The Past And Paranoid

Assalamualaikum.

It's Sunday. Feeling relieved. Let me start counting first. Ouh, it's been 4 days. Cut the story short, I never went back to my hometown according to what I've planned previously. Reason being is I'm feeling quite embarrass about the situation I am now. So, nothing I can do, I need to be home alone for a week.

But, I was lucky because my sister came back today, no more home alone! Yippie!


Tahu tak macam mana leganya perasaan itu bila mana kita tak perlu dah hidup ketakutan duduk keseorangan dalam rumah? Hmm. Ya betul, aku memang paranoid nombor satu. Bukan penakut tapi lebih pada paranoid. Eh, tak sama eh? Tidur selama 4 malam keseorangan dalam sebuah rumah, ingat boleh tidur nyenyak ke? Ayam tidur lagi nyenyak dari aku tidur. Kejap-kejap terjaga, sebab dengar macam-macam bunyi. Yang hairannya, bila dalam rumah ramai orang, tak ada pula nak dengar bunyi-bunyi pelik.

Inilah namanya kuasa minda. Kuasa minda sebenarnya memang sangat kuat mempengaruhi kita dan kalau kita tak boleh nak kawal dia, maka jadilah macam aku. Heh. Masa aku kecil, dalam umur 8 ke 9 tahun, rumah aku pernah kena pecah masuk. Walaupun ketika itu kami tiada di rumah. Masa kecil aku memang berani. Aku siap keluar lagi tengok pintu yang kena umpil, tapak kaki pencuri dekat belakang rumah dengan selipar dia yang tertinggal.

Masa zaman U lagilah, bila dengar cerita rumah kawan-kawan kena rompak, kena ragut, makin hari makin kuat rasa tak selamat aku pada keliling aku.


Bila duduk seorang diri, aku akan tarik semua kerus meja dan sendalkan pada pintu. Pintu bilik pula aku pastikan aku pasang engsel. Dekat rumah sewa aku, boleh tengok cuma pintu bilik aku saja ada 3 engsel. Dua dari dalam dan satu dari luar. Phew!! Kadang rimas dengan diri sendiri.

Macam sekarang, bila kena duduk rumah seorang diri, aku ikat tali pintu rumah aku. Konon nak buat gaya macam Home Alone, setting trap and all. Well, apa salahnya kan. Aku akan tidur dengan "senjata" diletakkan di tepi katil. Dan bila terdengar saja bunyi pelik, aku akan bawa "senjata" dan pusing keliling rumah. Serious rasa macam orang tak betul dengan perasaan paranoid ini. Tapi dengan keadaan dunia sekarang, nak tak nak kenalah berhati-hati.


Jujurnya aku tak ramai kawan rapat, yang ada mungkin cuma 2, 3 orang saja. Itu pun masing-masing dah kahwin dan duduk jauh. Maklumlah orang kerap berpindah randah, tak merasa nak kenal seseorang lama sangat. Peluang yang ada, cuma masa zaman U sajalah. Kadang-kadang bila duduk seorang diri, nak juga panggil kawan-kawan sleepover, tapi siapalah kawan-kawan yang ada. Heh. And sometime, I do hope there is a man that I can rely on, but I guess there is none at this time, so it's okay, life must go on.

I don't want to be a "lonesome". Living alone is scary, and I don't think I can do it. Hmm. I guess tonight I could sleep well. Haha. Till here, good night.

Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.