tentang cinta.


Dalam rancangan bual bicara itu ia bertanyakan pada lelaki dan wanita apa yang mereka selalu angankan dan berharap dapat lakukan bersama pasangan, apa perkara yang meraka anggap romantik dan buat hati rasa "ticklish". Aku sendiri akui dengan jawapan-jawapan yang diberikan. Mungkin sebab pengaruh keliling agaknya. Haha. Tapi dalam banyak-banyak, aku cuma nak kongsikan satu saja jawapan dari lelaki dan juga wanita.

Tahu tak, bagi lelaki antara perkara yang mereka angankan dan anggap ianya adalah sesuatu yang romantik adalah bila menaiki kereta, si lelaki jadi passenger di sebelah, dan pasangannya memandu di kerusi pemandu. Men think it's romantic when women they love, drive, while they are seating in the passenger seat. Lelaki juga sangat suka jika dia sedang memandu dan pasangannya di sebelah menyuapkan makanan atau minuman kepadanya.

Haaa. Gitu! Ye ke tidak? Entahlah. Yang aku tahu, orang lelaki suka kutuk perempuan kalau drive kereta, ada saja yang tak kena. Haha. 


Dan bagi perempuan pula, perkara yang mereka selalu impikan dan beranggapan ianya adalah romantik, bila si wanita duduk di kerusi penumpang, dan pasangannya memandu. Tapi, dalam posisi yang tertentu. Salah satunya adalah bila si lelaki pegang stereng dengan satu tangan, dan satu lagi diletakkan di arm rest. Aku sendiri pun tak boleh nak kata apalah, melainkan setuju. Hahaha.

Dan of course, yang macam kita selalu tengok dalam drama, perempuan suka tengok bila lelaki reverse kereta. Yang ini aku tak berapa nak pasti tang mana yang menarik. Ops!!


Kalau nak ikutkan, ada banyak lagi benda kecil-kecil yang mungkin lelaki tak sangka dan perempuan juga tak sangka, ianya boleh jadi sesuatu perkara yang romantik dan sering diimpikan.

Bagi aku saat dan waktu ini, perkara paling seronok dan romantik dibuat adalah menjadi pemandu kepada adik-adikku dan bawa mereka berjalan-jalan. And of course, first, lemme take a selfie. Haha. Gambar masih tak lengkap. Ada dua orang lagi adik kesayangan yang tak ikut sama. Maybe next time.

GAMBAR INI TELAH DI-PHOTOBOMBED IN THE CENTER OLEH ADIK KEDUAKU. HAHA.

Okay semua. Salam sayang menyayang. Heee. Jaga diri. And have a great day ahead. Assalamualaikum.

P/S : Sepanjang 27 tahun, tak pernah sibuk nak selfie, sekarang bila selfie, macam-macam pesen muka yang keluar. Haha.

12 Mei 2014

Umur Hampir 60 Tahun Tapi Nampak 20 Tahun Lebih Muda

Mei 12, 2014 2 Comments
Assalamualaikum.

Salam pagi Isnin. Hari ini Isnin, dan esok pula cuti umum. Wah, seronok. Cuti lagi. Haha. Life is slowly getting better, even though it's kinda slow but I'm grateful for everything.

Dua minggu lepas, aku sempat tonton sebuah rancangan dokumentari di KBS World, Screening Humanity. Di mana tajuk untuk minggu tersebut adalah HONEY, TAKE MY HAND. Rancangan tersebut ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat pukul 9 pagi lebih kurang. Ada 5 bahagian kesemuanya tapi aku cuma berkesempatan untuk menonton 2 daripadanya memandangkan waktu kerja aku tak menentu sangat.

Apa yang menarik sampai aku ingin kongsikan dengan semua adalah kisah sepasang suami isteri yang usia mereka hampir mencecah 60 tapi masih sihat dan kuat. Dokumentari ini menyaksikan perjalanan pasangan ini melibatkan diri di dalam maratahon sejauh 600km +. Pasangan ini sudah lebih 20 tahun menjinakkan diri dalam dunia marathon, di mana saja ada marathon, mereka pasti akan ambil peluang untuk join. Sebelum itu mereka perlu melalui training untuk kuatkan tubuh badan dan meningkatkan stamina.

Bayangkan lebih 20 tahun dalam hidup mereka, marathon dah jadi sebahagian darinya, sebab itu walaupun usia hampir 60 tahun tapi nampak 20 tahun lebih muda. Kaki pun macam atlet. Memang tabiklah dengan gaya hidup sihat pasangan suami isteri ini. Satu hari nanti, aku harap dapat jumpa pasangan yang boleh pegang tangan aku dan sama-sama lalui apa yang kami suka bersama.

Macam pakcik dan makcik dalam dokumentari ini. Sampai sini semua. Selamat menonton jika berkesempatan ya. Jaga diri. Assalamualaikum.













10 Mei 2014

Queen Of Asgard

Mei 10, 2014 0 Comments
Assalamualaikum.

Semalam 9 Mei merupakan satu lagi tarikh yang patut diingat dalam lipatan sejarah hidup seorang Cahaya Yang Riang Gembira. Haha. Selama 8 tahun aku memegang lesen memandu, semalam adalah kali kedua aku terlibat dalam kemalangan. Tapi kali ini cuma kemalangan kecil kalau nak dibandingkan dengan kemalangan di lebuhraya PLUS tahun 2007 @ 2008 barangkali.

Walaupun kemalangan kecil tapi cukup buat aku terasa sekali kesakitan yang dialami kesayangan aku, yang aku beri nama Queen of Asgard. Haha. Sedap tak nama cinta hati aku? Sejak dari pagi lagi aku dah berasa tidak sedap hati tambah pula malam itu aku bermimpi aku mengalami kemalangan di mana kereta aku berlanggar dengan traktor. Cermin depan kereta aku retak.

Tak sangka pula tengahari itu, betul-betul aku alaminya. Jalan tersebut merupakan jalan sehala dan merupakan jalan keluar dari IPGKPM. Maknanya itu merupakan jalan aku. Tapi tak semena-mena, ada van memasuki lorong kecil itu. Aku cuba mengelakkan van tersebut tapi tercium pula dengan tembok batu di situ.


Makanya tercalarlah kereta aku di sebelah kiri dari pintu depan sampai ke pintu belakang. Benda jadi memang cepat, nak undur balik pun dah tak boleh. Benda dah pun jadi. Akhirnya, Queen of Asgard mengalami calar dan kesan seperti dikelar yang amat dalam ditambah dengan kekemekan di bahagian pintu belakang.

Sedih memang sedih sebab selama ini aku bawa memang cermat sebab aku sayang sangat dia. Tapi nak buat macam mana ya tak. Makanya petang itu aku pergi ke IPD Melaka Tengah cawangan trafik dan buat laporan polis untuk claim insurans. Aku tak ada masalah sangat dalam hal-hal buat report sebab aku pernah ada pengalaman sekali dulu.

\
Tapi aku memang berterima kasih sangat dengan pegawai yang bertugas, sangat berlembut dan manis sekali. Ops!! Terpuji lebih pula. Haha. Terima kasih Konstabel Farhan Zainal. Dan juga buat Sarjan Yaakob yang sporting habis. Report aku selesai dalam setengah jam saja. Effisien tak polis kita? Kalau ikut kata Konstabel Farhan, boleh buat report polis di mana-mana saja, even pondok polis, tak perlu datang ke ibu pejabat pun tak apa.

Dan esok pula Queen of Asgard akan ke Proton dan mungkin akan masuk "hospital" untuk beberapa hari. Harap cinta hatiku cepat sembuh dan kembali dalam dakapanku. Haha. Pengajarannya, selama ini kalau dah cermat, tingkatkan lagi, biar lagi cermat. Mungkin kadang kita tak boleh nak elak, salah orang tapi kita yang kena. Tapi apa pun, prevention is better than cure. Kan?


Sayu sangat tengok dia jadi begini. Sarjan Yaakob pun cakap teruk juga si merah ini. Hmm. Tak apalah. Esok kita masuk hospital ya sayang. Semoga cepat sembuh.

Salam hujung minggu semua. Jaga diri elok-elok. Kalau memandu, hati-hatilah ya. Ingatlah orang tersayang dan jangan lupa tiap kali naik kenderaan, jangan lupa baca doa naik kenderaan. Okay. Have a great weekend people. Assalamualaikum.

6 Mei 2014

Super Cool Science Experiments You Can Do At Home

Mei 06, 2014 0 Comments

Assalamualaikum.

Pagi-pagi buta duduk layan mata tengok apa-apa saja yang best dekat Youtube. Terserempak pula dengan video tentang eksperimen sains yang cool giler dan boleh dibuat di rumah. Bila tengok dari awal sampai habis, video berdurasi 2 minit lebih ini berjaya buat aku ingat kembali zaman kegemilangan ketika belajar Sains di sekolah dulu.

Eh. Gemilang ke? Haha. Kalau dulu masa kecil-kecil buat eksperimen bagai yang pesen gini dekat rumah, confirm-confirm dah kena marah dan kejar dengan rotan sebab berselerakkan barang dan dikira macam buat kerja merapu dan bukan-bukan. Betul tak?

Memang super cool habis. Sekarang, terasa nak pergi beli bunga dan tukar warna daunnya. Ataupun rendam telur dalam cuka. Cool gila kan?

Selamat malam semua. Jaga diri. Sleep tight. Assalamualaikum.




4 Mei 2014

Untuk Tahap Amatur, Kira Okaylah Time-Lapse Video Yang Ini

Mei 04, 2014 0 Comments
Assalamualaikum.

Ingat lagi tak entry aku sebelum ini tentang macam mana aku dah terpengaruh dengan time-lapse video selepas menonton My Love From The Star? Aku ambil masa tak sampai sehari cuma untuk baca basic time-lapse fotografi. Basic dululah, nak baca dan belajar banyak-banyak memang tak mampulah otak umur 27 tahun nak serap semuanya. Haha.

Jadi berbekalkan sedikit ilmu yang dapat aku timba, aku pun mulakan projek time-lapse video aku. Bila tengok hasilnya, memang banyak lagilah nak kena belajar. Sekarang aku baru belajar yang versi simple dan teramatlah mudah. Nanti-nanti ada masa aku akan mulakan projek seterusnya untuk shoot time-lapse video tapi dengan cara manual tanpa menggunakan apa-apa aplikasi. Cuma kamera saja dan diproses seterusnya di dalam PC. Masa itu, jangan kata background music, aku akan bubuh sekali segala macam bling-bling dan animasi yang ada. Baru style orang kata. 


Video di atas adalah video pertama aku. Sebab aku tak tahu nak shoot apa sebab cuaca tengah panas terik, aku pun shoot kawasan parkir kereta di rumah aku. Bukan saja ada kereta keluar masuk, ada juga budak-budak maktab yang pergi balik. Jadilah daripada tak ada.

Dan projek seterusnya aku mulakan pada jam 6.50 petang, sebab matahari terbenam di Melaka pada hari itu dalam anggaran 7.13 petang. Nak stay lama-lama memang tak kuasa, sebab makin lama makin banyak frame yang capture, tak pasal-pasal hang pula kamera cikai aku bila proses nanti. Haha. Jadi, aku cuma ambil masa dalam 30 minit untuk shoot video di bawah. Dan bila diproses menjadi time-lapse, jadilah dia video yang berdurasi 37 saat. Haha.


Tambah pula cuaca sangat panas, awan memang tak banyak. Jadi aku cuma dapat capture awan yang cantik cuma seketul kecil saja. Okaylah, mungkin lain masa. Projek seterusnya aku cadang nak shoot samada dekat sekolah waktu pagi atau waktu balik, ataupun di parking lot hospital. Bila cuaca dah elok sikit dan banyak awan, aku akan kembali kepada awan. Weeee. Tak sabar.

Apa pun, untuk seorang amatur, kira okaylah time-lapse video aku. Kan kan kan? Haha. Saja nak sedapkan hati sendiri. Kalau ada rezeki lebih dan masa yang banyak memang aku dah ambil kelas dah, tapi tak mengapalah, belajar sendiri pun okay juga walaupun lambat sikit.

Enjoy the video. Heee. Till next time people. Take care. Assalamualaikum.


3 Mei 2014

OST / Soundtrack Cerekarama Titisan Keinsafan - Rita Rudaini, Faizal Hussein

Mei 03, 2014 1 Comments

Sinopsis Titisan Keinsafan. Salina terkejut apabila mendapat tahu bahawa suaminya, Azzul disahkan mendapat penyakit saraf tunjang yang menyebabkan dia hampir lumpuh. Ditambah lagi suaminya diberhentikan kerja. Azzul mengalami tekanan perasaan kerana kecewa dengan hidupnya. 

* * *

Assalamualaikum.

Tengah duduk bosan dalam bilik, keluarlah kejap duduk depan TV. Alih punya alih channel, sekali termelekat dekat TV3 layan drama lakonan Rita Rudaini dengan Faizal Hussein. Plus ada pelakon kesukaan aku, Sherry Al Hadad. Cerita yang berunsur keinsafan dan aku pun tersangkutlah kejap dengan ceritanya. Bukan aku saja, mak abah adik-adik aku pun sekali join duduk tengok drama ini.

Banyak pengajaran dalam drama ini. Ingatlah, apa yang kita bagi itu yang kita akan dapat. Selamat malam semua. Assalamualaikum.



1) ASFAN - ALASAN UNTUK BAHAGIA




2) 6IXTH SENSE - DARI HATI




3) 6IXTH SENSE - BUKAN MILIK KITA




4) ST12 - KEBESARANMU




2 Mei 2014

Cinta Muka Buku

Mei 02, 2014 1 Comments
Assalamualaikum.

Salam 1 Rejab dan selamat hari pekerja. Menaip entry di petang hari dengan cuaca yang begitu terik, taip sepatah, berhenti, tala muka ke kipas kejap. Kalau ada aircond lagi nikmat. Haha. Semenjak dua menjak ini, kita mesti pernah baca tentang kisah penipuan cinta dan perkahwinan yang bermula dengan perkenalan melalui Facebook. 

Kalau bertuah, berbahagialah mereka seperti dalam kisah cinta yang ini. Tapi kalau tidak, jadilah seperti yang kita baca di muka-muka akhbar, ditipu dan tertipu. Beberapa hari lepas aku baca kisah tentang seorang lelaki yang ditipu wanita yang dikenalinya melalui facebook, bukan sikit-sikit duit yang dikebas. Kerana apa? Cinta. Ada juga yang ditipu melalui aplikasi social network service lain dan macam-macam lagilah kes yang ada. Berkenalan, jatuh cinta, bagi duit, dan tertipu.

Orang zaman sekarang, bila bab menipu, otak memang laju dan bijak. Cuba gunakan otak yang bijak dan tangkas tu untuk jalan yang lebih bagus, bukan ke lebih elok. Kasihanlah juga dekat mereka yang percaya pada cinta. Benda-benda beginilah salah satu sebab manusia susah nak percaya cinta.


Aku sendiri pernah lalui dan alami berkali-kali. Sejak dari zaman MySpace, Friendster, dan sampailah sekarang Facebook. Oleh sebab aku buat part time Shaklee, aku juga seorang blogger, aku memang akan approve kalau ada friend request di laman Facebook aku. Cumanya kalau orang itu dah mula berperangai pelik dan menghangatkan hati, aku akan tapis kandungan wall aku supaya tidak dapat dilihat.

Masa zaman MySpace, Friendster, adalah beberapa kerat manusia yang aku kenal. Minta nak jadi adik angkat aku dan sebagainya, lepas tu nak pinjam duit. Aku cuma WOW dengan keadaan dan ragam manusia ketika itu. Baru-baru ini aku approve seseorang di Facebook. Maybe just another blog reader, so aku approve. Sebabnya sebelum ini, aku dah approve ramai readers blog aku, yang mana rata-rata mereka adalah pelajar lepasan SPM atau matrikulasi yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang medik dan ada juga yang nak belajar bahasa Mandarin, jadi mereka add aku di Facebook untuk bertanyakan pendapat aku. Itu memang aku tak ada problem dan aku sangat welcoming those people.

Tapi kalau sampai dekat jenis kategori orang yang bila kita yang dah jadi FRIEND nak tengok Timeline Facebook dia, tapi terlalu sikit info yang ada untuk kita sebagai FRIEND nak kenal sedikit tentang dia, kira macam most of the things dekat Timeline dia dah disembunyikan untuk tatapan FRIENDS. So what is the point here?


Dan tiba-tiba, mesej dekat Facebook nak minta gambar kita. Kau rasa patut ke tak patut hati aku jadi hangat membara lalu mendidih? Haha. Ada orang akan kata aku sombong sangat, tapi itu semua untuk kebaikan diri. Nak kenal orang banyak proses nak kena lalui sebelum terlahirnya perasaan senang dengan kewujudan masing-masing. Contoh aku bagi macam aku dengan seorang pembaca misteri blog ini, Cik Retina yang kejap ada kejap hilang. Dia memang rajin singgah sini dulu, selalu komen, dan aku pun selalu balas komen-komen yang dia tinggalkan. Lama kelamaan, unknowingly, aku rasa senang dengan kehadiran pembaca misteri ini.

Pokoknya, berada dalam laman sosial, tak salah nak berkawan, kalau tersuka dan terjatuh cinta sekalipun, itu bukan satu dosa dan kesilapan bagi aku. Cumanya, cara kita, niat kita, kenalah betul. Ikhlas, dalam berkawan itu sangat penting.

Selamat menikmati cuti anda. Jaga diri. Assalamualaikum.

CREDIT TO THIS SITE

HEART SPEAKS : BFF aku tiba-tiba tanyakan tentang Encik PSDR. Ingat lagi, zaman study dulu, bila aku selalu sms dengan Encik PSDR, BFF aku pun akan ada sebelah dan ambil tahu. Masa nak pos biskut raya, kek raya dekat Encik PSDR dulu pun, dia yang aku heret pergi Pejabat Pos Taiping. Dia pun tak sangka, setelah sekian lama berkawan, aku akan tersuka dekat sahabat maya aku.

Aku cerita pada dia, aku buat kerja gila dan confess perasaan aku. Dan semenjak itu, aku dah tak dengar khabar tentang Encik PSDR. BFF aku kata, baru seminggu, selalu pun sampai berbulan-bulan tak sms. Aku gelak besar. Lalu terdiam bila BFF aku kata, mungkin ini petandanya aku kena mula belajar terima kehadiran orang lain dalam hidup aku. BFF aku kata lagi, aku mungkin rasa Encik PSDR sukakan aku tapi sebenarnya, dia mungkin anggap aku sebagai kawan yang dia sangat selesa untuk berborak.

Hmm. Nampaknya aku silap lagi dalam soal perasaan. Dan mungkin kena belajar perlahan-lahan buka hati, kenal orang lain.