His Name Is Syed Iqbal

Assalamualaikum.

Oh! Kejap! Yang di bawah ini dah tentulah bukan Iqbal. Itu kan Abang Depp. Entry ini bukanlah nak cerita semata-mata tentang Iqbal yang dah berjaya mencuri hati, tapi lebih kepada cerita kita, orang perempuan. Haaa. Apa ceritanya?

Okay!! Okay!! Make way for ladies, please.
=p 


Yang bawah ini, barulah Iqbal yang sebenar-benarnya. Ya, Syed Iqbal. Macam yang anda semua tahu, aku memang balun layan apa saja drama atau filem. Daripada Korea, Hindustan, Thailand, Filipina, Indonesia, English dan tak lupa jugalah drama keluaran tempatan. Tapi aku memang sangat jarang tersangkut dengan drama Melayu. Even drama slot Akasia yang orang duduk pung pang pung pang cerita, macam Ariana Rose, Rindu Awak 200%, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Love You Mr. Arrogant dan banyak lagilah. Aku tahu kewujudan mereka, cuma memang tak follow sangat pun. Kecenderungan nak tengok TV dah berkurang.

Tapi drama Zahira, entah macam mana aku boleh tersangkut. Tipikal drama. An arrogant rich widower falling in love with a poor sweet girl. What do you expect? Syed Iqbal yang berkarisma, tegas, cocky, arrogant, totally bad boy style with a little bit of sweetness in him, memang kita-kita orang perempuan senang tersangkut kan dengan hero drama yang ada karakter begini? Yang baik, lemah lembut, suka ambil berat macam Zahid, kita pandang sipi-sipi saja. Kan?! Kan?! Kan?! Eh ke aku seorang saja yang ada taste begini.

"TASTE BAD BOY STYLE"


Syed Iqbal, hati keras tapi penuh bunga kembang mekar di taman hati. Haha. Antara dialog dia yang best dan paling diingati.

"Dan awak jaga diri awak untuk saya."
"Barang yang lepas jangan dikenang, yang di depan ini sentiasalah dalam ingatan."

Uhuk uhuk. Terbatuk dengar. 12 episod dah selesai, ada 3 lagi rasanya.

Kita orang perempuan kebanyakannya memang sukakan hero-hero yang bad boy style. Buktinya, orang sampai boleh buat meme dengan taste kita. Dari filem Kuch Kuch Hota Hai, Anjali pilih Rahul juga kan? Hahaha. Memang aku tergelak masa first time tengok meme ini. Hit right on the face. Lol.


Tapi sebenarnya, soal ini semua, balik kepada hati dan perasaan juga. We are not really choosing a guy based on bad boy vs good boy style. Hati kita, siapa yang kita sayang siapa yang kita suka, manalah boleh nak dipaksa-paksa. Jadi Anjali pilih Rahul dan bukan Aman sebab apa yang ada dalam hati Anjali. Apa yang dia rasa.

Anyway, have a great day people. Take care. Assalamualaikum.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.