Rainbow

Assalamualaikum.

Rainbow. Pelangi. 7 warna. Cantik. Indah. Warna-warni. Nikmat tuhan. Sekarang susah nak nampak pelangi kan? Aku rasa kali terakhir aku nampak pelangi rasanya dalam 2 tahun sudah kot. Pelangi kembar.

Bagi sesiapa yang pernah jenguk IG aku boleh nampak aku sangat obses dengan rainbow, atau apa jua yang berwarna-warni. Satu hari nanti bila ada rumah sendiri, aku akan pastikan setiap wallpaper di setiap inci rumah aku adalah motif pelangi. Biar berpinar mata tengok. Haha.


3 hari lagi usia dah nak masuk 28. 31 Januari yang sudah-sudah selalu aku minta adik-adik aku kek Boboi Boy. Tak malu. Haha. Tapi tahun ini terasa macam nak makan Rainbow Cake. Usha IG orang-orang yang buat homemade cake dekat Melaka, tengok harga, terbeliak biji mata. Memanglah boleh expect, maklumlah kek 7 lapis. Sah-sah akan cecah harga seratus lebih. Dulu-dulu bolehlah, pejam mata beli. Haha. Tapi sekarang, kena berkira sikit. Eh silap, berjimat cermat, bukan berkira. Hehe.

Sekarang tengah berkira-kira nak buat sendiri ke, atau macam tahun sudah, makan Boboi Boy sajalah. Tapi kalau datang aura rajin, dan menjadi kek pelanginya, aku selit sikit gambarnya nanti okay.
:)


I'm still earnestly searching for rainbow in my life. It's difficult, the journey ahead, indeed difficult. But I have no choice but to squezze through it right. Nak senang, kenalah susah-susah dulu. 

Have a great day ahead people. Take care. Assalamualaikum.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.