Budak Baru a.k.a New Houseman Dari Megat Sharizal

Assalamualaikum.

Filem pendek bertajuk Newbie (Budak Baru) arahan Megat Sharizal ini, dah 2, 3 kali aku ulang. Kisah seorang doktor muda (houseman) yang baru memulakan kehidupannya sebagai seorang houseman. Ahh!! Memori datang menyinggah pula tiap kali menontonnya. Kalau anda nak tahu, houseman ini, walaupun hakikatnya kita telah berhempas pulas menghabiskan 5 tahun pembelajaran, otak pun penuh berisi ilmu perubatan. Tapi bila saat dia mula berpijak dalam dunia pekerjaan, dia ibarat seorang bayi yang baru lahir.

Saat pertama kali pijak kaki masuk dalam wad, pandang senior-senior houseman yang masing-masing sibuk, dengan harapan ada yang berpaling, senyum dan mungkin yang baik hati akan tolong kita kenal selok belok dunia yang baru ini. Kita cuma mampu terpinga-pinga dan membontoti mereka. Bila nak ambil darah, pasang branula, buat blood culture, terkulat-kulat juga. Haru dengan macam-macam botol yang penutupnya ada macam-macam warna. Heh. Kuncinya, ringankan mulut bertanya dan selalulah tersenyum. Tak kisah pada siapa pun. Berbaiklah dengan nurses, AMO, PPK, even cleaner sekalipun. Respect them, as they are human too. Somehow you'll feel like all positive things will eventually going your way.

Ada senior yang nampak kerek, tapi sebenarnya banyak input yang kita boleh dapat dan belajar dari mereka ini, sebab dalaman mereka tak kerek mana pun. Ada pula yang memang kerek tak boleh nak kata apalah, senyum marah, senyap membisu pun marah, senang kata serba tak kenalah. Dari mereka ini pun kita boleh belajar sesuatu, kita belajar sabar. 


Masa mula-mula kerja, clerk patient memang berjam lamanya, bila MO / Specialist datang dan ajak buat round, mulalah gelabah. Tambah gelabah bila kita seorang saja yang ada di situ, dan MO / Specialist tersebut menujukan ayat tersebut pada kita, "Jom Round!!". Kalau semua kes dalam genggaman, tak ada hal punya. Tapi kalau cuma sekerat dua kerat saja kes yang kita tahu, memang rasa nak lari keluar dari wad. Malu oii! Tapi itulah yang mendewasakan kita. Practice makes perfect. Lama kelamaan semuanya akan mengalir macam air. Satu benda yang perlu kita pegang, walau macam mana garang bos kita, sangat suka cari salah kita, tak sebulu dengan kita, RESPECT kena sentiasa ada. Selalunyalah kan, dalam pengalaman aku, lepas sebulan dua, garang mereka akan beransur kurang kalau kita sentiasa balas dengan senyuman, respect, dan yang penting rajin dan sentiasa nak tahu dan belajar. Bosses really love these kind of HOs.

Budaya membeza-bezakan HO mengikut universiti mereka memang masih wujud. Mungkin sebab pembelajaran dan praktikal yang diterima berbeza-beza. Bagi aku, it doesn't matter where you graduated from, kalau kau berusaha, rajin, dan nak belajar, semua benda kau boleh redah. Ramai saja HO yang graduate dari Indonesia, Russia yang excel dalam housemanship mereka. So, no worries. ^^

Houseman, walaupun syif kerja dia kalau tak oncall selalunya 13 jam, tapi selalunya dia tak akan balik tepat pada waktu pun. Kadang-kadang sampai meleret 16, 17 jam. Kita bekerja dalam pasukan, rasa tak sedap bila orang lain berhempas pulas buat kerja, kita punch card dan balik. Mula-mula, perasaan kerja lebih masa memang terpaksalah. Tapi lama-lama, kau seronok, dan tak sedar pun dah terlebih masa, sebab kau bekerja dalam pasukan, here for each other. Haha. 


Masa mula-mula aku harung dunia housemanship dulu, memang stress, terasa sepi, rasa menyesal. Apa aku buat, balik rumah, menangis sikit, sikit sajalah. (Iyolah sikit!!) Mandi, solat dan tidur. Esok pagi bangun, setiap langkah yang kau ambil masa nak pergi kerja, saat keluar saja dari rumah sampailah ke hospital, ringankan mulut berzikir. Motivasikan diri, cakap aku boleh buat hari ini, aku boleh redah hari ini, aku boleh, aku boleh, aku boleh. Lama-lama, seronok bekerja akan datang sendiri. Stress pun akan makin berkurangan.

Hmm. Ada waktunya aku menyesal, kenapa aku tak boleh nak tahan dengan sakit aku dan redah saja semuanya, kalau tak semuanya akan fall into its right place. Tapi benda dah jadi, kita tak boleh nak mempertikaikan lagi benda yang dah pun terjadi. Satu dialog yang cukup terkesan untuk aku, "Bukan kerja ini saja, kerja lain pun boleh tolong orang. Hakikatnya, semua kerja sama saja. Ada naik dan turun. Dan kadang tak adil. Tapi tak semua benda ada dalam kawalan kita."

Aku akan terus bantu orang. Walau macam mana dan apa cara sekalipun, ingat, semua kerja pun boleh tolong orang. Salam Isnin semua. Have a great weekdays ahead. Assalamualaikum.


P/S : The interesting thing is that, pelakon-pelakon dia nampak macam doktor betul-betul. And Azlynn, she is a lawyer. Wow. Good job guys, sebab menghidupkan situasi dan kehidupan seorang doktor budak baru dengan agak baik. Thumbs up.
:)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.