Drama Korea Producer KBS2 - Drama Paling Hit Tahun 2015?

Assalamualaikum.

Lama tak update soseh-soseh pasal drama Korea. Last sekali pasal 4 buah drama yang dinantikan, ingat lagi tak? Dan rata-rata keempat-empat buah drama tersebut mendapat sambutan yang agak baik terutama sekali drama lakonan Ji Sung bertajuk Kill Me Heal Me, yang itu memang terbaik.

Kali ini sebuah lagi drama yang aku confirm memang dinantikan oleh semua peminat Running Man (AKU!!), peminat 2 Days 1 Night (AKU!!), peminat Kim Soo Hyun (AKU!!), peminat Gong Hyo Jin (AKU LAGI!!) dan peminat IU. Memang gah line up pelakon drama bertajuk PRODUCER ini. Drama ini dijangka akan ditayangkan samada pada penghujung April atau Mei melalui saluran KBS.

Jangan risau, aku pasti kalau ditayangkan di KBS, dah tentu KBS World pun akan turut tayangkan drama ini.


Bila aku dengar Cha Tae Hyun akan membuat comeback dan berlakon dalam drama bersiri terbaru, memang excited habis. Tambah lagi bila tahu akan digandingkan dengan hero You Who Came From The Stars, Kim Soo Hyun. Heroin dia pula dah tentu pelakon kesukaan aku yang pernah berlakon dalam drama popular seperti The Greatest Love, Master's Sun dan It's Okay That's Love.

Dan seperti yang diketahui ramai, Cha Tae Hyun dan Kim Jong Kook merupakan sahabat baik, dan drama ini akan menampilkan buat pertama kali Kim Jong Kook sebagai seorang pelakon, dan bukan cameo okay. Aku yakin drama ini akan dapat perhatian daripada peminat rancangan variety show yang dibintangi Cha Tae Hyun (2 Days 1 Night) dan Kim Jong Kook (Running Man). 

Dengar cerita script reading pun dah berlangsung 2, 3 hari lepas. Tak lama penggambaran pun akan dimulakanlah. Drama ini akan berlatar belakangkan dunia penyiaran, macam drama On Air yang pernah popular satu ketika dulu. Harapnya, cerita ini bawa satu lagi kelainan dan tarikan, mungkin akan jadi drama paling hit tahun 2015?
=p

Okay, sampai sini. Jaga diri semua. Assalamualaikum.


CREDIT PICTURES TO VERONA from SOOMPI

Jom tengok sikit trivia yang ada tentang drama ini. ^^

Trivias

"Kim Soo Hyun will play a former law school student and he became a PD cause he wanted to chase his first love."(source)

"Gong Hyo Jin and IU will showcase a different charm from their previous work. A confrontation between the two charming heroines will increase the dramatic fun" (source)

"Script for Episode 2 is completed and the casts who had read the script expressed that it is very interesting." (source)

"Gong Hyo Jin is going to be this bossy "Scary Unnie" PD. The rest of the PDs will tread carefully around her & her moods." (source)

 "Currently, the production team is advancing on negotiating cameos in secrecy." (source)

"Currently, the writer asked staff not to reveal about the story to public anymore." (source)

"KBS drama division and entertainment division are fighting a war of nerves over time slot of "Producer". (source)

"Kim Joong Kook is very busy and not accustomed to acting so he was hesitant to accept this offer, but..."(source)

" Producer script reading started at 1pm KST.." (source)

"Producer" will shoot from early April to late June." (source)



Ulasan

Hanis Amanina berkata…
kjk berlakon? :O
Ezad Skytech berkata…
gong hyo jin berlakon...OK...kena tengok...hehe...Master's Sun 2-3 kali repeat...kih3
Tanpa Nama berkata…
Aq nk tau name cindy senanyer sape.....

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?