Tiga Puluh Satu Januari :)

Leave a Comment
Assalamualaikum.
Satu topik yang selalu difikir-fikirkan. Betul tak? Erm. Kadang-kadanglah. Tak adalah selalu. Haha. Artikel ini dipetik dari blog AKU ISLAM hasil penulisan Muhammad Naim. 31 Januari untuk tahun yang baru akan menjengah tak lama lagi. Yeah. Again. 31st of January. Jadi untuk menyambut pertambahan setahun lagi pada usia, kita sedut sikit aura positif dengan baca artikel yang positif. ^^ 
* * * * *
"Belum berpunya. Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia.
Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.
Namun, bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan.
Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah.
Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup.
Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil.
Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini.
Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya?
Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil diatas ujian untuk terjadi. Dengan tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai.
Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa.
Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita.
Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga."
Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive :)

* * * * * 

There are times in life when I feel give up, tired of work, of human, feel lonely at times, but then I need to remind myself, always remind my self again and again. Life is indeed tiring, it's true. But we are not living this life for the sake of "dunia" but for "akhirat". So, never get tired doing "ibadah", searching for "pahala", cause it's for akhirat.

31 Januari, tarikh yang sama cuma tahun saja yang berbeda. Yang pasti, itu tanda meningkat usia. For me, it's just another regular day. Nothing to celebrate. Cuma bersyukur kerana masih bernafas dan masih sihat, hidup di atas muka bumi Allah. Syukur Alhamdulillah.

Tulis awal sebab blog nak berehat selepas ini. Say farewell to dunia maya for a while. Bawa hati. Ecewah. Jaga diri semua. Semoga diberi kesihatan yang baik, senyum-senyum selalu. Assalamualaikum.


HEART SPEAKS : Untuk aku, 31 Januari tak perlu hadiah tak perlu kek. Cukup ada 3 benda pada tarikh itu. Pertama sekali of course family. Parents and siblings are the best company you will ever have. Kedua, no work and holiday. Please please please! Dan ketiga, cukup dapat baca entry SELAMAT HARI JADI SAYANG. Tiap tahun memang akan baca, walaupun ditulis pada 2010. Terima kasih Penyebab Senyuman Dalam Rahsia untuk coretan itu. Itu adalah satu kenangan manis. Yang akan buat aku senyum tiap kali membacanya.

Terima kasih Allah atas segala nikmat kurniaanMU selama 27 tahun aku bernafas di muka bumi ini.
:)

Nilai

1 comment
Assalamualaikum.

Aku simpan snapshot ini, pesanan ini, dalam telefon, dalam tablet, dalam laptop. Tapi aku memang selalu lupa. Lupa atau buat-buat tak ingat? Atau berkeras mahu ingat? Haha. Benda ini aku simpan untuk selalu ingatkan diri sendiri, untuk pesan pada diri sendiri.


But I guess I always forget this. I kept remembering, I kept talking, mentioning about a person who I guess never ever want himself to be remembered. Someone whom I guess never gonna like me like how I like him.

Farhana, itu terhegeh-hegeh namanya. Berhenti!! Ingat, nilai diri. Nilai diri. Nilai diri. Biar nak dekat orang yang nak pada kita. 

Huhu. I guess I need to be reminded again and again. Hmm. Sleepy already. Good night people. Assalamualaikum.


Tik Tok Tik Tok

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Malam makin larut. Jari jemari masih lagi gagah menaip walau hakikatnya mata makin layu. Malam sebelumnya, aku letak kepala, aku pusing kiri, aku pusing kanan, entah berapa juta kali rasanya aku berkalih posisi di perbaringan tapi tak juga terasa kena dengan kepala. Seperti tidur di tempat asing gamaknya.

Kepala runsing. Otak pusing. Hati terasa bagai diruntun, tapi tidak pula mengalirkan air mata. Perasaan apakah yang berbolak balik dalam hati ini, yang bikin ketenteraman jiwa berkocak bagai nak gila. Takut. Sedih. Menyesal. Kaku. Tiada mampu lagi diterjemahkan melalui kata juga lenggok badannya.

Malam sebelumnya, malam yang sama sebelum mata tak mampu lena, aku diberitahu tentang pemergian seorang yang aku tidak kenali. Cuma yang ku tahu, arwah adalah saudara seShaklee, yang sama berniaga, dalam lingkungan yang sama. Meninggalnya pada usia muda, hampir sebaya. 27 kurang lebih begitulah yang aku dengar. Pemergiannya begitu mengejutkan. Hanya kerana seminggu menderita jangkitan dalam telinga, tiba-tiba dia pergi dijemputNYA. Ditinggalkannya 3 orang cahaya mata yang masih kecil dan tidak mengerti apa. Yang masih menyusu badan lagi si kecil anak bongsunya. 

Walaupun aku tidak mengenalinya, tapi pemergian arwah begitu terkesan sekali padaku. Bermacam perkara bermain difikiran aku. Dia terlalu muda. Kasihan anak-anaknya. Apakah nasib mereka.  Dan begitu banyak lagi soalan yang bermain dalam fikiranku ini. Persoalan yang bikin aku berkalih dari kiri ke kanan, mata tak mampu lelap sampailah ke subuhnya.

Ya. Benar. Ajal tak mengira usia. Tik tok tik tok. Masa terus berjalan. Samada kita sedar atau tanpa sedar, kita biarkan ianya berlalu begitu saja. Kita tersedar sebentar, lalu kita lalai kembali, terhantuk lagi, lalu kembali lalai lagi dan lagi. Sampai bila? Sampai nanti masa sudah tiada untuk kita? Sampai pintu taubat terus tertutup untuk kita?

Tik tok tik tok. Masa terus berjalan. Waktu ini. Saat ini. Sekarang. Harus berubah jadi lebih baik dari yang ini. Harus. Kalau tak, bila lagi?

Selamat malam. Assalamualaikum.


P/S : Sebagai seorang doktor, aku selalu menghadapi kesakitan, kematian. Bukan satu bukan dua pesakit, tapi entah tak terkira. Aku patut bersyukur. Kerana seharusnya itu buatkan aku lebih dekat dengan DIA.


Mr. A Part 1 - Learn To Love

1 comment
Assalamualaikum.

It's been quite sometime. The first scribble in 2014 perhaps. The last one was nearly 2 weeks ago. Stepping into 2014, it's a mix feelings. You kinda have all in one, but mostly, I guess I'm being dominated by the feeling of loneliness and emptiness. Well, everyone is busy adding their family members, from two now they become three. Those of three is anticipating their fourth members of the family. Truth is, I envy them. Haha.

27, I hope it will be a year of me becoming wiser. Learn to be wise in handling life. After all, it is not an easy job. ^^


Aku tengok diri sendiri, tiap tahun aku bubuh azam. Azam semua pakat nak besar-besar, grand-grand, tapi satu apa pun tak tercapai. Aku lupa sebenarnya ada juga benda kecil-kecil yang walaupun nampak kecil dan remeh, tapi aku tak pernah nak buat, tak berjaya nak buat ataupun tak ada determination nak buat. Aku cuma fikir nak kahwin, nak ada anak, nak beli rumah, nak itu nak ini dan lain-lain lagi. Itu semua azam 2, 3 tahun yang sudah. Tapi sekarang, apa cerita? Haha.

So lets get back to basic. From the small tiny little things in life. Learn to love everything. Mr. Azam bahagian pertama adalah yang di bawah ini. 


"BELAJAR SEMULA MAKAN SAYUR. MAKAN MAKNANYA BUKAN TELAN YA FARHANA, TAPI GIGIT! YA BETUL, GIGIT SAYUR DAN MAKAN. NIKMATILAH SAYUR."

Dah lama sangat aku kekurangan zat. Rasanya semenjak zaman belajar masuk universiti, duduk asrama, aku jadi picky bab makan. Sayur memang jarang aku pandang. Akibatnya boleh nampak sekarang, penyakit pun datang. Hehe. Orang selalu kata pada aku, apalah doktor tak makan sayur. Kalau dulu aku buat tak endah, tidak ambil port sangat. Tapi sekarang bila dengar, aku malu dengan diri sendiri. Hmm.

Dah 3 hari aku belajar makan sayur, gigit dan makan. Bukan telan macam dulu. Memang perit sikit nak mula, tapi lama-lama nanti pasti biasa juga. Hehe. Salam Isnin semua.

Assalamualaikum.

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.